KERAJAAN MALAYSIA RESPONDEN-RESPONDEN 3 ALASAN PENGHAKIMAN PENGENALAN [1] Pemohon memfailkan permohonan semakan kehakiman memohon relif-relif berikut: i. Suatu perintah Deklarasi dan/atau Certiorari terhadap Responden-Responden untuk membatalkan keputusan yang telah diberikan oleh Tan Sri Dato’ Sri Khalid Bin Abu Bakar (Responden Pertama) dan Lembaga Tatatertib Polis Diraja Bukit Malaysia Bukit Aman (Responden Kedua) bagi pihak Responden Keempat untuk membuang kerja Pemohon dari Pasukan Polis Diraja Malaysia berkuatkuasa mulai 29.8.2017 dan bahawa Pemohon masih merupakan pekerja Responden Keempat, Kerajaan Malaysia tanpa kehilangan kekananan pangkat dan seterusnya suatu perintah Deklarasi dan/atau Certiorari diberikan; ii. Suatu siasatan untuk menentukan tunggakan gaji, emolumen, elaun-elaun dan faedah-faedah lain yang Pemohon sepatutnya menerima dari tarikh pemohon dibuang kerja (29.8.2017) sehingga penyelesaian penuh; iii. Ganti rugi am dan/atau ganti rugi teruk dan/atau ganti rugi teladan dan/atau ganti rugi punitif kerana Responden-Responden telah bersikap sambal lewa ‘lackadaisical attitude’ dalam prosiding tatatertib dengan niat semata-mata untuk membuang kerja Pemohon yang mana akibat dari tindakan dan/atau peninggalan Responden-Responden tersebut, 4 Pemohon mengalami trauma mental, emosi dan psikologi yang begitu amat sangat apabila menghadapi keluarga dan masyarakat, terpaksa mengharungi tekanan jiwa, mengalami kesedihan dan kedukacitaan setiap hari sehingga kini; iv. Ganti rugi pemecatan salah; v. Faedah pada kadar 5% setahun terhadap jumlah keseluruhan wang penghakiman dari tarikh Pemohon dibuang kerja sehingga penyelesaian penuh; vi. Kos tindakan ini. FAKTA RINGKAS [2] Pada 15.7.2007, Pemohon telah menyertai pasukan polis sebagai Inspektor Percubaan. Selepas tamat latihan Pemohon telah bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Bukit Aman sehingga dibuang kerja pada 29.8.2017. [3] Pada 21.4.2015 satu laporan polis telah dibuat mengenai African Scam iaitu bersabit Malim Report 1529/15 yang mana Pegawai Penyiasat ialah Inspektor Mohamad Yassar bin Ishak (G/20578). [4] Pada 16.5.2017, satu tangkapan telah dibuat ke atas warga Pakistan bernama Jadeer Ehsan melalui Bukit Jalil Report 2829/15 yang dibuat oleh ASP Nur Asrul bin Ariff. Tangkapan adalah bersangkut Malim Report 1529/15. 5 [5] Suspek Jadeer Ehsan telah di bawa ke Balai Polis Melaka Tengah dan Responden Ketiga telah memohon tahanan reman ke atas Jadeer Ehsan dari 16.5.2015 hingga 19.5.2015. Tahanan reman kemudiannya telah dilanjutkan dari 20.5.2015 hingga 22.5.2015. [6] Pada 22.5.2015 Bandar Hilir Report 2752/15 telah dibuat terhadap Jadeer Ehsan berkaitan kesalahan pasport palsu di bawah Peraturan 39(B) Akta Imigresen 1963 dan permohonan reman ke atas Jadeer Ehsan dibuat dari 22.5.2015 untuk tempoh 14 hari. [7] Pada 28.5.2015 Responden Ketiga telah merujuk kertas siasatan kepada Ketua Unit Pendakwaan Melaka dan arahan kepada Responden Ketiga untuk melengkapkan kertas siasatan dan membebaskan Jadeer Ehsan dengan jaminan polis. [8] Pada 28.5.2015, atas arahan ASP Nur Asrul bin Ariff, Pemohon telah menemubual Jadeer Ehsan di Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah yang pada ketika itu telah dijamin polis. [9] Pada 8.6.2015, Responden Ketiga telah menerima arahan Ketua Unit Pendakwaan untuk menuduh Jadeer Ehsan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Responden Ketiga telah menghubungi abang Jadeer Ehsan untuk membawa Jadeer Ehsan ke pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah Melaka Tengah untuk pertuduhan. Tarikh 12.6.2015 telah dipersetujui antara Responden Ketiga dengan peguam Jadeer Ehsan untuk pertuduhan dibuat di Mahkamah. 6 [10] Pada 12.6.2015, Jadeer Ehsan tidak dapat hadir kerana ada temujanji doktor dan tarikh berikutnya ditetapkan pada 16.6.2015. Pada 15.6.2015 abang kepada Jadeer Ehsan telah membuat laporan polis Bandar Hilir Report 3496/15 memberitahu Jadeer Ehsan telah menghilangkan diri. [11] Pada 26.6.2015, Responden Ketiga telah dipanggil oleh KJSJK IPK Melaka iaitu Superintenden Ee Khong Koy kerana Jadeer Ehsan gagal dikesan. Pada 26.6.2015 juga satu laporan polis Bandar Hilir Report 3704/15 telah dibuat oleh Responden Ketiga terhadap Pemohon. Pada 29.6.2015, Pemohon juga telah membuat laporan polis Jalan Tun Razak 4936/15 sebagai respon kepada Bandar Hilir Report 3704/15. [12] Berikutan dari itu, satu kertas siasatan telah dibuat terhadap Pemohon di bawah Seksyen 221 Kanun Keseksaan bersabit Bandar Hilir Report 3704/15 yang kemudiannya kes telah di NFA oleh pihak Timbalan Pendakwaraya. [13] Pemohon kemudiannya telah menerima Surat Tunjuk Sebab bertarikh 21.3.2016 mengenai 6 pertuduhan salah laku di bawah Peraturan 37 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 (“PPPAKT 1993”) dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat di bawah Peraturan 38, Peraturan-Peraturan yang sama. Pertuduhan-pertuduhan yang dirujuk adalah seperti berikut: i. Bagi Tuduhan Pertama, pada 28.5.2015 Pemohon tidak membuat tangkapan semula terlebih dahulu bersabit USJ 8 Report 866/2015 ke atas Jadeer Ehsan setelah diberi jaminan 7 polis bersabit Malim Report 1529/15 sebelum membawa balik Jadeer Ehsan ke Aras 27, Menara 238 Jalan Tun Razak 50400 Kuala Lumpur dan berpeluang membebaskan Jadeer Ehsan sebelum merujuk kepada Responden Ketiga yang mana Pemohon mengetahui tangkapan semula adalah perlu untuk pendakwaan bersabit Malim Report 1529/15. Pemohon seorang pegawai yang tidak bertanggungjawab dan telah melanggar Peraturan 4(2)(g) PPPAKT 1993. ii. Bagi Tuduhan Kedua, Pemohon bertindak tidak jujur kerana antara 21.5.2015 hingga 28.5.2015 antara jam 7.00 malam hingga 11.59 malam, Pemohon telah memperdayakan Responden Ketiga untuk menyerahkan Jadeer Ehsan untuk dibawa balik ke Jabatan Siasatan Jenayah Komersil di Aras 27 Menara 238 Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur dengan mengatakan bahawa Jadeer Ehsan akan disoal siasat dan ditangkap semula bersabit USJ 8 Report 866/15 sedangkan Pemohon tidak berbuat demikian sebaliknya membebaskan Jadeer Ehsan dan pendakwaan tidak dapat dijalankan terhadap Jadeer Ehsan. Perbuatan Pemohon adalah suatu kesalahan tidak jujur atau tidak amanah dan telah melanggar Peraturan 4(2)(f) PPPAKT 1993. iii. Bagi Tuduhan ketiga, pada 28.5.2015 Pemohon telah ingkar perintah apabila membawa Jadeer Ehsan dari pejabat BSJKD Melaka Tengah ke Jabatan Siasatan Jenayah Komersil di Aras 27 Menara 238 Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur tanpa arahan mana-mana pegawai atasan. Pemohon telah melanggar Peraturan 4(2)(i) PPPAKT 1993. 8 iv. Bagi Tuduhan Keempat, pada 10.7.2015 jam 3.20 petang Pemohon telah bertindak tidak jujur dengan mendorong dan mengarahkan KPL/D 157697 Jahir Duranny bin Mohd Jarkasi (A8) dan KPL/D 126798 Meor Ariffin bin Musa (A9) untuk memberi percakapan palsu semasa rakaman percakapan dibuat oleh ASP G/17352 Lai Siaw Khien di Cawangan Siasatan Perundingan Kajian Kes Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standard, Tingkat 20 Menara 2, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman supaya berdalih dan tidak bercakap benar dengan mengatakan ahli keluarga Jadeer Ehsan hadir bersama dan menunggu sehingga temubual berakhir pada jam 1.00 pagi pada 29.5.2015 yang mana Pemohon ketahui tiada ahli keluarga Jadeer Ehsan hadir pada ketika itu di pejabat Pemohon. Pemohon telah melanggar Peraturan 4(2)(f) PPPAKT 1993. v. Bagi Tuduhan Kelima, Pemohon didapati telah ingkar Perintah kerana antara 20.5.2015 hingga 9.7.2015, Pemohon gagal mengisytiharkan harta tambahan sebuah kereta bernombor pendaftaran WEE 535 jenis Saga 1.3S yang didaftar atas nama Pemohon pada 20.5.2015. Pemohon telah melanggar Peraturan 4(2)(i) PPPAKT 1993. vi. Bagi Tuduhan Keenam, Pemohon didapati telah ingkar Perintah kerana antara 27.4.2011 hingga 9.7.2015, Pemohon gagal mengisytiharkan harta tambahan sebuah kereta bernombor pendaftaran WVF 7047 Model Alza 1500 Ezi yang didaftar atas nama isteri Pemohon iaitu Nurulziha bt Kamaruzaman pada 27.4.2011. Pemohon telah melanggar Peraturan 4(2)(i) PPPAKT 1993. 9 [14] Pemohon kemudiannya telah memohon lanjutan masa untuk menyediakan representasi beliau dan memohon dibekalkan dengan dokumen-dokumen relevan. [15] Pemohon telah menerima surat Responden Pertama bertarikh 9.6.2016 dan permohonan untuk dibekalkan dokumen yang dipohon dan lanjutan masa telah dibenarkan. Namun laporan polis pengadu gagal dibekalkan oleh Responden Pertama. [16] Pemohon kemudiannya telah mengemukakan Surat Representasi bertarikh 5.10.2016 kepada Responden Pertama. Pada 5.10.2017, Pemohon telah menerima surat Responden Pertama bertarikh 30.8.2017 memaklumkan keputusan Hukuman Tatatertib yang berkuatkuasa mulai 29.8.2017 seperti berikut: i. Tuduhan Pertama - tidak bersalah dan dibebaskan; ii. Tuduhan Kedua - tidak bersalah dan dibebaskan; iii. Tuduhan Ketiga - tidak bersalah dan dibebaskan; iv. Tuduhan Keempat - bersalah dan hukuman buang kerja; v. Tuduhan Kelima - bersalah dan hukuman Amaran; dan vi. Tuduhan Keenam - bersalah dan hukuman Amaran. [17] Tidak berpuas hati dengan keputusan Responden Kedua tersebut, Pemohon memfailkan permohonan semakan kehakiman ini dengan alasan-alasan berikut: 10 a. Responden Pertama dan Kedua telah bertindak bertentangan dengan peruntukan Bab D Perintah-Perintah Am dan Perlembagaan Persekutuan dalam proses pembuangan kerja Pemohon. Oleh itu pembuangan kerja Pemohon adalah tidak sah menurut undang-undang dan tidak teratur; b. Responden Pertama gagal mematuhi Peraturan 35(1) dan (2) dan Peraturan 37(1) dan (2) PPPAKT 1993 sebelum mengeluarkan surat tunjuk sebab; c. Surat pemberitahuan Hukuman Tatatertib bertarikh 30.8.2017 adalah cacat dan keputusan sabitan dan buang kerja dicemari dengan ketaksahan undang-undang kerana Responden Kedua telah bergantung sepenuhnya kepada rakaman percakapan daripada ‘unreliable witnesses’ yang memberi keterangan bercanggah dan Pemohon tidak diberi peluang untuk menyangkal dakwaan dan versi berbeza saksi-saksi tersebut; d. Pertuduhan-pertuduhan adalah cacat dari segi kandungan, tidak berasas, mengelirukan dan tidak boleh dipertahankan. Tuduhan-tuduhan yang dibuat terhadap Pemohon adalah bersifat mala fide dan semata-mata untuk menjejaskan kredibiliti Pemohon sebagai pegawai kanan PDRM; e. Tuduhan Pertama hingga Ketiga saling berkait dengan Tuduhan Keempat. Pemohon sepatutnya dibebaskan untuk Tuduhan Keempat sekiranya tidak bersalah dan dibebaskan untuk Tuduhan Pertama, Kedua dan Ketiga; f. Responden Pertama dan Kedua telah gagal mengambil kira Surat Representasi Pemohon untuk Tuduhan Keempat; 11 g. Kesemua amaran di dalam rakaman percakapan yang diambil oleh pihak siasatan tatatertib adalah tidak sah dan tidak relevan dengan Peraturan 4(2)(g) PPPAKT 1993 dan tidak boleh diguna pakai dalam tindakan tatatertib; h. Keputusan hukuman buang kerja oleh Responden Kedua adalah tidak munasabah mengambil kira rekod perkhidmatan Pemohon yang cemerlang dan bersih sepanjang tempoh berkhidmat selama 10 tahun dengan PDRM; i. Responden Kedua gagal bersidang secara sah kerana kekurangan koram dalam persidangan tersebut. Terdapat pelanggaran undang-undang dalam pelantikan ahli-ahli Lembaga Tatatertib; dan j. Terdapat ‘condonation’ yang jelas apabila Pemohon masih meneruskan tugas seperti biasa meskipun siasatan tatatertib selesai dijalankan terhadap Pemohon. Meskipun menerima Surat Tunjuk Sebab bertarikh 21.3.2016, Pemohon masih diberikan Surat Penghargaan bertarikh 21.7.2016 daripada Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman dan Surat Penghargaan daripada Ketua Polis Johor bertarikh 17.7.2017 dan penghargaan-penghargaan lain. KEPUTUSAN MAHKAMAH Undang-Undang [18] Pendekatan undang-undang yang terpakai bagi suatu permohonan semakan kehakiman adalah berdasarkan ujian objektif yang memberi kuasa kepada Mahkamah ini untuk meneliti dan menyemak keputusan yang dibuat oleh sesuatu tribunal atau badan awam bukan sahaja 12 melibatkan bagaimana atau proses sesuatu keputusan itu dibuat tetapi juga berkuasa menentukan asas kepada kewajaran keputusan itu dibuat. Mahkamah Rayuan di dalam kes Ngiam Geok Mooi v Pacific World Destination East Sdn Bhd [2016] 2 MLJ 741, CA, YA Zawawi Salleh, HMR di dalam penghakimannya menyatakan seperti berikut: “[20] Having said that, we hasten to add that the current position of the law on judicial review in Malaysia permits a review of process and substance in determining the reasonableness of a decision by an administrative body and the test applicable in judicial review now is the objective test (see Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur v Menteri Dalam Negeri & Ors [2014] 4 MLJ 765; [2014] 6 CLJ 541). [21] Insofar as the law on judicial review affecting the Industrial Court decision in Malaysia is concerned, it had been clearly explained and clarified by Raus Sharif FCJ (now PCA) in the Federal Court case of Ranjit Kaur a/p S Gopal Singh v Hotel Excelsior (M) Sdn Bhd [2010] 6 MLJ 1, where His Lordship held: Historically, judicial review was only concerned with the decision making process where the impugned decision is flawed on the ground of procedural impropriety. However, over the years, our courts have made inroad into this field of administrative law. Rama Chandran is the mother of all those cases. The Federal Court in a landmark decision has held that the decision of inferior tribunal may be reviewed on the grounds of ‘illegality’, ‘irrationality’ and possibly ‘proportionality’ which permit the courts to scrutinise the decision not only for process but also for substance. It allowed the courts to go into the merit of the matter. Thus, the distinction between review and appeal no longer holds. [22] It was also held in that case that where the facts do not support the conclusion arrived at by the Industrial Court, or where the findings of the [2016] 2 MLJ 741 at 753Industrial Court had been arrived by taking into consideration irrelevant matters, or had failed to consider relevant matters, such findings are always amenable to judicial review by the High Court. [23] It is clear, therefore, that the court is entitled to determine whether the administrative body’s conclusions are adequately supported by evidence; that the facts have been properly found; that all material factual considerations have 13 been taken into account; and that material facts have not been omitted. In Administrative Law (9th Ed) edited by Sir William Wade and Christopher Forsyth, under the heading ‘No evidence rule’, at p 272, the following passage appears: … the limit of … indulgence is reached where findings are based on no satisfactory evidence. It is one thing to weigh conflicting evidence which might justify a conclusion either way, or to evaluate evidence wrongly. It is another thing altogether to make insupportable findings. This is an abuse of power and may cause grave injustice. At this point, therefore, the court is disposed to intervene. No evidence’ does not mean only a total dearth of evidence. It extends to any case where the evidence, taken as a whole, is not reasonably capable of supporting the finding; or where, in the other words, no tribunal could reasonably reach that conclusion on the evidence. This ‘no evidence’ principle clearly has something in common with the principle that perverse or unreasonable action is unauthorised and ultra vires …” [19] Keputusan terkini oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Peguam Negara Malaysia v Chin Chee (sebagai Setiausaha Kebajikan dan Amal Liam Hood Thong Chor Seng Thuan and another appeal [2019] MLJU 202, juga memberi pendekatan undang-undang yang sama khususnya mengenai fungsi Mahkamah dalam mendengar suatu permohonan semakan kehakiman dan memberi kuasa kepada Mahkamah untuk menyemak semula suatu keputusan itu sekiranya terbukti keputusan tersebut dicemari dengan kesilapan undang-undang, tidak rasional dan ketidakaturan prosedur. YA Hakim Zawawi Salleh, HMP, di dalam penghakimannya menyatakan seperti berikut: “[60] This landmark decision moved the courts from a position of deciding whether prerogative power existed to deciding if they were being carried out 14 lawfully. Lord Diplock in his speech at p.401D of the GCHQ case enunciated three classic grounds for judicial review: “Judicial review has I think developed to a stage today when … one can conveniently classify under three heads the grounds upon which administrative action is subject to control by judicial review. The first ground I would call “illegality”, the second “irrationality” and the third “procedural impropriety.” … By “illegality” as a ground for judicial review I mean that the decision-maker must understand correctly the law that regulates his decision-making power and must give effect to it. Whether he has or not is par excellence a justiciable question to be decided, in the event of dispute, by those persons, the judges, by whom the judicial power of the state is exercisable. By ‘irrationality’ I mean what can now succinctly be referred to as “Wednesbury unreasonableness” (Associated Provincial Picture Houses Ltd v Wednesbury Corporation [1948] 1 KB 223). It applies to a decision which is so outrageous in it defiance of logic or of accepted moral standards that no reasonable person who had applied his mind to the question to be decided could have arrived at it.” [20] Mahkamah Persekutuan di dalam kes Kerajaan Malaysia & Ors v Tay Chai Huat [2012] 3 MLJ 149 telah menetapkan prinsip undang-undang yang patut diberi perhatian oleh Mahkamah di dalam menyemak suatu keputusan pihak berkuasa tatatertib adalah seperti berikut: [36] The courts have very limited review powers over administrative determinations of public bodies and are constrained to confirm the findings in disciplinary hearings. The courts will only intervene in disciplinary cases where there was a fundamental procedural flaw. The courts cannot exceed its role in cases of this genre as the instant appeal. The courts cannot interfere merely because it may come to different conclusions on facts on the same basis of the same evidence. Weighing and assessing the evidence is the function of the disciplinary authority which is the body to which the legislature has entrusted the responsibility of deciding the issue, and not the courts. Hence, the court 15 should approach cases of this genre as the instant appeal in the following way, namely, whether there has been an error in the process or whether there was procedural irregularity in the decision making proceedings leading to the public officer's dismissal.