Purata gaji Plaintif termasuk OT adalah RM1,173.00 [ 24 ] Selanjutnya Mahkamah juga merujuk kepada laporan pakar neuro dan laporan pakar ortopedik yang difailkan oleh pihak Plaintif. Mahkamah berpuashati bahawa Plaintif tidak boleh bekerja secara kekal selepas kemalangan . Oleh itu beliau adalah berhak kepada gantirugi akibat kehilangan pendapatan . Mahkamah memutuskan bahawa untuk gantirugi pre trial , Plaintif berhak untuk sejumlah RM1,173.00 bagi tempoh 6 tahun (72 bulan). Oleh itu bagi kehilangan pendaptan (pre trial) adalah dibenarkan sebanyak RM84,456 (RM1,173 X 72 bulan). [ 25 ] Bagi kehilangan pendapatan masa hadapan (post trial) pula, Mahkamah ini memutuskan bahawa kiraan adalah seperti berikut: 60 tahun – 31 tahun = 14.5 tahun (174 bulan) 174 bulan – 72 bulan (pre trial) = 102 bulan Jumlah yang dibenarkan bagi post trial adalah sebanyak RM 119,646 (RM1173 X 102 bulan) dan tanpa faedah Item (o) KOS JAGAAN [ 26 ] Kedua-dua pihak telah bersetuju bahawa kos jagaan (pre trial) adalah sebanyak RM1,000 sebulan dan kos item yang digunakan semasa jagaan adalah sebanyak RM1,200 sebulan. Oleh itu tuntutan bagi kos jagaan (pre trial) adalah dibenarkan seperti berikut: Kos jagaan Pre trial RM1,000 X 72 bulan = RM72,000 Kos item yang digunakan dalam jagaan RM1,200 X 72 bulan = RM86,400. [ 27 ] Bagi kos jagaan post trial pula , peguam defendan-defendan berhujah bahawa anggaran jangka hayat plaintif adalah 10 tahun. Selepas tolakan pre trial selama 6 tahun, maka baki adalah 4 tahun (48 bulan). Kos jagaan adalah RM1,000 sebulan untuk tempoh 48 bulan tersebut. [ 28 ] Manakala peguam Plaintif berhujah bahawa bagi kos jagaan (post trial) penggandaan yang patut digunakan adalah seperti berikut: Multiplier yang digunakan adalah: 73 tahun – 31 tahun = 42 tahun 42 tahun – 6 tahun (pre trial) = 36 tahun 36 tahun x 12 bulan – 1/3 = 288 bulan Kos jagaan sebulan RM3,198.40 x 4 = RM12,793.60 Jumlah adalah : RM12,793.60 X 288 bulan = RM3,684,556.80 [ 29 ] Setelah meneliti kedua-dua hujahan di atas, Mahkamah memutuskan bahawa menerima tempoh masa bagi penggandaan sepertimana keterangan SP3. SP 3 dalam keterangannya menyatakan jangka hayat Plaintif adalah selama 18.61 tahun dari tarikh kemalangan. Mahkamah juga menerima keterangan mengenai kos jagaan di Institusi yang berjumlah RM3,198.40 seminggu . Bagi sebulan adalah berjumlah RM12,793.60. Oleh itu pengiraan bagi kos jagaan (post trial ) adalah seperti berikut: