10.1.2023 Peguam: Boleh Puan maklumkan kepada Mahkamah, berapa lama tempoh daripada tarikh kejadian hingga report ini dibuat? Lebih kurang 3 tahun Peguam: Ada atau tidak sebarang siasatan Puan buat berkenaan dengan mengapa report ini dibuat selepas 3 tahun? Saya tak ingat Peguam: Ada atau tidak sebarang keterangan oleh pengadu memaklumkan kepada Puan mengapa selepas 3 tahun baru beliau datang buat report? Saya tak ingat Peguam: Puan ada maklumat atau pengetahuan berkenaan dengan terdapatnya satu laporan polis oleh OKT bagi menafikan pertuduhan terhadap beliau? Tak ingat Peguam: Setuju dengan saya, terdapatnya jadual penggiliran tugas? Setuju Peguam: Puan ada maklumat siapa yang sediakan jadual ini? Tiada Peguam: Adakah Puan ada cuba untuk dapatkan jadual tersebut? Tidak ada [15] Pegawai Penyiasat (SP7) di dalam kes ini telah buat pertama kalinya memberikan keterangan pada 14.2.2025. SP7 telah selesai memberikan keterangan pada hari yang sama namun pihak pendakwaan kemudiannya telah membuat permohonan kepada Mahkamah ini di bawah seksyen 425 Kanun Prosedur Jenayah untuk memanggil semula SP7. [16] Permohonan pihak pendakwaan ini telah dibantah sekeras-kerasnya oleh peguam OKT atas alasan ia merupakan “a second bite of the cherry”. Setelah meneliti hujahan bertulis kedua-dua pihak, Mahkamah ini telah membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk memanggil semula SP7 untuk mencapai satu perbicaraan yang adil. [17] Apa yang lebih membimbangkan adalah keterangan Pegawai Penyiasat (SP7) semasa pemeriksaan utama pada 13.3.2025 selepas permohonan pihak pendakwaan untuk memanggil semula SP7 ini dibenarkan oleh Mahkamah yang menyatakan seperti berikut: Pada tarikh yang lepas, telah ditanya oleh pihak peguam telah dicadangkan beberapa soalan kepada Puan dan Puan telah jawab tidak pasti. Jadi, sekiranya pada hari ini saya rujuk Puan kepada ID siasatan yang Puan sediakan boleh tak ID siasatan ini membantu Puan untuk memberi keterangan pada hari ini? Mohon izin untuk lihat ID siasatan terlebih dahulu. Peguam ada tanya kepada Puan ada atau tidak sebarang keterangan oleh pengadu yang memaklumkan kepada Puan mengapa selepas 3 tahun baru pengadu buat report, boleh jelaskan dengan merujuk ID siasatan? Tiada yang membantu daripada ID siasatan ini Jelaskan kenapa tidak membantu? ID siasatan tidak update dan ada perkara yang tidak lengkap. [18] Pertuduhan terhadap OKT di dalam kes ini adalah berkaitan dengan kesalahan jenayah seksual di bawah seksyen 354 Kanun Keseksaan. Secara lumrahnya, kesalahan jenayah seksual ini seringkali melibatkan dua orang sahaja iaitu mangsa dan OKT. Oleh yang demikian, Mahkamah perlulah menilai keterangan mangsa secara berhati-hati di dalam kes-kes sebegini disebabkan ciri kesalahan jenayah seksual tersebut yang mudah untuk dituduh oleh mangsa tetapi sukar untuk dinafikan oleh OKT. [19] Perkara ini juga telah dinyatakan oleh Yang Arif Tuan Roslan Bin Mat Nor di dalam kes Nor Hafiz Hanafi v PP [2024] CLJU 1082 seperti berikut: [18] Adalah tidak dapat dinafikan bahawa kes ini melibatkan pertuduhan yang berkaitan dengan kesalahan seksual di bawah seksyen 354 Kanun Keseksaan dan 377D Kanun yang sama. Dalam hal ini pertuduhan yang melibatkan pertuduhan seksual acap kali melibatkan individu yang dituduh dan mangsa. Hal ini telah dinyatakan dengan menarik oleh Mahkamah Rayuan melalui penghakiman minoriti dalam kes Yong Choo Kiong v. PP [2024] 5 CLJ 69 seperti berikut: "[77] Particularly, in sexual offence cases, experience has shown that people who allege that they have been raped, sometimes, and for various reasons, create false stories. Such allegations are easy to make and frequently very difficult to refute even by a person who is entirely innocent. See PP lwn. Mohamad Malek Ridhzuan Che Hassan [2013] 8 CLJ 359 and PP v. Emran Nasir [1986] CLJU 69; [1986] CLJU 69; [1986] 1 LNS 69. [20] Mahkamah ini juga merujuk kepada petikan daripada buku Ratanlal & Dhirajlal’s Law of Crimes, 29th Edition Volume 2 di muka surat 2568 yang dinyatakan seperti berikut: "The charge under this section is one which it is very easy to make and very difficult to rebut, and when such a charge is made it is necessary to see whether it is supported by independent evidence besides that of the woman herself, or is corroborated by her conduct and the surrounding circumstances and is consistent with ordinary probabilities. Where the solitary evidence of the prosecutrix did not appear to be cogent or reliable, the accused was entitled to acquittal." [21] Oleh yang demikian, bagi membuktikan satu kesalahan jenayah seksual, keterangan-keterangan sokongan adalah diperlukan selain dari keterangan dari mangsa itu sendiri. Berkenaan dengan prinsip ini, Mahkamah ini mengambil iktibar daripada kes Alif Mustadzar Ahmad v PP [2022] 1 LNS 501 di mana Yang Arif Tuan Roslan Bin Mat Nor telah menyatakan seperti berikut: [31] Apa yang jelas dalam kes ini ialah keterangan SP1 menunjukkan bahawa semasa kejadian hanya beliau dan Perayu sahaja yang berada di tempat kejadian tersebut. Dalam erti kata lain versi SP1 dan Perayu sahaja yang ada. Oleh yang demikian maka sudah pastilah dalam keadaan sedemikian keterangan sokongan adalah diperlukan. Kepentingan keterangan sokongan bagi kes di bawah seksyen 354 Kanun Keseksaan telah dinyatakan dalam kes PP v. Emran bin Nasir [1986] CLJU 69; [1986] 1 LNS 69; [1987] 1 MLJ 166. Robert CJ di mahkamah Brunei Darussalam menyatakan seperti berikut: 'I warn myself that, on a charge of rape, it is dangerous to convict on the evidence of the complainant alone, since experience has shown that female complainants have told false stories for various reasons. However, it is open to me, giving full weight to the warning that it is dangerous forme to convict without corroborative evidence, if I conclude that the complainant is, without doubt, speaking the truth." [32] Keperluan kepada keterangan sokongan di dalam satu kes seksual tidak menghalang mahkamah untuk mensabitkan Tertuduh sekiranya mahkamah berpuas hati dengan keterangan pengadu tanpa memerlukan keterangan sokongan. Ini telah dinyatakan oleh Majlis Privy di dalam kes Chiu Nang Hong v. Public Prosecutor [1964] CLJU 24; [1964] 1 LNS 24; [1965] 31 MLJ 40 seperti berikut: "Their Lordships would add that even had this been a case where the learned Judge had in mind the risk of convicting without corroboration, but nevertheless decided to do so because he was convinced of the truth of the complainant's evidence, nevertheless they do not think that the conviction could have been left to stand. For in such a case a judge, sitting alone, should in their Lordships' view, make it clear that he has the risk in question in his mind, but nevertheless is convinced by the evidence, even though uncorroborated, that the case against the accused is established beyond any reasonable doubt. No particular form of words is necessary for this purpose: what is necessary is that the judge's mind upon the matter should be clearly revealed." [33] Tujuan mengapa sesuatu keterangan memerlukan sokongan ialah bagi membolehkan kebolehterimaan dan kebolehpercayaan saksi-saksi itu disokong bagi memastikan kurangnya risiko untuk mensabitkan seseorang yang tidak bersalah. Ini telah dinyatakan oleh Mahkamah Pertuanan (House of Lords) di dalam kes DPP v. Hester [1972] 3 All ER 1056. Lord Morris menyatakan seperti berikut: "The essence of corroborative evidence is that one creditworthy witness confirms what another creditworthy witness has said. Any risk of the conviction of an innocent person is lessened if conviction is based on the testimony of more than one acceptable witness. Corroborative evidence in the sense of some other material evidence in support implicating the accused furnishes a safeguard which makes a conclusion more sure than it would be without such evidence. But to rule it out on the basis that there is some mutuality between that which confirms and that which is confirmed would be to rule it out because of its essential nature and indeed because of its virtue. The purpose of corroboration is not to give validity or credence to evidence which is deficient or suspect or incredible but only to confirm and support that which as evidence is sufficient and satisfactory and credible; and corroborative evidence will only fill its role if it itself is completely credible evidence. " [22] Namun begitu, ini tidak bermaksud keterangan sokongan merupakan satu keperluan mandatori bagi membuktikan satu kesalahan jenayah seksual. Terdapat juga keadaan di mana hanya keterangan dari mangsa itu sendiri tanpa disokong oleh apa-apa keterangan sokongan diterima oleh Mahkamah apabila keterangan dari mangsa tersebut dinilai sebagai sesuatu yang luar biasa meyakinkan (unusually convincing). [23] Apabila keterangan mangsa termasuk dalam kategori yang dikatakan sebagai sesuatu yang luar biasa meyakinkan (unusually convincing), tiada keperluan untuk keterangan-keterangan sokongan yang lain untuk membuktikan satu kesalahan yang dipertuduhkan. [24] Mahkamah ini merujuk kepada kes Lim Yoke Pin v PP [2025] CLJU 1958 di mana Yang Arif Tuan Roslan Bin Mat Nor telah menghuraikan secara terperinci mengenai keterangan yang luar biasa meyakinkan (unusually convincing) dari perenggan 43 sehingga 51 dan menyatakan seperti berikut: