Content
DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM GUAMAN NO. DA-A72NCVC-12-02/2022 ANTARA MOHD FARIZ BIN MAZLAN (NO. K/P: 880525-035213) …PLAINTIF
DA-A72NCvC-12-02/2022
Magistrates Court of Malaysia28 Oct 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM GUAMAN NO. DA-A72NCVC-12-02/2022 ANTARA MOHD FARIZ BIN MAZLAN (NO. K/P: 880525-035213) …PLAINTIF
1
TENGKU HARUNARASHID BIN TENGKU ALIAS
2
TENGKU EZUIN BALQIS BIN TENGKU HARUNASRASHID (NO. K/P: 951019-03-5646) …DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN [1] Plaintif, MOHD FARIZ BIN MAZLAN NO. K/P: 880525-035213 telah memfailkan Notis Rayuan bagi merayu keseluruhan keputusan Mahkamah ini yang menolak tuntutan Plaintif dengan kos sebanyak RM1,000.00 dan Plaintif untuk membayar sejumlah RM5,000.00 kepada Defendan. A. Latar belakang kes [2] Plaintif dan pihak ARRIAZ RESOURCES (No. Pendaftaran Syarikat: SA 0412891-P) (selepasini dikenali sebagai Penjual) serta ROHIZI BIN MUHAMMAD (NO. K/P: 710707-03-5191) (selepas ini dikenali sebagai Tuan Punya) tekah memasuki Satu perjanjian Jual beli bertarikh 27.10.2018 bagi pembelian hartanah dikenali sebagai PETAK 1 atas Lot 1333, GM 3214 Mukim Pasir Pekan, Jajahan Tumpat, Negeri Kelantan Bersama sebuah rumah berkembar Semi-D satu Tingkat seluas 1200 kaki persegi (selepas ini dikenali 02/01/2025 00:13:25 DA-A72NCvC-12-02/2022 Kand. 67 S/N L1SSF/j0Cfpnbrfptdw sebagai Hartanah tersebut) dengan harga penuh RM286,000.00 (selepas ini dikenali sebagai Perjanjian tersebut). [3] Ekoran daripada Perjanjian tersebut, Plaintif telah membuat pembayaran deposit sebagaimana dikehendaki dalam Perjanjian tersebut dalam kadar 10% daripada harga Hartanah tersebut iaitu bersamaan RM28,600.00 kepada Pihak Penjual. [4] Pihak Penjual melantik Defendan Pertama menjalankan kerja-kerja pembinaan rumah di dalam hartanah tersebut. Defendan Pertama merupakan seorang yang bankrap melalui satu Perintah Penerimaan dan Penghukuman bertarikh 09.09.2014 dan Defendan Pertama telah memperolehi kebenaran sanksi untuk meneruskan dengan tindakan ini melalui Perintah Mahkamah bertarikh 13.06.2022. [5] Defendan Pertama telah dilantik oleh penjual iaitu Arriaz Resources untuk melakukan kerja-kerja pembinaan iaitu binaan tambahan bagi membesarkan dapur rumah Plaintif iaitu dapur basah ('wet kichen') yang turut dipersetujui oleh pihak Plaintif. [6] Bagi tujuan kerja-kerja tersebut Plaintif bersetuju untuk menggunakan wang peribadi beliau untuk dibayar kepada Defendan Pertama sementara menunggu kelulusan pembiayaan daripada Bank Simpanan Nasional(BSN). [7] Plaintif telah menyakinkan Defendan Pertama bahawa pembiayaan tersebut 'gerenti lulus' dan Defendan Pertama meminta Plaintif untuk membuat bayaran kepada Defendan Pertama bagi tujuan pembinaan tersebut yang dibuat secara berperingkat sebanyak RM16,600.00 yang dimasukkan ke akaun bank milik Defendan Kedua. [8] Defendan Kedua mengakui setakat ada menerima pindahan wang ke dalam akaun milik Defendan Kedua sebanyak RM16,600.00 sahaja bagi pihak Defendan Pertama dan menjelaskan bahawa wang RM16,600.00 tersebut diserahkan kepada Defendan Pertama. Defendan Kedua tidak pernah pada bila-bila masa menggunakan wang tersebut untuk kegunaan sendiri. Defendan S/N L1SSF/j0Cfpnbrfptdw Kedua merupakan pemilik kepada akaun Maybank bernombor 153010869910 yang menjadi pertikaian di dalam tindakan ini. [9] Pada 16.01.2019, Defendan Pertama di atas arahan Plaintif telah memulakan kerja-kerja renovasi dapur di rumah Plaintif dengan memecahkan dinding dapur asal bagi membuat binaan tambahan 'wet kitchen', menaikkan 'beam', dan membina struktur tapak dapur. Defendan Pertama juga telah membina sebuah telaga di bahagian belakang dapur tersebut dengan meletakkan 'kerek' telaga. (Kerja-kerja pembinaan tambahan selepas ini dirujuk sebagai binaan tambahan tersebut). [10] Plaintif memaklumkan kepada Defendan Pertama untuk tidak meneruskan dengan pembinaan tersebut pada 26.09.2019 melalui aplikasi Whatsapp memandangkan urusan pembiayaan yang dipohon tidak diluluskan oleh pihak BSN. [11] Plaintif telah meminta Defendan Pertama untuk memulangkan Kembali wang sebanyak RM16,600.00 yang telah diberikan kepada Defendan Pertama sebelum ini memandangkan pembiayaan tersebut tidak diluluskan dan enggan untuk meneruskan dengan kerja-kerja pembinaan atas alasan tidak mempunyai wang untuk berbuat demikian. [12] Plaintif telah secara berterusan mengganggu dan mengugut Defendan Pertama untuk membayar kembali wang sebanyak RM16,600.00 melalui applikasi Whatsapp bertarikh 25.06.2020. Plaintif telah mengugut untuk memviralkan Defendan Pertama dan syarikatnya. [13] Kerana merasa tertekan dengan ugutan Plaintif tersebut, Defendan Pertama telah menandatangani Surat Akuan yang bertarikh 27.06.2020. Surat Akuan Janji Bayaran Balik Deposit bertarikh 27.06.2020. [14] Gangguan ini berterusan sehinggalah pada 10.09.2020, Plaintif telah menghantar ugutan melalui gambar-gambar ngeri mangsa tetak dengan menyatakan "kis pitis ni bnykkae jd gini, standby deh...brani buat kna brani S/N L1SSF/j0Cfpnbrfptdw tnggung..." yang bermaksud 'sebab duit ni kebanyakkan jadi macam ni, standby ya, berani buat kena berani tanggung...' [14] Plaintif telah menghantar ugutan jenayah kepada Defendan Pertama melalui aplikasi Whatsapp pada 25.10.2020 dengan mengancam untuk membakar rumah Defendan Pertama. [15] Disebabkan merasa terancam dengan ugutan Plaintif tersebut, Defendan Pertama kemudiannya telah membuat bayaran sebanyak RM3,000.00 pada 23.11.2020 melalui Tetuan Azira Zainah Zainal & Associates yang dibayar kepada Peguamcara Plaintif pada masa tersebut iaitu Tetuan Mohd Ilias & Co. [16] Plaintif melalui Peguamcaranya Tetuan Abqary Aziz & Co. telah menghantar Notis Tuntutan bertarikh 6.10.2021 menuntut Defendan-Defendan untuk membayar baki keseluruhan tuntutan sebanyak RM16, 600.00 (Ringgit Malaysia: Enam Belas Ribu Enam Ratus) dan gantirugi teladan sebanyak RM 10,000.00 (Ringgit Malaysia: Sepuluh Ribu) sahaja setakat tarikh 06.10.2021 kepada Plaintif. [17] Walaubagaimanapun, Plaintif secara berterusan masih lagi mengugut dan mengancam Defendan Pertama secara salah dengan niat untuk menakut-nakutkan melalui aplikasi Whatsapp melalui kata-kata dan juga mesej bergambar ngeri pada 23.11.2020, 24.11.2020, 26.11.2020, 13.02.2021, dan 16.02.2021. [18] Setakat 06.10.2021 Plaintif telah menerima pembayaran semula sejumlah RM28,600.00 dari Defendan Pertama. [19] Plaintif pada 03.02.2022 telah memfailkan Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan untuk menuntut jumlah berjumlah RM16,000.00, gantirugi am, gantirugi teladan bejumlah RM10,000.00, gantirugi punitif sebanyak RM10,000.00 beserta faedah sebanyak 5% setahun bagi jumlah Penghakiman sehingga penyelesaian penuh. S/N L1SSF/j0Cfpnbrfptdw [19] Defendan Pertama telah pada 27/07/2022 membuat satu laporan polis berkaitan dengan ugutan jenayah tersebut di Balai Polis Wakaf Bharu melalui nombor report Wakaf Bharu/001144/22. B. Isu [20] Terdapat (4) isu utama yang akan dibincangkan iaitu:
a
Samada Defendan Pertama telah memungkiri Surat Akuan Janji Bayaran Balik Deposit bertarikh 27.06.2020?
b
Samada Plaintif berhak kepada tuntutan RM16,600.00, gantirugi teladan, dan gantirugi-gantirugi lain yang dituntut oleh Plaintif?
c
Samada Defendan Kedua bertanggungan secara bersama dengan Defendan Pertama dalam memulangkan semula wang Plaintif sebanyak RM16,600.00 tersebut dan gantirugi-gantirugi lain yang dituntut?
d
Samada Defendan Pertama berhak ke atas bayaran bagi kerja-kerja pembinaan yang telah dilakukan atas arahan Plaintif sebanyak RM16,600.00? C. Undang-undang [20] Mahkamah merujuk pihak-pihak kepada Maxim Inggeris yang menjadi perundangan di negara kita. “He who comes into equity must come with clean hands” [21] Mahkamah juga merujuk pihak-pihak kepada asas suatu kontrak sah yang mana efeknya mengikat kedua-dua pihak untuk mematuhi segala terma-terma yang diperincikan di dalam suatu kontrak. S/N L1SSF/j0Cfpnbrfptdw Seksyen 10 Akta Kontrak 1950 menyatakan: What agreements are contracts
10
(1) All agreements are contracts if they are made by the free consent of parties competent to contract, for a lawful consideration and with a lawful object, and are not hereby expressly declared to be void.
2
Nothing herein contained shall affect any law by which any contract is required to be made in writing or in the presence of witnesses, or any law relating to the registration of documents.
a
Isu Pertama : Samada Defendan Pertama telah memungkiri Surat Akuan Janji Bayaran Balik Deposit bertarikh 27.06.2020? [22] Plaintif dan Defendan Pertama telah memasuki suatu perjanjian secara lisan untuk membina dan menyiapkan binaan tambahan tersebut bagi kediaman yang akan dimilikinya dimana status kelulusan pinjaman bank belum disahkan namun di ‘gerenti lulus’ oleh pihak Plaintif. [23] Setelah pihak Defendan Pertama telah menjalankan kerja-kerja binaan tambahan tersebut, Plaintif mendapati pinjaman perumahannya tidak diluluskan oleh BSN dan serta merta menyuruh Defendan Pertama menghentikan kerja-kerja binaan tambahan tersebut dan memulangkan semula sejumlah RM16,000.00 yang telah diberikannya kepada Defendan pertama hasil dari wang poket Plaintif sendiri. [24] Perlu dibawa ke perhatian bahawa Defendan pada tahap ini telahpun memulakan kerja-kerja binaan tamabahan tersebut dengan bahan-bahan binaan dan upah pekerja-pekerja yang telah dikeluarkan. S/N L1SSF/j0Cfpnbrfptdw [25] Plaintif mula mengugut Defendan Pertama untuk memulangkan wangnya tersebut. Di sini Mahkamah melihat bahawa Plaintif tidak datang dengan tangan yang bersih untuk menuntut kepada Defendan Pertama. [26] Defendan Pertama setelah menerima banyak ugutan melalui Whatsapp telah bersetuju untuk menandatangani suatu Surat Akuan dimana terma akuan tersebut adalah untuk memulangkan wang yang diminta oleh Plaintif tersebut. Mahkamah melihat bahawa Surat Akuan tersebut dibuat tanpa kerelaan hati oleh Defendan Pertama namun atas dasar terpaksa untuk menandatangani. [27] Pihak Plaintif berhujah panjang kononnya Defendan Pertama sewaktu pemeriksaan dibuat sewaktu bicara menunjukkan kerelaan hati menandatangani Akuan tersebut namun gagal melihat gambaran besarnya bahawa Defendan Pertama menuruti arahan Plaintif kerana bimbang keselamatan dirinya dan juga keluarga. [28] Maka dengan tiada unsur ‘free consent’ pada kewujudan Surat Akuan tersebut, Mahkamah mendapati Surat Akuan tersebut yang ditandatangani adalah suatu perjanjian yang tidak sah dan bukanlah kontrak yang boleh dikuatkuasakan. [29] Justeru, Defendan tidak memungkiri Surat Akuan Janji Bayaran Balik Deposit bertarikh 27.06.2020 tersebut kerana ianya bukanlah suatu perjanjian yang sah.
b
Isu Kedua: Samada Plaintif berhak kepada tuntutan RM16,600.00, gantirugi teladan, dan gantirugi-gantirugi lain yang dituntut oleh Plaintif? [30] Melihat kepada pegangan Mahkamah pada isu pertama, Plaintif tidak berhak kepada sebarang tuntutan malahan gantirugi teladan atau pun apa-apa gantirugi yang lain kerana sikap Plaintif yang menunjukkan budaya menggunakan kekerasan dan ugutan dalam pada menuntut bayaran balik deposit yang sememang tidak wajar dituntut memandangkan kerja-kerja pembinaan tambahan telah dibuat. S/N L1SSF/j0Cfpnbrfptdw [31] Sekiranya Mahkamah membenarkan tuntutan Plaintif, Mahkamah akan menghantar suatu mesej dan signal yang buruk kepada Masyarakat di luar sana bahawa tuntutan secara kekerasan dan bersifat ugutan boleh dibenarkan oleh Mahkamah. [32] Seksyen 66 Akta Kontrak 1950 menyatakan: Obligation of person who has received advantage under void agreement, or contract that becomes void
66
When an agreement is discovered to be void, or when a contract becomes void, any person who has received any advantage under the agreement or contract is bound to restore it, or to make compensation for it, to the person from whom he received it. [33] Memandangkan Surat Akuan tersebut adalah tidak sah, maka sewajarnya Plaintiflah yang sepatutnya membayar kepada Defendan Pertama atas segala kerja-kerja yang telah dijalankan ke atas kediaman tersebut yang diyakini sendiri oleh Plaintif bahawa pinjamannya akan diluluskan.
c
Isu Ketiga: Samada Defendan Kedua bertanggungan secara bersama dengan Defendan Pertama dalam memulangkan semula wang Plaintif sebanyak RM16,600.00 tersebut dan gantirugi-gantirugi lain yang dituntut? [34] Bagi mengupas isu ini dimana keterlibatan Defendan Kedua di dalam kes ini, huraian alasan di isu pertama dan kedua telah memadai untuk menunjukkan bahawa Defendan-Defendan tiada tanggungjawab untuk memulangkan wang yang dituntut oleh Plaintif. S/N L1SSF/j0Cfpnbrfptdw [35] Keterlibatan Defendan Kedua hanyalah sebagai pemilik akaun yang mana segala wang transaksi perniagaan Defendan Pertama iaitu bapanya digunakan memandangkan Defendan Pertama telah diisytiharkan bankrap. Seksyen 38 (1)(d) Akta Insolvensi 1967 menyatakan:
d
the bankrupt shall not, except with the previous permission of the Director General of Insolvency or of the court, enter into or carry on any business either alone or in partnership, or become a director of any company or otherwise directly or indirectly take part in the management of any company; [36] Tindakan Plaintif yang mana teah memasuki perjanjian lisan untuk pembinaan tambahan dengan Defendan Pertama juga adalah tidak sah kerana Defendan Pertama merupakan seorang yang bankrap dan tidak boleh menjalankan sebarang bentuk perniagaan tanpa kebenaran Ketua Pengarah Insolvensi. [37] Mahkamah telah berhati-hati dan dengan kesedaran yang nyata bahawa transaksi perniagaan antara Plaintif dan Defendan Pertama adalah tidak sah namun Tindakan Plaintif menuntut dengan kekerasan dan ugutan terhadap Defendan Pertama setelah kerja-kerja pembinaan tambahan dijalankan akan mengakibatkan Defendan Pertama menanggung lebih banyak kerugian.
d
Isu Keempat: Samada Defendan Pertama berhak ke atas bayaran bagi kerja-kerja pembinaan yang telah dilakukan atas arahan Plaintif sebanyak RM16,600.00? [38] Mahkamah menyatakan bahawa Defendan Pertama berhak ke atas bayaran bagi kerja-kerja pembinaan yang telah dilakukan atas arahan Plaintif. Kos-kos telah dikeluarkan oleh Defendan Pertama untuk membeli bahan binaan, upah pekerja dan segala perkara berkaitan binaan tambahan tersebut. S/N L1SSF/j0Cfpnbrfptdw [39] Berpaksikan Seksyen 66 Akta Kontrak 1950, segala apa yang telah dikeluarkan pada melaksanakan kontrak yang terbatal wajar dikembalikan oleh pihak yang telah menerima manfaat atas kontrak yang terbatal tersebut. D. Keputusan Mahkamah [40] Setelah merujuk kepada keseluruhan kertas kausa, keterangan saksi-saksi sewaktu perbicaraan dan hujahan-hujahan yang difailkan selepas bicara penuh, Mahkamah dengan ini menolak tuntutan Plaintif dengan kos RM1000.00 dan sejumlah RM5000.00 dibayar oleh Plaintif kepada Defendan. Disediakan oleh: Amin Rashidi Bin Ramli Majistret, Mahkamah Majistret Sivil 1, Kompleks Mahkamah Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.