Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN (2) TELUK INTAN DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN KES JENAYAH NO. AC-61JSK-5-06/2023 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN HAMIZAN BIN NAWAI ALASAN PENGHAKIMAN Pengenalan
AC-61JSK-5-06/2023
Sessions Court of Malaysia9 May 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“52. Sebelum menjatuhkan hukuman, mahkamah ini merujuk kes Zariff Muqriez Zainon v. PP [2025] CLJU 1691 yang merujuk lanjut kes Ong Lai Kim v. Public Prosecutor And Other Appeals [1991] 2 CLJ 1568 di mana YA Zakaria Yatim H (pada ketika itu) menyatakan antara lain seperti berikut: "The punishment must”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN (2) TELUK INTAN DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN KES JENAYAH NO. AC-61JSK-5-06/2023 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN HAMIZAN BIN NAWAI ALASAN PENGHAKIMAN Pengenalan
1
Hamizan Bin Nawai (OKT) telah dituduh dengan 3 pertuduhan melakukan amang seksual fizikal di bawah Seksyen 14 (a) Akta 792 dan dibaca dengan Seksyen 16 akta yang sama. Perlakuan amang seksual tersebut dilakukan terhadap anak muridnya iaitu SP3.
2
Di akhir kes pembelaan, pada 9 Mei 2025, Mahkamah Sesyen 2 Teluk Intan (mahkamah ini) telah memutuskan OKT bersalah dan disabitkan ke atas ketiga-tiga pertuduhan ke atasnya. OKT merayu ke atas sabitan dan hukuman.
3
Berikut adalah perincian pertuduhan-pertuduhan tersebut: Pertuduhan 1 Tarikh : Pertengahan April 2022 Masa : Di antara jam 2.00 PM hingga 5.50 Tempat: Lot 9539, Kampung Baru Sungai Kroh, Air Kuning, Daerah Batang Padang. Cara jenayah: Meraba payudara Seksyen: 14(a) dan 16 Akta 792 Pertuduhan 2 Tarikh : Akhir Mei 2022 Masa : Di antara jam 2.00 PM hingga 5.50 Tempat: Lot 9539, Kampung Baru Sungai Kroh, Air Kuning, Daerah Batang Padang. Cara jenayah: Memeluk SP3 dari belakang dan meraba payudara Seksyen: 14(a) dan 16 Akta 792 Pertuduhan 3 Tarikh : Pertengahan Jun 2022 Masa : Di antara jam 2.00 PM hingga 5.50 Tempat: Lot 9539, Kampung Baru Sungai Kroh, Air Kuning, Daerah Batang Padang. Cara jenayah: Meraba payudara dan kemaluan mangsa Seksyen: 14(a) dan 16 Akta 792 Kes Pendakwaan 4. Pihak pendakwaan telah mengemukakan 7 orang saksi iaitu SP1 (Pegawai Rampasan), SP2 (Jurufoto), SP3 (mangsa), SP4 (ibu mangsa), SP5 (Kaunselor), SP6 (Doktor), SP7 (Pegawai Penyiasat).
5
Secara ringkasnya, naratif kes pendakwaan adalah OKT dan mangsa (SP3) mempunyai hubungan amanah (guru dan pelajar). Disebabkan hubungan OKT dan SP3 agak rapat, SP3 ada beberapa kali mengikut OKT balik ke rumah OKT di Lot 9539, Kampung Baru Sungai Kroh, Air Kuning, Daerah Batang Padang. Di rumah tersebutlah kejadian-kejadian amang seksual terhadap SP3 dilakukan oleh OKT.
6
Selain SP3, OKT dikatakan selalu membawa para pelajar ke rumahnya disebabkan mereka ingin melihat haiwan-haiwan eksotik peliharaan OKT.
7
7.
Preamble
Menurut SP3, beliau mengakui telah mengikut OKT ke rumah tersebut dan setelah itu berlakulah kejadian-kejadian amang seksual seperti di pertuduhan pertama hingga pertuduhan ketiga iaitu pada bulan April 2022, Mei 2022 dan Jun 2022.
8
8.
Preamble
Menurut SP3, ketika kejadian-kejadian amang seksual berlaku beliau tidak dapat melarikan diri kerana pintu rumah dikunci oleh OKT.Setiap kali selepas amang seksual berlaku, OKT akan menghantar SP3 pulang ke rumah. SP4 iaitu ibu SP3 tahu OKT ada menghantar SP3 pulang ke rumah.
9
Walaupun SP3 menghadapi kejadian-kejadian yang tidak diingini tersebut, SP3 tidak menceritakan kejadian-kejadian tersebut kepada sesiapapun. Setelah kejadian pertama berlaku, SP3 tetap mengikuti OKT ke rumah OKT dan seterusnya berlaku kejadian kedua dan ketiga.
10
Setelah beberapa bulan berlaku, ianya terzahir ketika SP3 dibawa oleh ibunya (SP4) untuk bertemu dengan seorang doktor (SP6) disebabkan SP3 memberitahu SP4 beliau mempunyai anxiety. Pertemuan dengan SP6 hanya berlaku pada bulan Disember 2022.
11
Semasa disoal SP6 mengenai punca anxiety-nya, SP3 memberitahu beliau pernah dicabul oleh cikgunya (OKT). Merasakan ia adalah kes polis, SP6 menyarankan agar perkara tersebut dilaporkan kepada pihak polis.
12
Selain itu, SP6 telah merujuk SP3 kepada seorang kaunselor/Pegawai Psikologi Kaunseling (SP5). Semasa bersama SP5, SP3 telah memberitahu perkara yang sama berkaitan beliau dicabul oleh OKT.
13
Siasatan telah dibuat oleh SP7 dan akhirnya OKT ditangkap.
14
Hujah Pembelaan (Ringkasan) Pihak pembelaan mengutarakan hujah-hujah berikut: a) Tiada laporan CIC dikemukakan walaupun Pegawai Penyiasat (SP7) mengatakan SP3 ada dibawa ke CIC. b) Keadaan mangsa tidak konsisten dan bercanggah dengan laporan perubatan (P10). c) Percanggahan ketara keterangan SP3 dan bukti-bukti lain: Tarikh-tarikh di pertuduhan adalah pada bulan April 2022, Mei 2022 dan Jun 2022 tetapi di dalam P10 tertera kali akhir mangsa berjumpa OKT adalah pada bulan April 2022. Tiada kesinambungan antara keterangan SP3 dan saksi-saksi lain. d) Keterangan saksi-saksi selain SP3 adalah bersifat hearsay. e) Pertuduhan terhadap OKT adalah tidak jelas, samar-samar dan meragukan.
15
Analisa Mahkamah Di Akhir Kes Pendakwaan Di akhir kes pendakwaan, mahkamah perlu memutuskan sama ada pihak pendakwaan telah berjaya mengadakan satu prima facie case sebagaimana yang diputuskan di bawah Kanun Tatacara Jenayah
16
Di dalam kes ini, pihak pendakwaan ada memohon untuk penangguhan pemfailan hujahan bertulis mereka. Walaubagaimanapun, memandangkan keputusan kes ini sudah ditangguhkan sebelum ini bagi memberi peluang pihak-pihak memfailkan hujahan, Mahkamah ini tidak dapat menangguhkan keputusan lagi.
17
Demi keadilan, Mahkamah ini akan menilai keseluruhan bukti secara maximum evaluation dengan mengambil kira keterangan saksi-saksi pendakwaan, bukti-bukti dokumentari dan nas undang-undang terbabit.
18
Mahkamah ini mendapati, sejak dari menemui SP5 (kaunselor), SP6 (doktor) dan SP7(IO), SP3 telah menerangkan bahawa terdapat beberapa kejadian amang seksual berlaku ke atasnya walaupun di dalam P8 (repot polis) SP3 mengkhususkan hanya pada bulan April 2022 sahaja. Mahkamah ini mengambil maklum bahawa repot polis bukanlah satu ensiklopedia yang menerangkan secara detail bagaimana sesuatu kejadian itu berlaku.
19
Begitu juga di para 5 laporan perubatan (P10), telah tercatat SP3 melalui beberapa episod gangguan seksual dari seorang guru lelaki berumur dalam lingkungan 40-an.
20
Berkaitan laporan P10 yang dihujahkan pihak pembelaan tidak menyokong keterangan SP3, Mahkamah ini mengambil maklum bahawa laporan perubatan bukanlah satu-satunya bukti mutlak bagi kes-kes amang seksual. Selain itu, berkenaan kenyataan yang tercatat di dalam P10 berkenaan kali akhir SP3 menemui OKT pada bulan April 2022-isu ini tidak disoal balas semasa perbicaraan oleh pihak pembelaan kepada saksi-saksi pendakwaan, oleh itu Mahkamah ini menerima keterangan SP3 bahawa kejadian-kejadian amang seksual berlaku pada bulan April, Mei dan Jun 2022 seperti di pertuduhan-pertuduhan pindaan. Mahkamah ini mendapati tiada sebab SP3 mereka-reka cerita ke atas OKT disebabkan cemburu OKT akan melangsungkan perkahwinan.
21
Berikut adalah keterangan SP3 mengenai ketiga-tiga kejadian amang seksual yang dilakukakan oleh OKT: Kejadian pertama Tarikh: April 2022 Cara amang seksual: OKT menghubungi SP3 melalui aplikasi whassap mengajaknya keluar. Keesokan harinya, setelah tamat sesi persekolahan lebih kurang pukul 2 petang OKT membawa SP3 menaiki Hiluxnya dan terus ke rumah OKT. Apabila sampai di rumah OKT, SP3 duduk di sofa di ruang tamu manakala OKT menukar pakaian kepada t-shirt dan boxer. SP3 masih mengenakan seragam sekolah dan juga bertudung. Kemudian, OKT menarik SP3 ke bilik tidurnya dan SP3 duduk di atas katil. Pada ketika itulah OKT duduk di sebelah SP3 dan meraba payudara SP3. SP3 cuba mengelak tetapi tidak berjaya. SP3 memberitahu OKT dia ingin pulang. Tidak lama kemudian, OKT menukar pakaiannya dan menghantar SP3 pulang ke rumahnya. Kejadian kedua Tarikh: Akhir Mei 2022 Cara amang seksual: OKT mengajak SP3 keluar lagi. SP3 setuju setelah mendapat kebenaran dari ibunya (SP4). Seperti kejadian pertama, OKT membawa SP3 ke rumahnya. SP3 duduk di sofa ruang tamu dan OKT ke biliknya untuk mandi. Sesudah mandi OKT keluar ke ruang tamu mendapatkan SP3. Sewaktu itu OKT mengenakan t-shirt dan boxer sahaja. Di ruang tamu, OKT memeluk SP3 dari belakang dan mengajak SP3 ke biliknya. Di bilik tidur tersebut, OKT duduk di sebelah SP3 dan meraba payudara beliau lagi. Ketika itu, SP3 memakai baju t-shirt PJ sekolah. SP3 cuba melepaskan diri tetapi tidak berjaya. Kemudian, SP3 memberitahu OKT dia mahu pulang ke rumah. OKT tidak berkata apa-apa, dia menukar pakaian dan kemudiannya menghantar SP3 pulang. Sebelum sampai ke rumah SP3, mereka berdua singgah takeaway makanan di sebuah Macdonald. Kejadian ketiga Tarikh: Pertengahan Jun 2022 Cara amang seksual: OKT menghubungi SP3 memberitahu supaya melihat perlawanan bola sepak di antara guru-guru. Setelah mendapat kebenaran dari ibunya iaitu SP4, SP3 bersetuju mengikuti OKT. Selepas waktu persekolahan iaitu lebih kurang pukul 2 petang, OKT membawa SP3 ke rumahnya lagi. Di rumah OKT, SP3 duduk di sofa di ruang tamu sementara OKT mandi dan menukar pakaiannya kepada t-shirt dan boxer. SP3 pula masih memakai seragam sekolah. OKT kemudiannya menyuruh SP3 masuk ke biliknya. Di bilik tersebut, OKT dan SP3 berbaring sebelah menyebelah. Pada ketika itulah OKT meraba payudara dan memegang kemaluan SP3. SP3 kemudiannya memberitahu OKT sudah hampir pukul 3 dan perlawanan bola sepak di SMK Air Kuning akan bermula. Setelah itu OKT menukar kepada pakaian sukan dan keluar ke sekolah. SP3 tidak mengikut OKT ke perlawanan bola sepak tersebut kerana tidak dipelawa. SP3 ditinggalkan berseorangan di rumah OKT.
Preamble
Menurut SP3, ketika ditinggalkan berseorangan di rumah, beliau bermain dengan telefon bimbit OKT. Menurut SP3 lagi, OKT mempunyai 2 buah telefon bimbit-satu dibawa oleh OKT dan satu lagi ditinggalkan kepada SP3. Lewat petang tersebut, OKT menghantar SP3 pulang ke rumah.
22
Mahkamah ini mendapati elemen-elemen untuk Seksyen 14(a) Akta 792 telah berjaya dipenuhi pihak pendakwaan. Pertama sekali, pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan SP3 adalah seorang kanak-kanak sewaktu kejadian dan fakta berkaitan umur ini tidak disangkal oleh pihak pembelaan.
23
Elemen kedua, OKT perbuatan amang seksual iaitu meraba payudara dan kemaluan SP3 telah dijelaskan SP3 dengan jelas semasa perbicaraan. SP3 telah menerangkan bagaimana ianya berlaku pada setiap episod kejadian. Ketiadaan saksi lain untuk menyokong keterangan SP3 bukanlah satu halangan untuk tidak mempercayai keterangan SP3. Perincian setiap tarikh kejadian oleh SP3 adalah jelas dan bukannya diada-adakan semata-mata kerana OKT tidak mengendahkannya dan akan melangsungkan perkahwinan.
24
Mahkamah ini juga berpendapat SP3 membenarkan kejadian tersebut berlaku sebanyak 3 kali kerana SP3 masih mempercayai OKT walaupun kejadian amang seksual ada berlaku. Berikut adalah jawapan SP3 semasa diperiksa balas oleh peguambela: “S: Kenapa apabila adik mengatakan adik diraba kenapa kali kedua adik terima ajakan? Saya percaya dia sebab dia cikgu saya. Sebab dia ajak saya keluar tak cakap ke mana, tapi saya dengar kawan-kawan saya pernah keluar dengan cikgu ke tempat-tempat best. Nama kawan-kawan? Nashitah. Binti apa? Tak tahu. Satu kelas dengan adiklah? Tak. Tempat best macam mana? Dia kan ada haiwan eksotik, dia pergi ke festival-festival.”
25
Daripada jawapan SP3, dapat dilihat ketika dia diajak oleh OKT untuk pulang ke rumah OKT, OKT tidak memberitahu SP3 destinasi sebenar. SP3 masih berharap OKT akan membawanya berjalan-jalan seperti kawan-kawannya juga. Daripada kawannya yang bernama Nashitah, SP3 mendapat tahu OKT ada membawa kawan-kawannya ke tempat menarik seperti di festival-festival haiwan eksotik.
26
Bagi elemen ketiga pula, pihak pendakwaan telah berjaya membuktian bahawa sentuhan-sentuhan pada payudara dan kemaluan SP3 tidak lain dan tidak bukan adalah bertujuan seksual kerana ia dilakukan secara tersembunyi di rumah OKT. Sewaktu kejadian tiada sesiapa di rumah tersebut. Sewaktu itu OKT belum berkahwin.
27
Selain itu, di peringkat pendakwaan juga tidak pernah dibangkitkan isu alibi oleh pihak pembelaan. Bermakna pada tarikh-tarikh sebagaimana di pertuduhan, tidak dinafikan OKT berada di tempat kejadian iaitu di rumahnya.
28
Mahkamah ini juga mendapati keterangan saksi-saksi pendakwaan yang lain turut menyokong keterangan SP3. Tiada percanggahan material yang wujud.
29
Oleh itu, Mahkamah ini memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya mengadakan satu prima facie case bagi kesemua pertuduhan ke atas OKT. Maka OKT dipanggil membela dirinya.
30
Kes Pembelaan Pihak pembelaan mengemukakan seramai 4 orang saksi termasuk OKT. Mereka adalah : Saksi Nama/ Peranan SD1 OKT SD2 Nur Azmi Bin Murad/ Bekas Pengetua Sekolah SMK Air Kuning SD3 Azrul Azizul Mukminin Bin Mohamed Tahir/ rakan setugas OKT di SMK Air Kuning SD4 Nurul Ain Syafinie Bin Norazuan/ pelajar OKT
31
Dari keterangan OKT, beliau mengakui mengenali SP3 sebagai salah seorang pelajarnya di SMK Air Kuning. OKT mengajar SP3 pendidikan jasmani dan juga kawad polis.
32
OKT mengakui ada berhubung dengan SP3 melalui apllikasi whassap.
33
Selain itu, OKT mengakui selain mengajar, OKT ada memelihara haiwan eksotik iaiatu 60 ekor ular, 10 ekor musang, racoon, wildcat praire dog dan skunk. OKT selalu mengadakan pertunjukan haiwan-haiwan eksotik ini menyebabkan beliau dikenali ramai. OKT mengakui para pelajar sekolah SMK Air Kuning juga ada datang ke rumahnya untuk melihat haiwan-haiwan eksotik tersebut.
34
OKT mengakui beliau merupakan seorang guru popular di SMK Air Kuning. OKT ada menerima anugerah guru popular pada tahun 2020 dan 2021.
35
OKT mengakui sebelum melangsungkan perkahwinan pada 22 November 2022, beliau memang tinggal berseorangan bersama haiwan-haiwan eksotik di rumahnya.
36
OKT menyangkal ada membawa pulang SD3 ke rumahnya pada bulan April 2022, Mei 2022 dan Jun 2022. OKT mengatakan tidak mungkin beliau membawa SP3 jalan-jalan dan pulang ke rumahnya pada bulan April 2022 kerana ia adalah bulan puasa. OKT juga menyangkal ada membawa pulang SP3 ke rumahnya pada bulan Mei 2022 kerana ianya musim cuti sekolah dan OKT memang pulang ke kampung bakal isterinya ketika itu iaitu di Pahang. Bagi bulan Jun 2022, OKT sekadar menyangkal ada membawa pulang SP3 ke rumahnya.
37
Menurut OKT, SP3 cuba untuk rapat dengannya namun OKT menjauhkan diri. SP3 mencemburui OKT apatah setelah mengetahui OKT akan melangsungkan perkahwinan pada hujung tahun 2022.
38
Saksi pembelaan seterusnya adalah SD2 yang merupakan bekas pengetua tempat OKT mengajar iaitu di SMK Air Kuning. Menurut SD2, OKT pernah mendapat Anugerah Pekerja Cemerlang (APC) pada tahun 2021. Beliau ada mencadangkan untuk OKT menerima APC tersebut kerana sumbangan OKT terhadap pencapaian sekolah.
39
Selain SD2, SD3 turut hadir memberi keterangan. Selaku rakan sekerja OKT di SMK Air Kuning, SD3 telah menganggap OKT sebagai mentor beliau. Menurut SD3, beliau tidak mengetahui apa-apa berkaitan kejadian amang seksual sebagaimana di pertuduhan-pertuduhan ke atas OKT.
40
Manakala saksi terakhir pihak pembelaan adalah SD4 iaitu bekas pelajar OKT di SMK Air Kuning. SD4 juga mengakui ada mengenali SP3 walaupun berbeza kelas. Menurut SP4, SP3 mempunyai teman lelaki di SMK Air Kuning. SD4 turut mengakui OKT membela haiwan-haiwan eksotik dan adakalanya beliau memberi makanan kepada haiwan-haiwan tersebut apabila OKT tiada di rumah.
41
Analisa Mahkamah Di Akhir Kes Pembelaan Mahkamah ini mendapati terdapat fakta-fakta pembelaan yang sama dengan fakta-fakta di peringkat pendakwaan iaitu OKT dan SP3 memang pernah berhubung melalui whassap. Walaubagaimanapun, OKT menafikan ada membawa SP3 pulang ke rumahnya.
42
Namun jika dilihat pada keterangan SD4 yang juga merupakan bekas pelajar OKT di SMK Air Kuning, beliau juga mengakui pernah masuk ke rumah OKT kerana diminta OKT memberi makanan kepada haiwan-haiwan eksotik ketika ketiadaan OKT. Oleh itu, mahkamah ini mendapati OKT memang biasa membawa pelajar-pelajarnya ke rumahnya. Jadi keterangan SP3 bahawa OKT ada membawanya pulang ke rumah OKT bukanlah sesuatu yang pelik kerana SD4 selaku saksi pembelaan juga mengakui pernah ke rumah OKT.
43
Bagaimana mahkamah ini boleh mempercayai keterangan SP3 bahawa beliau dijadikan mangsa amang seksual walhal SP4 yang pernah ke rumah OKT tidak pula dijadikan mangsa amang seksual?
44
Hal ini adalah kerana keterangan SP3 berkaitan perincian kejadian amang seksual adalah jelas dan tidak nampak seperti direka. Malah ibu SP3 iaitu SP5 turut nampak OKT ada menghantar SP3 pulang ke rumah. Jadi peluang dan ruang untuk OKT melakukakan amang seksual terhadap SP3 memang ada.
45
Berkaitan cepat atau lambat aduan terhadap polis dibuat berkenaan kejadian amang seksual bergantung kepada seseorang mangsa itu sendiri. Ada mangsa yang berani membuat laporan dan ada juga mangsa yang mendiamkan diri sahaja kerana malu.
46
Selain itu, penelitian mahkamah terhadap keterangan saksi-saksi pembelaan yang lain seperti SD2, SD3 dan SD4 mendapati tiada sebarang nilai pembelaan yang boleh membentuk satu keraguan yang munasabah kerana mereka sekadar memberi keterangan berkenaan sikap dan sumbangan OKT terhadap sekolah. Malah, mereka tidak mengenali SP3 dengan rapat. Tiada sebarang keterangan yang negatif daripada mereka mengenai SP3. SD4 di dalam keterangan beliau ada menyatakan bahawa SP3 mempunyai seorang teman lelaki. Pada pendapat mahkamah ini, jika SP3 telah mempunyai teman lelaki, tidak perlulah SP3 berasa cemburu apabila OKT ingin melangsungkan perkahwinan pada November 2022.
47
Justeru, setelah menilai keterangan semua saksi pembelaan, mahkamah ini berpendapat pihak pembelaan telah gagal mengadakan satu keraguan yang munasabah. OKT didapati telah bersalah melakukan amang seksual terhadap SP3 pada tarikh-tarikh sebagaimana di semua pertuduhan.
48
Hukuman Hukuman ke atas OKT adalah seperti berikut: Pertuduhan 1 Penjara 11 tahun dari tarikh sabitan (9/5/2025) dan 1 kali sebatan rotan di bawah Seksyen 14(a) Akta 792 dan Penjara 1 tahun dari tarikh sabitan (9/5/2025) dan 2 kali sebatan rotan di bawah Seksyen 16 Akta 792 dan OKT perlu menjalani kaunseling pemulihan di bawah Seksyen 26(1) Akta 792 dan OKT perlu menjalani 1 tahun pengawasan polis di bawah Seksyen 27(1) Akta 792 Pertuduhan 2 Penjara 11 tahun dari tarikh sabitan (9/5/2025) dan 1 kali sebatan rotan di bawah Seksyen 14(a) Akta 792 dan Penjara 1 tahun dari tarikh sabitan (9/5/2025) dan 2 kali sebatan rotan di bawah Seksyen 16 Akta 792 dan OKT perlu menjalani kaunseling pemulihan di bawah Seksyen 26(1) Akta 792 dan OKT perlu menjalani 1 tahun pengawasan polis di bawah Seksyen 27(1) Akta 792 Pertuduhan 3 Penjara 11 tahun dari tarikh sabitan (9/5/2025) dan 1 kali sebatan rotan di bawah Seksyen 14(a) Akta 792 dan Penjara 1 tahun dari tarikh sabitan (9/5/2025) dan 2 kali sebatan rotan di bawah Seksyen 16 Akta 792 dan OKT perlu menjalani kaunseling pemulihan di bawah Seksyen 26(1) Akta 792 dan OKT perlu menjalani 1 tahun pengawasan polis di bawah Seksyen 27(1) Akta 792
49
Bagi ketiga-tiga pertuduhan kesemua hukuman pemenjaraan berjalan serentak dari tarikh sabitan (9/5/2025). OKT hanya perlu menjalani 11 tahun penjara sahaja. Manakala sebatan rotan pula sebanyak 9 kali.
50
Sewaktu mitigasi, peguam terpelajar menghujahkan OKT berumur 47 tahun dan menjadi penanggung tunggal keluarga. Isteri OKT baru sahaja melahirkan anak kedua mereka. Peguam terpelajar memohon agar mahkamah ini mengambil kira prestasi baik OKT dan sumbangan OKT terhadap sekolah. OKT juga telah Insaf dan bertaubat. Oleh itu pihak pembelaan memohon agar satu hukuman pemenjaraan yang tidak begitu lama supaya OKT dapat kembali memberikan sumbangan kepada masyarakat setelah keluar dari penjara.
51
Manakala TPR terpelajar menghujahkan bahawa kes OKT ini dikategorikan sebagai ‘serious offence’ di bawah Seksyen 52B Kanun Keseksaan. Malah semasa perbicaraan, mahkamah dapat menilai trauma yang dihadapi mangsa akibat perbuatan OKT. Malah, Akta 792 digubal untuk membendung kesalahan seksual terhadap kanak-kanak yang semakin berleluasa.Oleh itu, TPR terpelajar memohon agar hukuman yang setimpal dikenakan terhadap OKT supaya dapat memberi mesej kepada masyarakat.
52
Sebelum menjatuhkan hukuman, mahkamah ini merujuk kes Zariff Muqriez Zainon v. PP [2025] CLJU 1691 yang merujuk lanjut kes Ong Lai Kim v. Public Prosecutor And Other Appeals [1991] 2 CLJ 1568 di mana YA Zakaria Yatim H (pada ketika itu) menyatakan antara lain seperti berikut: "The punishment must not only deter the appellants from committing a similar offence in the future but it must also deter others from committing such an offence. The punishment inflicted for grave offences including the crime of rape should adequately reflect the revulsion felt by the great majority of society. See JC Smith & B Hogan Criminal Law (5th Ed) at p 6. In this case therefore the punishment has to be sufficiently harsh and proportionate to the harm done, otherwise society will feel that the punishment is manifestly inadequate. The punishment must also reflect public disapproval of the crime committed by the appellants. See R. v. Roberts at p 610. Similarly, the punishment for the robbery offence must also be deterrent in nature. The appellants are no doubt first offenders but as they have been convicted of a serious crime involving violence, the primary consideration of the court is the element of public interest and society's abhorrence of this type of crime."
53
Mahkamah ini berpendapat hukuman 12 tahun yang berjalan serentak adalah sudah memadai kerana OKT perlu menghadapi 9 sebatan. OKT juga perlu melalui kaunseling pemulihan di bawah Seksyen 26(1) Akta 792 serta pengawasan polis selama 3 tahun di bawah Seksyen 27(1) Akta 792. Gabungan hukuman ini dilihat dapat membentuk OKT menjadi insan yang berguna setelah keluar penjara kelak.
54
Tempoh pemenjaraan selama 12 tahun ke atas OKT dikenakan kerana OKT tidak mempunyai rekod lampau. Jika OKT seorang pesalah berulang, mahkamah ini akan menetapkan tempoh pemenjaraan yang lebih lama dan sebatan yang lebih banyak. Bertarikh: 22 Ogos 2025 Pihak pendakwaan: TPR Nor Syamila Binti Jalaluddin Pihak pembelaan: Encik Muhamad Syahri Bin Adnan dari Tetuan Hafiz Zabir & Rezal. Disediakan oleh, Intan Nurul Farena Bt. Zainal Abidin Hakim Mahkamah Sesyen .
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.