(vi) 1 kad pengenalan Perayu. [26] SP4 telah membuat laporan polis di IPD Yan, Kedah pada 29 Mac 2018 jam 7.47 malam No. Repot Guar Chempedak/000532-533/2018 (P20) mengenai penahanan Perayu serta rampasan barang-barang kes. [27] Pada 29 Mac 2018 jam 10.05 malam, SP4 telah menyerahkan Perayu, rampasan barang-barang kes, borang senarai geledah (ekshibit P21) dan borang serah-menyerah barang kes (ekshibit P22) kepada pegawai penyiasat (SP6) untuk tindakan lanjut. [28] Barang-barang kes yang disyaki dadah cannabis dan syabu telah dihantar oleh SP6 ke Jabatan Kimia Malaysia, Alor Setar, Kedah pada 2 April 2018 untuk dianalisis oleh ahli kimia Kerajaan (SP1). S/N 67lp6diVrk2tf3eI3HY4Gw [29] Analisis telah dijalankan oleh SP1 yang telah menyediakan laporan kimia bertarikh 10 Julai 2018 (ekshibit P3) di bawah seksyen 399 Kanun Tatacara Jenayah yang mengesahkan hasil analisis yang telah dijalankan oleh SP1 ke atas barang-barang kes tersebut; [30] Dadah-dadah yang dianalisis oleh SP1 telah disahkan dadah berbahaya jenis cannabis seperti yang ditakrifkan dalam seksyen 2 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dadah jenis methamphetamine seperti yang disenaraikan dalam Jadual Pertama ADB 1952. Fakta Kes Pembelaan [31] Perayu tinggal di rumah tidak bernombor, Kampung Telok Bukit Besar, Yan, Kedah bersama emak dan ayahnya (SP5). [32] Perayu membuat kerja kampung dan mengambil upah tetapi tidak bekerja semasa ditangkap oleh pihak polis semasa kejadian. [33] Perayu belum berkahwin. [34] Pada hari kejadian, Perayu bangun dari tidur sewaktu mendengar bunyi ketukan pada pintu biliknya Perayu telah tidur sejak malam sebelum ditangkap oleh pihak polis. Perayu biasa tidur macam itu kalau hari tidak bekerja dan pada malam sebelum hari ditangkap, Perayu keluar makan dan balik ke rumah dekat sembahyang subuh. S/N 67lp6diVrk2tf3eI3HY4Gw [35] Perayu bangun dari tidur apabila terdengar ketukan kuat pada pintu bilik dan terdengar suara lelaki kata "polis, cepat buka pintu". [36] Setelah terdengar orang cakap "polis cepat buka pintu", Perayu pun bangun dari tidur dan terus membuka pintu bilik. Semasa itu pintu bilik Perayu dalam keadaan tutup tetapi tidak berkunci dari dalam. Pintu bilik ditutup rapat. Pintu bilik mempunyai selak tetapi tidak boleh dikunci kerana pemegang besi selak telah tertanggal. Pintu bilik Perayu memang susah dibuka jika tidak ditarik dengan kuat. Pintu bilik walaupun tidak dikunci dari luar namun sukar untuk sesiapa keluar dan masuk. Pintu perlu ditolak dengan kuat kerana bingkai pintu mengalami kerosakan akibat skru yang tidak masuk rapat. Apabila pintu ditutup, ianya akan tersangkut di bingkai kayu di bahagian tepi. Pintu bilik boleh dikunci dari luar dan terdapat selak beserta mangga. Kunci untuk mangga bilik tidak disimpan oleh Perayu tetapi disangkut di tiang ruang tamu rumah bagi memudahkan jika ada orang lain hendak menggunakan bilik Perayu. [37] Semasa kejadian, Perayu cepat membuka pintu bilik kerana tidak boleh tidur akibat bunyi ketukan kuat pada pintu dan Perayu merasa hairan dengan kehadiran polis. [38] Perayu telah membuka pintu bilik dengan memegang selak dan menarik pintu sekuatnya. Setelah pintu bilik dibuka, ada dua atau tiga orang masuk ke dalam bilik dengan tergesa-gesa dan seorang lelaki memegang bahu Perayu dengan kuat dan terus menggari tangan Perayu di belakang dan memeriksa badan Perayu. S/N 67lp6diVrk2tf3eI3HY4Gw [40] Semasa digari, Perayu tidak memakai baju dan hanya memakai seluar boxer sahaja. [41] Selepas polis memeriksa badan Perayu, ada seorang lagi mengambil satu kotak hitam di atas lantai bilik dan membuka serta memeriksa kotak hitam tersebut. [42] Selepas memeriksa kotak hitam tersebut, polis itu berkata "Ha dah jumpa. Ini ada ganja dan ais". Perayu terkejut dan macam hendak menangis semasa polis itu kata jumpa ganja dan ais. Perayu terkejut sebab dadah itu nampak banyak dan tertuduh tidak pernah menyimpan atau memegang dadah banyak macam itu. [43] Perayu mengakui pernah hisap ais (syabu) dengan kawan-kawan tetapi kejadian tersebut telah lama berlaku. [44] Perayu tidak pernah menyimpan syabu atau ganja di dalam rumah tersebut. [45] Perayu mengakui hisap ais (syabu) untuk hanya untuk keseronokan dengan kawan-kawan di rumah mereka. [46] Pada hari Perayu ditangkap, Perayu tidak menghisap syabu atau ganja. S/N 67lp6diVrk2tf3eI3HY4Gw [47] Perayu tiada pengetahuan siapa pemilik kotak hitam yang mengandungi dadah-dadah tersebut. Perayu tiada pengetahuan bagaimana kotak hitam tersebut berada di dalam bilik Perayu. [48] Perayu mengetahui terdapat dadah-dadah dalam kotak hitam tersebut, tertuduh akan melempar kotak hitam tersebut ke sebelah dapur sebelum membuka pintu bilik. [49] Perayu tiada pengetahuan mengenai dadah-dadah di dalam kotak hitam tersebut. Sebab itu apabila terdengar suara polis, Perayu bangun tergesa-gesa dari tidur dan terus membuka pintu bilik. [50] Dadah-dadah dijumpai oleh pihak polis di dalam bilik Perayu yang digunakan untuk menyimpan barang dan tidur sahaja. Bukan semua barang dalam bilik tersebut kepunyaan Perayu tetapi terdapat pakaian abang dan kawan-kawan Perayu. [51] Perayu mengakui merayu kepada polis supaya dilepaskan kerana dadah yang dijumpai oleh pihak polis dalam kuantiti yang banyak dan berkemungkinan dituduh di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan sekiranya disabitkan dan didapati bersalah, akan dikenakan hukuman gantung. Perayu merayu kepada polis disebabkan barang tersebut bukanlah miliknya. Perayu merayu minta dilepaskan sambil menangis dan menyatakan beliau sendiri tidak tahu bagaimana kotak hitam tersebut berada di dalam bilik Perayu. Perayu telah merayu setelah pihak polis memaklumkan telah menjumpai dadah-dadah tersebut. S/N 67lp6diVrk2tf3eI3HY4Gw Walaubagaimanapun, pihak polis tidak menghiraukan rayuan Perayu dan terus membawa Perayu keluar menaiki kenderaan polis. Dapatan Kami [52] Sebelum kedua-dua pihak memulakan penghujahan masing-masing, Timbalan Pendakwa Raya yang bijaksana telah memaklumkan kepada kami bahawa representasi Perayu yang dibuat secara bertulis memohon agar pertuduhan terhadap Perayu dipinda kepada seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah 39A (2) Akta yang sama telah dipersetujui oleh Jabatan Peguam Negara Putrajaya. [53] Sehubungan itu, Timbalan Pendakwa Raya yang bijaksana telah mengemukakan pertuduhan pilihan kepada Perayu sepertimana berikut: Pertuduhan Pertama (Pilihan) Bahawa kamu pada 29.3.2018 jam lebih kurang 5.00 petang di rumah tidak bernombor, kampung telok bukit besar, dalam daerah yan, dalam negeri kedah darul aman, telah didapati milikan kamu dadah berbahaya jenis cannabis seberat 376.2 gram dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39A(2) Akta yang sama. [54] Pertuduhan pilihan tersebut telah dibacakan kepada Perayu. Perayu mengaku salah di atas pertuduhan pilihan tersebut tanpa syarat. S/N 67lp6diVrk2tf3eI3HY4Gw Mitigasi Perayu