Content
CA-45-5-10/2020 Kand. 45 20/05/2026 15:40:37 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUANTAN DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR, MALAYSIA PERBICARAAN JENAYAH NO: CA-45A-6-10/2020 & CA-45-5-10/2020 ANTARA PENDAKWARAYA PERAYU
CA-45-5-10/2020
High Court of Malaysia25 Feb 2026
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“was not together with both the accused when they were arrested. We also noted even Zainuddin's statement that was taken from him was not adduced and tendered as evidence pursuant to s.32(1)(i) of the Evidence Act 1950 if at all for some valid reasons Zainuddin could not be called to give evidence. (Emphasis added)" OKT”
“(iii) after defence is called, the accused elects to give evidence, then go through the steps set out in Mat v Public Prosecutor [1963] MLJ 263." [11] Oleh itu, Mahkamah perlu menilai keseluruhan keterangan secara maksimum dan tidak hanya di permukaan atau secara terpilih sahaja. Soalan yang perlu ditanya adakah ketera”
“ara selamat. [53] Yang Arif Dato' Collin Sequerah (semasa itu) didalam melepaskan dan membebaskan OKT semasa di peringkat kes Pendakwaan di dalam kes Public Prosecutor v Saifurrizal bin Sumli & Anor [2018] MLJU 223 menyatakan:- "[48] The trial of evidence in respect of the said car therefore does not show how,when and”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
CA-45-5-10/2020 Kand. 45 20/05/2026 15:40:37 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUANTAN DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR, MALAYSIA PERBICARAAN JENAYAH NO: CA-45A-6-10/2020 & CA-45-5-10/2020 ANTARA PENDAKWARAYA PERAYU
4
MOHD HAFIZ BIN GHANI (NO.K/P:870515-11-5573) RESPONDEN-RESPONDEN ALASAN PENGHAKIMAN PENDAHULUAN [1] Tertuduh-tertuduh, Noor Alina binti Sarpin ("OKT-1"), Safwan bin Mohd Azam ("OKT-2"), Mohamad Hakim bin Ismail ("OKT-3") dan Mohd Hafiz bin Ghani ("OKT-4) telah dituduh bersama-sama di Mahkamah ini di dalam dua (2) kes yang berbeza. [2] Kes pertama, No. CA-45A-6-10/2020, melibatkan kesemua tertuduh yang didakwa di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan. [3] Sementara kes kedua, kes No. CA-45-5-10/2020, hanya melibatkan OKT-4 sahaja di mana beliau didakwa di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952. [4] Berikut adalah pertuduhan-pertuduhan yang dihadapi oleh tertuduh-tertuduh di dalam kes CA-45A-6-10/2020 :- "Bahawa kamu bersama-sama pada 4 Mac 2020, jam lebih kurang 9.45 pagi bertempat di kawasan tempat letak kereta P2, Hotel Zenith, Jalan Putra Square, 25200 Kuantan, dalam daerah Kuantan, di dalam Negeri Pahang Darul Makmur, dalam meneruskan niat bersama kamu, telah mengedar dadah berbahaya seberat 4462.0 gram methamphetamine dan dengan itu kamu telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 254) dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan". [5] Berikut pula adalah pertuduhan yang dihadapi oleh OKT-4 di dalam kes CA-45-5-10/2020 :- "Bahawa kamu pada 4 Mac 2020, jam lebih kurang 10.15 pagi, di hadapan bilik 721, Aras 7, Hotel Zenith, Jalan Putra Square, 25200 Kuantan, dalam daerah Kuantan, di dalam Negeri Pahang Makmur, didapati dalam milikan kamu dadah berbahaya iaitu methamphetamine seberat 1.87 gram dan dengan itu kamu telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya yang boleh dihukum dibawah seksyen 12(3) Akta sama". [6] Kedua-dua kes telah dibicarakan bersama-sama oleh Mahkamah ini. Pihak Pendakwaan telah mengemukakan seramai 8 orang saksi bagi memberikan keterangan bagi pihak Pendakwaan. [7] Di akhir kes Pendakwaan, Mahkamah ini perlu menentukan sama ada satu kes prima facie telah dibuktikan terhadap kesemua tertuduh bagi kes CA-45A-6-10/2020 dan terhadap OKT-4 bagi kes CA-45-5-10/2020 bagi membolehkan tertuduh tertuduh dipanggil membela diri. UNDANG-UNDANG [8] Prinsip undang-undang yang terpakai adalah jelas dan mantap, seperti yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Balachandran v Public Prosecutor [2005] 2 MLJ 301, bahawa ujian di akhir kes Pendakwaan adalah sama ada keterangan yang dikemukakan, jika tidak dipatahkan, adalah mencukupi untuk mensabitkan tertuduh. Mahkamah Persekutuan telah menyatakan: "[22] The test at the close of the case for the prosecution would therefore be: is the evidence sufficient to convict the accused if he elects to remain silent? If the answer is affirmative, then a prima facie case has been made out. This must, as of necessity, require a consideration of the existence of any reasonable doubt in the case for the prosecution. If there is any such doubt there can be no prima facie case. [23] As the accused can be convicted on the prima facie evidence it must have reached a standard which is capable supporting a conviction beyond reasonable doubt." Prinsip kes prima facie telah diputuskan di dalam kes PP v Mohd Radzi Abu Bakar [2005] 6 MLJ 393 di mana Gopal Sri Ram JCA memetik kes in PP v. Dato' Seri Anwar Ibrahim (no.3) [1999] 2 CLJ 215 "A prima facie case arises when the evidence in favour of a party is sufficiently strong for the opposing party to be called on to answer. The evidence adduced must be such that it can be overthrown only by rebutting evidence by the other side. Taken in its totality, the force of the evidence must be such that, if unrebutted, it is sufficient to induce the court to believe in the existence of the facts stated in the charge or to consider its existence so probable that a prudent man ought to act upon the supposition that those facts existed or did happen. As this exercise cannot be postponed to the end of the trial, a maximum evaluation of the credibility of witnesses must be done at the close of the case for the prosecution before the court can rule that a prima facie case has been made out in order to call for the defence." [10] Dalam kes ini juga Mahkamah Persekutuan telah menetapkan tatacara yang perlu dipertimbangkan oleh mahkamah dalam membuat keputusan: "(i) the close of prosecution's case, subject to the evidence led by the prosecution in its totality to a maximum evaluation. Carefully scrutinise the credibility of each of the prosecution's witnesses. Take into account at reasonable inferences that may be drawn from evidence. If the evidence admits of two or more inferences, then draw the inference that is most favourable to accused. ask yourself the question; if I now call upon the accused to make his defence and he elects to remain silent am I prepared to convict him on the evidence now before me? If the answer to that evidence is "Yes" then a prima facie case has been made out and the defence should be called. I If the answer is 'No' then, a prima facie case has not been made out and the accused should be acquitted;
II
(ii) after the defence is called, the accused elects to remain silent, then convict;
III
(iii) after defence is called, the accused elects to give evidence, then go through the steps set out in Mat v Public Prosecutor [1963] MLJ 263." [11] Oleh itu, Mahkamah perlu menilai keseluruhan keterangan secara maksimum dan tidak hanya di permukaan atau secara terpilih sahaja. Soalan yang perlu ditanya adakah keterangan yang dikemukakan mencukupi untuk mensabitkan tertuduh-tertuduh di akhir kes pembelaan sekiranya tertuduh-tertuduh memilih untuk berdiam diri di peringkat pembelaan? NARATIF KES PENDAKWAAN [12] Bertindak atas maklumat pengedaran dadah, pada 4.3.2020, jam lebih kurang 09.45 pagi, Inspektor Muhammad Taufiq Ajmal bin Jamaluddin ("Pengadu") telah mengetuai sepasukan anggota serbuan dari JSJN IPK Pahang membuat pemerhatian di kawasan parkir tempat kereta P2 Hotel Zenith, Jalan Putra Square, Kuantan, Pada jam lebih kurang 10.05 pagi, Pengadu bersama Inspektor Izham bin Abdul Wahab ("SP7") dan anggota serbuan lain telah melihat sebuah kereta jenis Perodua Myvi berwarna kuning nombor pendaftaran W 4969 P yang dipandu oleh seorang lelaki melayu memasuki dan telah meletakkan kereta tersebut di parkir hotel. Lelaki melayu tersebut kemudiannya keluar dari bahagian pemandu sambil mengunci kereta dengan menggunakan alat kawalan jauh yang berada di tangannya lalu menuju ke lobi hotel. [13] Pada jam lebih kurang 10.58 pagi, Pengadu dan SP7 telah nampak seorang wanita melayu (OKT-1) menghampiri kereta tersebut dan dengan menggunakan alat kawalan jauh, OKT-1 telah membuka pintu kereta bahagian penumpang hadapan. Pengadu dan SP7 telah melihat OKT-1 mengambil satu kotak berwarna merah (P10) dari bahagian tempat duduk penumpang hadapan kereta. Pada masa yang sama Pengadu telah mengarahkan SP7 dan anggota serbuan untuk membuat serbuan. Pengadu bersama SP7 telah memperkenalkan diri sebagai pegawai kanan polis dan menahan OKT-1. [14] Pengadu kemudiannya telah merampas kotak P10 tersebut. SP7 melihat pengadu membuat pemeriksaan ke atas kotak tersebut dan mendapati di dalamnya satu kotak berwarna hitam / putih bertulis GUCCI (P11). Di dalam kotak tersebut mengandungi: i) 1 bungkusan berwarna hijau bertulis Guan Yin Wang (P12) di dalamnya mengandungi 1 paket plastik lutsinar mengandungi serbuk dan ketulan jernih disyaki dadah (P12A), ii) 1 bungkusan berwarna hijau bertulis Guan Yin Wang (P13) di dalamnya mengandungi 1 paket plastik lutsinar berisi serbuk dan ketulan jernih disyaki dadah (P13A), iii) 1 bungkusan berwarna hijau bertulis Guan Yin Wang (P14) di dalamnya mengandungi 4 paket plastik lutsinar setiap satu mengandungi serbuk dan ketulan jernih disyaki dadah (P14A-D), iv) 1 bungkusan bertulis Guan Yin Wang (P15) di dalamnya mengandungi 1 paket plastik lutsinar berseal biru (P15A) di dalamnya mengandungi paket plastik lutsinar serbuk dan ketulan jernih disyaki dadah (P15B), v) 1 paket plastik lutsinar berisi serbuk dan ketulan jernih disyaki dadah (P16), vi) 1 paket plastik plastik lutsinar (P17) mengandungi 1 paket plastik lutsinar di dalamnya mengandungi serbuk dan ketulan jernih disyaki dadah (P17A), vii) 1 paket plastik plastik lutsinar (P18) mengandungi 1 paket plastik lutsinar di dalamnya mengandungi serbuk dan ketulan jernih disyaki dadah (P18A) [15] Pengadu turut merampas kereta, kunci kereta dan alat kawalan jauh. Pengadu kemudiannya menyediakan borang geledah (51) dan ditandatangani oleh OKT-1. [16] Pengadu kemudiannya mengarahkan SP7 bersama Inspektor Shapuddin Bin Ibrahim ("SP4") dan SM Johan (anggota serbuan) untuk naik ke bilik 721 di tingkat 7 hotel. Pada jam lebih kurang 10.15 pagi, SP4 berjaya menangkap OKT-4 di hadapan bilik 721 setelah berlaku pergelutan dan percubaan melarikan diri. Hasil pemeriksaan ke atas OKT-4 telah menjumpai:- i) 1 paket plastik lutsinar berisi dadah di dalam poket bahagian hadapan sebelah kanan seluar yang dipakai OKT-4. [17] Sejurus selepas tangkapan, Pengadu dan anggota serbuan membuat tindakan susulan terhadap maklumat yang diterima secara lisan dari OKT-1 dan OKT-4 yang mana terdapat rakan sejenayah yang terlibat berada di tempat letak kereta pasaraya East Coast Mall. Pengadu, SP7 dan pasukan serbuan telah pergi ke tempat kejadian kedua dan tahan sebuah kereta Chevrolet Colorado warna merah nombor pendaftaran CDJ 155 di kawasan tempat letak kereta pasaraya East Coast Mall dan tahan OKT-2 serta OKT-3. OKT-2 OKT-3 dikatakan cuba melarikan diri sebelum ditangkap. PEMBELAAN TERTUDUH-TERTUDUH [18] Pembelaan bagi pihak tertuduh-tertuduh pada asasnya adalah bahawa:
i
Pendakwaan gagal membuktikan elemen milikan, kawalan dan pengetahuan;
II
(ii) terdapat kegagalan pihak penyiasat untuk menjalankan siasatan menyeluruh; dan
III
(iii) Pihak Pendakwaan gagal mengemukakan saksi-saksi penting sebagai saksi Pendakwaan atau menawarkan mereka di akhir kes Pendakwaan serta gagal mengemukakan dokumen-dokumen dan dengan ini inferen bertentangan adalah terpakai. [19] Pembelaan juga menghujahkan bahawa keterangan Pendakwaan mengandungi kelompangan material serta percanggahan yang menjejaskan kebolehpercayaan naratif keseluruhan kes. ANALISIS DAN DAPATAN Isu Utama: Milikan, Kawalan dan Pengetahuan [20] Bagi kes CA-45A-6-10/2020, adalah tidak dipertikaikan bahawa rampasan bahan dadah dibuat di kawasan parkir P2 Hotel Zenith sepertimana dipertuduhkan. [21] Apa yang menjadi pertikaian adalah samaada bahan dadah tersebut ditemui di tempat penumpang sebelah hadapan kereta Myvi atau sedang dipegang oleh OKT-1 semasa tangkapan dibuat. [22] Berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh Pengadu (P50), direkodkan oleh Pengadu seperti berikut:- "Saya telah melihat Perempuan melayu tersebut mengambil (1) kotak berwarna merah di bahagian tempat duduk penumpang hadapan dan dalam masa yang sama saya bersama pasukan serbuan terus membuat serbuan sambil kenalkan diri pegawai polis dan tahan Perempuan tersebut". [23] Untuk rekod, Pengadu ini tidak dipanggil memberikan keterangan oleh pihak Pendakwaan. [24] Kenyataan Pengadu ini pada dasarnya disokong oleh keterangan SP7 dengan sedikit perbezaan. SP7 mengatakan telah melihat seorang wanita melayu menghampiri kereta Myvi dan telah mengeluarkan satu kotak dan kemudianya telah berjalan menuju ke hotel semula membawa kotak berkenaan. [25] Perbezaan yang dikenal pasti di sini adalah menurut pernyataan Pengadu, OKT-1 ditangkap sejurus sahaja beliau membuka kereta Myvi dan mengambil kotak di tempat penumpang manakala berdasarkan versi SP7, OKT-1 telah membuka, mengambil kotak dan kemudiannya berjalan semula ke arah hotel sebelum ditangkap. [26] Apapun perbezaan di antara dua keterangan tersebut, kedua-dua versi tersebut jelas bercanggah dengan D51 yang juga disediakan oleh Pengadu. [27] Berdasarkan ekshibit D51, kotak berwarna merah dengan tulisan motul yang di dalamnya terkandung kotak hitam putih dengan tulisan GUCCI yang mengandungi dadah dirampas di "bahagian tempat duduk penumpang hadapan". [28] Ekshibit D51 ini juga telah ditandatangani oleh OKT-1 yang bersetuju bahawa dadah berkenaan dijumpai di dalam kereta dan bukan pada tangan OKT-1. Pegawai penyiasat kes ini, iaitu ASP G/17374 Hisham bin Abdul Hamid ("SP-8") pula semasa disoal balas mengesahkan bahawa kandungan ekshibit D51 adalah tepat; Peguam : Merujuk kepada 1D51, setuju saya katakan keterangan pada borang bongkar ini tepat? SP-8: Setuju [29] Selain dari itu, SP-8 juga bersetuju bahawa OKT-1 ditahan ketika menghampiri kereta Myvi berkenaan. Beliau menyatakan semasa pemeriksaan balas; Peguam : Setuju OKT-1 ditahan ketika menghampiri Myvi? SP-8 : Setuju [30] Daripada keterangan dan dokumentasi yang dinyatakan di atas, terdapat kini 3 versi di hadapan Mahkamah berkenaan tangkapan ke atas OKT-1 seperti berikut:- i) Versi P50 - OKT-1 ditangkap serta merta sebaik membuka kereta Myvi dan mengambil kotak merah; ii) Versi SP7 - OKT-1 ditangkap setelah membuka, mengambil kotak dan berjalan semula kearah hotel; dan iii) Versi SP8 - OKT-1 ditangkap ketika menghampiri kereta Myvi. [31] Isu ini penting untuk dirungkai kerana ianya melibatkan elemen milikan, kawalan dan pengetahuan yang perlu dibuktikan oleh pihak Pendakwaan. Isu teras dalam kes ini adalah sama ada Pendakwaan berjaya membuktikan elemen milikan, kawalan dan pengetahuan terhadap bahan dadah yang ditemui di dalam kotak merah tersebut. [32] Adakah OKT-1 dan tertuduh lainnya mempunyai milikan, kawalan dan pengetahuan ke atas kereta Myvi dan seterusnya bahan dadah tersebut? [33] Berdasarkan keterangan, kesemua tertuduh ditahan di 3 lokasi berasingan. OKT-1 di kawasan parkir di mana kereta Myvi diletakkan. OKT-2 dan OKT-3 ditahan di bangunan berhampiran (East Coast Mall) manakala OKT-4 ditahan di Tingkat 7 Bangunan Hotel Zenith tersebut. [34] Daripada kesemua tertuduh ini, hanya OKT-1 yang mempunyai kehampiran (proximity) kepada kereta Myvi tersebut. [35] Setelah mendengar dan meneliti keterangan yang dikemukakan, Mahkamah mendapati, tiada keterangan konklusif yang menunjukkan mana-mana tertuduh mempunyai kawalan eksklusif kepada kereta Myvi tersebut. [36] Pertama sekali, tiada seorang pun daripada tertuduh merupakan pemilik atau penyewa kenderaan Myvi tersebut. Pemilik kenderaan tersebut adalah Zamrie Bin Zabar ("SP2"). Menurut keterangan SP2, kenderaan Myvi tersebut disewa oleh seorang pihak ketiga bernama Amirul Adli Bin Senu. [37] Selanjutnya, menurut SP-2, Amirul Adli telah menyewa kereta berkenaan bermula dari 20.2.2020 dan kemudianya telah pada 25.2.2020 menambah tempoh sewaan sehinggalah kereta berkenaan dirampas oleh pihak polis pada 4.3.2020. [38] SP-2 juga turut mengemukakan P33 bagi menyokong keterangan tersebut. Berdasarkan P33, Amirul Adli adalah orang yang terakhir menyewa kereta Myvi tersebut. Oleh itu, terdapat kemungkinan bahawa beliaulah "lelaki melayu" yang dirujuk oleh Pengadu di dalam P50. [39] Keterangan ini juga disahkan oleh SP8. Nama Amirul Adli sering dirujuk oleh SP8 dalam keterangan beliau sebagai individu yang dikatakan memberikan maklumat mengenai aktiviti pengedaran bahan dadah oleh tertuduh-tertuduh. [40] Malangnya, sepertimana juga Pengadu, pihak Pendakwaan juga gagal mengemukakan Amirul Adli sebagai saksi Pendakwaan. [41] Kes Pendakwaan bergantung kepada keterangan SP7 yang kononnya melihat OKT-4 memandu kereta Myvi masuk ke parking hotel dan kemudiannya keluar menuju ke hotel. Walaubagaimanapun, keterangan ini tidak disokong oleh P50 mahupun oleh SP8. [42] Berdasarkan P50, Pengadu melihat kenderaan tersebut dipandu masuk oleh "seorang lelaki melayu" pada jam 10.05 pagi ke kawasan parkir tersebut. Pengadu tidak merujuk OKT-4 adalah "lelaki melayu" tersebut. [43] Mahkamah juga tidak dapat menerima keterangan SP7 tersebut disebabkan beberapa perkara yang akan dihuraikan selepas ini. [44] Jika dilihat kepada naratif Pendakwaan, operasi dijalankan berdasarkan maklumat risikan dadah. Maklumat yang diperolehi jelas menyatakan butiran kereta Myvi yang terlibat. Pasukan operasi hadir seawal jam 9.45 pagi di lokasi. Pada jam 10.05 pagi, kereta Myvi tersebut masuk ke parkir dengan dipandu seorang lelaki melayu. Walaubagaimanapun, tiada penjelasan mengapa tiada tangkapan dibuat pada ketika itu dan lelaki melayu tersebut dibiarkan sahaja berlalu pergi walaupun pihak serbuan mempunyai maklumat mengenai bahan dadah yang berada di dalam kereta Myvi tersebut. [45] Berdasarkan keterangan SP8, bahan dadah sememangnya berada di dalam kereta Myvi tersebut dan oleh itu, pastinya di bawa oleh pemandu kereta Myvi tersebut. Tetapi, pasukan operasi tidak terus membuat tangkapan sebaliknya menunggu sehingga jam 10.58 pagi sebelum serbuan dan tangkapan dibuat. [46] Adalah dapatan Mahkamah bahawa berdasarkan keteranganketerangan yang diberikan, jelas individu terakhir yangmempunyai akses dan menggunakan kereta tersebut ialah individu yang memandu kereta Myvi tersebut ke parkir hotel tersebut dan bukannya OKT-1 mahupun tertuduh lainnya. Tambahan pula SP8 sendiri mengesahkan bahawa semasa tangkapan itulah kali pertama OKT-1 berada berhampiran kereta Myvi tersebut. [47] Undang-undang mengenai milikan dalam kes dadah memerlukan bukan sahaja unsur fizikal tetapi juga unsur mental iaitu pengetahuan, seperti yang dijelaskan dalam prinsip kes-kes seperti Chan Pean Leon v PP [1956] 1 LNS 17 bahawa milikan memerlukan kedua-dua element fizikal dan mental. Di dalam kes ini, berdasarkan keterangan, Mahkamah tidak berpuashati bahawa kesemua tertuduh-tertuduh memiliki kedua-dua element tersebut. [48] Di dalam kes Roslan Abdullah v PP [2010] 1 CLJ 685 Mahkamah Rayuan telah menegaskan bahawa: "Mere knowledge is not sufficient to establish possession." [49] Dalam kes ini, Mahkamah mendapati tiada daripada manamana tertuduh mempunyai akses dan kawalan eksklusif kepada kereta myvi tersebut apatah lagi mempunyai milikan dan pengetahuan ke atas bahan dadah yang dijumpai. [50] Dalam situasi OKT-1, keterangan SP-8 menyatakan bahawa dadah sudahpun berada di dalam kereta Myvi berkenaan semasa kereta tersebut sampai ke parkir hotel Zennith. SP-8 juga bersetuju dengan cadangan peguam OKT-1 bahawa dadah yang berada di dalam kereta myvi berkenaan tidak dibawa oleh OKT-1 dan kereta berkenaan bukan milik ataupun disewa oleh OKT-1. [51] Tidak terhenti disitu, SP-8 juga bersetuju bahawa semasa tangkapan OKT-1 dibuat, itulah kali pertama OKT-1 menghampiri kereta Myvi berkenaan. [52] Mahkamah mendapati bahawa pihak Pendakwaan gagal mengenepikan kemungkinan akses oleh pihak lain. Dalam keadaan sedemikian, inferens milikan eksklusif tidak boleh disimpulkan secara selamat. [53] Yang Arif Dato' Collin Sequerah (semasa itu) didalam melepaskan dan membebaskan OKT semasa di peringkat kes Pendakwaan di dalam kes Public Prosecutor v Saifurrizal bin Sumli & Anor [2018] MLJU 223 menyatakan:- "[48] The trial of evidence in respect of the said car therefore does not show how,when and for how long the accused persons had come to be in possession of the said car. The issue to be considered therefore is who besides the accused persons had access to the said car before the arrest of the accused persons. It is incumbent upon the prosecution in such cases to exclude the possibility of others having access to the car. [49] This all the more so when the arrests were made based upon information received. There is no dispute that the said car was detained based upon information received albeit in this case from a member of the public. There is a need for the prosecution to exclude the possibility of access of others in situations where raids are conducted based upon information received. This was held by the Federal Court in the case of Ibrahim Mohammad & Anor v PP [2011] 4 CLJ 113 as follows: It is also pertinent to take note in the present case that the police raidingparty were acting on a tip-off which led to the arrest and detention of both the accused. The relevance of this established fact can be seen in the decision of the then Supreme Court in Abdullah Zawawi bin Yusoff v. PP [1993] 4 CLJ 1 where it was inter alia held as follows: Given the fact that this was a case where the police were acting on a tip-off, the onus was not on the defence to prove possibility of access by others but on the prosecution to exclude such possibility. The Supreme Court in Abdullah Zawawi had therefore highlighted the danger of relying on a tip-off's case as there is a possibility that in such a situation the drugs may have been planted in order to implicate the accused. Hence the need for the prosecution to exclude the possibilities that other individuals may have access to the drugs in question. We find on a proper perusal of the evidence it would show that the prosecution had failed to exclude the possibility of others having access to the said vehicle. No evidence whatsoever was adduced by the prosecution to exclude the possibility that Zainuddin and / or other individuals had access to the vehicle prior to the date of arrest. This is further compounded when the courts below erroneously took the position that the failure to call Zainuddin is not fatal as he was not together with both the accused when they were arrested. We also noted even Zainuddin's statement that was taken from him was not adduced and tendered as evidence pursuant to s.32(1)(i) of the Evidence Act 1950 if at all for some valid reasons Zainuddin could not be called to give evidence. (Emphasis added)" OKT-2, OKT-3 dan OKT-4 [54] Di dalam kes ini OKT-2 dan OKT-3 ditahan di kawasan East Coast Mall. Manakala OKT-4 telah ditahan di tingkat 7 Hotel Zenith. [55] Berdasarkan naratif pihak Pendakwaan tangkapan ke atas OKT-2 dan OKT-3 dibuat berdasarkan maklumat oleh OKT-1 dan OKT-4. [56] Walaubagaimanapun, Mahkamah mendapati tiada keterangan dikemukakan bagi membuktikan perkara ini. Kedudukan OKT-2, OKT-3 dan juga OKT-4 dengan barang kes dadah adalah jauh, sekali gus menafikan kewujudan sebarang kaitan langsung atau nexus yang boleh menghubungkan OKT-2, OKT-3 dan OKT-4 dengan barang kes dadah tersebut. [57] Mahkamah Rayuan di dalam kes Roslan Abdullah v PP [2010] 1 CLJ 685 menyatakan :- [31] ...The appellant was arrested probably miles from the said house, while the proscribed drugs were found inside a bag (P12) in a bedroom of the said house. Indisputably, the appellant was not in actual physical custody or control of the proscribed drugs. In those circumstances, so as to prove possession of the proscribed drugs, the prosecution had to prove that the appellant had exclusive possession of the bedroom to begin with. But exclusive possession of that bedroom was not proved, for that bedroom was the bedroom of SP4 and appellant (see 79AR and 85AR). Worse still, the evidence was that the bedroom had no door (see 85AR) and was accessible to neighbours and friends (see 86AR). Admittedly, there was the evidence from SP4 that the Appellant was the owner of the bag (P12). But that evidence from SP4 was obtained, or was it extracted or coerced, from SP4 in the course of the impeachment proceedings taken by the prosecution against her (see 80AR). At the end of the day, all that was proved against the appellant was that in the bedroom that he shared with SP4 was arguably his bag (P12). But exclusive possession of that bedroom was not proved and hence it could not be inferred that the appellant had possession of the drugs inside his bag. Perhaps the appellant had knowledge of the drugs, but "mere knowledge is not sufficient to establish possession (see Gooi Loo Seng v. PP [1993] 3 CLJ 1 SC). A prima facie had not been made out. At any rate, the whole thing was a complete mistrial." [58] SP7 dan SP8 juga bersetuju bahawa tiada apa-apa barang peribadi OKT-2 dan OKT-3 dirampas dari kereta Myvi tersebut; Oleh itu, tiada keterangan yang boleh mengaitkan OKT-2 dan OKT-3 dengan kereta Myvi tersebut. Maklumat yang dikatakan diberikan oleh OKT-1 dan OKT-4 juga gagal diperincikan dan dijelaskan oleh pihak Pendakwaan. Disebaliknya SP8 menyatakan maklumat berkenaan OKT-2 dan OKT-3 adalah diberikan oleh Amirul Adli bin Senu. [59] Terhadap OKT-4, Pendakwaan mengemukakan keterangan rampasan dan acupakai bagi mengaitkan beliau dengan kereta Myvi tersebut. [60] Mahkamah mendapati keterangan rampasan pakaian dan acupakai ini bukanlah satu keterangan yang konklusif dan amat meragukan memandangkan :i. OKT-4 tidak pernah berada dan bersama ke tempat kejadian semasa rampasan baju-baju dibuat; ii. OKT-4 tidak pernah dibacakan apa-apa kata-kata amaran sebelum baju tersebut diacupakaikan; iii. Tiada keterangan yang menunjukkan bahawa OKT-4 ada pada bila-bila masa mengakui bahawa baju-baju tersebut adalah miliknya; iv. Berdasarkan gambar acupakai, Mahkamah mendapati bahawa baju yang diacupakaikan kepada OKT-4 adalah terlalu ketat; v. Tiada keterangan yang konklusif bahawa baju-baju tersebut merupakan baju milik OKT-4; vi. Terdapat item-item lain di dalam kereta tersebut yang tidak dirampas dan diacupakaikan kepada OKT-4 sehingga menimbulkan inferens bahawa ianya bukan milik OKT-4. [61] Di dalam kes PP v. Premakumar Balan & Anor [2010] 3 CLJ 736 Mahkamah telah memutuskan seperti berikut :- Test Fittings Of Clothes By Both Accused [21] In the course of investigations, both the accused were subjected to a test fitting of the clothes found in the respective travelling bags. Interestingly enough, the investigating officer candidly admitted that no caution was administered before the test fitting was carried out. [22] The act of this demonstration can be equated with a statement, and therefore the safeguards of a statutory caution would apply to cover any admissions or confessions, including actions of the accused tantamount to statement. [23] In the Court of Appeal case of Y. Jeyamuraly Yesiah v. PP [2007] 5 CLJ 605, a majority decision held that the conduct of the appellant, namely, in picking up a biscuit tin andhanding it to SP4 in response of her request to hand over any prohibited item in his custody or under his control amounts to a statement which fall within the contemplation of s. 37A of the Act. The majority decision are of the view that the word "statement" appearing in s. 37A of the Act must be construed as including actions. [24] The majority decision held at p. 632 as follows: Thus, we hold that actions such as pointing or nodding or handing over physically an item in response to a question or request are statements within the contemplation of s. 37A of the Act or is tantamount to information received from a person accused of any offence in the custody of a police under s. 27(1) of the Evidence Act 1950 depending upon the circumstances of the case. [25] Similarly, in the Penang High Court Criminal Trial No: 45-12-95 PP v. Cheah Ooi Por & Anor (unreported). His Lordship Jeffery Tan J (as he then was) at p. 14 of the judgment, in upholding the objection of the defence had this to say: Defence counsel, however lodged a strong objection to the admission of the evidence-that OKT1 was requested by the investigation officer to try on P160, the pair of trousers with the pager hanging in the middle hall, and it fitted OKT1 - which the prosecution intimated it was proceeding to adduce. It was not in dispute the statutory caution under s. 37A(1)(b) was not read to the accused, but the prosecution however contended that the intended evidence was not a statement within the meaning of s. 37(1) of the Act, and therefore admissible despite the absence of a caution. KEGAGALAN MEMANGGIL SAKSI MATERIAL [62] Satu isu penting dalam kes ini ialah kegagalan pihak Pendakwaan untuk memanggil saksi utama iaitu Pengadu, Inspektor Muhammad Taufiq Ajmal, pegawai yang mengetuai operasi. Tiada penjelasan diberikan walaupun nama beliau disenaraikan sebagai salah seorang saksi Pendakwaan. [63] Saksi ini bukan sahaja ketua operasi, malah merupakan individu yang menyediakan laporan utama (P50) dan berada di kedudukan terbaik untuk menjelaskan keseluruhan naratif Pendakwaan, terutamanya bagi menjelaskan dengan tepat di mana bahan dadah tersebut ditemui dan keadaan di sekitar penangkapan OKT-1 dan kaitan di antara kesemua tertuduh. [64] Mahkamah Persekutuan dalam kes Ibrahim Mohamad & Anor v PP [2011] 4 CLJ 113 telah menegaskan bahawa :- "The prosecution has a duty to call all necessary witnesses essential to the unfolding of the narrative of the prosecution's case." [65] Dalam kes ini, kegagalan memanggil saksi tersebut tanpa sebarang penjelasan mewujudkan satu kelompangan yang serius dalam kes Pendakwaan dan tidak memberikan ruang sewajarnya kepada Pembelaan untuk menyoal balas ketepatan laporan P50 yang beliau sediakan dan kejadian tangkapan secara terperinci. [66] Pada masa yang sama, keterangan SP8 adalah bergantung kepada maklumat-maklumat yang diberikan oleh Pengadu ini dan kegagalan membawa Pengadu ini untuk memberikan keterangan di Mahkamah menjadikan keseluruhan maklumat-maklumat yang disalurkan kepada SP8 tersebut bersifat dengar cakap semata-mata. [67] Bagi mengisi kelompangan ini (ketiadaan Pengadu) pihak Pendakwaan mengemukakan SP4 dan SP7 untuk memberikan keterangan. Berdasarkan P50, SP4 dan SP7 direkodkan sebagai antara anggota serbuan yang terlibat dalam operasi yang diketuai oleh Pengadu. [68] Walaubagaimanapun, Mahkamah mendapati terdapat keraguan di dalam perkara ini. Disebaliknya, Mahkamah mendapati SP4 dan SP7 tidak berada bersama Pengadu semasa tangkapan ke atas OKT-1 dibuat. Dapatan ini dibuat kerana SP4 dan SP7 terlibat dalam tangkapan di lokasi lain pada masa rampasan dan tangkapan ke atas OKT-1 dilakukan berdasarkan keterangan dokumentari di hadapan Mahkamah. [69] Jika dilihat kepada P50, OKT-1 ditahan pada jam 10.58 pagi di parkir kenderaan. "Pada jam lebih kurang 1058hrs, saya telah nampak seorang Perempuan melayu telah menghampiri kereta tersebut dan dengan menggunakan alat kawalan jauh telah membuka pintu kereta bahagian penumpang hadapan. Saya telah melihat Perempuan melayu tersebut mengambil (1) kotak berwarna merah di bahagian tempat duduk penumpang hadapan dan dalam masa yang sama saya bersama pasukan serbuan terus membuat serbuan sambil kenalkan diri sebagai pegawai kanan polis dan tahan perempuan tersebut".
Preamble
Mengikut SP7 hanya selepas tangkapan ke atas OKT-1 dibuat, barulah beliau diarahkan pergi ke tingkat 7 bangunan hotel tersebut. Tetapi jika dibandingkan dengan maklumat di dalam P38, iaitu laporan yang dibuat oleh SP7 sendiri berkenaan tangkapan ke atas OKT- 4, waktu yang direkodkan adalah pada jam 11.00 pagi. SP4 direkodkan berada bersama-sama SP7 semasa tangkapan dibuat. "Bersangkut Kuantan Rpt : 6033/2020, pada 18/3/2020 jam l/k 0935 hrs bertempat di Pejabat JSJN Ipk Kuantan, saya ingin membuat pembetulan laporan polis bahawa pada 04/03/2020 waktu serbuan dan pemeriksaan terhadap suspek di alamat berhadapan bilik 72, Aras 7 Hotel Zenith, Jalan Putra Square Kuantan Pahang adalah pada 04/03/2020 jam l/k 1100hrs dan bukannya pada 04/03/2020 jam l/k 10.15 hrs. Butiran lain tidak berubah. Sekian, laporan saya". [71] Perbezaan masa yang terlalu singkat (di antara tangkapan dan rampasan yang dibuat ke atas OKT-1 dan tangkapan dan rampasan yang dibuat ke atas OKT-4) tidak memungkinkan SP4 dan SP7 untuk berada di dua tempat yang berbeza dan terlibat dalam 2 tangkapan yang berbeza. [72] Adakah garis masa ini hanya suatu kesilapan perkeranian dan tidak relevan? Tidak pada pandangan Mahkamah ini kerana P38 adalah merupakan laporan pindaan ke atas P37. P38 disediakan untuk membetulkan kesilapan di dalam P37 dan oleh itu, ianya perlulah diterima sebagai suatu maklumat yang lebih tepat berbanding P37 dan keterangan lisan SP7. [73] Menurut keterangan SP4, beliau bersama SP7 dengan SI Johan naik ke tingkat 7 melalui lif barang dan telah meminta kebenaran dari pekerja hotel iaitu pekerja housekeeping untuk naik ke tingkat 7. Beliau kemudian telah menuju mencari bilik nombor 721 dan telah buat pemantauan terhadap bilik tersebut lebih kurang 10 minit dan tidak lama selepas itu OKT-4 keluar dan SP4 telah buat tangkapan di hadapan bilik tersebut. [74] Berdasarkan maklumat kontemporari ini, jelas SP4 dan SP7 tidak berada bersama-sama Insp Taufik Ajmal ketika tangkapan dibuat ke atas OKT-1 kerana mereka telah berada sekurangkurangnya 10 minit sebelum tangkapan ke atas OKT-1 dibuat. Oleh itu, SP4 dan SP7 bukanlah saksi yang berkelayakan untuk memberikan keterangan bagi menggantikan Pengadu yang merupakan ketua operasi dan invidu bertanggungjawab membuat laporan P50 dan penyumbang maklumat utama kepada pegawai penyiasat. [75] Ketiadaan mereka di tempat kejadian menjelaskan mengapa terdapat percanggahan di dalam keterangan mereka terutamanya berhubung tangkapan OKT-1 sepertimana dinyatakan sebelum ini. [76] Disebabkan ini juga, Mahkamah menolak keterangan SP7 berhubung dakwaan beliau melihat OKT-4 memasuki kawasan parkir memandu kereta Myvi tersebut. [77] Jika diketepikan keterangan daripada SP4 dan SP7, ini bermakna tidak ada sebarang keterangan daripada mana-mana pegawai serbuan dikemukakan oleh pihak Pendakwaan bagi menyokong kes pihak Pendakwaan berhubung tangkapan ke atas OKT-1 dan penemuan bahan dadah di dalam kereta Myvi. [78] Dalam keadaan ini, Mahkamah mendapati adalah wajar untuk menggunapakai inferens bertentangan di bawah seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 terhadap pihak Pendakwaan di atas kegagalan mengemukakan Pengadu di dalam kes ini untuk memberikan keterangan. [79] Bersangkut inferens bertentangan ini, seorang lagi saksi utama juga telah gagal dikemukakan oleh pihak Pendakwaan iaitu Amirul Adli Bin Senu. Amirul Adli bin Senu adalah penyewa terakhir kenderaan Myvi tersebut dan berkemungkinan merupakan "seorang lelaki melayu" yang dinyatakan oleh Pengadu di dalam laporannya. Oleh itu kegagalan mengemukakan beliau sebagai saksi juga menimbulkan keraguan dan pihak Pendakwaan gagal mengenepikan beliau daripada kemungkinan tersebut. [80] Pada masa yang sama, SP8 juga kerap kali menyebut nama individu ini sebagai penyalur maklumat beliau. Tanpa kehadiran beliau sebagai saksi, segala keterangan yang diberikan oleh SP8 yang merujuk maklumat yang diberikan oleh individu ini kekal sebagai keterangan dengar cakap semata-mata. Pemeriksaan semula SP8 :- Q: Semalam peguam tanya, tujuan OKT Safwan ke ECM, ialah untuk jalan-jalan beli barang, kamu jawab tak setuju, kenapa jawab tak setuju? A: Saya jawab tak setuju, kerana sebentar tadi saya telah nyatakan ada satu saksi iaitu Amirul Adli Bin Senu telah menyatakan dan mendedahkan bahawa tujuan Safwan datang ke Kuantan, untuk aktiviti dadah, dan juga telah mendedahkan apa yang telah berlaku di pasar raya ECM dan di dalam kenderaan Colorado tersebut. Q: Kamu juga ditanya semalam, Team Serbuan tersilap tangkap OKT2, kamu jawab tidak tersilap. OKT2 tidak ada pengetahuan tentang apa-apa barang salah, semalam kamu ditanya soalan itu, dan kamu jawab tidak setuju, boleh jelaskan kenapa tidak setuju? A: OKT berkenaan ada pengetahuan Yang Arif terhadap bahan bahan dadah yang dibawa kerana juga dalam siasatan saya, saksi yang saya siasat iaitu Penama Amirul Adli bin Senu telah mendedahkan apa yang berlaku di dalam kereta Colorado dan apa yang berlaku di pasar raya ECM tersebut. Q: Berkenaan dengan kaitan OKT2 dengan pengedaran dadah, dan juga dadahyg ditemui dalam kereta di Zenith, kedua-dua jawab tak setuju, boleh bagitahu mahkamah. A: Sekali lagi Yang Arif, dalam siasatan saya, Penama tadi Amirul Adli Bin Senu, yang juga telah ditangkap di Paka, Terengganu oleh Team Operasi yang sama, pada hari yang sama, juga telah mendedahkan apa yang berlaku terhadap kejadian tersebut di dalam Colorado Merah dan di pasaraya ECM, dalam siasatan saya mendapati semua mereka ada pengetahuan terhadap dadah yang dibawa ke Hotel Zenith tersebut. [81] Hakim Mahkamah Rayuan Abdul Malik bin Ishak (semasa itu), di dalam kes Ang Kian Chai v PP & Another Appeal [2012] 1 LNS 398 menyatakan:- [21] We are constrained to say, with respect, that the learned JC had gone off tangent and had completely misdirected herself when she held that the absence of Chen Jing had no consequence and that based on the evidence adduced it was sufficient to hold that the appellant had knowledge and control of the raw opium in the said house. Now, since the learned JC had earlier found that Chen Jing was a tenant and occupant of the said house and had free access to the entire house including the room where the raw opium was found by SP4, it can also be argued that Chen Jing too just like the appellant had knowledge, custody, control and possession of the raw opium in the said room.
22
Without putting Chen Jing to the stand and subjecting her to cross examination, there is a wide gap in the prosecution's case. We acknowledge that the prosecution has the full and complete discretion to decide as to whether Chen Jing should be called as a witness. But if the failure to call Chen Jing would undermine the prosecution's case and prevent the prosecution from proving its case beyond reasonable doubt, then the Court has no choice but to acquit the appellant (Ti Chuee Hiang v. Public Prosecutor [1995] 2 MLJ 433, SC; and Public Prosecutor v. Asnawi bin Yusuf [2011] 4 MLJ 16, CA)." [82] Mahkamah juga mendapati bahawa di akhir kes Pendakwaan, kedua-dua individu ini tidak ditawarkan kepada pihak Pembelaan. [83] Mahkamah Persekutuan di dalam kes Rosli Yusof v. PP [2021] 5 MLRA 150; [2021] 4 MLJ 479; [2021] 7 CLJ 681 menyatakan :- "[37] We now turn to the mainstream of the present appeal. The nub of learned counsel's argument is not about the failure of the prosecution to call these arrestees as its witnesses but the critical issue is the failure of the prosecution to make them available to the defence. No explanation was proffered by prosecution on this failure. [38] In our view, it is settled law based on the authorities cited to us by learned counsel for the appellant in his submission that the prosecution has discretion whether to call any particular witness, but such discretion is subject to two limitations, viz (i) the discretion must be exercised with due regard to considerations of fairness and good faith; and (ii) the witnesses who had been investigated by the police and from whom the statements have been recorded must be offered to the defence." [84] Walaupun Amirul Adli telah ditangkap dan keterangannya di ambil, beliau tidak dipanggil memberikan keterangan walaupun namanya disenaraikan sebagai saksi Pendakwaan. Pada masa yang sama beliau tidak ditawarkan menjadi saksi kepada pihak Pembelaan. [85] Mahkamah Rayuan di dalam kes Santoshkumar Sukumaran v PP [2026] 3 MLRA 431 menyatakan :- Held (allowing the appeal):
1
From the established case authorities, it was clear that the unassailable duty to consider all evidence rested with the Court, and it was not up to the Prosecution to determine whether or not any evidence would actually be useful to the defence before deciding whether any arrestees could be offered as witnesses. Whilst the Prosecution might form its own opinion on the relevance or materiality of any witness to its case, the same could not be done towards the defence case. That was the right of the accused person. Only he could determine if any witness would be material to his case and if he required such witness in discharging his burden of proof to raise a reasonable doubt. Ultimately, it was the Court that decided if the defence was truly unbelievable, and even then, the Court must still satisfy itself that there remained no lingering doubt on the culpability of the accused. On the facts of the present appeal, there was no plausible reason why the Respondent failed to offer the arrestees to the Appellant. Not only were they not produced and offered to the Appellant, but their recorded statements were also not tendered so as to close any gaps in the discharge of the Prosecution's burden of proving its case beyond a reasonable doubt. The Appellant's defence was undermined by the Respondent's failure, and this led to a serious miscarriage of justice. To say that the arrestees could not do better than to improve the Appellant's seemingly already confused defence at the Prosecution stage was to employ a tactic that spelled unfairness. Hence, the Appellant's conviction and sentence were not safe. (paras 28, 35 & 36) PERCANGGAHAN MATERIAL DALAM KES OKT-4 [86] Berhubung kes CA-45-5-10/2020 yang melibatkan hanya OKT-4, isu utama adalah berkaitan penemuan dadah di tingkat 7 Hotel Zenith. [87] Mahkamah mendapati terdapat percanggahan material antara keterangan SP4 dan SP7 mengenai lokasi sebenar penemuan dadah, sama ada bahan dadah ditemui i) di dalam poket seluar OKT4; atau ii) di dalam bilik selepas penggeledahan. [88] Percanggahan ini bukan sekadar perbezaan kecil, tetapi menyentuh secara langsung kepada elemen milikan, kawalan dan pengetahuan. [89] Dalam keadaan ini, Mahkamah tidak dapat membuat dapatan yang selamat bahawa dadah tersebut berada dalam kawalan atau milikan OKT-4. [90] Pada masa yang sama, tiada borang geledah dikemukakan bagi membuktikan di mana bahan dadah tersebut ditemui. [91] Ditambah pula dengan isu tentang keberadaan sebenar SP4 dan SP7 sepertimana yang dibincangkan di atas, benefit juga harus diberikan kepada OKT-4 di dalam kes ini iaitu, adakah SP4 dan SP7 sebenarnya berada dan membuat tangkapan ke atas OKT-4 di Tingkat 7 atau sebenarnya mereka berada bersama Pengadu di parkir hotel tersebut? Adakah tangkapan ke atas OKT-4 sebenarnya telah berlaku sebelum tangkapan ke atas OKT-1 memandangkan SP7 mendakwa melihat OKT-4 meninggalkan kereta Myvi di parkir pada jam 10.05 pagi? [92] Mahkamah Persekutuan telah memutuskan di dalam kes Magendran Mohanv PP [2011] 1 CLJ 805 :i. ketiadaan rakaman CCTV penuh; [19] When there are two inferences, the inference most favourable to the appellant should be drawn. In Tai Chai Keh v. PP [1948-49] MLJ Supp 105 at p 108, his Lordship Laville J said: Where there is more than one inference which can reasonably be drawn from a set of facts in a criminal case, we are of the opinion that the inference most favourable to the accused should be adopted. [93] Dapatan Mahkamah adalah SP4 dan SP7 bukanlah saksi yang boleh dipercayai disebabkan perkara-perkara yang telah dibincangkan di atas dan OKT-4 tidak dibuktikan mempunyai milikan, kawalan dan pengetahuan ke atas bahan dadah yang ditemui di dalam kes kedua ini. KELEMAHAN SIASATAN [94] Mahkamah juga mengambil kira bahawa terdapat beberapa aspek siasatan yang tidak lengkap, termasuk: ii. ketiadaan laporan forensik yang dijelaskan secara lengkap; iii. kegagalan menutup persoalan akses pihak ketiga; dan iv. kegagalan menyiasat versi pembelaan secara menyeluruh. [95] SP-8 dalam pemeriksaan utama menyatakan beliau telah melihat rakaman CCTV yang terdapat di kawasan parkir dan hotel Zennith. Walau bagaimanapun, rakaman CCTV berkenaan tidak pernah dirujuk dan dimainkan semasa perbicaraan. [96] Rakaman CCTV berkenaan adalah penting bagi mengenal pasti siapakah lelaki melayu yang membawa kereta Myvi dan kemanakah lelaki berkenaan telah pergi selepas meletakkan kereta tersebut di kawasan parkir. Selain itu, CCTV juga boleh menunjukkan bagaimana tangkapan ke atas OKT-1 dibuat dan di mana bahan dadah ditemui. [97] Bagi rakaman CCTV dari koridor hotel, (CA-45-5-10/2020) hanya tangkap layar dari rakaman tersebut sahaja yang dikemukakan (D39) dan pihak Pembelaan tidak diberikan rakaman penuh. Ini pada pendapat Mahkamah telah memprejudiskan pihak Pembelaan. [98] Mahkamah bersetuju dengan hujahan Pembelaan bahawa hanya dengan pengemukaan rekod CCTV penuh sahaja dapat meleraikan kelompangan di dalam kes Pendakwaan. [99] Selain dari rakaman CCTV, satu lagi dokumen penting tidak dikemukakan pihak Pendakwaan adalah Laporan Forensik. SP-8 didalam pemeriksaan utama menyatakan bahawa beliau telah mengarahkan Team Forensik, Inspektor Zulaikha dari IPK Pahang untuk membuat dusting dan swab DNA terhadap kereta Myvi tersebut. [100] Berdasarkan Borang Serah Menyerah P44, Inspektor Zulaikha telah menyerahkan 7 swab dan 5 jenis pakaian yang dirampas di dalam kereta Myvi berkenaan kepada SP8 pada 6.3.2020. [101] Namun demikian, pihak Pendakwaan tidak mengemukakan laporan forensik berkenaan semasa perbicaraan. Laporan forensik ini juga penting dalam mengenal pasti pihak yang mempunyai akses terhadap kereta Myvi. [102] Kegagalan pihak Pendakwaan mengemukakan rakaman CCTV dan laporan forensik telahmemprejudiskan pihak pembelaan dan telah menimbulkan inferens bertentangan (adverse inference) dalam kes Pendakwaan. [103] Seksyen 114 misalan (G) Akta Keterangan 1950 menerangkan bahawa jika saksi atau dokumen yang penting dalam kes pendakwaan tidak dikemukakan, maka Mahkamah boleh mewujudkan anggapan jika dokumen atau saksi ini dikemukakan, ianya boleh memberi faedah kepada pihak Pembelaan. PENILAIAN KESELURUHAN [104] Setelah Mahkamah menilai keseluruhan keterangan secara maksimum seperti yang dikehendaki dalam Balachandran, Mahkamah mendapati pihak Pendakwaan :i) Gagal membuktikan elemen kawalan, milikan dan pengetahuan ke atas bahan-bahan dadah yang ditemui; ii) Gagal mengenepikan akses pihak ketiga keatas bahan dadah; iii) Gagal memanggil saksi-saksi material untuk memberi keterangan atau menawarkan mereka kepada pihak Pembelaan; ii) Gagal memberikan penjelasan ke atas percanggahan material di antara keterangan-keterangan yang dikemukakan; dan iii) Gagal menutup kelompangan dalam keseluruhan naratif kes. [105] Dalam keadaan ini, wujud lebih daripada satu inferens yang munasabah dan undang-undang menghendaki Mahkamah memilih inferens yang paling memihak kepada tertuduh-tertuduh. KEPUTUSAN [106] Berdasarkan alasan-alasan di atas, Mahkamah mendapati bahawa pihak Pendakwaan gagal membuktikan satu kes prima facie terhadap kesemua tertuduh dalam kes CA-45A-6-10/2020, dan juga terhadap OKT-4 dalam kes CA-45-5-10/2020. [107] Dengan itu, Mahkamah memerintahkan bahawa kesemua tertuduh dilepaskan dan dibebaskan tanpa dipanggil untuk membela diri.
10
PENUTUP [108] Mahkamah ingin menegaskan bahawa dalam undang-undang jenayah, walaupun syak wasangka mungkin kuat, ia tidak boleh menggantikan keperluan pembuktian yang kukuh. Di mana wujud keraguan munasabah pada peringkat prima facie, maka tertuduh tidak boleh dipanggil untuk membela diri dan perlu dilepas dan dibebaskan serta merta. Tarikh: 30 APRIL 2026 (SAMRY BIN MASRI) PESURUHJAYA KEHAKIMAN MAHKAMAH TINGGI KUANTAN : Jabatan Peguam Negara Bahagian Perbicaraan Dan Rayuan Aras 5G7, Presint 4 Persiaran Perdana 62100 PUTRAJAYA Counsel for the Respondants : Tetuan Alif & Co Peguam Bela & Peguam Cara 105, Jalan Kesuma 4B/1 Taman Tasik Kesuma 43700 Beranang SELANGOR Tetuan Irwan & Athira Peguam Bela & Peguam Cara Wisma Zelan, Suite 19.05 Jalan Tasik Permaisuri 2 Bandar Tun Razak 56000 Cheras KUALA LUMPUR The Law Office Of Amirul & Athira Peguam Bela & Peguam Cara No.10-09, Menara Centara Jalan Tuanku Abdul Rahman 50350 Chow Kit
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.