Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI TAIPING NEGERI PERAK PERBICARAAN JENAYAH NO: AB-62JSK-2-02/2023 PENDAKWARAYA LAWAN MOHD FAZLI BIN RAMLI (KP: 870402-38-5185)
AB-62JSK-2-02/2023
Sessions Court of Malaysia16 Jan 2026
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“bt, but it is certainly lighter than the burden of the prosecution to prove beyond reasonable doubt. To earn an acquittal at the close of the case for the prosecution under s. 173(f) or s. 180 of the Criminal Procedure Code, the court must be satisfied that no case against the accused has been made out which if unrebut”
“d the non calling of Phee Chin Guan did not leave a gap in the prosecution's case. It was also held that on the facts of the case, the learned trial judge did not err in not invoking s. 114(g) of the Evidence Act 1950 against the prosecution. [57] The power of the court to draw an adverse inference under s. 114(g) of t”
“lah dibincangkan di atas). Mahkamah **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 50 merujuk kepada kes PP v. Datuk Haji Harun Haji Idris (No. 2) [1976] CLJU 97: discrepancies, it might be suggested that they have concocted their accounts of what had happened or what”
“36. Izinkan Mahkamah ini memetik kes DA Duncan v. PP [1980] CLJU 12; [1980] 1 LNS 12; [1980] 2 MLJ 195 yang telah memutuskan bahawa bukanlah satu pembelaan yang boleh menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes prima facie yang telah dibuktikan oleh pihak pendakwaan”
“44. Selanjutnya, di dalam kes Veeran Veriah v. PP & Another Appeal [2017] CLJU 1706; [2017] 1 LNS 1706 Mahkamah telah memutuskan: **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 38 [34] As for DW3, he was obviously trying to help”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI TAIPING NEGERI PERAK PERBICARAAN JENAYAH NO: AB-62JSK-2-02/2023 PENDAKWARAYA LAWAN MOHD FAZLI BIN RAMLI (KP: 870402-38-5185)
1
Pengenalan Rayuan ini difailkan oleh Tertuduh terhadap keputusan Mahkamah bertarikh 16.1.2026 yang telah mensabitkan dan menghukum Tertuduh dengan hukuman berikut: bermula dari tarikh sabitan (16/1/2026) dan 3 sebatan rotan. pemulihan dalam tempoh pemenjaraan sepertimana diperuntukkan di bawah seksyen 26 Akta 792; dan ikehendaki menjalani pengawasan polis sepertimana diperuntukkan di bawah seksyen 27 Akta 792 untuk tempoh 3 tahun setelah selesai menjalani hukuman pemenjaraan.
2
Mahkamah juga telah membenarkan permohonan penggantungan pelaksanaan perintah di dalam kes ini atas permohonan Tertuduh dengan perintah berikut: Permohonan penggantungan pelaksanaan dibenarkan sehingga selesai rayuan dengan jumlah jaminan dinaikkan daripada RM 12,000.00 kepada 30,000.00 dengan seorang penjamin warganegara Malaysia dan syarat lain kekal dengan syarat tambahan Tertuduh hendaklah melaporkan diri di balai polis berdekatan pada 1 haribulan dan 15 haribulan setiap bulan sehingga kes rayuan di Mahkamah Tinggi selesai.
3
Pertuduhan Pindaan Pihak pendakwaan telah mengemukakan pertuduhan pindaan seperti berikut: Bahawa kamu pada 21.12.2022 jam lebih kurang 12.30 tengah malam di alamat No 9, Lorong SB 7, Taman Simpang Bakti, 34700 Simpang dalam Daerah Taiping dalam Negeri Perak dengan maksud seksual telah melakukan amang seksual fizikal terhadap Kanak-Kanak XXXXX No K/P: XXXXX dengan cara memegang dan meraba kemaluan kanak-kanak tersebut. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan dibawah seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah seksyen dan Akta yang sama. Hukuman Mana-mana orang yang bagi maksud seksual menyentuh mana-mana bahagian badan seorang kanak-kanak melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat.
4
Saksi-Saksi Pendakwaan telah memanggil seramai 5 orang saksi iaitu:
5
Pembelaan telah memanggil 3 orang saksi iaitu: SD1- Mohd Fazli Bin Ramli-Tertuduh SD2 Nurul Hayati binti Sazali-Isteri Tertuduh SD3 Muhammad Zairul Aiman bin Abdullah-Anak kandung
6
Ekshibit-Ekshibit Ekshibit-ekshibit yang dikemukakan ialah: Ekshibit Dokumen A Pertuduhan Pindaan B Sijil Cuti Sakit Tertuduh C Otoriti Pihak Pembelaan IDD1 Simpang Report 611/25 P1A-G Gambar Tempat Kejadian PSP1 Kenyataan Saksi SP5-Pegawai Penyiasat P2A-B 2 Gambar Mangsa P3 Simpang Repot 489/23 P4 DVR CD Gambar P5A Salinan Sijil Lahir CK 17131 P5 Sijil Lahir Asal CK 17131 -Dikembalikan Kepada P6 Rajah Kasar P7 Changkat Jering 204/23
7
Versi Pendakwaan Tertuduh telah dituduh bagi kesalahan di bawah seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak Kanak 2017 (Akta 792). Kejadian berlaku pada pada 21.12.2022 jam lebih kurang 12.30 tengah malam, di rumah yang didiami dan disewa oleh Tertuduh dan juga merupakan rumah kepada kakak kepada mangsa (SP4) yang beralamat di No 9 Lorong SB7 Taman Simpang Bakti, Perak (tempat kejadian). Kejadian berlaku di dalam bilik nombor dua di tempat kejadian sewaktu SP4 sedang tidur di atas katil bersama dengan dua orang budak lelaki, iaitu anak-anak kepada Tertuduh yang juga merupakan anak saudara kepada SP4. Pada waktu itu, Tertuduh telah masuk ke dalam bilik dan bertindak mencabul SP4 dengan cara meraba serta memegang kemaluan SP4 bagi maksud seksual.
8
Versi Pembelaan Tertuduh menafikan melakukan perbuatan tersebut dan menyatakan dirinya telah difitnah dan dianiaya oleh keluarga mertuanya terutamanya bapa mertua dan adik iparnya yang tidak menyukainya. Alasan-Alasan Terhadap Sabitan dan Hukuman
9
Elemen-elemen Pertuduhan Sebagaimana disebutkan terdahulu, intipati pertuduhan di bawah seksyen 14 (a), Akta 792 ialah, SP4 ialah seorang kanak- kanak dan Tertuduh merupakan pelaku yang melakukan perbuatan mencabul SP4 dengan cara meraba serta memegang kemaluan SP4 bagi maksud seksual.
10
Mangsa Kanak-Kanak Bagi elemen pertama, tentang sama ada SP4 iaitu mangsa di dalam kes ini ialah kanak-kanak, elemen ini dibuktikan melalui keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan dengan merujuk kepada sijil lahir SP4 (ekshibit P5), jelas tertera di dalam ekshibit P5 tersebut, tarikh lahir SP4 ialah pada 16 Februari 2011 dan tarikh semasa kejadian ialah pada 21 Disember 2022, oleh itu, jelas SP4 adalah berumur di bawah 18 tahun pada waktu kejadian dan merupakan kanak-kanak semasa kejadian berlaku. Fakta ini tidak pernah dicabar atau dipertikaikan oleh pihak peguambela Tertuduh semasa saksi pendakwaan memberi keterangan.
11
Manakala bagi elemen kedua, keterangan SP4 iaitu mangsa sendiri tentang perlakuan cabul Tertuduh dengan cara meraba serta memegang kemaluan SP4 adalah jelas, di samping keterangan saksi-saksi pendakwaan yang lain yang mengikat pembuktian kes ini menjadi lebih kukuh lagi. Bersama-sama ini Mahkamah perturunkan kesemua keterangan SP4 dan juga keterangan kesemua saksi pendakwaan yang lain berkenaan kejadian yang telah tersebut (keterangan sokongan).
12
Keterangan Mangsa (SP4)/ Keterangan Konsisten/ Kredibiliti SP4 Nurul Jannah binti Sazali, berumur 12 tahun semasa hadir memberikan keterangan di Mahkamah sedang bersekolah darjah 6 di Sekolah Kebangsaan Sri Siakap Kuala Kurau (kemuka sijil lahir P5). SP4 memberitahu Mahkamah beliau telah diraba oleh Tertuduh sejak SP4 berumur 10 tahun dan kejadian raba tersebut telah berlaku berulang kali, tidak terkira banyaknya, dipetik: Pemeriksaan Utama : Apa maksud Jannah seksual ini. Pasal kes apa Jannah ada dekat Mahkamah hari ini? : Kes pegang kes meraba. Selanjutnya. : Boleh Jannah bagitahu siapa yang raba Jannah? : Abang ipar. Selanjutnya. : Jannah bagitahu abang ipar Pali ini raba Jannah, betul? : Betul. : Kejadian berlaku sejak bila? : Umur 10 tahun. : Jannah ya, Jannah kata sejak berumur 10 tahun berapa kali yang dia pernah buat raba Jannah? : Tak terkira. : Sebab apa tak terkira? : Sebab berulang.
13
SP4 juga memberitahu Mahkamah yang beliau masih ingat kejadian yang berlaku kepadanya, di dalam bilik tidur, bilik tengah, bilik nombor dua, di rumah kakaknya bernama Yati, iaitu empat hari sebelum krismas pada bulan Disember tahun 2022, dipetik; : Jadi Jannah ya, Jannah masih ingat tak kejadian yang berlaku pada Jannah Disember 2022? : Ingat. : Jannah masih ingat? : Hmm. Selanjutnya. : Jadi kejadian pada Disember 2022 yang Jannah kata 4 hari sebelum krismas itu kejadian berlaku dekat mana? : Dekat rumah kakak. : Rumah kakak mana ni? : Kak Yati. Selanjutnya. : Kejadian Disember 2022 itu berlaku dekat bilik mana? : Bilik tengah. : Bilik tengah ini bilik apa Jannah? : Bilik nombor dua. Selanjutnya. : Bilik tidur siapa? : Aiman.
14
Selanjutnya, SP4 memberikan keterangan bahawa semasa kejadian, SP4 sedang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Simpang. SP4 menyatakan, kejadian berlaku sewaktu SP4 sedang tidur di atas katil di dalam bilik tersebut (tempat kejadian), Tertuduh telah masuk dan bertindak memegang dan meraba kemaluan dan juga payudara SP4. SP4 telah menggunakan patung anatomi untuk menunjukkan simulasi aksi meraba tersebut dan Mahkamah dapat melihat melalui simulasi patung anatomi tersebut bagaimana perlakuan jijik tersebut dilakukan oleh Tertuduh, dipetik; Pemeriksaan Utama : Tadi Jannah bagitahu kata yang kejadian Disember 2022, 4 hari sebelum krismas, boleh tak Jannah cerita pasal kejadian itu. Apa yang Jannah ingat? : Dia memegang dan meraba. : Dia ini siapa Jannah? : Abang Pali. : Dia pegang raba apa Jannah? : Dia pegang bahagian kemaluan dan payudara. : Dia pegang raba bahagian mana Jannah? : Bahagian bawah dengan atas. : Bawah dan atas cuba Jannah cakap jelas apa dia? : Kemaluan dan payudara. Selanjutnya. : Jannah tengok dekat patung itu ada 2 patung kan. Jannah boleh pilih salah satu patung untuk mewakili Jannah. Tadi Jannah kata dia memegang dan meraba bahagian atas dan bawah. Boleh tunjuk tak bahagian atas dan bawah itu dekat mana? : Di bahagian sini dan sini. (Saksi tunjuk menggunakan patung anatomi di bahagian kemaluan dan buah dada patung). : Tadi puan suruh buka baju tunjuk dengan jelas. : Ya. : Boleh buka baju patung itu tunjuk dengan jelas. : Boleh Jannah angkat tunjuk dekat Puan Hakim? : Jannah berdiri Jannah tunjuk dekat mana? : (Saksi tunjukkan bahagian kemaluan dan payudara pada patung anatomi).
15
Sewaktu SP4 sedang tidur tersebut, SP4 merasakan ada orang membuka seluar dan seluar dalamnya dan apabila SP4 membuka matanya, SP4 melihat Tertuduh yang sedang melakukan perbuatan membuka seluar SP4 tersebut (SP4 menunjukkan aksi menggunakan patung tentang perlakuan Tertuduh terhadapnya masa kejadian tersebut). Mahkamah dapat melihat aksi perlakuan Tertuduh terhadap SP4 melalui simulasi patung anatomi tersebut. Mahkamah melihat Tertuduh telah bertindak memegang dan mengusap alat sulit/kemaluan dan meraba buah dada SP4 dengan cara memasukkan satu tangan iaitu tangan kanannya ke dalam baju SP4 dengan perlahan dari bawah dan meraba kemaluan dan payudara SP4. SP4 menyatakan, sewaktu kejadian, dia dapat melihat wajah Tertuduh dengan jelas kerana waktu itu ada cahaya lampu dari arah dapur masuk ke dalam bilik tersebut. Setelah Tertuduh melakukan perbuatan tersebut Tertuduh menarik balik seluar SP4 dan keluar dari bilik. SP4 menyatakan, semasa diperlakukan sedemikian oleh Tertuduh, SP4 hanya mampu menangis dengan perlahan sahaja dan tidak meronta atau menjerit kerana takut.
16
Berkenaan isu penerimaan keterangan bersumpah saksi kanak-kanak, iaitu SP4 di dalam kes ini, seksyen 17, Akta 792 memperuntukkan, sekiranya mangsa ialah seorang kanak-kanak, kanak-kanak tersebut adalah dianggap kompeten untuk memberikan keterangan melainkan jika Mahkamah berpendapat selainnya, dipetik: -apa yang berlawanan dalam mana-mana undang-undang bertulis yang lain, dalam mana-mana prosiding terhadap mana-mana orang yang berhubungan dengan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini, atau mana-mana kesalahan yang dinyatakan dalam Jadual sekiranya mangsa ialah kanak-kanak, seseorang kanak-kanak dianggap kompeten untuk memberikan keterangan melainkan jika mahkamah berpendapat
17
Selanjutnya, SP4 yang memegang status mangsa di dalam kes ini, adalah dianggap sebagai seorang saksi yang kompeten oleh Mahkamah ini, oleh itu, mengikut undang-undang yang di peruntukkan di dalam seksyen 18, Akta 792, Tertuduh dengan ini, boleh disabitkan dengan kesalahan yang telah dipertuduhkan terhadapnya dengan hanya bersandarkan kepada keterangan bersumpah SP4 di dalam kes ini tanpa memerlukan keterangan sokongan lainnya, dipetik: Walau apa pun apa-apa yang berlawanan dalam mana-mana undang-undang bertulis yang lain, dalam mana-mana prosiding terhadap mana-mana orang yang berhubungan dengan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini, atau mana-mana kesalahan yang dinyatakan dalam Jadual sekiranya mangsa ialah kanak-kanak, mahkamah boleh mensabitkan orang itu bagi kesalahan itu berasaskan keterangan tanpa sokongan seseorang kanak- .
18
Mahkamah merujuk kepada kes Lee Ah Seng & Anor v. PP [2007] 5 CLJ 1 yang bersetuju dengan pendapat yang Mahkamah ini utarakan, dipetik: the approach to be taken by the appellate court when dealing with a trial court assessment of credibility of witness is well established by high authorities. The credibility of a witness is primarily for the trial judge. An appellate court should always be slow in disturbing such findings of fact arrived at by the judge who had audio-visual advantage of the witness, unless there are substantial and compelling reasons for disagreeing with the finding.
19
Keterangan Saksi-Saksi Lain/ Keterangan Sokongan Tertuduh di dalam kes ini boleh disabitkan dengan bersandarkan kepada keterangan bersumpah SP4 sahaja tanpa keperluan keterangan sokongan sepertimana yang diperuntukkan di dalam seksyen 17 dan seksyen 18 Akta 792, yang telah dibincangkan terdahulu, namun, Mahkamah ini tetap mempertimbangkan keterangan saksi-saksi lain yang menyokong kuat pembuktian fakta dan keterangan SP4 di dalam kes ini, di antaranya keterangan saksi-saksi berikut.
20
Keterangan SP1 Saksi pertama pendakwaan, Nor Zalila Shafila bt Nordin (SP1), merupakan ibu saudara kepada SP4. SP1 memberikan keterangan bahawa beliau mengenali Tertuduh dengan nama Pali dan Pali merupakan pelaku yang telah mencabul SP4. Keterangan SP1 ini adalah konsisten dengan keterangan SP4 yang juga mengenali Tertuduh dengan nama Pali yang merupakan pelaku yang telah melakukan perbuatan meraba serta memegang kemaluan SP4 di dalam kes ini. Pali merupakan abang ipar kepada SP4. Apabila disoal oleh Timbalan Pendakwaraya sama ada Pali berada di dalam Mahkamah dan sama ada SP1 boleh mengecam Pali, SP1 telah mengecam Tertuduh dengan menunjukkan kepada Tertuduh yang berada di dalam kandang Tertuduh.
21
SP1 memberikan keterangan, beliau mengetahui tentang kejadian cabul terhadap SP4 melalui SP4 sendiri. SP4 memberitahu SP1 sambil menangis tentang kejadian yang menimpanya tersebut sewaktu SP1 menghantar SP4 pulang ke rumahnya, iaitu rumah yang diduduki oleh Tertuduh juga kerana SP4 tinggal serumah dengan Tertuduh dan meminta SP1 agar jangan menghantar SP4 pulang ke rumah Tertuduh lagi kerana bimbang Tertuduh akan mengacaunya dengan memegang badan SP4. SP4 menceritakan kepada SP1 bahawa Tertuduh telah mencabulnya dengan cara memegang buah dadanya dan juga kemaluannya dan sebaik sahaja SP1 mendengar cerita SP4 itu, SP1 kemudiannya menghantar SP4 ke rumah kakak dan memberitahu SP4 telah diganggu oleh Tertuduh, dipetik: Pemeriksaan Utama : Puan boleh cerita pada Mahkamah macam mana puan dapat tahu Nurul Jannah kena cabul dengan Pali? : Pada malam 29/01/2023 lebih kurang dalam pukul 9:00 malam macam itu Pali ada telefon emak saya bagitahu yang dia nak ambil Nurul Jannah. Selepas itu kebetulan masa itu saya ada dekat rumah emak saya. Selanjutnya. : Kemudian dia telefon saya cakap dengan dia tak apalah saya boleh hantar Nurul Jannah ke rumah dia. Kebetulan saya nak lalu jalan yang sama ke rumah Pali. Selepas itu Jannah tak nak balik ke rumah Pali masa itu, saya tanya dia kenapa tak nak sebab hari yang saya pergi tu Ahad malam Isnin pagi dia nak mula sekolah. Selepas itu saya cakap dengan dia selalunya kalau pergi sekolah Nurul Hayati akan hantar dia ke sekolah sebab Nurul Hayati ada anak yang sekolah sama dengan Nurul Jannah. Jadi memang Nurul Jannah ini duduk dengan Nurul Hayati dan Pali sekali dekat situ. Lepas itu saya on the way nak ke rumah dia dalam kereta saya cakap kenapa tak nak balik rumah Pali. Mula-mula dia diam dia tak nak cerita apa-apa pada saya. Selanjutnya. : Dia ini siapa? : Nurul Jannah. Selepas itu saya tanya lagi adakah Nurul Hayati ini pukul dia marah-marah dia, dia cakap tak ada. Lepas itu saya tanya dia ada masalah lain kah, adakah kakak paksa-paksa buat kerja marah-marah dia cakap takada. Kenapa tak nak balik rumah Hayati lepas itu dia cakap abang Pali kacau dia, pegang-pegang dia. Lepas itu saya terus tak hantar Nurul Jannah ke rumah dia dan patah balik ke rumah kakak saya dekat dengan rumah emak saya juga. Sampai dekat rumah kakak Selanjutnya : Masa itu Jannah dah mula menangis. Pelik tiba-tiba dia menangis lepas itu saya tanya dia kenapa menangis terus dia bagitahu kata abang Pali ada pegang-pegang dia cakap. Saya terus jadi macam tak seronok lah kan sebab abang ipar pegang-pegang dia terus saya pergi rumah kakak saya. Rumah kakak saya dekat alamat kiranya rumah kakak saya dekat dengan rumah emak saya. Saya terus hantar dia ke sana untuk bagi Jannah duduk dengan dia buat sementara waktu sebab Jannah masih sekolah di Simpang masa itu.
22
Keterangan SP2 Saksi kedua pendakwaan Siti Amira binti Sazali merupakan kakak kepada SP4 memberitahu Mahkamah bahawa, sejak SP2 membuat laporan polis terhadap Tertuduh pada tarikh 22/02/2023, SP4 tinggal di rumah emak saudaranya yang , tetapi sebelum laporan polis dibuat, SP4 tinggal bersama emak saudaranya seorang lagi SP4 duduk dengan kedua-dua ibu saudaranya ini, SP4 tinggal serumah dengan Tertuduh. Sewaktu SP4 tinggal bersama Tertuduh, SP4 selalu pergi dan pulang dari sekolah bersama-sama dengan anak Tertuduh dengan dihantar oleh isteri Tertuduh yang bernama Nurul Hayati. SP4 juga menyatakan bahawa Tertuduh merupakan pelaku yang telah mencabul SP4 di dalam kes ini dan telah mengecam Tertuduh di dalam Mahkamah, dipetik: Pemeriksaan Utama : Puan cakap hari ini datang ke Mahkamah sebab kes adik nama Nurul Jannah. Kes apa? : Kes cabul. : Siapa yang cabul Nurul Jannah puan? : Mohd Fazli bin Ramli. Selanjutnya. : Boleh puan bagitahu pada Mahkamah macam mana puan boleh dapat tahu Mohd Fazli cabul Nurul Jannah? : Pada 21/02/2023 saya telah pergi ke rumah emak saudara saya di Parit Hj Shamsuri Simpang 3 Kuala Kurau. Pada waktu itu dalam pukul 11 pagi macam itu lah saya pergi ke sana dengan niat nak membantu mak tam cuci rumah dia sebab depa duduk itu akan roboh dibina barulah tapi hanya separuh sahaja rumah itu diaorang roboh untuk buat rumah kebajikan Yayasan Takwa. Jadi saya pergi hanya untuk membantulah dan start situ emak saudara saya ada tanyakan saya pasal kakak saya dah pindah rumah ke belum. Saya kata ya memang dah pindah. Selanjutnya. : Mak tam saya tanyakan saya kak Yati dah pindah rumah ke saya kata ya dah pindah. Kak Yati ada cerita apa-apa tak pasal apa-apa saja tentang dia atau adik sayakah. Saya kata tak ada apa pun tak ada, kenapa ada masalah apa. Pada mulanya dia tak nak cerita apa pun pasal adik saya dengan abang Pali ini. Saya pun macam was-was sikit dekat situ, dia pun buat kerja macam biasa macam tak ada apa. Dah lama dalam pukul 3 lebih macam itu baru dia macam tak puas hatilah dia bagitahu juga saya. Dia ajak saya keluar sembang di luar rumah dia tanya nak tahu tak, saya tanya tahu apa dia kata Jannah. Dekat situ saya dah mula fikir Jannah ok abang Pali dia sebut saya fikir ni mesti ada apa-apa. Situ saya dah fikir benda yang bukan-bukan dah tahu macam mana kan. Selepas itu baru dia bagitahu Jannah kena kacau, saya tanya kena kacau macam mana mak tam. Dia kena kacau kena raba kena buat benda adik hang tak mampu buat tapi dipaksa. Saya kata lepas itu macam mana sekarang ini, terpulang dekat hang nak buat report ke apa. Kalau macam itu terpulang pada saya, saya memang nak buat report. Saya buat report. Keterangan SP3 11. SP3 merupakan jurufoto di dalam kes ini, memberikan keterangan bahawa SP3 telah pergi ke tempat kejadian pada rarikh 23.02.2023 bersama dengan SP4, ibu SP4 dan pegawai penyiasat kes dan kesemua gambar yang diambil menggunakan kamera disimpan di dalam komputer dan printer yang berada dalam keadaan baik dan selamat(ekshibit P1A-G, P2 A-B dan P4).
23
Keterangan SP5 Saksi pendakwaan kelima bernama Alyshita Bider (SP5), merupakan pegawai penyiasat di dalam kes ini. SP65 memberikan keterangan melalui penyata saksi dan terdapat bantahan oleh peguambela Tertuduh di perenggan 4, tentang keterangan SP5 yang berkait dengan 112 statement SP4 dan setelah Mahkamah mendengar hujahan kedua-dua pihak, Mahkamah memutuskan, jawapan di perenggan 4 oleh saksi ini tidak diterimapakai dan pihak pendakwaan meneruskan dengan soalan tambahan untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut berkenaan kejadian di dalam kes ini.
24
Sebagai pegawai penyiasat di dalam kes ini, SP5 memberikan keterangan, bahawa beliau mendapat maklumat kejadian pada tarikh 22/02/2023 jam 9:30 pagi sewaktu SP5 sedang bertugas, SP5 dimaklumkan tentang Laporan Polis Simpang 489/23 (ekshibit P3) tentang kejadian yang telah berlaku pada tarikh 21/12/2022 tersebut, iaitu empat hari sebelum perayaan krismas pada jam lebih kurang 12.30 tengah malam. Di dalam siasatan SP5, kejadian pada waktu itu ialah kejadian berkenaan seorang mangsa kanak-kanak iaitu SP4 yang telah dicabul oleh abang iparnya sendiri iaitu Tertuduh yang dikenali nama panggilan Pali di rumah yang didiami oleh Tertuduh (tempat kejadian).
25
SP5 menjelaskan, beliau mendapat tahu tarikh kejadian berlaku pada 21/12/2022 kerana SP5 dimaklumkan oleh SP4 bahawa kejadian berlaku 4 hari sebelum perayaan krismas dan tarikh 4 hari sebelum krismas ialah tarikh 21/12/2022. Kejadian berlaku di alamat No 9 Lorong SB7 Taman Simpang Bakti Taiping Perak dan SP4 memberitahu SP5 kejadian cabul tersebut telah berlaku sejak SP4 berumur 10 tahun dan kejadian terakhir ialah kejadian yang berlaku sepertimana di dalam pertuduhan di dalam kes ini sewaktu SP4 sedang tidur di atas katil di dalam bilik di tempat kejadian sewaktu SP4 sedang tidur bersama dengan dua orang anak lelaki Tertuduh bernama Aiman dan Hisyam di atas katil. SP4 memberitahu SP5, ketika kejadian berlaku, SP4 sedang tidur dan terjaga apabila SP4 merasakan ada orang memegang badannya. Kemudian SP4 bangun dari tidur dan mendapati Tertuduh telah membuka seluar SP4 sehingga ke paras lutut dan memasukkan tangan meraba di bahagian kemaluan SP4, Tertuduh juga telah memegang payudara kiri SP4.
26
SP4 memberitahu SP5, sewaktu kejadian berlaku, keadaan pintu bilik tersebut rosak, tombol pintu telah rosak dan mengakibatkan pintu tidak boleh ditutup rapat dan boleh dibuka, oleh itu Tertuduh dapat masuk dan keluar bilik tersebut dengan mudah semasa kejadian berlaku. SP4 juga memberitahu SP5 lampu di bahagian dapur di dalam rumah tersebut adalah terbuka, oleh itu SP4 boleh nampak kehadiran Tertuduh masuk ke dalam bilik hasil daripada cahaya lampu dari bahagian dapur yang masuk ke dalam bilik tersebut.
27
Selanjutnya, di dalam keterangan SP4 kepada SP5, SP4 memberitahu SP5, sewaktu kejadian, anak lelaki Tertuduh bernama Aiman yang tidur bersama SP4 juga nampak Tertuduh masuk ke dalam bilik, duduk di sebelah SP4 dan apabila Tertuduh nampak Aiman tersedar, Tertuduh telah menyuruh Aiman tidur semula dan keluar dari bilik.
28
SP4 pada awalnya, tidak berani menceritakan apa yang telah berlaku terhadapnya kepada sesiapapun kerana Tertuduh pernah memberi amaran kepada SP4 agar jangan beritahu kepada sesiapa pun tentang perlakuan sumbang Tertuduh terhadap SP4 tersebut, tetapi setelah ditekan oleh Mak Tam, emak saudara SP4, barulah SP4 menceritakan kejadian yang menimpanya sambil menangis. SP4 juga memberitahu Mak Tam bahawa Tertuduh telah banyak kali melakukan perbuatan terkutuk tersebut kepada SP4 terrmasuk meraba bahagian buah dada dan juga kemaluan SP4 dan Tertuduh juga pernah meminta SP4 memasukkan kemaluan Tertuduh ke dalam mulut SP4 tetapi SP4 tidak melakukannya. SP5 kemudiannya telah membuat report tangkapan (ekshibit P7) dan melakar rajah kasar tempat kejadian (ekshibit P6).
29
SP5 juga menjelaskan, beliau juga telah menyiasat tentang pernyataan di dalam laporan polis berkaitan kejadian Tertuduh telah masuk ke dalam bilik SP4 dan meminta SP4 memegang kemaluan Tertuduh dan dalam siasatannya SP5 mendapati SP4 tidak mengingati tarikh kejadian tersebut, SP4 hanya mengingati waktu kejadian di dalam kes ini sahaja. Manakala bagi isu berkenaan dengan kesilapan alamat yang tertera di dalam laporan polis ekshibit P3, SP5 menjelaskan, SP5 ada menyiasat berkenaan hal itu dengan bertanyakan SP4 dan SP4 menjelaskan kepada SP5 bahawa pada waktu membuat laporan polis bagi kes ini, SP4 merasa takut dan telah membuat kesilapan tersebut ketika itu kerana itu merupakan laporan polis pertama yang dibuatnya.
30
Di peringkat ini, dengan bersandarkan kepada keterangan SP4 sendiri dan keterangan saksi-saksi pendakwaan yang lain, Mahkamah melihat, sudah terang lagi bersuluh, bahawa Tertuduh merupakan individu dan pelaku yang telah melakukan amang seksual fizikal terhadap SP4 dengan cara memegang dan meraba kemaluan kanak-kanak tersebut dengan niat seksual.
31
Mahkamah juga mendapati, kesemua keterangan bersumpah saksi-saksi pendakwaan yang lain di dalam kes ini termasuk keterangan bersumpah SP4, adalah menyokong antara satu sama lain dan mempunyai rantaian penceritaan yang kukuh dan yang saling berkait antara satu sama lain. Terdapat pembuktian yang jelas dan nyata bahawa Tertuduh merupakan satu-satunya individu yang telah memasuki bilik di tempat kejadian dan melakukan perbuatan sumbang tersebut.
32
Berkepentingan/ Keterangan Berfikiran Kemudian (Afterthought) Mahkamah juga mengambilkira keterangan Tertuduh dan keterangan saksi-saksi pembelaan yang lain di dalam mempertimbangkan sabitan dan hukuman terhadap Tertuduh di dalam kes ini. Tertuduh telah memanggil dua orang saksi iaitu SD2 dan SD3 untuk memberikan keterangan.
33
Keterangan Tertuduh/SD1 Di dalam keterangan Tertuduh, Tertuduh menafikan melakukan perbuatan memegang dan meraba kemaluan SP4 di dalam kes ini atas alasan, tidak mungkin SD1 akan melakukan benda lucah kepada SP4 kerana SD1 juga mempunyai keluarga, tetapi, dalam masa yang sama, SD1 tidak menafikan pernah memberikan gula-gula kepada SP4 dengan cara membelikan kasut sekolah kepadanya atas alasan emak mertuanya iaitu emak SP4 tidak mampu membelikan SP4 kasut tersebut. SD1 juga menyatakan, pertuduhan terhadapnya ini dibuat atas dasar fitnah oleh SP4 kerana ahli keluarga mertua terutamanya bapa mertua SD1 tidak sukakan SD1. Tertuduh juga menyatakan, Siti Amira (SP2) iaitu kakak kepada isterinya juga tidak menyukai SD1 kerana cemburukan kebahagiaan kehidupan SD1 bersama isterinya.
34
Semasa pemeriksaan balas, SD1 disoal berkenaan keadaan pencahayaan di dalam bilik. SD1 menjelaskan, lampu bilik dalam keadaan bertutup tetapi terdapat pencahayaan daripada lampu dapur dan lampu porch masuk ke dalam bilik dan tombol pintu bilik tersebut rosak. SD1 juga bersetuju pada malam kejadian SD1 ada masuk ke bilik tersebut, tetapi hanya masuk setakat depan pintu bilik sahaja dan menafikan masuk ke dalam bilik dan melakukan perbuatan cabul terhadap SP4, dipetik: Pemeriksaan Balas : Setuju ka tak sepertimana dinyatakan dalam pertuduhan pada 21/12/2022 encik ada masuk ke dalam bilik ini bilik dalam gambar G itu? SD1 : Tak masuk, saya hanya masuk depan pintu saja.
35
Di sini, dapat dirumuskan daripada keterangan SD1, SD1 menafikan melakukan perbuatan cabul terhadap SP4 di dalam kes ini atas alasan-alasan berikut, iaitu, SD1 mempunyai keluarga dan tidak mungkin SD1 akan melakukan perbuatan lucah kepada SP4, SD1 juga menyatakan beliau telah difitnah oleh SP4 kerana ahli keluarga mertuanya, terutamanya bapa mertua SD1 yang tidak sukakan SD1 dan Siti Amira (SP2) iaitu kakak kepada isterinya (kakak ipar SD1) mencemburui kebahagiaan kehidupan SD1 bersama isterinya. Mahkamah dapati, kesemua alasan ini adalah berbentuk penafian kosong (bare denial) semata dan lebih kepada pemikiran semula (afterthought).
36
Izinkan Mahkamah ini memetik kes DA Duncan v. PP [1980] CLJU 12; [1980] 1 LNS 12; [1980] 2 MLJ 195 yang telah memutuskan bahawa bukanlah satu pembelaan yang boleh menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes prima facie yang telah dibuktikan oleh pihak pendakwaan apabila Mahkamah telah menyatakan seperti berikut: to establish a prima facie case against the appellant. The High Court at Alor Star accepted it and called on the defence. The defence was, in effect, a simple denial of the evidence connecting the appellant with the four boxes. We cannot see any plausible ground for saying that the four boxes were not his. In the circumstances of the prosecution evidence, the High Court came, in our view, to the correct conclusion that this denial did not c
37
Di dalam keterangan SD1 juga, apabila dicadangkan oleh puan Timbalan Pendakwaraya sama ada Tertuduh setuju Tertuduh pernah masuk dalam bilik kejadian, pada malam kejadian, Tertuduh mengaku pernah masuk ke dalam bilik tersebut, tetapi menyatakan, beliau hanya masuk setakat pintu bilik sahaja. Hal ini jelas menunjukkan Tertuduh telah hadir dan berada di bilik tersebut pada waktu kejadian.
38
Keterangan SD2 Nurul Hayati binti Sazali (SD2) merupakan isteri kepada Tertuduh dan kakak kandung kepada SP4. SD2 memberikan keterangan, SP4 tinggal bersama mereka dan tidur di bilik nombor dua bersama anak-anaknya yang lain kerana SP4 bersekolah satu sekolah dengan anaknya bernama Mohd Zairul Aiman. SD2 juga memberitahu Mahkamah bahawa Tertuduh selalu masuk ke dalam bilik tersebut di waktu malam untuk menutup penghawa dingin yang selalu dipasang oleh anak-anaknya, dipetik: Pemeriksaan Utama : Saya tahu kalau suami saya masuk bilik nombor 2 itu bilik tengah sebab anak-anak saya depa suka tidur dalam aircond. Depa akan buka aircond bila malam saya atau suami saya akan masuk dalam bilik itu akan tutup aircond bilik atau masuk untuk marah depa. Depa kadang-kadang tidur lewat depa suka bising, pernah bergaduh dengan jiran sebab anak-anak.
39
Semasa pemeriksaan balas, apabila disoal sama ada SD2 ingat atau tidak ingat apa yang berlaku pada hari kejadian SD2 menjawab saya tak ingat , dipetik: Pemeriksaan Balas : Setuju ka tak dengan saya, puan sudah tidak ingat apa yang berlaku pada bulan 21/12/2022 apa yang berlaku sepanjang hari tersebut? : Saya setuju. : Lepas itu tadi puan kata pada bulan 9 atau pun bulan 10 suami sudah mula kerja sebagai pemandu lori kan. Setuju ka tak dengan saya pada 21/12/2022 puan tak ingat hari itu suami ada pergi kerja ka tak pergi? : Saya tak ingat.
40
Keterangan SD3 SD3 Muhammad Zairul Aiman bin Abdullah atau dikenali dengan panggilan nama Aiman, berumur 15 tahun semasa memberikan keterangan secara bersumpah, merupakan anak kepada SD1 dan mempunyai hubungan sebagai anak saudara kepada SP4 yang berpangkat maksu kepada SD3.
41
SD3 memberikan keterangan bahawa Tertuduh selalu masuk ke dalam bilik tersebut untuk memarahi SP4, Aiman, adiknya dan SD3 tidak pernah nampak Tertuduh menyentuh SP4 sewaktu Tertuduh berada di dalam bilik tersebut. SD3 juga menyatakan bahawa pintu bilik yang ditiduri oleh mereka bertiga tersebut tidak boleh dikunci sebab pintu bilik tersebut memang tiada kunci. SD3 juga menyatakan, SP4 selalu tidur bersama-sama dengannya dan adiknya setiap malam di atas katil posisi di tengah-tengah antara Aiman dan adiknya. Semasa pemeriksaan balas, SD3 memberikan keterangan bahawa beliau tidak ingat tentang kejadian yang telah berlaku dan Pendakwaan membangkitkan isu saksi SD3 ini telah memberikan keterangan berbeza di Mahkamah dengan keterangan yang diberikan olehnya kepada pihak polis sewaktu rakaman percakapan 112 diambil dan ingin mencabar kebolehpercayaan (impeach) SD3. Pihak pembelaan membantah permohonan tersebut. Setelah Mahkamah ini mendengar hujahan kedua-dua pihak, Mahkamah memutuskan, tiada keperluan untuk impeachment proceeding kerana SD3 dan ia bukanlah satu jawapan yang berbeza atau bercanggah dengan 112 statement yang perlu dicabar kebolehpercayaan (impeach), dipetik: Pemeriksaan Balas : Aiman masih ingat tak apa Aiman bagitahu dekat pihak polis? SD3 : Tak ingat.
42
Mahkamah tidak boleh menafikan kedua-dua saksi pembelaan ini merupakan saksi berkepentingan dan mempunyai kecenderungan untuk menyelamatkan Tertuduh di dalam kes ini kerana SD2 dan SD3 merupakan isteri dan anak kandung kepada Tertuduh. Di dalam keterangan kedua-dua saksi pembelaan ini Mahkamah melihat, saksi-saksi pembelaan tidak tahu menahu tentang fakta kejadian cabul yang telah berlaku kerana mereka telah memberikan jawapan tidak ingat, apabila disoal tentang kejadian. Oleh itu, Mahkamah ini menerima pakai keterangan SD2 dan SD3 ini dengan berhati-hati dan memilih untuk menolak mempercayai keterangan yang diberikan oleh SD2 dan SD3 ini.
43
Di dalam sesuatu perbicaraan, Mahkamah perlu menentukan kredibiliti seseorang saksi dan adalah mustahak bagi Mahkamah ini untuk meneliti saksi mana yang perlu dipercayai. Adalah menjadi prinsip undang-undang bahawa keterangan seorang saksi berkepentingan (interested witness) hendaklah dipertimbangkan dengan berhati-hati dan memerlukan keterangan sokongan sepertimana yang telah diputuskan dalam kes Liow Siow Long v. Public Prosecutor [1970] 1 MLJ 40, Raja Azlan Shah J, dipetik: Testimony of close relations is not tainted if it is otherwise reliable in the sense that the witnesses and competent witnesses who were at the scene of the occurrence and could have seen what had happened. But if it is proved that they are not entirely disinterested witnesses, eg they are either partisans of the complainant or are in any way inimical to the accused, then their testimony is tainted and requires corroboration if to be acted upon. [23] The same learned judge in Lim Boon San v. Public Prosecutor [1968] 2 MLJ 45 held that where a witness may be regarded as having a purpose of his own to serve, the judge must direct his mind on the danger of convicting on the uncorroborated evidence of such witness. In the instant appeal before us we find that PW5 was undoubtedly hostile towards the appellant and we regret to say that there was no corroboration of such evidence by either PW8 (sister) or PW11 (mother). If we may add, the evidence of PW5, PW8 and PW11 were most inconsistent with one another. With the greatest of respect to the High Court judge and the judges of the COA we must say that they have failed to direct their minds on this point and for this reason we rule that there was a serious misdirection by way of non-direction which had occasioned a miscarriage of justice.".
44
Selanjutnya, di dalam kes Veeran Veriah v. PP & Another Appeal [2017] CLJU 1706; [2017] 1 LNS 1706 Mahkamah telah memutuskan: [34] As for DW3, he was obviously trying to help both appellants. He knew them long before that but became very close 6 months prior to the incident. He was undoubtedly, an interested witness whose evidence should be treated with caution as he was a witness having a purpose to serve [Deepanraj Subramaniam v. PP [2015] 3 CLJ 439 at page 450].
45
Prima Facie Case/ Tiada Keraguan Munasabah Adalah menjadi prinsip undang-undang, bahawa di akhir kes pembelaan beban untuk membuktikan kesemua unsur pertuduhan (ingredients of the charge) haruslah pada tahap melampaui keraguan yang munasabah. Di dalam kes di hadapan Mahkamah ini, diperingkat kes pendakwaan, Mahkamah telah berpuashati terdapatnya prima facie dan telah memanggil Tertuduh untuk membela dirinya. Oleh itu, pihak pembelaan hanya perlu menimbulkan satu keraguan yang munasabah untuk menjatuhkan kes yang telah pun dibina pihak pendakwaan dan di sini. Mahkamah merujuk kepada kes Mohamad Radhi bin Yaakob v. Public Prosecutor [1991] 1 CLJ Rep 311; [1991] 3 CLJ 2073; [1991] 3 MLJ 169, Mohamed Azmi SCJ , dipetik -established principle of Malaysian criminal law that the general burden of proof lies throughout the trial on the prosecution to prove beyond reasonable doubt the guilt of the accused for the offence with which he is charged. There is no similar burden placed on the accused to prove his innocence. He is presumed innocent until proven guilty. To earn an acquittal, his duty is merely to cast a reasonable doubt in the prosecution case. In the course of the prosecution case, the prosecution may of course rely on available statutory presumptions to prove one or more of the essential ingredients of the charge. When that occurs, the particular burden of proof as opposed to the general burden, shifts to the defence to rebut such presumptions on the balance of probabilities which from the defence point of view is heavier than the burden of casting a reasonable doubt, but it is certainly lighter than the burden of the prosecution to prove beyond reasonable doubt. To earn an acquittal at the close of the case for the prosecution under s. 173(f) or s. 180 of the Criminal Procedure Code, the court must be satisfied that no case against the accused has been made out which if unrebutted would warrant his conviction (Munusamy v. PP [1987] CLJ Rep 221; [1987] 1 CLJ 250; [1987] 1 MLJ 492). If defence is called, the duty of the accused is only to cast a reasonable doubt in the prosecution case. He is not required to prove his innocence Isu-Isu Lain Yang Dibangkitkan Perbezaan Keterangan SP2, SP4 Dengan Pertuduhan Dan
46
Laporan Polis Ekshibit P3/ Kredibiliti SP4 Antara yang dihujahkan oleh peguambela Tertuduh, percanggahan adalah kepada: i-Pertuduhan pindaan menyatakan Tertuduh melakukan dua (2) perbuatan amang seksual iaitu -4 pada tarikh dan masa kejadian, tetapi keterangan saksi pendakwaan SP4, SP1 dan SP-2 menunjukkan percanggahan berkenaan perlakuan Tertuduh. Pembelaan merujuk kepada ekshibit P3 Laporan Polis Simpang/000489/23 (Ekshibit P3), Pada hujung bulan Disember 2022, jam lebih kurang 12.30 malam, ...abang ipar saya nama Mohd Fazli Bin Ramli, nama panggilan (Pali Bakau), berumur 30-an, no. telefon: 017-3398332 telah masuk ke dalam bilik dan meminta saya untuk memegang kemaluannya. Saya tidak mahu melakukan perkara tersebut. Kemudian, abang ipar terus memegang kemaluan saya dan meraba kemaluan saya. Selepas berbuat demikian, abang ipar menyuruh saya pergi tidur. ii-Di dalam keterangan SP4, SP4 menyatakan Tertuduh bukan sahaja memegang dan meraba kemaluannya tetapi juga memegang dan meraba payudaranya . Manakala, saksi SP1 pula dalam keterangannya di Mahkamah menyatakan, SP4 memaklumkan kepadanya bahawa Tertuduh memegang payudara dan kemaluan SP4 dan saksi SP2 menceritakan kepada Mahkamah, Tertuduh telah meminta SP4 untuk memegang zakarnya serta memegang dan meraba kemaluan SP4 sehingga ingin merogol SP4.
47
Mahkamah dapati, meskipun terdapat perbezaan keterangan saksi SP4, SP2 dan ekshibit P3 (Report Polis Simpang 489/23) berkenaan perihal kejadian, namun percanggahan tersebut bukanlah satu percanggahan yang menganggu unsur-unsur substantif pertuduhan atau kebolehpercayaan saksi di dalam kes ini (substantive elements of the charge or the credibility of the witness) dan ia tidak material serta tidak menjejaskan kes pendakwaan kerana perbezaan tersebut telah dijelaskan oleh SP4, SP2 dan juga SP5 di dalam keterangan bersumpah mereka. Mahkamah ini mengambil maklum bahawa kejadian yang telah menimpa SP4 ini merupakan kejadian yang telah dalami olehnya sejak SP4 berumur 10 tahun lagi dan SP4 telah mengalami trauma yang teruk akibat daripada kesemua kejadian tersebut dan adalah mustahil bagi SP4 yang telah menjadi mangsa rakus seorang lelaki yang dikenalinya untuk mengingati dengan jelas satu persatu kesemua kejadian hitam tersebut.
48
Berkenaan keterangan SP2 pula, Mahkamah dapati saksi ini telah menceritakan dan menjelaskan kesemua kejadian yang berlaku yang berada dalam pengetahuannya dan keterangan SP2 ini juga adalah konsisten dengan keterangan yang diberikan oleh SP4 dan kesemua saksi pendakwaan di dalam kes ini termasuk keterangan pegawai penyiasat (SP5) di dalam kes ini, dipetik keterangan SP2, SP4 dan SP5 tersebut: Pemeriksaan Utama Keterangan SP2 : Dia ada cerita dengan puan sejak bila yang Pali ini mula raba-raba dan pegang dia? : Pada dia umur 10 tahun. Selanjutnya. Keterangan SP4 Pemeriksaan Utama : Jannah ya, Jannah kata sejak berumur 10 tahun berapa kali yang dia pernah buat raba Jannah? : Tak terkira. Selanjutnya : Dalam berapa lama dia pegang dan dia usap bahagian yang Jannah tunjuk? : Dari 10 tahun. Selanjutnya. : Jannah beritahu tadi kejadian ini berlaku sejak Jannah umur 10 tahun? : Hmm. Selanjutnya. Keterangan SP5 Pemeriksaan Utama SP5 : Mangsa ada mengatakan kejadian ini berlaku sejak mangsa berumur 10 tahun lagi dan kejadian terakhir berlaku pada 4 hari sebelum perayaan Hari Krismas tahun 2022. Selanjutnya. SP5 : Mangsa juga ada menyatakan kejadian dicabul oleh OKT telah banyak kali berlaku sejak mangsa berumur 10 tahun lagi. Yang mana mangsa ada mengatakan OKT ada meminta mangsa untuk menghisap kemaluan, masukkan kemaluan ke dalam mulut mangsa tetapi mangsa tidak ingat tarikh kejadian tersebut.
49
Kelewatan Membuat Laporan Polis Terdapat isu kelewatan membuat laporan polis SP4 (ekshibit P3) yang ditimbulkan semasa pemeriksaan balas oleh peguambela Tertuduh dan soalan tersebut telah ditujukan kepada saksi pendakwaan ke-2 iaitu kakak mangsa (SP2) dan juga mangsa sendiri (SP4) semasa pemeriksaan balas dan kemudiannya, puan Timbalan Pendakwaraya telah memohon penjelasan lebih lanjut berkenaan isu tersebut semasa pemeriksaan semula. SP2 dan SP4 telah memberikan penjelasan yang jitu serta konsisten bahawa, pada awalnya, SP4 tidak mahu membuat laporan polis kerana ingin menjaga maruah Tertuduh dan maruah keluarga Tertuduh, SP2 menjelaskan, SP2 terpaksa memujuk SP4 selama sejam lebih sebelum SP4 sanggup membuat laporan polis tentang kejadian yang telah berlaku kepadanya tersebut, dipetik: Keterangan SP2 Pemeriksaan Balas : Kamu telah pujuk Jannah untuk membuat laporan polis pada malam itu. Berapa lama kamu pujuk dia? : Saya pujuk dalam sejam lebih. : Ada orang lain tak selain daripada kamu masa kamu pujuk? : Tak ada, saya dengan dia sahaja. Selanjutnya. Pemeriksaan Semula : Sebab apa puan tak bagitahu orang lain dan tak buat laporan polis? : Saya tak mahu orang tahu perangai dia macam mana, kelakuan dia. Selanjutnya. Keterangan SP4 Pemeriksaan Balas : Pada mulanya kamu tak mahu buat polis report. Benar? : Benar. : Kemudian kamu dipujuk oleh Siti Amira dan kamu buat polis report. Benar? : Benar.
50
SP2 di dalam keterangannya, telah mengesahkan bahawa Tertuduhlah yang merupakan pelaku yang telah mencabul SP4 di dalam kes ini dan telah mengecam Tertuduh yang sedang berada di kandang Tertuduh. SP2 mendapat tahu berkenaan kejadian cabul ini daripada Mak Tam iaitu ibu saudara Tertuduh yang memberitahu SP2 bahawa SP4 pernah dicabul oleh Tertuduh dengan cara memegang kemaluan SP4 sehingga ke satu tahap Tertuduh pernah menjilat kemaluan SP4 dan hampir merogol SP4 (sepertimana dibincangkan di atas di dalam keterangan SP2). Sebaik sahaja SP2 mendapat tahu hal tersebut, SP2 terus bertanyakan SP4 sendiri berkenaan kejadian tersebut dan diakui oleh SP4. Apabila disoal oleh SP2 kenapa SP4 tidak memasukkan ke dalam laporan polis berkenaan kejadian jilat kemaluan SP4 tersebut, SP4 menyatakan beliau malu, dipetik: Pemeriksaan Utama : Bila mak tam dah bagitahu yang Jannah dah kena kacau dia bagitahu kacau itu macam mana? : Dia bagitahu yang adik saya dah kena dipaksa oleh Pali suruh buat benda yang tak elok macam pegang kemaluan dia hingga nak merogol adik saya hingga nak masukkan kemaluan dia ke dalam kemaluan adik saya tapi adik saya menolak dengan kerasnya menangis-nangislah. Selepas itu adik saya ada bagitahu yang Pali ini jilat kemaluan dia lepas itu pegang kemaluan dia. Selanjutnya. : Bila yang Jannah bagitahu yang Pali ini jilat dan pegang kemaluan dia? : Lepas report apa semua, saya tanya dia betul-betul macam mana Pali buat dekat dia, terus dia bagitahu satu-satu. Saya cakap kenapa time report hari itu tak bagitahu pasal dia jilat kemaluan adik apa semua, dia pegang dia sentuh dia main apa semua. Dia kata dia malu dia takut orang tak percayakan dia. Saya cakap kenapa takut orang tak percaya, Selanjutnya. : Bukan yang cakap dia ini siapa? Dia kata dia malu itu siapa? : Jannah malu. : Bila Jannah kata malu puan cakap apa pada dia? : Saya cakap dekat dia jangan malu keadaan ini saya pun pernah jadi adik saya yang nombor 3 pun pernah jadi. Kiranya SP4 jadi ini banyak kali tapi tak ada report jadi dekat adik saya bongsu ini saya tak boleh terima sebab daripada kecil adik saya dilahirkan memang Pali ini ada bersama dengan dia jaga. Kira sebayalah anak kakak saya ini dengan dia itu sebaya cuma tua setahun saja. Anggapan Inferens Bertentangan (Presumption Of Adverse Inference) seksyen 114(G) Akta Keterangan 1950 Atas Kegagalan Pegawai Penyiasat (SP5) Untuk Mengemukakan Keterangan Child Interview Centre (CIC) Pengadu (SP-4)/Laporan Tarik Balik Mangsa.
51
Berkenaan isu pendakwaan gagal mengemukakan rakaman keterangan CIC dan seksyen 114(g) hendaklah digunapakai. Di dalam kes ini, tiada keperluan untuk menggunapakai seksyen 114(g) Akta Keterangan dengan ketiadaan Keterangan CIC SP4 kerana SP4 sendiri telah hadir ke Mahkamah untuk memberikan keterangan bersumpah. Di dalam keterangan bersumpah SP4, telah dapat menceritakan dengan jelas dan konsisten bahawa Tertuduh merupakan pelaku yang telah melakukan perbuatan meraba serta memegang kemaluan SP4 di dalam kes ini. Mahkamah tidak nampak apa-apa percanggahan keterangan yang diberikan oleh SP4 atau apa-apa unsur reka karya penceritaan oleh SP4 dan adalah mustahil bagi seseorang kanak-kanak seperti SP4 untuk menceritakan dengan teliti satu persatu apa yang telah dilakukan oleh Tertuduh kepadanya dalam keadaan dicabul tersebut (sepertimana telah dibincangkan di atas). Mahkamah merujuk kepada kes PP v. Datuk Haji Harun Haji Idris (No. 2) [1976] CLJU 97: discrepancies, it might be suggested that they have concocted their accounts of what had happened or what had been said because their versions are too consistent. The question is whether the existence of certain discrepancies is sufficient to destroy their credibility. There is no rule of law that the testimony of a witness must either be believed in its entirety or not at all. A court is fully competent, for good and cogent reasons, to accept one part of the testimony of a witness and to reject the other. It is, therefore, necessary to scrutinize each evidence very carefully as this involves the question of weight to be given to
52
Mahkamah ini juga ingin menekankan bahawa penggunaan Adverse Inference di bawah seksyen 114(g) Akta Keterangan adalah terletak atas budi bicara Mahkamah dan keutamaan adalah terpakai ke atas kegagalan untuk memanggil saksi yang penting dan bukannya atas alasan remeh yang lain, rujuk kes Mahkamah Persekutuan, Amri Ibrahim & Anor v PP [2017] 1 CLJ 617 dipetik: before the Court of Appeal by the defence. The Court of Appeal held inter alia that Phee Chin Guan was not an essential or material witness to the prosecution in order to establish a prima facie case at the close of its case or to prove its case beyond reasonable doubt at the end of the defence case and the non calling of Phee Chin Guan did not leave a gap in the prosecution's case. It was also held that on the facts of the case, the learned trial judge did not err in not invoking s. 114(g) of the Evidence Act 1950 against the prosecution. [57] The power of the court to draw an adverse inference under s. 114(g) of the Evidence Act 1950 is discretionary. It depends on the circumstances of the case and particularly in cases where the material witnesses are not produced (see Lau Song Seng v. PP [1998] 1 SLR 663]. The scope of s. 114(g) has been explained by the Supreme Court in Munusamy Vengadasalam v. PP [1987] 1 CLJ 250; [1987] CLJ (Rep) 221 at p. 223; [1987] 1 MLJ 492 at p. 494: ... It is essential to appreciate the scope of section 114(g) lest it be carried too far outside its limit. Adverse inference under that illustration can only be drawn if there Is withholding or suppression of evidence and not merely on account of failure to obtain evidence. It may be drawn from withholding not just any document, but material document by a party in his possession, or for non-production of not just any witness but an important and material witness to the case.
53
Berkenaan isu laporan polis penarikan balik kes ini yang dibuat oleh SP4. Hak untuk meneruskan perbicaraan adalah secara mutlaknya terletak kepada pihak pendakwaan dan mana mungkin hanya dengan menarik balik laporan polis yang dibuat, keterangan SP4 harus diragui. Adalah menjadi tugas Mahkamah untuk membuat dapatan berdasarkan penilaian maksimum keseluruhan keterangan dan ekshibit-ekshibit yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan dan pihak pembelaan.
54
Hukuman Adalah Mengikut Peruntukan Undang-Undang Mahkamah juga telah meneliti peruntukan dan kehendak undang-undang sebelum menjatuhkan hukuman terhadap Tertuduh. Izinkan Mahkamah ini memetik frasa hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan yang telah dipertuduhkan terhadap Tertuduh di dalam kes ini, bagi pertuduhan di bawah seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) yang memperuntukkan kesalahan dan hukuman seperti berikut, dipetik: 14 Physical sexual assault on a child Any person who, for sexual purposes
a
touches any part of the body of a child;
b
makes a child touch any part of the body of such person or of any other person;
c
(c)
d
does any other acts that involve physical contact with a child without sexual intercourse, commits an offence and shall, on conviction, be punished with imprisonment for a term not exceeding twenty years and shall also be liable to whipping. Explanation 1 The act of touching may involve the act of touching with any part of the body or with an object and may be done through anything including anything worn by the person touching or by the child touched. Explanation 2 In determining what constitutes sexual purposes, the court may take into consideration, among others, the part of the body that is touched, the nature and extent of the act of touching or the physical contact and all other circumstances surrounding the conduct.
55
Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) memperuntukkan hukuman shall, on conviction, be punished with imprisonment for a term not exceeding twenty years and shall also be liable to whipping. Perkataan yang digunakan ialah , oleh itu hukuman pemenjaraan adalah mandatori di dalam kes ini,
56
Mahkamah ini juga telah memerintahkan Tertuduh menjalani kaunseling pemulihan sepanjang Tertuduh berada di dalam penjara dan Tertuduh juga diperintahkan untuk menjalani pengawasan polis dalam tempoh 3 tahun setelah Tertuduh selesai menjalani hukuman pemenjaraan dengan merujuk kepada peruntukan undang-undang yang diperuntukkan di bawah seksyen 26 Akta 792 dan seksyen 27 Akta yang sama, dipetik: 26 Rehabilitative counselling
1
The court may, in addition to any punishment imposed for any offence under this Act, or any offence specified in the Schedule where the victim is a child, order period of rehabilitative counselling on the person convicted of such offence within the period of his detention.
2
The rehabilitative counselling ordered under subsection (1) shall be under the Minister charged with the responsibility for prison Selanjutnya. 27 Police supervision
1
Notwithstanding subsection 295(1) of the Criminal Procedure Code, whether or not he has previously been convicted of any offence, when a person is convicted of any offence under this Act, or of any offence specified in the Schedule where the victim is a child, the court shall direct that he be subject to the supervision of the police for a period of not less than one year and not more than three years commencing immediately after the expiration of the sentence passed on him.
2
When any person subject to the supervision of the police under subsection (1) is, while still subject to such supervision, sentenced to a term of imprisonment within Malaysia, any term spent in prison shall be excluded from the period of supervision.
57
Bagi hukuman sebatan rotan bagi kesalahan di bawah Akta 792, Mahkamah merujuk kepada seksyen 25 Akta 792, dipetik: 25 Provision regarding whipping Notwithstanding paragraph 289(c) of the Criminal Procedure Code, if a person convicted of any offence under this Act is a male whom the court considers to be more than fifty years of age, he may still be punishable with whipping.
58
Hujahan Pemberatan Mahkamah juga mengambilkira hujahan pemberatan pihak pendakwaan di dalam kes ini. Pendakwaan telah memohon hukuman berat atas alasan kesalahan yg dilakukan oleh Tertuduh merupakan satu kesalahan serius dan mangsa alami cabaran tekanan emosi dan mengemukakan Pernyataan Impak Mangsa (Ekshibt P8).
59
Mitigasi Tertuduh Peguambela Tertuduh telah mengemukakan hujahan-hujahan mitigasi, antaranya ialah, Tertuduh telah berkahwindan mempunyai empat orang anak, Tertuduh bekerja sebagai pemandu lori dan mempunyai pendapatan yang tidak tetap dan isteri Tertuduh ialah seorang surirumah. Ini merupakan kesalahan pertama Tertuduh dan Tertuduh telah kesal dengan perbuatannya dan sepanjang proses perbicaraan Tertuduh tidak pernah mendekati mangsa.
60
Kepentingan Awam Mahkamah ini juga akur bahawa Mahkamah harus mengimbangi kepentingan awam dengan kepentingan Tertuduh di dalam menjatuhkan hukuman. Hukuman yang dijatuhkan haruslah sepadan dengan jenis dan keseriusan sesuatu kesalahan. Mahkamah ini merujuk kepada nas undang-undang yang menggariskan prinsip kepentingan awam yang harus diberi keutamaan di dalam menjatuhkan sesuatu hukuman, iaitu kes Zainal Bin Jidon v. Pendakwa Raya [2020] 1 LNS 1598, dipetik: "Suatu pertimbangan penting ialah kepentingan awam, yang semestinya mengatasi pertimbangan lain. Persoalan yang timbul ialah apakah yang dimaksudkan dengan frasa "Kepentingan Awam"? Di dalam kamus "The Random House Dictionary of the English Language: The Unabridged Edition (1994 edition) mentakrifkan "kepentingan awam" (Public Interest) sebagai "kepentingan atau kesejahteraan masyarakat secara am" (the welfare or well-being of the general public and society) Terdapat berapa peringkat dalam konsep kepentingan awam. Yang paling Utama ialah keselamatan negara. Tanpa jaminan terhadap keselamatan negara kesemua perkara seperti "kedaulatan undang-undang", "hak asasi manusia", "pemerentahan yang adil dan saksama" serta "pengaturan kendiri oleh masyarakat dan norma am yang diterma" adalah impian indah semata-mata. Keduanya adalah ketenteraman awam dimana kedaulatan undang-undang, prosedur yang betul dipatuhi dan tidak dibimbangi berlakunya keadaan dimana seseorang tidak terkeliru dengan keadaan huru hara yang menyerupai undang-undang rimba. Ketiga ialah perhatian orang yang timbul kerana perhatian masyarakat atau ahli masyarakat terutama warga yang berhemah dan ia menyumbang kepada perasaan ingin tahu warga masyarakat. Pelaporan yang bersifat sensasi bukanlah terjumlah dalam kategori ini. Semestinya perlu wujud sebab yang munasabah serta penting untuk masyarakat am ingin mengetahui mengenai sesuatu isu yang diperkatakan secara hangat dalam masyarakat samada ia telah membangkitnya minat warga masyarakat yang berhemah kerana telah menyentuh sensitiviti masyarakat atau pegangan masyarakat atau adat semasa dan setempat atau norma universal. Jika berlaku pertembungan diantara kepentingan awam dan hak individu, kepentingan awam hendaklah mengatasi segalanya. Ini tidak bermakna berlakunya penafian hak individu tetapi kewujudan individu dalam dunia bertamaddun bergantung kepada kewujudan masyarakat dan dunia secara keseluruhan. Bukan sebarang dunia tetapi dunia yang mendaulatkan undang-undang, melaksanakan keadilan, mempertahankan hak warganya dari diceroboh, pentadbiran urusan manusia secara teratur dan pemerkasaan jiwa kemanusiaan dalam setiap insan yang ada. Hak asasi individu telah secara terang dan nyata dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan dan dicerminkan dalam Perkara 5 sehingga Perkara 13."
61
Objektif penghukuman di dalam kes di hadapan Mahkamah ini bukanlah semata-mata untuk memberi pengajaran dan keinsafan kepada Tertuduh sahaja tetapi juga Mahkamah ingin menghantar mesej kepada masyarakat di luar sana agar tidak melakukan perbuatan seumpamanya pada masa kini dan pada masa akan datang kerana perbuatan amang seksual ialah satu perbuatan terkutuk yang boleh menjejaskan masa depan kanak-kanak di Negara ini.
62
Kesimpulan Secara rumusannya, berdasarkan analisa dan dapatan-dapatan serta nas undang-undang yang Mahkamah ini kemukakan di atas, Mahkamah berpuashati bahawa Mahkamah telah mensabitkan dan menghukum Tertuduh secara wajar, adil dan saksama dan semoga hukuman ini dapat memberi pengajaran dan keinsafan kepada Tertuduh di dalam kes ini. Sekian, untuk pertimbangan Yang Arif. Disediakan oleh, Sharifah Norazlita bt Syed Salim Idid
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.