This procedure is in line with the approach set out by the Federal Court in T Ganeswaran v Suruhanjaya Polis Diraja Malaysia & Satu Lagi [2005] 3 CLJ 302 at 312-313 which said: “Perayu menyatakan bahawa prosiding yang dijalankan responden pertama yang berakhir dengan penurunan pangkat perayu dari PPP kepada Inspektor Polis adalah bercanggah dengan art. 135(2) Perlembagaan Persekutuan dan rukun-rukun keadilan asasi. Yang Arif Hakim tersalah dari segi undang-undang dan fakta apabila menolak tuntutan perayu. Bagi mempertimbangkan alasan-alasan ini perlu kita lihat dan kaji langkah-langkah yang telah diambil oleh responden pertama satu persatu. Pertama, surat tunjuk sebab bertarikh 15 November 1992 dihantar mengikut Perintah 26 (2) Perintah-Perintah tersebut yang menyatakan: The Appropriate Disciplinary Authority shall, after considering all the available information in its possession that there is a prima facie case for dismissal or reduction in rank, cause to be sent to the officer a statement in writing, prepared, if necessary, with the aid of the Legal Department, of the ground or grounds on which it is proposed to dismiss the officer or reduce him in rank and shall call upon him to state in writing within a period of not less than fourteen days from the date of receipt of the letter a representation containing grounds upon which he relies to exculpate himself. 12 Kedua, perayu telah mengemukakan representasinya secara bertulis sebanyak tujuh muka surat (bertaip) yang mengandungi alasan-alasan secara terperinci bagi tujuan membebaskan dirinya daripada pertuduhan tersebut. Representasi tersebut juga dibuat mengikut kehendak Perintah 26 (2) Perintah-Perintah tersebut. Ketiga, setelah mempertimbangkan representasi perayu, responden pertama berpendapat bahawa beliau telah gagal membebaskan dirinya dari pertuduhan tersebut dan seterusnya pada 11 September 1992 responden pertama membuat keputusan menurunkan pangkat perayu dari PPP kepada Inspektor Polis. Tindakan responden pertama ini adalah mengikut kehendak Perintah 26 (4) Perintah-Perintah tersebut yang berbunyi: If the officer does not furnish any representation within the specified time, or if he furnishes a representation which fails to exculpate himself to the satisfaction of the Appropriate Disciplinary Authority, it shall then proceed to consider and decide on the dismissal or reduction in rank of the officer. Setelah diteliti kesemua langkah-langkah yang diambil pihak responden Pertama sehingga tercapainya keputusan menurunkan pangkat perayu dari PPP kepada Inspektor Polis kami bersependapat dengan keputusan Yang Arif Hakim bahawa pihak responden pertama tidak mengabaikan tanggungjawab mereka mengikut Perintah-Perintah tersebut. Malah kesemua kehendak-kehendak Perintah-Perintah tersebut yang relevan telah dipatuhi sepenuhnya. Bagi menjawab dakwaan perayu bahawa prosiding tersebut bercanggah dengan art. 135(2) Perlembagaan Persekutuan dan rukun-rukun keadilan asasi kami ingin merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam kes Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Hospital Besar Pulau Pinang v. Utra Badi a/l K. Perumal [2001] 2 CLJ 525. Di dalam kes tersebut Mahkamah Persekutuan berhadapan dengan masalah yang sama menyentuh Perintah-Perintah tersebut. Mahkamah itu telah merujuk kepada beberapa nas mengenai perkara yang sama dan di halaman 440 dalam penghakimannya menyatakan: 13 Taking all the above into considerations, we are of the view that the General Orders, in detailing the procedures therein, have sufficiently complied with art 135(2) of the Federal Constitution and, in the process, are in accord with the concept of natural justice and procedural fairness. Jadinya, alasan perayu bahawa prosiding yang dijalankan responden pertama itu bercanggah dengan art. 135 (2) Perlembagaan Persekutuan dan rukun-rukun keadilan asasi dengan sendirinya gagal dan tidak dapat dipertahankan.” Failure to furnish documents to the Applicant