Preamble
Menurut Perjanjian tersebut, defendan bertanggungjawab membayar semula Pinjaman tersebut tanpa faedah kepada plaintif dalam masa dua bulan dari tarikh Perjanjian tersebut. [5] Walau bagaimanapun, defendan gagal membayar Pinjaman tersebut dalam masa yang ditetapkan. S/N dlFU7tsnAUmCcvmjaOvEg [6] Plaintif menuntut Pinjaman tersebut daripada defendan. Beberapa cadangan pembayaran telah dikemukakan oleh kedua-dua pihak. [7] Melalui surat bertarikh 7 Januari 2021 daripada peguamcara defendan kepada plaintif, defendan bersetuju dengan cadangan plaintif untuk menyelesaikan Pinjaman tersebut melalui dua ansuran. Defendan mencadang untuk membayar RM200,000 pada 31 Mac 2021 dan RM253,738.50 pada 30 April 2021. [8] Plaintif membalas surat peguamcara defendan melalui surat bertarikh 8 Januari 2021. Plaintif tidak bersetuju dengan jadual pembayaran yang dicadangkan oleh defendan, tetapi membenarkan bayaran melalui empat ansuran, dengan jadual pembayaran seperti berikut: a. RM50,000 dibayar pada 15 Januari 2021; b. RM50,000 dibayar pada 15 Februari 2021; c. RM175,000 dibayar pada 15 Mac 2021; dan d. RM178,738.50 dibayar pada 12 April 2021. [9] Walau bagaimanapun, tiada sebarang pembayaran dibuat oleh defendan kepada plaintif. [10] Plaintif membuat tuntutan bagi Pinjaman tersebut daripada defendan di Mahkamah Sesyen. Mahkamah Sesyen membenarkan S/N dlFU7tsnAUmCcvmjaOvEg permohonan plaintif untuk penghakiman terus. Defendan memfailkan rayuan ini. C. Undang-Undang Penghakiman Terus [11] Permohonan plaintif untuk penghakiman terus dibuat di bawah aturan 14 kaedah 1(1) Kaedah-Kaedah Mahkamah (“KKM 2012”). Aturan 14 kaedah 1(1) menyatakan bahawa: “Jika dalam suatu tindakan yang baginya kaedah ini terpakai suatu pernyataan tuntutan telah disampaikan kepada defendan dan defendan itu telah memasukkan kehadiran dalam tindakan itu, plaintif boleh, atas alasan bahawa defendan tidak mempunyai pembelaan kepada suatu tuntutan yang termasuk dalam writ, atau kepada suatu bahagian tertentu suatu tuntutan itu, atau tidak mempunyai pembelaan mengenai suatu tuntutan itu atau sebahagian daripadanya kecuali tentang amaun apa-apa ganti rugi yang dituntut, memohon kepada Mahkamah untuk penghakiman terhadap defendan itu.” (penekanan ditambah) [12] Bank Negara Malaysia v Mohd Ismail & Ors [1992] 1 MLJ 400 and Cempaka Finance Bhd v Ho Lai Ying [2006] 2 MLJ 685 menjelaskan prinsip-prinsip dan prosedur penghakiman terus, iaitu: a. Plaintif perlu terlebih dahulu memenuhi keperluan-keperluan di bawah kaedah 14 aturan-aturan 1 dan 2, iaitu (i) pernyataan tuntutan telah disampaikan kepada S/N dlFU7tsnAUmCcvmjaOvEg defendan; (i) defendan telah memasukkan kehadiran; dan (iii) afidavit sokongan memenuhi keperluan-keperluan di bawah kaedah 14 aturan 2. b. Setelah keperluan-keperluan ini dipenuhi, plaintif telah membuktikan kes prima facie terhadap defendan. Beban beralih kepada defendan untuk menunjukkan mengapa penghakiman tidak sepatutnya diberikan terhadapnya. c. Defendan tidak perlu membuktikan pembelaan secara sepenuhnya tetapi perlu menunjukkan isu atau persoalan untuk dibicarakan. d. Jika penegasan, penafian atau pertikaian yang ditimbulkan oleh defendan adalah meragukan atau tidak tepat atau tidak selaras dengan keterangan mutakhir yang tidak dipertikaikan, penegasan, penafian atau pertikaian tersebut akan ditolak. Mahkamah akan memberi penghakiman terus terhadap defendan. D. Penilaian Mahkamah [13] Berdasarkan undang-undang penghakiman terus yang dijelaskan di atas, mahkamah mendapati bahawa plaintif berhak atas dasar prima facie untuk penghakiman terhadap defendan. Menurut rekod di Mahkamah Sesyen, pernyataan tuntutan telah diserahkan kepada defendan, dan defendan telah memasuki kehadiran, selaras dengan aturan 14 kaedah 1(1) KKM 2012. Selanjutnya, aturan 14 kaedah 2 KKM 2012 telah dipatuhi, di mana plaintif telah menyatakan bahawa tidak ada S/N dlFU7tsnAUmCcvmjaOvEg pembelaan terhadap tuntutan plaintif. Beban telahpun beralih kepada defendan untuk menunjukkan bahawa terdapat isu-isu untuk dibicarakan. [14] Terdapat dua isu utama yang telah ditimbulkan oleh defendan, iaitu: a. Defendan tidak menerima Pinjaman tersebut; dan b. Perjanjian tersebut adalah tidak sah di sisi undang-undang. [15] Mahkamah mendapati bahawa pernyataan defendan bahawa beliau tidak menerima Pinjaman tersebut adalah penafian kosong semata-mata. Ini kerana plaintif telah membuktikan pembayaran Pinjaman tersebut yang telah dibuat melalui cara-cara berikut: a. Pemindahan jumlah sebanyak RM144,164.50 ke akaun Alliance Bank defendan bernombor 160140010010332 pada 10 April 2019; b. Kemasukan secara tunai jumlah sebanyak RM35,000 ke akaun Alliance Bank defendan bernombor 160140010010332 pada 11 April 2019; dan c. Pengeluaran cek Public Bank plaintif bernombor 599553 bertarikh 22 Julai 2019 untuk jumlah sebanyak RM274,574, kepada defendan. S/N dlFU7tsnAUmCcvmjaOvEg [16] Pemindahan wang sebanyak RM144,164.50 ke akaun Alliance Bank defendan pada 10 April 2019 dan kemasukan wang tunai berjumlah RM35,000 ke akaun Alliance Bank defendan pada 11 April 2019 telah diakui oleh defendan di perenggan 1 Perjanjian tersebut. [17] Cek bertarikh 22 Julai 2019 tersebut pula telah didepositkan ke akaun defendan pada 23 Julai 2019. Ini dibuktikan melalui akaun Public Bank plaintif, yang menunjukkan pendebitan jumlah sebanyak RM274,574, iaitu jumlah yang sama dengan jumlah di dalam cek tersebut. Cek tersebut juga dikeluarkan di atas nama defendan. Ini bermakna jumlah tersebut semestinya hanya boleh dimasukkan ke dalam akaun defendan. [18] Bukti-bukti dokumentari yang dikemukakan oleh plaintif jelas menunjukkan bahawa Pinjaman tersebut telah diberikan kepada defendan. [19] Tambahan pula, melalui surat bertarikh 7 Januari 2021, defendan telah mengakui keberhutangannya kepada plaintif, dan mencadangkan pembayaran dibuat secara dua ansuran. Dengan pengakuan yang telah dibuat, penafian kebehutangan defendan adalah tidak berasas. [20] Defendan seterusnya menghujahkan bahawa Pinjaman tersebut adalah tidak sah di sisi undang-undang kerana menyalahi Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 (“Akta”), khususnya seksyen 15 Akta tersebut yang menyatakan: S/N dlFU7tsnAUmCcvmjaOvEg “No moneylending agreement in respect of money lent after the coming into force of this Act by an unlicensed moneylender shall be enforceable.” [21] Defendan menghujahkan bahawa oleh kerana defendan bukan peminjam wang yang berlesen (“licensed moneylender”), menurut seksyen 15 Akta tersebut, Perjanjian tersebut adalah tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan. [22] Mahkamah walau bagaimanapun berpendapat bahawa hujahan defendan adalah tidak tepat, kerana tidak mengambil kira skop sebenar Akta tersebut. [23] Akta tersebut adalah terpakai kepada “moneylender”. Seksyen 2 mentakrifkan terma “moneylender” sebagai: “… any person who carries on or advertises or announces himself or holds himself out in any way as carrying on the business of moneylending, whether or not he carries on any other business …” (penekanan ditambah) [24] Adalah jelas bahawa Akta tersebut hanya terpakai kepada seseorang yang menjalankan perniagaan “moneylending”. Di bawah seksyen 2 Akta tersebut, “moneylending” membawa maksud: “… the lending of money at interest, with or without security, by a moneylender to a borrower …” S/N dlFU7tsnAUmCcvmjaOvEg (penekanan ditambah) [25] Oleh kerana Pinjaman tersebut adalah pinjaman yang dibuat tanpa faedah, pemberian Pinjaman tersebut oleh plaintif kepada defendan tidak termasuk di dalam definisi “moneylending” di bawah Akta tersebut dan Perjanjian tersebut juga bukanlah “moneylending agreement” yang tertakluk di bawah Akta tersebut. [26] Kes-kes Subramaniam Dhanapakiam v Ghaanthimathi [1991] 1 LNW 101 dan Dato’ John Lee Siew Neng v Anuar bin Abdul Aziz [2020] MLJU 1130 telah menjelaskan bahawa Akta tersebut tidaklah menghalang pinjaman wang atau “moneylending”, tetapi hanya menghalang “business of moneylending”. [27] Oleh kerana Pinjaman tersebut dibuat tanpa faedah, transaksi di antara plaintif dan defendan di dalam kes ini bukanlah suatu “business of moneylending”. Akta tersebut tidak terpakai, dan Perjanjian tersebut adalah sah dan boleh dikuatkuasakan. [28] Setelah meneliti isu-isu yang dibangkitkan, mahkamah mendapati bahawa defendan tidak mempunyai pembelaan yang bermerit terhadap tuntutan plaintif. [29] Kenyataan Mahkamah Agung dalam Bank Negara Malaysia adalah terpakai dalam hal ini: “Under an O 14 application, the duty of a judge does not end as soon as a fact is asserted by one party, and denied or disputed by the other in an affidavit. Where such assertion, denial or S/N dlFU7tsnAUmCcvmjaOvEg dispute is equivocal, or lacking in precision or is inconsistent with undisputed contemporary documents or other statements by the same deponent, or is inherently improbable in itself, then the judge has a duty to reject such assertion or denial, thereby rendering the issue not triable. In our opinion, unless this principle is adhered to, a judge is in no position to exercise his discretion judicially in an O 14 application. Thus, apart from identifying the issues of fact or law, the court must go one step further and determine whether they are triable. This principle is sometimes expressed by the statement that a complete defence need not be shown. The defence set up need only show that there is a triable issue. Where the issue raised is solely a question of law without reference to any facts or where the facts are clear and undisputed, the court should exercise its duty under O 14. If the legal point is understood and the court is satisfied that it is unarguable, the court is not prevented from granting a summary judgment merely because 'the question of law is at first blush of some complexity and therefore takes a little longer to understand'. (See Cow v Casey6 and European Asian Bank AG v Punjab & Sind Bank7 at p 516.)” (penekanan ditambah) [30] Kes di hadapan mahkamah ini melibatkan pinjaman mesra, dan pembelaan defendan adalah penyangkalan kosong berkenaan ketidakterimaan Pinjaman tersebut. Penyangkalan ini adalah tidak serasi dengan dokumen-dokumen mutakhir yang dikemukakan melalui afidavit, S/N dlFU7tsnAUmCcvmjaOvEg yang jelas menunjukkan bahawa Pinjaman tersebut telah diberikan. Setelah meneliti dokumen-dokumen yang dikemukakan, saya bersetuju dengan keputusan hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana, yang telah menolak penyangkalan defendan. [31] Saya turut bersetuju bahawa isu undang-undang yang ditimbulkan oleh defendan, iaitu berkenaan keterpakaian Akta tersebut, adalah isu yang tidak mempunyai merit. [32] Saya mendapati bahawa fakta-fakta dan isu-isu di dalam kes ini tidak memerlukan perbicaraan penuh dijalankan. E. Keputusan [33] Mahkamah mendapati bahawa tidak terdapat apa-apa kekhilafan dalam keputusan hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana. Isu-isu yang ditimbulkan oleh defendan hanyalah penafian kosong atau isu undang-undang yang dapat disangkal. Oleh itu, kes ini tidak menimbulkan pembelaan bermerit yang mewajarkan perbicaraan dijalankan. [34] Dengan penilaian ini, mahkamah menolak rayuan defendan / perayu, dengan kos. S/N dlFU7tsnAUmCcvmjaOvEg Perayu : Nasrul Hadi Mat Saad daripada Tetuan Adnan Sharida Bertarikh 22 Februari 2022 - sgd - Adlin Abdul Majid Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya Bahagian Dagang (NCC6) Kuala Lumpur Peguam: & Associates Responden : KP Chang daripada Tetuan Emily Shirlay Undang-undang yang dirujuk: Akta Pemberi Pinjam Wang 1951, seksyen 2, seksyen 15 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012, aturan 14 Kes-kes yang dirujuk: Bank Negara Malaysia v Mohd Ismail & Ors [1992] 1 MLJ 400 Cempaka Finance Bhd v Ho Lai Ying [2006] 2 MLJ 685 Dato’ John Lee Siew Neng v Anuar bin Abdul Aziz [2020] MLJU 1130 Subramaniam Dhanapakiam v Ghaanthimathi [1991] 1 LNS 101 S/N dlFU7tsnAUmCcvmjaOvEg