The charges preferred against the Appellant are as follows: “Case No.: KB-45A-23-10/2020 Bahawa kamu pada 14 April 2020, jam lebih kurang 4.00 petang, di tepi jalan lampu isyarat Tawar, menghala ke Kuala Ketil, di dalam daerah Baling, di dalam negeri Kedah Darul Aman, telah didapati mengedar dadah berbahaya seberat 177.51gram Methamphetamine. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) Akta yang sama. Case No.: KB-45-9-10/2020 Bahawa kamu pada 14 April 2020, jam lebih kurang 4.00 petang, di tepi jalan lampu isyarat Tawar, menghala ke Kuala Ketil, di dalam daerah Baling, di dalam negeri Kedah Darul Aman, telah didapati ada dalam kawalan kamu dadah berbahaya seberat 4.99 gram Methamphetamine. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) Akta yang sama. Case No.: KB-45-10-10/2020 Bahawa kamu pada 14 April 2020, jam lebih kurang 4.00 petang, di tepi jalan lampu isyarat Tawar, menghala ke Kuala Ketil, di dalam daerah Baling di dalam negeri Kedah Darul Aman, telah didapati ada dalam kawalan kamu dadah berbahaya seberat 0.38 gram (iaitu gabungan dadah Heroin seberat 0.02 gram dan Monoacetylmorphines seberat 0.36 gram). Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) Akta yang sama. Case No.: KB-45-8-04/2021 Bahawa kamu pada 14 April 2020, jam lebih kurang 4.00 petang, di tepi jalan lampu isyarat Tawar, menghala ke Kuala Ketil, di dalam daerah Baling di dalam negeri Kedah Darul Aman, telah didapati ada dalam kawalan kamu dadah berbahaya seberat 13.20 gram (iaitu gabungan dadah Heroin seberat 1.8 gram dan Monoacetylmorphines seberat 11.40 gram). Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) Akta yang sama.”