Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUANTAN DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR, MALAYSIA KES JENAYAH NO. CA – 62JSK – 9 – 05 / 2023 ANTARA PENDAKWA RAYA … PENDAKWA RAYA LAWAN MOHD FAIRUZ BIN MAMAT … ORANG KENA TUDUH (NO. KP 880130-06-6389) ALASAN PENGHAKIMAN [1] Orang Kena Tuduh (OKT) telah dituduh melakukan amang seksual fizikal ke atas seorang kanak-kanak lelaki yang berusia 13 tahun dengan cara memasukkan kemaluan beliau ke dalam mulut kanak-kanak tersebut. Pertuduhan yang dikemukakan oleh pihak pendakwa berbunyi seperti berikut: ‘Bahawa kamu pada 07/08/2022 jam lebih kurang 11.00 malam, bertempat di dalam bilik pejabat di Akademi Quran Al-Fateh di alamat No. 17, Lorong Padang Perdana 28, Padang Perdana, di dalam daerah Kuantan, di negeri Pahang Darul Makmur, telah melakukan amang seksual fizikal iaitu dengan cara memasukkan kemaluan kamu ke dalam mulut kanak-kanak bernama S/N wEjlYFQtzk60Khlja1rYKA XXX, No. KP : 090401-XX-XXXX, berumur 13 tahun. Oleh itu, kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.’ [2] Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 menyatakan perkara berikut: ‘Any person who, for sexual purposes—