Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI BACHOK DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM KES JENAYAH NO.: DD-82-1-01/2023 PENDAKWA RAYA
DD-82-1-01/2023
Magistrates Court of Malaysia21 May 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“via eFILING portal 6 [8] Sebagaimana prinsip undang-undang yang mantap telah diputuskan dalam kes Looi Kow Chai & Anor v PP (2003) 1 CLJ 734, Mahkamah Rayuan telah menyatakan: “Under s. 180 of the Criminal Procedure Code (Revised 1999), the duty of a judge, sitting alone, at the close of the case for the prosecution, i”
“(2) For the purpose of this section, “spouse”, “child”, “incapacitated adult” and “other member of the family” have the meanings assigned to them in section 2 of the Domestic Violence Act 1994 [Act 521]. [12] Sebagai pelengkap dan konteks, adalah perlu digariskan di sini juga peruntukkan di bawah seksyen 334 Kanun Kese”
“r evidence should not be believed, unless there are cogent reasons to disbelieve her in the light of the evidence to the contrary and the surrounding circumstances (see Balasingam v Public Prosecutor [1959] MLJ 193). We find that in considering the evidence of PW10, the learned trial judge was fully alive to the fact t”
“da Tertuduh. Undang-undang adalah mantap berkenaan dengan isu saksi berkepentingan atau “interested witness”. [37] Merujuk kepada kes Mahkamah Rayuan, kes Pendakwa Raya v Arumugam a/l Muniandy & Ors [2018] MLJU 374, Mahkamah menyatakan menyatakan seperti berikut: “[19] In Magendran Mohan v P.P [2011] 1 CLJ 805, the pro”
“m all the evidence. The emphasis must be on the word all." [35] Mahkamah ini turut memetik pernyataan Nazlan Ghazali J (pada ketika itu) dalam kes Pendakwa Raya lwn Tan Sri Mohd Isa bin Abdul Samad [2021] MLJU 596 sebagaimana berikut: “Tambahan pula, proses yang sepatutnya dipatuhi oleh Mahkamah Bicara dalam penilaian”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI BACHOK DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM KES JENAYAH NO.: DD-82-1-01/2023 PENDAKWA RAYA
1
Tertuduh dalam kes ini telah dituduh dengan satu (1) pertuduhan di bawah seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama seksyen 326A Akta yang sama, pertuduhan berbunyi sebagaimana berikut: “Bahawa kamu pada 20/04/2022 jam lebih kurang 5.30 petang, bertempat di sebuah rumah di alamat PT 593, Kampung Baru Hujung Repek di dalam jajahan Bachok, di dalam Negeri Kelantan didapati dengan sengaja telah menyebabkan cedera ke atas isteri kamu bernama Wan Mazura binti Che Mansor, No. K/P: 840922-03-5528. Dan dengan itu, kamu telah melakukan 2 suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama seksyen 326A Kanun Keseksaan. HUKUMAN SEKSYEN 323 KK: Sekiranya disabitkan dengan kesalahan, hendaklah diseksa dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai setahun, atau dengan denda yang boleh sampai dua ribu ringgit, atau dengan kedua-duanya. HUKUMAN SEKSYEN 326A: Hendaklah dihukum dengan pemenjaraan bagi suatu tempoh yang boleh dua kali ganda tempoh maksimum yang mana dia boleh dikenakan atas sabitan bagi kesalahan itu di bawah seksyen yang relevan walau apa pun apa-apa hukuman lain yang diberikan bagi kesalahan itu.
2
Setelah selesai perbicaraan penuh, Mahkamah ini telah pada 21.05.2025, melepaskan dan membebaskan Tertuduh di akhir kes pembelaan. Tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut, pihak Pendakwaan telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi pada 04.06.2025. Justeru, ini adalah Alasan Penghakiman penuh Mahkamah ini.
3
Bagi membina kes Pendakwaan, pihak Pendakwaan dalam kes ini telah memanggil seramai lima (5) orang Saksi Pendakwaan (SP) untuk memberi keterangan di Mahkamah ini, butiran lanjut adalah sebagaimana berikut: 3 i. SP1 – Wan Mazura Binti Che Mansor (Pengadu/Mangsa) ii. SP2 – L/Kpl. Muhammad Adam Bin Zabidi (Jurugambar Polis) iii. SP3 – Mohamad Firdaus Aswad Bin Mohd Faizul Anuar (Anak Mangsa) iv. SP4 – Dr. Dayang Norazlia Binti Che Mohamad (Pegawai Perubatan) v. SP5 – Insp. Nurhaziqah Binti Jaafar (Pegawai Penyiasat)
4
Berikut pula merupakan senarai eksibit yang telah dikemukakan sepanjang kes pihak Pendakwaan: TANDAAN EKSIBIT P1A-F Enam (6) keping gambar tempat kejadian P2 Laporan Polis Bachok No. 1228/22 P3A-C Tiga (3) keping gambar mangsa IDD4 Fakta Kes P5 Laporan Pemeriksaan Awal P6 Laporan Polis Bachok No. 1946/22 P7 Lakaran Rajah Kasar Tempat Kejadian P8 Sijil Cerai
5
Sebagai pelengkap kepada senarai eksibit seperti di atas, Pihak Pembelaan juga telah mengemukakan eksibit, sebagaimana berikut: TANDAAN EKSIBIT D9 Laporan Perubatan Klinik Kesihatan Bachok D10 Rakaman Percakapan Tertuduh
6
Secara ringkasnya, naratif kes pihak Pendakwaan adalah sebagaimana berikut: a) Mangsa (SP1) dan Tertuduh (SD1) telah berkahwin pada 02.06.2005 dan telah bercerai pada 27.04.2022. Hasil perkahwinan tersebut, mereka telah dikurniakan dengan empat (4) orang anak. b) SD1, semasa dalam tempoh perkahwinan bersama SP1, telah berkahwin kali kedua bersama isteri kedua. c) Kejadian telah berlaku pada 20.04.2022 pada bulan Ramadan, jam lebih kurang 5.30 petang, bertempat di halaman rumah beralamat di PT 593, Kg. Baru Hujung Repek, Bachok, Kelantan, SP1 telah bertengkar mulut dengan SD1 akibat daripada tuduhan SP1 atas ketidakadilan oleh SD1 yang sering pulang ke rumah isteri keduanya. d) Ketika kejadian tersebut berlaku, SD1 telah bertindak menarik rambut SP1 lalu menendang perut SP1 di sebelah kiri sehingga SP1 terjatuh ke atas lantai. e) Kemudian, anak lelaki Mangsa (SP3) telah datang dan bertindak meleraikan pergaduhan tersebut. f) Akibat kejadian tersebut, kecederaan yang dialami oleh SP1 ialah: i. Jari kaki sebelah kiri; ii. Peha sebelah kanan. g) SP1 turut dicekik di bahagian leher dan telah dibaling kerusi oleh SD1, tetapi SP1 sempat mengelak. h) Selepas kejadian itu, SD1 telah beredar meninggalkan rumah tersebut. 5 i) SP1 telah membuat laporan polis sebagaimana Bachok Rpt. 1228/2022 (eksibit P2). Pihak polis telah menjalankan siasatan yang diketuai oleh Pegawai Penyiasat, Insp. Nurhaziqah Binti Jaafar (SP5). j) Hasil pemeriksaan Pegawai Perubatan, Dr. Dayang Norazlia Binti Che Mohamad (SP4) telah mendapati bahawa SP1 mengalami kecederaan lebam pada bahagian peha kiri (berukuran 6x6 cm) dan lebam pada jari kaki kelingking sebelah kanan (berukuran 2x2 cm). Laporan pemeriksaan awal ini adalah sebagaimana tandaan eksibit P5.
7
Pihak Pendakwaan bertanggungan untuk membuktikan kes pada tahap menepati beban pembuktian. Rujukan asas boleh dibuat kepada Seksyen 173(f) Kanun Tatacara Jenayah, yang memperuntukkan seperti berikut: Section 173. Procedure in summary trials. The following procedure shall be observed by Magistrates in summary trials:
f
(i) When the case for the prosecution is concluded the Court shall consider whether the prosecution has made out a prima facie case against the accused.
II
(ii) If the Court finds that the prosecution has not made out a prima facie case against the accused, the Court shall record an order of acquittal. [8] Sebagaimana prinsip undang-undang yang mantap telah diputuskan dalam kes Looi Kow Chai & Anor v PP (2003) 1 CLJ 734, Mahkamah Rayuan telah menyatakan: “Under s. 180 of the Criminal Procedure Code (Revised 1999), the duty of a judge, sitting alone, at the close of the case for the prosecution, is to determine, as a trier of fact, whether the prosecution has made out a prima facie case against the accused. The judge has only one exercise to undertake; he must subject the evidence of the prosecution to a maximum evaluation and then ask himself this question: If I decide to call upon the accused to enter on his defence, and he elects to remain silent, am I prepared to convict him on the totality of the evidence contained in the prosecution’s case? If the answer is in the negative, then no prima facie case has been made out, and the accused is entitled to an acquittal. (Subjecting the prosecution’s evidence to a maximum evaluation to determine if the defence is to be called does not mean that the prosecution has to prove its case beyond a reasonable doubt at that intermediate stage.)” [9] Manakala dalam kes Balachandran a/I Selvaratnam v PP (2005) 1 CLJ 85, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa: “A prima facie case is therefore one that is sufficient for the accused to be called upon to answer. This in turn means that the evidence adduced must be such that it can be overthrown only by evidence in rebuttal... The result is that the force of the evidence adduced must be such that, if unrebutted, it is sufficient to induce the court to believe in the existence of the facts stated in the charge or to consider its existence so probable that a prudent man ought to act upon the supposition that those facts exist or did happen. On the other hand if a prima facie case has not been made out it means that there is no material evidence which can be believed in the sense as described earlier. In order to make a finding either way the court must, at the close of the case for the prosecution, undertake a positive evaluation of the credibility and reliability of all the evidence adduced so as to determine whether the elements of the offence have been established.” ELEMEN-ELEMEN PERTUDUHAN [10] Dalam kes ini, pertuduhan ke atas Tertuduh adalah di bawah seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama dengan seksyen 326A Akta yang sama. Seksyen 323 Kanun Keseksaan memperuntukkan sebagaimana berikut: Section 323. Punishment for voluntarily causing hurt. Whoever, except in the case provided for by section 334, voluntarily causes hurt, shall be punished with imprisonment for a term which may extend to one year, or with fine which may extend to two thousand ringgit, or with both. [11] Seksyen 326A Kanun Keseksaan pula memperuntukkan bahawa: Section 326A. Punishment for causing hurt to spouse, former spouse, etc.
1
Whoever causes hurt to his spouse or former spouse, a child, an incapacitated adult or other member of the family and commits an offence under section 323, 324, 325, 326, 334 or 335 shall be punished with imprisonment for a term which may extend to twice of the maximum term for which he would have been liable on conviction for that offence under the relevant section notwithstanding any other punishment provided for that offence.
2
For the purpose of this section, “spouse”, “child”, “incapacitated adult” and “other member of the family” have the meanings assigned to them in section 2 of the Domestic Violence Act 1994 [Act 521]. [12] Sebagai pelengkap dan konteks, adalah perlu digariskan di sini juga peruntukkan di bawah seksyen 334 Kanun Keseksaan sebagaimana yang dinyatakan dalam seksyen 323 Kanun Keseksaan (supra), yang menyatakan seperti berikut: Section 334. Voluntarily causing hurt on provocation. Whoever voluntarily causes hurt on grave and sudden provocation, if he neither intends nor knows himself to be likely to cause hurt to any person other than the person who gave the provocation, shall be punished with imprisonment for a term which may extend to one month, or with fine which may extend to one thousand ringgit, or with both. [13] Bagi kemudahan pemahaman, rujukan dibuat kepada Mallal’s Penal Law yang menerangkan bahawa terdapat dua (2) elemen yang perlu dibuktikan oleh pihak Pendakwaan untuk kesalahan di bawah seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu: Ingredients of offence [323.4]
1
The accused by his act caused bodily pain, disease or infirmity to the complainant.
2
He did such act with intent or with knowledge that it would cause the hurt. [14] Sebagai pertambahan dalam kes ini, memandangkan pertuduhan asas adalah dibaca bersama dengan seksyen 326A Kanun Keseksaan, satu
1
lagi elemen yang perlu dibuktikan oleh pihak Pendakwaan ialah: ………..
3
Tertuduh dan Mangsa merupakan pasangan suami isteri semasa kejadian tersebut berlaku. ANALISIS MAHKAMAH BAGI KES PENDAKWAAN Elemen Pertama: Tertuduh dan Mangsa merupakan pasangan suami isteri semasa kejadian tersebut berlaku [15] Melalui pertuduhan dan eksibit-eksibit yang dikemukakan sepanjang perbicaraan di Mahkamah ini, kejadian dikatakan telah berlaku pada tanggal 20.04.2022. Berdasarkan keterangan SP1 di Mahkamah, adalah jelas bahawa SP1 selaku Mangsa dalam kes ini merupakan isteri yang sah kepada Tertuduh ketika kejadian tersebut berlaku. Pernyataan ini turut disokong oleh keterangan SP3 iaitu anak kepada SP1 dan Tertuduh, yang memperakui bahawa kejadian tersebut berlaku di antara ibu dan bapa SP3. Seterusnya, ikatan perkahwinan yang sah antara SP1 dan Tertuduh turut dibuktikan melalui keterangan dokumentar dengan pengemukaan eksibit P8 iaitu sijil cerai, yang menyatakan tarikh perkahwinan SP1 dan Tertuduh ialah pada 01.06.2005, manakala tarikh perceraian ialah pada 24.07.2022. [16] Merujuk kepada keterangan-keterangan tersebut, adalah terbukti dan tidak dipertikaikan bahawa SP1 dan Tertuduh merupakan pasangan suami isteri yang sah ketika kejadian dikatakan berlaku. Perkara ini juga tidak dipertikaikan oleh pihak Pembelaan sepanjang prosiding kes ini. Justeru, bagi elemen ini, Mahkamah ini mendapati bahawa adalah jelas dibuktikan tanpa sebarang keraguan oleh pihak Pendakwaan sebagaimana kehendak yang termaktub di bawah seksyen 326A Kanun Keseksaan. Elemen Kedua: The accused by his act caused bodily pain, disease or infirmity to the complainant [17] Dalam pembuktian elemen ini, Mahkamah ini memperhalusi keterangan yang panjang dan terperinci yang telah diberikan oleh SP1. Menelusuri keterangan tersebut, secara ringkasnya, SP1 telah menaratifkan kejadian yang berlaku sebagaimana berikut: i) Semasa SP1 berada di rumah, pertengkaran mulut telah berlaku antara SP1 dan Tertuduh. ii) Tertuduh kemudian telah menarik rambut SP1, menendang di bahagian perut, kaki dan peha SP1. iii) Tertuduh turut bertindak mencekik leher SP1 dan membaling kerusi ke arah SP1. [18] Beralih kepada keterangan yang diberikan oleh anak kandung kepada SP1 dan Tertuduh iaitu SP3, ketika kejadian dikatakan berlaku, SP3 berada di bahagian luar rumah sedang membaiki motosikal. SP3 telah terdengar bunyi bising seperti bunyi pergaduhan, lalu bertindak masuk ke dalam rumah di bahagian ruang tamu. SP3 melihat SP1 telah terbaring di atas lantai dan telah bertindak menghalang cuba meleraikan di antara SP3 dan Tertuduh. Ketika itu, kedudukan Tertuduh adalah di belakang SP3. SP3 turut menyatakan terdapat pukulan lagi dari arah belakang iaitu daripada Tertuduh. Kemudian, SP3 menyatakan bahawa Tertuduh telah bertindak keluar dari rumah. [19] SP4 yang merupakan pegawai perubatan “on call” di Klinik Kesihatan Bachok, Kelantan pada hari kejadian, dalam keterangannya kepada Mahkamah ini menyatakan bahawa SP4 telah menerima kedatangan pesakit iaitu SP1 pada jam 10.25 malam. Berdasarkan pemeriksaan SP4 ke atas SP1, SP1 telah memaklumkan terdapat kesakitan di beberapa bahagian tubuh badan iaitu peha kiri, dan jari kaki kelima di kaki kanan dan juga terdapat kesan lebam. Melalui eksibit P5 iaitu laporan pemeriksaan awal, SP4 turut mengesahkan bahawa SP1 mengalami kesan lebam berukuran 6x6 cm di bahagian peha sebelah kiri, dan kesan lebam berukuran 2x2 cm di bahagian jari kelima kaki kanan. [20] Dalam membuat dapatan bagi elemen kedua ini, Mahkamah ini mendapati bahawa kejadian yang berlaku dapat dipercayai sepenuhnya berdasarkan keterangan SP1. Naratif keterangan yang terperinci menggariskan fakta-fakta perbuatan Tertuduh seperti menarik rambut SP1, serta menendang di bahagian perut, kaki dan peha SP1, sememangnya terjumlah kepada perbuatan-perbuatan yang menyebabkan “bodily pain” kepada tubuh badan seseorang. Fakta-fakta ini disokong oleh keterangan SP4 yang telah mengesahkan bahawa terdapat kesan kecederaan yang dialami sebagaimana digariskan dalam eksibit P5. Kesan-kesan kecederaan ini adalah selari dengan perbuatan-perbuatan yang dilakukan oleh Tertuduh sebagaimana dalam keterangan SP1. [21] Dalam menganalisis keterangan SP3, Mahkamah ini berpendapat bahawa sungguh pun SP3 tidak secara langsung melihat perbuatan-perbuatan yang dilakukan oleh Tertuduh terhadap SP1 yang menjadi perkara asas dalam pertuduhan, keterangan SP3 adalah menyokong keterangan SP1 bahawa kejadian pergaduhan adalah sememangnya berlaku. [22] Pihak Pembelaan telah membangkitkan isu, yang mana Mahkamah ini juga sedar dan telah “warn itself” dalam menerima masuk keterangan SP1 dan SP3 oleh kerana kedua-duanya mempunyai kepentingan atau motif untuk menganiayai Tertuduh. SP1 dikatakan mungkin berasa cemburu akibat perbuatan Tertuduh yang sering menyebelahkan isteri keduanya, manakala SP3 dikatakan mempunyai motif untuk menyebelahkan ibunya (SP1) berbanding bapanya (Tertuduh). Dalam menangani isu kredibiliti SP1 dan SP3, Mahkamah ini berpandangan bahawa dalam menghayati keseluruhan keterangan yang dikemukakan di Mahkamah ini, SP1 dan SP3, pada hemat Mahkamah ini, telah menjawab segala soalan-soalan yang dilontarkan oleh pihak Pendakwaan dan pihak Pembelaan dengan sangat baik, konsisten, tanpa gentar serta selari. Walaupun telah diasak bertubi-tubi oleh pihak Pembelaan semasa sesi pemeriksaan balas, SP1 dan SP3 langsung tidak gentar atau gugup dalam menjawab setiap soalan yang diajukan. Mahkamah ini melihat sendiri “demeanour” kedua-dua SP1 dan SP3 ketika memberikan keterangan, dan Mahkamah ini dapat menyimpulkan bahawa SP1 dan SP3 telah bercakap benar dan merupakan saksi-saksi yang kredibel. Mahkamah ini mendapati bahawa tiada unsur atau sebab untuk Mahkamah ini untuk tidak mempercayai keterangan SP1 dan SP3. Justeru, dalam kes ini, kedua-dua keterangan SP1 dan SP3 adalah diterima sebagai keterangan kes pihak Pendakwaan. Elemen Ketiga: The accused did such act with intent or with knowledge that it would cause the hurt. [23] Bagi elemen ini, Mahkamah ini perlu memperhalusi setiap tindakan Tertuduh pada masa kejadian bagi menyimpulkan satu inferens bahawa Tertuduh melakukan perbuatan tersebut dengan niat dan pengetahuan bahawa perbuatan tersebut menyebabkan kecederaan kepada SP1. [24] Menurut keterangan SP1, Tertuduh telah menarik rambut SP1, menendang di bahagian perut, kaki dan peha SP1. Tertuduh turut bertindak mencekik leher SP1 dan membaling kerusi ke arah SP1. Perbuatan-perbuatan ini, pada hemat Mahkamah ini, adalah perbuatan yang secara logik akan menyebabkan kecederaan jika dilakukan kepada seseorang. Apatah lagi, dalam kes ini, ianya adalah merangkumi sebilangan perbuatan, maka hanya ada satu kesimpulan sahaja yang boleh dicapai oleh Mahkamah ini dalam membuat penilaian, iaitu Tertuduh mempunyai niat dan pengetahuan bahawa perbuatan-perbuatan tersebut akan menyebabkan kecederaan kepada SP1. [25] Dari segi keterangan yang diberikan oleh SP3, Mahkamah ini berpendapat keterangan SP3 adalah bersifat menyokong bahawa kejadian tersebut benar-benar berlaku dan menyokong motif atau kesimpulan yang boleh dicapai pada ketika masa kejadian. Hal ini boleh dilihat dalam keterangan SP3 yang menyatakan seperti berikut: TPR: Bila dah masuk apa yang Nampak? SP3: Nampak mak saya dah terbaring, saya masuk sekat, ayah belakang. TPR: Masuk antara kedudukan mak dengan ayah, tengah? SP3: Ya. TPR: Apa yang cuba lakukan? SP3: Meleraikan la. TPR: Masa dekat tengah tu kata nak leraikan, apa lagi yang berlaku? SP3: Perasan ada pukulan lagi dari belakang. TPR: Pukulan dari ayah la? SP3: Ya. [26] Keterangan SP3 sebagaimana yang digariskan dalam perenggan di atas, membawa satu kesimpulan yang logik bahawa terdapat pukulan susulan dari arah belakang iaitu daripada Tertuduh ketika mana SP3 sedang berada di antara kedudukan SP3 dan Tertuduh dengan tujuan untuk menghalang atau meleraikan pergelutan tersebut. Justeru, adalah menjadi dapatan Mahkamah ini bahawa Tertuduh sememangnya mempunyai niat dan pengetahuan bahawa perbuatan-perbuatannya itu akan menyebabkan kecederaan ke atas SP3. Maka, pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen ketiga. DAPATAN MAHKAMAH DI AKHIR KES PENDAKWAAN [27] Pada 28.11.2024, Mahkamah ini telah memberikan keputusan di akhir kes Pendakwaan. Dengan mengguna pakai ujian “maximum evaluation”, Mahkamah ini telah membuat dapatan bahawa kesemua intipati pertuduhan telah berjaya dibuktikan oleh pihak Pendakwaan, justeru, Mahkamah ini mendapati pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie ke atas Tertuduh. Oleh yang demikian, Tertuduh telah dipanggil untuk membela diri ke atas pertuduhan seperti yang dipertuduhkan. KES PEMBELAAN [28] Bagi kes Pembelaan, Tertuduh dalam kes ini telah memilih untuk memberikan keterangan secara bersumpah dalam kandang saksi. Pihak Pembelaan telah mengemukakan seramai tiga (3) orang saksi Pembelaan, sebagaimana berikut: i. SD1 – Mohd Faizul Anuar Bin Mhd Pauzi (Tertuduh) ii. SD2 – Noorazwani Binti Mhd Pauzi (Adik Tertuduh) iii. SD3 – Mohd Farid Bin Mhd Pauzi (Adik Tertuduh) Keterangan SD1 (Tertuduh) [29] Tertuduh yang memberikan keterangan secara bersumpah dalam kandang saksi sebagai SD1, secara ringkasnya menyatakan bahawa Tertuduh telah dihubungi oleh pihak polis daripada Balai Polis Bachok untuk hadir memberikan keterangan. SD1 telah dengan secara sendiri hadir dan memberikan kerjasama serta telah direkodkan keterangan oleh pihak polis. Keterangan adalah sebagaimana ditandakan sebagai eksibit D10 iaitu rakaman dalam percakapan SD1. Malahan, SD1 juga telah membuat laporan polis bagi menafikan kejadian yang berlaku yang telah ditandakan sebagai eksibit D11. SD1 menyatakan bahawa telah bertanyakan kepada SP5 bahawa apakah yang perlu dilakukan kerana perkara tersebut adalah unsur untuk menganiayainya oleh kerana SD1 merupakan seorang penjawat awam. Dalam D11 turut dinyatakan bahawa terdapat dua (2) orang saksi di tempat kejadian iaitu SD2 dan SD3. Secara ringkasnya, versi penceritaan SD1 adalah pada hari kejadian, sekitar bulan puasa, SD1 bekerja pada shift sebelah petang. Semasa kejadian lebih kurang jam 5.00 petang, SD1 telah duduk di kerusi batu di kawasan garaj di bahagian luar rumah. SD1 telah melihat dalam aplikasi kumpulan WhatsApp keluarga SD1 yang disertai oleh kesemua adik beradik SD1 keluarga yang lain. SP1 telah menulis kata-kata kesat terhadap SD1 dalam kumpulan WhatsApp tersebut dan SD1 telah menasihati supaya Mangsa tidak berbuat demikian. Selanjutnya, SP1 telah keluar dari bilik ke arah SD1 dan terus mengamuk dalam keadaan meracau dengan menendang SD1. SD1 cuba menenangkan keadaan. Ketika itu diakui telah berlaku pergelutan di antara SD1 dan SP1. Kemudian, SP3 telah pulang ke rumah tersebut, dan SD1 telah menegur SP3 kerana berbau rokok. SP1 telah memarahi SD1 dalam keadaan mengamuk. SD1 lantas mengambil kunci kereta dan bertindak keluar dari rumah serta pergi ke rumah bersebelahan iaitu rumah milik adik SD1. SD1 menyatakan pada ketika itu jalan sesak di hadapan rumahnya. SD1 menyatakan bahawa secara tiba-tiba SP1 telah berguling di atas jalan tersebut dan ditenangkan oleh SP3. SD1 yang pada ketika itu sedang mengundurkan kereta, telah bertindak pergi ke arah SP1 dan menenangkan keadaan. Bagi mengelakkan keadaan lebih tegang, SD1 terus keluar dan pergi menziarahi kubur ayahnya. [30] SD1 menafikan ada mencederakan SP1 berdasarkan dua (2) tempat kecederaan sebagaimana diadukan oleh SP1. Berkenaan kecederaan di bahagian peha, SD1 menyatakan telah menyedari kecederaan tersebut beberapa hari sebelum hari kejadian, kerana kecederaan tersebut dimaklumkan oleh SP1 akibat daripada terkena tanduk kambing. SD1 turut menafikan sekeras-kerasnya ada menendang perut SP1 kerana SP1 baru sahaja selesai menjalani pembedahan melahirkan anak. Secara logiknya, jika SD1 menendang SP1 pada bahagian perut, sudah tentu kecederaan di bahagian perut akan menjadi lebih teruk kerana kesan daripada pembedahan juga. SD1 turut menyatakan bahawa terdapat motif SP1 untuk melucutkan SD1 daripada pekerjaannya sebagai penjawat awam. Perkara ini bukanlah kali pertama kerana sebelum ini terdapat aduan daripada SP1 berkenaan didera oleh SD1 dan juga cubaan bunuh diri. SD1 turut menyatakan bahawa SP1 mempunyai masalah psikiatri yang tidak stabil dan sering dirujuk ke klinik kesihatan. SD1 turut menyatakan bahawa SP1 menjalani rawatan mental dan dibekalkan dengan dua (2) jenis ubat. Turut dinyatakan bahawa SP3 ada menghubungi SD1 dan memohon maaf seterusnya untuk membuat laporan polis pembetulan bagi memperbetulkan keterangan SP3, namun telah tidak dibenarkan oleh SP5. Hubungan di antara SP3 dan SD1 juga dingin semenjak kejadian tersebut. Keterangan SD2 – Noorazwani Binti Mhd Pauzi (Adik Tertuduh) [31] Secara ringkasnya, keterangan SD2 menyatakan bahawa pada ketika masa kejadian berlaku, semasa SD2 sedang berbual dengan adiknya iaitu SD3 di rumah SD3, SD2 bersama SD3 dan isteri SD3 telah terdengar bunyi bising pertengkaran memaki hamun seperti pergaduhan antara SP1 dan SD1 di rumah SD1 yang jaraknya hanya lebih kurang 10 meter. SD2 menyatakan hanya melihat dan tidak mengambil peduli. Kejadian berlaku berhampiran kerusi batu di hadapan rumah SD1. SD2 turut menyatakan bahawa semasa SD1 sedang dalam perjalanan ke rumah SD3, SP1 telah membaling sesuatu objek namun sempat dielak oleh SD1. SD2 menyatakan selepas SD2 memberitahu kepada SD1 supaya memberhentikan pergaduhan mulut, SD1 telah meluru ke rumah SD3. Ketika itu, SP1 telah berlari mengamuk ke tengah jalan dan berteriak “bunuh aku,, bunuh aku”. Lalu, SP3 telah berlari ke arah SP1 untuk menenangkannya. Kejadian berlaku di tepi jalan di jalan tar berhadapan rumah mereka. Sebelum hari kejadian, SD2 memaklumkan bahawa sememangnya telah berlaku pertelingkahan di antara SD1 dan SP1. SP1 telah memaki hamun SD1 dalam kumpulan WhatsApp keluarga tersebut. Beberapa hari sebelum hari kejadian, SD2 turut menyatakan bahawa SP1 ada menunjukkan kesan ditanduk oleh kambing di bahagian peha kepada SD2 sebagaimana dalam eksibit P3. Keterangan SD3 – Mohd Farid Bin Mhd Pauzi (Adik Tertuduh) [32] Seorang lagi adik kandung kepada Tertuduh iaitu SD3 dalam keterangannya di Mahkamah ini menyatakan secara ringkasnya bahawa pada ketika masa kejadian, SD3 sedang duduk di kawasan “gere” di hadapan rumahnya dan sedang berbual bersama SD2. Kedudukan mereka ketika itu dengan tempat kejadian ialah tidak jauh dalam jarak lebih kurang 10 meter sahaja. Ketika itu, SD3 telah melihat SD1 sedang duduk di atas kerusi batu di hadapan rumah SD1 sambil menggunakan telefon bimbit. Kemudian, SD3 telah menegur SD1 dan mengajak SD1 untuk datang berbual bersama SD1 dan SD2. Secara tiba-tiba SD3 terdengar bunyi “gegey” dan ternampak SP1 dan SD1 sedang bertengkar mulut. Kemudian SD3 telah menegur pertengkaran mereka. Lalu SD3 ternampak SP3 telah pulang ke rumah SD1 dengan menaiki motosikal. Kemudian, pertengkaran mulut masih berlarutan di antara SD1 dan SP1. Kemudian, SD3 melihat SD1 telah menghidupkan enjin kereta jenis Juara berwarna kuning dan telah pergi ke rumah SD3. Pada ketika itu, SD3, SD2 dan SD1 telah melihat SP1, sebagaimana keterangan SD3 secara verbatim adalah seperti berikut: “…duk hungga tepi jalan tu, nak bunuh diri, Kak Long pakai kain sarong, nak tepuh kereta, ….., anak dia pegang bawah ketiak tarik mak dia ke tepi jalan. tepi rumah dia….” Kemudian, SD3 melihat SD1 berlalu pergi menaiki keretanya. SD3 turut menyatakan bahawa kesan kecederaan di peha SP1 telah diketahui SD3 kerana telah ditunjukkan kepada SD3 sebelum hari kejadian yang diakibatkan oleh tandukan kambing. SD3 turut menafikan bahawa SD1 ada memukul atau mencederakan SP1 kerana SD3 telah melihat sendiri kejadian berlaku di depan matanya sendiri. DAPATAN MAHKAMAH DI AKHIR KES PEMBELAAN [33] Seksyen 173(m) Kanun Tatacara Jenayah memperuntukkan seperti berikut: Section 173. Procedure in summary trials. The following procedure shall be observed by Magistrates in summary trials: ….. …..
m
(i) At the conclusion of the trial, the Court shall consider all the evidence adduced before it and shall decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt.
II
(ii) If the Court finds that the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt, the Court shall find the accused guilty and he may be convicted on it and the Court shall pass sentence according to law. …… ……
III
(iii) If the Court finds that the prosecution has not proved its case beyond reasonable doubt, the Court shall record an order of acquittal. [34] Panduan juga boleh didapati menerusi penghakiman Mahkamah Rayuan dalam kes Prasit Punyang v. PP [2014] 7 CLJ 392, Azahar Mohamed JCA (pada ketika itu) membuat kenyataan penting seperti berikut: "In accordance with the provisions of s. 182A (1) of the Criminal Procedure Code, it is the bounden duty of the learned JC, at the conclusion of the trial, to consider all the evidence adduced before him and shall decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt. The legislature has advisedly used the term all the evidence. The emphasis must be on the word all." [35] Mahkamah ini turut memetik pernyataan Nazlan Ghazali J (pada ketika itu) dalam kes Pendakwa Raya lwn Tan Sri Mohd Isa bin Abdul Samad [2021] MLJU 596 sebagaimana berikut: “Tambahan pula, proses yang sepatutnya dipatuhi oleh Mahkamah Bicara dalam penilaian dan penelitian keterangan oleh pihak pembelaan adalah seperti yang dijelaskan dalam penghakiman oleh Suffian J (pada ketika itu) dalam kes yang menjadi duluan penting dalam undang-undang prosedur jenayah negara iaitu Mat v PP [1963] 1 MLJ 263, di mana telah diputuskan seperti berikut:- "The position may be conveniently stated as follows:
a
(a)If you are satisfied beyond reasonable doubt as to the accused's guilt - Convict.
b
(b)If you accept or believe the accused's explanation - Acquit.
c
(c)If you do not accept or believe the accused's explanation - Do not convict but consider the next steps below.
d
(d)If you do not accept or believe the accused's explanation and that explanation does not raise in your mind a reasonable doubt as to his guilt - Convict.
e
(e)If you do not accept or believe the accused's explanation but nevertheless it raises in your mind a reasonable doubt as to his guilt - Acquit." [36] Menelusuri keterangan saksi-saksi pihak Pembelaan, dapatan Mahkamah ini adalah bahawa kesemua saksi-saksi pihak Pembelaan menaratifkan keterangan mereka berkenaan kejadian yang berlaku secara konsisten dan selari antara satu sama lain. Berkenaan hal ini, Mahkamah ini sedar bahawa SD2 dan SD3 merupakan saksi-saksi yang berkepentingan kepada Tertuduh. Undang-undang adalah mantap berkenaan dengan isu saksi berkepentingan atau “interested witness”. [37] Merujuk kepada kes Mahkamah Rayuan, kes Pendakwa Raya v Arumugam a/l Muniandy & Ors [2018] MLJU 374, Mahkamah menyatakan menyatakan seperti berikut: “[19] In Magendran Mohan v P.P [2011] 1 CLJ 805, the prosecution’s case was based entirely on circumstantial evidence. One of the witness was the deceased’s sister (PW5). PW5 testified that the deceased and the accused (who were lovers) came back to the house and subsequently the couple had a quarrel when the accused uttered words: “Saya akan ajar awak di sana”. PW5 admitted that she hated the accused. The Federal Court held - “It is clear to us that from her testimony she was an interested witness with a grudge against the appellant and had purpose of her own to serve. In our judgment her evidence must be treated with caution and requires corroboration…”. [20] The Indian Supreme Court in Raju @ Balachandran and Ors v State of Tamil Nadu AIR 2013 SC 983 broadly identified four categories of witnesses as follows: “33. For the time being, we are concerned with four categories of witnesses - a third party disinterested and unrelated witness (such as a bystander or passer-by); a third party interested witness (such as a trap witness); a related and therefore an interested witness (such as the wife of the victim) having an interest in seeing that the accused is punished; a related and therefore an interested witness (such as the wife or brother of the victim) having an interest in seeing the accused punished and also having some enmity with the accused. But, more than the categorization of a witness, the issue really is one of appreciation of the evidence of a witness. A court should examine the evidence of a related and interested witness having an interest in seeing the accused punished and also having some enmity with the accused with greater care and caution than the evidence of a third party disinterested and unrelated witness. This is all that is expected and required.”. [38] Mahkamah Rayuan dalam kes Dorai Pandian a/l Munian v Public Prosecutor [2009] 4 MLJ 525 menyatakan bahawa: “[61] Learned counsel for the first accused also complained that the learned trial judge had failed to consider the possibility of PW10’s evidence being tainted because Ah Leong was her boyfriend and Ah Soon was her friend. We do not think there is any merit in that complaint. In our view, even if the fact that Ah Leong and Ah Soon were her boyfriend and friend respectively had made PW10 an interested witness, there is no legal presumption that her evidence should not be believed, unless there are cogent reasons to disbelieve her in the light of the evidence to the contrary and the surrounding circumstances (see Balasingam v Public Prosecutor [1959] MLJ 193). We find that in considering the evidence of PW10, the learned trial judge was fully alive to the fact that Ah Leong was her boyfriend and Ah Soon was her friend. This is clear from his judgment (see pp 8–9 of the appeal record vol I).” [39] Sebagaimana Mahkamah ini telah mengulas dengan panjang lebar bersabit isu yang sama dalam kes Pendakwaan (supra), Mahkamah ini tidak berhasrat untuk mengulangi alasan yang sama kerana dapatan yang sama adalah terpakai bagi kes pihak Pembelaan. Terbitan daripada itu, Mahkamah ini, dengan membuat perbandingan dengan naratif kes Pendakwaan, mendapati bahawa terdapat dua (2) versi penceritaan yang berbeza berkenaan apa yang berlaku. Namun, apa yang menjadi persoalan ialah sama ada pihak Pembelaan melalui keterangannya berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah dalam kes pihak Pendakwaan. [40] Keterangan SD1 secara dasarnya menafikan berlakunya sebarang pukulan atau sentuhan yang menyebabkan kecederaan yang disengajakan ke atas tubuh badan SP1. Apa yang berlaku adalah pertengkaran mulut yang disusuli dengan pergelutan antara SP1 dan SD1 berpunca daripada SP1 yang bertindak mengamuk terlebih dahulu akibat ketidakpuasan hatinya yang menuduh SD1 bersikap berat sebelah. Naratif keterangan SD1 ini disokong selari dengan keterangan SD2 dan SD3 yang berada tidak jauh dari tempat kejadian berlaku. Tambahan pula, SD2 dan SD3 memerhatikan sepenuhnya kejadian yang berlaku di depan mata. Berkenaan isu bahawa kedudukan SD2 dan SD3 adalah dalam jarak yang jauh daripada kedudukan SD1 dan SP1 kerana SD1 perlu memandu kereta untuk ke rumah SD3 yang tidak memungkinkan SD2 dan SD3 untuk melihat kejadian tersebut sebagaimana yang ditimbulkan oleh pihak Pendakwaan, Mahkamah ini menerima penerangan SD3 bahawa SD1 perlu memandu kereta untuk pusing masuk ke rumah SD3 akibat ada halangan tembok dan pokok sedikit di sempadan pembahagian rumah mereka dan juga dengan tujuan untuk mengambil anak-anak SD1 di rumah SD3. Justeru, adalah jelas SD2 dan SD3 dengan jarak hanya 10 meter dengan tempat kejadian dapat melihat dengan jelas kejadian yang berlaku. [41] Mahkamah ini turut menganalisis isu kesan kecederaan di peha SP1. SD1, SD2 dan SD3 dalam keterangan mereka menyatakan bahawa kesan kecederaan tersebut adalah akibat ditanduk oleh kambing. Perkara ini telah diberitahu dan ditunjukkan sendiri oleh SP1 beberapa hari sebelum kejadian berlaku kepada SD1, SD2 dan SD3 dan juga SP1 ada menyatakan aduan dalam kumpulan WhatsApp keluarga berkenaan kesakitan akibat ditanduk kambing di bahagian kaki. Melihat kepada gambar kesan kecederaan tersebut, dirujuk silang bersekali dengan keterangan SP4 dalam kes Pendakwaan, Mahkamah ini berpandangan bahawa adalah logik dan munasabah bahawa jenis kesan kecederaan tersebut adalah kesan akibat tandukan kambing berbanding kesan akibat tendangan oleh manusia. SP4 juga dalam keterangannya ketika kes Pendakwaan, tidak dapat secara total mengesahkan bahawa kesan kecederaan tersebut akibat kecederaan yang lama atau baru atau pun disebabkan oleh tendangan. Mahkamah ini merujuk kembali keterangan SP4 ketika kes Pendakwaan, berkenaan isu ini, sebagaimana berikut: “Peguam bela: Kecederaan tersebut boleh jadi sebab kena tanduk kambing? SP4: Boleh jadi oleh apa-apa impak tumpul termasuklah tanduk kambing. Peguam bela: Kesan lebam disebabkan oleh tendang atau tumbuk, tak selari? SP4: Betul, sepak atau tendang saya rasa kemungkinan tak seteruk ni lah. Peguam bela: Kesan impak tersebut tidak munasabah untuk kena kesan objek fizikal macam tendang atau tumbuk? SP4: Setuju.” Justeru, telah timbul keraguan yang munasabah berkenaan isu ini yang mana kesan kecederaan tersebut berpunca daripada tandukan kambing dan bukanlah kesan kecederaan akibat ditendang oleh SD1. [42] Isu lokasi sebenar kejadian berlaku juga menjadi analisis dapatan Mahkamah ini. Dalam keterangan SD1, SD2 dan SD3, telah dinyatakan bahawa lokasi sebenar kejadian tersebut berlaku adalah berhampiran kerusi batu di hadapan rumah SP1 dan SD1. Lokasi kejadian ini juga dapat dilihat jelas kerana tidak jauh dengan hanya jarak 10 meter dengan lokasi SD2 dan SD3 berada pada ketika masa yang material. Mahkamah ini sedar apabila SD2 dan SD3 diasak berkali-kali oleh pihak Pendakwaan berkenaan isu ini, keterangan SD2 dan SD3 tetap utuh tanpa sebarang keraguan bahawa mereka melihat kejadian yang berlaku dengan jelas. Dalam menganalisis isu ini, Mahkamah ini mendapati bahawa berdasarkan keterangan SD2 dan SD3, telah timbul satu keraguan berkenaan isu ini dalam kes pihak Pendakwaan. Justeru, adalah menjadi prinsip undang-undang yang mantap bahawa apabila terdapat dua inferens yang berbeza, inferens yang memihak kepada Tertuduh adalah perlu diberikan pilihan. [43] Bagi isu pembelaan Tertuduh adalah pemikiran terkemudian (afterthought) atau penafian semata-mata (bare denial), Mahkamah ini telah menelusuri semula perjalanan kes Pendakwaan. Naratif pembelaan Tertuduh telah sedari awal lagi dikemukakan melalui soalan-soalan yang diajukan ketika sesi pemeriksaan balas oleh pihak Pembelaan kepada saksi-saksi Pendakwaan. Manakala, ketika kes Pembelaan, keterangan kesemua saksi Pembelaan berkaitan kejadian yang berlaku adalah mempunyai logik, bermerit dan munasabah dalam mengambil kira kesemua keadaan dan situasi. KESIMPULAN [44] Dalam mempertimbangkan semula kesemua keterangan yang dikemukakan di Mahkamah ini serta keterangan-keterangan yang telah diberikan ketika kes Pembelaan, secara penilaian maksima, adalah menjadi dapatan Mahkamah ini bahawa secara keseluruhannya, pihak Pembelaan telah berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah dalam kes pihak Pendakwaan yang mana tidak memungkinkan Mahkamah ini untuk membuat dapatan sebaliknya. [45] Pihak Pendakwaan telah gagal membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah ke atas Tertuduh. Mahkamah ini berpandangan bahawa adalah tidak selamat untuk mensabitkan Tertuduh dalam kes ini. [46] Atas dasar itu, di akhir kes pembelaan, Mahkamah ini memerintahkan Tertuduh dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan. Wang jaminan dikembalikan kepada penjamin. Bertarikh 29 Julai 2025 t.t. MOHD FAUZAN BIN MOHD SUHAIRI Majistret Mahkamah Majistret Bachok Kelantan Bagi pihak Pendakwaan : NURSYAFIQAH BINTI MOHAMAD MUHAMMAD AIMAN SYAHMI BIN YAZID Timbalan Pendakwa Raya Bagi pihak Pembelaan : DATO’ SUKRI B HJ MOHAMED SYED MUHAMMAD SYAFIQ BIN SYED ABU BAKAR CHE MOHD AZIM BIN CHE HAMAT
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.