Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA PERMOHONAN JENAYAH NO. BA-44-309-12/2022 ANTARA MOHD HISYAM BIN CHE DERAMAN (NO. K/P:920624-03-6581) … PEMOHON
BA-44-309-12/2022
High Court of Malaysia22 Mar 2023
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“detained. This would as of necessity require a consideration by the court of the lawfulness or otherwise of a detention. As a matter of fact, this power of the court is enshrined in Art. 5(2) of the Federal Constitution which read as follows: “Where complaint is made to a High Court or any judge thereof that a person i”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA PERMOHONAN JENAYAH NO. BA-44-309-12/2022 ANTARA MOHD HISYAM BIN CHE DERAMAN (NO. K/P:920624-03-6581) … PEMOHON
3
MACHANG, KELANTAN KETUA POLIS NEGARA … RESPONDEN-RESPONDEN ALASAN PENGHAKIMAN Pengenalan [1] Mohd Hisyam bin Che Deraman (“Pemohon”) telah memfailkan permohonan melalui Notis Usul pada 1.12.2022 bagi mendapatkan suatu writ habeas corpus ke atas penahanannya menurut satu perintah tahanan bertarikh 22.9.2022 (“Perintah Tahanan”) yang dikeluarkan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri Malaysia di bawah subseksyen 6(1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 (“Akta tersebut”), untuk tempoh selama 2 tahun mulai daripada 22.9.2022. [2] Pada 22.3.2023 setelah membaca dan meneliti semua afidavit yang telah difailkan dalam tindakan ini serta mengambil kira penghujahan oleh pihak Pemohon dan pihak Responden, Mahkamah ini mendapati hanya satu isu yang mempunyai merit, namun ia sudah memadai bagi Mahkamah ini memutuskan untuk membenarkan permohonan Pemohon untuk satu writ habeas corpus dikeluarkan dan Pemohon dilepaskan serta merta. [3] Terkilan dengan keputusan Mahkamah ini, pihak Responden telah memfailkan notis rayuan ke Mahkamah Persekutuan Malaysia pada 31.3.2023 menurut seksyen 374 Kanun Tatacara Jenayah. Latar Belakang Permohonan [4] Pemohon telah ditangkap di bawah subseksyen 3(1) Akta tersebut pada 29.7.2022. [5] Suatu laporan berkaitan dengan hal keadaan penangkapan dan penahanan Pemohon telah disediakan oleh ACP Hasnan bin Hassin dan dikemukakan kepada Menteri Dalam Negeri (“Menteri”) pada 9.8.2022 bagi tujuan pelanjutan masa penahanan ke atas Pemohon menurut subseksyen 3(2) (c) Akta tersebut. [6] Pada 18.8.2022, Insp. Ahmad Safwan bin Mohd Rosslan, (“Pegawai Penyiasat Polis”) telah mengemukakan laporan lengkap siasatan berkaitan Pemohon kepada Menteri dan juga Pegawai Siasatan Kementerian Dalam Negeri menurut subseksyen 3(3) Akta tersebut. [7] Setelah menerima laporan lengkap siasatan daripada Pegawai Penyiasat Polis tersebut pada 18.8.2022, Muhammad Habibullah bin Mohammad Shah (“Pegawai Siasatan”) Kementerian Dalam Negeri telah menjalankan siasatan fizikal ke atas Pemohon pada 21.8.2022 menurut subseksyen 5(2) Akta tersebut. [8] Seterusnya, pada 13.9.2022 Pegawai Siasatan telah mengemukakan laporan bertulisnya kepada Menteri menurut subseksyen 5(4) Akta tersebut. [9] Setelah menerima dan meneliti serta mempertimbangkan laporan-laporan yang dikemukakan oleh Pegawai Penyiasat Polis dan Pegawai Siasatan, Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said, Timbalan Menteri Dalam Negeri (“Timbalan Menteri”) telah mengeluarkan Perintah Tahanan ke atas Pemohon untuk suatu tempoh selama 2 tahun mulai daripada 22.9.2022. [10] Pemohon telah diserahkan dan diterangkan oleh Pegawai Penyiasat Polis tentang Perintah Tahanan tersebut dan alasan-alasan serta pengataan-pengataan fakta yang atasnya Perintah Tahanan itu diasaskan serta menandatangani borang Representasi Berkaitan Dengan Perintah Tahanan (“Borang I”) pada 22.9.2022. [11] Pemohon telah dibawa ke Pusat Pemulihan Akhlak Machang, Kelantan, (“PPA Machang”) pada 23.9.2022. Pemohon telah diterangkan sekali lagi tentang hak untuk membuat representasi kepada Lembaga Penasihat dan Borang I tersebut telah dikemukakan kepada Lembaga Penasihat pada 23.9.2022 melalui e-mel. Pemohon juga telah diserahkan dengan Notis Pendengaran Representasi (“Borang II”) bertarikh
5
5.10.2022 yang dikeluarkan oleh Lembaga Penasihat yang menetapkan tarikh pendengaran representasi kepada 18.10.2022. [12] Setelah persidangan mendengar representasi Pemohon dijalankan pada 18.10.2022, Lembaga Penasihat telah mengemukakan syor kepada Yang di-Pertuan Agong (“YDPA”) pada 26.10.2022 menurut subseksyen 10(1) Akta tersebut yang mana kemudiannya telah diperkenan oleh YDPA supaya Perintah Tahanan tersebut diteruskan. Isu-Isu Yang Dibangkitkan [13] Peguam yang mewakili Pemohon telah membangkitkan dua (2) isu atau alasan kepada permohonan tersebut seperti berikut:
a
Ketidakpatuhan kepada seksyen 3(3) Akta tersebut apabila wujudnya kelewatan selama 21 hari Pegawai Penyiasat Polis untuk mengemukakan laporan lengkap siasatan kepada Pegawai Siasatan dan Timbalan Menteri; dan
b
Ketidakpatuhan kepada seksyen 5(4) Akta tersebut apabila wujud kelewatan 27 hari oleh Pegawai Siasatan dalam mengemukakan laporan bertulis kepada Timbalan Menteri. Undang-Undang dan Prinsip Berkenaan Writ Habeas Corpus [14] Objektif sesuatu permohonan writ habeas corpus adalah untuk mendapatkan pembebasan seseorang yang ditahan secara salah dan tidak menurut undang-undang. Manakala antara lain fungsi mahkamah pula ialah untuk mentafsirkan undang-undang dan menjalankan fungsi kehakiman dalam memastikan badan eksekutif bertindak menurut undang-undang dan tidak mencerobohi sewenang-wenangnya hak kebebasan seseorang individu yang ditahan. [15] Perkara 5(1) Perlembagaan Persekutuan memberi jaminan bahawa “No person shall be deprived of his life or personal liberty save in accordance with law”. [16] Manakala Bahagian XI Perlembagaan Persekutuan umumnya dan Perkara 149 khususnya, memberi kuasa penggubalan perundangan menentang perbuatan subversif, tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam dan sebagainya walaupun peruntukan itu tidak selaras dengan mana-mana peruntukan Perkara 5, 9, 10 atau 13 Perlembagaan Persekutuan. [17] Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 [Akta 316] merupakan satu daripada perundangan yang diperbuat menurut Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan tentang “the preventive detention of persons associated with any activity relating to or involving the trafficking in dangerous drugs”. [18] Bab XXXVI Kanun Tatacara Jenayah (‘KTJ”) memperuntukkan tentang Directions of the Nature of a Habeas Corpus. Seksyen 365(a) KTJ menyatakan bahawa: “The High Court may whenever it thinks fit direct –
a
that any person who:
i
is detained …; or
II
(ii) is alleged to be illegally or improperly detained in public or private custody within the limits of Malaysia, be set at liberty.” [Penekanan ditambah] [19] Objektif dan tujuan utama untuk pertimbangan mahkamah sama ada membenarkan atau tidak pengeluaran sesuatu writ habeas corpus telah dijelaskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Muhammad Jailani Kasim v. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Malaysia & Ors. [2006] 4 CLJ 687 seperti di bawah: “[7] The very object of a writ of habeas corpus is to secure the release of a person who has been unlawfully detained. This would as of necessity require a consideration by the court of the lawfulness or otherwise of a detention. As a matter of fact, this power of the court is enshrined in Art. 5(2) of the Federal Constitution which read as follows: “Where complaint is made to a High Court or any judge thereof that a person is being unlawfully detained the court shall inquire into the complaint and, unless satisfied that the detention is lawful, shall order him to be produced before the court and release him.” Needless to say, the lawfulness of a detention would be dependent on the law in force from time to time... One of the functions of the courts is to interpret the law. An inherent part of their function is to see that the executive acts within the law and does not encroach unnecessarily into the realm of liberty of the subject.” [Penekanan ditambah] [20] Di dalam permohonan untuk suatu writ habeas corpus, sesuatu perintah tahanan di bawah Akta tersebut hanya boleh dicabar atas alasan ketidakpatuhan kepada apa-apa prosedur di bawah Akta tersebut. Seksyen 11C Akta tersebut memperuntukkan– “(1) There shall be no judicial review in any court of, and no court shall have or exercise any jurisdiction in respect of, any act done or decision made by the Yang di-Pertuan Agong or the Minister in the exercise of their discretionary power in accordance with this Act, save in regard to any question on compliance with any procedural requirement in this Act governing such act or decision.” [Penekanan ditambah] [21] Dalam kes Lee Kew Sang v. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Malaysia & Ors. [2005] 3 CLJ 914, Mahkamah Persekutuan telah menyatakan di muka surat 930 seperti berikut: “In our view, courts must give effect to the amendments. That being the law, it is the duty of the courts to apply them. So, in a habeas corpus application where the Detention Order of the Minister made under s. 4(1) of the Ordinance or, for the matter, the equivalent ss. in ISA 1960 and DD(SPM) Act 1985, the first thing that the courts should do is to see whether the ground forwarded is one that falls within the meaning of procedural non-compliance or not. To determine the question, the courts should look at the provisions of the law or the rules that lay down the procedural requirements. It is not for the courts to create procedural requirement because it is not the function of the courts to make law or rules. If there is no such procedural requirement then there cannot be non-compliance thereof. Only if there is that there can be non-compliance thereof and only then that the courts should consider whether, on the facts, there has been non-compliance.” [Penekanan ditambah] [22] Seterusnya, memandangkan suatu tahanan pencegahan (preventive detention) seperti Perintah Tahanan dalam kes ini melibatkan pencerobohan yang serius ke atas hak kebebasan individu, pematuhan yang ketat ke atas mana-mana kehendak statutori hendaklah dijaga dan pemohon yang memohon writ habeas corpus mempunyai hak untuk menggunakan atau mengambil peluang di atas segala kecacatan teknikal yang boleh memberi kesan pembatalan penahanan ke atasnya. (Ng Hong Choon v. Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri & Lagi [1994] 4 CLJ 47 per Wan Yahya SCJ). “In cases of this nature the appellant is nevertheless entitled to take advantage of any technical imperfection which has the effect of invalidating the restrictive order; or to use the precise words of Regby J in Ex Parte Johannes Choeldi & Ors [1960] 1 MLJ 184 at 186: The distinction, no doubt, is a highly artificial one. But this is an application for a writ of habeas corpus, and the applicants in matters which concern their personal liberty, are entitled to avail themselves of any technical defects which may invalidate the order which deprives them of that liberty.” (Penekanan ditambah) [23] Justeru, berasaskan kepada prinsip undang-undang dan nas-nas yang telah dinyatakan di atas, Mahkamah ini telah meneliti dan mempertimbangkan setiap alasan atau isu yang telah dibangkitkan oleh Pemohon. Analisis dan Dapatan Isu 1: kelewatan selama 21 hari Pegawai Penyiasat Polis untuk mengemukakan laporan lengkap siasatan kepada Pegawai Siasatan dan Timbalan Menteri [24] Pemohon mendakwa wujud kelewatan selama 21 hari oleh Pegawai Penyiasat Polis dalam mengemukakan laporan lengkap siasatannya kepada Pegawai Siasatan dan Menteri. Perkiraan jumlah hari kelewatan tersebut menurut Pemohon adalah berdasarkan tempoh masa daripada tarikh tangkapan Pemohon iaitu pada 29.7.2022 hinggalah tarikh mengemukakan laporan lengkap siasatan iaitu pada 18.8.2022. [25] Subseksyen 3(3) Akta tersebut memperuntukkan seperti berikut: “The police officer making an investigation pertaining to a person arrested and detained under this section shall cause a copy of the complete report of the investigation to be submitted –
a
to an Inquiry Officer appointed under subsection 5(1); and
b
to the Minister, within such period as may be prescribed by the Minister by regulations made under this Act.” (Penekanan ditambah) [26] Peguam Pemohon telah berhujah bahawa dalam keadaan di mana Menteri tidak menetapkan (prescribed) melalui apa-apa perundangan subsidiari berkaitan sesuatu tempoh untuk tujuan tersebut, maka peruntukan subseksyen 54(2) Akta Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388] adalah terpakai yang mana dalam keadaan ketiadaan penetapan tempoh masa tertentu untuk melakukan sesuatu, maka ia hendaklah dilaksanakan “with all convenient speed”. “Where no time is prescribed within which anything shall be done, that thing shall be done with all convenient speed and as often as the prescribed occasion arises.” [Penekanan ditambah] [27] Di dalam kes Chua Kian Voon v. Menteri Dalam Negeri, Malaysia & Ors. [2020] 1 CLJ 747, YA Mohd Zawawi Salleh HMP telah menyatakan yang berikut: “[67] Section 5(4) of the Act allows the Minister to prescribe regulations stipulating time but as apparent from the above, the Minister has not done so. We then turned to s. 54(2) of the Interpretation Acts 1948 and 1967 which stipulates that where no time is prescribed within which anything shall be done, that thing shall be done with all convenient speed and as often as the prescribed occasion requires. Simply put, for any matter where time has not by law been prescribed, such matter ought to be completed as soon as practicable and without inordinate delay. [68] As the burden to prove the detention was lawful lies on the detaining authority, whether the report was completed with convenient speed or without inordinate delay remains the matter for the detaining authority i.e. the respondents, to establish. It is trite that where there is delay on the part of the respondents to complete the report with “convenient speed”, it is incumbent upon the respondents to discharge the burden of proffering a satisfactory explanation for the delay. Thus, as we have alluded to earlier, if there is no explanation given, the court will assume that there are no reasons.” [Penekanan ditambah] [28] Mahkamah telah meneliti para 15(g) i hingga xvii afidavit jawapan Pegawai Penyiasat Polis (kandungan 10) yang menjelaskan tentang perincian tugasan harian beliau daripada tarikh tangkapan ke atas Pemohon (29.7.2022) hinggalah tarikh beliau mengemukakan laporan lengkap siasatannya kepada Pegawai Siasatan dan Menteri (18.8.2022). Berdasarkan jadual tugasan harian Pegawai Penyiasat Polis tersebut, Mahkamah ini mendapati penjelasan yang diberikan adalah terperinci merangkumi tindakan beliau dalam melengkapkan siasatan dan mengendalikan kes Pemohon serta menjalankan tugas hakiki beliau sebagai pegawai kanan polis. [29] Mahkamah ini menerima penjelasan pihak Responden bahawa proses siasatan pihak polis adalah merangkumi segala aspek penglibatan Pemohon dalam aktiviti pengedaran dadah berbahaya termasuklah mendapatkan keterangan, rekod dan dokumen lain yang relevan untuk mendapatkan hasil siasatan yang kemudiannya dikemukakan kepada Menteri dan Pegawai Siasatan. Selain itu, Pegawai Penyiasat Polis juga perlu membuat lawatan ke kawasan pengedaran bagi memastikan kewujudan kawasan tersebut, mengesan saksi-saksi dan lain-lain perkara yang relevan untuk dimasukkan ke dalam laporan lengkap siasatan. Manakala pada tarikh-tarikh yang mana Pegawai Penyiasat Polis tersebut perlu hadir ke mahkamah untuk menghadiri perbicaraan kes-kes lain adalah merupakan salah satu tugasan harian seorang Pegawai Penyiasat Polis yang perlu diambil kira dan tidak boleh dielakkan. [30] Mahkamah ini berpuas hati dengan alasan serta penjelasan yang diberikan oleh Pegawai Penyiasat Polis tersebut dan mendapati tiada kelengahan melampau atau tindakan sambil lewa atau acuh tidak acuh oleh Pegawai Penyiasat Polis tersebut. Mahkamah ini menerima penjelasan bahawa di samping tugas sebagai Pegawai Penyiasat Polis bagi kes ke atas Pemohon, beliau juga perlu melaksanakan tugas dan tanggungjawab rasmi dan hakiki beliau yang lain yang juga perlu diberikan keutamaan. Malahan juga, Mahkamah ini mendapati daripada butiran tugasan harian Pegawai Penyiasat Polis tersebut meliputi hari-hari bekerja (weekdays) dan juga cuti hujung minggu (weekends). [31] Oleh yang demikian, Mahkamah ini mendapati bahawa tempoh masa yang diambil tersebut adalah munasabah (reasonable) dan tiada kelewatan melampau (not inordinate delay) serta masih dalam tempoh kesegeraan yang sepatutnya (convenient speed). [32] Justeru, berdasarkan alasan-alasan dan nas-nas di atas, Mahkamah ini mendapati bahawa isu kelewatan 21 hari oleh Pegawai Penyiasat Polis dalam mengemukakan laporan lengkap siasatan sepertimana yang dibangkitkan oleh Pemohon ini adalah tidak bermerit. Isu 2: kelewatan selama 27 hari Pegawai Siasatan untuk mengemukakan laporan bertulis [33] Pemohon mendakwa wujud kelewatan selama 27 hari oleh Pegawai Siasatan untuk mengemukakan laporan bertulisnya. Justeru, Pemohon mendakwa kelewatan ini adalah suatu ketidakpatuhan kepada subseksyen 5(4) Akta tersebut. [34] Perkiraan bilangan hari kelewatan tersebut dibuat berdasarkan tarikh beliau menerima laporan lengkap siasatan daripada Pegawai Penyiasat Polis iaitu pada 18.8.2022 dan seterusnya telah mengemukakan laporan bertulis beliau kepada Menteri hanyalah pada 13.9.2022. [35] Subseksyen 5(4) Akta tersebut memperuntukkan seperti berikut: “An Inquiry Officer shall submit his report in writing to the Minister within such period as may be prescribed by the Minister by regulations made under this Act.” (Penekanan ditambah) [36] Berdasarkan prinsip yang sama terpakai dalam kes Chua Kian Voon v. Menteri Dalam Negeri, Malaysia & Ors.(supra), dalam keadaan di mana Menteri tidak menetapkan (prescribed) melalui apa-apa perundangan subsidiari berkaitan sesuatu tempoh untuk tujuan tersebut, maka peruntukan subseksyen 54(2) Akta Tafsiran 1948 dan 1967 adalah terpakai yang mana dalam keadaan ketiadaan penetapan tempoh masa tertentu untuk melakukan sesuatu, maka ia hendaklah dilaksanakan “with all convenient speed”. Sekiranya terdapat kelewatan dalam pengemukaan laporan bertulisnya, kelewatan tersebut perlu dijelaskan dengan memuaskan oleh Pegawai Siasatan. [37] Mahkamah telah meneliti perenggan 10(d) i hingga xix afidavit jawapan oleh Pegawai Siasatan (kandungan 14) yang telah memberikan perincian harian tugasan beliau daripada tarikh terima laporan lengkap siasatan daripada Pegawai Penyiasat Polis iaitu pada 18.8.2022 hinggalah tarikh beliau mengemukakan laporan bertulisnya kepada Menteri iaitu pada 13.9.2022. [38] Menurut Pegawai Siasatan, beliau telah menerima fail kes Pemohon pada 18.8.2022. Berdasarkan perenggan 10(d) xix afidavit jawapannya, hanya pada 13.9.2022 beliau telah meneliti maklumat dari hasil siasatan dalam fail kes Pemohon, menyediakan laporan bertulis dan memuktamadkannya serta telah dikemukakan kepada Menteri pada hari yang sama juga. [39] Rumusan Mahkamah ini mendapati bahawa Pegawai Siasatan telah menunggu saat-saat akhir untuk meneliti fail kes Pemohon dan hanya mengambil masa satu hari sahaja untuk menyiapkan laporan bertulisnya. Malahan juga, sekiranya diambil masa dari tarikh terakhir siasatan fizikal Pegawai Siasatan ke atas saksi-saksi bagi kes melibatkan Pemohon iaitu 28.8.2022 dan 29.8.2022, Pegawai Siasatan telah mengambil masa sehingga 15 hari sebelum mengemukakan laporan bertulisnya kepada Menteri. [40] Mahkamah ini telah membuat pemerhatian perbandingan tempoh masa yang diambil oleh seseorang Pegawai Siasatan dalam menyiap dan mengemukakan laporan bertulisnya kepada Menteri dalam beberapa kes lain yang hanya mengambil tempoh masa yang singkat. Tambahan lagi, seseorang Pegawai Siasatan bukanlah perlu menjalankan siasatan seperti mana yang dijalankan oleh seorang Pegawai Penyiasat Polis. [41] Kesimpulannya, Mahkamah ini mendapati alasan-alasan yang diberikan oleh Pegawai Siasatan seperti mana dinyatakan dalam perenggan 10(d) i hingga xix afidavit jawapannya adalah tidak memuaskan hati. Mahkamah ini mendapati bahawa tempoh masa 27 hari yang diambil tersebut adalah tidak munasabah (unreasonable) dan merupakan suatu kelewatan melampau (inordinate delay) serta tidak
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.