Content
DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN SIVIL NO: D-01(IM)(NCVC)-614-10/2019
D-01(IM)(NCVC)-614-10/2019
Court of Appeal of Malaysia3 Aug 2020
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“ve any judgment, make any order which ought to have been given or made by the trial court and make such further or other orders as the case requires, section 69(1) and (4) of the Courts of Judicature Act No. 7 of 1964. This means, on the authority of Quilter v Mapleson (1881-2) 9 QBD 672 that we are authorised to make”
“d we may give any judgment, make any order which ought to have been given or made by the trial court and make such further or other orders as the case requires, section 69(1) and (4) of the Courts of Judicature Act No. 7 of 1964. This means, on the authority of Quilter v Mapleson (1881-2) 9 QBD 672 that we are authoris”
“ment for the plaintiff. The defendant appealed and obtained a stay, so that the plaintiff did not get actual possession. After the decision and before the appeal was heard the Conveyancing and Law of Property Act, 1881, came into operation, under which power to relieve against a forfeiture was given, and the Court of A”
“gan 10, defendan-defendan merujuk kepada dapatan Mahkamah Tinggi Shah Alam di dalam kes Mohd Bakri @ Bakhari Mohd Noor v Ketua Pengarah Insolvensi Bagi Aset dan Liabiliti Syarikat Taba Silver Sdn Bhd [2014] MLRHU 8 (kes MTSA 2014) yang mana melibatkan plaintiff dan defendan ketiga. Berdasarkan dapatan kes MTSA 2014, de”
“the law as it stands not at the time of the trial but at the time of this appeal. That case was approved by the House of Lords in Attorney-General v Birmingham, Tame and Rea District Drainage Board [1912] AC 788 where Lord Gorell said at pages 801 and 802: "Under the Judicature Acts and Rules the hearing of an appeal f”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN SIVIL NO: D-01(IM)(NCVC)-614-10/2019
2
ABDUL HALIM BIN AB RAHMAN (NO. K/P:391110-03-5185) PERAYU-PERAYU
1
MOHD BAKRI @ BAKHARI BIN HJ MOHD NOOR (NO. K/P:460318-03-5125) RESPONDEN (Dalam Mahkamah Tinggi Kota Bharu Dalam Negeri Kelantan Guaman Civil No: DA-23NCVC-3-04/2018
1
Mohd Bakri @ Bakhari bin Hj Mohd Noor ... Plaintiff
1
Galeri Tani Sdn Bhd
2
Abdul Halim bin Ab Rahman
3
Ketua Pengarah, Jabatan Insolvensi Malaysia (Cawangan Negeri Selangor)
4
Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan
5
Kerajaan Negeri Kelantan Defendan-defendan) KUORUM HANIPAH BINTI FARIKULLAH, HMR LEE SWEE SENG, HMR CHE MOHD RUZIMA BIN GHAZALI, HMR PENGHAKIMAN Pendahuluan [1] Ini adalah rayuan oleh Galeri Tani Sdn Bhd (perayu/defendan pertama) dan Abdul Halim bin Ab Rahman (perayu/defendan kedua) terhadap keputusan Pesuruhjaya Kehakiman (PK) Mahkamah Tinggi Kota Bharu (MTKB) menolak permohonan perayu-perayu untuk membatalkan writ saman dan pernyataan tuntutan Mohd Bakri @ Bakhari bin Mohd Noor (responden/plaintif) di bawah Aturan 18 kaedah 19 (a), (b) dan (d) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (KKM 2012) pada 10.10.2019. [2] Bagi memudahkan sebutan, pihak-pihak akan dirujuk sama seperti di Mahkamah Tinggi iaitu plaintiff dan defendan. Secara jamak, defendan pertama dan defendan kedua akan dirujuk sebagai defendan-defendan. Latar Belakang Ringkas Tindakan [3] Plaintif adalah bekas pengarah dan bekas pemegang saham majoriti Syarikat Taba Silver Sdn Bhd (TSSB). Pada sekitar tahun 1985, Kerajaan Negeri Kelantan telah meluluskan permohonan TSSB untuk mendapatkan sebidang tanah seluas 250 ekar di Mukim Apam, Daerah Pasir Mas, Kelantan (tanah tersebut) bagi tujuan menternak lembu secara komersial. Hak milik tanah tersebut telah didaftarkan di atas nama TSSB pada 14.12.1987. [4] TSSB telah mencagar tanah tersebut di Bank Pertanian Malaysia (BPM) bagi mendapat pinjaman wang berjumlah RM750,000.00 dan satu gadaian telah didaftarkan pada 26.3.1988. [5] Malangnya, projek ternakan lembu yang diusahakan gagal dan pada 8.10.1992 TSSB telah digulung oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu di atas permohonan Affin Finance Berhad dan telah diletakkan di bawah Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia (defendan ketiga) sebagai pelikuidasi. [6] Defendan ketiga mulanya ada memohon perintah jualan daripada Mahkamah untuk menjual tanah tersebut secara lelongan awam. Walau bagaimanapun permohonan tersebut ditarik balik dan melalui satu surat bertarikh 24.8.1998 kepada BPM, defendan ketiga telah memaklumkan bahawa tanah tersebut akan dijual secara tender terbuka. [7] Sebelum itu, defendan ketiga telah meminta satu laporan penilaian daripada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta cawangan Kota Bharu dan tanah tersebut dinilai pada harga RM840,000.00 pada 31.5.1997. Defendan ketiga telah membuat tawaran secara tender terbuka kepada pembeli yang berminat dengan meletakkan harga rizab pada RM840,000.00. Walaupun begitu, hanya BPM sahaja yang telah kemukakan tawaran untuk membeli tanah tersebut pada harga RM840,000.00 semasa tender ditutup. BPM kemudiannya menjual dan memindah milik tanah tersebut kepada defendan pertama. [8] Plaintif memfailkan writ saman dan pernyataan tuntutan bertarikh 2.4.2018 terhadap defendan pertama, defendan kedua, defendan ketiga dan dua lagi defendan iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (defendan keempat) dan Kerajaan Negeri Kelantan (defendan kelima) kerana didakwa telah berkonspirasi melupuskan tanah tersebut jauh di bawah harga pasaran. [9] Pada 10.10.2018, MTKB telah membenarkan permohonan defendan ketiga, defendan keempat dan defendan kelima untuk membatalkan writ saman dan pernyataan tuntutan plaintiff di bawah Aturan 18 kaedah 19 KKM 2012. Tiada rayuan difailkan plaintiff. [10] Defendan pertama dan defendan kedua memilih untuk memfailkan permohonan di Kandungan 32 di bawah Aturan 14A KKM 2012 bagi membatalkan writ dan pernyataan tuntutan plaintiff. Namun begitu, permohonan defendan-defendan ditolak PK MTKB di atas alasan ianya cacat kerana tidak ada sebarang persoalan undang-undang yang dikemukakan untuk diputuskan oleh Mahkamah. Tiada rayuan dikemukakan defendan-defendan ke atas keputusan tersebut. [11] Defendan-defendan kemudiannya memfailkan permohonan untuk membatalkan writ saman dan pernyataan tuntutan plaintiff dan kali ini di bawah Aturan 18 kaedah 19 (a), (b) dan (d) KKM 2012 melalui permohonan di Kandungan 44. Sekali lagi permohonan defendan-defendan ditolak PK MTKB. Kali ini di atas alasan bahawa relif yang dituntut adalah sama dengan permohonan di Kandungan 32. Kegagalan defendan-defendan merayu dan sebaliknya memfailkan permohonan yang sama di bawah Aturan yang berbeza adalah satu penyalahgunaan proses mahkamah dan merupakan satu percubaan untuk mengelak atau mengatasi prosedur rayuan. [12] Terkilan dengan keputusan PK MTKB tersebut, defendan-defendan merayu. Alasan Rayuan [13] Defendan-defendan kemukakan 12 alasan di dalam Memorandum Rayuan. Secara ringkasnya, defendan-defendan menyatakan bahawa PK silap apabila gagal:
i
memutuskan isu merit permohonan dan permohonan ditolak hanya disebabkan isu teknikal sahaja,
II
(ii) mengambil kira keputusan sebelum ini yang mana Mahkamah telah membenarkan permohonan defendan ketiga, defendan keempat dan defendan kelima untuk membatalkan writ saman dan pernyataan tuntutan plaintiff,
III
(iii) mengambil kira isu halangan had masa dan res judicata,
IV
(iv) mengambil kira bahawa permohonan defendandefendan di Kandungan 32 dan di Kandungan 44 adalah dua permohonan yang berbeza,
v
mengaplikasikan dengan betul keputusan kes Tee Ha Leong v Messrs Low & Lim & Anor [2005] 4 MLJ 426 (kes Tee Ha Leong) dan kes Syed Omar bin Syed Mohamed v Perbadanan Nasional Bhd [2013] 1 MLJ 461 (kes Syed Omar bin Syed Mohamed),
VI
(vi) mengambil kira status atau locus standi plaintiff untuk mengemukakan tuntutan. Dapatan Mahkamah di Peringkat Rayuan [14] Di dalam Alasan Penghakiman, PK (beliau ketika itu) tidak membuat sebarang pertimbangan ke atas merit permohonan semasa menolak permohonan defendan-defendan di Kandungan 44. Alasannya, relif yang dipohon defendan-defendan di Kandungan 32 dan Kandungan 44 adalah sama. Setelah gagal kemukakan rayuan ketika Mahkamah menolak permohonan di Kandungan 32, PK memutuskan bahawa di bawah undang-undang defendan-defendan "tidak boleh melalui mengikut pintu belakang apa yang mereka tidak boleh melalui mengikut pintu depan". [15] Persoalannya, apakah timbul isu pintu depan atau pintu belakang berkait dengan permohonan di Kandungan 44 setelah permohonan di Kandungan 32 ditolak dan defendan-defendan gagal merayu? Sekiranya dilihat kepada peruntukan Aturan 14A KKM 2012, Mahkamah bicara boleh sama ada atas permohonan sesuatu pihak ataupun atas usulnya sendiri membuat penentuan ke atas apa-apa persoalan undang-undang atau pentafsiran apa-apa dokumen pada mana-mana peringkat prosiding dan Mahkamah boleh selepas itu membuat keputusan secara muktamad keseluruhan kausa tindakan atau membuat keputusan ke atas apa-apa isu yang dibangkitkan. Sementara itu, subkaedah 1(5) pula secara jelas memperuntukkan bahawa Aturan 14A tidak mengehadkan kuasa Mahkamah di bawah Aturan 18, kaedah 19 KKM 2012 atau mana-mana peruntukan kaedah lain. [16] Daripada peruntukan-peruntukan tersebut, maka jelaslah bahawa persoalan yang dibawa di bawah Aturan 14A KKM 2012 boleh berdiri dengan sendirinya. Ini bermakna, mana-mana pihak di dalam sesuatu tindakan boleh memohon kepada Mahkamah untuk memutuskan secara muktamad sesuatu kausa tindakan berdasarkan persoalan undang-undang di bawah Aturan 14A dan permohonan tersebut tidak menghalang pihak tersebut kemukakan permohonan di bawah peruntukan lain KKM 2012, termasuklah permohonan untuk membatalkan tindakan di bawah Aturan 18, kaedah 19 KKM 2012. Kami dapati bahawa isu pintu depan ataupun pintu belakang seperti yang diputuskan PK tidak sepatutnya berbangkit. [17] Tambahan pula, permohonan defendan-defendan di Kandungan 32 ditolak PK semata-mata di atas isu teknikal dan merit permohonan yang mana termasuklah isu halangan had masa di bawah Akta Had Masa 1953 (AHM 1953) tidak diputuskan lagi. Oleh itu, kami dapati bahawa defendan-defendan tidak dihalang daripada kemukakan permohonan di Kandungan 44 walaupun tidak merayu terhadap keputusan di Kandungan 32. [18] Beralih kepada cara dan kuasa Mahkamah ini mendengar dan memutuskan sesuatu rayuan, subseksyen 69(1) Akta Mahkamah Kehakiman 1964 secara jelas memperuntukkan bahawa rayuan hendaklah didengar secara perbicaraan semula. Sementara itu, di bawah subseksyen 69(4), Mahkamah ini boleh membuat inferens ke atas sesuatu fakta dan disusuli dengan kuasa untuk membuat keputusan atau membuat apa-apa perintah yang sewajarnya. Untuk mudahkan rujukan, diperturunkan peruntukan-peruntukan berkenaan sepertimana berikut: Hearing of appeals
69
(1) Appeals to the Court of Appeal shall be by way of re-hearing, and in relation to such appeals the Court of Appeal shall have all the powers and duties, as to amendment or otherwise, of the High Court, together with full discretionary power to receive further evidence by oral examination in court, by affidavit, or by deposition taken before an examiner or commissioner.
4
The Court of Appeal may draw inferences of fact, and give any judgment, and make any order which ought to have been given or made, and make such further or other orders as the case requires. [19] Berhubung dengan perkara yang sama, Mahkamah Persekutuan di dalam kes Government Of Malaysia v Zainal Bin Hashim [1977] 2 MLJ 254b telah memutuskan: Appeals to this court are by way of rehearing and we may give any judgment, make any order which ought to have been given or made by the trial court and make such further or other orders as the case requires, section 69(1) and (4) of the Courts of Judicature Act No. 7 of 1964. This means, on the authority of Quilter v Mapleson (1881-2) 9 QBD 672 that we are authorised to make such order on this appeal as ought to be made according to the law as it stands not at the time of the trial but at the time of this appeal. That case was approved by the House of Lords in Attorney-General v Birmingham, Tame and Rea District Drainage Board [1912] AC 788 where Lord Gorell said at pages 801 and 802: "Under the Judicature Acts and Rules the hearing of an appeal from the judgment of a judge is by way of rehearing, and the court has power to give any judgment and to make any order which ought to have been made, and to make such further or other order as the court may think fit (see Order LVIII rules I and 4). The court also has power to take evidence of matters which have occurred after the date of the decision from which the appeal is brought (see Order LVIII rule 4). It seems clear, therefore, that the Court of Appeal is entitled and ought to rehear the case as at the time of rehearing, and if any authority were required for this proposition it is to be found in the case of Quilter v. Mapleson. In that case an action of ejectment had been brought under a proviso of re-entry for breach of a covenant in a lease, and Lord Coleridge C.J. gave judgment for the plaintiff. The defendant appealed and obtained a stay, so that the plaintiff did not get actual possession. After the decision and before the appeal was heard the Conveyancing and Law of Property Act, 1881, came into operation, under which power to relieve against a forfeiture was given, and the Court of Appeal, consisting of Jessel M.R. and Lindley and Bowen L.JJ. reversed the decision, and granted the relief sought for by the defendant, holding that on a rehearing such a judgment may be given as ought to be given if the case came at that time before the court of first instance. In my opinion the Court of Appeal was entitled to make such order as the judge could have made if the case had been heard by him at the date on which the appeal was heard." [20] Berasaskan undang-undang yang jelas tersebut, rayuan defendan defendan berhubung dengan permohonan di Kandungan 44 diteliti. Defendan-defendan memohon untuk membatalkan writ saman dan pernyataan tuntutan plaintiff di bawah perenggan-perenggan (a), (b) dan (d) kaedah 19, Aturan 18 KKM 2012. Permohonan defendan defendan disokong afidavit sokongan defendan kedua. Antara alasan permohonan yang perlu diberikan perhatian adalah mengenai isu had masa atau pun isu kelewatan pihak plaintiff mengambil tindakan. [21] Daripada pliding, kausa tindakan plaintiff terhadap defendan-defendan berasaskan tort konspirasi. Berdasarkan peruntukan undang-undang, had masa untuk plaintiff mengambil tindakan terhadap defendan-defendan sebagai pelaku tort adalah dalam tempoh 6 tahun daripada tarikh kausa tindakan terakru, sepertimana yang diperuntukkan di bawah perenggan 6(1)(a) AHM 1953. Walau bagaimanapun, pembelaan had masa perlulah dinyatakan secara jelas di dalam pliding sebelum defendan-defendan boleh bergantung kepada pembelaan tersebut sebagai mana yang telah diperuntukkan di bawah s 4 AHM 1953 seperti berikut: Limitation not to operate as a bar unless specially pleaded
4
Nothing in this Act shall operate as a bar to an action unless this Act has been expressly pleaded as a defence thereto in any case where under any written law relating to civil procedure for the time being in force such a defence is required to be so pleaded. [22] Setelah pembelaan had masa di bawah AHM 1953 dinyatakan di dalam pliding, maka plaintiff tidak boleh lagi mengelak pembelaan tersebut. Writ saman dan pernyataan tuntutan akan dibatalkan sekiranya defendan-defendan dapat membuktikan tuntutan plaintiff dibuat di luar had masa yang telah ditetapkan. Dalam hal ini, Mahkamah Persekutuan semasa memutuskan kes Haji Hussin Bin Haji Ali & Ors v Datuk Haji Mohamed Bin Yaacob & Ors And Connected Cases [1983] 2 MLJ 227 secara jelas ada menyatakan: We need not go further than to refer to the judgment of this Court in Tio Chee Hing & Ors v Government of Sabah [1981] 1 MLJ 207 where this court referred to the Court of Appeal decision in Riches v Director of Public Prosecutions [1973] 2 All ER 935 939 which decided that where it is clear that the defendant was going to rely on the statute of limitations and there was nothing before the court to suggest that the plaintiffs could escape from it, the claim would be struck out. An extract from the judgment of Davis L.J. at page 939 is relevant: "In the light of those more recent authorities I think, as I say, that perhaps the observations of this court in Dismore v. Milton went too far. I do not want to state definitely that, in a case where it is merely alleged that the Statement of Claim discloses no cause of action, the limitation objection should or would prevail. In principle, I cannot see why not. If there is any room for an escape from the statute, well and good; it can be shown. But in the absence of that, it is difficult to see why a defendant should be called on to pay large sums of money and a plaintiff be permitted to waste large sums of his own or somebody else's money in an attempt to pursue a cause of action which has already been barred by the statute of limitations and must fail." [23] Oleh itu, untuk berjaya dalam pembelaan had masa, defendan-defendan perlulah memenuhi dua syarat. Pertama, had masa di bawah AHM 1953 perlulah dinyatakan di dalam pliding dan kedua, defendan-defendan perlu membuktikan bahawa tuntutan plaintiff telah pun melangkaui had masa yang ditetapkan. Sehubungan dengan itu, pliding dan keterangan afidavit pihak-pihak relevan diteliti. [24] Jika dilihat pada perenggan kecil 24.1 pernyataan pembelaan, defendan-defendan telah dengan jelasnya menyatakan bahawa tuntutan plaintiff dihalang oleh AHM 1953. Oleh itu, syarat pertama telah pun dipenuhi. [25] Bagi memenuhi syarat yang kedua, defendan-defendan ada memberikan sebab kenapa plaintiff dikatakan terlewat. Di perenggan 10 afidavit sokongan bertarikh 2.5.2019, defendan-defendan menyatakan bahawa tanah tersebut telah dipindah milik kepada defendan pertama sejak 21.2.2001 lagi. Plaintif lewat lebih 10 tahun kerana hanya memfailkan tindakan pada 2.4.2018. [26] Di perenggan 9 afidavit jawapan bertarikh 23.5.2019, plaintiff pula menegaskan bahawa kausa tindakan hanya terakru sebaik sahaja plaintiff tahu tanah tersebut dipindah milik iaitu setelah carian rasmi dibuat pada 11.2.2018. Berdasarkan fakta tersebut, plaintiff menegaskan bahawa pihaknya tidak dihalang oleh had masa. [27] Defendan-defendan kemudiannya memfailkan afidavit balasan bertarikh 3.6.2019. Di perenggan 10, defendan-defendan merujuk kepada dapatan Mahkamah Tinggi Shah Alam di dalam kes Mohd Bakri @ Bakhari Mohd Noor v Ketua Pengarah Insolvensi Bagi Aset dan Liabiliti Syarikat Taba Silver Sdn Bhd [2014] MLRHU 8 (kes MTSA 2014) yang mana melibatkan plaintiff dan defendan ketiga. Berdasarkan dapatan kes MTSA 2014, defendan-defendan menegaskan bahawa plaintiff telah tahu tentang pindah milik tanah tersebut kepada defendan pertama sejak dari tahun 2006 lagi. [28] Setelah diteliti, kami dapati bahawa penegasan defendan-defendan berhubung dengan pengetahuan plaintiff ke atas urusan penjualan tanah tersebut ada kebenarannya. Di dalam keputusan kes MTSA 2014, PK (beliau ketika itu) ada membuat dapatan sepertimana berikut: [49] The plaintiff also asserts, that the defendant did not inform him of the steps that it had taken to sell the land, and that he only got to notice of it, when he receive a letter from the defendant dated 8 August 2006. This letter was in reply to the plaintiff's letter dated 17 July 2006. [50] On this fact alone, it is evident that the plaintiff had knowledge of the sale of land 8 years prior to making this application. He could have taken steps pursuant to s 279 CA 1965. (penekanan ditambah) [29] Tidak ada keterangan lain yang dikemukakan plaintiff bagi menyangkal dapatan PK di dalam kes MTSA 2014. Tidak ada juga keterangan yang menunjukkan dapatan PK tersebut berjaya diubah di peringkat rayuan. Oleh itu, kami dapati bahawa fakta berhubung dengan pengetahuan plaintiff ke atas pindah milik tanah tersebut sejak dari tahun 2006 tidak perlu dipertikaikan lagi. [30] Tambahan pula, tanah tersebut telah dipindah milik dan didaftarkan di atas nama defendan pertama sejak 21.2.2002 lagi seperti mana yang dinyatakan di perenggan 7 afidavit sokongan defendan-defendan. Daripada fakta tersebut, jelaslah bahawa sekiranya plaintiff membuat carian di pejabat tanah setelah menerima surat jawapan daripada defendan ketiga pada bulan Ogos 2006, maka sudah pastilah plaintiff akan maklum status pemilikan tanah tersebut. [31] Berdasarkan keterangan, jelaslah bahawa defendan-defendan turut berjaya melepasi syarat kedua. Ternyata plaintiff mengambil masa yang terlalu lama untuk mengambil tindakan terhadap defendan-defendan. Plaintif hanya memfailkan writ saman dan pernyataan tuntutan pada 2.4.2018, iaitu setelah hampir 12 tahun berlalu. Kami dapati pembelaan defendan-defendan di bawah AHM 1953 bermerit. Sekiranya tuntutan plaintiff diteruskan dengan perbicaraan penuh sekali pun ianya pasti akan gagal (doomed to fail). Keputusan plaintif dibatalkan. Plaintif diperintahkan membayar kos sebanyak RM5,000.00 kepada setiap defendan tertakluk kepada fi alokatur. Tarikh: 10 Disember 2020 t.t. CHE MOHD RUZIMA BIN GHAZALI Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia Peguamcara bagi pihak Perayu : Azwani Abd Rahman [Amir Azwani & Jailani Norfaruqi] Peguamcara bagi pihak Responden : Tun Salleh Abas Wan Muhammad Hafiz [Rafida Razak & Co.]
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.