[13] Peguam walaubagaimanapun mempertikaikan bahawa beg P39 tersebut ditemui sedang dikepit oleh OKT tetapi sebaliknya ditemui di dalam almari yang berada di dalam bilik tersebut. Kewujudan almari ini disahkan oleh SP2, SP3 dan SP5. [14] Bagi perkara ini, Mahkamah telah meneliti keterangan yang diberikan oleh SP2 dan mendapati tiada pemeriksaan balas berkenaan perkara ini diutarakan kepadanya. Sebaliknya perkara ini hanya disoal balas kepada SP3 dan SP4 di mana kedua-duanya menafikan beg P39 tersebut ditemui di dalam almari. Malahan SP4 yang merupakan saksi awam telah memberi keterangan bahawa P39 sedang dikepit oleh OKT. Keterangan ini selari dengan keterangan SP2. [15] Isu ini berkait dengan isu kedua iaitu berkaitan penama Ashraf. Peguam OKT menghujahkan bahawa tiada siasatan dijalankan oleh SP5 malahan percakapan Ashraf ini juga tidak dirakamkan. Ini pada hujahan Peguam OKT menyebabkan penyiasatan adalah tidak lengkap. [16] Mahkamah menegaskan bahawa pihak PR tidak pernah di dalam mana-mana keadaan menafikan kewujudan Ashraf. Malahan, perkara ini telah dibangkitkan semasa SP3 dan SP4 memberi keterangan. Fakta yang jelas di peringkat ini adalah Ashraf tersebut tidak berada di tempat kejadian semasa serbuan. Satu-satunya perkara yang berkaitan dengannya adalah bilik di mana OKT dan SP4 berada adalah merupakan biliknya. [17] Mahkamah berpandangan bahawa walaupun secara amnya keterangan Ashraf jika diambil boleh menjelaskan banyak perkara terutama berkaitan beg dan bilik, namun berdasarkan kepada fakta kes yang jelas menunjukkan dadah tersebut berada di dalam jagaan serta kawalan OKT, maka tanpa keterangan Ashraf tersebut pun, ia adalah memadai untuk membuktikan bahawa dadah-dadah tersebut yang dijumpai di dalam P39 berada di dalam jagaan serta kawalan OKT. [18] Oleh yang demikian, Mahkamah memutuskan bahawa tanpa keterangan Asraf sekalipun, pihak pendakwaan berjaya membuktikan bahawa dadah tersebut berada di dalam jagaan serta kawalan OKT. Mahkamah merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan di dalam kes Adib Nafis bin Hassane Nafis Iwn. Pendakwa Raya [2020] CLJU 1240; [2020] 1 LNS 1240; [2020] MLJU 1343 di mana Mahkamah Rayuan menyatakan; ³>@)LUVWWKHHYLGHQFHLVWKDWWKH$SSHOODQWKDGWhe sling bag on him when he was confronted by several police officers. There was no one else with the Appellant when he was arrested. He had close proximity with the drug as he was slinging the bag all by himself. Based on these facts, the learned HCJ found that the Appellant had possession, custody and control of the bag. In this regard, it is relevant to note the Federal Court’s case of Public Prosecutor v. Denish a/l Madhavan [2009] 2 CLJ 209; [2009] 2 MLJ 194 on the issue of possession where it is said as follows: The idea of exclusivity features in the meaning of ’possession’ in criminal law as one of the elements necessary to constitute possession. As Taylor J said in Leow Nghee Lim v. Reg [1955] CLJU 53; [1955] 1 LNS 53; [1956] MLJ 28: ... It is often said that ’possession must be exclusive’. This is ambiguous. Possession need not be exclusive to the accused. Two or more persons may be in joint possession of chattels, whether innocent or contraband. The exclusive element of possession means that the possessor or possessors have the power to exclude other persons from enjoyment of the property. Custody likewise may be sole or joint and it has the same element of excluding others. The main distinction between custody and possession is that a custodian has not the power of disposal. The statement that ’possession must be exclusive’ is often due to confusion of the fact to be proved with the evidence by which it is to be proved. It is essential to keep this distinction clearly in mind, especially when applying presumptions. Thomson J in Chan Pean Leon v. Public Prosecutor [1956] CLJU 17; [1956] 1 LNS 17; [1956] MLJ 237, said that ’possession’ for the purposes of criminal law involves possession itself ² which some authorities term ’custody’ or ’control’ ² and knowledge of the nature of the thing possessed. As to possession itself he cited the following definition in Stephen’s Digest (9th Ed), at p 304), in which the exclusive element mentioned by Taylor J appears: A moveable thing is said to be in the possession of a person when he is so situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons, and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case of need. Once the elements needed to constitute possession are established, including the element of exclusive power to deal, then what is established is possession, not exclusive possession. So much for exclusive possession. [77] Taking note of the above case, since the Appellant was slinging the bag alone and there was no one else with him at that point of time, he too had the power to exclude other persons from the enjoyment of the contents of the bag. That would constitute possession of the drug by the Appellant. It is also in evidence that the Appellant admitted he had carried the bag (Page 288 Volume 2 (4) of the Appeal 5HFRUG ´ [19] Berkaitan pengetahuan, Mahkamah menegaskan bahawa prinsip undang-undang yang telah diterima pakai adalah ianya boleh dibuktikan melalui inferens dari keadaan sekeliling sesuatu kes. (rujuk; PP v Badrul Sham Baharom [1987] 1 LNS 72). [20] Berpegang kepada kes Adib Nafis (supra), kedudukan beg yang sedang dikepit oleh OKT serta dadah yang berada di dalam genggamannya, ia membolehkan satu inferens bahawa OKT mempunyai pengetahuan ke atas dadah-dadah tersebut. Mahkamah Rayuan menyatakan; ³>@2QNQRZOHGJHRIWKHGUXJLQVLGHDEDJWKH&RXUWRI Appeal in the case of Chan Kim Seng v. Public Prosecutor [2016] CLJU 188; [2016] 1 LNS 188; [2016] 3 MLJ 80 approved the findings of the trial judge. Evidence led in this case showed the accused was holding to the bag containing the drug while sleeping on a chair. The trial judge found as follows: In my view, the accused by physically holding on to exhibit P11 (a) raises the logical inference that the accused has not only knowledge of the contents in exhibit P11 (a) and control over them, but also their composition. Thus, the prosecution has proven the element of possession. [79] Similarly in the present appeal, by having the bag slung on him, the Appellant too had knowledge of the contents of WKHEDJLHWKHGUXJ´ [21] Mahkamah Rayuan di dalam kes Adib Nafis (supra) telah merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam kes Zainuddin bin Abbas lwn. Pendakwa Raya 1 MLJ 309 yang telah memutuskan seperti berikut; ³'LGDODPPHPEXDWGDSDWDQEDKDZD Perayu mempunyai pengetahuan tentang dadah di dalam beg yang disandang oleh Perayu, Hakim bicara telah mengambilkira keterangan SP3 dan SP4 seperti dinyatakan di atas yang menunjukkan bahawa ketika pihak polis sampai di hadapan restoran tersebut, tidak terdapat sesiapa melainkan Perayu yang sedang menyandang beg eksh P7; bahawa tidak terdapat motosikal di sekitar kawasan itu; bahawa ketika polis memperkenalkan diri, Perayu terkejut dan cuba melarikan diri dan bahawa Perayu berjaya ditangkap selepas berlaku pergelutan. Kami berpendapat Hakim bicara tidak khilaf dalam menerima keterangan SP3 dan SP4 dan membuat inferens bahawa dalam keadaan itu, Perayu mempunyai pengetahuan tentang dadah berbahaya tersebut, lebih-lebih lagi apabila pasport perayu juga dijumpai di dalam beg yang sama. Ketiadaan cap jari atau DNA Perayu pada peket plastik (eksh P5A) yang mengandungi dadah berbahaya itu, pada pendapat kami tidak menjejaskan kes pendakwaan memandangkan wujudnya keterangan terus daripada saksi-saksi pendakwaan (lihat Public Prosecutor v. Mansor bin Mohd Rashid & Anor [1997] 1 CLJ 233; [1996] 2 MLJ ´ [22] Bersandarkan kepada keterangan-keterangan di dalam kes ini, adalah jelas P39 adalah dikepit di bawah ketiak OKT dan diserahkan oleh OKT kepada SP2. Adalah munasabah untuk membuat inferens positif bahawa OKT mempunyai pengetahuan ke atas kandungan P39. [23] Bagi Mahkamah, jika keseluruhan keterangan-keterangan dirangkumkan, maka hanya satu inferens positif boleh dirumuskan bahawa OKT mempunyai pengetahuan ke atas dadah-dadah tersebut. [24] Oleh itu, keterangan-keterangan secara total, jelas dapat membuktikan bahawa OKT mempunyai pemilikan ke atas dadah tersebut. OKT mempunyai kuasa untuk membuat aturan (disposal) ke atas dadah tersebut. Oleh itu, elemen pemilikan telah dibuktikan ke atas OKT. [25] Berdasarkan dapatan ini, secara amnya, pihak PR telah berjaya membuktikan secara prima facie bagi pertuduhan kedua dan ketiga. Manakala, bagi pertuduhan pertama, ia memerlukan pembuktian elemen terakhir. [26] Elemen terakhir yang perlu dibuktikan adalah semestinya berkaitan pengedaran yang secara khususnya merujuk kepada pertuduhan pertama. Bagi elemen ini, Mahkamah bersandarkan sepenuhnya kepada peruntukan anggapan di bawah seksyen 37(da) Akta 234. Ia bersandarkan kepada jumlah dadah sebanyak 93.21 gram dadah Methamphetamine. [27] Setelah mendapati pemilikan sebenar dadah tersebut oleh OKT dibuktikan berdasarkan keterangan kredibel dan berat dadah itu melampaui limit statutori, Mahkamah berhak membuat dapatan bahawa satu kes prima facie pengedaran dibuktikan di bawah seksyen 180(4) KTJ, dengan membangkitkan anggapan pengedaran bawah seksyen 37(da) Akta 234. Pendekatan ini telah diputuskan sebagai betul di sisi undang-undang oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Abdullah Atan v PP [2020] 9 CLJ 151. [28] Oleh yang demikian, secara keseluruhannya Mahkamah ini memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap OKT bagi kesemua pertuduhan termasuk pertuduhan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta 234. [29] OKT dengan ini diperintahkan untuk membela diri sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 180(3) KTJ. [30] OKT telah diterangkan 3 pilihan bagi mengemukakan pembelaan iaitu sama ada untuk berdiam diri atau memberi keterangan dari kandang Tertuduh atau memberi keterangan bersumpah. Kes pembelaan [31] OKT telah memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah dengan mengemukakan Pernyataan Bertulis Saksi yang ditandakan sebagai PSSD1 dan tidak memanggil mana-mana saksi yang lain. [32] Paksi pembelaan OKT adalah OKT tiada kena mengena dengan beg P39 yang dikatakan ditemui sedang dikepit olehnya. Malahan menurut OKT, P39 tersebut ditemui oleh pihak polis selepas membuat pemeriksaan ke atas bilik tersebut yang dihuni oleh rakannya bernama Ashraf. OKT menegaskan bahawa saksi-saksi PR tidak bercakap benar dan menganiayai OKT. [33] Dengan kata yang lain, naratif yang dikemukakan oleh OKT adalah sama sekali berbeza dengan naratif oleh PR secara khususnya bagaimana P39 di mana dadah-dadah yang menjadi sabjek kepada pertuduhan ke atasnya ditemui. [34] Apabila Mahkamah berhadapan dengan 2 naratif yang berbeza, maka Mahkamah perlu membuat satu nilaian secara maksima sekali lagi ke atas keseluruhan keterangan yang dikemukakan termasuk keterangan-keterangan yang telah dikemukakan oleh pihak PR. Mahkamah perlu kini membandingkan keterangan oleh OKT dengan keterangan-keterangan yang dikemukakan di peringkat pendakwaan. Analisis dan dapatan Mahkamah di peringkat pembelaan [35] Bagi Mahkamah tidak timbul isu hanya OKT yang memberi keterangan berbanding saksi-saksi PR yang lebih ramai. Ini kerana pertimbangan Mahkamah bukanlah ke atas jumlah saksi yang dikemukakan, namun ke atas nilai keterangan yang diberikan oleh saksi-saksi. Tambahan pula di peringkat ini, beban masih lagi ditanggung oleh pihak PR untuk membuktikan kes melampaui sebarang keraguan. [36] Memulai analisis di peringkat ini, Mahkamah menilai terlebih dahulu keterangan oleh OKT. Walaupun ianya diberikan di dalam bentuk Pernyataan Bertulis Saksi, namun OKT telah diperiksa balas oleh Puan TPR. Mahkamah mendapati bahawa, di sebalik soalan-soalan yang dikemukakan oleh Puan TPR, keterangan OKT adalah tidak berganjak dan berubah. [37] Mahkamah berpandangan bahawa keterangan OKT adalah berkredibel dan ia mempunyai nilaian yang sama dengan saksi-saksi PR. Seksyen 120 (3) Akta Keterangan 1950 (Akta 56) menyatakan bahawa seseorang OKT adalah merupakan saksi yang berwibawa ke atas dirinya dan boleh memberikan keterangan mengikut cara yang sama dan dengan kesan dan akibat yang sama dengan saksi-saksi yang lain. (rujuk kes Lim Lye Hock v. Public Prosecutor [1995] 1 SLR 238) [38] Di pihak PR, selain daripada SP2, pihak PR turut bergantung kepada SP3 yang merupakan tuan rumah serta bapa kepada Ashraf dan juga SP4 yang merupakan kawan kepada Ashraf. Peguam menghujahkan bahawa kedua-dua saksi ini mempunyai kepentingan dan perlu dinilai secara berhati-hati oleh Mahkamah. Ini kerana kedua-duanya mempunyai kaitan dengan seorang yang bernama Ashraf. [39] Ini membawa kepada Mahkamah ini untuk menilai kembali keterangan mereka di peringkat pendakwaan. Penilaian semula keterangan SP3 dan SP4, Mahkamah mendapati terdapat percanggahan di dalam keterangan-keterangan mereka terutamanya di dalam aspek-aspek berikut: