Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN SUNGAI PETANI DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN GUAMAN SIVIL NO : KB-A52NCVC - 33 - 09 /2019 ANTARA MOHD FANDY BIN MD ROZALI … PLAINTIF DAN PACIFIC & ORIENT INSURANCE CO. BHD (NO. SYARIKAT : 12557-W) … DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN PENGENALAN [ 1 ] Pada 16/07/2011 jam lebih kurang 1.25 petang, plaintif yang menunggang motosikal no. KBK 6704 telah terlibat dalam kemalangan jalanraya dengan kereta No. WCA 840 yang dipandu oleh Salim bin Atan. Pemilik berdaftar kereta No.WCA 840 tersebut adalah Che Hanafi bin Ali. [ 2 ] Defendan adalah sebuah syarikat insuran yang didaftarkan di Malaysia dan mempunyai alamat berdaftar di 11th Floor, Wisma Bumi Raya, No.10, Jalan Raja Laut, 50350 Kaula Lumpur, Malaysia. 02/04/2025 20:44:43 KB-A52NCvC-33-09/2019 Kand. 158 [ 3 ] Pada 22/07/2014, plaintif telah menfailkan tuntutan gantirugi di Mahkamah Sesyen Sungai Petani melalui Guaman Sivil No. A53KJ-146- 07/2014 terhadap pemandu kereta no.WCA 840 iaitu Salim bin Atan dan pemilik berdaftar kereta tersebut iaitu Che Hanafi bin Ali. [ 4 ] Pada 11/02/2015, plaintif telah memperolehi penghakiman ingkar kehadiran atas kegagalan pihak insuran memasukkan kehadiran bagi pihak defendan-defendan dalam guaman sivil tersebut. [ 5 ] Plaintif mendakwa bahawa semasa kemalangan berlaku pada 16.07.2011, motokar WCA 840 adalah dilindungi insuran dengan polisi insuran No. 017011PLX000369 dari Pacific & Orient Insurance Bhd (defendan dalam kes ini). Oleh itu , defendan bertanggungan membayar kepada plaintif wang penghakiman berdasarkan penghakiman bertarikh 24/06/2015 di bawah seksyen 96(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. TUNTUTAN PLAINTIF [ 6 ] Tuntutan ini dibuat terhadap defendan bagi menuntut wang penghakiman dalam penghakiman mahkamah Guaman Sivil No. A53KJ- 146-07/2014 bertarikh 24/06/2015 bagi jumlah seperti berikut :