Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI SUNGAI PETANI DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN GUAMAN SIVIL NO : KB-A53KJ - 101 - 04 / 2022 ANTARA MOHD FAISOL BIN MD FAUZI (Menuntut sebagai benefisiari serta tanggungan, anak yang sah dan wakil diri kepada harta pusaka simati MD FAUZI BIN MOHD ISA-Simati mengikut Seksyen 7 dan Seksyen 8 di bawah Undang-Undang Sivil 1956 … PLAINTIF DAN NUR ARISSYA MAISARAH BINTI ABDULLAH … DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN PENGENALAN [ 1 ] Plaintif adalah anak yang sah kepada Md Pauzi bin Mohd Isa, simati . Pada 27/12/2020 dan pada masa yang material, simati adalah penunggang motosikal no. PKG 3545 . [ 2 ] Defendan pada 27/12/2020 dan pada masa yang material adalah pemilik berdaftar dan pemandu motokar no WXN 1645. [ 3 ] Pada 27/12/2020 jam lebih kurang 6.20 petang di Jalan Lencongan Barat, Sungai Petani, telah berlaku kemalangan jalanraya di antara motosikal PKG 3545 yang ditunggang oleh simati dan motokar WXN 1645 yang dipandu oleh defendan. [ 4 ] Simati telah mengalami kecederaan akibat kemalangan tersebut dan meninggal dunia pada 16/07/2021( lebih kurang 6 bulan selepas tarikh kemalangan). [ 5 ] Tuntutan ini difailkan oleh plaintif sebagai benefisiari serta tanggungan dan wakil diri kepada harta pesaka simati mengikut Seksyen 7 dan Seksyen 8 Akta Undang-Undang Sivil 1956. BEBAN PEMBUKTIAN [ 6 ] Beban adalah ke atas Plaintif untuk membuktikan tuntutannya terhadap Defendan-Defendan atas imbangan kebarangkalian. Mahkamah Persekutuan dalam kes Datuk Mohd Ali Hj Abdul Majid & Anor v Public Bank (2014) 6 CLJ 269, menyatakan bahawa: “ It is trite law that a claimant claiming damages must prove that he has suffered that damage. The claimant has the burden of proving both liability and quantum of damages, before he can recover the sum claimed. This follows from the general rule that the burden of proving a fact is upon him who alleges it and not upon him who denies it, so that where a particular allegation forms an essential part of a person’s case, the proof of such allegation falls on him”. STANDARD PEMBUKTIAN [ 7 ] Standard pembuktian di dalam kes-kes sivil adalah atas imbangan kebarangkalian. Dalam kes Inas Faiqah Mohd Helmi ( A child Suing Through Her Father And Next Friend; Mohd Helmi Abdul Aziz) v Kerajaan Malaysia & Ors (2016) 2 CLJ 885, Mahkamah Persekutuan menyatakan bahawa: “ The standard of proof in civil cases is the legal standard to which a party is required to prove its case, namely on a balance of probabilities. In civil litigation, the question of probability or improbability of an action occurring is an important consideration to be taken into account in deciding whether that particular event had actually taken place or not.” [ 8 ] Begitu juga dalam kes Sinnaiyah & Sons Sdn Bhd v Damai Setia Sdn Bhd (2015) 7 CLJ 584, Mahkamah Persekutuan menyatakan bahawa: “ At law there are only two standards of proof, namely beyond reasonable doubt for criminal cases while it is on balance of probabilities for civil cases.” LIABILITI VERSI PLAINTIF [ 9 ] Simati tidak membuat laporan polis sehingga kematiannya. Versi plaintif hanyalah berdasarkan pernyataan tuntutan seperti berikut: “3. Pada tarikh yang tersebut di atas lebih kurang jam 6:20 petang, simati sedang menunggang motosikal PKG 3545 di Jalan Lencong Barat, Sungai Petani, tiba-tiba sebuah motokar WXN 1645 yang dipandu oleh defendan telah melanggar bahagian belakang kanan motosikal simati sehingga menyebabkan kemalangan berlaku.” VERSI DEFENDAN [ 10 ] Pada 27/12/2020 jam lebih kurang 6:15 petang ,defendan memandu motokar WXN 1645 dari Taman Intan hendak balik ke Taman Orkid Sungai Layar. Apabila sampai di Jalan Lencong Barat Sungai Petani, ketika defendan memnadu di lorong kanan dan bergerak terus, tiba-tiba motosikal PKG 3545 yang ditunggang oleh simati dari lorong kiri telah masuk dihadapan laluan beliau secara mengejut. Defendan cuba elak dan brek tetapi terlanggar juga di bahagian kanan motosikal tersebut. [ 11 ] Memandangkan terdapat 2 versi yang nyata berbeza, adalah menjadi tugas mahkamah ini untuk menentukan versi siapakah yang kebarangkaliannya lebih (inherently probable) berdasarkan keterangan bebas dan keterangan senyap seperti keterangan saksi bebas yang melihat kemalangan dan keterangan pegawai penyiasat yang mengemukakan hasil siasatannya seperti rajah kasar dan gambar. Rujuk kes 1. Noorianti bte Zainol Abidin & Ors v Tang Lei Nge (1990) 2 MLJ