Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI AMPANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN KES TANGKAP NO: BC-62JSK-188-09/2022 5 PENDAKWA RAYA LAWAN MOHD HAIKAL HAZIQ 10 ALASAN PENGHAKIMAN
BC-62JSK-188-09/2022
Sessions Court of Malaysia16 May 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“(3) If the court finds that the prosecution has not proved its case beyond reasonable doubt, the court shall record an order of acquittal. 400 [38] Dalam kes MAH KOK CHEONG v. R [1953] MLJ 46, YA Spencer Wilkinson J, di muka surat 47 menjelaskan bahawa: “…in ordinary criminal cases… all discussion as what might 405 rea”
“its case. Therefore, a case can be said to have 425 been proved beyond reasonable doubt only at the conclusion of a trial upon a consideration of all evidence adduced as provided by s. 182A(1) of the Criminal Procedure Code. That would normally be the position where the accused has given evidence. However, where the ac”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI AMPANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN KES TANGKAP NO: BC-62JSK-188-09/2022 5 PENDAKWA RAYA LAWAN MOHD HAIKAL HAZIQ 10 ALASAN PENGHAKIMAN
1
Rayuan ini telah difailkan oleh pihak Pembelaan kerana tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah pada 16 Mei 2025 yang telah mendapati OKT adalah bersalah dan mensabitkan OKT di akhir kes 20 Pembelaan (Perintah tersebut) bagi satu pertuduhan di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan dan Mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara 7 tahun dari tarikh Perintah ini dan 1 kali sebatan rotan. OKT juga diperintahkan menjalani kaunseling pemulihan sepanjang tempoh pemenjaraan di bawah Seksyen 26 dan pengawasan polis selama 2 25 tahun di bawah Seksyen 27 Akta. Rayuan ini adalah terhadap sabitan dan hukuman.
2
OKT telah dituduh seperti Pertuduhan Pertama Pindaan Terpinda (ditandakan sebagai P5) seperti berikut : 30 “Bahawa kamu pada 05.01.2022 jam lebih kurang 5.00 petang hingga 5.30 petang bertempat di alamat Lot 405-52C, Jalan Kerdas, dalam daerah Gombak, di dalam negeri Selangor Darul Ehsan, telah merogol Nur Aleya Asyikin binti Mohd Faizal (No. K/P: 35 060806-14-0614) yang ketika itu berumur 15 tahun 4 bulan. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan.”
3
Secara ringkasnya, pihak TPR telah memanggil enam (6) orang 40 saksi untuk memberi keterangan iaitu : i. SP1: Nur Aleya Asyikin binti Mohd Faizal (Mangsa). ii. SP2: Morni binti Konen (Ibu mangsa). iii. SP3: ASP Mazlan bin Ali (Pegawai Tangkapan). 45 iv. SP4: Dr. Hamidah binti Abdul Aziz (Pegawai Perubatan). v. SP5: Norlaili binti Alimunir (Sepupu ibu mangsa). vi. SP6: Insp. Nik Nor Aqeela binti Nik Abdullah (Pegawai Penyiasat) 50 [4] Manakala pihak Pembelaan pula telah memanggil satu (1) orang saksi sahaja untuk memberi keterangan iaitu SD1 Mohd Haikal Haziq (OKT).
5
Pihak TPR juga telah mengemukakan eksibit yang berikut untuk menyokong keterangan saksinya iaitu : 55 EKSIBIT PERKARA P1 1 salinan kad pengenalan mangsa. P2 1 salinan sijil lahir mangsa. P3(1-6) 6 keping gambar tempat kejadian. P4 1 laporan polis pengadu. P5 Pertuduhan Pertama Pindaan Terpinda. P6(A&B) 2 keping gambar mangsa. P7 Laporan Tangkapan. P8 Laporan Pemeriksaan Awal. P8(a) Lakaran koyakan hymen. P9 Laporan Perubatan. P10 Lakaran rajah kasar D11 Pertuduhan asal Mahkamah Klang
6
Tiada sebarang eksibit yang telah dikemukakan oleh pihak Pembelaan kecuali D11 sahaja. 60
7
Kejadian rogol ini berlaku pada 5/1/2022 jam antara 5-530 petang di rumah OKT (tempat kejadian). Mangsa (SP1) berumur 15 tahun 4 bulan 65 sewaktu kejadian berlaku. SP1 tinggal bersama ibu bapanya . Jarak masa 4 perjalanan dari rumah SP1 ke rumah OKT hanya mengambil masa 5 minit sahaja dengan berjalan kaki. Pada masa yang material, hubungan SP1 dengan OKT adalah OKT adalah teman lelaki SP1. 70 [8] Berdasarkan keterangan SP1, mereka telah berkenalan sejak September 2021 dan telah berjumpa buat pertama kali pada 14/9/2021. Mereka juga telah beberapa kali berjumpa sehinggalah berjumpa pada hari kejadian seperti mana pertuduhan. Berdasarkan keterangan SP1, pada tengahari 5/1/2022, Sp1 telah terima mesej daripada OKT yang 75 mengajaknya berbincang tentang bekas teman lelaki SP1 bernama Azri di rumah OKT.
9
Pada hari kejadian, SP1 telah pergi ke rumah OKT selepas waktu Asar. SP1 memakai seluar jeans warna biru dan berbaju warna merah 80 lengan panjang serta bertudung. SP1 tiba di rumah OKT pada waktu petang dan tiada penghuni lain dalam rumah OKT kecuali mereka berdua sahaja. Berdasarkan keterangan SP1, okt telah membawanya masuk ke bilik tidur OKT yang terletak di ruang dapur rumah tersebut. SP1 menyatakan sesampainya dalam bilik, OKT telah tutup pintu dan lampu 85 bilik. Berdasarkan keterangannya, terdapat cahaya samar dari tingkap bilik itu yang menyebabkan dia masih dapat melihat OKT walaupun tidak jelas.
10
SP4 telah menceritakan secara terperinci bagaimana OKT 90 kemudiannya telah membaringkannya di atas tilam. Kedudukan SP1 digambarkan dalam ekshibit P3(4) dengan kepala SP1 ditanda sebagai X dan kaki SP1 sebagai Y. OKT kemudiannya telah memegang kedua- 5 dua belah tangan SP1 menggunakan tangan kanan OKT manakala tangan kiri OKT membuka butang dan zip seluar SP1 dan menarik seluar 95 SP1 sehingga terbuka. OKT juga membuka seluar dalam SP1.
11
Menurut SP1, OKT tidak memakai seluar dalam pada ketika itu. OKT membuka seluar pendek yang dipakainya tanpa berseluar dalam. SP1 menjelaskan dia dapat melihat zakar OKT secara samar-samar. SP1 100 menjelaskan gambaran zakar OKT adalah berbentuk panjang dan keras. SP1 juga dapat melihat dan merasa bahawa OKT telah memasukkan zakar OKT ke dalam kemaluan SP1. SP1 merasakan kemasukan kemaluan OKT itu dalam keadaan tegang bagi tempoh beberapa minit. SP1 menyatakan dia merasa sakit dengan kemasukan itu. 105
12
Selanjutnya SP1 menyatakan posisi OKT berada di atas badan SP1 dengan pergerakan ke hadapan dan ke belakang yang tangan kanan OKT berada di sebelah kiri badan SP1 dan tangan kirinya pula berada sebelah kanan badan SP1. Kedua-dua kaki OKT pula berada dalam 110 keadaan terkangkang separa dengan kaki SP1. SP1 juga telah menunjukkan demonstrasi dengan menggunakan patung anatomi yang mana patung laki-laki berada di atas iaitu OKT dan patung perempuan iaitu SP1 kedudukan adalah di bawah bagi memperjelaskan lagi perlakuan mereka itu kepada mahkamah.. 115
13
Berdasarkan keterangan SP1 juga, hubungan tersebut berlaku beberapa minit. OKT kemudian mengeluarkan kemaluannya daripada kemaluan SP1. Kemudian SP1 memakai pakaian semula dan terus pulang ke rumahnya dan meninggalkan OKT. SP1 tidak menceritakan 120 6 kepada sesiapa tentang kejadian tersebut sehinggalah pada 9/2/2022, SP2 iaitu ibu SP1 bertanyakan tentang dari mana datangnya sehelai toto/ tilam bewarna biru yang berada dalam rumah mereka. SP1 lantas memberitahu SP2 bahawa toto itu diberikan oleh OKT. SP2 berasa hairan mengapakah OKT berhubungan dengan SP1 yang masih bersekolah. 125 SP2 tidak benarkan anaknya berkawan dengan OKT. SP2 telah mengajak adik SP2 iaitu SP5 ke rumah OKT untuk bertanyakan hubungan OKT dengan SP1.
14
Berdasarkan keterangan SP2 dan SP5, pada 9/2/2022, SP2 dan 130 SP5 telah sampai di rumah OKT dan terdapat OKT dan nenek OKT berada di rumah tersebut. SP2 duduk di sofa ruang tamu rumah bersama dengan nenek OKT manakala SP5 telah pergi berjumpa OKT di hadapan bilik OKT di ruang dapur. SP5 bertanya kepada OKT tentang hubungan OKT dengan SP1 dan samada OKT ada melakukan perkara tidak elok 135 kepada SP1. OKT mengaku bahawa OKT telah melakukan hubungan seks dengan SP1.
15
Berdasarkan keterangan SP5, OKT juga telah memberitahunya bahawa perlakuan tersebut berlaku dalam bilik OKT dan telah 140 menunjukkan tempat kejadian iaitu bilik tersebut dan beritahu juga tarikh kejadian itu berlaku. SP5 menyatakan dia tidak memaksa OKT atau mengugut OKT untuk beritahu hal sebenar. OKT memaklumkan sendiri kepada SP5 bahawa dia memang sayangkan SP1 dan ingin berkahwin dengan SP1. 145
16
Berdasarkan keterangan SP5 juga, beliau menjelaskan bahawa jarak di antara ruang dapur dengan ruang tamu lebih kurang 25-30 kaki. Perbualan mereka dalam nada perlahan dan tidak didengari oleh SP2 yang pada ketika itu berada di ruang tamu.. SP2 juga mengesahkan 150 bahawa beliau tidak tahu apa yang diperbualkan oleh SP5 dengan OKT. Selepas perbualan tersebut, SP5 mengajak SP2 untuk pulang. Dalam perjalanan pulang ke rumah, SP5 telah memberitahu apa yang berlaku di antara SP1 dengan OKT berdasarkan apa yang diberitahu oleh OKT kepada SP5. SP2 telah menangis apabila mendapat tahu tentang 155 pengakuan OKT tersebut. SP2 pulang ke rumah dan bertanya kepada SP1 tentang hal tersebut dan SP1 mengakui bahawa OKT telah merogolnya pada 5/1/2022.
17
SP2 telah membuat perbincangan keluarga dan SP1 akhirnya 160 membuat laporan polis pada 11/2/2022 sebagai mana laporan polis bertanda P4. Sp1 telah dirujuk ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan perubatan pada tarikh yang sama kejadian berlaku. SP4 (Doktor) yang merawat SP1 mengesahkan terdapat koyakan lama pada hymen SP1 pada kedudukan jam 6. SP4 menyatakan koyakan lama itu adalah akibat 165 kemasukan zakar yang mana ianya adalah konsisten dengan keterangan SP1 bahawa terdapat kemasukan zakar OKT ke dalam kemaluan SP1.
18
SP1 telah membuat pengecaman positif kepada wajah OKT di Mahkamah. Apabila ditanya soalan tentang pencahayaan dalam bilik, 170 SP1 menyatakan ada cahaya dari tingkap yang masuk ke dalam bilik. SP1 dapat melihat wajah OKT sebagai pelaku jenayah, dapat juga melihat zakar yang OKT telah memasukkan zakarnya ke dalam 8 kemaluannya. SP1 juga menjelaskan dengan terperinci dan konsisten tentang bagaimana perlakuan seks OKT itu dilakukan terhadapnya. 175
19
Mahkamah telah mendengar keterangan saksi-saksi Pendakwaan dan telah mendapati Pendakwaan telah berjaya membuktikan suatu kes 180 prima facie terhadap OKT di bawah pertuduhan di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan. Maka OKT telah dipanggil untuk membela dirinya. PEMBELAAN OKT 185 [20] OKT telah memberikan keterangan secara bersumpah. OKT tidak memanggil sebarang saksi. Rumusan pembelaan OKT adalah bersifat penafian semata-mata, pemikiran terkemudian, cerita yang sengaja direka-reka tanpa keterangan sokongan lain yang credible. 190 [21] Setelah Mahkamah meneliti seluruh keterangan SD1 iaitu OKT, Mahkamah merumuskan pembelaan OKT itu telah gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. Mahkamah dapati apa yang dibangkitkan dalam keterangannya di peringkat pembelaan tidak pernah dibangkitkan dalam kes pendakwaan. 195 Jika pun ada, keterangannya bercanggah sewaktu keterangannya sewaktu peringkat pembelaan.
22
OKT tidak mengemukakan saksi-saksi lain untuk menyokong 200 keterangannya. Berdasarkan keterangan OKT sendiri, OKT memang mengaku ada berjumpa dengan SP1 pada tarikh kejadian di rumah OKT namun sekadar kononnya dia sekadar berbual di hadapan rumah sahaja. Perjumpaan tersebut kononnya berlaku pada jam 1230-130 tengahari dan bukannya pada sebelah petang seperti mana pertuduhan. Menurut 205 OKT, kononnya tujuan mereka bertemu di rumah OKT adalah untuk berbincang tentang hubungan SP1 dengan seorang lelaki bernama Azri. Selepas itu, Sp1 telah pulang ke rumah pada jam 130 tghari. Sekadar itu sahaja dan tiada kejadian berlakunya hubungan seks di antara mereka berdua di situ. Rumusan versi OKT ialah terdapatnya hubungan SP1 210 dengan Azri dan pertemuan mereka berdua di hadapan rumah OKT sekadar ingin membincangkan hubungan SP1 dengan Azri.
23
Berdasarkan keterangan OKT ini adalah jelas sekali keterangannya hanyalah sekadar untuk menolak semua kesalahan kepada seorang lain 215 yang tidak pun ditampilkan dengan bukti yang kredibel bagi menyokong keterangannya. Sekiranya pun ini berlaku, apakah kaitan Azri dengan pertuduhan ini.? Pada hemat mahkamah, versi OKT ini tiada kaitan langsung dengan pertuduhan kesalahan merogol terhadapnya. Keterangan OKT adalah jelas bahawa OKT tidak menafikan berlakunya 220 pertemuan antara dia dengan SP1 di rumah OKT. Ini juga konsisten dengan keterangan SP1 yang menyatakan beliau berjumpa OKT di rumah tersebut dan berlakunya perlakuan rogol tersebut di tempat yang sama. OKT hanya menafikan waktu mereka berjumpa bukan pada jam 5-530 ptg sebaliknya menyatakan waktu perjumpaan adalah pada jam 225 1230-130 tenghari. Maka jelas bahawa pertemuan itu memang berlaku 10 di tempat yang sama dan konsisten dengan keterangan SP1 dan yang dinafikan adalah waktu pertemuan sahaja. Pada hemat mahkamah, masa kejadian tidaklah begitu material dan tidak menjejaskan kes pendakwaan, jika pun mahkamah hendak terima keterangan tersebut. 230
24
Mahkamah dapati OKT ini tidak pernah menafikan perjumpaan tersebut memang berlaku pada tarikh kejadian berlaku. Apa yang berbeza cumalah masa sahaja. Versi OKT ini tidak pernah dibangkitkan di peringkat kes pendakwaan. Versi ini adalah keterangan baru yang 235 hanya timbul sewaktu kes pembelaan. Sekiranya kejadian ini benar dan juga keterangan OKT yang menyatakan perjumpaan hanya di luar rumah dan masanya adalah pada jam 1230-130 tengahari dan versi selanjutnya SP1 kemudian terus pulang kerumah setelah berbual di luar rumah, dan tidak masuk ke dalam rumah, maka mengapakah OKT tidak bangkitkan 240 isu ini terhadap SP1 sewaktu kes pendakwaan. Keterangan barusecara tiba-tiba muncul seperti ini hanya menunjukkan OKT tidak jujur/ tidak berkata benar dalam keterangannya, cerita yang sengaja direka-reka tanpa keterangan sokongan dan pemikiran terkemudian . 245
25
Keterangan seperti ini tidak boleh diterima oleh mahkamah kerana ini adalah tidak adil kepada mangsa. Ini kerana mangsa dan saksi-saksi pendakwaan tidak berpeluang untuk menyangkal atau memberi penjelasan kepada keterangan OKT yang dibangkit secara tiba-tiba dalam kes pembelaan tanpa terlebih dahulu dibangkitkan sebagai suatu 250 line of defence pihak pembelaan di peringkat pendakwaan. PENILAIAN KESELURUHAN KETERANGAN PEMBELAAN DAN PENDAKWAAN OLEH MAHKAMAH 255 [26] Berdasarkan keterangan OKT, dia menafikan melakukan rogol ke atas SP1. OKT seolah ingin mahkamah mempercayai bahawa yang melakukan hubungan seks tersebut bukanlah dia tapi sebenarnya Azri yang telah melakukan hubungan tersebut dengan SP1. OKT juga seolah menggambarkan dia adalah “hero” dalam merungkai permasalahan 260 hubungan di antara SP1 dengan Azri. Kononnya OKTlah yang telah menceritakan kepada ibu bapa Azri bahawa Azri telah merogol SP1. [27] Mahkamah dapati keterangan OKT ini tidak masuk akal dan tidak munasabah dan langsung tidak diterima oleh akal yang waras. Semua 265 saksi pendakwaan terutamanya ibu mangsa ie SP2 dan SP5 menyatakan mereka memang bertemu dengan OKT dan nenek OKT untuk bertanya sendiri apakah hubungan OKT dengan SP1. Malahan SP5 sendiri telah berjumpa dengan OKT bertanya tentang hubungan SP1 dengan OKT. OKT telah mengaku perbuatan seks tersebut berlaku. Jika benar OKT 270 ingin menafikan perbuatan tersebut, mengapakah sewaktu keterangan SP5, OKT tidak menyangkal atau mencabar keterangan SP5 dan SP1 bahawa beliau tidak melakukan perkara tersebut dengan membangkitkan isu Azri ini?. 275 [28] Mahkamah mendapati pembelaan OKT adalah remeh, dangkal, lemah, sekadar mereka-reka cerita dan tidak boleh diterima memandangkan OKT gagal untuk membawa keterangan sokongan lain yang meyakinkan Mahkamah untuk dipertimbangkan. Pembelaan OKT gagal mengemukakan sebarang keterangan sokongan/ saksi lain bagi 280 menyokong versi OKT. SP1 telah camkan wajah OKT sebagai orang yang telah merogolnya. Mereka juga adalah kenalan dan OKT bukanlah orang asing kepada SP1. Malahan berdasarkan keterangan SP1, OKT ada memberikan dia selimut toto yang menunjukkan mereka memang ada hubungan. Sewaktu kejadian berlaku, tiada orang lain dalam rumah 285 tersebut melainkan hanya mereka berdua sahaja. [29] Adalah tidak munasabah untuk Mahkamah mempercayai versi OKT ini yang tidak munasabah. Apa perlunya OKT masuk campur tentang hubungan SP1 dengan Azri. Malahan mahkamah juga tidak pasti adakah 290 Azri ini wujud atau tidak. Ibu mangsa juga tidak kenal Azri. Kenapa mesti ibu SP1 berjumpa dengan OKT untuk bertanya tentang hubungan seks SP1 dengan Azri. Apa yang lebih munasabah adalah lebih baik ibu SP1 berjumpa terus dengan Azri daripada berjumpa dengan OKT. Apakah asasnya seorang ibu yang telah tahu anaknya dirogol oleh Azri namun 295 tidak berjumpa dengan Azri sebaliknya pergi pula berjumpa dengan SP1. Adalah lebih waras bagi ibu SP1 bertanya terus kepada anaknya tempat tinggal Azri dan berjumpa terus dengan Azri sahaja. Namun dalam kes ini ibu SP1 berjumpa dengan OKT. Pada dapatan mahkamah, tujuan SP2 berjumpa dengan OKT tidak lain dan tidak bukan adalah bertujuan untuk 300 bertanya tentang hubungan OKT dengan SP1. Hasil pertemuan itulah terbongkarnya pengakuan OKT telah membuat hubungan seks dengan SP1. Selanjutnya laporan polis terhadap OKT pun dibuat oleh SP1. 305 [30] Mahkamah dapati OKT tidak pernah mencadangkan kepada mana-mana saksi pendakwaan tentang masa dan tempat yang kononnya dia dan SP1 bertemu adalah pada jam 1230-130 tghari dann hanya di luar rumah sahaja. Adalah jelas keterangan ini jika benar sangat material kepada OKT bagi menyangkal perbuatan rogol tersebut tidak berlaku. 310 Namun dia tidak pernah mencabar keterangan saksi-saksi pendakwaan terutamanya SP1, SP2, SP5 serta Pegawai Penyiasat. Pihak pembelaan juga tidak mengemukakan rakaman percakapan OKT bagi menunjukkan seawal OKT dirakam percakapan OKT ada memberikan keterangan seperti itu. JIka benar, dia patut menyangkal laporan polis SP1 itu pada 315 peringkat yang paling awal sekali iaitu sewaktu OKT dirakam percakapan. [31] Pada hemat Mahkamah, adalah jelas keterangan OKT ini adalah pemikiran terkemudian dan tidak credible. Keterangan OKT tidak kredibel, tidak jujur dan tidak boleh dipercayai. Mahkamah menolak 320 keterangan tersebut kerana ianya tidak munasabah, tidak masuk akal dan tidak disokong oleh keterangan saksi lain. Namun apa yang pasti, OKT tidak menafikan perjumpaan tersebut memang berlaku pada Tarikh kejadian. Pada hemat mahkamah, keterangan ini memberi suatu cadangan bahawa perlakuan rogol itu memang berlaku pada hari tersebut 325 di rumah OKT. Apa sahaja versi/ cerita tentang Azri tidak relevan dan tidak boleh menggugat kes pendakwaan. SP1 tidak membuat laporan polis terhadap Azri sebaliknya membuat laporan polis terhadap OKT. Maka OKT hendaklah menjawab pertuduhan terhadap dirinya. 330 [32] Adalah jelas tujuan ibu SP1 dan SP5 datang berjumpa OKT adalah untuk meminta penjelasan atau bertanya tentang hubungan OKT dengan SP1. SP1, SP2 dan SP5 tidak pernah membangkitkan tentang Azri dalam keterangan mereka sebagai tujuan mereka berjumpa dengan OKT. 335 Dalam keterangan OKT, dia juga bersetuju bahawa isu Azri tiada kaitan dengan pertuduhan terhadap dirinya. Berdasarkan penilaian keseluruhan keterangan di peringkat pendakwaan dan pembelaan secara maksima, mahkamah mendapati, OKT ini telah gagal membangkitkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. 340 [33] Mahkamah dapati keterangannya sekadar penafian kosong, OKT adalah saksi yang tidak boleh dipercayai. Ini boleh dinilai daripada jawapan OKT dan cara dia menjawab soalan pendakwaan. OKT juga seolah sedang mereka-reka cerita bagi melepaskan dirinya daripada 345 pertuduhan ini. Mahkamah dapati sejak dari awal kes pendakwaan, OKT hanya fokus untuk menyerang peribadi mangsa dan cuba mengalihkan tumpuan mahkamah kepada hubungan SP1 dengan Azri, namun OKT gagal untuk membangkitkan sebarang pembelaan yang munasabah terhadap pertuduhan terhadapnya. 350 [34] Berdasarkan kes PP V Saimin (1971) 2 MLJ 16 . Mahkamah menakrifkan reasonable doubt seperti berikut- “ It is not a mere possible doubt, because everything relating to human 355 affairs and depending upon moral evidence is open to some possible or imaginary doubt……..It has been said that reasonable doubt is a doubt which makes you hesitate as to the correctness of the conclusion which you reach. If under your oath and upon your consciences, after you have fully investigated the evidence and compare it in all its part, you say to 360 yourself, I doubt if he is guilty, then it is a reasonable doubt. It is a doubt which settles in your judgment and finds a resting place there. Or as sometimes said. It must be a doubt so solemn and substantial as to the produce in the minds of the jurors some uncertainty as to the verdict to be given. A reasonable doubt must be a doubt arising from the evidence 365 or want of evidence and cannot be an imaginary doubt or conhecture unrelated to evidence”. [35] Dalam kes Duis Akim v PP (2014) 1 MLJ 49 seperti berikut:- 370 “….. alibi could not prevail over the positive identification of an accused person especially in the face of categorical sttmts coming from credible witnesses who had no ill motives in testifying”. BEBAN PEMBUKTIAN DI AKHIR KES PEMBELAAN 375 [36] Elemen pertuduhan yang perlu dibuktikan adalah:- a) Berlakunya hubungan seksual di antara SP1 dan OKT, b) Berlaku kemasukan zakar OKT ke dalam kemaluan SP1, 380
c
Sama ada terdapat kerelaan atau tidak semasa hubungan seksual berlaku, SP1 berumur di bawah 18 tahun adalah seorang kanak-kanak. [37] Di akhir kes Pembelaan, Mahkamah perlu menimbangkan 385 keseluruhan keterangan OKT dan merujuk kembali keterangan saksi-saksi di peringkat kes Pendakwaan sebelum memutuskan sama ada di akhir kes Pembelaan ini, pihak TPR telah berjaya membuktikan kes di luar keraguan munasabah seperti yang dinyatakan di dalam Seksyen 182A Akta 593:
1
At the conclusion of the trial, the court shall consider all the evidence adduced before it and shall decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt.
2
If the court finds that the prosecution has proved its case 395 beyond reasonable doubt, the court shall find the accused guilty and he may be convicted on it.
3
If the court finds that the prosecution has not proved its case beyond reasonable doubt, the court shall record an order of acquittal. 400 [38] Dalam kes MAH KOK CHEONG v. R [1953] MLJ 46, YA Spencer Wilkinson J, di muka surat 47 menjelaskan bahawa: “…in ordinary criminal cases… all discussion as what might 405 reasonably be true or what is consistent with innocence are both irrelevant and misleading. Almost every defence put forward by an accused is consistent with innocence or it would not be put forward; nor would it be a very good defence if it could not reasonably be true. But whatever may be the defence to a criminal charge the sole 410 question which a subordinate court has to ask itself at the conclusion of the trial is-Does the defence raise a reasonable doubt as to the truth of the prosecution case or as to the accused’s guilt?” 415 [39] Dalam kes BALACHANDRAN v. PP (supra), Mahkamah Persekutuan telah mengulas berkenaan dengan beban pembuktian di luar keraguan munasabah: “Proof beyond reasonable doubt involves two aspects. While one is 420 the legal burden on the prosecution to prove its case beyond reasonable doubt the other is the evidential burden on the accused to raise a reasonable doubt. Both these burdens can only be fully discharged at the end of the whole case when the defence has closed its case. Therefore, a case can be said to have 425 been proved beyond reasonable doubt only at the conclusion of a trial upon a consideration of all evidence adduced as provided by s. 182A(1) of the Criminal Procedure Code. That would normally be the position where the accused has given evidence. However, where the accused remain silent there will be no necessity to re 430 evaluate the evidence in order to determine whether there is a reasonable doubt in the absence of any further evidence for such a consideration. Prima facie which was capable of supporting a conviction beyond reasonable doubt will constitute proof beyond reasonable doubt.” 435 [40] Di dalam kes NAGAPPAN KUPPUSAMY v. PP (1988) 1 CLJ 238, Mahkamah Agung memutuskan: 440 “In a criminal proceeding, the onus on the prosecution throughout is to prove beyond reasonable doubt. From the beginning to the end the burden remains on the prosecution to prove the guilt of the accused. At the close of the whole case, the Court has to consider all the evidence adduced by both the prosecution and the defence 445 and has to be satisfied that the case has been proved beyond reasonable doubt.” [41] Seterusnya di dalam kes MOHD RADHI BIN YAAKOB v. PP (1991) 6 MLJ 169, Mohamed Azmi SCJ menyatakan: 450 “It is well established principle of Malaysian criminal law that the general burden of proof lies throughout the trial on the prosecution to prove beyond reasonable doubt the guilt of the accused for the offence with which he is charge. There is no similar burden placed 455 on the accused to prove his innocence. He is presumed innocent until proven guilty. To earn an acquittal his duty is merely to cast a reasonable doubt in the prosecution’s case”. [42] Mahkamah juga telah merujuk kepada prinsip undang-undang di 460 dalam membuat keputusan di akhir kes Pembelaan seperti mana yang telah digariskan di dalam kes MAT v. PP (1963) MLJ 263 di mana Suffian J memutuskan seperti berikut: “The correct law for Magistrates to apply is as follows. If you accept 465 the explanation given by or on behalf of the accused, you must of course acquit. But this does not entitle you to convict if you do not believe that explanation, for he is still entitled to an acquittal if it raises in your mind a reasonable doubt as to his guilt, as the onus of proving his guilt lies throughout on the prosecution. If upon the 470 whole evidence you are left in a real state of doubt, the prosecution has failed to satisfy the onus of proof which lies upon it.” ALASAN KEPUTUSAN MAHKAMAH DI AKHIR KES PEMBELAAN 475 Mere Denial & Reasonably Dislodge The Prosecution’s Case [43] Persoalan bagi Mahkamah di dalam kes ini ialah jika terdapat keterangan yang munasabah untuk mematah atau menangkis (i.e reasonably dislodge) kes pihak Pendakwaan. Untuk menjawab soalan 480 tersebut, Mahkamah telah menghalusi keterangan saksi-saksi Pendakwaan seperti mana yang diterangkan dalam perenggan terdahulu. [44] Di dalam kes CAMARA MAMODOU v. PP [2014] CRIMINAL APPEAL NO: B-05-195-07/2013 (GIN) - CLJ LAW pula, YA Hakim 485 Mahkamah Rayuan Dato’ Zamani A. Rahim telah menyatakan seperti berikut: “26. …Learned counsel cited the English Court of Appeal case of R v Ward [1993], where it was held that: 490 “The prosecution’s duty at common law to disclose to the defence all elevant material, i.e. evidence which tended either to weaken the prosecution’s case or to strengthen the defence case, required the police to disclose to the prosecution all 495 witness statements and the prosecution to supply copies of such witness statement to the defence or to allow them to inspect the statements and make copies unless there was good reasons for not doing so. Furthermore, the prosecution was under a duty, which continued during pretrial period and 500 throughout the trial, to disclose to the defence all relevant scientific material, whether it strengthened the prosecution case or assisted the defence case and whether or not the defence made a specific request for disclosure. Pursuant to that duty the prosecution was required to make available 505 records of all relevant experiments and tests which tended to cast doubts on the opinions he was expressing was under a clear obligation to bring the records of such experiments and tests to the attention of the solicitor who was instructing him so that they might be disclosed to the other party.” 510
45
Kes PPV LING TEE HUAH (1982) 2 MLJ 324, mahkamah menyatakan- “the accused’s defence was one of denial. A mere denial without 515 other proof to reasonably dislodge the prosecution’s evidence is not sufficient”. A Reasonable Doubt and an afterthought defence 520 [46] Keraguan yang munasabah adalah satu pembelaan undang-undang jenayah yang mantap dan menjadi nadi bagi seorang OKT untuk melepaskan dari sesuatu pertuduhan. Di sini Mahkamah merujuk kes MOHD RADHI BIN YAAKOB v. PP (supra), di mana Mohamed Azmi SCJ telah menyatakan: 525 “…. To earn an acquittal his duty is merely to cast a reasonable doubt in the prosecution’s case.”
47
Berdasarkan kes AHMADI MOIN V PP (2017) 1 LNS 303, HMR 530 memutuskan- “the learned trial Judge had duly considered that the defence of the appellant were mere denial and afterthought. It Is the duty of the defence to put its case to the prosecution”s witnesses as might be in a position to 535 admit or deny it to enable the prosecution to check on whether an accused’s version of the facts is true / false. Thus to avoid the adverse comment that the defence is a recent invention , bare denial or an afterthought (Alcontra a/l Ambross Anthony v PP (1996) 1CLJ 705. 540 545 CORROBORATION
48
Dalam kes PP V DATUK HAJI HARUN IDRIS (1977) 1 MLJ 15, Raja Azlan Shah FJ menyatakan- “the object of corroboration is no doubt to satisfy the crt that the 550 witnesses are telling the truth and that it is reasonably safe to act upon them. It is not necessary that the corroboration should be of the actual commission of the crime, then there would be an independent evidence of the commission of the offence, it wld be enough corroboration if there is an independent evidence of relevant circumstances connecting the 555 accused with the crime”. KESIMPULAN/KEPUTUSAN [49] Berdasarkan keterangan yang dikemukakan oleh pembelaan dan 560 juga menilai keseluruhan keterangan saksi pendakwaan juga, Mahkamah mendapati keterangan OKT adalah bersifat penafian, pemikiran terkemudian dan rekaan semata-mata serta keterangan yang tidak disokong dengan keterangan lain yang credible. Keterangan tersebut tidak membangkitkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes 565 pendakwaan. Pembelaan OKT tidak berjaya mencabar/ menyangkal bukti/ keterangan saksi-saksi pendakwaan yang lebih kukuh, konsisten dan menyakinkan. Mahkamah dapati dalam kes ini terdapat corroboration bagi menyokong keterangan SP1 yang menunjukkan/membuktikan terdapat perlakuan rogol oleh OKT terhadap SP1. Keterangan SP5 yang 570 menyatakan OKT mengaku kepada SP5 berlakunya hubungan seks antara OKT dengan SP1 gagal dicabar oleh OKT.
50
Berdasarkan alasan-alasan yang tersebut di atas dan setelah meneliti dan menilai kembali keseluruhan keterangan di peringkat kes Pendakwaan dan kes Pembelaan secara maksima dan setelah merujuk 575 kepada prinsip di dalam kes MAT v. PP (supra) yang tersebut di atas, Mahkamah memutuskan di akhir kes Pembelaan ini bahawa OKT telah gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes Pendakwaan. 580 [51] Oleh yang demikian, Mahkamah memutuskan bahawa pihak TPR telah berjaya untuk membuktikan semua elemen pertuduhan terhadap OKT di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan melampaui keraguan yang munasabah. Justeru, OKT adalah didapati bersalah dan disabitkan kesalahan sepertimana pertuduhan tersebut. 585 RAYUAN [52] OKT berumur 22 tahun dan merupakan pesalah pertama. OKT juga telah berikan kerjasama penuh kepada Pegawai Penyiasat. OKT 590 telah direman selama 12 hari dan ini telah memberi kesan trauma kepada OKT. Peguam pohon Bon berkelakuan baik diberikan terhadap OKT di bawah seksyen 294 KTJ. Ini kerana OKT pesalah muda sewaktu kejadian berumur 19 tahun. Peguam pohon OKT diberikan peluang kerana hukuman penjara akan mengubah kehidupan OKT. Terdapat kes 595 Mahkamah Rayuan yang telah membenarkan Bon Berkelakuan Baik diberikan dengan mahkamah mempertimbangkan nature of offence, dll di samping mahkamah boleh menggunakan budi bicara untuk mengenakan Bon itu. Dalam kes ini OKT adalah pesalah muda.
53
Peguam juga berhujah bahawa dalam kes PP V Mohd Zahari 600 (Mahkamah Rayuan) yang menyatakan pesalah muda perlu diasingkan daripada hukuman penjara. Peguam pohon mahkamah menggunakan budi bicaranya memandangkan OKT ialah pesalah muda dan pesalah pertama. Pohon dia diberikan peluang supaya dapat menyumbang kepada masyarakat dan buat perubahan dalam hidupnya. Sekiranya dia 605 dipenjarakan , OKT akan bergaul dalam penjara dan keadaan OKT mungkin menjadi lebih teruk. OKT ingin menyumbang sesuatu yang baik kepada masyarakat jika dia tidak dipenjarakan. Peguam pohon penggantungan perlaksanaan. 610 HUJAHAN PEMBERATAN TPR [54] TPR memohon hukuman yang berat atas faktor kepentingan awam, keseriusan kesalahan, jenayah yang melibatkan kesalahan seksual kanak-kanak adalah isu kepentingan awam. Jenayah seksual semakin 615 meningkat. TPR mohon hukuman berat. Mohon kos pendakwaan. Saksi-saksi telah dipanggil. Kes ini telah melalui suatu proses bicara penuh yang panjang dengan ramai saksi telah dipanggil dan melibatkan kos. Kes yang dirujuk oleh Peguam adalah berbeza kerana pengakuan salah OKT telah direkodkan di awal kes bermula dan OKT mengaku salah dan 620 tidak minta bicara. Dalam erti kata lain, Perintah Bon boleh dipertimbangkan jika OKT mengaku salah di peringkat paling awal. TPR juga pohon perintah kaunseling dan perintah pengawasan juga. 625 HUKUMAN [55] Setelah Mahkamah menimbangkan mitigasi OKT dan hujahan TPR, Mahkamah memutuskan seperti berikut: 630 i. OKT dihukum penjara selama 7 tahun dari tarikh Perintah ini dan 1 sebatan rotan. ii. OKT diperintahkan untuk menjalani kaunseling pemulihan selama dia ditahan dalam penjara di bawah Seksyen 26. 635 iii. 2 tahun pengawasan polis di bawah Seksyen 27. iv. Penggantungan hukuman ini dibenarkan. ALASAN MAHKAMAH (HUKUMAN) 640 [56] Mahkamah berpendapat hukuman penjara 7 tahun dan 1 kali sebatan rotan ini adalah mencukupi dan wajar bagi memberi pengajaran kepada OKT dan orang awam di luar sana agar tidak melakukan perbuatan yang sama kerana jenayah ini serius dan berat dari segi hukuman mandatori adalah penjara sahaja dan tiada hukuman selain itu. 645 Mahkamah tidak dapat mempertimbangkan Perintah Bon memandangkan jenayah merogol kanak-kanak di bawah umur adalah suatu kesalahan jenayah yang serius dan telah mendapat perhatian masyarakat awam yang mahukan mahkamah bertegas dalam mengenakan hukuman terhadap pelaku jenayah seksual terhadap kanak- 650 kanak. Mahkamah juga mempertimbangkan faktor kepentingan awam berbanding faktor peribadi.
57
Walaupun dalam kes ini, sepertinya terdapat perlakuan seks suka sama suka atau tanpa paksaan, namun undang-undang sedia ada telah menetapkan kesalahan tersebut diistilahkan sebagai merogol asal sahaja 655 mangsa merupakan seorang kanak-kanak di bawah takrifan AKTA sedia ada. Ini suatu pengajaran dan ingatan kepada semua orang di luar sana agar menjauhkan diri daripada melakukan perbuatan seks dengan mangsa di bawah umur kerana perbuatan tersebut terjatuh di bawah kesalahan merogol walaupun perlakuan itu secara rela hati.
58
Perbicaraan ini juga telah berjalan terlalu lama dan telah melibatkan masa dan kos mahkamah. Ramai saksi yang telah dipanggil. Dalam kes-kes yang dirujuk oleh peguam bagi mendapatkan hukuman berbentuk BON di bawah s294KTJ, prinsip mahkamah memberikan peringanan 665 hukuman berdasarkan beberapa alasan seperti OKT mengaku salah di peringkat awal kerana OKT telah menjimatkan masa dan kos mahkamah, pesalah muda, kesalahan kali pertama , dll pertimbangan lain. Walaupun OKT memenuhi kriteria pesalah kali pertama dan muda, namun beliau telah membuang masa dan kos mahkamah dan orang awam telah hadir 670 ke mahkamah bagi memberikan keterangan yang extensive untuk membuktikan kes ini. Walau apa pun alasannya, ia tetap dalam bidang kuasa mahkamah untuk menggunakan budi bicaranya sendiri berdasarkan pertimbangan yang adil dan wajar , samada ingin mengenakan BON atau pun sebaliknya, walaupun OKT membuat 675 pengakuan salah pada peringkat awal dengan mempertimbangkan dokumen lain seperti laporan akhlak/ laporan sosial OKT, jika pun dia adalah pasalah muda. 680
59
Oleh yang demikian hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah adalah wajar dan adil setelah mempertimbangkan semua aspek mitigasi, hujahan TPR dan keterangan yang dibentangkan di hadapan mahkamah. 685 (NORSHILA BINTI KAMARUDDIN) Hakim Mahkamah Sesyen Ampang, Selangor 690 Bertarikh : 15/7/2025 Timbalan Pendakwa Raya : Pn. Nurfadzlin binti Mahmad Zulhasnan Peguambela : En. Puvarasan 695 (Tetuan Puvarasan & Partners) LK1-01-03, Laman Komersial Areca Putra Nilai, Nilai ,Negeri Sembilan
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.