Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI BESUT DALAM NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN, MALAYSIA PERBICARAA JENAYAH NO.: TD-82D-5-11/2022 PENDAKWA RAYA
TD-82D-5-11/2022
Magistrates Court of Malaysia26 Mar 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“w consistent the story is with itself, how it stands the test of cross-examination, and how far it fits in with the rest of the evidence and the circumstances of the case (see Bhojraj v. Sita Ram AIR [1936] PC 60). It must. however, be observed that being unshaken in crossexamination is not per se an all-sufficient aci”
“memihak kepada pihak PR sepanjang prosiding jenayah. Kegagalan PR mengemukakan tuduhan yang betul bukannya alasan bagi mahkamah meminda tuduhan. Spencer Wilkinson J, di dalam kes PP v. Heng You Nang [1949] CLJU 61; [1949] 1 LNS 61; [1949] MLJ 285 di muka surat 287, mengemukakan pandangan berikut: Under s. 173(h), subor”
“g prosiding jenayah. Kegagalan PR mengemukakan tuduhan yang betul bukannya alasan bagi mahkamah meminda tuduhan. Spencer Wilkinson J, di dalam kes PP v. Heng You Nang [1949] CLJU 61; [1949] 1 LNS 61; [1949] MLJ 285 di muka surat 287, mengemukakan pandangan berikut: Under s. 173(h), subordinate courts have a duty to con”
“(iv) after the defence is called, the accused elects to give evidence then go through the steps set out in Mat v. PP [1963] MLJ 263" [60] Setelah meneliti dan membuat penilaian maksimum (maximum evaluation) ke atas keterangan-keterangan yang telah dikemukakan berbanding dengan elemen-elemen pertuduhan kesalahan yang pe”
“dering them what the court has to decide is whether they are of such a nature as to discredit the witness entirely and render the whole of his evidence worthless and untrustworthy (see De Silva v. PP [1964] MLJ 81). The Indian Supreme Court has pointed out that one hardly comes across a witness whose evidence does not”
“ma ada mahkamah ini perlu meminda pertuduhan pindaan tersebut bagi mencerminkan kesalahan yang dilakukan oleh OKT berdasarkan keterangan saksi-saksi, Mahkamah merujuk kepada kes PP lwn. Che Jan Zinon [2016] CLJU 1083; [2016] 1 LNS 1083 yang diputuskan oleh Y.A. Dato' Che Mohhd. Ruzima Ghazali, Hakim Mahkamah Tinggi pad”
“C-F. Fakta-fakta ini juga adalah relevan untuk menunjukkan bahawa Tertuduh mempunyai milikan dan kawalan ke atas dadah-dadah tersebut Perkara-perkara ini ada dipertimbangkan dalam kes PP v Rani Katan [2019] MLJU 19; [2019] 1 LNS 21; [2019] MLRHU 21 di mana Mahkamah dalam kes tersebut memutuskan bahawa:- [63] The orcums”
“relevan untuk menunjukkan bahawa Tertuduh mempunyai milikan dan kawalan ke atas dadah-dadah tersebut Perkara-perkara ini ada dipertimbangkan dalam kes PP v Rani Katan [2019] MLJU 19; [2019] 1 LNS 21; [2019] MLRHU 21 di mana Mahkamah dalam kes tersebut memutuskan bahawa:- [63] The orcumstances show that during the raid,”
“iandy v. PP (2001) 3 SLR 534, Tan Ah Tee v. P.P (1978) 1 LNS 193:: [1980] 1 MLJ 49, Zulfikar bin Mostaffah v. P.P (2001) 1 SLR 633. Pendakwaan turut merujuk kepada kes Pendakwa Raya Iwn Tan Sze Meng [2022] MLJU 231 [52] Mahkamah juga mendapati SP1 juga telah merampas sehelai baju kemeja dan sehelal jeans dari almari di”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI BESUT DALAM NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN, MALAYSIA PERBICARAA JENAYAH NO.: TD-82D-5-11/2022 PENDAKWA RAYA
1
Ini adalah rayuan terhadap keputusan Mahkamah ini pada 26 Mac 2025 dalam melepas dan membebaskan Tertuduh tanpa dipanggil membela diri di akhir kes Pendakwaan atas satu pertuduhan bagi kesalahan di bawah seksyen 30(3) dibaca bersama seksyen 30(5) Akta Racun 1952 [Akta 366].
2
Mohd Faizol bin Mat Azmin iaitu Orang Kena Tuduh (OKT) dalam kes ini pada asalnya telah dipertuduhkan dengan satu Pertuduhan seperti yang berikut: S/N 6NvUIb/Ytkeewx4pBjADiw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 2 “Bahawa kamu pada 12/04/2021 jam lebih kurang 01:00 petang bertempat di rumah di alamat tidak bernombor, Rumah PPRT, Jalan Padang Luas, Kg Padang Tapong, Jerteh, dalam daerah Besut, dalam Negeri Terengganu telah ada dalam milikan kamu seberat 0.14 gram racun jenis Flualprazolam. Flualprazolam adalah bahan yang diterbitkan secara struktur dari 1,4-benzodiazepine dan ditetapkan di dalam jadual pertama dan jadual ketiga (bahan psikotropik) Akta Racun 1952. Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 (Disemak 1989) dan boleh dihukum di bawah seksyen 30 (5) Akta yang sama.”
3
Pihak Pendakwaan kemudiannya telah mengemukakan pertuduhan pindaan [P20] pada 7 Mei 2024, setelah (5) orang saksi dipanggil sebagaimana berikut: "Bahawa kamu pada 12/04/2021 jam lebih kurang 01.00 petang bertempat di rumah di alamat tidak bernombor, rumah PPRT, Jalan Padang Luas, Kg Padang Tapong, Jertih, dalam daerah Besut, dalam negeri Terengganu telah ada dalam kawalan kamu seberat 0.14 gram racun jenis Flualprazolam. Flualprazolam adalah bahan yang diterbitkan secara struktur dari 1,4-Benzodiazepine dan ditetapkan di dalam jadual Pertama dan Ketiga (Bahan Psikotropik) Akta Racun 1952. Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 30(3) Akta Racun 1952 (Disemak 1989) dan dihukum dibawah seksyen 30(5) akta yang sama" S/N 6NvUIb/Ytkeewx4pBjADiw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 3
4
OKT mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan tersebut dan meminta untuk dibicarakan. Seramai tujuh (7) orang saksi telah dipanggil oleh pihak pendakwaan untuk membuktikan kes mereka iaitu:- SP1: Sjn Ruslin bin Mohd Sidik (Jurustor) SP2: Sjn (B) Rosmandy bin Ibrahim (Penghantar dan penerima barang kes) SP3: Insp Ershah Ezani bin Mohd Isa (Pegawai Serbuan) SP4: Nazri bin Sapei (Saksi awam) SP5: Mohamad Zubair Ali bin Sulhi (Ahli Kimia) SP6: Sjn Mohd Shahrul bin Masoud (Anggota Serbuan) SP7: Insp. Norhasliza binti Yunus (Pegawai Penyiasat)
5
Pihak Pendakwaan juga telah mengemukakan eksibit-eksibit berikut bagi membuktikan kes Pendakwaan:
1
Sanksi – P1 2. Beg Barang kes No siri 168416 – P2 3. Sampul Kimia tanda "HY" – P3 4. 1 beg pinggang berwarna hijau – P4 5. 1 dompet warna hitam – P5 6. 2 keping gambar barang kes – P6(A-B)
7
Buku daftar barang kes / eksibit POL 261 – P7 8. Resit Kimia No Makmal 21-FR-T-01410 – P8 9. Laporan Kimia No Makmal 21-FR-T-01410 – P9 10. Laporan Polis Jerteh/1354/21 – P10 11. Borang Bongkar – P11 12. Borang Serah Menyerah Barang Kes – P12 13. 5 keping gambar tempat kejadian – P13(A-E)
14
Satu plastik kecil jabatan kimia Malaysia – P14 15. Serbuk merah 0.08-gram yang mengandungi Methamphetamine – P15 [barang kes melibatkan OKT Nazri dalam kes TD-83D-491-04/2021]
16
1 tiub straw – P16 17. Satu plastik jabatan kimia Malaysia – P17 18. 1 foil perak (kerajang) – P18 19. Serbuk oren 0.14gram yang mengandungi flualprazolam – P19 20. Pertuduhan Pindaan – P20 21. 1 keping CD – P21 22. Sijil Perakuan 90A Akta Keterangan – P22 23. IC Kad Pengenalan OKT – P23 24. Cadangan Pertuduhan Pindaan ke-2 – ID24 Kes Pendakwaan [6] Pada tarikh 12/04/2021, jam lebih kurang 1.00 petang, bertindak atas maklumat dadah, Pengadu (SP3) telah mengetuai sepasukan anggota polis dari bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Besut terdiri daripada 6 orang anggota serbuan (selepas ini dipanggil sebagai 'pasukan serbuan’) telah melalukan serbuan di sebuah rumah di alamat tidak bernombor, Rumah PPRT, Jalan Padang Luas, Kg Padang Tapong, 22000 Jerteh, Besut, Terengganu. (selepas ini dipanggil sebagai 'tempat kejadian'). [7] Tiba sahaja di tempat kejadian, pasukan serbuan telah membuat pemerhatian terlebih dahulu terhadap premis kejadian dalam jarak lebih kurang 30–50 meter dari tempat kejadian dan mengambil masa selama S/N 6NvUIb/Ytkeewx4pBjADiw lebih kurang 5 minit. Hasil pemerhatian mendapati tiada individu keluar masuk ke tempat kejadian (rumah tersebut) namun didapati terdapat pergerakan di dalam rumah tempat kejadian tersebut. [8] SP3 kemudiannya telah mengarahkan kesemua anggota serbuan untuk menuju ke tempat kejadian dan melakukan serbuan manakala dua anggota iaitu Sjn Shahrul (SP6) dan Sarjan Pakri untuk melakukan pemeriksaan bersamanya di dalarn rumah tempat kejadian tersebut. SP3 pada masa tersebut mendapati bahawa pintu rumah tempat kejadian tersebut dalam keadaan tertutup rapat namun tidak berkurici. [9] SP3 telah mengetuk pintu rumah tersebut dan menjenguk lalu masuk ke tempat kejadian dan mendapati bahawa di dalam rumah tersebut terdapat dua (2) orang lelaki melayu di sebelah kanan rumah berdekatan dengan meja dan pada waktu itu juga SP3 terus memperkenalkan diri sebagai pegawai polis kerana kedua-dua lelaki tersebut berada dalam keadaan mencurigakan dan disyaki sebagai penagih dadah. [10] SP3 bersama SP6 dan Sjn Pakri terus menahan kedua-dua lelaki melayu tersebut. Dalam proses menahan tersebut, SP3 telah melihat salah seorang lelaki SP4 iaitu Nazri telah mencampakkan/melepaskan menggunakan tangan kanannya satu tiub straw yang mengandungi (1) biji pil warna merah disyaki dadah Yaba (ini merupakan barang kes bagi kes SP4 yang telah mengaku salah dalam kes TD-83D-491-04/2021). [11] SP3 dalam keterangan menyatakan bahawa terdapat satu (1) beg pinggang berzip yang turut berada di atas meja di mana kedua-dua lelaki S/N 6NvUIb/Ytkeewx4pBjADiw tersebut berada berdekatan. Pengadu telah melakukan pemeriksaan ke atas beg pinggang berzip tersebut sambil disaksikan anggota serbuan dan juga kedua-dua lelaki melayu (SP4 dan tertuduh), mendapati bahawa terdapat satu (1) beg dompet yang mengandungi kad pengenalan lelaki melayu Mohd Faizol bin Mat Azmin No: 870310-29-5297 (OKT/ Tertuduh dalam kes ini). Turut berada di dalam beg yang sama ialah satu (1) foil silver yang mengandungi (1) pil oren disyaki dadah Erimin 5. Jarak barang kes dengan kedua-dua penama tidak lebih 1 ke 2 kaki sahaja. [12] Pengadu (SP3) juga telah membuat pemeriksaan lanjut di lain-lain tempat dan kawasan persekitaran dan tidak menjumpai apa-apa barang salah lain. Pemeriksaan tubuh badan juga telah dilakukan ke atas keduadua lelaku melayu tersebut dan mendapati tiada apa-apa barang salah lain. [13] Ketika serbuan pemeriksaan dilakukan, kedua-dua lelaki tersebut dikawal oleh SP6 dan juga Sjn Pakri. SP4 dan tertuduh juga berada dalam keadaan terkejut dan ketakutan. Pencahayaan di tempat kejadian juga masih cerah dan cuaca pada hari tersebut dalam keadaan baik dan tidak hujah. [14] Kemudian pengadu telah menahan kedua-dua lelaki melayu tersebut, hasil pemeriksaan pengenalan diri kedua-dua lelaki tersebut dan mendapati butir-butir panama-penama tersebut sebagaimana berikut: Nama: Nazri bin Sapiai No. KP: 770507-11-5351 S/N 6NvUIb/Ytkeewx4pBjADiw Alamat: 721 A Kampung Lak Lok 22000 Jerteh Terengganu (selepas ini dikenali sebagai SP4, iaitu rakan OKT yang ditangkap bersama) Nama: Mohd Faizol bin Mat Azmin No. K/P: 870310-29-5297 Alamat: National Special Operation Force (NSOF) Bangunan NSOF Jln Sungai Besi, Kem Sungai Besi. (selepas ini dikenali sebagai "Tertuduh, OKT di dalam kes ini) [15] Kemudian, SP3 kemudiannya telah mengarahkan SP6 dan Sjn Pakri dan anggota serbuan yang lain untuk bawa SP4 dan OKT ke Pejabat Narkotik IPD Besut. Barang kes juga dirampas oleh SP3 dan sentiasa berada dalam kawalan Pengadu/SP3. [16] SP3 telah merampas barang kes tersebut (barang kes yang melibatkan OKT dalam kes ini) dan menyediakan borang bongkar melibatkan kes ini (Ekshibit P11) dan telah ditandatangan antara OKT dengan SP3. SP3 juga telah menyediakan borang serah terima barang kes melibatkan kes ini (Ekshibit P12) yang telah ditandangan oleh SP3 dan SP7 serta telah membuat repot Jerteh/1354/2021. (Ekshibit P10) [17] Menurut SP3, kesemua barang kes yang dirampas telah dibuat penandaan sebagaimana yang disahkan melalui keterangan beliau di dalam Mahkamah. SP7 selaku pegawai penyiasat juga telah mengesahkan telah menerima barang-barang kes tersebut, membuat tandaan, tandatangan beliau dan tarikh pada barang kes tersebut. Kemudian barang kes dimasukkan ke dalam cabinet besi yang berkunci di dalam bilik Pegawai Penyiasat dan barang kes dalam kawalan dan simpanan SP7 sepanjang siasatan S/N 6NvUIb/Ytkeewx4pBjADiw [18] Pada tarikh 15/04/2021, jam lebih kurang 8.00 pagi, SP7 telah mengeluarkan semula barang kes dari simpanan beliau dan telah mengarahkan SP2. selaku penghantar barang kes yang bertugas waktu tersebut untuk pergi ke Jabatan Kimia Kuala Terengganu (sebagaimana dijelaskan oleh SP7 dan SP2 di dalam mahkamah) untuk menyerahkan barang kes iaitu satu sampul surat bertanda "HY" yang mengandungi: Satu (1) tub straw mengandungi tablet berwama merah (eskhibit P15 dan Ekshibit P16) (ini merupakan barang kes bagi kes SP4). Satu (1) foil merah/perak mengandungi 1 tablet berwarna oren. (ekshibit P18 dan Ekshibit P19)(barang kes dibicarakan ini). Diserahkan oleh SP2 kepada ahli kimia, SP5 Encik Mohamad Zubair Ali bin Sulhi untuk dianalisa sebagaimana penerimaan resit No Makmal 21FR-T-01410 (Ekshibit P8). [19] Hasil analisa yang dijalankan oleh SP5, ahli kimia telah memeriksa sampul surat "HY" yang telah diserahkan oleh SP2 dan mendapati didalamnya terdapat barang kes yang sama sebagaimana Ekshibit P15. P16, P18 dan P19 yang dihantar oleh SP2 iaitu:- i. 1 tiub straw mengandungi 1 tablet berwarna merah. Setelah dianalisis, SP5 mendapati berat bersih tablet tersebut ialah 0.08 gram yang mengandungi methamphetamine. (barang kes ke atas SP4). S/N 6NvUIb/Ytkeewx4pBjADiw Analisis kuantitatif bagi menentukan berat dadah tersebut tidak dijalankan. ii. 1 foil merah/perak mengandungi 1 tablet berwarna oren. Setelah dianalisis, SP5 mendapati berat bersih tablet tersebut ialah 0.14 gram yang mengandungi flualprazolam, (barang kes bicara ini) (Berikut adalah sebagaimana Laporan Kimia (Ekshibit P9) yang bertarikh 19/06/2021) [20] Oleh itu, OKT telah dituduh sebagaimana pertuduhan yang dijelaskan pada awal hujahan ini. Beban Pembuktian di Akhir Kes Pendakwaan [21] Beban pembuktian di akhir kes pendakwaan adalah prima facie menurut s. 173(h)(i) Kanun Tatacara Jenayah ("KTJ") yang seperti berikut: "(h) (i) If the Court finds that a prima facie case has been made out against the accused on the offence charged, the Court shall call upon the accused to enter on his defence." [22] Berkenaan prima facie, s. 173(h)(iiI) KTJ menyatakan seperti berikut: " (iii) For the purpose for subparagraphs (i) and (ii), a prima facie case is made out against the accused where the prosecution has adduced credible evidence proving each ingredient of the offence which if unrebutted or unexplained would warrant a conviction." S/N 6NvUIb/Ytkeewx4pBjADiw [23] Berdasarkan kes Looi Kow Chai & Anor v. PP [2003] 1 CLJ 734, dalam menentukan sama ada satu kes prima facie telah dibuat, Mahkamah mesti menilai keterangan pendakwaan kepada penilaian maksimum: "It therefore follows that there is only one exercise that a judge sitting alone under s. 180 of the CPC has to undertake at the close of the prosecution case. He must subject the prosecution evidence to maximum evaluation and to ask himself the question: if I decide to call upon the accused to enter his defence and he elects to remain silent, am I prepared to convict him on the totality of the evidence contained in the prosecution case? If the answer is in the negative then no prima facie case has been made out and the accused would be entitled to an acquittal." Intipati Kesalahan Seksyen 30(3) Akta Racun [24] S. 30(3) Akta Racun 1952 memperuntukkan: "Section 30. Control of import, export, manufacture, sale, etc., of psychotropic substances.
3
Notwithstanding any other provisions in this Act, no person shall import, export, manufacture, compound, mix, dispense, sell, supply, administer, possess or use any psychotropic substance otherwise than in accordance with any regulations applicable thereto made under this Act. S/N 6NvUIb/Ytkeewx4pBjADiw
4
In any prosecution for an offence under this section, any person who is found to have in his custody or under his control any psychotropic substance shall be deemed to have been in possession of the substance and to have known the nature of the substance, until he proves to the contrary.
5
Any person who contravenes subsection (3) or any regulations made under this Act relating to psychotropic substances shall be guilty of an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding one hundred thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding five years or both. [25] Berdasarkan s. 30(3) Akta Racun dan pertuduhan terhadap Tertuduh, intipati yang perlu dibuktikan adalah: i. Racun Flualprazolam berada di dalam milikan OKT; dan ii. Flualprazolam adalah bahan psikotropik. Ringkasan Penghujahan oleh Pihak-Pihak [26] Pihak Pembelaan menghujahkan bahawa:-
a
Isu pemilikan eksklusif oleh OKT: Racun dirampas berada di dalam beg di atas meja berdekatan dengan kerusi yang diduduki oleh OKT dan SP4. Satu-satunya nexus atau kaitan yang mengakitkan OKT adalah beg pinggang berzip yang di dalamnya terdapat dompet dan kad pengenalan OKT. SP4 (rakan OKT) akui kedua-dua beliau dan OKT telah mengambil dadah seawal jam 10.00 pagi selepas OKT tiba di rumahnya. S/N 6NvUIb/Ytkeewx4pBjADiw SP4 akui kedua-dua mereka berada dalam pengaruh dadah pada waktu serbuan berlaku. SP4 memberi keterangan bahawa beliau tidak nampak kejadian pil racun dijumpai oleh SP3 kerana OKT semasa serbuan dikelilingi oleh anggota polis. Pembelaan berhujah bahawa pihak pendakwaan perlu membuktikan dengan jelas perhubungan secara langsung antara pil yang dijumpai dengan OKT dengan mengenepikan orang lain yang berkemungkinan mempunyai akses kepada pil tersebut. Di dalam kes OKT ini secara jelasnya terdapat dua saspek yang ditangkap bersama dan mempunyai kedudukan yang berhampiran (proximity) dengan pil tersebut. Untuk pembuktian kawalan secara eksklusif oleh OKT, seharusnya pihak pendakwaan mengenepikan (exclude) SP4 sebagai orang yang juga mempunyai akses kepada pil tersebut dan kami berhujah bahawa ianya telah gagal dilakukan oleh pihak pendakwaan;
b
SP4 merupakan rakan sejenayah OKT. Pembelaan berhujah bahawa keterangan SP4 hanya bersifat melepaskan dirinya dan meletakkan kesalahan semata mata kepada OKT sahaja dan Mahkamah seharusnya menolak keterangan dari SP4 ini.
c
Berat Bersih 0.14gram sepertimana Dalam Kertas Pertuduhan Adalah Berat Pil Dan Bukannya Berat Sebenar Racun. Pertuduhan yang dikenakan keatas OKT adalah berdasarkan kepada 0.14gram racun Flualprazolam yang merupakan berat sebiji pil. Berat racun ini adalah berdasarkan kepada Laporan Kimia P9 yang disediakan oleh SP5 yang merupakan seorang S/N 6NvUIb/Ytkeewx4pBjADiw ahli kimia. Namun begitu di dalam laporan P9 juga dinyatakan bahawa analisa kuantitatif bagi menentukan berat tidak dibuat dan juga terdapat baki selepas dianalisa dibuat. Semasa sesi soal balas SP5 telah bersetuju bahawa adanya baki bahan menunjukkan bahawa 0.14gram adalah berat bersih pil dan bukannya berat bahan Flualprazolam kerana ujian yang dibuat hanyalah ujian kualitatif dan bukannya kuantitatif. Soalan: Berat sebenar kandungan bahan Flualprazolam tidak mencapai 0.14 gram kerana adanya baki bahan. SP5: Ya Puan sebab untuk berat Flualprazolam kita tidak membuat ujian menentukan berat hanya ujian kualitatif sahaja. Soalan: Berdasarkan kepada catatan dalam laporan P9 berat Flualprazolam bukanlah 0.14 gram. SP5: Setuju Pembelaan berhujah bahawa keterangan SP5 ini sangatlah penting bagi pembuktian berat kandungan racun sepertimana yang dinyatakan di dalam Kertas Pertuduhan. Daripada keterangan SP5 ini secara jelasnya membuktikan bahawa 0.14gram bukanlah merupakan berat sebenar bahan Flualprazolam (sebagaimana yang dipertuduhkan), tetapi ianya merupakan berat pil secara keseluruhannya. Ini adalah kerana telah terbukti tiada ujian kuantitatif yang dibuat oleh SP5 dan seterusnya daripada keterangan SP5 sendiri sepertimana di dalam penyata saksi PSP5 iaitu terdapatnya baki bahan hasil daripada ujian yang dijalankan. Ini secara S/N 6NvUIb/Ytkeewx4pBjADiw jelasnya menunjukkan bahawa apabila ujian kuantitatif tidak dibuat, dan adanya baki bahan yang terhasil maka berat bahan Flualprazolam bukanlah sepertimana yang dinyatakan di dalam kertas pertuduhan. Pembelaan berhujah bahawa fakta elemen berat dalam pertuduhan ini gagal dibuktikan dan bercanggah dengan keterangan saksi.
d
Kerdibiliti/ konsistensi saksi Pendakwaan. Tiada keterangan sokongan utk mengesahkan keterangan SP3 berhubung penemuan pil racun dalam dompet/beg OKT. Keterangan SP6 anggota serbuan hanya menuruti dari belakang semasa serbuan dan segelanya dikendalikan oleh SP3. Tiada keterangan lain yang menyokong keterangan SP3 berkait kedudukan beg, dompet dan perjumpaan pil oleh SP3;
e
Ketiadaan ujian cap jari. Di dalam kes yang mana terdapat lebih dari seorang saspek, seharusnya ujian cap jari dibuat bagi menentukan orang terakhir yang mempunyai akses ke atas beg ataupun dompet dan seterusnya memperkuatkan lagi ianya dalam kawalan / milikan eksklusif OKT seorang dengan mengenepikan sebarang kemungkinan akses oleh orang lain. Kegagalan untuk membuat ujian cap jari mewujudkan satu inferens terdapat kemungkinan bahawa terdapat individu lain yang mempunyai akses kepada pil tersebut;
f
Isu pertuduhan: Pertuduhan asal adalah “dalam milikan OKT”, kemudian dipinda kepada “dalam kawalan OKT”, kemudian setelah hujahan dan sebelum Keputusan di akhir kes Pendakwaan, pihak Pendakwaan berhasrat untuk meminda S/N 6NvUIb/Ytkeewx4pBjADiw semula pertuduhan kepada “dalam milikan OKT”. Cadangan Pertuduhan Pindaan ID24 dibantah oleh pihak Pembelaan atas dasar prejudis kepada kes Pembelaan. Berdasarkan fakta kes yang dikemukakan semasa perbicaraan, Pendakwaan gagal membuktikan elemen kawalan oleh OKT secara ekslusif terhadap racun yang dipertuduhkan (Pertuduhan Pindaan – P20). Keperluan undang-undang di dalam seksyen 30(4) Akta Racun 1952 jelas meletakkan tanggungjawab ke atas pihak Pendakwaan untuk membuktikan bahawa racun yang dirampas adalah bawah jagaan dan kawalan OKT sebelum andaian boleh dibuat bahawa OKT mempunyai milikan ke atas racun itu. Pihak Pembelaan membantah hasrat Pendakwaan untuk meminda sekali lagi pertuduhan kepada ‘dalam milikan” atas alasan prejudis kepada kes Pembelaan kerana soalan pemeriksaan balas sebelum ini kepada saksi adalah berdasarkan elemen dalam kawalan. Dalam hal terdapat sebarang keraguan, faedah keraguan seharusnya diberikan kepada OKT. [27] Pihak Pendakwaan pula menghujahkan seperti yang berikut:
a
Tiada terputusnya rantaian barang kes: barang kes sama dari awal ia dirampas hingga dikemukakan ke Mahkamah. Tiada berlaku kesilapan terhadap identiti barang kes;
b
Keterangan saksi Pendakwaan adalah saling berkait dan menyokong antara satu sama lain;
c
Elemen berhubung barang kes dirampas adalah Racun/Bahan Psikotropik yang disenaraikan dalam Akta Racun 1952 telah Berjaya dibuktikan dengan pengesahan oleh Ahli Kimia (SP5): Keputusan Analisa: Berat bersih tablet berwarna oren tersebut ialah 0.14 gram yang mengandungi flualprazolam;
d
Berhubung elemen pemilikan, Pendakwaan menghujahkan bahawa OKT memenuhi elemen “possessiom”/pemilikan berdasarkan keterangan SP3, SP4, dan SP6. Pengadu (SP3) dan SP6 (anggota serbuan) melihat OKT berada di Kawasan meja yang mempunyai beg pinggang berzip berada di hadapan OKT sahaja. Barang kes dijumpai di dalam beg dan dompet yang berada di atas meja di hadapan OKT sendiri. SP4 yang merupakan rakan OKT juga menyatakan bahawa beg pinggang berzip warna hijau (P4) adalah milik OKT. Jarak antara OKT dan beg P4 yang mengandungi racun tersebut adalah dalam jarak jangkauan tertuduh Sahaja (within his reach). Wujudnya kad pengenalan milik OKT di dalam dompet dan beg P4 tersebut. Pendakwaan merujuk kepada kes yang diputuskan oleh Hakim Augustine Paul dalam kes PP v Puvaneswaran Kaniapan (2003) 4 CLJ 609 di m/s 623; "Dalam usaha membuktikan pemilikan, Pendakwaan perlu menunjukkan tertuduh mempunyai jagaan atau kawalan terhadap dadah berbahaya berkenaan dan dia juga mempunyai pengetahuan terhadap apa yang ada dalam milikannya. Jagaan dan kawalan boleh dibuktikan melalui keterangan langsung ataupun dibuat kesimpulan S/N 6NvUIb/Ytkeewx4pBjADiw daripada fakta yang telah terbukti terdahulu. Selalunya pengetahuan merupakan perkara yang dapat digarap melalui penyimpulan daripada fakta." Pendakwaan juga merujuk kepada kes Pendakwa Raya Lawan Panizan Sunan Achyari (2010) 1 LNS 311, di mana YA Mohd Zawawi Salleh (HMR semasa itu) telah menyatakan di perenggan 10 bahawa:- [10] Beg plastik yang mengandungi dadah tersebut adalah besar saiz dan bentuknya (lihat gambar di Ekshibit di P7A) serta berada "in plain view" Tertuduh. Beg plastik yang mengandungi dadah berbahaya itu juga berada dalam jangkauan tangan Tertuduh ("The drugs were within bia reach"), Justeru, adalah tidak munasabah Tertuduh tidak mempunyai kawalan (control") dan jagaan ('custody') terhadapnya, Lihat keskes Neo Koon Cheo v. Regina [1959] 1 LNS 64, Ramis a/l Muniandy v. PP (2001) 3 SLR 534, Tan Ah Tee v. P.P (1978) 1 LNS 193:: [1980] 1 MLJ 49, Zulfikar bin Mostaffah v. P.P (2001) 1 SLR 633. Pendakwaan turut merujuk kepada kes Pendakwa Raya Iwn Tan Sze Meng [2022] MLJU 231 [52] Mahkamah juga mendapati SP1 juga telah merampas sehelai baju kemeja dan sehelal jeans dari almari di bilik tersebut dan sebuah buku akaun Maybank atas nama Tertuduh yang dijumpai atas meja berdekatan dengan barang kes yang disyaki dadah. Mahkamah mendapati baju dan seluar yang dirampas S/N 6NvUIb/Ytkeewx4pBjADiw juga telah diacupakai kepada Tertuduh dan berpadanan dengan Tertuduh sebagaimana terdapat dalam gambar P2C-F. Fakta-fakta ini juga adalah relevan untuk menunjukkan bahawa Tertuduh mempunyai milikan dan kawalan ke atas dadah-dadah tersebut Perkara-perkara ini ada dipertimbangkan dalam kes PP v Rani Katan [2019] MLJU 19; [2019] 1 LNS 21; [2019] MLRHU 21 di mana Mahkamah dalam kes tersebut memutuskan bahawa:- [63] The orcumstances show that during the raid, the Accused was found seated on the floor alone in the furthest room in the house or the back room. The Accused was at the time rolling cigarette papers with died leaves. [64] Dangerous drugs of various kinds (Exhibits P10 (1) -P10 (11)) were found right in front of the Accused. As a result of a further examination conducted in the room, a passport in the name of the Accused was found on the floor where the drugs were found as well as a wallet containing the identity card of the Accused inside a grey cloth bag found hanging in the room. [65] As a result of a clothes fitting exercise conducted, clothes seized from a cupboard in the said room were found to fit the Accused as evident from photographs (Exhibit P26(1-2)).”.
e
Berhubung isu kredibiliti saksi, Pendakwaan merujuk kepada penghakiman kes PP v Mohamed Ali [1962] 28 MLJ 257 YAA Ketua Hakim Negara Thomson CJ menghuraikan; "When a S/N 6NvUIb/Ytkeewx4pBjADiw police witress says something that is not inherently improbable his evidence must in the first instance be accepted..." Pendakwaan turut menarik perhatian Mahkamah untuk merujuk kepada kes PP v. Dato' Seri Anwar Ibrahim (No 3) [1999] 2 CLJ 215 yang menyatakan seperti berikut: "The Privy Council has stated that the real tests for either accepting or rejecting the of a witness are how consistent the story is with itself, how it stands the test of cross-examination, and how far it fits in with the rest of the evidence and the circumstances of the case (see Bhojraj v. Sita Ram AIR [1936] PC 60). It must. however, be observed that being unshaken in crossexamination is not per se an all-sufficient acid test of credibility. The inherent probability or improbability of a fact in issue must be the prime consideration (see Muniandy & Ors v. PP [1966] 1 MLJ 257), It has been held that if a witness demonstrably tells lles, his evidence must be looked upon with suspicion and treated with caution, but to say that if should be entirely rejected would be to go too far (see Khoon Chye Hin v. PP (1961/MLJ 105). It has also been held that discrepancies and contradictions there will always be in a case. In considering them what the court has to decide is whether they are of such a nature as to discredit the witness entirely and render the whole of his evidence worthless and untrustworthy (see De Silva v. PP [1964] MLJ 81). The Indian Supreme Court has pointed out that one hardly comes across a witness whose evidence does not contain a grain of untruth or at any rate exaggerations, embroideries or embellishments (see Ugar v. State of Bihar AIR (1965) SC 277). It is useful to refer to PP v. S/N 6NvUIb/Ytkeewx4pBjADiw Datuk Haji Harun bin Haji Idris [1977] 1 MLJ 15 where Raja Aztan Shan FJ (as His Highness men was) said at p. 19: In my opinion discrepancies there will always be, because in the circumstances in which the events happenest, every witoess does not remember the same thing and he does not remember assurately, every single thing that happened 205 The question is whether the existence of certain discrepancies is sufficient to destroy their credibility. There is no rule of law that the testimony of a witness must either be believed in its entirety or not at all. A court is fully competent, for good and cogent reasons, to accept one part of the testimony of a witness and to reject the other In the absence of any contradiction, however, and in the absence of anx element of inherent improbability the evidence of any wilness, whether a police witness or not, who gives evidence on affirmation, should normally be accepted (see PP v. Mohamed Ali (1962) MLJ 257)”. Oleh itu, berdasarkan kes di atas, pihak Pendakwaan menghujahkan sekiranya dalam menilai bukti serta keterangan SP1 hingga SP7 sekiranya terdapat apa-apa “discrepancies" pada hemat Mahkamah, Mahkamah haruslah menilainya dengan sewajarnya dan tidak ditolak serta merta sekaligus. Atas faktor diatas Pendakwaan menghujahkan tiada keterangan daripada mana-mana saksi yang menunjukkan S/N 6NvUIb/Ytkeewx4pBjADiw keterangan adalah "inherently improbable”, maka keteranganketerangan SP1 sehingga SP7 wajar diterima
f
Berhubung isu ujian cap jari, Pendakwaan menghujahkan bahawa bukti cap jari pada barang kes bukan suatu bukti yang material. Pendakwaan merujuk kepada Public Prosecutor v Khairuddin bin Ismail [2015] 5 MLJ229: "The significance of fingerprint evidence must vary according to the circumstances in each case. As could be readily seen in the case of Public Prosecutor v Mansor bin Abdul Rashid &anor [1996] 3 MLJ 560 where the accused person was caught red-handed with the impugned drugs, such forensic evidence may well take a backseat”. Oleh itu, berdasarkan kes yang dirujuk di atas, dimana terdapat keterangan daripada SP3 dan SP7 yang lihat bahawa beg pinggang berzip yang mengandungi racun tersebut serta kad pengenalan OKT berada di hadapan muka dan mata OKT sendiri menunjukkan OKT ada pengetahuan ke atas barang salah/racun tersebut. Sebagaimana yang telah diputuskan, Keterangan foreksik iaitu bukti cap jari adalah tidak material untuk diambil dan dikemukakan sebagai keterangan di Mahkamah dalam mensabitkan OKT.
g
Isu pindaan kepada pertuduhan pindaan (P20): Tuan Timbalan Pendakwa Raya (TPR) menegaskan bahawa kes diambil alih oleh beliau di peringkat hujahan dan kes sebelum S/N 6NvUIb/Ytkeewx4pBjADiw dikendalikan oleh (3) TPR berlainan. Pindaan kepada P20 adalah perlu kerana seksyen 30(3) Akta Racun memperuntukkan kesalahan pemilkan racun dan tidak memperuntukkan kesalahan dalam kawalan racun. Pindaan tidak akan memprejudiskan OKT dan saksi-saksi boleh dipanggil semula sekiranya perlu. Analisis dan Dapatan Isu ujian cap jari [28] Berhubung isu ujian pengesanan cap jari, Mahkamah ini bersetuju dengan pihak Pendakwaan berhubung tiada keperluan untuk membuat ujian cap jari. Mahkamah merujuk kepada penjelasan pegawai serbuan SP3 berhubung mengapa ujian cap jari tidak dibuat. SP3 dalam keterangannya menjelaskan: Peguambela 1: Setuju dengan saya kalau sekiranya ujian dusting dan cap jari dibuat akan diketahui orang terakhir ataupun cap jari akhir yang memegang dadah dadah yang dijumpai termasuk dadah tersebut setuju? Saksi: Tak setuju, Yang Arit. Ikut pengalaman saya, dengan bentuk dadah yang kecil, dengan bungkusan yang kecil, tidak akan menimbulkan apa-apa cap jari, Yang Arif …………. Peguambela: Berbalik kepada ujian cap jari melihat kepada foil perak yang inspektor pegang tadi, Setuju dengan saya ianya cukup, besar melebihi saiz ibu jari seorang lelaki yang pada saiz yang biasa setuju S/N 6NvUIb/Ytkeewx4pBjADiw inspektor? Jika setuju maknanya, saiznya sudah mampu untuk, dikesan sesuatu cap jari, pada dengan 2 permukaan yang setuju inspektor? Saksi: Tak setuju ………….. Peguambela 1: Inspektor dadah yang kecil berapa kecil inspektor? Saksi: 1 bungkusan foil berwarna silver tidak berkesan untuk didusting Ya Arif [29] Alasan mengapa ujian cap jari tidak diambil ke atas barang kes P18 juga dijelaskan oleh SP3 semasa disoal semula oleh pihak Pendakwaan: Pendakwa Raya 1: Inspektor, peguam ada bangkitkan isu berkait dengan dusting ataupun cap jari terhadap foil perak tersebut? Boleh inspektor jelaskan kenapa? dusting tidak dibuat? Saksi: Pertama saya kata saya pun tak perasan yang maklumat dikatakan peguam adalah tepat laiutu cukup besar 1 tangan permukaan dengan foil yang dijumpai tapi saya bukan pakar daripada segi cap jari tapi dan pengalaman saya boleh dikatak permukaan foil tidak rata ini juga adalah salah 1 faktor di mana cap jari tidak dapat ditimbulkan. [30] Oleh yang demikian, Mahkamah menerima penjelasan SP3 berhubung mengapa tiada keperluan untuk ujian cap jari dibuat terhadap barang kes yang dirampas. Isu penerimaan keterangan rakan sejenayah OKT, SP4 S/N 6NvUIb/Ytkeewx4pBjADiw [31] Berhubung penerimaan keterangan SP4, Mahkamah merujuk kepada Seksyen 133 Akta Keterangan 1950 memperuntukkan: "an accomplice shall be a competent witness against an accused person; and a conviction is not illegal merely because it proceeds upon the uncorroborated testimony of an accomplice" [32] Dalam menentukan sama ada SP4 adalah rakan sejenayah OKT, Mahkamah merujuk kepada Lord Simonds LC di dalam kes Daws v. DPP [1954] 1 All ER 507; [1954] 2 WLR 343 menyatakan: “the question to ask in determining whether a person is an accomplice as: 'Is there any evidence upon which the trial judge could properly rule that X was a participant in the offence?” [33] Dalam kes semasa, meneliti keterangan SP4, beliau besama-sama dengan OKT sedang menghisap dadah semasa serbuan dibuat, racun ditemui dalam beg pinggang di atas meja yang mana SP4 turut berada di tempat yang sama. Mahkamah ini berpandangan SP4 merupakan orang yang boleh dikaitkan dengan kesalahan yang dipertuduhkan. Oleh yang demikian, SP4 adalah rakan sejenayah OKT. Mahkamah memetik keterangan SP4 sebagaimana berikut: Pendakwa Raya: Masa dia masuk tu Encik Nazri tengah buat apa? Saksi: Tengah isap dadah. Pendakwa Raya: Cik Nazri buat apa masa itu? Di mana? Saksi: Rumah saya itu ada meja makan. Satu tu je meja. Duduk meja itu. Pendakwa Raya: Masa tu Faizol ada di mana? S/N 6NvUIb/Ytkeewx4pBjADiw Saksi: Meja yang sama yang saya duduk. Pendakwa Raya: Faizol tengah buat apa? Saksi: Sama juga hisap pil kuda. Pendakwa Raya: Masa bila polis masuk? Saksi: Perkenalkan diri dia masuk Pendakwa Raya: bagaimana dengan keadaan masa tu? Saksi: Dia cek lah Dia cek kat badan semua. Dia check dekat meja. Pendakwa Raya: Dia check dekat meja? Pastu bila dia check dekat meja? Ada jumpa apa? Saksi: Mula-mula macam pil kuda yang tak usik lagi tu ada dalam straw sebiji. Pendakwa Raya: Pil kuda yang tak usik? Saksi: Macam bekas-bekas buat isap itu adalah. Pendakwa Raya: Lepas tu ada apa lagi yang dia jumpa? Saksi: Lepas tu jumpa dalam beg pinggan Pezo (Faizol), lepas tu dia minta IC. Pendakwa Raya: Boleh cerita dengan lagi lanjut tak bagaimana polis jumpa dalam beg tu? Masa polis minta IC? Saksi: Masa ambil IC tu, polis minta kat beg masa tu, beg saya tak tengok molek. …………… S/N 6NvUIb/Ytkeewx4pBjADiw Pendakwa Raya: Masa polis jumpa tu Ck Faizol nampak kat mana? Saksi: Dia ada dekat je meja makan bulat sebelah. Pendakwa Raya: Masa polis buat pemeriksaan beg tu Cik Faizol tengok ke? Saksi: Macam saya tengok tak jelas. Masa polis buat check dalam beg tu. Maaf puan saya tertukar. Pendakwa Raya: Nazri tahu macam mana apa yang dia jumpa apa? Saksi: Nampak. Pendakwa Raya: Nampak tu Cik Nazri tahu macam mana? Ada jumpa apa? Ada jumpa barang dalam beg. Barang tu kita nampak tak warna apa? Saksi: Barang tu nampak kecil cuma yang kat atas meja tu sama betul pil kuda. Cuma dalam beg tu bukan pil kuda. Pendakwa Raya: Beg tu beg siapa? Saksi: Beg Faizol celoreng. Pendakwa Raya: Warna apa? Saksi: Beg askar warna celoreng, beg pinggang. Pendakwa Raya: Barang yang jumpa atas meja tu barang siapa? Saksi:Pil kuda? Saya dah mengaku dah saya punya. …………… Pendakwa Raya: Kita tahu ke kita kena di bawah seksyen apa? Sakai: Kes urin 1 pastu kes 12(2) barang yang sebiji tu. S/N 6NvUIb/Ytkeewx4pBjADiw Pendakwa Raya: Bagaimana dengan kedua-dua kes itu dengan 2 kes itu apa jadi. Kamu mengaku salah? Saksi: Ya saya mengaku salah. Pendakwa Raya: Ada ingat pada bila tahun lebih kurang? Saksi: Tak lama masa tu PКР. ……………… Pendakwa Raya: Untuk kes yang saya panggil Cik Nazeri pada hari ini berapa orang tu yang ditangkap? Saksi: 2 orang saya dengan Faizol. Pendakwa Raya: Atas kesalahan siapa atas kesalahan apa Cik Nazeri tahu ke? Tak kesalahan yang ditangkap? Saksi: Kesalahan saya pil kuda. Pendakwa Raya: Kalau kesalahan yang Faizol? Saksi: Sama juga tapi dia ada tambahan ini Pil apa tak tau. Pendakwa Raya: Encik Nazri pada hari kejadian tersebut ada orang lain berada dalam rumah? Saksi: Tiada hanya saya dan Faizol. [34] Semasa pemeriksaan balasnya pula, SP4 menyatakan: Peguambela: Encik Nazri semasa ditanya oleh Puan TPR sebentar tadi, Encik Nazri jawab apabila dirujuk kepada dompet kepunyaan Faizol dan juga Cik Nazri jawab saya tak nampak dengan jelas. Sebab pada masa tersebut Cik Nazeri kata Faizol ni dikerumuni oleh polis. Boleh setuju dengan saya atau tidak bahawa, maklumat mengatakan bahawa dadah S/N 6NvUIb/Ytkeewx4pBjADiw dijumpai oleh pihak polis di dalam, beg kepunyaan Faizol ini Diperolehi daripada Pihak polis maklumat berkenaan dadah ada dalam beg Faizol ini daripada pihak polis? Saksi: Tak Faizol sendiri kata barang itu barang dia lupa barang itu lama dah. masa tu kat dalam lokap dia pun tak ingat yang barang tu lama dah. ………………… Peguambela: Boleh setuju dengan saya dalam kejadian ini Cik Nazeri adalah rakan subahat dengan Faizol pada hari kejadian? Saksi: Maksud subahat macam mana tu? sebab kes ni lain-lain. Kes pil kuda tu saya mengaku sebab Faizol kata mu tolong mengaku sebab dia kata dia tak boleh mengaku. Kes bersama-sama isap sama-sama tangkap sama-sama bawa reman sama-sama Peguambela: ditahan di balai polis yang samalah? Jadi saya katakan ditangkap pada hari yang sama pada masa yang sama di tempat yang sama sebenarnya Encik Nazri adalah rakan subahat kepada Cik Faizol setuju? Saksi: Cuma macam pil kuda dia suruh saya mengaku. ……….. Peguambela: Boleh setuju tak dengan saya, Encik Nazri sebenarnya. dijanjikan oleh pihak polis, untuk jadi saksi? Saksi: Saya dipanggil oleh Mahkamah. Tak setuju. Sebab saya sudah dituduh. Dituduh berkaitan dengan kes barang kes yang jumpa semasa pertuduhan itu. Saya tak setuju sebab kes dibaca masing-masing kes saya, kes saya, kes dia, kes dia jadi kes saya dah mengaku salah dah selesai lama dah tiba-tiba hari ini baru kes dia. S/N 6NvUIb/Ytkeewx4pBjADiw Peguambela 1: Ada dalam pengetahuan kamu atau tidak, polis target rumah kamu tu sebagai tempat pengedaran dadah, Kamu kata kamu bagi tahu Mahkamah tadi, Polis ada 3 orang masuk ke dalam rumah kamu, polis mana yang membuat pemeriksaan di atas meja dalam beg badan polis mana yang masuk tadi yang dua tu apa peranan mereka? Apa yang dia buat? Saksi: Sama-sama buat. Peguambela: Okey saya katakan kepada kamu barang kes yang dijumpai yang dikatakan dijumpai dalam beg? Ini adalah sebenarnya barang kes kamu. Saksi: Sebab saya pun tak tahu cuma Faizol yang bagi tahu saya. Tak setuju. Peguambela: Dan kamu lah yang mengenakan Encik Faizol berkenaan dengan barang kes tersebut. Setuju tak setuju? Kamu kenakan dia. Sebab tu barang tu barang kes kamu. Sebab itulah kamu mengaku barang kes dadah itu. Kamu mengaku di Mahkamah? Saksi: Tak setuju. Peguambela: Dan akhir sekali saya katakan sebenarnya kamu adalah rakan sejenayah? Saksi: Tak setuju. ---------------- [35] Dalam pemeriksaan semula pula, SP4 menjelaskan seperti berikut: Pendakwa Raya: Tadi peguam ada bangkitkan isu pasal kes Cik Nazri nak kenakan Cik Faizol. Cik Nazri kata tak setuju? Boleh jelaskan kenapa tak setuju? Saksi: Sebab memang saya bukan nak kenakan dia sebab saya sendiri pun kena tuduh dan mengaku salah. S/N 6NvUIb/Ytkeewx4pBjADiw Pendakwa Raya: Peguam ada tanya kamu mengaku barang kes dadah tu Encik Nazeri cakap saya takleh mengaku masa tu. Boleh jelaskan lagi lanjut tak kenapa tu barang dalam beg? Saksi: Barang dalam beg semasa kejadian saya tak tahu pun masa tu. Selepas itu baru saya tahu yang Faizol jumpa barang tu dalam beg dia. [36] Mahkamah meneliti keterangan SP4 di dalam kes ini dan berpuas hati bahawa SP4 merupakan rakan sejenayah yang pada awalnya boleh dikaitkan dengan pertuduhan atas dasar berada dekat (close proximity) dengan kawasan penemuan P4 (beg celoreng hijau) di mana racun ditemui di dalamnya. Mahkamah turut berpuas hati dengan keterangan SP4 yang mengesahkan P4 adalah milik OKT dan keterangan SP4 ini disokong dengan penemuan kad pengenalan OKT di dalam beg P4 tersebut. SP4 tidak mempunyai pengetahuan berhubung dengan penemuan racun tersebut kerana dalam keterangannya, beliau menyatakan semasa OKT dan beg OKT P4 diperiksa, beliau tidak mampak dengan jelas apa yang dilakukan oleh SP3 dan anggota serbuan kerana pasukan serbuan mengelilingi OKT. SP4 turut menyatakan beliau hanya mengetahui berhubung barang kes tersebut daripada OKT sendiri semasa berada di lokap. [37] Mahkamah berpuas hati bahawa tiada percanggahan material berhubung keterangan SP4 dengan saksi Pendakwaan yang lain berhubung kejadian dan keterangan mereka saling menyokong dan berkait. Mahkamah berpandangan bahawa SP4 adalah saksi kredible dalam memberi keterangan di mahkamah. S/N 6NvUIb/Ytkeewx4pBjADiw Isu pemilikan bahan racun oleh OKT [38] Berhubung isu pemilikan, Mahkamah ini telah meneliti keterangan saksi-saksi Pendakwaan dan mendapati keterangan saksi Pendawakaan tidak konsisten berhubung dimana sebenarnya penemuan (1) fail mengandungi (1) biji pil/tablet oren mengandungi racun flualprazolam. Adakah ia terletak di dalam beg pinggang berzip (P4) atau di dalam dompet (P5) yang mengandungi kad pengenalan OKT? [39] Di dalam Laporan polis P10 menyatakan: “Hasil pemeriksaan ke atas beg pinggang berzip terdapat satu dompet mengandungi kad pengenalan penama no.2 dan (1) foil silver mengandungi pil disyaki Erimin 5”. [40] Manakala keterangan dalam gambar P6A menyatakan: “GAMBAR MENUNJUKKAN: - (1) FOIL SILVER MENGANDUNGI PIL DISYAKI DADAH ERIMIN 5 (ABK:0.20GRAM) YANG DITEMUI DI DALAM (1) BEG PINGGANG BERZIP MILIK (B2)” [41] Mahkamah teliti keterangan SP3, Pegawai Serbuan/Pengadu dalam kes ini pada awalnya menyatakan sebagaimana berikut: Pendakwa Raya: Okey boleh inspektor ingat pada Mahkamah 1 persatu gambar tersebut? Saksi: Boleh, Ya Arif, gambar a menunjukkan 1 foil berwarna silver disyaki dadah mengandungi dadah Eramin 5. Gambar b adalah gambar di mana dadah jenis Eramin 5 ini dijumpai di dalam beg pinggang S/N 6NvUIb/Ytkeewx4pBjADiw yang berzip dan dalam beg tersebut juga terdapat 1 dompet yang mengandungi kad pengenalan OKT bernama Faizol. [42] Walau bagaimanapun, dalam perenggan berikutnya, SP3 menyatakan perkara berbeza: Pendakwa Raya: Boleh inspektor nyatakan kepada Mahkamah untuk barang kes yang khusus pada kes pada hari ini adalah barang kes apa inspektor? Saksi: 1 foil warna perak mengandungi pil yang disyaki jenis Eramin 5. Pendakwa Raya 1: Boleh inspektor nyatakan kepada Mahkamah jumpa di mana? Saksi: Barang kes ini dijumpai dalam beg pinggang Yang Arif. Saya camkan ada tandatangan saya Yang Arif Pendakwa Raya: Tadi inspektor nyatakan jumpa dalam beg pinggang bagaimana dengan dompet hitam? Saksi: Dompet hitam cuma ada dia punya IC Pendakwa Raya: Racun berada di mana? Saksi: Berada di dalam tempat yang saya tandakan itu Yang Arif. Dijumpai dalam beg pinggang. Keadaan dia macam ni Yang Arif, 1 beg pinggang dalam dia ada dompet dan dalam dompet ada 1 foil berwarna silver, ada dadah. S/N 6NvUIb/Ytkeewx4pBjADiw [43] Selanjutnya semasa pemeriksaan balas, SP3 menyatakan: Peguambela: Selain pada soalan saya merujuk kepada dompet hitam, laitu P5. Soalan saya inspector, selain daripada kad pengenalan OKT, setuju dengan saya terdapat barang-barang lain di dalam dompet tersebut itu? Saksi: Tak ingat. ………. Peguambela: Baik setuju dengan saya kalau saya cadangkan kepada inspektor tidak pada bila-bila masa yang material semasa serbuan, plastik foil perak berada di dalam beg yang dirampas oleh inspektor? Saksi: Setuju [44] Hal sama berbangkit apabila diteliti keterangan SP6 (anggota serbuan) berhubung penemuan racun di dalam P4. SP6 dalam keterangannya menyatakan racun ditermui di dalam beg pinggang dan bukannya di dalam dompet sebagaimana keterangan dan laporan polis yang dibuat oleh SP3. SP6 malah telah menyatakan dengan lebih lanjut bahawa barang kes ditemui di bahagian tengah/ bahagian poket beg pinggang P4 tersebut. Berikut merupakan keterangan SP6: TPR: Boleh tak sarjan cerita kepada mahkamah bagaimana serbuan tersebut dibuat secara terperinci. SP 6: Pada 12 hari bulan 4 2021 jam lebih kurang 1 petang bertindak atas maklumat dadah …. Pengadu telah perkenalkan diri sebagai pegawai kanan polis dan pengadu telah melakukan pemeriksaan tubuh badan ke S/N 6NvUIb/Ytkeewx4pBjADiw atas oyds nombor 1 dan 2. Hasil pemeriksaan tersebut pengadu telah jumpa 1 biji pil yaba, dan pengadu juga telah menjumpai 1 beg pinggang berzip, di mana beg pinggang tersebut di dalamnya mengandungi 1 foil silver bertulis erimin 5 disyaki dadah jenis erimin 5 dan beg pinggang tersebut juga ada mengandungi dompet, 1 pengenalan diri atas nama Mohd Faizol bin Mat Azmin. …………….. TPR : Lepas itu, pengadu jumpa bagaimana? SP 6 : Pengadu telah jumpa 1 biji pil warna merah disyaki piL yaba di atas meja. manakala pemeriksaan seterusnya di kawasan tempat serbuan dibuat pengadu telah jumpa. 1 beg pinggang di bahagian tengah yang mengandungi 1 foil berisi 1 biji pil bertulis erimin 5 disyaki dadah jenis erimin 5 di atas meja. ……………….. TPR: Ok rujuk kepada beg pinggang tersebut P4, boleh nyatakan kepada mahkamah barang kes foil tersebut dijumpai di bahagian mana? SP 6: Di bahagian poket [45] Mahkamah juga mendapati keterangan SP7, iaitu Pegawai Penyiasat kes tidak konsisten dengan keterangan SP3 berhubung penemuan barang kes (1) foil mengandungi (1) tablet oren mengandungi racun Flualprazolam. Mahkamah merujuk kepada perenggan 26.1 Penyata Saksi SP7 (PSP7) yang telah meminda penemuan barang kes daripada dompet kepada beg sebagaimana berikut:
26
26.
26
“Hasil siasatan berkait kes ini adalah sebagaimana berikut:-
1
Siasatan mendapati barang kes RACUN dijumpai dalam milikan, kawalan dan bey pengetahuan OKT (B2). Barang kes itu dijumpai dalam dompet beg milik OKT (B2) yang berada di atas meja tidak jauh dari OKT (B2) sedang duduk ketika kejadian.”. [46] Mahkamah ini mendapati terdapat (2) versi berlainan berhubung di mana sebenarnya barang kes ditemui dan berpandangan saksi-saksi Pendakwaan juga tidak dapat memastikan secara tepat dan yakin di mana sebenarnya barang kes ditemui. [47] Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan pihak Pembelaan bahawa dalam hal terdapat sebarang keraguan berhubung pemilikan, kawalan dan jagaan ke atas barang kes yang memungkinkan pemilikan ekslusif oleh OKT dipersoalkan, faedah keraguan (“benefit of the doubt”) seharusnya memihak kepada OKT. Isu berat racun dalam pertuduhan [48] Pertuduhan pindaan [P20] menyatakan: “telah ada dalam kawalan kamu seberat 0.14gram racun jenis Flualprazolam”. Pembelaan menghujahkan pertuduhan yang dikenakan keatas OKT adalah berdasarkan kepada 0.14gram racun Flualprazolam yang sebetulnya merupakan berat sebiji pil. [49] Walau bagaimanapun, SP5 (Ahli Kimia) di dalam laporan P9 dinyatakan bahawa analisa kuantitatif bagi menentukan berat tidak dibuat S/N 6NvUIb/Ytkeewx4pBjADiw dan juga terdapat baki selepas dianalisa dibuat. Semasa sesi soal balas SP5 telah bersetuju bahawa adanya baki bahan menunjukkan bahawa 0.14gram adalah berat bersih pil dan bukannya berat bahan Flualprazolam kerana ujian yang dibuat hanyalah ujian kualitatif dan bukannya kuantitatif. [50] Mahkamah ambil maklum bahawa berat racun adalah tidak material untuk merangka suatu pertuduhan bagi kesalahan di bawah seksyen 30(3) Akta Racun 1952, namun setiap intipati pertuduhan perlu dibuktikan oleh pihak Pendakwaan. [51] Mahkamah berpandangan sewajarnya pertuduhan dirangka tanpa memasukkan berat bersih tablet/racun memadai menamakan racun yang ada dalam milikan OKT memandangkan elemen yang perlu dibuktikan hanyalan kewujudan racun dalam senarai Jadual Akta Racun 1952. Dalam hal Pendakwaan ingin memasukkan berat bahan racun tersebut, maka pertuduhan perlu dirangka sebagaimana keterangan Jabatan Kimia Malaysia iaitu “ada dalam milikan kamu 1 tablet oren berat bersih tablet 0.14gram yang mengandungi flualprazolam” bagi mengelakkan kekeliruan kepada pihak Pembelaan. Perkara ini telah beberapa kali dibangkitkan oleh pihak Pembelaan kepada SP5 (Ahli Kimia) dan SP6 (Pegawai Penyiasat) namun tiada pindaan dibuat kepada pertuduhan berhubung dengannya. [52] Dalam hal terdapat perbezaan dan percanggahan pertuduhan dengan keterangan saksi Pendakwaan (SP5) yang menimbulkan keraguan dan kekeliruan kepada pihak Pembelaan, maka faedah keraguan (“benefit of the doubt”) seharusnya memihak kepada OKT. S/N 6NvUIb/Ytkeewx4pBjADiw Isu pindaan kepada pertuduhan pindaan [P20] [53] Seksyen 158(1) Kanun Tatacara Jenayah (selepas ini dirujuk sebagai "KTJ") memperuntukkan seperti berikut:
1
Any Court may alter or add to any charge at any time before judgment is pronounced. Namun begitu, mahkamah ini juga dibimbing oleh Seksyen 173(h)(ii) KTJ yang memperuntukkan seperti berikut: If the court finds that a prima facie case has been made out against the accused on an offence other than the offence charged which the Court is competent to try and which in the opinion of the Court it ought to try, the Court shall amend the charge. [54] Untuk menjawab persoalan sama ada mahkamah ini perlu meminda pertuduhan pindaan tersebut bagi mencerminkan kesalahan yang dilakukan oleh OKT berdasarkan keterangan saksi-saksi, Mahkamah merujuk kepada kes PP lwn. Che Jan Zinon [2016] CLJU 1083; [2016] 1 LNS 1083 yang diputuskan oleh Y.A. Dato' Che Mohhd. Ruzima Ghazali, Hakim Mahkamah Tinggi pada ketika itu. Ini merupakan rayuan daripada pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengekalkan perintah Mahkamah Majistret Ipoh yang melepaskan dan membebaskan Responden daripada tuduhan pertama. Isu berkenaan pertuduhan diputuskan seperti berikut: S/N 6NvUIb/Ytkeewx4pBjADiw [18] Di dalam hal ini, undang-undang berkenaan tuduhan adalah jelas. Setiap tuduhan yang digubal perlulah tepat bagi memaklumkan orang kena tuduh apakah tuduhan yang perlu dijawab olehnya. Kecacatan pada tuduhan menjejaskan akar umbi kes pendakwaan. Azhar Mohamed PK (beliau pada ketika itu) di dalam kes Shawal bin Hj Mohd Yassin v. Public Prosecutor [2006] 6 CLJ 392; [2006] 4 MLJ 334 telah memutuskan: The defect in the charge was a matter of substance and not merely of form. This was not a mere technical non-compliance of any provision of the law which can be condoned as an irregularity. I do not think it can be cured without causing injustice to the appellant. In my view, this was not a defect, disregarding it would not occasion a miscarriage of justice. To me the charge as framed did not disclose any offence and therefore I have no doubt that the defect of this kind was an illegality. I think the appellant was left in doubt as to the offence of which he had been convicted and sentenced. It is a fundamental principle of criminal law in our country that an accused person should know accurately of what offence he has been convicted and sentenced. In my judgment the error in the charge did cause prejudice and injustice to the appellant. In the end, I have no hesitation in saying that the charge framed against the appellant was bad in law. When looked in this way, one can see that there has been a substantial miscarriage of justice. Menggunakan prinsip yang sama, OKT/Pembelaan di dalam kes ini telah tidak mendapat gambaran yang jelas serta tepat akan kesalahan yang dikatakan telah dilakukannya melalui tuduhan yang S/N 6NvUIb/Ytkeewx4pBjADiw dihadapinya. Oleh itu, berlaku prejudis dan ketidakadilan kepada pihak responden. [19] Selain itu, tugas mahkamah bicara adalah untuk menentukan PR telah membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan dan penilaian secara maksimum semua keterangan perlu dibuat bagi menentukan dapatan… Seterusnya, berkenaan isu sama ada mahkamah perlu meminda pertuduhan untuk disesuaikan dengan keterangan kes di peringkat pendakwaan, Mahkamah Tinggi memutuskan seperti berikut: [20] Seperkara lagi, kuasa bagi menentukan tuduhan bagi kes jenayah terletak di tangan PR. Bukannya tugas mahkamah untuk meminda tuduhan semata-mata untuk disesuaikan dengan keterangan yang dikemukakan PR. Mahkamah tidak boleh memihak atau kelihatan memihak kepada pihak PR sepanjang prosiding jenayah. Kegagalan PR mengemukakan tuduhan yang betul bukannya alasan bagi mahkamah meminda tuduhan. Spencer Wilkinson J, di dalam kes PP v. Heng You Nang [1949] CLJU 61; [1949] 1 LNS 61; [1949] MLJ 285 di muka surat 287, mengemukakan pandangan berikut: Under s. 173(h), subordinate courts have a duty to consider the charge and amend it if necessary. Nevertheless I do not think that this section makes it incumbent on the court to search the law for offences which an accused person may have committed. It is for the prosecution to decide what their real complaint against the accused is and to frame their S/N 6NvUIb/Ytkeewx4pBjADiw charges or to submit amendments accordingly. No doubt, in a clear case, a president or a magistrate ought to alter a charge to fit the proved facts; but if the prosecution is unable to reach a conclusion as to the proper charge, which appears to have been the position in this case, it is in my view quite improper to criticise the president for failing to carry out the function of the prosecution officer. [55] Dengan menggunapakai prinsip yang dinyatakan di dalam kes PP lwn. Che Jan Zinon [2016] CLJU 1083; [2016] 1 LNS 1083, mahkamah ini tidak mempunyai tugas atau duty untuk meminda pertuduhan sematamata untuk disesuaikan dengan keterangan yang dikemukakan oleh saksi-saksi pendakwaan. Oleh sebab itu, suatu kes prima facie tidak dapat diwujudkan memandangkan kes pendakwaan adalah berpaksikan kepada pertuduhan bahawa telah ada dalam kawalan kamu seberat 0.14 gram racun jenis Flualprazolam. [56] Mahkamah ambil maklum bahawa tiada kesalahan “dalam kawalan” berdasarkan peruntukan seksyen 30(3) Akta Racun 1952, dan berpandangan, dalam hal terdapat sebarang keraguan, faedah keraguan seharusnya diberikan kepada OKT. [57] Alasan lain untuk mahkamah memilih untuk tidak meminda pertuduhan pindaan di P20 untuk disesuaikan dengan kesalahan dan keterangan yang dikemukakan oleh saksi-saksi pendakwaan adalah kerana Mahkamah ini meneliti latar belakang kes. Kejadian berlaku pada 12 April 2021. OKT (penjawat awam) hanya dihadapkan ke Mahkamah pada 10 November 2022. Pertuduhan asal pada 10 November 2022 S/N 6NvUIb/Ytkeewx4pBjADiw adalah “memiliki racun”, TPR asal yang mengendalikan kes kemudiannya mengemukakan Pertuduhan Pindaan (P20) pada 7 Mei 2024 setelah enam (5) saksi dipanggil, dengan meminda pertuduhan dari elemen “OKT memiliki” kepada elemen “dalam kawalan OKT”. Pembelaan telah membantah kepada pengemukaan Pertuduhan Pindaan (P20) atas alasan prejudis kepada Pembelaan dan mengelirukan Pembelaan dalam penyediakan Pembelaan. Puan Majistret terdahulu membenarkan Pertuduhan Pindaan dibuat. Setelah selesai SP6 & SP7 memberi keterangan dan setelah pihak-pihak berhujah, pihak Pendakwaan sekali lagi (menerusi TPR baru yang mengendalikan) pada 26 Mac 2025 semasa tarikh Keputusan di Akhir Kes Pendakwaan ditetapkan, mengemukakan pertuduhan pindaan kali ke-2 untuk meminda kembali pertuduhan daripada “dalam kawalan OKT” kepada “dalam milikan OKT” atas alasan tiada kesalahan “racun dalam kawalan OKT” diperuntukkan di bawah seksyen 30(3) Akta Racun. Kesalahan yang diperuntukkan adalah “memiliki” racun/bahan psikotropik. Pengemukaan ID24 ini dibantah sekali lagi oleh pihak Pembelaan atas alasan prejudis kepada kes Pembelaan kerana soalan pemeriksaan balas setelah P20 dikemukakan sebelum ini menjurus kepada pembuktian elemen kawalan. [58] Secara prinsipnya berdasarkan penghakiman kes diatas, memandangkan Pembelaan telah menimbulkan isu berhubung berhubung elemen pemilikan / kawalan serta isu perbezaan berat tablet dan racun dalam pertuduhan disepanjang kes Pendakwaan, dan berdasarkan keterangan, Pembelaan telah mengubah soalan dalam pemeriksaan balasa daripada pemilikan kepada dalam kawalan setelah ia dipinda pada 7 Mei 2024, Mahkamah berpandangan Pembelaan telah diprejudiskan sekiranya butiran (ingredients) di dalam kertas pertuduhan S/N 6NvUIb/Ytkeewx4pBjADiw ini dipulihkan dibawah seksyen 156 KTJ kerana butiran tersebut bukanlah berbentuk teknikal dan telah mendatangkan salah arah kepada OKT di dalam menyiapkan pembelaannya. OKT telah merangka pembelaan dan hujahan yang menunjukkan bahawa kawalan racun seberat 0.14 gram racun jenis Flualprazolam telah tidak dibuktikan. Oleh itu, adalah tidak adil untuk mahkamah ini meminda pertuduhan di saat akhir sebelum keputusan diberikan. Keputusan di Akhir Kes Pendakwaan [59] Ujian-ujian yang perlu dilaksanakan oleh Mahkamah dalam menentukan satu kes prima facie telah dibuktikan atau sebaliknya di akhir kes pendakwaan juga telah digariskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes PP v. Mohd. Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457, seperti berikut: "(i) the close of the prosecution's case, subject the evidence led by the prosecution in its totality to a maximum evaluation. Carefully scrutinize the credibility of each of the prosecution's witnesses. Take into account all reasonable inferences that may be drawn from the evidence. If the evidence admits two or more inferences, then drawn the inference that is most favourable to the accused;
II
(ii) ask yourself the question: If I now call upon the accused to make his defence and he elects to remain silent, am I prepared to convict him on the evidence now before me? If the answer is "No" then a prima facie case has not been made out and the accused should be acquitted; S/N 6NvUIb/Ytkeewx4pBjADiw
III
(iii) after the defence is called, the accused elects to remain silent, then convict;
IV
(iv) after the defence is called, the accused elects to give evidence then go through the steps set out in Mat v. PP [1963] MLJ 263" [60] Setelah meneliti dan membuat penilaian maksimum (maximum evaluation) ke atas keterangan-keterangan yang telah dikemukakan berbanding dengan elemen-elemen pertuduhan kesalahan yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan, Mahkamah ini telah merumuskan pada akhir kes pendakwaan ini bahawa pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan sepenuhnya elemen-elemen kesalahan bagi Pertuduhan tersebut. [61] Oleh yang demikian, Mahkamah ini memutuskan berdasarkan alasan-alasan dan dapatan Mahkamah ini seperti mana dinyatakan di atas dan dengan mengguna pakai test / ujian untuk membuktikan kes prima facie seperti mana dijelaskan di dalam kes PP v. Mohd Radzi Abu Bakar (supra), Mahkamah ini mendapati bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan suatu kes prima facie terhadap Tertuduh berdasarkan seksyen 173(h) Kanun Tatacare Jenayah bagi pertuduhan kesalahan di bawah seksyen seksyen 30(3) Akta Racun 1952. [62] Justeru, Mahkamah ini memerintahkan supaya Tertuduh dilepas dan dibebaskan tanpa dipanggil untuk membela diri ke atas Pertuduhan Pindaan tersebut. Barang kes dikembalikan kepada pihak pendakwaan untuk dilupuskan selepas tamat proses rayuan sekiranya ada. Wang jaminan dikembalikan. S/N 6NvUIb/Ytkeewx4pBjADiw Bertarikh: 29 Jun 2025 (NURLIYANA BINTI MD ZUKRI) Majistret Mahkamah Majistret Besut Terengganu KAUNSEL: Bagi pihak Pendakwa Raya - TPR Muhammad Akmal bin Jazlee bersama TPR Muhammad Qayyim Irfan bin Baharuddin Bahagian Pendakwaan, Pejabat Penasihat Undang-Undang, Negeri Terengganu Bagi pihak Pembelaan - Encik Azhar Ahmad bersama Encik Shaharuddin Mohamed Tetuan Shaharuddin Hidayu & Marwaliz, S/N 6NvUIb/Ytkeewx4pBjADiw
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.