(ii) ask yourself the question: If I now call upon the accused to make his defence and he elects to remain silent am I prepared to convict him on the evidence now before me? If the answer to that question is "Yes", then a prima facie case has been made out and the defence should be called. If the answer is "No" then, a prima facie case has not been made out and the accused should be acquitted.” 14) Bagi elemen pertama, pihak pendakwaan telah membuktikan bahawa air kencing dalam botol urin adalah milik OKT melalui keterangan SP5 dan SP6 sebagaimana diterangkan dalam fakta kes pendakwaan di perenggan 5 di atas. SP5 telah mengesahkan OKT yang memilih sendiri botol P4 yang baru dan belum dibuka dan diganggu, dan sepanjang pengambilan urin oleh OKT sendiri telah disaksikan oleh SP5. 15) Walaupun, pihak pembelaan telah mencadangkan kepada SP5 bahawa pada hari kejadian, OKT telah memberikan air kencingnya sebanyak 2 kali namun SP5 telah menafikan cadangan tersebut dan mengesahkan bahawa hanya satu ujian air kencing dibuat terhadap OKT. Pihak pembelaan turut mencadangkan bahawa OKT telah maklumkan fakta ini kepada SP6 sebagai pengawai penyiasat namun SP6 tidak bersetuju dan menyatakan dia hanya bergantung pada hasil ujian saringan SP5. 16) SP5 juga mengesahkan bahawa dia telah melabel dan meletakkan seal botol P4 tersebut sebelum bertolak ke berek kediaman OKT untuk membuat pemeriksaan rumah dan sepanjang pemeriksaan, SP5 menyatakan botol urin tersebut adalah dibawa bersamanya. Pihak pembelaan telah mencadangkan bahawa SP5 telah meninggalkan botol tersebut di bilik OCS dan tidak membawanya ke berek kediaman OKT, namun cadangan tersebut tidak dipersetujui oleh SP5. 17) Selain itu, pihak pembelaan juga mencadangkan kepada SP6 bahawa adalah tidak munasabah bagi alat meterai narkotik PDRM yang berada di IPD Tangkak dibawa ke Balai Polis Bukit Gambir pada hari kejadian untuk SP5 meletakkan seal ke atas botol P4, SP6 tidak bersetuju dan menyatakan bahawa semasa dia menerima sample botol P4 daripada SP5, botol tersebut telahpun diseal dengan kemas. Keterangan SP6 tersebut telah mengesahkan semasa dia menerima botol P4, botol, label dan seal dalam keadaan baik dan tiada kesan kacau ganggu 18) Berdasarkan penilaian Mahkamah, Mahkamah mendapati rantaian pengendalian botol urin P4 adalah tidak terputus maka elemen pertama telah dibuktikan. Bagi elemen kedua, Mahkamah mendapati aggapan di bawah S.37(k) Akta Dadah Berbahaya 1952 adalah terpakai di mana ujian yang dijalankan ke atas OKT adalah mematuhi peruntukan S.31A Akta Dadah Berbahaya 1952. 19) SP2 yang menyediakan laporan patologi P6 telah mengesahkan hasil analisa botol urin P4, urin tersebut adalah positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine yang tersenarai di bawah Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952. 20) Pihak Pembelaan telah membangkitkan isu bahawa sample urine OKT telah dicemari apabila SP5 membuat ujian saringan awal dengan mencelup 5 batang test strip iaitu ID17, namun SP2 telah mengesahkan bahawa celupan test strip tersebut tidak akan mencemarkan sampel urin OKT. Tambahan pula, proses ujian saringan tersebut adalah disaksikan oleh OKT sebagaimana keterangan SP5 dan tiada bahan lain selain daripada ID17 dimasukkan ke dalam botol P4 sebelum ianya ditutup dan disealkan. 21) Berkenaan dengan dua jenis dadah yang dikesan dalam satu sampel urine, SP2 menjelaskan bahawa Amphetamine dan Methamphetamine merupakan dadah yang berada di dalam kumpulan dadah yang sama dan apabila seseorang itu mengambil dadah jenis Methamphetamine, tindak balas metabolism boleh mengakibatkan kedua-dua jenis dadah tersebut dikesan dalam sampel urin yang sama. Walaupun ketika ujian saringan awal dilakukan oleh SP5, urine OKT adalah positif satu jenis dadah iaitu METH sebaliknya ujian yang telah dijalankan oleh SP2 dan mendapati sample tersebut mengandungi dua jenis dadah berbahaya iaitu jenis Amphetamine dan Methamphetamine, keadaan ini telah dijelaskan oleh SP2 seperti di atas dan Mahkamah ini menerima penjelasan yang diberikan oleh SP2. 22) Secara keseluruhannya, Mahkamah mendapati tiada percanggahan material pada keterangan saksi-saksi pendakwan dan rantaian pembuktian keterangan juga tidak terputus oleh kes pendakwaan. Berpandukan kesemua keterangan saksi Pendakwaan dan setelah menilai keterangan tersebut secara maxima serta kredibiliti semua saksi Pendakwaan, Mahkamah berpendapat bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan satu kes Prima Facie terhadap OKT seperti dalam pertuduhan. Oleh itu, OKT dipanggil untuk membela diri dan Mahkamah telah memaklumkan pilihan pembelaan kepada OKT dan OKT telah memilih untuk memberikan keterangan bersumpah. FAKTA KES PEMBELAAN 23) Pada peringkat Pembelaan, OKT telah memilih untuk memberi keterangan bersumpah. Beban pembuktian bagi Pembelaan adalah menimbulkan keraguan yang munasabah. Saksi-saksi pembelaan adalah seperti berikut: SD1 OKT SD2 Nor Malia Binti Saliman (Isteri OKT) SD3 Aminuddin Bin Murayadi (OKT yang ditahan di tempat tangkapan) 24) Pihak Pembelaan juga telah mengemukakan dokumen-dokumen berikut yang telah diterima oleh Mahkamah dan dijadikan sebagai eksibit Pembelaan: D11 Salinan Akta Dadah Berbahaya 1952 D12 Salinan Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Bil 1/2021 IDD20 Salinan gambar Pipette IDD23 3 keping gambar tempat tangkapan 25) Secara ringkasnya, pembelaan OKT adalah berfokus pada ketidakpatuhan prosedur pengambilan sampel urin yang mana antara lain mengenai isu OKT diberi minuman sebelum air kencing OKT diambil dan saringan dilakukan, OKT diambil sampel urin sebanyak 2 kali dan terdapat dua kali saringan air kencing pada 2 sampel urin berbeza dan OKT tidak melihat proses saringan bagi saringan kali kedua iaitu sampel urin yang menjadi asas pertuduhan kes ini serta terputusnya rantaian pengendalian botol urin P4 kerana tidak dibawa oleh SP5 sewaktu pemeriksaan di berek rumah OKT. Namun, OKT tidak menafikan bahawa dia telah memberikan sampel air kencingnya ke dalam botol urin P4 dimana laporan P6 adalah mengenai sampel urine P4. 26) OKT juga memberi keterangan bahawa SD3 yang berada di luar bilik OCS telah menyaksikan air kencing OKT diambil sebanyak dua kali namun keterangan SD3 hanya mengesahkan bahawa OKT telah keluar dari bilik OCS sebanyak 2 kali dan menuju ke arah dipercayai ke arah bilik air balai polis Bukit Gambir sebanyak 2 kali. SD3 tidak menyaksikan proses pengambilan air kencing OKT dan juga tidak menyaksikan proses saringan dalam bilik OCS. 27) SD2 yang merupakan isteri OKT telah memberi keterangan bahawa pada hari kejadian, sewaktu SP5 dan beberapa orang polis datang ke rumah membuat pemeriksaan, SP5 hanya memegang handphone dan tidak memegang botol urin. Kebanyakan keterangan yang diberikan oleh saksi-saksi pembelaan telahpun dicadangkan kepada saksi-saksi pendakwaan semasa kes pendakwaan dan ia tidak bersifat pemikiran terkemudian. ANALISA MAHKAMAH TERHADAP PEMBELAAN OKT 28) Mahkamah Persekutuan dalam kes Alcontara A/L Ambross Anthony v Public Prosecutor [1996] 1 MLJ 209 di mana Edgar Joseph JR FCJ memutuskan, antara lain: “Speaking generally, in a criminal trial, the whole point and purpose of the defence having to put its case to such of the prosecution witnesses as might be in a position to admit or deny it, is to enable the prosecution to check on whether an accused's version of the facts is true or false, and thus avoid the adverse comment, that the defence is a recent invention — in other words, 'kept up its sleeve', as it were — and revealed for the first time when the accused makes his defence from the witness box or the dock, thus detracting from the weight to be accorded to the defence. However, failure on the part of the defence to put its case, as aforesaid, can never, by itself, relieve the prosecution of its duty of establishing the charge against the accused beyond any reasonable doubt.” 29) Dalam kes ini, pihak Pembelaan telah memberikan notis Alcontara kepada pihak pendakwaan semasa pemeriksaan balas SP5 pada 10 September 2024 bagi beberapa perkara seperti berikut: i) kewujudan SD3 yang berada di Balai Polis Bukit Gambir sepanjang proses saringan air kencing kali pertama dan kedua; ii) butir-butir eskot yang mengiringi OKT untuk ambil air kencing semasa saringan air kencing pertama iaitu koperal Mat Yaki dan Koperal Nurhisham; iii) kewujudan SD2 yang melihat SP5 hanya memegang telefon bimbit dan tiada sebarang botol urin di tangan SP5 semasa pemeriksaan di berek rumah OKT. 30) Apabila notis alcontara telah diberikan, beban terletak pada pihak pendakwaan untuk membawa keterangan “rebuttal” dengan mengarahkan SP6 menyiasat lanjut dan mengambil keterangan saksi terutamanya Koperal Mat Yaki, Koperal Nurhisham dan SD3 untuk mengetahui perkara sebenar. Namun demikian, tiada sebarang keterangan dikemukakan untuk menyangkal versi pembelaan tersebut ataupun arahan lanjut diberikan kepada SP6 untuk membuat siasatan lanjut. Sebaliknya pihak pendakwaan bergantung sepenuhnya pada keterangan SP5 dan SP6 yang tidak konsisten. 31) Semasa perbicaraan, SP6 bersetuju bahawa terdapat 6 orang saksi dalam kes ini iaitu SP5 bersama 4 orang anggota serbuan dan SD3. Pada mulanya SP6 menyatakan dia hanya mengambil rakaman percakapan SP5 iaitu Ketua Bahagiannya. Namun, keterangan selanjutnya dia menyatakan bahawa dia tidak mengambil rakaman 4 orang yang lain. Selepas itu, SP6 pula menyatakan bahawa dia ada mengambil rakaman ASP Lim dan anggota lain yang mengikut SP5. SP6 tak ingat tarikh dan masa rakaman percakapan. Setelah dicadangkan untuk merujuk pada Diari Siasatan, SP6 memutuskan untuk tidak rujuk ID. SP6 sebagai Pegawai Penyiasat telah memberi keterangan yang tidak konsisten dan juga tidak membawa Diari Siasatan ke Mahkamah untuk memberi keterangan. 32) Mahkamah mendapati siasatan SP6 adalah berat sebelah dan tidak mematuhi prinsip utama Perkara 5(1) Perlembagaan Persekutuan. Mahkamah mendapati siasatan SP6 adalah tidak adil dari segi procedure and substance, berat sebelah, tidak menyeluruh dan bergantung sebulat-bulat pada laporan polis 2894/23 SP5 dan tidak siasat berkenaan versi OKT. 33) Semasa perbicaraan, SP6 tidak bersetuju dengan banyak cadangan pembelaan bahawa OKT telah maklumkan pada dia bahawa prosedur ambil urine tidak adil dan betul, dia diambil 2 kali ujian, cadangan bahawa SP6 boleh sahkan dengan dua anggota yang mengikuti SP5, tetapi jawapan SP6 semuanya ialah tidak setuju atau tidak dimaklumkan. 34) Apabila kes pembelaan dipanggil, OKT telah memberi keterangan dan cadangan tersebut telah dicrystalize menjadi keterangan dan keterangan tersebut hendaklah dipertimbangkan kerana telah dijadikan keterangan dan bukan sekadar cadangan. Adalah menjadi beban pada pihak pendakwaan untuk mengemukakan keterangan “rebuttal” dengan memanggil 2 anggota yang turut mengiring OKT dan memberi keterangan bahawa mereka tidak mengeskot OKT pada kali pertama untuk ambil sample urine. 35) Mahkamah merujuk pada kes PP v Chia Leong Foo [2000] 6 MLJ 705, pada mukasurat 730, YA Augustine Paul menyatakan seperti berikut: “Thus where the prosecution has made out a prima facie case and the accused, in his defence, offers an explanantion, the burden of proof to establish the offence beyond reasonable doubt is still on the prosecution and if, upon a review of the evidence on both sides, there is a reasonable doubt, the accused must be acquitted, This may aris if, on the facts of this case, the matters suggested to PW4 and PW6 in their cross-examnination have been crystallized into evidence by the defence in its case. In order to ensure that its case has been proved beyond reasonable doubt at the end of the defence case the prosecution must negative the defences raised.” 36) Versi OKT bahawa botol urin tidak dibawa oleh SP5 semasa pemeriksaan di rumah OKT telahpun disokong oleh SD2. Keterangan tersebut telah menimbulkan satu keraguan berkenaan dengan putusnya rantaian barang kes botol urine tersebut sehingga timbulnya keraguan mengenai identiti ekshbit. 37) Dalam isu ini, pihak pendakwaan mempunyai beban untuk membukti kes melampaui keraguan dan cara pendakwaan untuk membuktikan kes melampaui keraguan adalah perlu memanggil saksi lain seperti pegawai JIBS ASP Lim untuk memberi keterangan bagi menutup kelompangan jurang atau menyangkal versi pembelaan. Sekadar saksi ditawarkan kepada pembelaan, tidak menyempurnakan beban pendakwaan dalam pembuktian kes melampaui keraguan. 38) Saksi pembelaan SD3 telah memberi keterangan bersumpah berkenaan dengan apa yang dia nampak di ruang legar balai polis Bukit Gambir di mana dia menyaksikan OKT telah dieskot sebanyak 2 kali dipercayai ke tandas untuk mengambil ujian air kencing. 39) Sememangnya SD3 tidak dapat menunjukkan dengan jelas di manakah bilik pertama OKT ditahan di balai polis Bukit Gambir kerana gambar-gambar yang dikemukakan oleh SP6 adalah terhad dan gagal membantu Mahkamah, pihak-pihak dan saksi. Ini sekali menunjukkan betapa longgar dan berat sebelah siasatan SP6 dalam kes ini. 40) Adalah menjadi fakta yang tidak dipertikaikan dalam kes ini bahawa SD3 telah ditangkap bersama-sama dengan OKT di rumah SD3. Namun, tiada penjelasan diberikan oleh pihak pendakwaan kenapa layanan adalah berbeza terhadap dua orang OKT yang ditangkap pada tempat yang sama. Ujian saringan OKT dilakukan di balai polis Bukit Gambir yang tiada fasiliti ujian manakala ujian air kencing SD3 telah dibuat di Balai Polis Tangkak. 41) Mahkamah mendapati kedua-dua SD2 dan SD3 walaupun merupakan saksi berkepentingan mengambilkira hubungan mereka dengan OKT, namun, keterangan mereka yang diberikan secara bersumpah adalah tegas, konsisten dan tidak tergugat dengan pemeriksaan balas oleh pihak pendakwaan. Tiada “congent evidence” ditunjukkan oleh pihak pendakwaan kenapa keterangan mereka tidak harus dipercayai, maka keterangan SD2 dan SD3 harus dipertimbangkan. 42) Berkenaan dengan pembelaan OKT bahawa dia telah diberi air minuman, adalah menjadi kes pendakwaan bahawa OKT di bawah kawalan sepenuhnya oleh SP4 sebelum diserahkan kepada SP5. Namun semasa pemeriksaan balas oleh peguambela, SP4 tidak pasti sama ada OKT telah diberi minuman air dalam cawan sepanjang menunggu SP5 selama 2 jam. OKT telah memberi cadangan semasa kes pendakwaan dan telahpun memberi keterangan secara bersumpah dan ini bukan pembelaan terkemudian dan harus dipertimbangkan. Namun, pihak pendakwaan semasa kes pembelaan tidak menafikan atau mencadangkan bahawa tiada air diberikan kepada OKT. KESIMPULAN 43) Pada peringkat pembelaan, OKT dan kedua-dua saksi yang lain telah memberi satu keterangan bersumpah yang mempunyai nilai probative yang tinggi. Mahkamah ini berpeluang melihat karakter dan demeanour saksi-saksi pembelaan ketika memberi keterangan dan mendapati mereka merupakan saksi yang berkredibel melalui keterangan mereka sepanjang pemeriksaan utama, pemeriksaan balas dan pemeriksaan semula oleh Peguambela dan Timbalan Pendakwaraya. 44) Mahkamah Persekutuan dalam kes PP v Mohd Radzi Abu Bakar [2006]1CLJ457 menyatakan: “For the guidance of the courts below, we summarise as follows the steps that should be taken by a trial court at the close of prosecution’s case:-