Content
1 5 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI TAIPING DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN PERMOHONAN JENAYAH NO: AB-44-15-08/2021 10 ANTARA PEMOHON 15 MOHD HAFEFE BIN JAMALUDIN (NO. K/P: 870309-08-6383/ RF/S 20138) DAN RESPONDEN 20
AB44-15-08/2021
High Court of Malaysia1 Jan 1900
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“rt. 151 and 5(1) were strictly complied with. The liberty of an individual should not be infringed upon even to the slightest extent without proof that the impugned infringement is in accordance with the Constitution and statute... And where that evidence is by way of affidavit the court is not spared the task of 10 su”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 5 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI TAIPING DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN PERMOHONAN JENAYAH NO: AB-44-15-08/2021 10 ANTARA PEMOHON 15 MOHD HAFEFE BIN JAMALUDIN (NO. K/P: 870309-08-6383/ RF/S 20138) DAN RESPONDEN 20
2
KEMENTERIAN DALAM NEGERI PENGARAH PUSAT PEMULIHAN AKHLAK BATU GAJAH, PERAK 25
3
KERAJAAN MALAYSIA 2 PENGHAKIMAN [1] Permohonan adalah untuk mendapatkan suatu writ habeas corpus supaya pemohon dibebaskan dari tahanan tanpa perbicaraan di mahkamah terbuka, di bawah seksyen 6(1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 (Akta 316). Pengataan 5 fakta terhadap pemohon adalah bahawa pemohon telah terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah. [2] Kedudukan undang-undang adalah jelas dan nyata bahawa pemohon perlu membuktikan kepada Mahkamah bahawa pemohon telah ditahan secara salah di bawah Akta 316, dan oleh itu harus 10 dibebaskan serta merta. (Lihat seksyen 366 Kanun Tatacara Jenayah, KTJ/Akta 593). [3] Seksyen 11C Akta 316, membenarkan semakan kehakiman terhadap perintah tahanan yang telah dikeluarkan oleh responden pertama terhadap pemohon. Semakan kehakiman adalah terhad 15 kepada ketidakpatuhan terhadap tatacara di bawah Akta 316 dan peruntukan Perlembagaan Persekutuan (PP) apabila perintah tahanan dibuat ke atas pemohon. [4] Sehubungan dengan itu, responden-responden memikul beban pembuktian di bawah undang-undang untuk membuktikan bahawa 20 perintah tahanan ke atas pemohon adalah sah di bawah Akta 316 3 dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya serta peruntukan dibawah PP, termasuklah Perkara 5(1) dan 151. Pembuktian adalah melalui keterangan affidavit. Sekiranya pemohon berjaya membuktikan tahanan ke atasnya adalah tidak sah di sisi undang-undang, maka writ habeas corpus akan dikeluarkan oleh 5 mahkamah dan pemohon boleh dibebaskan dari tahanan tersebut serta merta. [5] Di samping itu, kini sudah ada perkembangan ketara dari segi keputusan-keputusan dari Mahkamah Persekutuan berkenaan sejauh mana semakan kehakiman perlu dibenarkan oleh 10 mahkamah yang mendengar permohonan untuk mendapatkan writ habeas corpus. [6] Kes tersohor dan terkini adalah TMDN, Malaysia & Anor v Awang Sari bin Lasikan (BA-44-296-09/2020) yang diputuskan pada 7.12.2021. Kes tersebut juga berkaitan tahanan di bawah seksyen 15 6(1) Akta 316 dan permohonan untuk suatu writ habeas corpus. YAA Ketua Hakim Negara telah memutuskan secara mantap bahawa: … [4] … (b) … The object of the statute is to preventively detain a person but only if in the case that there is sufficient reason to do so under the preventive 20 detention legislation promulgated under Article 149. And that in turn is because it adversely affects, or negates the liberty of a person. As such it is not 4 permissible to construe the statute without taking into effect this fundamental issue …
4
If the construction that mere procedural review is the only basis on which to examine these ministerial orders, then extreme strict compliance is warranted. 5 [7] Selaras dengan prinsip stare decisis, keputusan tersebut perlu diikuti oleh mahkamah ini. Iktibar yang boleh diambil dari keputusan tersebut adalah sekiranya terdapat ketidakpatuhan terhadap prosedur oleh responden-responden berkenaan perintah tahanan yang telah dikeluarkan terhadap pemohon, maka pemohon berhak 10 untuk dilepaskan kerana tahanan ke atasnya adalah tidak sah dan salah di sisi undang-undang. [8] Antara isu yang dibangkitkan oleh pemohon melalui peguambelanya adalah bahawa pemohon tidak diberi peluang untuk diwakili oleh seorang peguambela semasa prosiding 15 pendengaran representasi terhadap penahanannya di Lembaga Penasihat yang berbidang kuasa mendengar representasinya di bawah Perkara 151(2) PP. [9] Sebagai latar belakang, semasa perintah tahanan diserahkan kepada pemohon, pemohon juga telah diserahkan Borang 1 untuk 20 memberitahunya berkenaan hak representasi kepada Lembaga Penasihat. Semasa pemohon menandatangani borang tersebut, 5 penerangan telah dibuat kepada pemohon mengenai hak tersebut dan pemohon telah memilih untuk membuat representasi dengan bantuan khidmat seorang peguambela. Ini bermakna bahawa pemohon sejak dari peringkat awal lagi telah berhasrat untuk diwakili oleh seorang peguambela pilihannya sendiri. Oleh yang 5 demikian, Lembaga Penasihat yang dianggotai oleh seorang Pengerusi dan dua orang ahli lain sewajarnya mendengar representasi pemohon dan seterusnya membenarkan pemohon untuk diwakili oleh seorang peguambela. [10] Bagi membantah permohonan yang dikemukakan oleh pemohon 10 dalam kes ini, responden-responden telah mengutarakan afidavit yang diikrarkan secara bersumpah oleh Setiausaha serta Pengerusi Lembaga Penasihat. Afidavit oleh responden-responden telah menyatakan bahawa kononnya pemohon telah bersedia untuk mengendalikan prosiding representasi terhadap penahanannya di 15 bawah Akta 316 tanpa diwakili oleh seorang peguambela. Namun demikian,, pemohon telah berikrar secara bersumpah dalam affidavit sokongannya, yang menyatakan bahawa pemohon tidak memilih sedemikian, sebaliknya pemohon tidak dibenarkan untuk diwakili oleh seorang peguambela pilihannya oleh Lembaga 20 Penasihat. Keadaan ini secara langsung telah menimbulkan suatu 6 pertikaian dan percanggahan fakta di antara pemohon dan responden-responden berkenaan isu utama iaitu hak pemohon untuk diwakili oleh seorang peguambela semasa prosiding representasi di Lembaga Penasihat. Isu berkenaan hak untuk diwakili oleh seorang peguambela bukanlah isu remeh tetapi adalah 5 satu isu hak asasi pemohon yang dijamin di bawah Perkara 5(1) PP. [11] Sehubungan dengan pertikaian dan percanggahan fakta tersebut, apa yang dikehendaki di bawah undang-undang keterangan adalah bukti sokongan oleh responden-responden yang menunjukkan bahawa pemohon telah memilih untuk tidak diwakili oleh seorang 10 peguambela semasa prosiding di Lembaga Penasihat. Oleh itu, minit prosiding di Lembaga Penasihat telah dipohon oleh pemohon. Minit prosiding tersebut akan membentuk bukti contemporaneous yang menunjukkan bahawa pemohon telah memilih untuk mewakili diri sendiri dalam prosiding di Lembaga Penasihat. Justeru, adalah 15 wajar untuk minit prosiding tersebut dikemukakan oleh responden-responden sebagai ekshibit kepada affidavit dan seterusnya menyokong fakta responden-responden bahawa pemohon telah memilih sedemikian. [12] Mahkamah ini akur kepada peruntukan di bawah Perkara 151(3) PP 20 serta seksyen 14 Akta 316 bahawa "official record" tidak boleh 7 didedahkan, sekiranya pendedahan tersebut akan menjejaskan kepentingan negara. Namun demikian, permohonan pemohon untuk mendapatkan minit prosiding tersebut adalah untuk mengesahkan pertikaian dan percanggahan fakta bahawa sebelum prosiding di Lembaga Penasihat bermula, pemohon telah ditanya 5 berkenaan kehadiran peguambelanya dan jawapan pemohon telah direkodkan secara jitu dalam minit prosiding tersebut bahawa pemohon telah bersedia untuk mengendalikan representasinya tanpa diwakili oleh seorang peguambela, sepertimana dinaratifkan oleh responden-responden. Tanpa minit prosiding tersebut, 10 pertikaian dan percanggahan fakta yang timbul ini tidak akan dapat diselesaikan. Apa yang tinggal hanyalah satu keraguan iaitu samada pemohon telah memilih sedemikian atau sebenarnya pemohon telah memilih untuk diwakili oleh seorang peguambela sejak dari peringkat awal lagi iaitu semasa pemohon diserahkan 15 dan menandatangani Borang 1, seperti yang dirujuk di atas. Tambahan lagi, Mahkamah berpendapat bahawa sekiranya minit prosiding tersebut didedahkan, ianya tidak akan menjejaskan kepentingan negara kerana kes semasa ini adalah berkaitan dengan pemohon sahaja dan bukan individu atau pihak yang lain, 20 malah prosiding tersebut juga dijalankan secara terbuka dengan kehadiran pemohon dan pihak-pihak yang berkenaan. Selanjutnya 8 dalam perkara ini, pemohon pada setiap masa yang material juga mempunyai hak asasi untuk diwakili oleh seorang peguambela dan mengatasi peruntukan seksyen 14 Akta 316 dan Perkara 151(3) PP. [13] Secara analogi, keputusan terkini dalam kes Mahkamah Persekutuan pada 1.10.2021 turut dirujuk. Kes Dhinesh a/l 5 Tanaphll v Lembaga Pencegahan Jenayah & 2 lagi (Criminal Appeal No. 05 (HC) – 12 – 01/2021 (B), yang diadili oleh YA Nalini Pathmanathan, YA Harmindar Singh Dhaliwal dan YA Rhodzariah Bujang telah memutuskan: “… (iii) On the refusal by the Board’s Chairman to call the Appellant’s witness, 10 Mathanraj which amounts to a breach of natural justice and a procedural irregularity. As is trite it is incumbent upon the respondent to prove compliance with the law. As such it would have been simple matter for the respondent to produce the minutes of the Board of Inquiry which would have provided a contemporaneous note of what transpired. That would have resolved the conflicting accounts of 15 the parties. The relevant confidential matters relating to security could have been redacted or held in camera as been stated in other caselaw …” (Penekanan oleh saya). [14] Merujuk semula undang-undang berkenaan keterangan affidavit, sekiranya terdapat tohmahan khusus seperti di dalam kes ini 20 bahawa isu hak pemohon untuk diwakili oleh seorang peguambela telah dicabar, maka adalah wajar untuk responden-responden, terutamanya Setiausaha dan Pengerusi Lembaga Penasihat 9 mengemukakan bukti sokongan di samping keterangan lisan untuk membuktikan tanpa keraguan bahawa pemohon telah bersetuju untuk meneruskan prosiding di Lembaga Penasihat tanpa kehadiran seorang peguambela. Tambahan lagi, Borang 1 yang telah diisi oleh pemohon seperti ekhsibit FA2 kepada affidavit 5 jawapan responden-responden dalam Lampiran 11 juga dengan jelas telah menyatakan bahawa "pemohon bercadang untuk diwakili oleh seorang peguambela" semasa representasinya didengar di Lembaga Penasihat. Oleh yang demikian, sekiranya pemohon secara rela hati telah bersedia untuk meneruskan prosiding di 10 Lembaga Penasihat tanpa kehadiran seorang peguambela sepertimana dinaratifkan oleh responden-responden, maka ia sewajarnya dibuktikan dengan pengemukaan minit prosiding tersebut oleh Lembaga Penasihat. Prinsip undang-undang berkenaan pengemukaan minit prosiding sekiranya wujud 15 pertikaian fakta sepertimana diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Mohammad Azanul Haqimi Tuan Ahmad Azahari v. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Malaysia & Ors
2019
8 CLJ 465 adalah terpakai seperti berikut: [17] Now, whether the appellant was allowed the right to counsel 20 was unclear from the conflicting affidavit evidence. The appellant 10 cited to us the decision in SK Takaliswaran (supra) which decision we think is on all fours. In that case, this court at p. 710 dealt with the subject of conflicting affidavit evidence in a habeas corpus case as follows: It is for the respondents to prove that the constitutional and statutory 5 safeguards embodied in art. 151 and 5(1) were strictly complied with. The liberty of an individual should not be infringed upon even to the slightest extent without proof that the impugned infringement is in accordance with the Constitution and statute... And where that evidence is by way of affidavit the court is not spared the task of 10 subjecting its contents to the same tests as in any other case, if not to stricter scrutiny since the case concerns the violation of a constitutionally guaranteed protection ... Further, where a party upon whom the onus of proof lies adduces conflicting or contradictory evidence, a court assessing that evidence is in the 15 usual way entitled to rule that the burden has not been discharged. And in a matter as important as individual liberty, where contradictory averments are made on oath, the detenu is entitled to rely on the version that is most favourable to him. Put a little differently, where as in circumstances present 20 here, more than one inference may be drawn from the evidence 11 presented by the detaining authority, the inference most favourable to the detenu must be drawn. [18] It has always been the case with our criminal law that where there are two inferences open against the accused, especially in the face of conflicting evidence, the one most 5 favourable to the accused is to be preferred. (emphasis is mine) [15] Isu yang diketengahkan oleh pemohon mempunyai kesan langsung terhadap penahanannya dan tertakluk kepada semakan kehakiman di bawah seksyen 11C Akta 316 atas sebab-sebab berikut – 10
i
Pendengaran representasi di Lembaga Penasihat adalah langkah yang paling awal bagi pemohon mempertikaikan penahanannya di bawah Akta 316 tanpa perbicaraan di mahkamah terbuka dengan mengutarakan representasinya, bahawa pemohon telah ditahan secara salah.
II
(ii) Oleh yang demikian, prosiding di Lembaga Penasihat adalah penting serta dijamin di bawah Perkara 151(1) PP, bahawa pemohon berhak untuk mengemukakan representasinya dan terdapat kemungkinan yang munasabah bahawa pemohon boleh dilepaskan dari tahanan sekiranya tahanan tersebut 20 12 didapati oleh Lembaga Penasihat sebagai tidak sah di sisi undang-undang. Lembaga Penasihat juga boleh mengesyorkan kepada Yang di Pertuan Agong di bawah Perkara 151(1) PP. Memandangkan prosiding tersebut adalah penting bagi pemohon untuk menjamin kebebasannya 5 daripada ditahan lebih lanjut, maka pemohon hendaklah diberi peluang untuk mengutarakan representasinya tanpa sebarang kekangan. Sehubungan dengan itu, sekiranya pemohon memerlukan khidmat seorang peguambela untuk mewakilinya, maka pemohon sewajarnya diberi peluang 10 tersebut dan tidak dinafikan haknya yang telah dijamin di bawah Perkara 5(1) PP.
III
(iii) Pemohon kini tiada pilihan lain, tetapi untuk mengutarakan pencabulan hak asasinya bahawa dia telah dinafikan hak mendapatkan khidmat peguambela semasa prosiding di 15 Lembaga Penasihat dalam prosiding pendengaran writ habeas corpus ini. Ini adalah langkah dan peluang akhir yang diberikan kepada pemohon. Sekiranya peluang ini juga tidak diberikan kepada pemohon, maka pemohon hanya boleh mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan di bawah 20 seksyen 374 KTJ. 13
IV
(iv) Hak pemohon untuk diwakili oleh seorang peguambela adalah hak yang dijamin oleh Perkara 5(1) PP, dan merupakan hak asasi pemohon yang tidak boleh dicabul atau diperlekehkan.
v
Beban pembuktian adalah atas responden-responden untuk membuktikan tanpa keraguan bahawa setiap proses yang 5 terlibat dan menjurus kepada penahanan pemohon adalah menurut tatacara yang ditetapkan di bawah Akta 316 dan peruntukan PP termasuklah Perkara 151, serta dipatuhi secara rapi. [16] Berlandaskan sebab-sebab yang dinyatakan di atas, mahkamah 10 mendapati bahawa terdapat ketidakpatuhan terhadap tatacara dalam penahanan pemohon di bawah seksyen 6(1) Akta 316. Hak asasi pemohon untuk diwakili oleh seorang peguambela telah dinafikan oleh responden-responden yang jelas telah mengeruhkan proses yang terlibat dalam tahanan ke atas pemohon di bawah 15 seksyen 6(1) Akta 316. Ketidakpatuhan tersebut telah menjadikan tahanan ke atas pemohon adalah tidak sah di sisi undang-undang. Berikutan dengan itu, di bawah seksyen 11C Akta 316, permohonan oleh pemohon untuk mendapatkan suatu writ habeas corpus adalah dibenarkan dan pemohon diperintahkan untuk dibebaskan serta 20 merta. 14 Permohonan writ habeas corpus dibenarkan. Bertarikh 17 Mac 2022 Sgd. 5 Muniandy Kannyappan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Taiping. 10 Peguambela Muhammad Farhan Ahmad Fadzil dari Tetuan Matthews Farhan bagi pihak Pemohon. Peguam Kanan Persekutuan Zulkapli bin Abdullah, Kementerian Dalam Negeri bagi pihak responden-responden.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.