SP4 juga menjumpai di tempat duduk penumpang hadapan satu (1) kotak kertas berwarna coklat bertulis “MT” (P18) mengandungi satu (1) bungkusan plastik cerah dibaluti pita pelekat putih berisi serbuk dan ketulan kristal disyaki dadah, satu (1) bungkusan plastik cerah dan satu (1) alat penimbang digital warna hitam. S/N U0gZwIduIkWqaa8y/x0iNw [8] SP4 telah menahan perayu dan merampas kesemua barang kes. Seterusnya sekitar jam 6.00 petang, satu (1) sidang media oleh Ketua Polis Daerah Kemaman telah diadakan di bawah khemah di tempat SJR tersebut berkaitan dengan penahanan perayu dan rampasan barang-barang kes tersebut. Semasa sidang media berjalan, barang-barang kes yang dirampas daripada perayu berada dalam jagaan dan kawalan SP4. [9] Seterusnya perayu dan barang-barang kes telah dibawa ke IPD Kemaman oleh SP4 di mana beberapa laporan polis telah dibuat oleh SP4 iaitu Chukai Repot No. 3622, No. 3625 dan No. 3626/2021. Kemudiannya SP4 telah menyerahkan perayu dan barang-barang kes kepada SP7 (pegawai penyiasat) untuk tindakan lanjut. [10] Pada 14 April 2021 jam lebih kurang 9.30 pagi, SP7 telah menyerahkan dua (2) sampul barang-barang kes yang ditandakan sebagai “TN” dan “TN1” ke Jabatan Kimia Malaysia untuk dianalisis oleh ahli kimia. Hasil analisis yang dijalankan oleh SP3 (ahli kimia) mengesahkan barang kes dalam sampul bertanda “TN” adalah dadah jenis Methamphetamine seberat 103.07 gram dan barang kes dalam sampul bertanda “TN1” juga dadah jenis Methamphetamine seberat 196.1 gram. Dadah tersebut adalah seperti yang disenaraikan di dalam Jadual Pertama ADB 1952. S/N U0gZwIduIkWqaa8y/x0iNw DAPATAN HAKIM BICARA DI AKHIR KES PENDAKWAAN [11] Kami bersetuju dengan dapatan hakim bicara bahawa pihak pendakwaan di akhir kes pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap perayu bagi pertuduhan pindaan tersebut sepertimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 180(1) KTJ [lihat kes Balachandran v Public Prosecutor [2005] 2 MLJ 30; Public Prosecutor v. Mohd Radzi bin Abu Bakar [2005] 6 MLJ 393]. [12] Kami juga bersetuju dengan dapatan hakim bicara bahawa semua intipati pertuduhan pindaan telah dibuktikan oleh pihak pendakwaan di akhir pendakwaan. Keterangan SP3 (ahli kimia) menunjukkan dadah yang dirampas daripada perayu adalah Methamphetamine seberat 299.17 gram. Perayu mempunyai jagaan, kawalan dan pengetahuan ke atas dadah yang dijumpai di dalam beg pinggang yang diletakkan di tempat duduk penumpang hadapan kereta tersebut dan juga penemuan dadah di dalam kotak kertas bertulis “MT” di tempat yang sama. Selain itu, SP4 juga menjumpai kad pengenalan perayu, kad ATM Bank Simpanan Nasional (BSN) dan beg duit perayu di dalam beg pinggang tersebut. Penemuan barang-barang peribadi perayu di dalam beg pinggang tersebut menunjukkan beg pinggang tersebut dimiliki oleh perayu dan hanya perayu seorang diri di dalam kereta tersebut semasa kejadian. [13] Kereta tersebut juga dipandu oleh perayu seorang diri dalam keadaan yang mencurigakan di mana ianya diberhentikan S/N U0gZwIduIkWqaa8y/x0iNw beberapa kali sebelum tiba di SJR tersebut. Semasa SP4 memperkenalkan diri sebagai polis, perayu dilihat dalam keadaan takut dan gelisah. Inferens munasabah telah dibuat oleh hakim bicara bahawa kelakuan perayu menunjukkan perayu mempunyai pengetahuan ke atas dadah tersebut dan fakta ini adalah relevan menurut seksyen 8 dan seksyen 9 Akta Keterangan 1950. Hakim bicara juga mendapati berat dadah yang dirampas daripada perayu adalah melebihi berat statutori, maka anggapan pengedaran di bawah seksyen 37(da) ADB 1952 adalah terpakai terhadap perayu. PEMBELAAN PERAYU [14] Perayu telah diperintahkan membela diri dan telah memberikan keterangan bersumpah. Hanya perayu yang memberikan keterangan dan tiada saksi lain dipanggil oleh perayu. Secara ringkas, perayu mengatakan telah ditangkap pada 12/4/2021 jam lebih kurang 2.00 petang semasa dia hendak menghantar minyak diesel kepada kawannya bernama “Hamdi” dengan menaiki kereta tersebut. Ini disebabkan kereta Hamdi jenis Mitshubishi Triton telah kehabisan minyak. Hamdi berada dari arah Perasing ke Kuantan. Perayu meminjam kereta tersebut daripada kawannya bernama “Nurul Asyikin”. [15] Ketika melalui jalan R&R Perasing dalam jarak lebih kurang 50 meter, perayu nampak ada sekatan jalan raya dan perayu memberhentikan kereta tersebut disebabkan hendak S/N U0gZwIduIkWqaa8y/x0iNw menghantar minyak kepada Hamdi. Perayu terpaksa melintas jalan dan berjalan kaki untuk memberikan minyak kepada Hamdi. Perayu mengatakan kesalahannya ialah tidak mempunyai lesen memandu dan tiada surat kebenaran merentas sempadan. Perayu terpaksa melalui sekatan jalan raya untuk balik ke Kuantan. Semasa ditahan oleh SP4, perayu meletakkan kad pengenalannya di celah pintu kereta tersebut. [16] Perayu mengatakan pihak polis ada membuat pemeriksaan dan menjumpai dadah di bawah tempat duduk penumpang hadapan dan dalam baju “sweater” yang digantung pada tempat duduk kereta tersebut. Perayu mengakui beg pinggang (porchbag) itu miliknya dan terdapat kad BSN di dalam beg pinggang tersebut. Perayu ada meminta pihak polis menelefon Hamdi dan beliau ada datang dengan emaknya berjumpa dengan pihak polis. [17] Perayu juga mengatakan dadah tidak dijumpai dalam beg pinggang tersebut. Selepas ditangkap, perayu dibawa ke IPD Kemaman. Pihak polis hanya merampas satu telefon bimbit daripada perayu. Perayu menafikan memiliki dadah tersebut dan tiada pengetahuan berkenaan dadah yang dijumpai di bawah tempat duduk bahagian penumpang hadapan kereta tersebut. S/N U0gZwIduIkWqaa8y/x0iNw KEPUTUSAN DI AKHIR KES PEMBELAAN [18] Kami bersetuju dengan dapatan hakim bicara bahawa pembelaan perayu hanya bersifat penafian dan rekaan semata-mata. Perayu menafikan dadah yang dirampas semasa kejadian adalah miliknya dan tiada pengetahuan kewujudan dadah yang dijumpai di dalam satu beg pinggang dan di dalam satu kotak kertas berwarna coklat bertulis “MT” yang dijumpai di tempat duduk penumpang hadapan kereta tersebut. Hakim bicara mempercayai keterangan saksi-saksi pendakwaan khasnya SP4 dan SP5. Keterangan saksi-saksi pendakwaan adalah kredibel, dipercayai dan diterima oleh hakim bicara. Keterangan saksi-saksi pendakwaan juga gagal dicabar oleh perayu semasa kes pendakwaan. [19] Kami juga bersetuju dengan dapatan hakim bicara bahawa pembelaan perayu gagal menjelaskan kenapa perayu memberhentikan kereta tersebut beberapa kali sebelum sampai ke tempat sekatan jalan raya tersebut. Kami juga dapati tiada penjelasan daripada perayu kenapa dia harus memberhentikan kereta tersebut beberapa kali untuk menghantar minyak kepada Hamdi. Adalah sukar dipercayai Hamdi meminta perayu menghantar minyak disebabkan kenderaan Mitshubishi Triton milik Hamdi kehabisan minyak. Ini disebabkan sekatan jalan raya di R&R Perasing Jabor berdekatan dengan sebuah stesyen minyak Shell. Adalah sukar dipercayai perayu mengangkat minyak dan melintas jalan untuk memberikan S/N U0gZwIduIkWqaa8y/x0iNw minyak kepada Hamdi, mengambil kira kenderaan Mitshubishi Triton yang bukan sebuah kenderaan yang kecil. [20] Kami juga bersetuju di akhir kes pembelaan, pembelaan perayu gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah ke atas kes pendakwaan dan juga gagal mematahkan anggapan pengedaran dadah di bawah seksyen 37(da) ADB 1952 di atas imbangan kebarangkalian. Justeru kami bersetuju dengan keputusan hakim bicara yang mendapati perayu bersalah dan disabitkan bagi pertuduhan pindaan yang dihadapkan ke atas perayu. TANGGUNGJAWAB MAHKAMAH YANG MENDENGAR RAYUAN [21] Adalah prinsip undang-undang yang mantap bahawa Mahkamah yang mendengar rayuan seharusnya mengambil pendirian untuk tidak mengganggu atau mengusik dapatan yang dibuat oleh hakim bicara melainkan wujud salah arah yang menyebabkan berlaku salah laksana keadilan, dapatan hakim bicara yang tidak menurut undang-undang atau terdapat keterangan kukuh yang menunjukkan hakim bicara telah terkhilaf dalam menilai keterangan yang dikemukakan semasa perbicaraan [lihat kes LCY v TWY [2019] 4 MLRA 310; [2019] 7 CLJ 158; [2019] 2 AMR 642; Dream Property Sdn Bhd v Atlas Housing Sdn Bhd [2015] 2 MLRA 247; [2015] 2 MLJ 441; [2015] 2 CLJ 453; [2015] 2 AMR 601; Gan Yook Chin & Anor v Lee Ing Chin & Ors [2004] 2 MLRA 1; [2005] 2 MLJ 1; [2004] S/N U0gZwIduIkWqaa8y/x0iNw 4 CLJ 309; [2004] 6 AMR 781; Periasamy a/l Sinnapan & Anor v PP[1996] 2 MLJ 557; [1996] 2 AMR 2511; Herchun Singh & Ors v PP [1969] 1 LNS 2; Lai Kim Hon & Ors v PP [1980] 1 LNS 197; Amri Ibrahim & Anor v PP [2017] 1 CLJ 617; PP v Mohd Radzi Abu Bakar [2005] 2 MLRA 590]. ISU-ISU RAYUAN PERAYU [22] Peguam perayu telah membangkitkan empat (4) isu dalam rayuan di hadapan kami. Isu-isu tersebut adalah seperti berikut: