Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI JELI DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA KES TANGKAP NO: DE-83D-1133-12/2025 ANTARA PENDAKWA RAYA … PENDAKWAAN LAWAN MOHD HAKIMI BIN RAMLEE … TERTUDUH
DE-83D-1133-12/2025
Magistrates Court of Malaysia22 Dec 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“the judge imposes a light custodial sentence, he is sending a message to the whole world at large, so to speak, that the offence is not that serious. And if the judge imposes a binding over under the Criminal Procedure Code, he is saying that the accused should not be charged in the first place at all. So, it can be de”
“-undang, malah saya perlu memastikan hukuman yang dijatuhkan itu adalah berpandukan kepada prinsip-prinsip kehakiman yang telah digariskan dalam kes-kes duluan (lihat PP v Jafa Daud [1981] 1 MLJ 315; [1981] CLJU 28). [30] Dalam menjatuhkan hukuman, pertimbangan utama saya adalah kepentingan awam. Dalam Rex v. Kenneth J”
“mematuhi kehendak s. 173(b) KTJ (lihat Samsudin Md Suppian lwn. PP [2025] 2 CLJ 919; [2025] 2 MLJ 595; Mohammad Hassan v. PP [1997] 1 CLJ Supp 485; [1998] 5 MLJ 65; Hajar Ishak v. PP [2000] 4 CLJ 46; [2000] MLJU 367). [14] Peruntukan s. 173(b) KTJ memperuntukkan seperti berikut: “The following procedure shall be observ”
“ch criminal, the court has the right and duty to decide whether to be lenient or severe.” (Penekanan ditambah) [31] Selanjutnya, Mahkamah Rayuan dalam Sinnathurai Subramaniam v. PP [2011] 5 CLJ 56; [2011] MLJU 1582 turut menegaskan: “[35] The sentences imposed by the sentencing judges have a signalling effect. If the j”
“Tuck's case.” (Penekanan ditambah) **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 5 [12] Selanjutnya, Mahkamah Rayuan dalam Khokin Miah lwn. PP [2025] CLJU 233; [2025] MLJU 276 menjelaskan rasional di sebalik sekatan ini seperti berikut: “[13] Peruntukkan seksyen 305 K”
“Penekanan ditambah) **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 5 [12] Selanjutnya, Mahkamah Rayuan dalam Khokin Miah lwn. PP [2025] CLJU 233; [2025] MLJU 276 menjelaskan rasional di sebalik sekatan ini seperti berikut: “[13] Peruntukkan seksyen 305 Kanun Tatacara J”
“kuan itu dibuat tanpa kefahaman atau kerelaan. Oleh itu, sabitan tersebut adalah sah dan tidak wajar diganggu. [23] Saya mengambil maklum mengenai keputusan Mahkamah Rayuan dalam Teh Geok Chin v. PP [2025] MLJU 4833, khususnya garis panduan yang dihuraikan di perenggan 32 berhubung langkah-langkah yang wajar **Note : S”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI JELI DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA KES TANGKAP NO: DE-83D-1133-12/2025 ANTARA PENDAKWA RAYA … PENDAKWAAN LAWAN MOHD HAKIMI BIN RAMLEE … TERTUDUH
1
Tertuduh telah dituduh di bawah s. 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (“ADB”), yang boleh dihukum di bawah s. 39C(1)(b) Akta yang sama berikutan kewujudan dua rekod sabitan lampau tertuduh bagi kesalahan tersebut. Pertuduhan terhadap tertuduh adalah seperti berikut: “Bahawa kamu pada 09/10/2025 jam lebih kurang 2255 hrs bertempat di Balai Polis Batu Melintang, dalam jajahan Jeli dalam negeri Kelantan telah memberikan kepada diri kamu sendiri dadah berbahaya jenis Amphetamine dan Methamphetamine dan kamu telah mempunyai dua (2) sabitan lampau di bawah seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dalam kes seperti berikut: Fakta sabitan: WA-1-83D-4386-05/21, seksyen 15(1)(a) ADB 1952, 2 bulan penjara dan pengawasan selama dua tahun. Tempat sabitan: Mahkamah Majistret 1, Kuala Lumpur. Tarikh sabitan: 02/11/2021. Fakta sabitan: WA-5-83D-4073-04/22, seksyen 15(1)(a) ADB 1952, 5 bulan penjara dan pengawasan selama dua tahun. Tempat sabitan: Mahkamah Majistret Kuala Lumpur. Tarikh sabitan: 19/07/2022. Dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39C(1)(b) Akta Dadah Berbahaya dan dibacakan bersama seksyen 38B Akta yang sama.”
2
Pertuduhan kemudian dibacakan dan diterangkan kepada tertuduh dalam Bahasa Malaysia. Tertuduh mengakui faham sifat pertuduhan dan akibat pengakuan salah, lalu mengaku bersalah secara sukarela tanpa syarat. Pendakwaan kemudiannya mengemukakan beberapa dokumen sokongan sebagai ekshibit, termasuk fakta kes yang dibacakan dan diakui oleh tertuduh tanpa pertikaian.
3
Setelah meneliti semua ekshibit serta menimbangkan faktor-faktor mitigasi dan pemberatan yang dikemukakan, saya mensabitkan tertuduh dan menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun bermula dari tarikh sabitan dan 1 sebatan. Terkilan, tertuduh merayu ke atas sabitan dan hukuman.
4
Berkait Batu Melintang Repot 661/25, pada 09.10.2025, jam lebih kurang 10:55 malam, tertuduh dibawa ke Balai Polis Batu Melintang bagi tujuan menjalankan ujian saringan awal air kencing.
5
Ujian saringan awal air kencing telah dijalankan menggunakan botol bernombor D1054707 yang dipilih oleh tertuduh sendiri dan dijalankan di hadapannya. Hasil ujian tersebut adalah positif bagi dadah berbahaya jenis Methamphetamine. Tertuduh kemudian ditangkap dan satu laporan polis dibuat (Batu Melintang Repot 662/25 – ekshibit P2).
6
Sampel air kencing tertuduh kemudian dihantar ke Jabatan Patologi untuk dianalisis. Laporan patologi (ekshibit P3) mengesahkan bahawa air kencing tertuduh mengandungi dadah berbahaya jenis Amphetamine dan Methamphetamine, yang disenaraikan dalam Jadual Pertama ADB.
7
Fakta kes selanjutnya mendedahkan bahawa tertuduh mempunyai dua rekod sabitan lampau bagi kesalahan di bawah s. 15(1)(a) ADB. Oleh itu, tertuduh dituduh di bawah peruntukan tersebut yang boleh dihukum dengan penalti lebih berat di bawah s. 39C(1)(b) Akta yang sama.
8
Dalam rayuan mitigasi, peguam berhujah pengakuan salah tertuduh telah menjimatkan masa dan kos semua pihak. Tertuduh berumur 40 tahun, telah berkahwin dan merupakan penyara tunggal keluarga. Isteri tertuduh tidak bekerja dan tertuduh menanggung tiga orang anak berusia antara 10 hingga 17 tahun yang kesemuanya masih bersekolah. Tertuduh bekerja kampung dengan pendapatan tidak menentu sekitar RM1,000.00 sebulan. Tertuduh menyatakan telah insaf, berjanji tidak akan mengulangi kesalahan yang sama dan memohon hukuman penjara yang singkat.
9
Pihak pendakwaan pula memohon hukuman yang setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat.
10
Apabila seseorang tertuduh mengaku bersalah dan disabitkan atas pengakuan salah itu, hak untuk merayu ke atas sabitan adalah terhad dan hanya dibenarkan setakat berat atau kesahihan hukuman. Dalam hal ini, saya merujuk kepada s. 305 Kanun Tatacara Jenayah (“KTJ”), yang jelas memperuntukkan seperti berikut: “305 When plea of guilty limited right of appeal When an accused person has pleaded guilty and been convicted by a Magistrate on that plea, there shall be no appeal except as to the extent or legality of the sentence.”
11
Saya juga merujuk kepada Munawar Ahmad Anees v. PP [2009] 2 MLJ 1; [2009] 2 CLJ 42, di mana Mahkamah Persekutuan menegaskan: “[25] Finally, it is noted that in dismissing the appeal the learned judge of the High Court had given due consideration to the fact that the appeal by the applicant was in relation to the applicant's conviction and sentence upon his own plea of guilt under s. 305 of CPC. Under the said provision of s. 305 of CPC the applicant cannot appeal against the conviction except as to the extent or legality of the sentence. Having referred to the procedure and principles of law as laid down in the Supreme Court's case of Lee Weng Tuck & Anor. v. PP [1989] 2 CLJ 120; [1989] 1 CLJ (Rep) 75 the learned judge found that the recording of the plea of guilt made by the applicant was in order and according to law. From the records of appeal available before him there was nothing to show that the proceedings before the Sessions Court where the applicant had pleaded guilty was conducted not in accordance with the procedure and principles laid down in Lee Weng Tuck's case.” (Penekanan ditambah)
12
Selanjutnya, Mahkamah Rayuan dalam Khokin Miah lwn. PP [2025] CLJU 233; [2025] MLJU 276 menjelaskan rasional di sebalik sekatan ini seperti berikut: “[13] Peruntukkan seksyen 305 Kanun Tatacara Jenayah ini jelas menyatakan bahawa seseorang tertuduh yang mengaku salah dan disabitkan di atas sesuatu pertuduhan hendaklah dihalang daripada merayu terhadap sabitan kecuali berkenaan dengan berat atau sahnya hukuman itu sahaja (there shall be no appeal except as to the extent or legality of the sentence).
14
Rasional di sebalik peruntukan ini adalah seseorang yang mengetahui dan menyedari sifat serta akibat pengakuan salahnya yang dibuat tanpa syarat tidak sepatutnya merasa terkilan, di atas sabitan yang direkodkan. Ini adalah kerana beliau sendiri yang memilih untuk berbuat demikian dengan sukarela tanpa apa-apa paksaan, pujukan atau janji daripada mana-mana pihak.” (Penekanan ditambah)
13
Walau bagaimanapun, saya sedar bahawa sekatan di bawah s. ini tidak menyingkirkan kuasa mahkamah yang mendengar rayuan untuk membuat semakan ke atas rekod prosiding bagi menentukan sama ada pengakuan salah tersebut adalah sah dan mematuhi kehendak s. 173(b) KTJ (lihat Samsudin Md Suppian lwn. PP [2025] 2 CLJ 919; [2025] 2 MLJ 595; Mohammad Hassan v. PP [1997] 1 CLJ Supp 485; [1998] 5 MLJ 65; Hajar Ishak v. PP [2000] 4 CLJ 46; [2000] MLJU 367).
14
Peruntukan s. 173(b) KTJ memperuntukkan seperti berikut: “The following procedure shall be observed by Magistrates in summary trials:
a
…
b
If the accused pleads guilty to the charge, whether as originally framed or as amended, the plea shall be recorded and he may be convicted on it and the Court shall pass sentence according to law: Provided that before a plea of guilty is recorded the Court shall ascertain that the accused understands the nature and consequences of his plea and intends to admit, without qualification, the offence alleged against him.” [15] Peruntukan ini kemudiannya dihuraikan dan diperincikan dalam Lee Weng Tuck & Anor v. PP [1989] 1 CLJ Rep 75; [1989] 2 MLJ 143, di mana Mahkamah Agung menegaskan bahawa suatu pengakuan salah hanya boleh direkodkan setelah mahkamah memastikan tiga perlindungan asas di bawah peruntukan tersebut dipatuhi, iaitu:
a
Tertuduh sendiri yang membuat pengakuan salah tersebut;
b
Tertuduh memahami sifat pertuduhan dan akibat pengakuan salah tersebut; dan
c
Tertuduh berniat untuk mengaku sepenuhnya atas kesalahan yang dipertuduhkan tanpa sebarang syarat. [16] Pertama, dalam kes ini, selepas sahaja pertuduhan dibacakan dan diterangkan, jurubahasa mahkamah telah secara terus bertanya kepada tertuduh sama ada dia ingin mengaku bersalah ataupun tidak. Tertuduh telah menjawab “mengaku”. Pengakuan tersebut dibuat secara lisan oleh tertuduh sendiri, bukan melalui pihak ketiga, dan tiada petunjuk bahawa pengakuan itu telah dibuat di bawah tekanan, paksaan atau pujukan. [17] Kedua, mengenai kefahamannya, saya telah menerangkan kepada tertuduh bahawa kesalahan ini tidak lagi membawa hukuman denda, sebaliknya mewajibkan hukuman penjara minimum lima tahun sehingga tujuh tahun serta sebatan, berikutan kewujudan dua rekod sabitan lampau tertuduh di bawah s. 15(1)(a) ADB. Penjelasan tersebut disusuli dengan pertanyaan berulang saya kepada tertuduh bagi memastikan bahawa dia benar-benar memahami sifat pertuduhan dan akibat pengakuan salahnya itu, dan tertuduh secara konsisten menjawab “faham”. [18] Selanjutnya, ketika tertuduh menyatakan ketidakpastian mengenai dua rekod sabitan lampau tersebut semasa di peringkat awal prosiding, saya tidak terburu-buru menerima dan merekodkan pengakuan salahnya. Sebaliknya, saya telah merujuk tertuduh kepada keseluruhan dokumen pihak pendakwaan, termasuk rekod sabitan lampaunya (ekshibit P7), bagi membolehkan tertuduh membuat pengesahan sendiri. Hanya selepas tertuduh mengesahkan dan mengakui sepenuhnya rekod sabitan lampau tersebut, tanpa sebarang pertikaian atau penarikan balik pengakuan, dan setelah saya berpuas hati bahawa tertuduh memahami sepenuhnya sifat serta akibat pengakuannya itu, barulah saya meneruskan prosiding ini. [19] Ketiga, mengenai pengakuan salah hendaklah dibuat tanpa syarat. Selepas kekeliruan awal tersebut diperjelaskan, saya sekali lagi bertanya kepada tertuduh sama ada dia ingin mengekalkan pengakuan salahnya. Walaupun tertuduh kemudiannya bertanya tentang rayuan mitigasi, saya menjelaskan bahawa pada ketika itu, keutamaan prosiding adalah untuk memastikan kefahamannya terlebih dahulu sebelum pengakuan salah itu direkodkan. Setelah kefahaman disahkan, tertuduh telah mengekalkan pengakuannya secara lisan dan tanpa syarat, dan seterusnya menerima sepenuhnya fakta kes serta mengakui semua ekshibit tanpa pertikaian. [20] Saya sedar bahawa pada satu peringkat, prosiding ini telah dicelah oleh ibu tertuduh kerana tidak memahami pertuduhan yang dikenakan ke atas tertuduh. Walau bagaimanapun, saya berpendapat bahawa perkara tersebut tidak menjejaskan integriti prosiding dan kesahihan pengakuan salah itu kerana fokus mahkamah adalah untuk memastikan kefahaman tertuduh sendiri, dan bukannya pihak ketiga. [21] Setelah perkara tersebut diperjelaskan, saya telah bertanya semula kepada tertuduh sama ada dia benar-benar memahami pertuduhan dan hukuman mandatori yang diperuntukkan, dan tertuduh secara konsisten menjawab faham dan mengekalkan pengakuan salahnya itu tanpa syarat. Dalam keadaan ini, saya berpuas hati bahawa pencelahan tersebut tidak mempengaruhi pendirian tertuduh. Tiada sebarang cubaan atau petunjuk bahawa tertuduh ingin menukar pengakuannya atau mohon dibicarakan. Pengakuan tersebut adalah jelas, dibuat atas kehendak tertuduh sendiri, secara sedar, sukarela, dan tanpa paksaan, pujukan atau pengaruh luar. [22] Berdasarkan perkara-perkara tersebut, saya berpendapat bahawa tiga perlindungan asas di bawah s. 173(b) KTJ telah dipatuhi. Pengakuan salah tertuduh adalah jelas, dibuat oleh tertuduh sendiri, tidak bersyarat, dan direkodkan hanya selepas saya berpuas hati bahawa tertuduh benar-benar memahami sifat pertuduhan serta akibat pengakuan salah. Tiada sebarang kegagalan keadilan (miscarriage of justice) telah berlaku dalam kes ini atau petunjuk bahawa pengakuan itu dibuat tanpa kefahaman atau kerelaan. Oleh itu, sabitan tersebut adalah sah dan tidak wajar diganggu. [23] Saya mengambil maklum mengenai keputusan Mahkamah Rayuan dalam Teh Geok Chin v. PP [2025] MLJU 4833, khususnya garis panduan yang dihuraikan di perenggan 32 berhubung langkah-langkah yang wajar diambil oleh mahkamah sebelum merekodkan pengakuan salah. Saya terima garis panduan itu bertujuan memperkukuhkan amalan terbaik (best practices) kehakiman dalam merekodkan pengakuan salah. [24] Walau bagaimanapun, apabila keseluruhan penghakiman tersebut diteliti, adalah jelas bahawa Mahkamah Rayuan terlebih dahulu meneliti nota keterangan Mahkamah Tinggi dan mendapati semua perlindungan asas di bawah s. 173(b) KTJ telah dipatuhi sebelum merumuskan garis panduan tersebut (lihat perenggan 28 dan 29). Dalam konteks tersebut, saya dengan hormatnya berpendapat bahawa garis panduan tersebut wajar difahami sebagai bertujuan memperkemaskan amalan kehakiman sedia ada bagi memastikan pengakuan salah direkodkan berlandaskan undang-undang serta prinsip yang telah diputuskan oleh kes-kes duluan. [25] Pada hemat saya, penegasan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan bahawa kegagalan mematuhi garis panduan tersebut “may undermine the validity of the plea of guilty” (lihat perenggan 33) menunjukkan bahawa kesannya tidak automatik. Sebaliknya, ia bergantung kepada fakta dan keadaan setiap kes serta tahap kegagalan yang telah berlaku, khususnya sama ada kegagalan itu menyentuh salah satu daripada tiga perlindungan asas di bawah s. 173(b) KTJ atau mengakibatkan kegagalan keadilan. [26] Dalam konteks kes ini, sebagaimana yang telah dihuraikan sebelum ini, ketiga-tiga perlindungan asas di bawah s. 173(b) KTJ telah dipatuhi. Pertuduhan telah dibacakan dan diterangkan, sabitan lampau dirujuk dan diperakui, hukuman mandatori dijelaskan, dan pengakuan salah itu dibuat oleh tertuduh sendiri tanpa sebarang syarat sebelum pengakuan diterima, sabitan direkodkan dan hukuman dijatuhkan. Oleh yang demikian, sabitan tersebut adalah selamat dan wajar dikekalkan. KESAHIHAN HUKUMAN DAN PERTIMBANGAN MAHKAMAH [27] Dalam kes ini, tertuduh telah disabitkan atas kesalahan di bawah s. 15(1)(a) ADB kerana memberikan kepada diri sendiri dadah berbahaya jenis Amphetamine dan Methamphetamine. Secara amnya, kesalahan ini hanya memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun. [28] Walau bagaimanapun, memandangkan tertuduh sebelum ini sudah mempunyai dua sabitan lampau bagi kesalahan yang sama, peruntukan hukuman yang terpakai bukan lagi di bawah s. 15(1)(a), tetapi di bawah s. 39C(1)(b) ADB, iaitu mewajibkan penjara minimum lima tahun sehingga tujuh tahun dan sebatan tidak melebihi tiga kali. Peruntukan ini jelas tidak memberikan ruang kepada mahkamah ini untuk menjatuhkan hukuman di bawah paras had minimum yang ditetapkan. [29] Dalam keadaan ini, saya bukan sahaja terikat untuk menjatuhkan hukuman dalam lingkungan yang ditetapkan oleh undang-undang, malah saya perlu memastikan hukuman yang dijatuhkan itu adalah berpandukan kepada prinsip-prinsip kehakiman yang telah digariskan dalam kes-kes duluan (lihat PP v Jafa Daud [1981] 1 MLJ 315; [1981] CLJU 28). [30] Dalam menjatuhkan hukuman, pertimbangan utama saya adalah kepentingan awam. Dalam Rex v. Kenneth John Ball [1951] 35 Cr App R 164, Hilbery H (beliau pada ketika itu) menyatakan: “In deciding the appropriate sentence a court should always be guided by certain considerations. The first and foremost is the public interest. The criminal law is publicly enforced, not only with the object of punishing crime, but also in the hope of preventing it. A proper sentence, passed in public, serves the public interest in two ways. It may deter others who might be tempted to try crime as seeming to offer easy money on the supposition, that if the offender is caught and brought to justice, the punishment will be negligible. Such a sentence may also deter the particular criminal from committing a crime again, or induce him to turn from a criminal to an honest life. The public interest is indeed served, and best served, if the offender is induced to turn from criminal ways to honest living. Our law does not, therefore, fix the sentence for a particular crime, but fixes a maximum sentence and leaves it to the court to decide what is, within that maximum, the appropriate sentence for each criminal in the particular circumstances of each case. Not only in regard to each crime, but in regard to each criminal, the court has the right and duty to decide whether to be lenient or severe.” (Penekanan ditambah) [31] Selanjutnya, Mahkamah Rayuan dalam Sinnathurai Subramaniam v. PP [2011] 5 CLJ 56; [2011] MLJU 1582 turut menegaskan: “[35] The sentences imposed by the sentencing judges have a signalling effect. If the judge imposes a light custodial sentence, he is sending a message to the whole world at large, so to speak, that the offence is not that serious. And if the judge imposes a binding over under the Criminal Procedure Code, he is saying that the accused should not be charged in the first place at all. So, it can be deduced that when a judge imposes a sentence he is making a statement whether the offence is serious or trivial. It is in these contexts that sentencing judges must be very cautious and must weigh in a balance the gravity of the offence with the proposed sentence. The sentence imposed must always reflect public interest after taking into account the mitigation advanced by the accused.” (Penekanan ditambah) [32] Dalam konteks kesalahan berulang yang membangkitkan hukuman di bawah s. 39C(1)(b) ADB, saya mendapati mesej Parlimen adalah jelas, iaitu pengulangan kesalahan yang sama selepas mempunyai dua sabitan lampau memerlukan respon kehakiman yang lebih tegas. Penggubalan peruntukan tersebut menunjukkan bahawa pesalah berulang memerlukan suatu hukuman pencegahan yang lebih berkesan. Oleh itu, kesalahan ini tidak boleh dinilai dari sudut yang sama seperti kesalahan pertama tanpa mengambil kira dua rekod sabitan lampau tertuduh. [33] Walau bagaimanapun, meskipun saya terikat dengan had minimum dan maksimum yang diperuntukkan, saya masih mempunyai kewajipan untuk menimbang faktor-faktor mitigasi dan pemberatan yang dihujahkan bagi memastikan hukuman yang dijatuhkan adalah wajar, setimpal dan adil bukan sahaja kepada masyarakat, tetapi juga kepada tertuduh (lihat Raja Izzuddin Shah v. PP [1979] 1 MLJ 270). [34] Faktor-faktor mitigasi yang telah dipertimbangkan oleh saya: a) Pengakuan salah tertuduh di peringkat awal banyak menjimatkan masa dan kos semua pihak; b) Status tertuduh sebagai penyara tunggal dengan pendapatan tidak menentu sekitar RM1,000 sebulan; c) Tertuduh perlu menanggung isteri tidak bekerja dan tiga orang anak masih bersekolah; dan d) Tertuduh menyatakan keinsafan dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan yang sama. [35] Faktor-faktor pemberatan yang ketara dan dipertimbangkan adalah: a) Kepentingan awam; b) Status tertuduh sebagai seorang pesalah berulang dengan dua rekod sabitan lampau bagi kesalahan yang sama (ekshibit P7); c) Hukuman penjara yang singkat sebelum ini jelas gagal memberikan kesan pencegahan yang diharapkan ke atas tertuduh; dan d) Dasar dan niat Parlimen dalam menggubal peruntukan s. 39C(1)(b) ADB apabila memperuntukkan hukuman yang lebih berat kepada pesalah berulang berbanding dengan pesalah pertama. [36] Setelah menimbang faktor-faktor tersebut, saya mendapati bahawa faktor pemberatan dan kepentingan awam lebih mengatasi faktor mitigasi tertuduh. Sehubungan itu, hukuman penjara lima tahun dan sebatan satu kali adalah wajar dan setimpal dalam keadaan kes ini. Hukuman tersebut mencerminkan tahap keseriusan kesalahan berulang itu serta memenuhi tujuan pencegahan khusus dan umum. Pada pendapat saya, hukuman itu tidak boleh dikatakan sebagai “manifestly excessive” atau salah prinsip kerana hukuman itu sudah pun pada had minimum yang dibenarkan. [37] Di samping itu, memandangkan pertuduhan ini dibacakan bersama s. 38B ADB, saya turut memerintahkan agar tertuduh diletakkan di bawah pengawasan Balai Polis Batu Melintang selama tiga tahun selepas tamat menjalani hukuman penjara. Tempoh tersebut, pada hemat saya, adalah munasabah dan perlu bagi tujuan pemantauan serta mengurangkan risiko pengulangan kesalahan ini bagi seseorang pesalah berulang. [38] Akhir sekali, memandangkan tertuduh sebelum ini diikat jamin, dan selaras dengan peruntukan s. 282(d) KTJ, saya memerintahkan supaya hukuman penjara 5 tahun itu bermula dari tarikh sabitan, iaitu 22.12.2025. KESIMPULAN [39] Berdasarkan keseluruhan alasan yang telah dihuraikan tadi, saya berpendapat bahawa pengakuan salah tertuduh telah direkodkan selaras kehendak dan prinsip undang-undang. Tiada apa-apa kegagalan keadilan yang menjejaskan kesahihan sabitan tersebut. Hukuman yang dijatuhkan pula adalah dalam lingkungan yang diperuntukkan, tidak salah prinsip dan tidak boleh dianggap sebagai “manifestly excessive”. Oleh itu, sabitan dan hukuman adalah sah dan wajar dikekalkan. Bertarikh: 20hb Februari 2026 (TUN FAEZ FIKHRIE BIN TUN ASRUL SAINI) Majistret Mahkamah Majistret Jeli PIHAK-PIHAK Bagi pendakwaan : Muhammad Afiq bin Ibrahim Timbalan Pendakwa Raya Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri Kelantan Bagi tertuduh : Nur Murni binti Che Mood
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.