Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM RAYUAN SIVIL NO.: JA-12B-79-10/2022 ANTARA MUHAMAD HAZWAN BIN MD ZAINI ...PERAYU DAN SUGUMARAN A/L EGHAMPARAM ...RESPONDEN (Dalam Mahkamah Sesyen di Johor Bahru Dalam Negeri Johor Darul Takzim, Malaysia Guaman No. JA-A53KJ-666-09/2020 ANTARA MUHAMAD HAZWAN BIN MD ZAINI ...PLAINTIF DAN SUGUMARAN A/L EGHAMPARAM ...DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN Mukadimah [1] Bagi tujuan rayuan ini, pihak-pihak dirujuk sebagaimana status mereka semasa prosiding di Mahkamah Sesyen sebelum ini. [2] Ini adalah rayuan Plaintif terhadap keputusan Hakim Mahkamah Sesyen (“HMS”) pada 20.10.2022 yang menolak tuntutan Plaintif terhadap Defendan dengan kos. Rayuan Plaintif adalah berkaitan dengan liabiliti dan kuantum gantirugi yang melibatkan beberapa kecederaan tertentu yang dialami oleh Plaintif serta pendapatan masa hadapan di samping rawatan pada masa hadapan. [3] Pada masa yang sama Defendan juga telah memfailkan rayuan balas bagi kuantum gantirugi yang berkaitan dengan ankle foot orthosis. [4] Sebagai latar belakang, pada 19.5.2019 jam 11.20 malam, suatu kemalangan jalan raya telah berlaku yang melibatkan sebuah motosikal No. Pendaftaran JNT 2071 yang ditunggang oleh Plaintif dengan kereta No. Pendaftaran JRB 6721 yang dipandu oleh Defendan di KM 26 Lebuhraya Pasir Gudang, Seri Alam, Johor Bahru. Akibat daripada kemalangan tersebut, Plaintif telah mengalami kecederaan yang teruk. [5] Semasa perbicaraan di Mahkamah Sesyen, 9 orang saksi termasuk Plaintif sendiri telah memberi keterangan bagi pihak Plaintif manakala Defendan sendiri memberi keterangan bagi pihaknya. [6] Setelah perbicaraan, HMS memutuskan bahawa Plaintif gagal membuktikan liabiliti di pihak Defendan dan menolak tuntutan Plaintif terhadap Defendan dengan kos. Prinsip Mahkamah dalam mendengar rayuan [7] Dalam hal rayuan, saya menyedari bahawa prinsip asas adalah sebagai mahkamah yang mendengar rayuan, mahkamah ini hendaklah perlahan dalam mengganggu dapatan HMS melainkan beliau jelas salah (plainly wrong), tidak cukup menilai keterangan yang dikemukakan (insufficient judicial appreciation of evidence), bertindak atas prinsip undang-undang yang salah atau tersalah arah (misdirected) mengenai fakta atau undang-undang (lihat kes Tan Kuan Yau v. Suhindrimani [1985] CLJ Rep 323; [1985] 2 MLJ 22, Topaiwah v. Salleh [1968] 1 LNS 161; [1968] 1 MLJ 284, Mokhtaruddin Abdullah & Anor v Norizan Rosdi & Ors [1998] 1 LNS 248 dan Rasidin Bin Partorjo v. Frederick Kiai [1976] 1 LNS 123). Tanggungjawab Plaintif berkaitan dengan liabiliti [8] Sebagai permulaan, adalah menjadi prinsip asas undang-undang yang mantap bahawa plaintif mestilah membuktikan kesnya sepertimana yang diputuskan dalam kes Kogilamah Malayan v. Aieyappan Tulukanam [2015] CLJU 962; [2015] 1 LNS 962; [2016] 3 MLRA 290; [2016] 6 MLJ 663, Ambank (M) Bhd v. Masri bin Abdul Rahman [2010] CLJU 1115; [2010] 1 LNS 1115, Juahir Sadikon v. Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor [1996] 4 CLJ 1; [1996] 3 MLJ 627, The Carbon Co Sdn Bhd & Anor v. Ng Lee Hoon [2017] 6 CLJ 189; [2017] 4 MLJ 791. [9] Berbalik kepada rayuan di hadapan saya ini, adalah menjadi tanggungjawab Plaintif untuk membuktikan bahawa kemalangan berkenaan adalah berpunca daripada kecuaian Defendan. Sama ada Defendan merupakan punca kemalangan [10] Dalam rayuannya, Plaintif menyatakan bahawa kemalangan tersebut berlaku disebabkan motosikal Plaintif telah dilanggar dari belakang oleh Defendan yang menyebabkan Plaintif jatuh dan mengalami kecederaan yang teruk. Sebaliknya Defendan menegaskan bahawa Plaintif telah terjatuh terlebih dahulu di hadapan Defendan yang menyebabkan Defendan tidak dapat mengelak dan seterusnya melanggar motorsikal Plaintif. [11] Memandangkan Plaintif dan Defendan memberikan dua versi yang berlainan dalam kes ini, maka Mahkamah hendaklah memilih versi mana yang "more inherently probable" (lihat kes Tabrani bin Mohd Arsad v. Chan Tenn Yeu [1999] 3 CLJ 188; [1999] 2 AMR 1884 dan Lee Ewe Teik v. Ariffin b Hussain [1990] 2 CLJ 191). [12] Dalam kes Noor Famiza Bte Zabri & Anor v. Awang Bin Muda & Anor [1994] 2 CLJ 418; [1994] 1 MLJ 599, Abdul Malik Ishak PK (pada masa itu) menyebut – “It is also pertinent to point out that the Trial Court should not approach a case on the basis of deciding which of the two conflicting versions which should be believed but rather on the basis of considering which version is inherently probable or improbable (Koay Teik Choo & Ors. v. R. [1956] MLJ 52).”. [13] Begitu juga dalam kes Guan Teik Sdn Bhd v. Hj Mohd Noor Hj Yakob & Ors [2000] 4 CLJ 324; [2000] 4 MLJ 433, di mana Mahkamah Rayuan melalui Siti Norma Yaakob HMR (pada masa itu) menyebut: “In cases where conflicting evidence are presented before a court, it is the duty of the court not only to weigh such evidence on a balance of probabilities but it is also incumbent upon the court to look at all the surrounding factors and to weigh and evaluate contemporaneous documents that may tend to establish the truth or otherwise of a given fact. In this instance the learned trial judge discredited the evidence of the appellant, accepted the evidence of the respondents wholeheartedly and disregarded the contemporaneous documents totally. We say that he had erred as he had failed to direct his mind as to the probative effect of the contemporaneous documents. He should, after accepting the respondents' evidence, weighed it against the contemporaneous documents and evaluate whether such documents support the respondents' oral testimony. We say that this evaluation exercise is most crucial for it must be remembered that the respondents were testifying to events that happened eighteen years ago whilst the contemporaneous documents speak of matters then existing at the time such documents, were issued.”. [14] Dalam menentukan versi mana yang 'more inherently probable ', Mahkamah perlu mengambil kira kesemua keterangan yang ada termasuk keterangan saksi-saksi, keterangan senyap (silent evidence) seperti rajah kasar, kesan-kesan di atas jalan raya dan kerosakan pada kedua-dua kenderaan dalam memutuskan isu liabiliti seperti yang ditegaskan dalam kes-kes Mohd Yusof b Abdul Ghani v. Tee Song Kee & Anor [1995] 3 CLJ 378 dan Abdul Kadir Mohamad v. Kamarulzaman Mohd Zin & Anor [2001] 5 CLJ 249; [2001] 1 AMR 599. [15] Semasa perbicaraan, daripada 9 orang saksi yang dipanggil oleh Plaintif, 4 saksi adalah berkaitan dengan kemalangan yang berlaku bagi Plaintif membuktikan Defendan bertanggungan dalam kemalangan ini. Namun saya mendapati hanya keterangan daripada 3 orang sahaja iaitu SP1 (Insp. Shamsila binti Mohd Kamil), SP7 (Koperal Hasbullah bin Abd Aziz) dan Plaintif sendiri yang relevan, manakala seorang lagi saksi iaitu SP9 (Norsyazwana binti Omar) merupakan petugas di Jabatan Kecemasan, Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru tidak mempunyai pengetahuan peribadi mengenai bagaimana kemalangan berkenaan berlaku. [16] SP7 adalah pegawai polis yang menerima panggilan dari seorang tidak dikenali yang memberitahunya bahawa terdapat suatu kemalangan pada malam kejadian. SP7 tidak merekod identiti pemanggil berkenaan serta butiran berkaitan dengan kemalangan tersebut. [17] SP1 pula merupakan pegawai penyiasat kemalangan ini. Namun beliau tidak dapat membuat kesimpulan yang konklusif mengenai pihak mana yang menjadi punca kemalangan ini berlaku. Sebaliknya beliau membuat keputusan “refer to magistrate”. [18] Mengenai keterangan Plaintif pula, beliau menyatakan bahawa motosikal beliau telah dilanggar dari belakang dan kemudian beliau tidak sedar apa yang berlaku selepas itu. Beliau juga tidak mengetahui siapa yang melanggar beliau dan hanya mengetahuinya selepas membuat laporan polis. Beliau mengaitkan Defendan dengan kemalangan tersebut hanya disebabkan Defendan juga telah membuat laporan polis mengenai keterlibatannya dengan kemalangan yang berlaku di tempat yang sama dengan Plaintif serta melibatkan kedua-dua kenderaan. [19] Bagi Defendan pula, beliau menyatakan bahawa beliau telah melanggar motosikal Plaintif yang telah “terbaring” di laluannya yang pada masa itu tanpa penunggang atau pemboncengnya. Defendan juga menegaskan bahawa selepas kemalangan berlaku, beliau telah memberhentikan keretanya dan mencari penunggang motosikal tersebut dan mendapati Plaintif terbaring di atas rumput di kawasan pembahagi jalan sebelah kanan jalan. [20] Saya telah meneliti semua kertas kausa termasuk nota keterangan dan mendapati fakta yang berikut: