Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET TANGKAK DALAM NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM PERMOHONAN JENAYAH NO. KES JE-89-87-11/2025 ANTARA MOHD FARKHAN SHAH BIN JAAFAR SHAH … PEMOHON LAWAN PENDAKWARAYA …RESPONDEN ALASAN PENGHAKIMAN PENGENALAN 1) Pemohon telah memfailkan notis permohonan untuk mengecualikan diri saya daripada mendengar kes bernombor JE- 82D-9-10/2024. S/N 8jGmwkvt0k2diSWijSbCPw FAKTA DAN LATAR BELAKANG KES 2) Bagi kes JE-82D-9-10/2024, Pemohon yang merupakan seorang anggota polis telah dituduh di bawah S.12(2)Akta Dadah Berbahaya 1952. Setakat pemfailan permohonan ini, kes tersebut telahpun dibicarakan dengan dua orang saksi pendakwaan. 3) Antara alasan permohonan adalah bahawa saya telah mendengar tiga kes yang melibatkan OKT yang sama iaitu JE-82D-4-11/2023, JE-82D-4-04/2024 dan JE-82D-7-10/2024 sejak November 2023 dan saksi-saksi polis dari IPD Tangkak yang telah memberi keterangan dalam ketiga-tiga kes tersebut kebanyakannya adalah sama atau memainkan peranan berlainan dalam kes JE-82D-9- 10/2024. 4) Bagi ketiga-tiga kes tersebut, OKT telah dituduh di bawah S.15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang melibatkan masa dan tempat kejadian berbeza. Bagi kes pertama, OKT telah dilepaskan dan dibebaskan di akhir kes pembelaan, bagi kes kedua dan ketiga, OKT telah didapati bersalah dan disabitkan. Ketiga-tiga kes tersebut kini berada di peringkat rayuan Mahkamah Tinggi. DAPATAN MAHKAMAH 5) Adalah menjadi undang-undang yang mantap, ujian yang harus digunapakai bagi permohonan mengecualikan seseorang hakim S/N 8jGmwkvt0k2diSWijSbCPw adalah wujudnya bahaya berat sebelah sebenar (real danger of bias test) sebagaimana diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes PP v Tengku Adnan bin Tengku Mansor [2020]9CLJ30. 6) Berlandaskan keputusan Mahkamah Persekutuan dan alasan-alasan yang dinyatakan oleh Pemohon, isu yang perlu diputuskan adalah sama ada terdapat real danger of bias ataupun kepentingan peribadi dan kewangan di pihak saya jika saya terus mendengar kes JE-82D-9-10/2024? 7) Walaupun saya telah mengendalikan tiga kes yang melibatkan OKT yang sama dalam masa setahun yang lalu, namun ketiga-tiga kes tersebut telah diputuskan berdasarkan keterangan yang berbeza bagi setiap 3 kes tersebut. Keputusan ketiga-tiga kes tersebut yang mana walaupun berada di peringkat rayuan di Mahkamah Tinggi langsung tidak akan mempengaruhi saya untuk mendengar bicara kes ini. 8) Pemohon mendakwa bahawa saya mempunyai hubungan atau beramah mesra dengan pegawai di Bahagian Siasatan Narkotik IPD Tangkak apabila telah terlibat di dalam aktiviti bersukan/bersenam. Dakwaan Pemohon tersebut adalah tidak bermerit, tanpa disokong sebarang bukti dan bersifat tomahan. Semakan pada senarai saksi pendakwaan yang disapinakan, tiada seorang pun saksi tersebut adalah mempunyai hubungan S/N 8jGmwkvt0k2diSWijSbCPw peribadi atau terlibat dalam sebarang aktiviti sukan atau senaman dengan saya. 9) Selanjutnya, tindakan pemohon yang hanya memfailkan permohonan ini setelah dua orang saksi pendakwaan memberi keterangan adalah bersifat melengah-lengahkan masa prosiding kerana Mahkamah terpaksa melupuskan permohonan ini terlebih dahulu tanpa meneruskan sambung bicara. 10) Selain itu, adalah menjadi pengetahuan umum, Mahkamah Majistret Tangkak hanya mempunyai seorang Majistret yang bertugas. Sekiranya permohonan ini dibenarkan hanya berlandaskan tanggapan dan spekulasi Pemohon bahawa pegawai yang sama telah mendengar 3 kes Pemohon yang lain dan mungkin wujud berat sebelah, ianya akan menyebabkan suatu “floodgate” dan timbunan kepada permohonan yang serupa dengan hanya menggunakan alasan bahawa Majistret yang sama telah mengadili kes-kes berlainan bagi Pemohon yang sama sedangkan kesalahan-kesalahan tersebut adalah berdasarkan fakta kes yang berlainan di hadapan Mahkamah. 11) Tidak hanya itu, ianya juga akan menyebabkan timbulnya kos tambahan yang tidak perlu memandangkan sekiranya permohonan ini dibenarkan, pegawai dari daerah berlainan akan diarahkan untuk hadir bagi mendengar dan mengadili kes terhadap Pemohon. S/N 8jGmwkvt0k2diSWijSbCPw KESIMPULAN 12) Setelah meneliti Notis Permohonan OKT dan affidavit kedua-dua pihak serta hujahan bertulis pihak responden, Mahkamah mendapati pihak pemohon gagal menunjukkan terdapat real danger of bias atau kepentingan peribadi dan kewangan di pihak saya untuk terus mendengar kes JE-82D-9- 10/2024, maka Notis Permohonan ditolak. 13) Saya akan mengendalikan bicara kes ini dengan penuh integrity dan adil berdasarkan keterangan-keterangan yang bakal dikemukakan dan tidak akan menjejaskan keyakinan orang awam terhadap sistem kehakiman negara. BERTARIKH 14 FEBRUARI 2026 LEE KIM KEAT MAJISTRET MAHKAMAH MAJISTRET TANGKAK S/N 8jGmwkvt0k2diSWijSbCPw Bagi Pihak Pemohon: Tetuan Chelva R. Suppiah & Co No.57-3. Tingkat 1, Jalan Sulaiman, 84000 Muar, Johor. … Encik Chelva Bagi Pihak Responden: Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri Johor Timbalan Pendakwaraya … Puan Amirah binti Sapian S/N 8jGmwkvt0k2diSWijSbCPw