Schedule
Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952 seterusnya menyediakan laporan kimia (P13) untuk mengesahkan perkara tersebut. [21] Pihak pembelaan berhujah bahawa keterangan SP4 tidak boleh diterimamasuk kerana ianya adalah berasaskan keterangan dengarcakap (hearsay evidence). Semasa pemeriksaan balas SP4 mengaku bahawa ujian GCMS telah dikendalikan oleh Cik Nurul Faizah. Selain itu, Cik Nurul Faizah yang merujuk keputusan print out tersebut kepada library reading. [22] Berkenaan isu yang dibangkitkan oleh pihak pembelaan ini, Mahkamah mendapati keterangan SP4 menunjukkan beliau yang memasukkan sampel ke dalam GCMS. Peranan Cik Nurul Faizah adalah hanya sebagai operator GCMS untuk membantu SP4 bagi mengeluarkan keputusan cetakan automatik dari mesin GCMS dan seterusnya merujuk keputusan tersebut ke library reading. SP4 dalam penyataan bertulisnya (WSSP4) mengesahkan dari S/N pYjzSglp9UaXmo/0vt1sUQ perenggan 7-12, segala pemeriksaan, timbangan, ujian kimia, analisis GCMS, analisis GCFID telah dilakukan olehnya dan beliau telah mencapai satu keputusan konklusif bahawa kandungan yang diperolehi adalah Methamphetamine dan Methamphetamine adalah disenaraikan di dalam Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952. [23] Berdasarkan kepada alasan yang dinyatakan di atas, Mahkamah mendapati SP4 sebagai seorang saksi pakar yang berkelulusan dan berpengalaman telah memberikan keterangan yang menyakinkan Mahkamah bahawa hasil analisis yang dijalankan menunjukkan barang kes tersebut adalah dadah jenis Methamphetamine dan Methamphetamine adalah disenaraikan di bawah Jadual Pertama ADB. Maka, keterangan SP4 telah diterima oleh Mahkamah tanpa sebarang keraguan. Pihak pembelaan tidak memanggil saksi pakar lain untuk mencabar keterangan SP4. Maka, berdasarkan kepada keterangan yang dikemukakan oleh SP4, Mahkamah mendapati elemen ini telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan. Elemen kedua: - OKT mempunyai milikan (iaitu jagaan atau kawalan) dan pengetahuan mengenai dadah berbahaya tersebut [24] Nas undang-undang dahuluan telah memutuskan kawalan ataupun jagaan dapat dibuktikan sekiranya seseorang itu tahu kewujudan sesuatu barang itu dan mempunyai kuasa untuk berurusan dengan barang tersebut seakan-akan kepunyaannya dengan menyingkirkan orang lain. Perkara ini telah dijelaskan dalam kes tersohor Chan Pean Leon v PP [1956] MLJ 237 seperti berikut:- “possession” for the purposes of criminal law involves possession itself - which some authorities term ‘custody’ or S/N pYjzSglp9UaXmo/0vt1sUQ ‘control’ - and knowledge of the nature of thing possessed. As to possession itself he cited the following definition in Stephen’s Digest (9th Ed p. 304), in which the exclusive element mentioned by Taylor J appears. A moveable thing is said to be in the possession of person when he is so situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons, and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case of need. [25] Sekiranya pihak pendakwaan dapat membuktikan elemen kawalan atau jagaan dan pengetahuan serta OKT bebas untuk berurusan dengan sesuatu barang tersebut dengan menyingkirkan orang lain, maka boleh dikatakan bahawa OKT mempunyai milikan terhadap sesuatu barang tersebut. Prinsip ini telah diputuskan dalam kes PP v Denish Madhavan [2009] 2 CLJ 209 di mana Mahkamah Persekutuan memutuskan seperti berikut :- Before proceeding to consider the reasons for the Court of Appeal’s decision, we will say a few words about “exclusive” possession. It is inappropriate to speak of possession of an article in criminal law as exclusive possession. One is either in possession or not in possession, although one could be in possession jointly with another or others. To say that the prosecution of a drug case fails because there has been no proof of exclusive possession is apt to convey the wrong impression that it is only in cases where possession is entirely with one person, - that is, “exclusive” - that a conviction is possible. When the learned trial judge said “The accused sought to negative the proof of exclusive possession ...”, we S/N pYjzSglp9UaXmo/0vt1sUQ take it that he meant no more than that the respondent sought to show that he was not in possession of the drugs because he had no knowledge of their existence and that the drugs could have been placed in his bags by some other person or persons. [17] The idea of exclusivity features in the meaning of “possession” in criminal law as one of the elements necessary to constitute possession. As Taylor J said in Leow Nghee Lim v. Reg. [1955] 1 LNS 53: ... It is often said that ‘possession must be exclusive’. This is ambiguous. Possession need not be exclusive to the accused. Two or more persons may be in joint possession of chattels, whether innocent or contraband. The exclusive element of possession means that the possessor or possessors have the power to exclude other persons from enjoyment of the property. Custody likewise may be sole or joint and it has the same element of excluding others. The main distinction between custody and possession is that a custodian has not the power of disposal. The statement that ‘possession must be exclusive’ is often due to confusion of the fact to be proved with the evidence by which it is to be proved. It is essential to keep this distinction clearly in mind, especially when applying presumptions. [18] Thomson J, in Chan Pean Leon v. Public Prosecutor [1956] 1LNS 17, said that “possession” for the purposes of criminal law involves possession itself - which some authorities term S/N pYjzSglp9UaXmo/0vt1sUQ “custody” or “control” - and knowledge of the nature of the thing possessed. As to possession itself he cited the following definition in Stephen’s Digest (9th edn, p. 304), in which the exclusive element mentioned by Taylor J appears: A moveable thing is said to be in the possession of a person when he is so situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons, and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case of need. [19] Once the elements needed to constitute possession are established, including the element of exclusive power to deal, then what is established is possession, not exclusive possession. So much for exclusive possession. [26] Dalam kes di hadapan Mahkamah ini, Mahkamah mendapati keterangan SP1 dan SP2 adalah penting untuk membuktikan sama ada OKT ini mempunyai kawalan ataupun jagaan terhadap dadah tersebut. Keterangan pihak pendakwaan menunjukkan SP1 dan pasukkannya telah melihat OKT sedang berada atas motosikal jenis Honda EX5 dengan no pendaftaran JND 2453 sambil bermain telefon. Semasa SP1 dan pasukannya menyerbu OKT sambil memperkenalkan diri sebagai polis, OKT telah menghempaskan motosikal beliau dan melarikan diri sambil mencampakkan sesuatu menggunakan tangan kanan beliau. SP1 dan pasukkannya telah bertindak mengejar OKT, manakala SP2 dan telah diarahkan untuk bertugas sentrill untuk menjaga barang yang dicampakkan oleh OKT. SP2 telah mendapati barang yang dicampak oleh OKT merupakan satu kotak rokok berwarna merah jenama Full Flavour. S/N pYjzSglp9UaXmo/0vt1sUQ Setelah berjaya menahan OKT, SP1 telah mengarahkan OKT mengutip rokok tersebut dan menyerahkannya kepada SP1. Pemeriksaan SP1 terhadap kotak rokok tersebut menjumpai 2 paket lutsinar yang mengandungi hablur kristal yang disyaki dadah jenis syahbu. [27] Pihak pembelaan berhujah bahawa pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan elemen milikan atas alasan-alasan berikut:- a) Kawasan tempat terbuka, pencahayaan gelap disebabkan terlindung oleh pokok dan tinted kereta serta kejadian berlaku terlalu cepat. b) SP1 dan SP2 tidak boleh pasti sama ada kotak rokok telah berada di tempat kejadian sebelum mereka sampai; dan c) Siasatan SP3 juga tidak pasti sama ada OKT ada mencampakkan sesuatu atau tidak. [28] Setelah Mahkamah meneliti keterangan pihak pendakwaan secara menyeluruh dan isu-isu yang dibangkitkan oleh pihak pembelaan, Mahkamah mendapati pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan elemen ini atas alasan-alasan berikut :- 28.1) SP1 dan SP2 tidak boleh memastikan apa yang dicampakkan oleh OKT atas jalan. Pihak pembelaan telah mencabar saksi-saksi-saksi pendakwaan bahawa OKT tidak mencampakkan apa-apa ataupun sebarang kotak rokok atas jalan. Justeru, bagaimanakah SP1 dan SP2 boleh menyatakan bahawa benda yang dicampakkan oleh OKT adalah kotak rokok sedangkan mereka tidak pasti apa yang dicampakkan sebenarnya. S/N pYjzSglp9UaXmo/0vt1sUQ Mahkamah mencapai dapatan sedemikian memandangkan tempat kejadian merupakan kawasan terbuka dan boleh diakses oleh orang awam. Tambahan pula, keterangan saksi-saksi pendakwaan menunjukkan kawasan di mana kotak rokok dijumpai merupakan kawasan yang mempunyai pencahayaan yang terhad disebabkan dilindungi oleh pokok. SP3 selaku pegawai penyiasat menyatakan flash light telah digunakan untuk mengambil gambar. Berikut merupakan keterangan-keteranan berkaitan:- SP1 Pemeriksaan balas Lihat gambar ID1 C, D kawasan tersebut di bawah pokok? Kalau lihat gambar C pencahayaan lampu terlindung oleh pokok? Tuan kata tempat ini OKT berhenti motosikal? S/N pYjzSglp9UaXmo/0vt1sUQ SP2 Pemeriksaan balas Disebabkan kedudukan kamu di dalam kereta itu yang menyebabkan kamu tidak dapat pasti tangan mana satu OKT main handphone? Betul YA Maksudnya, penglihatan terhad? Betul Kalau ada campak sesuatu disebabkan terlalu cepat kamu tidak dapat pasti apa yang dia campak betul? Semasa OKT campak saya memang tak pasti Pemeriksaan semula Peguam ada cadangkan tinted akan menyebabkan penglihatan dari dalam ke luar kenderaan menjadi gelap, Insp kata tidak, jelaskan kenapa jawap tidak memandangkan kereta tinted? Pandangan dari dalam nampak ke luar tadi bergantung kepada cuaca S/N pYjzSglp9UaXmo/0vt1sUQ Pemeriksaan balas Semasa menangkap gambar, Tuan kena buka flash baru dapat tangkap? Betul Kawasan P1C dan P1CD terlindung bawah pokok? Kawasan tersebut terlindung oleh pokok maka ia gelap sikit ? Mungkin Rujuk P1B, dari tempat Y masa di tempat kejadian, Tuan tak boleh lihat dengan jelas apa yang ada di atas jalan di tempat X? Betul Berdasarkan kepada keterangan-keterangan saksi-saksi pendakwaan di atas, mereka menyatakan pencahayaan di tempat kejadian dilindungi oleh pokok dan kemungkinan gelap. SP2 secara khususnya menyatakan beliau tidak pasti apa yang dicampakkan kerana kejadian berlaku terlalu cepat. S/N pYjzSglp9UaXmo/0vt1sUQ 28.2) Tiada satu pun keterangan yang menunjukkan pada saat OKT dikatakan membuang “sesuatu” tersebut penglihatan SP1 dan SP2 adalah secara berterusan di mana mereka boleh nampak dengan jelas sehingga “sesuatu” tersebut terjatuh di atas jalan dan ditermui di tempat penemuan. (“spot of discovery”). Dalam hal ini rujukan dibuat terhadap kes Pendakwa Raya v Mohd Radhi and Anor (2004) MLJU 635, Mahkamah Tinggi memutuskan seperti berikut :- In the above circumstances, the prosecution's case is riddled with serious doubts on the exhibits recovered and there appears to be a single-mindedness of purpose on the part of SP.3 to incriminate the accused, based on the information he had received from the informer. His evidenceis wholly unreliable and tainted with prejudice. His evidence, that he saw 2nd accused take a package from inside the car and throw it in the direction of the grass area besides (behind) the bus-stop, is unbelievable, taking into consideration the time of the night, the absence of any direct illumination of the area, the improbability of SP3 being able to follow the path of travel of the package from the moment of its throw till it landed at the spot of recovery by him,and the unlikelihood of any opportunity available to see clearly at the S/N pYjzSglp9UaXmo/0vt1sUQ moment of the alleged disposal of the package. Maka, berdasarkan kepada keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan adalah amat sukar untuk menyimpulkan bahawa OKT sebenarnya telah mencampakkan kotak rokok atas jalan di mana dadah dijumpai di dalam kotak rokok tersebut. 28.3) Keterangan pihak pendakwaan berkenaan kedudukan OKT bersama motosikal dan kereta polis (Hilux) adalah tidak dijelaskan dengan tepat oleh pihak pendakwaan. Keterangan SP1 dan SP2 menyatakan OKT telah mencampakkan sesuatu menggunakan tangan kanannya dan ianya terjatuh di bahu jalan. Namun, pihak pembelaan telah mencabar keterangan pihak pendakwaan dengan mengatakan sekiranya OKT mencampakkan sesuatu menggunakan tangan kannannya ianya akan jatuh di tengah jalan dan bukannya di bahu jalan. Maka, pihak pembelaan berhujah bahawa versi pihak pendakwaan adalah tidak benar kerana OKT sebenarnya tidak mencampakkan apa-apa pun di atas jalan. Sewaktu pemeriksaan balas SP3 telah menyatakan beliau tidak pasti berkenaan kedudukan motosikal OKT dan kereta polis (Hilux) berada di mana. Berikut merupakan keterangan SP3 sewaktu pemeriksaan balas:- Lihat pada PIB, kepada kereta hilux menghadap ke mana? Saya tidak pasti S/N pYjzSglp9UaXmo/0vt1sUQ Bagaimana dengan kepala motosikal OKT? Juga tidak pasti Pengadu tidak ada maklumkan kepada Tuan tentang arah kedua-dua kenderaan Hilux dan motosikal OKT? Tidak Ikut pengadu, kepala Hilux adalah menghadap ke arah X, maksudnya kereta Hilux dan motosikal antara satu sama lain? Pengadu tak maklum Sekarang kita lihat P1B juga ada garisan putus-putus di bahu jalan sekarang tahu di mana tengah jalan dan bahu jalan, soalan saya dimanakah tangan kanan OKT kalau lihat gambar menghadap tengah jalan atau bahu jalan? Saya tak pasti Keterangan-keterangan yang dikemukakan ini menunjukkan siasatan SP3 di tempat kejadian adalah agak lemah. Tiada sebarang rajah kasar untuk menunjukkan kedudukan OKT bersama motosikal, kereta polis (Hilux), tempat barang kes dijumpai, dan arah OKT melarikan diri. S/N pYjzSglp9UaXmo/0vt1sUQ Lakaran rajah kasar adalah penting untuk mengetahui gambaran keseluruhan kejadian, lebih-lebih lagi dalam kes ini terdapat dua versi berkenaan arah di mana barang kes tersebut dikatakan dicampakkan. Lebih mengeruhkan lagi keadaan, SP3 turut bersetuju dengan cadangan pembelaan bahawa beliau tidak pasti sama ada OKT telah mencampakkan sesuatu di jalan. Beliau juga turut menyatakan siasatan akan berbeza sekiranya perkara ini telah dimaklumkan oleh SP1 dan SP2. Berikut merupakan keterangan-keterangan SP3 :- Saya cadangkan pengadu dan Insp Harizi sebenarnya mereka tidak dapat lihat dengan jelas apa yang telah dicampakkan? Saya tak pasti Ikut siasatan Tuan. Kalau pengadu dan Insp Harizi memberitahu kamu bahawa mereka tidak dapat lihat dengan jelas apa yang dicampak oleh OKT, hasil siasatan kamu akan berbeza? Betul Saya cadangkan OKT tidak campak sesuatu dengan tangan kanannya? S/N pYjzSglp9UaXmo/0vt1sUQ Tidak pasti 28.4) Satu siasatan menyeluruh berkenaan lokasi kejadian, merangkumi aspek-aspek seperti kedudukan kereta polis (hilux) dan motosikal OKT, tempat dikatakan kotak rokok dijumpai, serta arah OKT melarikan diri adalah amat penting untuk membolehkan Mahkamah membuat satu penilaian menyeluruh berkenaan elemen milikan, kawalan dan pengetahuan OKT terhadap dadah yang dijumpai. Memandangkan kebanyakkan jawapan berkaitan siasatan yang dilakukan adalah “tidak pasti” ianya telah menimbulkan jurang yang besar dalam kes pendakwaan. Ini seolah-olah menunjukkan siasatan SP3 hanya bergantung kepada keterangan SP1 dan SP2 tanpa memberikan perhatian kepada aspek-aspek yang dinyatakan di atas. Mahkamah mendapati pegawai penyiasat langsung tidak menyiasat isu-isu yang menimbulkan persoalan di dalam kes ini. Sekiranya siasatan yang dijalankan oleh pegawai penyiasat secara lebih terperinci, Mahkamah percaya satu penilaian berkenaan pembelaaan OKT dapat dibuat untuk mengetahui kebenarannya ataupun sebaliknya. Dalam hal ini Mahkamah merujuk kepada kes Pendakwa Raya v Kwek Chen Wei [2024] MLJU 2573 di mana Mahkamah Tinggi telah mengulas apakah yang dimaksudkan dengan siasatan lengkap seperti berikut :- [40] Dalam kes ini, setelah mengambil kira keterangan yang dikemukakan, Mahkamah bersetuju bahawa kes ini tidak pernah disiasat secara menyeluruh oleh SP4. S/N pYjzSglp9UaXmo/0vt1sUQ Banyak isu-isu penting tidak disiasat sebelum SP4 membuat kesimpulan untuk Kertas Siasatan kes ini. Dalam kes Public Prosecutor v. Cheong Teck Paw [2024] 7 MLJ 753, Mahkamah Tinggi telah memberi takrifan yang jelas mengenai apakah yang terjumlah kepada “siasatan yang lengkap”: [34] This court finds that in the absence of a credible explanation as to why there was no investigation, the failure to investigate by PW11 as the investigating officer warrants an acquittal and discharge of the accused. The investigation done in this case was not only done casually but was also based on a catch load investigation. It is the finding of this court that there is an incomplete investigation herein. A complete investigation is one that includes investigation of the defence that crop up from the investigation and such investigation would eliminate the gaps or weaknesses and provide substance to be tested against defences when raised (see Bunya ak Jalong v Public Prosecutor [2015] 5 MLJ 72) Berdasarkan kepada alasan-alasan yang dinyatakan di atas, kes pendakwaan mengundang pelbagai keraguan berkenaan pemilikan dadah oleh OKT dan menawarkan lebih daripada satu inferens. Maka, inferens yang memihak kepada OKT harus diberikan pertimbangan ataupun manfaat keraguan-keraguan tersebut harus diberikan kepada OKT. Dalam hal S/N pYjzSglp9UaXmo/0vt1sUQ ini, Mahkamah Rayuan dalam kes Loo See Lee v PP [2018] 5 CLJ 385, telah memutuskan seperti berikut:- “We agreed with the defence that in a case where the prosecution has led two sets of evidence, and each one contradicts the other, thus showing it to be unreliable, the result would necessarily be that the court would be left with no reliable and trustworthy evidence upon which the conviction of the accused might be based. Inevitably, the accused would have to be given the benefit of the doubt in such a situation, and the accused ought not to have been called to enter his defence at the end of the prosecution’s case.” [29] Mahkamah Persekutuan dalam kes Mohd Radzi Abu Bakar (supra) semasa menerangkan tentang kes prima facie telah memutuskan seperti berikut:-: “[12] After the amendments to ss. 173(f) and 180 of the CPC, the statutory test has been altered. What is required of a Subordinate Court and the High Court under the amended sections is to call for the defence when it is satisfied that a prima facie case has been made out at the close of the prosecution case. This requires the court to undertake a maximum evaluation of the prosecution evidence when deciding whether to call on the accused to enter upon his or her defence. It involves an assessment of the credibility of the witnesses called by the prosecution and the drawing of inferences admitted by the prosecution evidence. Thus, if the prosecution evidence admits of two or more inferences, one of which is in the accused’s favour, then it is the duty of the S/N pYjzSglp9UaXmo/0vt1sUQ court to draw the inference that is favourable to the accused. See, Tai Chai Keh v. Public Prosecutor [1948] 1 LNS 122; [1948-49] MLJ Supp 105 Public Prosecutor v. Kasmin bin Soeb [1974] 1 LNS 116; [1974] 1 MLJ 230.” [30] Mahkamah telah membuat satu penilaian maksimum terhadap keterangan-keterangan yang dikemukakan sebagaimana yang diputuskan oleh Mahkamah-Mahkamah atasan dan mendapati pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan satu kes prima facie terhadap OKT. Kesimpulan [31] Berdasarkan kepada alasan-alasan yang dinyatakan di atas, adalah tidak selamat untuk memanggil OKT untuk membela diri terhadap pertuduhan yang dihadapkan terhadapnya. Mahkamah tidak bersedia untuk mensabitkan OKT jika OKT memilih untuk berdiam diri. Maka, OKT dilepaskan dan dibebaskan dari pertuduhan. Wang jaminan sejumlah RM2500 yang telah didepositkan di Mahkamah dikembalikan kepada OKT. Bertarikh 4.8.2025 Disediakan oleh, tt Salini a/p Retanam Majistret Mahkamah Majistret Kulai S/N pYjzSglp9UaXmo/0vt1sUQ Johor Bagi pihak pendakwaan Nur Ameerah Binti Mohd Allaudeen Timbalan Pendakwa Raya Johor Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Johor Aras 2, Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar, 79100 Nusajaya, Johor. Bagi pihak pembelaan Chuah Shyue Chien Tetuan Arissa Tan Chien & Co H-04-1, Komersial Southkey Mozek Southkey Mozek, 80150 Johor Bahru, Johor. S/N pYjzSglp9UaXmo/0vt1sUQ