Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN PERBICARAAN JENAYAH NO: KA-45A-25-05/2021 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN MOHD HELMI BIN HASSAN @ HUSSIN [NO. KP: 790429-09-5081] ALASAN PENGHAKIMAN Pendahuluan
KA-45A-25-05/2021
High Court of Malaysia29 Sept 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“enghakimannya menyatakan; “The learned High Court Judge rightly referred to the Court of Appeal case of PP v. Letchumanan Suppiah [2006] 1 CLJ 557 and His Lordship then decided that s. 114(g) of the Evidence Act 1950 did not apply and it cannot be invoked against the prosecution for the non-calling of the appellant's w”
“e. Mere knowledge alone without exclusivity of either physical custody or control or both is insufficient in law to constitute possession, let alone trafficking. (See the case of Chan Pean Leon v. PP [1956] CLJU 17).””
“find the closeness of the appellant to the package is sufficient evidence to warrant an inference of custody and control and that independent of the presumption. See, Public Prosecutor v. Foo Jua Eng [1965] CLJU 137; [1965] 1 LNS 137; [1966] 1 MLJ 197. The learned judge was accordingly correct in concluding that the ap”
“an hukuman mati, dihukum sebat tidak kurang daripada dua belas sebatan. Ini bermakna, budi bicara diberi sepenuhnya kepada mahkamah untuk menentukan pilihan hukuman (rujuk: Loh Hock Seng & anor v. PP [1979] CLJU 48; [1980] 2 MLJ 13 dan DA Duncan v. PP [1980] CLJU 12; [1980] 2 MLJ 195).”
“dua belas sebatan. Ini bermakna, budi bicara diberi sepenuhnya kepada mahkamah untuk menentukan pilihan hukuman (rujuk: Loh Hock Seng & anor v. PP [1979] CLJU 48; [1980] 2 MLJ 13 dan DA Duncan v. PP [1980] CLJU 12; [1980] 2 MLJ 195).”
“10. Teras hujahan Puan TPR berkaitan pengetahuan adalah bersandarkan kepada kedudukan P16 yang begitu hampir dengan tertuduh. Perhatian mahkamah telah dibawa kepada kes Tan Yew Choy v PP [2008] MLJU 667 di mana Mahkamah Rayuan menyatakan; “As for physical possession, the judge accepted the evidence of PW-7 that the pro”
“anapun menghujahkan bahawa kedudukan yang hampir sahaja tidak memadai bagi membuktikan elemen pengetahuan. Perhatian mahkamah ini dirujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Roslan Hanapi v PP [2015] MLRAU 180 di mana Mahkamah Rayuan menyatakan; “Mere proximity to the bag containing the drug cannot by any stretc”
“42. Kedua-dua kes di atas telah dirujuk oleh Mahkamah Tinggi dalam kes PP v Antok Turuk [2022] MLRHU 880.”
“t via eFILING portal 26 keputusan dalam kes PP lwn. Bretley Letu Anak Michael Gambit [2025] MLRAU 675, Ashmaan Ibrahim lwn PR [2025] MLRAU 8, Tan Ming Annv PP [2025] MLRAU 32 dan Iun Chung Peng v PP [2025] MLRAU 288.”
“o verify the originality of this document via eFILING portal 26 keputusan dalam kes PP lwn. Bretley Letu Anak Michael Gambit [2025] MLRAU 675, Ashmaan Ibrahim lwn PR [2025] MLRAU 8, Tan Ming Annv PP [2025] MLRAU 32 dan Iun Chung Peng v PP [2025] MLRAU 288.”
“keputusan-S/N IEa6GDlqPUuggOjDgofOrg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 26 keputusan dalam kes PP lwn. Bretley Letu Anak Michael Gambit [2025] MLRAU 675, Ashmaan Ibrahim lwn PR [2025] MLRAU 8, Tan Ming Annv PP [2025] MLRAU 32 dan Iun Chung Peng v PP [2025]”
“te : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 26 keputusan dalam kes PP lwn. Bretley Letu Anak Michael Gambit [2025] MLRAU 675, Ashmaan Ibrahim lwn PR [2025] MLRAU 8, Tan Ming Annv PP [2025] MLRAU 32 dan Iun Chung Peng v PP [2025] MLRAU 288.”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN PERBICARAAN JENAYAH NO: KA-45A-25-05/2021 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN MOHD HELMI BIN HASSAN @ HUSSIN [NO. KP: 790429-09-5081] ALASAN PENGHAKIMAN Pendahuluan
1
Tertuduh dalam kes ini telah dituduh di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234) kerana mengedar dadah berbahaya jenis methamphetamine seberat 410.9 gram. Kejadian dikatakan berlaku pada 12/1/2021 jam 5.45 petang berhadapan Taman Dahlia, Lebuhraya Sultanah Bahiyah, Alor Setar (tempat kejadian). S/N IEa6GDlqPUuggOjDgofOrg Fakta kes pihak Pendakwa Raya (PR)
2
Fakta kes pihak PR berdasarkan kepada keterangan 4 orang saksi yang dipanggil oleh pihak PR memberi keterangan adalah mudah dan straight forward. Ia bermula pada satu sekatan jalan raya yang telah dijalankan oleh pihak polis yang diketuai oleh SP3 di tempat kejadian. Pada 12/1/2021 jam 5.45 petang, tertuduh yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15 bernombor VCE 1052 telah melalui satu sekatan jalan raya di tempat kejadian dan tertuduh telah ditahan untuk pemeriksaan. Untuk rekod, pada ketika itu, negara sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di mana tiada pergerakan antara daerah tanpa kebenaran dibenarkan.
3
SP3 bersama-sama L/Kpl 12838 telah memeriksa raga motosikal yang ditunggang oleh tertuduh dan menemui 1 beg kertas berwarna hijau bertulisan OPPO CAMERA PHONE (P16) yang di dalamnya terdapat 12 peket plastik lutsinar (P17 (1-12)) pelbagai saiz berisi bahan disyaki dadah. SP3 telah menahan tertuduh serta merampas P16 yang berisi P17. Ianya telah diserahkan kepada SP4 iaitu Pegawai Penyiasat dan P17 telah dikemukakan kepada Ahli Kimia iaitu SP1 yang telah mengesahkan bahawa ianya merupakan dadah methamphetamine seberat 410.9 gram.
4
Motosikal Yamaha Y15 bernombor VCE 1052 yang ditunggang oleh tertuduh adalah milik SP2 dan dalam keterangannya, SP2 mengesahkan motosikal miliknya namun pada hari kejadian, tertuduh telah meminjam motosikal tersebut darinya. Kali terakhir SP2 menggunakan motosikal tersebut adalah pada pagi hari yang sama untuk ke kedai. SP2 menafikan P16 dan P17 adalah miliknya. S/N IEa6GDlqPUuggOjDgofOrg Analisis dan dapatan mahkamah di akhir kes pendakwaan
5
Berdasarkan kepada hujahan yang dikemukakan, isu yang ditimbulkan oleh peguambela hanyalah berkaitan pembuktian pengetahuan tertuduh oleh pihak PR. Peguam semasa hujahan lisan mengesahkan bahawa secara amnya keterangan-keterangan dapat membuktikan bahawa P16 yang mengandungi P17 adalah berada dalam jagaan serta kawalan tertuduh. Peguambela turut tidak mencabar bahawa kandungan P17 (1-12) adalah merupakan dadah berbahaya sepertimana dalam Jadual 1 Akta 234 dan turut tidak mencabar rantaian keterangan ke atas P17 (1-12).
6
Berdasarkan kepada keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh pihak PR, mahkamah berpuas hati dan merumuskan keterangan-keterangan pihak PR seperti berikut: a) P16 ditemui dalam raga motosikal dan berada berdekatan (close proximity) dengan tertuduh; b) P16 berada di dalam keadaan terbuka yang tidak menghalang pandangan tertuduh; c) hanya tertuduh yang menunggang motosikal tersebut; d) SP2 mengesahkan tertuduh telah meminjam motosikal tersebut dari waktu tengahari dan menunggangnya dari Kangar, Perlis; S/N IEa6GDlqPUuggOjDgofOrg e) semasa tertuduh berjumpa SP2 untuk meminjam motosikal tersebut, hanya tertuduh yang hadir; f) semasa motosikal diserahkan kepada tertuduh, tiada apa-apa barang dalam raga motosikal termasuk P16; dan g) kali terakhir SP2 menggunakan motosikal tersebut adalah pada pagi hari tersebut sebelum diserahkan kepada tertuduh.
7
Oleh itu keterangan adalah jelas bagi membuktikan jagaan serta kawalan tertuduh ke atas P16 yang mengandungi P17 (1-12). Dengan kata yang lain, mahkamah berpuas hati elemen jagaan serta kawalan ke atas dadah-dadah yang ditemui dalam P17 (1-12) telah berjaya dibuktikan ke atas tertuduh.
8
Persoalannya kini adalah berkaitan pembuktian pengetahuan bagi membentuk pembuktian pemilikan tertuduh ke atas dadah tersebut. Pihak PR bergantung sepenuhnya ke atas penggunaan peruntukan andaian di bawah seksyen 37(da) Akta 234 bagi membuktikan elemen pengedaran. Oleh itu, sebelum seksyen 37(da) Akta 234 digunapakai, maka perlu ada dapatan secara positif berkaitan pengetahuan.
9
Ini sepertimana yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Ibrahim Mohamad & anor v PP [2011] 1 MLRA 181 yang telah menyatakan; S/N IEa6GDlqPUuggOjDgofOrg “[15] The law is well settled that having only custody or control over the said drugs is insufficient to establish "possession". The physical act of custody or control must be accompanied with evidence that the accused had knowledge of the said drugs. In the absence of any statutory presumption, knowledge has to be proved either by direct evidence or circumstantial evidence. Mere knowledge alone without exclusivity of either physical custody or control or both is insufficient in law to constitute possession, let alone trafficking. (See the case of Chan Pean Leon v. PP [1956] CLJU 17).”
10
Teras hujahan Puan TPR berkaitan pengetahuan adalah bersandarkan kepada kedudukan P16 yang begitu hampir dengan tertuduh. Perhatian mahkamah telah dibawa kepada kes Tan Yew Choy v PP [2008] MLJU 667 di mana Mahkamah Rayuan menyatakan; “As for physical possession, the judge accepted the evidence of PW-7 that the proscribed drug was only a foot away from the accused. In PP v. Foo Juan Eng [1966] 1 MLJ 197, the accused had been found by the police who raided the premises to be seated in closed proximity to the offending exhibit in that case. It was held that such close proximity was sufficient to found a case to answer. We think that the same holds true in the presence instance. The learned judge was accordingly correct in holding that the appellant had custody or control and physical possession of the cannabis.”
11
Peguambela tertuduh walaubagaimanapun menghujahkan bahawa kedudukan yang hampir sahaja tidak memadai bagi membuktikan elemen pengetahuan. Perhatian mahkamah ini dirujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Roslan Hanapi v PP [2015] MLRAU 180 di mana Mahkamah Rayuan menyatakan; “Mere proximity to the bag containing the drug cannot by any stretch of the imagination be equated with custody or control. It must further be shown that the appellant either had physical care of the bag or had charge or dominion over the bag.”
12
Persoalan di hadapan mahkamah kini adalah sama ada P16 yang ditemui di dalam raga motosikal yang sedang ditunggang oleh tertuduh dapat membolehkan mahkamah ini membuat inferens bahawa tertuduh mempunyai pengetahuan. Adakah kedekatan P16 tersebut semata-mata, memadai bagi dibuat satu inferens pengetahuan tertuduh.
13
Bagi maksud tersebut, mahkamah ini telah menyelusuri beberapa pandangan serta keputusan duluan yang berkait dengan dadah yang dijumpai di raga motorsikal.
14
Dalam kes Arumugam Periasamy v PP [2005] 3 CLJ 685, pihak polis telah menyerbu perayu yang sedang berhenti di sebuah stesen minyak. Perayu pada ketika itu menunggang sebuah motosikal. Mahkamah Rayuan telah merumuskan seperti berikut; “Mr. Karpal Singh therefore argues that the presumption under 37(d) was not available to the prosecution. The short answer S/N IEa6GDlqPUuggOjDgofOrg to this argument is that the learned judge did in fact undertake an analysis of the facts and surrounding circumstances after which he came to the conclusion that the appellant was in possession of the proscribed drugs in question. For our part, we find the closeness of the appellant to the package is sufficient evidence to warrant an inference of custody and control and that independent of the presumption. See, Public Prosecutor v. Foo Jua Eng [1965] CLJU 137; [1965] 1 LNS 137; [1966] 1 MLJ 197. The learned judge was accordingly correct in concluding that the appellant was in possession of the drugs.”
15
Selanjutnya dalam kes PP v Letchumanan Suppiah [2006] 1 CLJ 557, pihak polis telah memerangkap dan menangkap responden yang sedang menunggang motorsikal. Selepas pemeriksaan, pihak polis menemui dadah di bahagian depan motosikal tersebut. Mahkamah Rayuan telah membenarkan rayuan pihak PR dan memerintahkan responden membela diri dan dalam penghakimannya, Mahkamah Rayuan menyatakan seperti berikut; “The facts revealed that at the material time, the orange plastic packet was in the carrier basket of the motorcycle right in front of the accused placed between the handle of the vehicle and between his legs when he was riding it. Further it could even be seen by PW5 from a distance of about 6 to 7 feet away when he was doing the observation at the shopping area. So, it is beyond dispute that the accused must have known of the existence of the plastic packet and therefore, must have had in his custody or under his control this orange plastic packet S/N IEa6GDlqPUuggOjDgofOrg which subsequently was established to contain the dangerous drugs.”
16
Manakala dalam kes Mohd Kamal Osman v PP [2012] 1 LNS 958, pihak polis telah menahan perayu yang sedang menunggang sebuah motosikal dan apabila pemeriksaan dijalankan, pihak polis menemui sebuah beg yang mengandungi dadah dalam raga motosikal tersebut. Mahkamah Rayuan dalam penghakimannya menyatakan; “The learned High Court Judge rightly referred to the Court of Appeal case of PP v. Letchumanan Suppiah [2006] 1 CLJ 557 and His Lordship then decided that s. 114(g) of the Evidence Act 1950 did not apply and it cannot be invoked against the prosecution for the non-calling of the appellant's wife. We are concerned here with the custody and control of the black coloured plastic bag (exh. "P5C") found in the carrier basket of the motorcycle which cannot be related to the ownership of the motorcycle on which the appellant was riding. That black coloured plastic bag (exh. "P5C") was within sight of the appellant as he rode the said motorcycle on that fateful day. There was not even an iota of evidence linking the appellant's wife to the drugs at all. There was no cross-examination of SP4 and SP5 that the drugs belonged to the appellant's wife.”
17
Dari ketiga-tiga kes yang dirujuk di atas, mahkamah merumuskan bahawa kedudukan dadah yang begitu hampir dengan seseorang mewajarkan satu inferens pengetahuan dibuat ke atas orang tersebut. Sepertimana dalam kes ini, P16 tersebut adalah begitu hampir dengan tertuduh. Oleh itu, mahkamah berpandangan bahawa S/N IEa6GDlqPUuggOjDgofOrg ia mewajarkan satu inferens bahawa ia bukan sahaja berada di dalam jagaan serta kawalan tertuduh, malahan tertuduh turut mempunyai pengetahuan ke atasnya.
18
Adalah tidak lojik untuk mengandaikan tertuduh tidak mempunyai pengetahuan ke atas P16 serta kandungan di dalamnya. Tidak mungkin seorang yang waras akan menunggang motosikal jika menyedari terdapat barangan yang bukan miliknya dalam raga motosikal apatah lagi ia merupakan dadah berbahaya. Tanpa penjelasan dan penafian yang munasabah, inferens yang terbaik adalah tertuduh mempunyai pengetahuan ke atas kandungan P16 tersebut.
19
Mahkamah menegaskan bahawa penelitian mahkamah ke atas keterangan SP3, mahkamah merumuskan bahawa kredibiliti SP3 adalah tidak tercalar walaupun diasak dengan pemeriksaan balas oleh peguambela. Keterangan SP3 pada pandangan mahkamah adalah konsisten. Apatah lagi SP3 bukanlah bertindak di atas maklumat tetapi menahan tertuduh semasa sekatan jalan raya. Walaupun keterangan SP3 tidak disokong oleh saksi-saksi yang lain, bagi mahkamah ia bukan penentu kepada kebolehterimaan sesuatu keterangan. Ini kerana jumlah saksi bukanlah keutamaan dalam menentukan sesuatu kes prima facie dapat dibuktikan.
20
Berkenaan hujahan peguambela bahawa agak pelik untuk tertuduh tidak melarikan diri walaupun menyedari wujudnya sekatan jalan raya, mahkamah berpandangan bahawa itu telahan peguambela semata-mata. Pada keadaan semasa itu, mahkamah percaya S/N IEa6GDlqPUuggOjDgofOrg tertuduh tidak mempunyai banyak pilihan. Jika tertuduh melarikan diri sekalipun, tertuduh pastinya akan dikejar dan ditahan.
21
Di dalam apa jua keadaan, fakta tertuduh tidak cuba melarikan diri bukanlah faktor bagi menyatakan bahawa tertuduh tidak mempunyai pengetahuan. Ia perlu dinilai dari setiap aspek keterangan terutamanya dalam kes ini apabila P16 ditemui sebegitu hampir dengan tertuduh.
22
Berkaitan hujahan peguam berhubung ketiadaan keterangan forensik seperti DNA ataupun cap jari tertuduh ditemui, mahkamah berpandangan bahawa keterangan-keterangan forensik seperti itu hanyalah bersifat sokongan. Ketiadaan keterangan-keterangan ini bukan penyebab untuk menyatakan bahawa P16 tersebut bukan milik tertuduh. Apatah lagi ianya ditemui semasa sekatan jalan raya. P16 dan P17 (1-12) perlu melalui proses pemeriksaan biasa dan sudah tentu ianya telah terdedah. Sebarang siasatan forensik jika dijalankan pun tidak memberi nilaian keterangan ke atas kes ini.
23
Berdasarkan kepada analisis ini, mahkamah merumuskan bahawa pihak PR telah berjaya membuktikan secara prima facie bahawa P16 yang mengandungi P17 (1-12) tersebut berada di dalam milikan tertuduh.
24
Berdasarkan kepada dapatan berkaitan pemilikan ini, pihak PR berhak menggunapakai peruntukan andaian pengedaran di bawah seksyen 37(da) Akta 234. Ia berdasarkan berat dadah yang telah disahkan oleh SP1 sebagai dadah berbahaya jenis methamphetamine seberat 410.9 gram. Pendekatan ini diterima S/N IEa6GDlqPUuggOjDgofOrg sebagaimana yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Nasaruddin Daud & anor v PP [2020] 8 CLJ 21.
25
Dalam masa yang sama, mahkamah turut mengambilkira bahawa tertuduh dilihat menunggang motosikal dari satu arah yang dilihat oleh SP3 dalam jarak 60 meter. Ini secara inferensnya menunjukkan bahawa tertuduh adalah bergerak dari satu tempat dan sedang dalam perjalanan ke satu tempat yang lain. Perbuatan tertuduh ini pada hemat mahkamah adalah satu perbuatan yang tercakup sebagai mengangkut P16 tersebut dari satu tempat ke tempat yang lain yang merupakan sebahagian dari apa yang ditafsirkan sebagai perbuatan mengedar sepertimana yang ditafsirkan oleh seksyen 2 Akta 234. Keputusan mahkamah di akhir kes pendakwaan
26
Di atas analisis maksima ke atas keterangan-keterangan yang dikemukakan, mahkamah memutuskan bahawa pihak PR telah berjaya membuktikan di tahap prima facie pertuduhan yang dikenakan ke atas tertuduh.
27
Tertuduh dengan ini diperintahkan untuk membela diri. Kes pembelaan
28
Di peringkat pembelaan, tertuduh memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah dengan mengemukakan Pernyataan Bertulis Saksi (PSSD1) dan tiada sebarang saksi lain dipanggil oleh tertuduh untuk menyokong pembelaannya.
29
Secara amnya, paksi pembelaan tertuduh adalah dadah yang dirampas dari motosikal yang ditunggangi olehnya adalah sebenarnya untuk kegunaan dirinya sendiri. Tertuduh mengakui bahawa tertuduh adalah merupakan seorang penagih dadah sejak tahun 2000 dan telah banyak kali ditangkap oleh pihak polis.
30
Menurut tertuduh, dadah tersebut diperolehi dari seorang pengedar yang dikenali sebagai Pian di mana mereka pernah dipenjarakan bersama-sama. Tertuduh telah menghubungi Pian pada 12/1/2021 dan telah diminta untuk datang ke Kedah mengambil dadah darinya.
31
Pada waktu tersebut negara sedang menjalani PKP akibat penularan penyakit COVID 19 dan tertuduh telah mula terputus bekalan dadah. Ia berikutan terdapat banyak sekatan jalan raya dan menyebabkan tertuduh nekad untuk meminjam motosikal SP2 dan menunggangnya ke Kedah bagi mendapatkan bekalan.
32
Tertuduh mengakui meletakkan dadah tersebut dalam raga motosikal dan menutupnya dengan beg sandang yang dibawanya. Semasa melalui jalan lebuhraya Sultanah Bahiyah iaitu berhampiran Taman Dahlia, Alor Setar, walaupun menyedari terdapatnya sekatan jalan raya, namun tertuduh berada dalam keadaan khayal disebabkan pengaruh dadah. Tertuduh telah kemudiannya ditahan dan pemeriksaan ke atas motosikalnya menemukan dadah tersebut.
33
Tertuduh dalam pembelaannya menegaskan dadah methamphetamine yang diambilnya dari Pian adalah banyak bagi tujuan penggunaan sendiri memandangkan tempoh masa PKP yang S/N IEa6GDlqPUuggOjDgofOrg panjang. Ini kerana tertuduh khuatir keadaan PKP akan menyulitkan tertuduh mendapatkan bekalan dadah di masa hadapan.
34
Pembelaan tertuduh ini telah diperiksa balas oleh Puan TPR dengan panjang lebar. Ia mendedahkan keterangan yang penting iaitu tertuduh pada ketika itu tidak mempunyai pendapatan memandangkan pekerjaannya sebagai pemandu lori sebelum PKP tidak dapat diteruskan dan sawah padi yang diusahakan olehnya juga tidak dapat dilaksanakan.
35
Tertuduh turut menyatakan semasa diperiksa balas bahawa dadah yang dirampas tersebut dibeli secara hutang sebanyak RM10,000.00. Tertuduh bersetuju dengan cadangan Puan TPR bahawa dadah tersebut bernilai RM55,000.00 namun menurutnya harga dadah telah diturunkan oleh Pian.
36
Tertuduh turut tidak dapat mengemukakan mana-mana saksi untuk menyokong pembelaannya berkaitan Pian termasuk memberikan nombor telefon Pian serta nombor akaunnya. Analisis dan dapatan di akhir kes
37
Adalah penting di peringkat ini untuk mahkamah menegaskan bahawa tanggungjawab mahkamah di peringkat ini adalah untuk menimbangkan keseluruhan keterangan dan menentukan sama ada PR telah berjaya membuktikan kes tanpa keraguan yang munasabah. Dalam melaksanakan tanggungjawab tersebut, mahkamah perlu menilai semula keterangan-keterangan di peringkat S/N IEa6GDlqPUuggOjDgofOrg pendakwaan dan membandingkannya dengan keterangan di peringkat pembelaan.
38
Prinsip ini telah diulas oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Sathya Vello v PP [2022] 5 MLRA 74 seperti berikut: “[99] I shall now deal with the second ground of appeal, which pertains to the appellant's complaint that the learned trial judge failed to consider all the evidence adduced by the appellant at the conclusion of the trial, in breach of s. 182A of the CPC which reads:
1
At the conclusion of the trial, the Court shall consider all the evidence adduced before it and shall decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt.
2
If the Court finds that the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt, the Court shall find the accused guilty and he may be convicted on it.
3
If the Court finds that the prosecution has not proved its case beyond reasonable doubt, the Court shall record an order of acquittal. [100] What the provision mandates is for the court to be satisfied that on the entire evidence, the case against the accused has been proved beyond reasonable doubt. But of course, in doing so the court must be mindful not to revisit its earlier findings at the close of the prosecution case when S/N IEa6GDlqPUuggOjDgofOrg calling for the accused to enter on his defence. The authority on point is Duis Akim & Ors v. PP [2013] 9 CLJ 692 where Richard Malanjum CJ (Sabah and Sarawak) (later CJ) delivering the judgment of the court said at para. [38]: [38] We note that when assessing the defence the learned trial judge surprisingly revisited his earlier findings upon which he called for the defence. Such approach is quite contrary to the principle of maximum evaluation of the evidence adduced at the close of the prosecution's case. Indeed in his judgment the learned trial judge made it clear that he had conducted a maximum evaluation of the evidence adduced by the prosecution before calling for the defence. [101] This does not mean however that the trial judge cannot refer to facts already established at the close of the prosecution case for the purpose of satisfying himself whether the accused's explanation has succeeded in rebutting any of the statutory presumptions on the balance of probabilities (where any of the presumptions applies) or has succeeded in casting a reasonable doubt in his mind as to truth of the prosecution case (where no such presumption applies). What he cannot do is to change or alter his findings on those facts.”
39
Mahkamah ingin menegaskan bahawa semasa keputusan di peringkat pendakwaan, asas kepada mahkamah ini memerintahkan tertuduh membela diri adalah bersandarkan kepada peruntukan andaian pengedaran di bawah seksyen 37(da) Akta 234. Bebanan untuk mematahkan anggapan tersebut adalah kini beralih kepada S/N IEa6GDlqPUuggOjDgofOrg tertuduh dan berdasarkan kepada pembelaan tertuduh adalah untuk memuaskan hati mahkamah bahawa dadah tersebut adalah untuk kegunaan tertuduh semata-mata dan bukannya untuk diedarkan.
40
Pembelaan seseorang tertuduh bahawa dirinya adalah seorang penagih dadah sebagai pembelaan bagi mematahkan anggapan pengedar dadah telah dibincangkan oleh Mahkamah Agung dalam kes Cohen Lorraine Philis & Anor. v. Public Prosecutor and another appeal [1989] 1 CLJ Rep 18; [1989] 3 MLJ 289 di mana Mahkamah Agung telah menyatakan seperti berikut: “However with regard to the appeal by Cohen Lorraine Philis on the ground that she was in fact an addict and not a trafficker, we found that unfortunately the learned Judge had not given the consideration to this aspect of the case, particularly in the matter of the bodily deformations that were exhibited with regard to intravenous injection marks on her arms and thighs as he did not refer to the photograph of the appellant in this connection and more particularly seemed to have been under the impression that these marks were the result of assault by the de facto husband in spite of the matter having been raised in the medical evidence adduced. In view of this we felt that it was necessary to give the appellant the benefit of the doubt and quashed the conviction and sentence under s. 39B and substituted a conviction and sentence under s. 39A of the Act for possession of the drugs and sentenced her to life imprisonment with effect from date of arrest.”
41
Keputusan Mahkamah Agung ini dipersetujui dan dirujuk oleh Mahkamah Agung dalam kes Ng Chai Kem lwn. PP [1994] 2 CLJ 593 seperti berikut: “Soal sama ada seseorang itu penagih atau pengedar atau kedua-duanya adalah tertakluk kepada kebolehpercayaan keterangan-keterangan yang dikemukakan di mahkamah. Yang zahir daripada kes ini ialah ada kemungkinan seseorang penagih memiliki dadah yang berlebihan dari berat yang ditetapkan di bawah s. 37 Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk bekalan dirinya sendiri dan kemungkinan ini boleh digunakan dalam pembelaan untuk mematahkan anggapan yang dia adalah seorang pengedar dadah. Sama ada pembelaan itu akan berjaya atau sebaliknya bergantung kepada kebolehannya meyakinkan mahkamah bahawa jumlah dadah yang dimilikinya itu adalah semata-mata untuk bekalan keperluannya sendiri sebagai penagih dadah.”
42
Kedua-dua kes di atas telah dirujuk oleh Mahkamah Tinggi dalam kes PP v Antok Turuk [2022] MLRHU 880.
43
Berdasarkan kepada nas-nas ini, mahkamah merumuskan bahawa untuk tertuduh mematahkan anggapan pengedaran bersandarkan kepada pembelaan penagihan dadah, tertuduh bukan sahaja perlu membuktikan kepada mahkamah bahawa tertuduh adalah merupakan seorang penagih dadah ke atas dadah-dadah yang dibawanya, namun perlu meyakinkan mahkamah bahawa dadah-dadah yang dibawanya tersebut adalah bagi maksud penggunaannya sendiri dan bukannya untuk diedarkan.
44
Dalam kes Ong Ching Kian v PP [2013] 6 MLJ 561, pembelaan yang sama telah berbangkit di mana pembelaan utama perayu adalah bahawa dadah-dadah tersebut yang didapati pada dirinya adalah untuk kegunaan sendiri dan bahawa dia merupakan penagih tegar dan telah menagih dadah semenjak sepuluh tahun yang lepas. Mahkamah Rayuan dalam penghakimannya telah mengulas seperti berikut: “[29] A perfect illustration of being a drug addict can be seen in the case of Cohen Lorraine Philis (supra). In that case, both the appellants were mother and son and they were arrested at the International Airport, Bayan Lepas, Penang when they were about to leave Penang. Body searches were done on both the appellants and the police found drugs wrapped in plastic packets found in the underpants of both the appellants. Both the appellants - Cohen Lorraine Philis and Cohen Aaron Shelton, were charged for trafficking. In their defence, both of them gave their statements from the dock and they stated that they were drug addicts and that the drugs were for their own personal consumption. Cohen Lorraine Philis's statement that she was a drug addict was corroborated by medical evidence which showed that she was heavily addicted. There were also bodily deformations on her as a result of the intravenous injection marks on her arms and thighs. In regard to Cohen Aaron Shelton, there was corroboration of his addiction by medical evidence of the officers from the Penang General Hospital who stated that he was admitted to the hospital for symptoms related to drug withdrawals. S/N IEa6GDlqPUuggOjDgofOrg …. [37] Here, the appellant did not tender any medical evidence to show that he was truly a hardcore drug addict at the time of his arrest, that there was any bodily deformations on his arms and thighs as a result of the intravenous injections pursuant to consuming drugs and that the appellant had symptoms related to drug withdrawals just like what Cohen Aaron Shelton experienced in the case of Cohen Lorraine Philis (supra). [38] Indeed if the appellant was a hardcore drug addict for the last ten years and that he was smoking drugs with the three other individuals in the said house before he was arrested with the impugned drugs at the back of the said house, then at the very least there would be evidence of drug withdrawals experienced by the appellant after his arrest. But alas, no evidence to this effect was either forthcoming or elicited from SP4 and SP5 and other prosecution witnesses during their cross-examinations. [39] It is just not enough for the appellant to testify that he was a hardcore drug addict for ten years without proof, a requirement of the Supreme Court in the case of Cohen Lorraine Philis (supra). In our judgment, the appellant was not a hardcore drug addict and the drugs were not meant for his own personal consumption. The appellant has failed to rebut the presumption of trafficking on the balance of probabilities.”
45
Begitu juga dalam kes Agus bin Agil v PP [2011] 4 MLJ 442 di mana Mahkamah Rayuan turut menolak pembelaan penggunaan sendiri dadah.
46
Berdasarkan kepada prinsip-prinsip asas yang diketengahkan oleh nas-nas duluan ini, perkara pertama yang perlu dibuktikan oleh tertuduh adalah tertuduh seorang penagih dadah. Namun begitu, mahkamah mendapati keterangan-keterangan dalam kes ini sebaliknya menunjukkan tertuduh sekadar membuktikan bahawa semasa tertuduh ditahan pada hari kejadian, tertuduh berada dalam pengaruh dadah. Tidak ada apa-apa keterangan bagi menunjukkan bahawa tertuduh adalah seorang penagih dadah. Tiada apa-apa keterangan sama ada daripada tertuduh mahupun keterangan-keterangan sokongan yang menunjukkan gejala ketagihan ke atas dadah sehingga boleh menunjukkan kebergantungan tertuduh ke atas dadah yang sejenis dengan dadah yang dibawanya.
47
Seorang penagih dadah bukan sekadar seorang yang memasukkan dadah ke dalam badannya. Seorang penagih dadah ditafsirkan oleh seksyen 2, Akta Penagih dan Penyalah Guna Dadah dan Bahan (Rawatan dan Pemulihan) 1983 (Akta 283) sebagai berikut: "penagih dadah atau bahan" ertinya seseorang yang melalui penggunaan mana-mana dadah berbahaya atau bahan menunjukkan ciri-ciri ketagihan kepada dadah berbahaya atau bahan yang menjejaskan kawalan kendiri yang ditentusahkan melalui ujian”
48
Dengan kata lain ia memerlukan pembuktian bahawa tertuduh bukan sekadar menggunakan dadah tersebut tetapi menunjukkan ciri-ciri ketagihan yang menjejaskan kawalan kendiri. Ini hanya boleh ditentusahkan melalui ujian atau keterangan-keterangan sokongan yang lain.
49
Ternyata dalam kes ini, tiada apa-apa keterangan yang ditawarkan oleh tertuduh bagi menunjukkan bahawa tertuduh adalah seorang yang boleh dikategorikan sebagai penagih dadah. Keterangan yang ada hanya sekadar tertuduh ketika ditahan adalah berada dalam pengaruh dadah dan tidak pun dipastikan jenis dadah yang diambil oleh tertuduh.
50
Mahkamah bersetuju dengan hujahan Puan TPR bahawa tiada sebarang keterangan sokongan yang ditawarkan oleh tertuduh apatah lagi semasa tertuduh ditangkap, tiada sebarang alatan menghisap dadah yang turut ditemui bersama-sama dengan dadah tersebut. Tertuduh turut gagal untuk mengemukakan apa-apa keterangan perubatan yang dapat menyokong dakwaannya malahan tertuduh turut tidak pernah membangkitkan perkara ini semasa ditahan oleh pihak polis.
51
Selain itu, mahkamah turut mendapati bahawa dadah yang dirampas adalah secara kasarnya seberat 556 gram dan berat bersihnya adalah 410.9 gram. Ini pada pandangan mahkamah adalah berat dadah yang sangat signifikan. Ia mewajarkan satu inferens bahawa ia bukanlah untuk kegunaan sendiri semata-mata.
52
Dalam kes Agus bin Agil (supra), berat dadah yang terlibat adalah 298.3 gram methamphetamine dan Mahkamah Rayuan dalam penghakimannya menyatakan: “As matter of common sense the larger the quantity of drugs involved the stronger inference that they were not intended for the personal consumption of the person carrying them, and the more convincing the evidence needed to rebut it”
53
Dalam menilai pembelaan tertuduh ini, mahkamah turut meneliti satu aspek penting iaitu berkaitan kedudukan kewangan tertuduh yang mengakui dalam keterangannya bahawa pendapatannya sebelum PKP adalah RM3,000.00. Namun pendapatan ini terjejas dan pekerjaannya sebagai pemandu lori dan mengusaha sawah padi tidak lagi dapat dijalankan.
54
Malahan tertuduh mengakui sejak Mac 2020 sehingga Disember 2020, tertuduh tidak lagi mempunyai sebarang pendapatan. Sebaliknya tertuduh hanya menggunakan simpanan wangnya untuk menyara diri dan keluarga.
55
Keterangan tertuduh sendiri mengakui bahawa harga dadah methamphetamine yang dibawanya adalah RM100 bagi satu gram. Memandangkan berat kasar dadah adalah 556 gram, maka dadah yang dibawanya bersamaan RM55,000.00.
56
Dengan ketiadaan pendapatan, maka timbul persoalan besar sama ada tertuduh mampu untuk membeli dadah tersebut apatah lagi untuk menggunakan kesemuanya untuk dirinya sendiri. Adalah tidak S/N IEa6GDlqPUuggOjDgofOrg masuk akal bagi seseorang yang tidak mempunyai pendapatan untuk membelanjakan RM50,000.00 untuk keperluan dadah bagi dirinya.
57
Mahkamah turut menimbangkan keterangan tertuduh berkaitan watak Pian yang kononnya telah menjual dadah tersebut dengan harga diskaun sebanyak RM10,000.00. Watak Pian yang dibangkitkan oleh tertuduh ini pada hemat mahkamah juga adalah mencurigakan. Ini kerana tertuduh gagal untuk menyatakan bukan sahaja nama sebenar Pian, namun alamat serta nombor telefon Pian.
58
Tertuduh turut menyatakan bahawa kononnya Pian menjual dadah tersebut secara hutang kepadanya, namun tertuduh sendiri tidak dapat menjelaskan bagaimana hutang tersebut hendak dilunaskan olehnya. Memandangkan pada masa tersebut adalah PKP, pastinya ia hanya boleh dilakukan secara pindahan wang. Namun tertuduh tidak dapat mengemukakan nombor akaun bank Pian.
59
Mahkamah turut mendapati bahawa tertuduh hanya mengenali Pian selama setahun semasa mereka dipenjarakan bersama. Ini menimbulkan kecurigaan yang besar ke atas keterangan tertuduh bahawa Pian bersetuju bukan sahaja untuk memberi harga diskaun ke atas dadah tersebut tetapi turut memberikannya secara hutang. Alasan tertuduh bahawa pada ketika itu adalah PKP dan tidak ada bekalan dadah yang banyak di pasaran bagi mahkamah adalah terlalu sukar untuk diterima akal selain ianya tidak disokong oleh apa-apa keterangan bebas.
60
Mahkamah merumuskan bahawa keterangan tertuduh ini sangat dicurigai dan tiada wibawa untuk diterima. Ia tidak lain semata-mata S/N IEa6GDlqPUuggOjDgofOrg helah tertuduh untuk mewujudkan satu pembelaan ke atas pertuduhan yang dikenakan ke atasnya. Ia tidak memungkinkan mahkamah ini untuk menerimanya.
61
Apatah lagi perbuatan tertuduh yang mengangkut dadah tersebut dalam raga motosikal dan dengan jumlah yang banyak, lebih menunjukkan bahawa ianya diangkut bagi tujuan untuk diedarkan kepada pihak ketiga. Berdasarkan keterangan-keterangan ini, inferens yang paling munasabah adalah dadah tersebut adalah bagi tujuan pengedaran.
62
Berdasarkan analisis ini, mahkamah merumuskan bahawa tertuduh bukan sahaja gagal untuk menyanggah andaian yang telah dikenakan oleh mahkamah ini di akhir kes pendakwaan, ia juga gagal membangkitkan apa-apa keraguan ke atas kes pihak pendakwaan. Keputusan di akhir kes
63
Oleh yang demikian, mahkamah memutuskan bahawa pihak PR telah berjaya membuktikan kes tanpa keraguan yang munasabah ke atas tertuduh.
64
Peguam tertuduh telah memohon mahkamah untuk tidak mengenakan hukuman mati dan menyatakan bagi pihak tertuduh perkara-perkara berikut: a) tertuduh telah berumur 45 tahun; S/N IEa6GDlqPUuggOjDgofOrg b) telah bercerai dengan isteri sebelum ditangkap; c) mempunyai 2 orang anak iaitu berumur 10 dan 11 tahun; d) sebelum ini anak-anak tinggal dengannya namun kini mereka tinggal dengan ibu tertuduh; e) sebelum ditangkap, tertuduh bekerja sebagai pemandu dan mengambil upah menanam padi; f) kes tidak melibatkan urusan penjualan atau pembelian dadah serta bukan satu operasi khas; g) tertuduh ditangkap secara red handed dan bukan intipan;
i
tertuduh telah memberi kerjasama semasa ditangkap dan tiada pergelutan atau kecederaan terjadi; h) tertuduh telah berada di dalam penjara selama 5 tahun dan selama dalam penjara telah insaf; dan i) tertuduh menyedari anak-anaknya telah kehilangan kasih sayang dan oleh itu berazam untuk guna peluang kedua bagi perbaiki diri.
65
Peguam tertuduh turut menghujahkan bahawa trend kecenderungan mahkamah-mahkamah di peringkat rayuan adalah untuk mengenakan hukuman penjara seumur hidup dan bukannya hukuman mati dan merujuk mahkamah kepada keputusan-S/N IEa6GDlqPUuggOjDgofOrg keputusan dalam kes PP lwn. Bretley Letu Anak Michael Gambit [2025] MLRAU 675, Ashmaan Ibrahim lwn PR [2025] MLRAU 8, Tan Ming Annv PP [2025] MLRAU 32 dan Iun Chung Peng v PP [2025] MLRAU 288.
66
Puan TPR seperti kebiasaannya telah menegaskan bahawa mahkamah perlu menjatuhkan hukuman bagi menunjukkan ketegasan mahkamah dengan memberi pertimbangan utama ke atas kepentingan awam. Walaubagaimanapun, bagi pihak PR, tiada desakan dikemukakan oleh Puan TPR bagi mahkamah ini mengenakan hukuman mati.
67
Menerusi Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 (Akta 846), hukuman bagi kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta 234 telah dipinda iaitu hendaklah dihukum apabila disabitkan dengan mati atau penjara seumur hidup dan hendaklah, jika dia tidak dijatuhkan hukuman mati, dihukum sebat tidak kurang daripada dua belas sebatan. Ini bermakna, budi bicara diberi sepenuhnya kepada mahkamah untuk menentukan pilihan hukuman (rujuk: Loh Hock Seng & anor v. PP [1979] CLJU 48; [1980] 2 MLJ 13 dan DA Duncan v. PP [1980] CLJU 12; [1980] 2 MLJ 195).
68
Bagi maksud tersebut, mahkamah telah menimbangkan bahawa ini kesalahan pertama tertuduh di bawah seksyen ini dan oleh itu wajar tertuduh diberi peluang kedua. Keterangan kes turut menunjukkan bahawa kes ini tidak melibatkan keterangan pengedaran secara langsung namun sebaliknya berdasarkan andaian pengedaran. Mahkamah bersetuju dengan hujahan peguam tertuduh agar tertuduh diberi pertimbangan untuk tidak dikenakan hukuman mati.
69
Mahkamah menegaskan betapa tertuduh sangat bernasib baik apabila hanya dihakimi selepas Akta 846 berkuatkuasa di mana hukuman sudah berubah dan mahkamah mempunyai pilihan dalam menjatuhkan hukuman.
70
Mahkamah dengan ini menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup. Bertarikh: 2hb. Disember, 2025 (DATUK MOHAMAD ABAZAFREE BIN MOHD ABBAS) Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Alor Setar, Kedah. S/N IEa6GDlqPUuggOjDgofOrg Pihak-Pihak: Bagi Pihak Pendakwa Raya : Aisyah Al Humayrah binti Kamaruzzaman Timbalan Pendakwa Raya Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah Darul Aman Aras 4, Blok C, Wisma Darul Aman 05250 Alor Setar Kedah Darul Aman Bagi Pihak Tertuduh : Ali Munawar bin Razak Tetuan Ali & Fariz Peguambela & Peguamcara Tingkat 2, Wisma Bandaran 8B, Jalan Ibrahim 08000 Sungai Petani Kedah Darul Aman Tarikh Keputusan : 29hb. September, 2025 S/N IEa6GDlqPUuggOjDgofOrg Undang-Undang Yang Dirujuk: Akta Dadah Berbahaya 1952 Akta Penagih dan Penyalah Guna Dadah dan Bahan (Rawatan dan Pemulihan) 1983 Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 Kes-Kes Yang Dirujuk: Ibrahim Mohamad & anor v PP [2011] 1 MLRA 181 Tan Yew Choy v PP [2008] MLJU 667 Roslan Hanapi v PP [2015] MLRAU 180 Arumugam Periasamy v PP [2005] 3 CLJ 685 PP v Letchumanan Suppiah [2006] 1 CLJ 557 Mohd Kamal Osman v PP [2012] 1 LNS 958 Nasaruddin Daud & anor v PP [2020] 8 CLJ 21 Sathya Vello v PP [2022] 5 MLRA 74 Cohen Lorraine Philis & Anor. v. Public Prosecutor and another appeal [1989] 1 CLJ Rep 18; [1989] 3 MLJ 289 Ng Chai Kem lwn. PP [1994] 2 CLJ 593 PP v Antok Turuk [2022] MLRHU 880 Ong Ching Kian v PP [2013] 6 MLJ 561 Agus bin Agil v PP [2011] 4 MLJ 442 PP lwn. Bretley Letu Anak Michael Gambit [2025] MLRAU 675 Ashmaan Ibrahim lwn PR [2025] MLRAU 8 Tan Ming Annv PP [2025] MLRAU 32 Iun Chung Peng v PP [2025] MLRAU 288 Loh Hock Seng & anor v. PP [1979] CLJU 48; [1980] 2 MLJ 13 DA Duncan v. PP [1980] CLJU 12; [1980] 2 MLJ 195
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.