Content
DALAM MAHKAMAH SESYEN KOTA TINGGI DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM NO. KES: JH-62JSK-11-02/2025 PENDAKWA RAYA LAWAN MOHD FAIZAL BIN MAN (NO. K/P: 800208-01-5785) PENGHAKIMAN A.
JH-62JSK-11-02/2025
Sessions Court of Malaysia13 Feb 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
DALAM MAHKAMAH SESYEN KOTA TINGGI DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM NO. KES: JH-62JSK-11-02/2025 PENDAKWA RAYA LAWAN MOHD FAIZAL BIN MAN (NO. K/P: 800208-01-5785) PENGHAKIMAN A.
1
Di dalam kes ini, Tertuduh telah dituduh di hadapan Mahkamah Sesyen Kota Tinggi dengan 2 pertuduhan seperti berikut: Pertuduhan Pertama Bahawa kamu pada awal bulan Jun 2024, bertempat di dalam bilik tidur, di dalam surau Madrasah Tahfiz Al-Quran Al-Hijrah Air Papan, di dalam Daerah Mersing, di dalam Negeri Johor Darul Ta’zim, sebagai seorang yang mempunyai hubungan amanah iaitu guru kepada kanak-kanak bernama Sheikh Muhammad Adam Bin Sk Md Yazid, No. KPT: 111129-01-1141 yang berusia 14 tahun 2 bulan telah melakukan amang seksual fizikal bagi maksud seksual ke atas kanak-kanak tersebut dengan menggesel kemaluan kamu ke bahagian punggong kanak-kanak tersebut dan dengan itu, kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16 (1) Akta yang sama. Hukuman kesalahan Seksyen 14 (d) AKSTKK 2017 Hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat Hukuman Kesalahan Seksyen 16 (1) AKSTKK 2017 Sebagai tambahan hukuman, hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan hendaklah juga dihukum dengan hukuman sebat tidak kurang daripada dua sebatan. Perintah Seksyen 26 (1) AKSTKK 2017 Mahkamah boleh, sebagai tambahan kepada apa-apa hukuman yang dikenakan, memerintahkan suatu tempoh kaunseling pemulihan terhadap orang yang disabitkan atas kesalahan itu dalam tempoh penahanannya. Seksyen 27 (1) AKSTKK 2017 Apabila seseorang telah disabitkan, Mahkamah hendaklah mengarahkannya supaya diletakkan di bawah pengawasan polis bagi suatu tempoh yang tidak kurang daripada satu tahun dan tidak lebih daripada tiga tahun bermula sebaik selepas habis tempoh hukuman yang dijatuhkan. Perintah Seksyen 26A AKSTKK 2017 Mahkamah boleh memerintahkan bagi pembayaran suatu jumlah wang yang hendaklah ditetapkan oleh Mahkamah itu sebagaimana yang difikirkannya adil dan munasabah sebagai pampasan kepada mangsa kanak-kanak berkenaan dengan kecederaan yang dialami oleh mangsa kanak-kanak itu akibat daripada kesalahan yang dilakukan itu. Pertuduhan Kedua Bahawa kamu pada hujung bulan Jun 2024, bertempat di dalam bilik tidur, di dalam surau madrasah Tahfiz Al-Quran Al-Hijrah Air Papan, di dalam Daerah Mersing, di dalam Negeri Johor Darul Ta’zim, sebagai seorang yang mempunyai hubungan amanah iaitu guru kepada kanak-kanak bernama Sheikh Muhammad Adam Bin Sk Md Yazid, No. KPT: 111129-01-1141 yang berusia 14 tahun 2 bulan telah melakukan amang seksual fizikal bagi maksud seksual ke atas kanak-kanak tersebut dengan memasukkan kemaluan kamu ke dalam mulut kanak-kanak tersebut dan dengan itu, kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16 (1) Akta yang sama. Hukuman kesalahan Seksyen 14 (d) AKSTKK 2017 Hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat Hukuman Kesalahan Seksyen 16 (1) AKSTKK 2017 Sebagai tambahan hukuman, hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan hendaklah juga dihukum dengan hukuman sebat tidak kurang daripada dua sebatan. Perintah Seksyen 26 (1) AKSTKK 2017 Mahkamah boleh, sebagai tambahan kepada apa-apa hukuman yang dikenakan, memerintahkan suatu tempoh kaunseling pemulihan terhadap orang yang disabitkan atas kesalahan itu dalam tempoh penahanannya. Seksyen 27 (1) AKSTKK 2017 Apabila seseorang telah disabitkan, Mahkamah hendaklah mengarahkannya supaya diletakkan di bawah pengawasan polis bagi suatu tempoh yang tidak kurang daripada satu tahun dan tidak lebih daripada tiga tahun bermula sebaik selepas habis tempoh hukuman yang dijatuhkan. Perintah Seksyen 26A AKSTKK 2017 Mahkamah boleh memerintahkan bagi pembayaran suatu jumlah wang yang hendaklah ditetapkan oleh Mahkamah itu sebagaimana yang difikirkannya adil dan munasabah sebagai pampasan kepada mangsa kanak-kanak berkenaan dengan kecederaan yang dialami oleh mangsa kanak-kanak itu akibat daripada kesalahan yang dilakukan itu.
2
Pada peringkat awal dipertuduhkan iaitu pada 13 Februari 2025, Tertuduh mengaku salah terhadap pertuduhan tersebut. Pihak Pendakwaan telah meneruskan dengan pengemukaan eksibit-eksibit dan telah diakui oleh Tertuduh.
3
Mahkamah seterusnya mendapati Tertuduh bersalah dan disabitkan dengan pertuduhan. Setelah mendengar hujahan peringanan hukuman oleh Tertuduh dan pemberatan hukuman oleh pihak Pendakwaan, Mahkamah menjatuhkan hukuman seperti berikut: i. Bagi Pertuduhan Pertama Penjara 10 tahun dari tarikh sabitan dan 2 sebatan. Sebagai tambahan, Mahkamah memerintahkan Tertuduh menjalani tempoh kaunseling pemulihan dalam tempoh penahanannya dan mengarahkan Tertuduh diletakkan di bawah pengawasan polis bagi tempoh satu tahun sebaik selepas habis tempoh hukuman penjara yang dijatuhkan. ii. Bagi Pertuduhan Kedua Penjara 10 tahun dari tarikh sabitan dan 2 sebatan. Sebagai tambahan, Mahkamah memerintahkan Tertuduh menjalani tempoh kaunseling pemulihan dalam tempoh penahanannya dan mengarahkan Tertuduh diletakkan di bawah pengawasan polis bagi tempoh satu tahun sebaik selepas habis tempoh hukuman penjara yang dijatuhkan. Semua hukuman berjalan serentak untuk pertuduhan di bawah No Kes: JH-62JSK-11-02/2025 dan berjalan serentak dengan hukuman bagi kes di bawah No Kes: JH-62JSK-10-02/2025 4. Tertuduh, selaku Perayu, tidak berpuas hati di atas keputusan tersebut dan telah memfailkan rayuan terhadap sabitan dan hukuman. Pihak Pendakwaan juga tidak berpuas hati di atas keputusan tersebut dan telah memfailkan rayuan terhadap hukuman. B.
4
Pada 13 Februari 2025, sebelum Tertuduh mengaku salah terhadap pertuduhan tersebut pada peringkat awal dipertuduhkan. Mahkamah ini telah mengikuti prosedur yang digariskan di bawah Seksyen 173 Kanun Tatcara Jenayah seperti berikut: “Procedure in summary trials 173. The following procedure shall be observed by Magistrates in summary trials:
a
When the accused appears or is brought before the Court a charge containing the particulars of the offence of which he is accused shall be framed and read and explained to him, and he shall be asked whether he is guilty of the offence charged or claims to be tried.
b
If the accused pleads guilty to the charge, whether as originally framed or as amended, the plea shall be recorded and he may be convicted on it and the Court shall pass sentence according to law: Provided that before a plea of guilty is recorded the Court shall ascertain that the accused understands the nature and consequences of his plea and intends to admit, without qualification, the offence alleged against him. …”
6
Pertuduhan tersebut telah dibaca dan diterangkan kepada Tertuduh. Tertuduh mengakui faham akan pertuduhan tersebut dan mengaku salah. Tertuduh juga faham sifat dan akibat pertuduhan. Pihak Pendakwaan seterusnya telah meneruskan dengan pengemukaan eksibit-eksibit dan telah diakui oleh Tertuduh 7. Mahkamah ini, dalam mempertimbangkan hukuman yang bersesuaian, telah mengambil kira faktor-faktor berikut: a) Peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 [Akta 792] dan dibaca bersama seksyen 16 (1) Akta yang sama; b) Peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 26 (1) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 [Akta 792] bagi perintah menjalani kaunseling pemulihan c) Peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 27 (1) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 [Akta 792] bagi perintah pengawasan d) Pengakuan bersalah dan rayuan mitigasi Tertuduh e) Kepentingan awam; f) Pengajaran kepada Tertuduh; g) Keseriusan kesalahan; h) Setimpal.
8
Seksyen Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 [Akta 792] memperuntukkan hukuman seperti berikut:
14
“Amang seksual fizikal atas kanak-kanak Mana-mana orang yang, bagi maksud seksual—
a
…; …
d
melakukan apa-apa perbuatan lain yang melibatkan kontak fizikal dengan seseorang kanak-kanak tanpa persetubuhan, melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat.”
9
Seterusnya, Seksyen 16 (1) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 [Akta 792] memperuntukkan hukuman seperti berikut: “Orang yang mempunyai hubungan amanah
16
16.
1
Jika seseorang yang melakukan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana kesalahan yang dinyatakan dalam Jadual terhadap seseorang kanak-kanak, mempunyai hubungan amanah dengan kanak-kanak itu, orang itu hendaklah, sebagai tambahan kepada hukuman yang dia boleh dikenakan bagi kesalahan itu, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan hendaklah juga dihukum dengan hukuman sebat tidak kurang daripada dua sebatan. …”
10
Seksyen 26 (1) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 [Akta 792] pula memperuntukkan hukuman seperti berikut:
26
“Kaunseling pemulihan
1
Mahkamah boleh, sebagai tambahan kepada apa-apa hukuman yang dikenakan bagi mana-mana kesalahan di bawah Akta ini, atau mana-mana kesalahan yang dinyatakan dalam Jadual sekiranya mangsa ialah kanak-kanak, memerintahkan suatu tempoh kaunseling pemulihan terhadap orang yang disabitkan atas kesalahan itu dalam tempoh penahanannya. …”
11
Selanjutnya, Seksyen 27 (1) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 [Akta 792] pula memperuntukkan hukuman seperti berikut:
27
“Pengawasan polis
1
Walau apa pun subseksyen 295 (1) Kanun Tatacara Jenayah, sama ada dia dahulunya telah disabitkan atas apa-apa kesalahan atau tidak, apabila seseorang disabitkan atas mana-mana kesalahan di bawah Akta ini, atau mana-mana kesalahan yang dinyatakan dalam Jadual sekiranya mangsa ialah kanak-kanak, mahkamah hendaklah mengarahkan supaya dia diletakkan di bawah pengawasan polis bagi suatu tempoh yang tidak kurang daripada satu tahun dan tidak lebih daripada tiga tahun bermula sebaik selepas habis tempoh hukuman yang dijatuhkan terhadapnya. …”
12
Berdasarkan peruntukan undang-undang yang dirujuk di atas, Mahkamah ini berpandangan bahawa hukuman yang dijatuhkan terhadap Tertuduh adalah di dalam ruang lingkup yang dibenarkan oleh undang-undang dan mematuhi peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 14 (d) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 16 (1), Seksyen 26
1
dan Seksyen 27
1
Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 [Akta 317].
13
Sebagai tambahan, Mahkamah ini turut merujuk kepada kes PUBLIC PROSECUTOR V JAFA BIN DAUD [1981] 1 MLJ 315 yang membincangkan berkaitan “sentence according to law”, di mana Mohamed Azmi J telah menyatakan seperti berikut: “…sentence according to law, means that the sentence must not only be within the ambit of the punishable section but it also be assessed and passed accordance with established judicial principles…”
14
Di dalam menentukan hukuman yang wajar, munasabah dan bersesuaian dengan kesalahan di bawah Seksyen 14 (d) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 16 (1), Seksyen 26 (1) dan Seksyen 27 (1) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 [Akta 317] terhadap Tertuduh, Mahkamah ini telah merujuk kepada kes PP V. LING LEH HOE [2015] 4 CLJ 869, di mana Mahkamah Rayuan telah membincangkan berkaitan pendekatan Mahkamah dalam kes-kes rayuan dan telah memutuskan: "[14] The appellate court can and will interfere in the sentence imposed by the lower court if it is satisfied that any of the following four grounds are made out:
a
The sentencing judge had made a wrong decision as to the proper factual basis for the sentence;
b
There had been an error on the part of the trial judge in appreciating the material facts placed before him;
c
The sentence was wrong in principle; or
d
The sentence imposed was manifestly excessive or inadequate. (See R v. Ball [1951] 35 Cr App. R 164; Loo Weng Fatt v. Public Prosecutor [2001] 3 SLR 313 at para [65]; Public Prosecutor v. UI [2008] 4 SLR (R) 500)."
15
Tertuduh dalam kes ini telah mengaku salah pada peringkat awal dipertuduhkan. Pengakuan bersalah Tertuduh tersebut masih perlu diambil kira oleh Mahkamah dalam menjatuhkan hukuman terhadap Tertuduh kerana pengakuan salah tersebut telah menjimatkan masa dan kos semua pihak. Tertuduh juga memohon hukuman minima atas alasan Tertuduh telah memberi kerjasama yang baik kepada polis selain mengaku telah sedar dan insaf serta tidak akan mengulangi kesalahan tersebut.
16
Mahkamah ini merujuk kepada kes SAU SOO KIM V PP [1975] 1 LNS 158 yang mana Mahkamah Persekutuan di dalam penghakimannnya telah menyatakan seperti berikut: “That whether a person is a hardened criminal or not, plea of guilty should be treated as mitigating factor. It not only saves the country a great expense of a lengthty trial but also saves time and inconvenience of many, particularly the witnesses.”
17
Memandangkan tiada saksi dipanggil memberikan keterangan sebelum Tertuduh mengaku salah, Mahkamah ini berpandangan bahawa hukuman penjara 10 tahun dari tarikh sabitan dan 2 sebatan serta hukuman tambahan, di mana Mahkamah memerintahkan Tertuduh menjalani tempoh kaunseling pemulihan dalam tempoh penahanannya dan mengarahkan Tertuduh diletakkan di bawah pengawasan polis bagi tempoh satu tahun sebaik selepas habis tempoh hukuman penjara yang dijatuhkan bagi pertuduhan pertama dan pertuduhan kedua adalah wajar. Bahkan hukuman tersebut berjalan secara serentak.
18
Sebagai tambahan, Mahkamah ini turut merujuk kepada kes R V. BALL (1951) 35 CR APP R 164, yang menyatakan seperti berikut: “…our law does not therefore fix the sentence for a particular offence but it fixes a maximum sentence and leaves it to the court to decide what is, within that maximum, the appropriate sentence for each criminal in the particular, the court has the right and duty to decide whether to be lenient or severe…”
19
Mahkamah ini berpandangan bahawa hukuman tersebut, yang berjalan secara serentak dari tarikh sabitan, adalah satu bentuk “leniency” terhadap Tertuduh dengan mengambil kira kes belum dijalankan dengan mana-mana saksi. Bagi hukuman 4 sebatan, iaitu 2 sebatan bagi setiap pertuduhan, ia juga adalah hukuman minimum di bawah Seksyen 16 (1) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 [Akta 792], yang dianggap wajar, munasabah dan bersesuaian oleh Mahkamah ini. Malahan hukuman tersebut juga bukanlah bersifat “manifestly excessive”.
20
Mahkamah ini juga berpandangan bahawa hukuman yang dijatuhkan terhadap Tertuduh adalah munasabah dan berpadanan dengan fakta dan keadaan kes ini, di mana, di dalam kes ini Tertuduh telah melakukan dua kesalahan yang serius iaitu menggesel kemaluan Tertuduh ke bahagian punggung kanak-kanak yang berusia 14 tahun 2 bulan dan memasukkan kemaluan Tertuduh ke dalam mulut kanak-kanak tersebut.
21
Kesalahan yang dilakukan oleh Tertuduh merupakan satu kesalahan yang serius dan hukuman deteren perlu diberikan kepada Tertuduh. Tujuan hukuman tersebut bukan sahaja sebagai pengajaran kepada Tertuduh tetapi juga untuk mendidik Tertuduh, secara khususnya, dan masyarakat awam, secara amnya, supaya tidak melakukan atau mengulangi kesalahan yang sama di masa akan datang.
22
Di dalam mempertimbangkan kepentingan awam, Mahkamah ini turut, sekali lagi, merujuk kepada kes R V BALL [1951] 35 CR APP R. 164, di mana Hilbery J menyatakan seperti berikut: “In deciding the appropriate sentence a court should always be guided by certain considerations. The first and foremost is the public interest. The criminal law is publicly enforced, not only with the object of punishing crime, but also in the hope of preventing it. A proper sentence, passed in public, serves the public interest in two ways. It may deter others who might be tempted to try crime as seeming to offer easy money on the supposition, that if the offender is caught and brought to justice, the punishment will be negligible. Such a sentence may also deter the particular criminal from committing a crime again, or induce him to turn from a criminal to an honest life. The public interest is indeed served, and best served, if the offender is induced to turn from criminal ways to honest living. Our laws does not, therefore, fix the sentence for a particular crime, but fixes a maximum, the appropriate sentence for each criminal in the particular circumstances of each case. Not only in regard to each crime, but in regard to each criminal, the court has the right and the duty to decide whether to be lenient or severe.”
23
Mahkamah ini berpandangan bahawa hukuman yang dijatuhkan kepada Tertuduh iaitu hukuman penjara 10 tahun dari tarikh sabitan dan 2 sebatan serta hukuman tambahan, di mana Mahkamah memerintahkan Tertuduh menjalani tempoh kaunseling pemulihan dalam tempoh penahanannya dan mengarahkan Tertuduh diletakkan di bawah pengawasan polis bagi tempoh satu tahun sebaik selepas habis tempoh hukuman penjara yang dijatuhkan bagi pertuduhan pertama dan pertuduhan kedua, yang diberikan kepada Tertuduh bukan sahaja tidak bertentangan dengan prinsip undang-undang bahkan hukuman tersebut juga berperanan sebagai satu pengajaran, pencegahan serta pemulihan kepada Tertuduh.
24
Mahkamah ini juga telah membuat pilihan tempoh hukuman yang bersesuaian dan sewajarnya dijatuhkan ke atas Tertuduh berdasarkan pertimbangan kepada faktor-faktor mitigasi dan pemberatan yang telah dikemukakan oleh Tertuduh dan pihak Pendakwaan.
25
Berdasarkan alasan-alasan yang dikemukakan di atas, Mahkamah ini berpandangan bahawa hukuman yang telah dijatuhkan ke atas Tertuduh dalam kes ini adalah satu hukuman yang tidak bertentangan dengan undang-undang, wajar, munasabah dan bersesuaian dengan kesalahan di bawah Seksyen 14 (d) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 16 (1), Seksyen 26 (1) dan Seksyen 27 (1) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 [Akta 317] terhadap Tertuduh. Sekian, terima kasih.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.