Content
Muka surat 1 dari 16 DI DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI PASIR MAS DALAM NEGERI KELANTAN NO. KES: DJ-83D-1342-09/2021 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN MOHD HAKIMI BIN AB MANAS
DJ-83D-1342-09/2021
Magistrates Court of Malaysia30 Oct 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“dalam kes Looi Kow Chai & Anor v PP [2003] 1 CLJ 734. dimana:- “In our respectful view the correct test to be applied in determining whether a prima facie case has been made out under s. 180 of the Criminal Procedure Code (and this would apply to a trial under s. 173 of the Code) is that as encapsulated in the judgment”
“old they are perfectly entitled to so even though they are being tried under the Emergency Regulations) the question is can they be convicted of the offence of section 302 read with section 34 of the Penal Code? My answer to the question is in the negative. **Note : Serial number will be used to verify the originality”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
Muka surat 1 dari 16 DI DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI PASIR MAS DALAM NEGERI KELANTAN NO. KES: DJ-83D-1342-09/2021 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN MOHD HAKIMI BIN AB MANAS
1
Ini adalah Alasan Penghakiman bagi keputusan Mahkamah ini dalam mendapati pihak Pendakwaan gagal dalam membuktikan satu kes prima facie terhadap OKT di atas pertuduhan seksyen 12(2) dan dihukum dibawah 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 [“selepas ini akan dirujuk sebagai Akta ini”]. Mahkamah telah memerintahkan agar OKT dilepas dan dibebaskan di akhir kes Pendakwaan tanpa memanggil OKT untuk membela diri. Pihak Pendakwaan tidak berpuas hati terhadap penghakiman Mahkamah ini dan merayu ke Mahkamah Tinggi. Oleh itu, ini adalah dasar terhadap keputusan Mahkamah ini. Muka surat 2 dari 16
2
Pertuduhan dibawah telah dibacakan kepada OKT di dalam Mahkamah Terbuka. Pertuduhan Pindaan Bahawa kamu pada 25.02.2021 jam lebih kurang 1300 hrs bertempat di tepi jalan Kampung Pusu Empat Puluh, di dalam jajahan Pasir Mas di dalam negeri Kelantan, telah ada dalam milikan kamu pil warna merah dan hijau mengandungi dadah berbahaya jenis methamphetamine berat bersih 28.4 gram dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(1) Akta yang sama. Hukuman Dihukum dengan penjara untuk suatu tempoh tidak kurang daripada dua tahun dan tidak melebihi lima tahun dan juga dikenakan hukuman sebat tidak kurang daripada 3 sebatan dan tidak lebih 9 sebatan atau kedua duanya sekali
3
OKT telah memohon untuk dibicarakan selepas dibacakan pertuduhan. Undang-undang adalah mantap bahawa bagi membuktikan kesalahan ini, pihak pendakwaan perlu membuktikan satu kes prima facie terhadap Tertuduh. Lihat seksyen 173 (h) Kanun Tatacara Jenayah. Muka surat 3 dari 16
4
Rujukan juga dibuat kepada kes PP v Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 447 di m/s 465 dan 466 perenggan 12. Di dalam kes ini Mahkamah Persekutuan telah menyatakan: - [12] After the amendments to ss. 173(f) and 180 of the CPC, the statutory test has been altered. What is required of a Subordinate Court and the High Court under the amended sections is to call for the defence when it is satisfied that a prima facie case has been made out at the close of the prosecution case. This requires the court to undertake a maximum evaluation of the prosecution evidence when deciding whether to call on the accused to enter upon his or her defence. It involves an assessment of the credibility of the witnesses called by the prosecution and the drawing of inferences admitted by the prosecution evidence. Thus, if the prosecution evidence admits of two or more inferences, one of which is in the accused's favour, then it is the duty of the court to draw the inference that is favorable to the accused. [My own emphasis is added] [See also Looi Kow Chai v PP [2003] 1 CLJ 734 and Balachandran v PP [2005] 1 CLJ 85].
5
Maksud prima facie juga diterangkan dalam kes Looi Kow Chai & Anor v PP [2003] 1 CLJ 734. dimana:- “In our respectful view the correct test to be applied in determining whether a prima facie case has been made out under s. 180 of the Criminal Procedure Code (and this would apply to a trial under s. 173 of the Code) is that as encapsulated in the judgment of Hashim Yeop Sani FJ (as he then was) in Dato’ Mokhtar bin Hashim & Anor v. Public Prosecutor [1983] 1 CLJ 138; ([1983] CLJ (Rep) 721) HC p. 152 (p. 752 g): To summarise, it would therefore appear that having regard to the prosecution evidence adduced so far, a prima facie case has not been established against Nordin Johan and Aziz Abdullah, the second accused and the fourth accused which, failing their rebuttal, would warrant their conviction. In other words if they elect to remain silent now (which I hold they are perfectly entitled to so even though they are being tried under the Emergency Regulations) the question is can they be convicted of the offence of section 302 read with section 34 of the Penal Code? My answer to the question is in the negative. Muka surat 4 dari 16 It therefore follows that there is only one exercise that a judge sitting alone under s. 180 of the Code has to undertake at the close of the prosecution case. He must subject the prosecution evidence to maximum evaluation and ask himself the question: If I decide to call upon the accused to enter his defence and he elects to remain silent, am I prepared to convict him on the totality of the evidence contained in the prosecution case? If the answer is in the negative then no prima facie case has been made out and the accused would be entitled to an acquittal.”
6
Di dalam kes Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85; [2005] 1 AMR 321 (at p. 338) menyatakan (Augustine Paul, JCA): " .... A prima-facie case is therefore one that is sufficient for the accused to be called upon to answer. This in turn means that the evidence adduced must be such that it can be overthrown only by evidence in rebuttal."
7
Undang undang adalah mantap bahawa dalam membuktikan kes prima facie, Mahkamah ini menaklukkan diri pada satu ujian penilaian maksima dengan mengambil kira kesemua keterangan kes pendakwaan baik dari segi kredibilit dan reliability dan juga pemenuhan elemen bagi pertuduhan yang dikenakan. Muka surat 5 dari 16
8
Bagi membuktikan pertuduhan ini,intipati pertuduhan yang perlu dibuktikan oleh pihak Pendakwaan adalah seperti berikut:-
a
Bahawa dadah tersebut merupakan dadah berbahaya sepertimana di dalam Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952;
b
Tertuduh mempunyai kawalan dan jagaan terhadap dadah yang dijumpai; dan
c
Tertuduh mempunyai pengetahuan mengenai dadah yang dijumpai SAKSI SAKSI PENDAKWAAN SP1- AB MANAS BIN MOHAMED SP2- KONSTABEL NORAIMAN HAKIM BIN BAHARIN SP3- AMIRUDDIN FITRI BIN ZULKIFLI SP4- ASP YUSLIHAZLAN BIN MOHD YUSUP SP5- NURUL IZZAH BINTI AB RAHMAN SP6- INSP HAFIS BIN NAZARAH Muka surat 6 dari 16 KES PENDAKWAAN
9
Pada 25/2/2021 pada jam lebih kurang 1 tengahari, SP4 bertindak atas maklumat mengenai pengedaran dadah yang dilakukan di sekitar Jalan Pusu 40 bersama anggota serbuan telah membuat pemerhatian di sekitar Jalan Pusu 40. Semasa pemerhatian SP4 dan anggota telah melihat sebuah kereta perodua Myvi nombor pendaftaran Perodua 1164, pada mulanya telah berhenti di tepi jalan dari arah Pasir Mas ke Tanah Merah. Apabila kenderaan tersebut berhenti, SP4 dapati ia dalam keadaan yang mencurigakan kerana kenderaan tersebut hanya berhenti tidak sampai 1 minit dan kemudian telah bergerak menghala ke arah Tanah Merah dan seterusnya masuk ke satu lorong dan membuat pusingan U.
10
SP4 dan anggota serbuan cuba menahan kenderaan tersebut dengan menggunakan kereta Pajero iaitu kenderaan pasukan namun kenderaan yang dinaiki oleh tertuduh tiba-tiba memecut melarikan diri namun telah terbabas dan masuk ke dalam parit di tepi jalan lalu terbalik. SP4 telah arahkan anggotanya untuk terjun kedalam parit tersebut, anggota tersebut adalah L/Kopl Amir, L/Kopl Syazwi dan Muka surat 7 dari 16 L/Kopl Fadzili untuk memastikan pemandu dalam kenderaan selamat dan ketika itu SP4 telah nampak pemandu iaitu tertuduh telah membuka tingkap di bahagian pemandu dan cuba untuk keluar.
11
SP4 arahkan anggota tersebut untuk menarik keluar pemandu/tertuduh dan menahan lelaki tersebut. Semasa itu SP4 bersama anggota telah nampak lelaki tersebut/pemandu ada memegang dengan tangan kanannya 1 bungkusan plastik kain bewarna merah dan seterusnya pemandu tersebut cuba untuk buang dan selamkan bungkusan tersebut ke dalam air dalam parit tersebut namun anggota SP4 yang berhampiran dengan lelaki tersebut berjaya menahan tindakan lelaki tersebut, menahan tangan dan seterusnya berjaya membawa keluar lelaki tersebut daripada kenderaan.
12
SP4 telah perkenalkan diri dan anggota sebagai pegawai polis seterusnya SP4 dan anggota membuat pemeriksaan di tubuh badan lelaki tersebut, pemeriksaan dapati lelaki tersebut ada memegang 1 beg plastic kain bewarna merah bertulis “Terima Kasih”. SP4 telah buat pemeriksaan terhadap plastik merah tersebut dihadapan saksi Muka surat 8 dari 16 polis dan tertuduh. Pemeriksaan dapati didalamnya ada 1 bungkusan plastik lutsinar, di dalam plastik lutsinar tersebut terdapat 1 bungkusan kertas dimana didalamnya terdapat 10 peket plastik bewarna biru.
13
SP4 telah buat pemeriksaan kesemua 10 plastik biru tersebut dapati 1dalam setiap plastik tersebut berisi 198 pil bewarna merah dan 2 pil bewarna hijau. Jumlah keseluruhan pil pil 1980 pil warna merah dan 20 pil hijau. Seterusnya SP4 tahan tertuduh kerana memiliki dadah dan uruskan urusan membawa keluar kenderaan yang terbalik daripada parit dan bawa balik tertuduh serta kenderaan dan barang kes ke pejabat IPD Pasir Mas.
14
Semasa pemeriksaan barang kes dadah yang dirampas dijalankan, SP4 mengesahkan Tertuduh nampak pemeriksaan tersebut kerana Tertuduh bersama SP4 semasa pemeriksaan dilakukan. Setelah menjumpai barang kes tersebut, SP4 merampas barang kes dadah tersebut sebagaimana P13-P15, P17 (A-B), P18 (A-J) dan barang kes berada dalam kawalan SP4 sehingga di bawa balik ke balai polis Pasir Mas dan sehingga diserahkan kepada pegawai penyiasat SP6. Muka surat 9 dari 16
15
SP4 juga telah mengisi borang bongkar (P8) dan borang serah menyerah (P11).Tertuduh juga telah menandatangani P8. Barang kes dadah yang telah diserahkan kepada SP6 oleh SP4 juga telah dihantar oleh SP6 sendiri ke Jabatan kimia untuk dianalisis oleh SP5 dan hasil analisa sebagaimana di P21.
16
Berkenaan dengan intipati milikan, Mahkamah ini mendapati bahawa keterangan untuk menunjukkan OKT sememangnya ada milikan dan kawalan terhadap barang salah tesebut adalah tidak mencukupi bagi memenuhi intipati milikan sepertimana kehendak piawaian. Keterangan SP4 selaku Pegawai Serbuan jelas tidak mencukupi bagi membuktikan elemen milikan/ kawalan. Berdasarkan keterangan yang ada di hadapan Mahkamah ini, fakta awalan telah menunjukkan bahawa kenderaan yang dipacu oleh OKT terbabas ke dalam parit akibat daripada rempuhan motokar pihak polis yang cuba menahan OKT. Muka surat 10 dari 16
17
Berdasarkan keterangan saksi-saksi, apabila kenderaan OKT yang terbabas ke dalam parit yang mengandungi air separas peha dan kenderaan OKT juga dalam keadaan terbalik, perkara munasabah yang Mahkamah ini dapat simpulkan berdasarkan fakta ini adalah bahawa OKT cuba untuk menyelamatkan diri dan adalah biasa sekiranya seseorang itu bertindak cemas dan gelisah selepas kemalangan.
18
Namun, perkara yang menjadi persoalan pada hemat Mahkamah ini adalah bagaimana barang kes salah ini dijumpai dan adakah ia benar benar dijumpai dalam kawalan/milikan OKT iaitu dipegang di tangan kanan dalam keadaan motokar yang terbalik akibat kemalangan. Undang Undang adalah mantap bahawa sekiranya untuk membuktikan kawalan satu milikan/kawalan ekslusif hendaklah dibuktikan.
19
Dalam, kes Tang Teck Seng & Anor v Public Prosecutor [2018] 4 MLJ 616, Mahkamah Rayuan mencapai dapatan seperti berikut; Muka surat 11 dari 16 [44] Our courts have consistently held that possession must be exclusive. The term "exclusive possession" is not defined in the DDA 1952. Nevertheless, the courts have elucidated "exclusive possession" as follows- "Thus, to sum up, the common usage, plain, natural and ordinary meaning of "exclusive" is "excluding or to exclude all others; not shared or divided". In the context of drug possession, "exclusive possession" can be construed to mean that the place where the drugs are found must be exclusive to the accused. However, possession of the drugs need not be exclusive. Possession may be joint, that is, two or more persons may jointly have possession of the contraband, exercising custody and control over it. In that case, each of these persons is considered to be in possession of that contraband (per Mohd Zawawi Salleh, JC (as he then was) in Public Prosecutor v. Tukiman bin Demini [2008] 2 MLRH 597; [2008] 4 MLJ 79; [2008] 8 CLJ 856
20
Berdasarkan fakta, keterangan SP4 yang menyatakan dalam kenderaan OKT terbalik di dalam longkang dan beliau telah menyatakan melihat OKT telah membuka tingkap pemandu, telah nampak OKT memegang satu barang “beg terima kasih” adalah tidak mencukupi kerana tiada keterangan lain yang menyokong keterangan SP4 ini. Siapakah orang pertama yang melihat OKT cuba menyelamkan barang salah tersebut dan siapa yang menahan OKT daripada cuba menyelamkan barang salah tersebut. Muka surat 12 dari 16
21
Berdasarkan keterangan juga, terdapat percanggahan di sini di antara keterangan SP4 dan SP6 berkenaan dengan keadaan barang kes. SP4 jelas menyatakan bahawa semasa kejadian kenderaan tersebut tidak sempat tenggelam dan tidak dimasuki air namun keterangan SP6 selaku Pegawai Penyiasat pula menyatakan sebaliknya. Percanggahan ini adalah material sehingga menjejaskan kes pendakwaan.
22
Hal ini adalah penting untuk menidakkan kemungkinan bahawa apa benar sekiranya barang salah tersebut sememangnya berada di dalam parit itu. Hal ini tidak memungkinkan satu kawalan ekslusif diletakkan kepada OKT.
23
Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan pihak pembelaan bahawa berdasarkan keterangan dihadapan Mahkamah ini dari keterangan SP6 dapat disimpulkan bahawa barang kes yang diterima oleh SP6 daripada SP4 berada di dalam keadaan berlumpur. Keterangan yang kabur berkenaan keadaan barang kes ini menyebabkan Mahkamah ini memberikan faedah keraguan terhadap kes pendakwaan. Kes pihak Muka surat 13 dari 16 pendakwaan yang menyatakan bahawa barang kes dijumpai di tangan kanan Tertuduh sebagaimana yang dijelaskan oleh saksi-saksi pendakwaan adalah tidak jelas atau tidak diperjelaskan.
24
Di atas faktor ini, mengambil kira keadaan barang kes semasa dirampas adalah dalam keadaan berlumpur kemungkinan tinggi juga barang kes ini dijumpai di dalam parit/longkang di tepi jalan yang dilalui oleh pelbagai kenderaan dan individu di Kampung Pusu Empat Puluh tersebut dan bukannya menunjukkan milikan ekslusif OKT. Ini adalah keraguan yang tidak diperjelaskan oleh saksi-saksi pihak pendakwaan ini.
25
Berkenaan hal ini, Mahkamah ini mendapati terdapat ketidakaturan material yang menyebabkan terputusnya rantaian barang kes yang bermula dari rampasan sehingglah dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia. Pertamanya, daripada mula dikatakan dirampas dari OKT di tempat kejadian, Pegawai Serbuan menyatakan bahawa selepas OKT ditangkap dia telah dibawa ke beberapa tempat lain sebelum Muka surat 14 dari 16 diserahkan kepada Pegawai Penyiasat SP6. Keberadaan barang kes yang dikatakan dirampas ini tidak diperjelaskan melalui keterangan berkenaan keberadaan barang kes sepanjang tempoh ini.
26
Kemudian keduanya adalah barang kes yang tersimpan lama atau dimanakah keberadaan barang kes di dalam kes ini berada sebelum dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia. Berdasarkan keterangan bertulis P7, barang kes hanya diterima pada 16.5.2021 oleh SP3.
27
Berdasarkan keterangan, keterangan SP6 yang tidak konsisten SP6 tidak boleh memberikan pengesahan berkenaan perjalanan barang kes sebelum ianya dihantar ke Jabatan Kimia kerana tiada sebarang rekod di dalam P7 (POL 261) selain daripada tarikh 16/05/2021 iaitu tarikh pertama SP3 iaitu jurustor menerima barang kes daripada SP6 untuk didaftarkan. Terdapat jarak waktu yang lama lebih kurang 3 bulan ini dari rampasan barang kes sehinggalah dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia. Hal ini pula tidak diperjelaskan dengan tepat dan penuh keraguan berdasarkan keterangan menyebabkan terdapatnya keraguan berkenaan rantaian barang kes. Muka surat 15 dari 16
28
Berdasarkan alasan ini sahaja, Mahkamah ini mendapati bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan intipati penting berkenaan milikan barang kes tanpa perlu mengulas lanjut intipati lain. Oleh itu, Mahkamah ini berdasarkan penilaian maksima terhadap semua keterangan pihak pendakwaan mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes pendakwaan di atas prima facie. Oleh itu, Mahkamah ini memerintahkan agar OKT dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan. Mahkamah ini memerintahkan. Bertarikh 31.12.2024 …………………………………………. MOHD IZDHAM NAIM BIN CHE ANI Majistret Mahkamah Majistret Pasir Mas Kelantan Darul Naim Pihak-Pihak: Timbalan Pendakwaraya, Kelantan Darul Naim: Mahfuzah Hamizah Binti Mohd Ariff Peguambela & Peguamcara: Muhammad Yusoff bin Abdullah Keputusan: 30 Oktober 2024 Muka surat 16 dari 16 UNDANG-UNDANG: Akta Dadah Berbahaya 1952- Pertuduhan dibawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya Kesalahan dibawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya-Prima Facie-Elemen elemen yang perlu dibuktikan-Pemilikan-Kawalan-Pengetahuan-Penilaian Maksima-Kes untuk Prima Facie-Sama ada pihak pendakwaan telah Berjaya membuktikan satu kes prima facie-Rayuan kepada Mahkamah Tinggi selepas keputusan diberikan Nota-nota Untuk kes-kes mengenai pemilikan, lihat 4(1) Mallal’s Digest (5th Ed, 2018 Reissue) perenggan 313-320.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.