Lampiran
Lampiran 1 yang difailkan oleh Perayu bertarikh 13.11.2020 dengan kos sebanyak RM12,000.00 perlu dibayar oleh Perayu/Plaintif. TUNTUTAN PLAINTIF [1] Plaintif adalah merupakan seorang Ahli Parlimen Kuala Nerus (P035), Terengganu dan pada masa yang sama, Plaintif berkhidmat dan/atau memegang jawatan sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi. [2] Defendan adalah sebuah syarikat yang antara lain menerbitkan, mencetak dan mengedar akhbar Bahasa Cina, Sin Chew Daily. [3] Plaintif memplidkan bahawa pada hari Selasa, 01.09.2020, jam 12:15 petang melalui Akhbar Bahasa Cina, Sin Chew Daily milik Defendan (“Akhbar tersebut”) telah menerbitkan gambar peribadi Plaintif yang diiringi bersama artikel fitnah terhadap Plaintif di portal berita dalam talian Akhbar tersebut yang boleh didapati di pautan https://www.sinchew.com.my/content/content2335209.html (“Gambar & Artikel Fitnah tersebut”). S/N gC3tczzTg0STrsZKqa6tXA (Sesalinan Gambar & Artikel Fitnah tersebut adalah dilampirkan di sini sebagai Lampiran A). [4] Penerbitan Gambar & Artikel Fitnah tersebut juga dikongsi di laman Facebook Sin Chew Daily (“Laman Facebook tersebut”) pada Selasa, pada 01.09.2020, jam 12:22 petang yang boleh didapati di pautanttps://www.facebook.com/255057814552667/posts/3843044 322420647/. (Sesalinan perkongsian Gambar & Artikel Fitnah tersebut di Laman Facebook tersebut adalah dilampirkan di sini sebagai Lampiran B) [5] Plaintif memplidkan bahawa dengan penerbitan Gambar & Artikel Fitnah tersebut yang menggunakan dan/atau diiringi dengan gambar daripada koleksi peribadi Plaintif (“Gambar Peribadi Plaintif tersebut”), Defendan telah dengan sengaja, secara salah dan/atau tanpa usul periksa, menimbulkan perkara berikut: 1. Bahawa pada minda orang yang munasabah, secara harfiah dan semantic, Plaintif telah pergi dan/atau berada di Belanda ketika pandemic Covid-19 dan pada ketika negara sedang dalam penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP); 2. Bahawa pada minda orang yang munasabah, secara harfiah dan semantik, Plaintif sebenarnya pergi melancong ke luar negara S/N gC3tczzTg0STrsZKqa6tXA bersama isteri ketika PKPP di beberapa buah negara iaitu Turki, Belanda dan United Kingdom; 3. Bahawa pada minda orang yang munasabah, secara harfiah dan semantik, Plainitf telah melancong ke negara Belanda secara khususnya kerana Gambar Peribadi Plaintif tersebut yang dipilih dan/atau mengiringi Gambar & Artikel Fitnah tersebut terdapat mercu tanda dan/atau monument kebangsaan negara Belanda iaitu kincir angin; 4. Bahawa pada minda orang yang munasabah, secara harfiah dan semantik, Plaintif tidak pergi ke Turki atas kapasiti lawatan separa rasmi; 5. Bahawa pada minda orang yang munasabah, secara harfiah dan semantik, Plaintif telah menyalahguna kedudukan sebagai Jemaah Menteri demi kepentingan dan keselesaan diri dan ahli keluarga apabila pergi melancong ke luar negara ketika PKPP; 6. Bahawa pada minda orang yang munasabah, secara harfiah dan semantik, meskipun tajuk bagi Gambar & Artikel Fitnah tersebut dalam bentuk persoalan, namun kehadiran Gambar Peribadi Plaintif tersebut memberi inferens, tanggapan dan/atau kesimpulan yang negatif dan/atau dengan sengaja berniat jahat untuk menjejaskan S/N gC3tczzTg0STrsZKqa6tXA reputasi Plaintif bahawa Plaintif sememangnya melancong ke luar negara; dan 7. Bahawa pada minda orang yang munasabah, secara harfiah dan semantic, penggunaan dan/atau penyertaan Gambar Peribadi Plaintif tersebut yang berlatarbelakangkan kincir angin yang merupakan monumen kebangsaan negara Belanda iaitu secara spesifiknya di Zaanse Schans, Belanda telah memberi inferens, tanggapan dan/atau menyebarkan gambaran dan/atau tanggapan negatif terhadap Plaintif apabila cuba mengaitkan Gambar Peribadi Plaintif tersebut dengan lawatan separa rasmi Plaintif ke negara Turki. [6] Plaintif memplidkan bahawa Gambar & Artikel Fitnah tersebut adalah secara nyata dan jelas merujuk kepada Plaintif sepertimana yang dapat dibaca dan/atau dilihat daripada Gambar & Artikel tersebut dan boleh dikenal pasti oleh para pembaca Akhbar tersebut dan Laman Facebook tersebut. [7] Plaintif selanjutnya memplidkan bahawa Defendan dengan sengaja dan/atau niat jahat tanpa usul periksa dan/atau verifikasi yang jelas telah menerbitkan Gambar & Artikel Fitnah tersebut sebagai “clickbait” untuk menaikkan “rating” Akhbar tersebut untuk keuntungan komersial berdasarkan perkara yang berikut: S/N gC3tczzTg0STrsZKqa6tXA 1. Bahawa Defendan merupakan akhbar Bahasa Cina yang berpengaruh di Malaysia dan dengan mudah mempengaruhi umum iaitu masyarakat Cina khususnya dan masyarakat lain yang memahami Bahasa Cina; 2. Bahawa Defendan mempunyai lebih 2 juta pengikut di ` Laman Facebook tersebut; dan 3. Bahawa dengan perkongsian Gambar & Artikel Fitnah tersebut di Laman Facebook tersebut, ia telah mengundang lebih 1000 sukaan, lebih 300 perkongsian dan lebih 160 komentar negatif dan/atau kutukan terhadap Plaintif yang mana jumlah tersebut masing-masing meningkat saban hari. PENERBITAN DAN/ATAU PERKONGSIAN GAMBAR & ARTIKEL FITNAH OLEH DEFENDAN [8] Plaintif memplidkan bahawa penerbitan dan/atau perkongsian Gambar & Artikel Fitnah tersebut yang sama sekali tidak benar, bersifat fitnah oleh Defendan apabila mengiringi, menggunakan dan/atau memanipulasi Gambar Peribadi Plaintif tersebut ketika berada di Belanda pada sekitar tahun 2016. (Plaintif akan mengemukakan sesalinan Gambar Percutian Peribadi ketika perbicaraan kelak) S/N gC3tczzTg0STrsZKqa6tXA [9] Defendan di dalam penerbitan dan/atau perkongsian Gambar & Artikel Fitnah tersebut telah hanya memetik kenyataan Ahli Parlimen Seputeh (P122), Kuala Lumpur, YB Puan Teresa Kok tanpa merujuk Plaintif bagi mendapatkan penjelasan, verifikasi dan/atau kisah daripada Plaintif yang boleh dilabelkan sebagai kontoversi sebelum menerbitkan Gambar & Artikel Fitnah tersebut. [10] Kenyataan di dalam Gambar & Artikel Fitnah tersebut yang telah diterjemahkan oleh Jurubahasa Cina Mahkamah Sesyen Majistret Petaling Jaya adalah seperti berikut: "GAMBAR KHAIRUDIN BERADA DI LUAR NEGARA TERDEDAH! TERESA KOK: SEBENARNYA PERGI MELANCONG DI TEMPAT MANA?" Berita semasa dalam Negara. (GAMBAR) Gambar Khairuddin bersama isteri melancong ke luar negara sekarang tersebar luas di sosial media. (KUALA LUMPUR 1HB) Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok mencabar Menteri Perusahaan Mohammad Khairuddin untuk memberi respon berkenaan di laman sosial media menyebarkan gambar beliau melancong ke luar negara. S/N gC3tczzTg0STrsZKqa6tXA Sebenarnya dia (Khairuddin) pergi melancong ke negara Turki, Netherlands, atau United Kingdom? Beliau turut membuat pernyataan secara bertulis kritik perbuatan pemimpin PAS, Hashim Jasin yang membela secara buta, pertahankan Khairuddin berkenaan beliau melanggar perintah kuarantin serta gagal membezakan betul atau salah dan memutarbelitkan fakta. Ini adalah satu perbuatan yang bahaya dan perbuatan sedemikian akan mendorong dan menggalakkan orang ramai mencontohi perbuatan Khairuddin yang tidak bertanggungjawab dan mengendahkan perintah kuarantin. Beliau berkata, menurut laporan media, dalam ucapan Hashim Jasin sempena menghadiri Muktamar Dewan Ulama PAS Perak pada Sabtu tersebut, Hashim Jasin memetik satu kisah dalam kitab dengan mempertahankan bahawa tujuan Khairuddin pergi ke luar negara adalah demi membawa masuk pelaburan asing kepada negara namun hakikatnya Khairuddin pergi ke Turki adalah satu perjalanan peribadi pembiayaan sendiri, turut serta dalam perjalanan itu termasuk isteri beliau dan kawan. Perjalanan peribadi Khairuddin ini tidak membawa sebarang pelaburan kepada negara serta tidak mempunyai perbuatan yang S/N gC3tczzTg0STrsZKqa6tXA dikatakan "menyelamatkan negara". Hashim Jasin harus berhati-hati semasa berbicara dan bukan cepat lidah. Beliau berkata, kenyataan Hashim Jasin mengkritik pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Luar Negeri tidak memberi Khairuddin gelang kuarantin adalah satu cubaan menolak tanggungjawab kepada pihak yang tidak berkenaan padahal hakikatnya kuarantin wajib 14 hari selepas balik dari luar negara adalah keputusan Kabinet dan telah diwar-warkan sebelum ini, tidak mungkin Khairuddin selaku seorang Menteri tidak tahu tentang perkara ini. Agama mengajar kita harus mematuhi peraturan dan pada masa yang sama harus menjaga kebajikan dan keselamatan orang ramai. Oleh yang demikian, saya berharap Hashim Jasin sebelum membuat sebarang pernyataan harus berfikir secara masak-masak, kalau tidak akan membuat orang ramai salah faham seperti pernyataan berkenaan perbuatan Khairuddin yang melanggar perintah kuarantin tersebut telah diputarbelitkan fakta." (Sesalinan terjemahan Kenyataan di dalam Gambar & Artikel Fitnah tersebut tersebut adalah dilampirkan di sini sebagai Lampiran C) S/N gC3tczzTg0STrsZKqa6tXA [11] Oleh yang demikian, Plaintif memplidkan bahawa Gambar & Artikel Fitnah tersebut sama ada secara sendirian dan/atau keseluruhannya adalah jelas bersifat menuduh dalam konteks tujuan, kandungan dan bahasa, yang sama sekali tidak benar dan bersifat fitnah. BUTIRAN FAKTA DAN PERKARA YANG MERUJUK PLAINTIF DENGAN GAMBAR & ARTIKEL FITNAH TERSEBUT [12] Plaintif memplidkan bahawa Gambar & Artikel Fitnah tersebut bertujuan menjatuhkan imej/reputasi Plaintif yang mana daripada sudut semulajadi serta lazim dan/atau tersirat tersebut adalah bermaksud dan/atau diniatkan untuk bermaksud dan/atau memberikan kefahaman seperti yang berikut: 1. Bahawa Plaintif telah pergi ke Belanda untuk melancong ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sedang dikuatkuasakan, sedangkan Plaintif tidak pernah ke Belanda sepanjang tempoh PKPP bagi tujuan peribadi; 2. Bahawa berdasarkan Gambar & Artikel Fitnah tersebut, ia menggambarkan Plaintif sebagai tidak cekap dan/atau tidak mempunyai kredibiliti sebagai seorang Menteri; S/N gC3tczzTg0STrsZKqa6tXA 3. Bahawa Plaintif telah menyalahguna kedudukan sebagai Jemaah Menteri demi kepentingan dan keselesaan diri dan ahli keluarga; dan 4. Bahawa Plaintif telah diperlekeh peranan sebagai ahli Jemaah Menteri dan seorang Ahli Parlimen yang tidak kompeten. [13] Oleh yang demikian, Plaintif memplidkan bahawa Gambar & Artikel Fitnah tersebut merupakan tuduhan melulu dan tidak berasas. Hal ini kerana, Defendan tidak mempunyai "direct first-hand knowledge" berkenaan Gambar & Artikel Fitnah tersebut dan ia diterbitkan berdasarkan sumber seperti khabar angin, spekulasi, pendapat dan dengar cakap. [14] Plaintif memplidkan bahawa pada Gambar & Artikel Fitnah tersebut tidak langsung mengandungi sebarang kisah dan/atau keterangan daripada Plaintif yang menjadikan ia bersifat menuduh, dalam konteks tujuan, kandungan dan bahasa. Maka adalah jelas bahawa penerbitan Gambar & Artikel Fitnah tersebut adalah berniat jahat. [15] Plaintif memplidkan bahawa penerbitan dan/atau perkongsian Gambar & Artikel Fitnah tersebut adalah dibuat dengan niat jahat dan jelas telah mendedahkan Plaintif kepada kebencian, cemuhan atau penghinaan dalam minda orang yang munasabah yang telah menyebabkan para pembaca Akhbar tersebut dan Laman Facebook S/N gC3tczzTg0STrsZKqa6tXA tersebut khususnya dan masyarakat umumnya dari pelbagai kaum yang memahami Bahasa Cina sudah mula mempertikaikan kedudukan dan kredibiliti Plaintif selaku Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi yang juga seorang Ahli Parlimen. [16] Plaintif memplidkan bahawa meskipun pada ketika Writ Saman dan Penyataan Tuntutan ini difailkan, pautan bagi Gambar dan Artikel Fitnah tersebut di portal atas talian Akhbar Tersebut dan Laman Facebook tersebut telah dipadamkan oleh Defendan, fakta dan perkara bahawa Gambar & Artikel Fitnah tersebut telah diterbitkan dan dikongsikan oleh Defendan kepada masyarakat umum dan/atau pengikut Defendan khususnya telah menimbulkan kebencian, cemuhan dan/atau penghinaan terhadap Plaintif. [17] Plaintif selanjutnya memplidkan bahawa tindakan Defendan memadam dan/atau menghapuskan pautan bagi Gambar dan Artikel Fitnah tersebut di portal atas talian Akhbar Tersebut dan Laman Facebook tersebut menunjukkan bahawa Defendan mengakui Gambar & Artikel Fitnah tersebut telah diterbitkan dan/atau dikongsikan dengan sengaja dan/atau cuai untuk memfitnah Plaintif. [18] Akibat niat jahat dan/atau tindakan tidak bertanggungjawab Defendan yang telah dengan sengaja dan/atau cuai memfitnah S/N gC3tczzTg0STrsZKqa6tXA Plaintif melalui Gambar & Artikel Fitnah tersebut telah menyebabkan Plaintif mengalami pelbagai kerugian dan penderitaan yang mewajarkan Plaintif untuk mendapatkan gantirugi. [19] Lanjutan daripada itu, Plaintif telah melalui peguamcara yang dilantik iaitu Tetuan Zulpadli & Edham, menghantar satu surat tuntutan bertarikh 14.09.2020 bagi menuntut gantirugi, permohonan maaf terbuka dan supaya Gambar & Artikel Fitnah tersebut dipadamkan. [20] Namun demikian, Defendan melalui peguamcara yang dilantik iaitu Tetuan CH Yeoh & Yiew di dalam surat bertarikh 25.09.2020 telah enggan dan/atau gagal menunaikan tuntutan-tuntutan Plaintif. [21] Oleh yang demikian, Plaintif menuntut terhadap Defendan seperti yang berikut: - a. Defendan diperintahkan untuk membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Plaintif di dalam akhbar tempatan menggunakan Bahasa kebangsaan dimana kos akan ditanggung sepenuhnya oleh Defendan; b. Satu perintah injunksi untuk menghalang Defendan daripada terus membuat, menulis hantaran, melaporkan dan/atau enyebarkan atau menyebabkan satu penulisan, dicetak dan/atau diterbitkan gambar dan artikel fitnah terhadap Plaintif; S/N gC3tczzTg0STrsZKqa6tXA c. Defendan memadam dan/atau menyebabkan menghapuskan Gambar & Artikel Fitnah tersebut; d. Gantirugi Am dan dan Gantirugi Khas yang akan ditaksirkan oleh Mahkamah yang Mulia ini; e. Gantirugi untuk fitnah dan Gantirugi Khas yang akan ditaksirkan oleh Mahkamah yang Mulia ini; f. Faedah 5% setahun melalui budibicara Mahkamah yang Mulia ini berdasarkan Seksyen 11 Akta Undang-Undang Sivil 1956 ke atas jumlah penghakiman bermula daripada tarikh penghakiman sehingga ke tarikh penyelesaian penuh; g. Faedah Statutori 5% setahun ke atas jumlah penghakiman bermula daripada tarikh penghakiman sehingga ke tarikh penyelesaian penuh; h. Kos; dan i. Apa-apa relief tambahan yang pada hemat Mahkamah Yang Mulia ini adalah adil dan suai manfaat. PEMBELAAN DEFENDAN [1] Defendan pada 01-09-2020 lebih kurang pukul 12.15 tengahari telah menyiarkan satu lapuran berita di dalam laman webnya di S/N gC3tczzTg0STrsZKqa6tXA https://www.sinchew.com.my/content/content 2335209.html di dalam Bahasa Cina mengenai satu kenyataan akhbar (“kenyataan akhbar berkenaan”) oleh YB Teresa Kok Suh Sim (“YB Teresa Kok”), Ahli Parlimen Seputeh daripada parti pembangkang Parti Tindakan Demokrat (“DAP”) bersama dengan satu gambar Plaintif dan isterinya (“gambar berkenaan”) seperti di dalam Lampiran A kepada penyata tuntutan (secara bersama “lapuran tersebut”). Defendan menafikan bahawa lapuran tersebut memfitnah Plaintif. [2] Laman Facebook Defendan megandungi satu rujukan ringkas dalam Bahasa Cina dengan satu pautan kepada lapuran tersebut di laman web Defendan, Defendan menafikan bahawa perkataan-perkataan di dalam Bahasa Inggeris yang muncul di dalam Lampiran B kepada penyata tuntutan ditulis atau disiarkan oleh Defendan. [3] Defendan mengatakan bahawa penyiaran lapuran tersebut berbangkit daripada rentetan peristiwa seperti berikut:- (i) Pada penghujung Disember 2019 satu pencetusan koronavirus telah dikesan di Wuhan, Negara Cina yang pihak berkuasa Cina membuat penentuan sebagai satu virus baru yang boleh berjangkit dari seseorang ke orang lain yang Badan Kesihatan Sedunia (World Health Organization) kemudiannya menamakannya sebagai SARS-CoV-2 atau virus Covid -19. S/N gC3tczzTg0STrsZKqa6tXA (ii) Virus Covid-19 kemudiannya merebak keseluruh dunia dan Malaysia mula-mula mengesan kes pertamanya pada 25-01-2020. (iii) Akibat pandemik Covid-19, di antara 18-03-2020 hingga 31- 03-2020 seluruh Malaysia diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (“PKP”) yang dibuat di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 yang dibuat di bawah Seksyen 11 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) yang antara lain memperuntukkan bahawa semua warganegara Malaysia akan dilarang daripada membuat lawatan ke luar negara dan mereka yang pulang dari luar negara mesti melalui pemeriksaan kesihatan dan kuarantin diri selama sekurang-kurangnya 14 hari. PKP kemudiannya dilanjutkan ke 14-04-2020 dan seterusnya dlanjutkan lagi ke 28-04-2020 dan akhirnya ke 12-05-2020. (iv) Pada 04-05-2020 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 (No. 5) berkuatkuasa dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (“PKPB”) dikuatkuasakan yang antara lain juga melarang lawatan ke luar negrara dan S/N gC3tczzTg0STrsZKqa6tXA kuarantin wajib untuk mereka yang pulang dari luar negara di pusat-pusat kuarantin. (v) PKPB ditamatkan pada 09-06-2020 tetapi digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 (No. 7) (“PKPP”) yang berkuatkuasa dari 10-06-2020 sehingga 31- 08-2020 yang kemudiannya dilanjutkan ke 31-12-2020 di mana warganegara Malaysia dilarang keluar negara kecuali para pelajar yang hendak meneruskan pengajian, menduduki peperiksaan ataupun yang telah menerima tawaran untuk belajar di luar negara dan juga warga Malaysia yang perlu ke luar negara kerana kecemasan, kerja, menghadiri seminar ataupun tujuan perniagaan. Pada mulanya mereka yang pulang dari luar negara boleh menjalani kuarantin diri di rumah tetapi daripada 24-07-2020 mereka yang pulang dari luar negara wajib menjalani kuarantin di hotel-hotel yang ditetapkan ataupun pusat-pusat kuarantin yang ditentukan. (vi) Pada 13-08-2020, Nezar Mohamed Sabur Batcha, 57, yang memiliki Nasi Kandar Salleh, telah dituduh dengan empat pertuduhan kerana melanggar prosedur kuarantin rumah kerana pergi ke empat lokasi berlainan pada 14-07-2020 di bawah Seksyen S/N gC3tczzTg0STrsZKqa6tXA 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 yang boleh dikenakan penjara dua tahun, atau denda, ataupun kedua-duanya sekali untuk setiap kesalahan dan telah didapati bersalah oleh Mahkamah Majistret Alor Setar dan dikenakan denda keseluruhan RM12,000 dan hukuman penjara lima bulan. Tertuduh juga dikenal pasti sebagai kes indeks cluster baru yang dikenali sebagai “Sivaganga cluster”. (vii) Pada 04-08-2020, Plaintif telah membuat posting di dalam laman Facebook Plaintif dan mengutuk Nezar Mohamed Sabur Batcha kerana melanggar peraturan kuarantin diri setelah pulang dari India ke Malaysia kerana membahayakan seluruh Malaysia dan menyatakan “Bermula dengan seorang, dua dan kini telah mencecah lebih 20 orang ianya cukup untuk mengegarkan tanah air. Puncanya? Gagal mematuhi SOP”. (viii) Pada 13-08-2020, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa sesiapa yang melanggar kuarantin tidak lagi akan diberikan kompaun tetapi akan dihadapkan ke Mahkamah. (ix) Pada 14-08-2020 seorang warga septuagenarian, Nur Emah Mohamad Hashim, berumur 72, yang didapati makan diluar rumah semasa memakai gelang merah jambu dituduh di Mahkamah dan S/N gC3tczzTg0STrsZKqa6tXA dikenakan hukuman denda RM8,000 dan hukuman penjara satu hari kerana melanggar perintah kuarantin di bawah Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. (x) Pada 18-08-2020, seorang juruteknik kilang, S Ramesh Kumar dilapurkan sebagai telah dituduh di bawah Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 kerana melanggar perintah kuaratin rumah dan dikenakan denda sebanyak RM2,500 jika ingkar penjara 5 hari di bawah s 24 Akta yang sama. (xi) Pada 18-08-2020 YB Teresa Kok mendedahkan di Parlimen bahawa Plaintif telah pergi ke Turki dari 03-07-2020 hingga 07-07- 2020 tetapi tidak menjalani kuarantin diri wajib selepas pulang tetapi menghadiri Parlimen pada 13-07-2020. (xii) Pada 20-08-2020 YB Teresa Kok mendedahkan bahawa beliau telah dimaklumkan bahawa Plaintif diiringi oleh isteri dan keluarganya serta para pegawai yang tidak dinamakan apabila Plaintif melawat Turki. (xiii) Setelah kegagalan Plaintif untuk mematuhi keperlan wajib kuarantin diri menjadi pengetahuan awam terdapat satu ledakan bantahan ramai kerana terdapat lapuran bahawa bukan sahaja Plaintif gagal mematuhi kuarantin diri selama 14 hari selepas pulang S/N gC3tczzTg0STrsZKqa6tXA dari Turki, tetapi Plaintif telah menghadiri pelabagai acara dan menemui ramai orang. (xiv) Kementerian Kesihatan pada 22-08-2020 telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa Plaintif telah dikenakan satu kompaun sebanyak RM1,000.00 pada 07-08-2020 kerana gagal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) kuarantin wajib kerana kesalahan di bawah Paraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 dan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 [Akta342] dan Plaintiff telah menjelaskan kompaun tersebut. (xv) Pada hari yang sama, merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, Plaintif telah mengakui dan meminta maaf atas pelanggaran SOP PKPP pada 22-08-2020 dan menawar untuk memulangkan gajinya sebagai Menteri dari Mei hingga Ogos 2020 dan menyumbangkan jumlah tersebut kepada Tabung Bantuan Bencana Negara (Tabung Covid-19). (xvi) Pada hari yang sama YB Teresa Kok telah dilapurkan sebagai membuat pertanyaan sama ada terdapat percubaan untuk menutup isu kegagalan Plaintif untuk mematuhi kuarantin wajib 14 hari. Beliau mendakwa bahawa pesalah yang lain dihadapkan ke Mahkamah S/N gC3tczzTg0STrsZKqa6tXA pada hal Plaintif diberikan layanan khas dengan kompaun RM1,000.00 yang dibelakang tarikhkan dan rakyat boleh melihat layanan dua darjat yang berlaku di dalam pelaksanaan perintah kawalan Covid-19. (xvii) Pada 23-08-2020 telah dilapurkan bahawa 30,000 orang telah menandatangani petisyen meminta perletakan jawatan Plaintif sebagai menteri kerana sengaja melanggar arahan kuarantin dan boleh mengakibatkan wujudnya cluster yang baru. (xviii) Pada 24-08-2020 Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Azeez Abdul Rahim mengatakan di dalam Parlimen bahawa lawatan Plaintif ke Turki telah membawa pelaburan asing sebanyak RM82 bilion ke Malaysia yang dipertikaikan oleh YB Teresa Kok sebagai “mustahil”. (xix) Pada 24-08-2020 telah dilapurkan bahawa 27 lapuran polis telah dibuat terhadap Plaintif kerana melanggar kuarantine diri wajib. (xx) Pada 24-08-2020 Perdana Menteri telah mengeluarkan satu kenyataan akhbar bahawa Kerajaan memandang serius kes dakwaan pelanggaran perintah kuarantin oleh Plaintif setelah Plaintif pulang dari Turki pada 07-07-2020 dan bahawa setiap rakyat Malaysia adalah tertakluk kepada undang-undang dan tidak ada sesiapa yang terkecuali dan beliau serahkan kepada pihak berkuasa S/N gC3tczzTg0STrsZKqa6tXA yang berkenaan bagi menjalankan penyiasatan dan mengambil tindakan yang sewajarnya mengikut proses undang-undang. (xxi) Pada 26-08-2020 Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengatakan bahawa pegawai atasan Kementerian termasuk beliau dan timbalan Ketua Pengarah serta ketua bahagian penyakit berjangkit tidak dimaklumkan bahawa Plaintif telah membuat lawatan ke Turki. (xxii) Pada 26-08-2020 jumlah orang yang menandatangani petisyen meminta Plaintif meletak jawatan sebagai menteri telah mencecah 50,000. (xxiii) Pada 26-08-2020 telah dilapurkan bahawa pihak polis telah merekodkan kenyataan Plaintif di parlimen atas permintaannya apabila 50 orang wartawan menunggu di Bukit Aman setelah dilapurkan bahawa Plaintif akan disoal di ibu pejabat polis. (xxiv) Pada 28-08-2020, setelah memberikan kenyataannya kepada pihak polis, Plaintif mengatakan bahawa itu adalah kali pertama pihak polis merekodkan kenyataannya dan ahli keluraganya berjumlah 4 orang termasuknya di Bukit Aman. Plaintif mendakwa bahawa lawatannya ke Turki adalah separuh rasmi untuk membincangkan isu-isu tertentu termasuk export minyak sawit Malaysia da juga projek-projek yang melibatkan Terengganu. Plaintif S/N gC3tczzTg0STrsZKqa6tXA mengatakan dia tidak akan melayan desakan untuknya meletak jawatan kerana kesalahannya tidak melibatkan salah laku kerja tetapi isu kekhilafan berkaitan prosedur operasi standard. (xxv) Selepas itu gambar berkenaan yang menunjukkan Plaintif dan isterinya yang kononnya diambil di Belanda mula menular di dalam media sosial dan persoalan telah dibangkitkan sama ada Plaintif turut melawat Belanda. (xxvi) Pada 31-08-2020 Mursyidul Am parti politik Plaintif, Parti Islam SeMalaysia (“PAS”), Haji Hashim Jasin telah dilapurkan sebagai menyamakan Plaintif dengan seorang “wira” seumpama burung belatuk atau “hud hud” di zaman Nabi Sulaiman yang melanggar larangan tetapi membawa manfaat. Haji Hashim seterusnya mendakwa bahawa kegagalan Plaintif untuk mematuhi kuarantin wajib adalah akibat “kelalaian” Kementerian-Kementerian Kesihatan dan Luar Negeri. (xxvii) Pada 31-08-2020 seorang pensyarah dari Universiti Pendidikan Sultan Idris meminta para pemimpin PAS untuk mempertahankan Plaintif dengan mengaitkan kisah burung hud-hud di zaman Nabi Sulaiman. (xxviii) Pada 01-09-2020 Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilapurkan sebagai S/N gC3tczzTg0STrsZKqa6tXA mengatakan sebagai enggan membuat ulasan mengenai tuduhan Haji Hashim Jasin bahawa Kemneteriannya patut disalahkan untuk kegagalan Plaintif untuk menjalankan kuarantin diri. (xxix) Pada 01-09-2020 Senator Aiman Athirah Sabu mengkritik Haji Hashim Jasin kerana menyamakan Plaintif dengan burung hud-hud di dalam Quran dan untuk menyalahkan Kementerian Luar Negeri dan Kementerian Kesihatan untuk kegagalan Plaintif untuk menjalankan kuarantin diri mandatori. (xxx) Pada 01-09-2020 Defendan menyiarkan lapuran berkenaan pada pukul 12.15 tengahari setelah menerima kenyataan daripada YB Teresa Kok yang meminta Plaintif untuk memberikan maklumbalas kepada gambar berkenaan yang diambil diluar negara yang menular di dalam media sosial dan bertanya sama ada Plaintif telah pergi ke Turki, Belanda ataupun United Kingdom. YB Teresa Kok juga memberikan maklum balas kepada kenyataan oleh Haji Hashim Jasin dengan mengkritik pembelaannya terhadap Plaintif secara membabi buta tanpa membezakan di antara yang betul dengan yang salah dan memutarbelitkan fakta kerana tindakan sedemikian akan menggalakkan orang ramai untuk mencontohi Plaintif yang tidak bertanggungjawab dan tidak menghiraukan perintah kuarantin. YB Teresa Kok juga mengatakan bahawa S/N gC3tczzTg0STrsZKqa6tXA kritikan Haji Hasim Jasin terhadap Kementerian Luar Negeri dan Kementerian Kesihatan untuk kegagalan Plaintif untuk memakai gelang kuarantin adalah satu percubaan untuk menolak tanggungjawab kepada pihak lain kerana ianya merupakan satu keputusan Kabinet untul semua yang pulang dari luar negara menjalankan 14 hari kuarantin dan adalah mustahil Plaintif sebagai seorang ahli Kabinet tidak tahu mengenai keperluan ini. (xxxi) Apabila Defendan dimaklumkan bahawa gambar berkenaan telah wujud di dalam internet sejak tahun 2017 Defendan telah pada pukul 4.22 petang pada hari yang sama menyiarkan satu lapuran lain dengan tajuk (terjemahan) “Khairuddin pergi ke Belanda dan bukan Turki? Ada orang yang sengaja menggembar-gembur dengan menggunakan gambar lama” dan membuat penjelasan bahawa gambar yang menular di dalam media sosial adalah satu gambar lama Plaintif dan isterinya di Belanda. (xxxii) Hanya pada 04-09-2020 barulah Plaintif mengeluarkan kenyataan bahawa gambar berkenaan adalah satu gambar lamanya di Belanda dan di dalam lawatan ke Turki baru-baru ini dia tidak pergi ke Belanda. Defendan menyiarkan lapuran mengenai penjelasan Plaintif di dalam laman web dan suratkhabarnya pada 04-09-2020. S/N gC3tczzTg0STrsZKqa6tXA [4] Defendan mengatakan bahawa memandangkan fakta-fakta dan peristiwa-peristiwa yang dinyatakan di dalam perenggan (i) to 4(xxxii) penyata pembelaan, Plaintif sendiri telah merosakkan reputasinya sendiri dan lapuran tersebut, jikalaupun bersifat fitnah, yang dinafikan, tidak boleh lagi menjejaskan menjejaskan reputasi Plaintif lebih daripada apa yang Plaintif lakukan kepada dirinya sendiri. [5] Defendan mengatakan bahawa penyiaran gambar tersebut adalah perlu dalam konteks penyiaran kenyataan akhbar tersebut oleh YB Teresa Kok untuk membolehkan para pembaca faham kenyataan beliau. Walaubagaimanapun lapuran tersebut apabila dibaca secara keseluruhan dan di dalam konteks yang betul tidak memfitnah Plaintif. [6] Defendan menafikan bahawa terjemahan lapuran tersebut seperti di perenggan 12 Penyataan Tuntutan dan Lampiran C penyata tuntutan adalah terjemahan yang adil dan tepat lapuran tersebut. [7] Defendan mengatakan bahawa lapuran tersebut tidak bersifat fitnah apabila dibaca secara keseluruhan dan di dalam konteks kontroversi yang melibatkan Plaintif dan kegagalannya untuk mematuhi kuarantin wajib setelah lawatan ke luar negara. Defendan S/N gC3tczzTg0STrsZKqa6tXA mengatakan bahawa di dalam maksud asal dan semula jadinya lapuran tersebut bermaksud bahawa:- (i) Gambar tersebut yang menunjukkan Plaintif dan isterinya sedang bercuti di luar negera dengan laterbelakang kincir angin telah menular di media sosial dengan persoalan sama ada Plaintif telah pergi ke Belanda di dalam lawatan terkininya ke luar negara. (ii) Ahli Parlimen Seputeh, YB Teresa Kok telah meminta Plaintif untuk memberi maklumbalas kepada posting di media sosial yang mengedarkan gambar tersebut mengenai Plaintif bercuti di luar negara. (iii) Secara khusus, YB Teresa Kok menanya sama ada Plaintif bercuti di Turki, Belanda atau United Kingdom. (iv) YB Teresa Kok juga mengritik ketua PAS Haji Hashim Jasin yang membela Plaintif yang telah melanggar perintah kuarantin dengan menyamakannya satu kisah di dalam kitab al-Quran dengan lawatan Plaintif ke luar negara kononnya untuk membawa balik pelaburan asing padahal lawatan Plaintif adalah lawatan peribadi dengan pembiayaan sendiri dengan isteri dan kawannya. (v) YB Teresa Kok menyatakan apa yang dibuat oleh Haji Hashim Jasin adalah amat berbahaya kerana ia akan mengalakkan orang S/N gC3tczzTg0STrsZKqa6tXA ramai untuk mencontohi Plaintif dan mengabaikan perintah kuarantin. (vi) YB Teresa Kok juga mengatakan bahawa kritikan Haji Hashim Jasin terhadap Kementerian Kesihatan dan Kementerian Luar Negeri adalah percubaan menolak tanggungjawab kepada pihak yang tidak berkenaan padahal kuarantin wajib 14 hari selepas pulang dari luar negara adalah keputusan Kabinet dan sebagai seorang menteri adalah mustahil Plaintif tidak tahu mengenai keperluan ini. [8] Defendan menafikan perenggan 15, 16 dan 17 penyata tuntutan dan mengatakan bahawa lapuran tersebut adalah benar dari segi kandungan dan fakta dalam makna seperti yang diplidkan di perenggan 8 di sini seperti diperuntukkan di dalam kes Lucas-Box v Associated Newsapers Group Pic & Ors [1986]1 All ER 177. BUTIR-BUTIR (a) Defendan mengulangi perenggan 4(i) hingga 4(xxx) penyata pembelaan. (b) Gambar tersebut sememangnya tersebar di dalam media sosial dengan persoalan sama ada Plaintif telah pergi ke Turki ataupun telah pergi ke Belanda melalui England. S/N gC3tczzTg0STrsZKqa6tXA (c) YB Teresa Kok memang membuat kenyataan meminta Plaintif untuk meberikan maklum balas kepada gambar tersebut yang tersebar di media sosial menunjukkan Plaintif bercuti di luar negara. (d) Haji Hashim Jasin memang memanggil Plaintif seorang wira walaupun dia melanggar kuarantin kerana telah membawa balik pelaburan asing dari Turki dan meyamakan Plaintif dengan burung hud-hud di dalam al-Quran semasa zaman Nabi Sulaiman yang melanggar kuarantin tetapi membawa manfaat. (e) YB Teresa Kok telah mengkritik Haji Hasim Jasin kerana membela Plaintif secara membabi buta yang amat merbahaya kerana ini akan menggalakkan orang ramai untuk mencontohi Plaintif dan melanggar perintah kuarantin. (f) YB Teresa Kok juga mengatakan bahawa kritikan Hashim Jasin terhadap Kementerian Kesihatan dan Kementerian Luar Negeri adalah percubaan untk menolak tanggungjawab kepada orang lain yang tidak berkenaan walaupun pada hakikatnya semua orang tahu adalah wajib untuk kuarantin 14 hari selepas pulang dari luar negara kerana ini adlaah keputusan Kabinet dan adalah mustahil untuk Plaintif sebagai seorang menteri untuk tidak mengetahui keperluan ini. S/N gC3tczzTg0STrsZKqa6tXA [9] Setakat yang perlu Defendan akan bergantung kepada Seksyen 8 Akta Fitnah 1957. [10] Defendan menafikan bahawa pemadaman pautan kepada lapuran tersebut adalah satu pengakuan sebarang liabiliti di pihak Defendan. Defendan mengatakan bahawa pautan kepada lapuran tersebut dipadamkan daripada laman web dan Facebook Defendan setelah Defendan mendapat tahu bahawa gambar tersebut adalah gambar lama dan oleh yang demikian jawapan kepada pertanyaan YB Teresa Kok telahpun dijawab dan sebagai satu penerbit yang bertangunggjawab Defendan telah menyiarkan satu lagi lapuran di dalam laman webnya menyatakan perkara ini. [11] Defendan mengatakan bahawa Plaintif tidak berhak kepada apa-apa gantirugi kerana reputasi Plaintif memang sudah terjejas teruk daripada tindak-tanduk Plaintif sendiri. [12] Defendan mengatakan bahawa kritikan terhadap Plaintif di dalam lapuran tersebut adalah di dalam kapasitinya sebagai seorang Menteri Kabinet dan Plaintif tidak mempunyai sebarang kausa tindakan untuk membawa satu tindakan fitnah kerana ianya adalah bertentangan dengan polisi awam, kebebasan bersuara yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan dan prinsip-prinsip demokrasi untuk membenarkan seorang pemegang jawatan awam S/N gC3tczzTg0STrsZKqa6tXA seperti Plaintif untuk membawa satu tindakan fitnah kerana kritikan terhadapnya. [13] Secara alternative, Defendan mengatakan bahawa penyiaran lapuran tersebut adalah satu pelapuran (“reportage”) yang neutral mengenai satu perkara kepentingan umum tanpa mengangkat, menokok-tambah ataupun melanggani kepada apa-apa kepercayaan dalam kebenaran kata-kata yang dibuat YB Teresa Kok di dalam kenyataan akhbarnya menurut prinsip di dalam kes Roberts v Gable [2008] 2 WLR 129. Defendan telahpun melapurkan klarifikasi oleh Plaintif bahawa gambar tersebut adalah satu gambar lama melalui satu lapuran pada 04-09-2010 apabila Plaintif membuat maklumbalas kepada, antara lain, lapuran tersebut Butir-Butir (a) Defendan mengulangi perenggan 4(i) hingga 4(xxxii) penyata pembelaan. (b) Memandangkan kontorversi yang berbangkit akibat kegagalan Plaintif untuk mematuhi keperluan kuarantin wajib selepas beliau pulang dari perjalanan ke luar negara, hakikat bahawa terdapat dakwaan bahawa Plaintif juga pergi ke Belanda untuk bercuti telah menjadi satu perkara kepentingan dan prihatin awam. S/N gC3tczzTg0STrsZKqa6tXA [14] Secara alternatif, Defendan mengatakan bahawa lapuran tersebut telah diterbitkan di bawah satu keadaan perlindungan bersyarat (qualified privilege) tanpa niat jahat (without malice) dan juga di dalam tanggungjawab moral dan sosial Defendan sebagai penerbit suratkhabar harian untuk memaklumkan kepada pembaca-pembaca suratkhabarnya mengenai satu perkara kepentingan awam dan para pembaca akhbar Sin Chew Daily mempunyai kepentingan bersama untuk menerima maklumat yang disiarkan dan dimaklumkan oleh Defendan di dalam lapuran tersebut menurut prinsip dalam kes Reynolds v Times Newspapers Limited [2002]2AC127. Butir-Butir (a) Sin Chew Daily adalah sebuah suratkhabar harian Bahasa Cina yang meletakkan penekanan khas kepada isu-isu mengenai politik, ekonomi, kebudayaan, kesihatan dan isu-isu sosial di negara (b) Adalah obligasi moral dan sosial Defendan untuk membuat lapuran mengenai atau membolehkan maklumat yang diterima daripada pihak ketiga termasuk Kerajaan, menteri-menteri, ketua-ketua jabatan Kerajaan, ahli-ahli politik, pertubuhan-pertubuhan pendidikan, kebudayaan dan orang awam mengenai perkara-S/N gC3tczzTg0STrsZKqa6tXA perkara kepentingan dan prihatin awam disampaikan kepada para pembaca akhbar Defendan. (c) Sebaliknya Defendan pula mempunyai obligasi moral dan sosial untuk membuat lauran mengenai isu-isu, peristiwa-peristiwa, kejadian-kejadian dan kritikan-kritikan terhadap Kerajaan dan menteri-menterinya, jabatan-jabatan Kerajaan, parti-parti politik dan ahli-ahli politik sebagai satu bentuk maklum balas daripada orang ramai. (d) Plaintif adalah seorang kenamaan awam yang pada masa yang material memegang jawatan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, seorang Ahli Parlimen untuk Kuala Nerus dan ahli Jawatankuasa Kerja Pusat yang secara aktif memuat kritikan dan komen-komen mengenai isu-isu semasa sosial dan politik dan oleh itu tindak-tanduknya adalah terbuka kepada kritikan dan penelitian awam. (e) Lapuran tersebut disiarkan oleh Defendan akibat rentetan peristiwa yang dinyatakan didalam peregggan 4(i) hingga 4(xxxii) di dalam penyata pembelaan. (f) Adalah juga satu fakta bahawa terdapat persoalan dan dakwaan yang dibuat di media sosial termasuk penyiaran gambar tersebut sama ada Plaintif telah pergi ke negara-negara lain selain S/N gC3tczzTg0STrsZKqa6tXA daripada Turki di dalam lawatannya yang dibuat baru-baru ini dan permintaan untuk memberi maklum balas telah dibuat oleh antara lain seorang Ahli Parlimen yang juga bekas menteri yang memegang jawatan yang kini dipegang oleh Plaintif adalah satu permintaan yang sah mengenai satu perkara kepentingan awam yang Defendan mempunyai kewajipan untuk memberikan liputan. (g) Tindak-tanduk Plaintif yang menyembunyikan lawatannya ke Turki daripda orang ramai, gagal mematuhi keperluan wajib kuarantin selepas pulang dari luar negara, dengan secara hipokrit membuat kritikan terhadap tertuduh yang menyebabkan cluster Sivagangga kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard dan hanya mengakui kesalahanya apabila didedahkan oleh YB Teresa Kok telah memberikan asas kepada spekulasi dan kepercayaan bahawa Plaintif juga telah pergi ke Belanda untuk bercuti. (h) Tetapi apabila Defendan diberitahu bahawa gambar tersebut telahpun muncul di dalam internet sejak tahun 2017, Defendan telah pada 4.22 petang pada hari yang sama menyiarkan satu lagi lapuran dengan tajuk (terjemahan) “Khairuddin pergi ke Belanda dan bukan Turki? Ada orang yang sengaja menggembar-gembur dengan menggunakan gambar lama” dan membuat klarifikasi bahawa S/N gC3tczzTg0STrsZKqa6tXA gambar tersebut yang menular di media sosial adalah satu gambar lama Plaitnif dan isterinya di Belanda. (i) Hanya pada 04-09-2020 barulah Plaintif mengeluarkan kenyataan bahawa gambar tersebut adalah satu gambar lama beliau di Belanda dan beliau tidak pergi ke Belanda semasa perjalannyan ke Turki baru-baru ini dan Defendan telah menyiarkan penjelasan Plaintif pada 04-09-2020. [15] Kelakuan dan tindak-tanduk Plaintif serta reaksi balas Kerajaan telah mengakibatkan prihatin dan minat umum yang amat ketara di kalangan rakyat Malaysia yang menuntut jawapan kepada persoalan-persoalan dan membuat kritikan-kritikan berikut yang memberikan justifikasi untuk penyiaran lapuran tersebut:- (a) Kenapa Plaintif hanya diberikan satu kompaun sahaja, apabila Menteri Kanan Pertahanan Dato Sri Ismail Sabri telah mengumumkan pada 13-08-2020 bahawa sesiapa yang melanggar kuarantin akan dihadapkan ke Mahkamah dan bukan sahaja diberikan kompaun? (b) Kenapa Perdana Menteri tidak mengambil sebarang tindakan terhadap seorang menteri kabinetnya yang secara terbuka melanggar undang-undang? S/N gC3tczzTg0STrsZKqa6tXA (c) Kenapa Plaintif tidak ditangkap apabila ramai orang-orang lain telah ditangkap untuk kesalahan melanggar PKP yang kurang serius, seperti ibu tunggal yang dipenjarakan 8 hari dan didenda RM1,000.00 kerana melanggar PKP. (d) Kenapa tidak ada maklum balas oleh Kementerian Kesihatan dan Kementerian Luar Negeri terhadap tuduhan oleh Haji Hashim Jasin bahawa merekalah yang bertanggungjawab untuk pelanggaran undang-undang oleh Plaintif? (e) Kenapa terdapat dua darjat dalam pelaksanaan undang-undang seperti tertuduh dalam kes kluster Sivagangga yang dihukum penjara 5 bulan dan didenda RM12,000.00 dan seorang “septuagenarian” yang didenda RM8,000 dan dipenjarakan satu hari kerana didapati makan diluar apabila memakai gelang merah jambu padahal Plaintif hanya dikenakan kompaun RM1,000.00 sahaja? (f) Sama ada terdapat kedaulatan undang-undang di Malaysia, di mana setiap orang adalah saksama di bawah undang-undang? [16] Setakat mana yang perlu Defendan akan bergantung kepada Seksyen 12 Akta Fitnah 1957. [17] Seterusnya, sekiranya lapuran tersebut didapati sebagai membawa maksud yang didakwa oleh Plaintif, yang dinafikan, Defendan mengatakan kata-kata yang diadukan oleh Plaintif adalah komen S/N gC3tczzTg0STrsZKqa6tXA berpatutan atas satu perkara kepentingan umum berdasarkan falta-fakta berikut :- Butir-butir (a) Defendan mengulangi perenggan 4(i) hingga 4(xxxii) penyata pembelaan. (b) Fakta bahawa Plaintif telah mengakui bahawa dia pergi ke Turki bersama isteri dan keluarganya dalam satu lawatan dalam kapasiti “separuh rasmi” bermakna dia dan keluarganya pergi ke luar negara sebahagiannya untuk melancong. (c) Dengan berbuat demikian apabila seluruh negara diletakkan di bawah PKPP di mana warga Malaysia tidak boleh ke luar negara melainkan pelajar-pelajar atau mereka yang merupakan pelajar yang hendak meneruskan pelajaran, menduduki peperiksaan ataupun yang telah menerima tawaran untuk belajar di luar negara dan rakyat Malaysia yang perlu ke luar negara kerana kecemasan, untuk bekerja, menghadiri seminar atau tujuan perniagaan lain, Plaintif memang telah menyalahgunakan jawatannya sebagai seorang menteri untuk kepentingan dan kelesesaan dia dan keluarganya. (d) Plaintif sememangnya tidak mempunyai kecekapan dan kredibiliti sebagai seorang menteri berdasarkan fakta-fakta di dalam S/N gC3tczzTg0STrsZKqa6tXA perenggan 4(i) hingga 4(xxxii) penyata pembelaan dan fakta-fakta berikut :- (i) Plaintif walaupun seorang Menteri Kabinet gagal mematuhi dan melanggar prosedur operasi standard yang terpakai kepada sesiapa yang datang ke atau pulang ke Malaysia dari luar negara apabila gagal menjalani kuarantin diri selama 14 hari; (ii) Plaintif adalah seorang hipokrit kerana pada 04-08-2020 telah mengkritik Nezar Mohamed Sabur Batcha, 57, tuanpunya Nasi Kandar Salleh sebagai punca Kluster Sivagangga kerana gagal mematuhi keperluan kuarantin diri 14 hari di bawah prosedur operasi standard walaupun Plaintif sendiri melakukan kesalahan yang sama apabila Plaintif gagal mematuhi kuarantin diri selama 14 hari apabila Plaintif pulang dari lawatannya ke Turki pada 07-07-2020; (iii) Plaintif tidak mempunyai integriti, kejujuran dan tanggungjawab untuk mendedahkan secara sendiri bahawa dia sendiri telah melanggar keperluan kuarantin 14 hari apabila dia pulang dari lawatannya ke Turki tetapi sebaliknya telah mendedahkan ramai sekali rakyat Malaysia dengan bahaya dijangkiti Covid-19 dengan menghadiri pelbagai acara dan S/N gC3tczzTg0STrsZKqa6tXA fungsi termasuk menghadiri Parlimen sehingga dia didedahkan oleh YB Teresa Kok. (e) Plaintif memang telah perselekehkan peranannya sebagai seorang Menteri Kabinet dan adakah seorang Ahli Parlimen yang tidak kompeten kerana:- (i) Sebab-sebab yang dinyatakan di perenggan 19(d) di atas; (ii) Plaintif telah gagal memberikan apa-apa penafian, pengesahan, pecerahan, atau klarifikasi walaupun tahu ataupun patut tahu bahawa kenyataan oleh Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Azeez Abdul Rahim di dalam Parlimen bahawa lawatan Plaintif ke Turki telah membawa balik pelaburan asing sebanyak RM82 billion ke Malaysia; (iii) Plaintif telah gagal menyatakan persetujuan atau sebaliknya dengan kenyataan Haji Hashim Jasin bahawa Plaintif adalah seorang “wira” seperti burung hud-hud di dalam zaman Nabi Sulaiman kerana dia telah melanggar peraturan tetapi membawa balik manfaat dan yang patut dipersalahkan adalah Kementerian Luar Negeri dan Kementerian Kesihatan. [18] Setakat mana yang perlu, Defendan bergantung kepada Seksyen 12 Akta Fitnah 1957. S/N gC3tczzTg0STrsZKqa6tXA [19] Defendan mengatakan bahawa pada hari yang sama Defendan menerima surat tuntutan peguamcara Plaintif yang antara lain menuntut jumlah sebanyak RM1 juta sebagai gantirugi, Plaintif ataupun peguamcara Plaintif telah menyebarkan surat tersebut kepada pelbagai organisasi media untuk penyiaran yang menunjukkan kecenderungan Plaintif untuk menjadikannya satu isu politik. [20] Defendan mengatakan bahawa peguamcara Defendan telahpun memberikan pencerahan kepada peguamcara Plaintif alasan untuk penyiaran lapuran tersebut dan juga peristiwa-peristiwa selepas itu termasuk penyiaran yang lapuran berikutnya pada hari yang sama Defendan mendapat tahu bahawa gambar tersebut adalah satu gambar lama dan juga penyiaran klarifikasi Plaintif pada 04-09- 2020. [21] Defendan menafikan bahawa Plaintif berhak kepada apa-apa gantirugi, gantirugi khas ataupun mana-mana relif yang dipohon berdasarkan alasan-alasan yang diplidkan di dalam penyata pembelaan. [22] Melainkan jika diakui secara spesifik, setiap satu pengataan di dalam penyata tuntutan dinafikan seolah-olah ianya telah dibentangkan dan dinafikan. S/N gC3tczzTg0STrsZKqa6tXA KEPUTUSAN DAN DAPATAN MAHKAMAH [1] Dalam tindakan ini, saksi-saksi yang telah dipanggil untuk memberi keterangan di Mahkamah adalah sebagaimana berikut: 1. SP1 - Yeow Cher Yuin 2. SP2 - Muhammad Radhi bin Hamzah 3. SP3 - Dato’ Dr. Khairuddin bin Aman Razali 4. SD1 - Teresa Kok Suh Sim 5. SD2 - Heng Geok Keow 6. SD3 - Choo Joon Kian [2] Setelah meneliti Ikatan Pliding, keterangan saksi-saksi, eksibit-eksibit, hujahan dan otoriti kesemua pihak, atas imbangan kebarangkalian, Mahkamah menolak tuntutan Plaintif sebagaimana perenggan 23 Penyataan Tuntutan dengan kos. [3] Dalam tindakan ini, Plaintif telah memulakan tindakan saman terhadap Defendan iaitu sebuah syarikat penerbitan akhbar berbahasa cina berdasarkan suatu penerbitan pada hari Selasa, 01.09.2021, jam 12:15 petang melalui Akhbar Bahasa Cina, Sin Chew Daily milik Defendan dan juga dikongsi di laman Facebook Sin Chew Daily pada hari Selasa, pada 01.09.2020, jam 12:22 petang dengan tajuk yang sama. S/N gC3tczzTg0STrsZKqa6tXA [4] Mahkamah akan merujuk penerbitan dan gambar yang didakwa sebagai fitnah oleh Plaintif dalam Penyataan Tuntutan Plaintif selepas ini sebagai “Artikel Fitnah tersebut.” [5] Undang-undang dalam membuktikan tuntutan fitnah samada secara libel atau slander adalah jelas. Ia juga diperuntukkan secara khusus dalam Aturan 78 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dan juga Akta Fitnah 1957. [6] Dalam penulisan GATLEY ON LIBEL AND SLANDER, 9th edn. at p. 6 pula dinyatakan seperti berikut - "Defamation occurs when the Defendant publishes to a third-party words or matters containing false imputations about the Plaintiff's reputation. Liability for defamation is divided into two categories: libel and slander. If the publication is made in a permanent form, is broadcast, or is part of a theatrical performance, it is libel. If it is in some transient form or is conveyed by spoken words or gestures, it is slander.". TUNTUTAN PLAINTIF [7] Berhubung beban pembuktian bagi tuntutan sebegini, dalam kes AYOB SAUD V. TS SAMBANTHAMURTHI [1989] 1 CLJ 152; [1989] 1 CLJ (REP) 321, Mohamed Dzaiddin J (YA ketika itu) S/N gC3tczzTg0STrsZKqa6tXA dengan jelas menyatakan tatacara untuk membuktikan tuntutan bagi libel - "In our law on libel, which is governed by the Defamation Act 1957, the burden of proof lies on the plaintiff to show (1) the words are defamatory; (2) the words refer to the plaintiff; and (3) the words were published. Where a defence of qualified privilege is set up, as in the present case, the burden lies on the defendant to prove that he made the statement honestly, and without any indirect or improper motive. Then, if he succeeds in establishing qualified privilege, the burden is shifted to the plaintiff in this case to show actual or express malice which upon proof thereof, communication made under qualified privilege could no longer be regarded as privileged: Rajagopal v. Rajan.". [8] Dalam kes ABU HASSAN HASBULLAH v. ZUKERI IBRAHIM, COURT OF APPEAL, PUTRAJAYA [2018] 3 CLJ 726 pula diputuskan seperti berikut: [36] In a defamation case, the learned judge has a duty to rule on the three essential ingredients of the tort of defamation before he proceeds to decide on the defences pleaded by the defendant in his defence. Firstly, the learned judge ought to determine if the impugned emails were capable of bearing the defamatory meaning S/N gC3tczzTg0STrsZKqa6tXA as ascribed in para. 9 of the SOC. Secondly, the learned judge ought to examine if the impugned emails referred to the plaintiff. Lastly, the learned judge ought to have resolved if the impugned emails were published to a third person. [9] Oleh demikian, Mahkamah harus meneliti beban pembuktian terletak ke atas Plaintif pada ketika ini untuk membuktikan tiga elemen berikut iaitu:- (i) Perkataan-perkataan yang diadukan adalah fitnah terhadap Plaintif; (ii) Perkataan-perkataan fitnah tersebut telah disebarkan dan/atau diterbitkan kepada pihak ketiga (publication); dan, (iii) Perkataan-perkataan yang diadukan adalah merujuk kepada Plaintif. (i) Perkataan-perkataan yang diadukan adalah fitnah terhadap Plaintif; [10] Mahkamah kembali kepada asas dalam tindakan ini, ia adalah berhubung artikel yang ditulis oleh Defendan dan disiarkan melalui akhbar dan media social Facebook Defendan pada 1-9-2020 pada jam 12:15petang. Ini adalah rentetan daripada kenyataan akhbar YB Teresa Kok bertarikh 01-09-2020 berhubung kontroversi yang S/N gC3tczzTg0STrsZKqa6tXA berbangkit akibat lawatan Plaintif ke luarnegara pada 03-07-2020 serta perlakuannya sejak dia pulang ke Malaysia dan dakwaan bahawa dia gagal untuk menjalani kuarantin diri selepas beliau pulang dari lawatan luar negara tersebut [11] Sebelum pada tarikh tersebut, isu ini perlanggaran syarat kuarantin pada masa itu (dan sebelumnya) hangat diperkatakan dan dibahaskan termasuklah kenyataan YB Teresa Kok (SD1) pada 18- 08-2020 yang mendedahkan di Parlimen bahawa Plaintif telah pergi ke Turki dari 03-07-2020 hingga 07-07-2020 tetapi tidak menjalani kuarantin diri wajib selepas pulang tetapi menghadiri Parlimen pada 13-07-2020 sebagaimana di dalam lapuran Malaysiakini di mukasurat 69-71 Kandungan 59 Ikatan B. [12] Fakta berhubung isu ini tidak dipertikaikan. Plaintif sendiri mengakui dan berhujah bahawa isu yang berbangkit adalah rentetan daripada lawatan separa rasmi Plaintif tersebut adalah merupakan dakwaan pelanggaran kuarantin sahaja yang telah mendapat liputan media yang meluas. Apa yang menjadi perbahasan adalah apabila Plaintif dalam tindakan ini tidak memberi apa-apa penjelasan dan maklumbalas apabila diajukan persoalan berhubung kontroversi ini. [13] Perlakuan Plaintif sepanjang tempoh kontroversi yang beliau tidak ingin perjelaskan itu juga telah menjadi semakin hangat dan S/N gC3tczzTg0STrsZKqa6tXA perlbagai pihak mahukan penjelasan Plaintif sendiri tetapi Plaintif masih tidak memberi apa-apa jawpaan sehingga membangkitkan kemarahan orang ramai mengenai respons Kementerian Kesihatan mengenai layanan khas kepada Plaintif dan bahawa jumlah orang yang menandatangani petisyen yang mendesak Plaintif untuk meletak jawatan sudah mencecah 50,000 orang. [14] Apa yang menarik perhatian Mahkamah adalah pada tindakan ini, Plaintif telah menyaman Defendan berhubung artikel dan gambar yang dirujuk dalam penerbitan tersebut. Dari fakta sedia ada, jika perkara ini diperhalusi, isu kontroversi dan gambar yang dimaksudkan bukan sahaja dirujuk dan dikomen oleh Defendan tetapi banyak pihak yang lain. Oleh itu, Mahkamah perlu putuskan adakah artikel yang diterbitkan oleh Defendan yang disusuli dengan gambar berkenaan terjumlah kepada satu perbuatan dan kenyataan berunsur fitnah terhadap Plaintif? [15] Dalam menilai elemen ini, Mahkamah perlu menilai secara keseluruhan terbitan dan mengambilkira konteks dan maksud keseluruhan penerbitan tersebut. Ini sebagaimana diberi panduan dalam kes TUN DATUK PATINGGI HAJI ABDUL RAHMAN YA'KUB V. BRE SDN BHD & ORS [1996] 1 MLJ 393 yang S/N gC3tczzTg0STrsZKqa6tXA menerangkan elemen untuk membuktikan bahawa sesuatu kenyataan tersebut adalah memfitnah iaitu - "…construction of the words complained of and at the same time to determine if they were capable of and in fact defamatory of the plaintiff. The approach in the construction of the words complained of is to consider the meaning such words would convey to ordinary reasonable persons using their general knowledge and common sense; it is not confined to strict literal meaning of the words but extends to any reference or implication from which persons can reasonably draw …. It is irrelevant what the publisher intended the words complained of to mean …. It is also irrelevant what the readers understood the words complained of to mean for the purpose of deciding their ordinary and natural meaning. There is also no necessity for a plaintiff to prove falsity of the words complained of once they are found to be defamatory of him …". [16] Mahkamah juga merujuk kepada keputusan oleh Panel Hakim Mahkamah Rayuan di dalam kes CITY TEAM MEDIA SDN BHD & S/N gC3tczzTg0STrsZKqa6tXA ORS V. TAN SRI DATUK NADRAJA A/L RATNAM [2022] CLJU 134; [2022] 2 MLJ 608 juga telah menyatakan seperti berikut: [34] We disagree with the appellants' submission. It is trite that the test whether the words complained of in the publications were defamatory of the respondent, was whether such words were calculated to expose him to hatred, redicule or contempt in the mind of a reasonable man or would tend to lower him in the right thinking members of society generally, (see Tun Datuk Patinggi Haji Abdul-Rahman Ya' Kub v. Bre Sdn Bhd & Ors [1996] 1 MLJ 393 p 394D). [35] We find the learned trial judge had applied the correct test and had arrived at the correct conclusion in paras 32-34 of his judgment as follows: 32. Adakah penerbitan-penerbitan bersifat memfitnah iaitu telah merendahkan martabat dan kedudukan plaintif di dalam pemikiran orang yang waras dan munasabah atau sama ada penerbitan tersebut telah mendedahkan plaintif kepada kebencian dan penghinaan orang ramai terhadapnya, sama ada berdasarkan makna sebenar penerbitan tersebut atau berdasarkan makna sindiran.". S/N gC3tczzTg0STrsZKqa6tXA [17] Dalam HALSBURY'S LAW OF ENGLAND (4TH ED) pula memberi definasi sebagaimana berikut: "A defamatory statement is a statement which tends to lower a person in the estimation of rightthinking members of society generally or to cause him to be shunned or avoided or to expose him to hatred, contempt or ridicule, or to convey an imputation on him disparaging or injurious to his office, profession, calling, trade or business.". [18] Ujian yang perlu Mahkamah gunapakai adalah sebagaimana dinyatakan dalam kes RAUB AUSTRALIAN GOLD MINING SDN BHD v. HUE SHIEH LEE, FEDERAL COURT, PUTRAJAYA [2019] 3 CLJ 729 (1) The Court of Appeal relied on the three tests set out in Gatley on Libel and Slander 12th edn, namely (i) would the imputation tend to lower the claimant in the estimation of right-thinking members of society in general; (ii) would the imputation tend to cause others to shun or avoid the claimant; and (iii) would the words tend to expose the claimant to hatred, contempt or ridicule. The test is an objective test. In essence, it is a question of law that turns upon the construction of the words published. It is whether, under the circumstances in which the words were published, reasonable men S/N gC3tczzTg0STrsZKqa6tXA to whom the publication was made, would be likely to understand in a defamatory of libellous sense. The Court of Appeal correctly applied the established 'time-tested' test in determining the meaning of the impugned words in the first article and concluding that it could not see how those words had exposed the appellant to hatred, contempt or ridicule or lowered the appellant in the estimation of the society at large. (paras 44, 45 & 51) [45] The above test is an objective test. In essence, it is a question of law that turns upon the construction of the words published. It is whether, under the circumstances in which the words were published, reasonable men to whom the publication was made, would be likely to understand it in a defamatory or libellous sense. The same test was applied and adopted by the Court of Appeal in Allied Physics Sdn Bhd v. Ketua Audit Negara (Malaysia) & Anor and Other Appeals [2016] 7 CLJ 347. [46] It is an established principle of law that in determining whether the impugned words connate a defamatory meaning, the court must consider the particular circumstance and the context in which the impugned words were used and published (see: (i) Allied Physics (supra); (ii) Tony Pua Kim Wee v. Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd [2013] CLJU 1433; [2013] 1 LNS 1433 - a decision of the Court S/N gC3tczzTg0STrsZKqa6tXA of Appeal which was upheld by the Federal Court; and Gatley on Libel and Slander, 9th edn, para. 218 p. 40). [48] The Court of Appeal examined the first article, having "read and re-read those words" in a reasonable, objective and holistic manner and came to a conclusion that it could not see how those words had exposed the appellant to hatred, contempt or ridicule or lowered the appellant in the estimation of the society at large. [50] The words complained of must be defamatory to an ordinary reasonable person within today's society (ie, at the time the words were uttered). In applying the said test, the Court of Appeal had correctly considered the attitude of the society at the time of the publication of the first article particularly on the existence of activists group which was very much part of today's society that have contributed much to the general well-being of the society at large. The Court of Appeal had also considered that "we now live in a much more liberal society where the concept of transparency and accountability are very much part and parcel of our lives." The prevailing attitude of the society at the time of the publication of the article needs to be considered by the court, without the need for pleading or proof (see: Chen Cheng & Anor v. Central Christian Church and Other Appeals [1999] 1 SLR 94; Lennon v. Scottish Daily S/N gC3tczzTg0STrsZKqa6tXA Record and Sunday Mail Ltd [2004] EWHC 359 (QBD); and Lukoviak v. Unidad Editorial SA [2001] EMLR 46). [51] We at this stage of the appeal have perused the wordings of the first article as a whole as well as all the relevant records available before us. We find that the Court of Appeal had in a reasonable and objective manner correctly applied the established "time-tested" test in determining the meaning of the impugned words in the first article and concluded that it "cannot see how those words had exposed the appellant to hatred, contempt or ridicule or lowered the appellant in the estimation of the society at large". We find no reason to disagree with the findings of the Court of Appeal in this issue. [19] Apa yang Mahkamah dapat lihat adalah rentetan daripada kontroversi berhubung perjalanan Plaintif ke luar negara serta isu kuarantin telah menyebabkan banyak pihak tertanya-tanya dan perlu kepada pengesahan oleh tuanpunya diri sendiri iaitu Plaintif. Plaintif pula mengelak untuk menjernihkan keadaan dengan menjawab kepada persoalan yang timbul. [20] Jika dirujuk penerbitan Defendan, Mahkamah berpendapat bahawa ia adalah bersifat kepada satu soalan yang memerlukan penjelasan. Ia tidak merujuk kepada satu kenyataan dari pihak Defendan. Mahkamah juga membuat dapatan bahawa selain daripada fokus S/N gC3tczzTg0STrsZKqa6tXA utama iaitu orang ramai inginkan penjelasan mengenai isu kuarantin dan perlanggaran SOP, timbul juga kontroversi berhubung ke mana destinasi Plaintif sebenarnya pada ketika itu? [21] Jika dilihat fakta, penerbitan oleh Defendan adalah pada 1/9/2020. Isu berhubung gambar yang tular menunjukkan Plaintif keluar negara bersama isteri beliau keadaan kontroversi yang melibatkan Plaintif muncul pada 21/8/2020 apabila satu gambar Plaintif bersama isterinya dengan kincir angin di belakang mereka mula ditularkan di media sosial terutama sekali di Twitter dan Facebook yang menarik perhatian ramai termasuk alegasi bahawa Plaintif juga telah pergi bercuti ke England dan Belanda. Cetakan daripada Twitter menunjukkan bahawa gambar ini ditularkan oleh “Pak Arman Amin” dengan ayat “Tengah promosi sawit ni ha” yang mula tertular sejak 21-08-2020. [22] Pada 28-08-2020 Free Malaysia Today melapurkan Plaintif sebagai mengatakan bahawa dia tidak akan meletak jawatan sebagai seorang Menteri kerana tidak ada salah laku di pihaknya dan dia hanya melanggar SOP. Plaintif mengesahkan bahawa dia dan tiga orang ahli keluarganya telah dirakamkan kenyataan mereka oleh pihak polis mengenai isu tersebut. Dia mendakwa dia telah membuat lawatan separuh rasmi ke Turki untuk membincangkan S/N gC3tczzTg0STrsZKqa6tXA isu-isu mengenai ekspot minyak sawit ke Turkey dan juga mengenai projek yang melibatkan Terengganu. [23] Kenyataan ini disokong oleh kenyataan Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Azeez Abdul Rahim pada 24-08-2020 mengatakan di dalam Parlimen bahawa lawatan Plaintif ke Turki telah membawa pelaburan asing sebanyak RM82 bilion ke Malaysia yang dipertikaikan oleh YB Teresa Kok sebagai “mustahil”. [24] Pada hari berikutnya, Akhbar Rakyat, satu suratkhabar online, melapurkan YB Teresa Kok membuat kenyataan bahawa di dalam tahun 2019 keseluruhan nilai ekspot komoditi Malaysia barulah RM114.2 billion dan hanya RM59 billion datang dari minyak kelapa sawit jadi adalah mustahil untuk Plaintif membawa balik pelaburan sebanyak RM82 billion daripda lawatannya ke Turki sahaja terutama sekali semasa PKP. Dalam keadaan ini, YB Teresa Kok telah dipanggil memberi keterangan di Mahkamah. [25] Dalam masa yang sama, Plaintif tidak pernah menafikan bahawa lawatan beliau (samada ke Turki) dalam tempoh tersebut diiringi oleh isterinya dan/atau (Plaintif mengesahkan bahawa dia dan tiga orang ahli keluarganya). Gambar yang dimaksudkan dalam tindakan ini juga adalah gambar Plaintif dan isterinya di luar negara. S/N gC3tczzTg0STrsZKqa6tXA [26] Inilah rentetan peristiwa yang membawa kepada penerbitan oleh Defendan pada 1/9/2020. Persoalan-persoalan yang timbul secara umum telah diterbitkan oleh Defendan dalam bentuk soalan yang perlu kepada jawapan dan penjelasan tetapi tidak diendahkan oleh Plaintif. [27] Mahkamah tidak merasakan bahawa terbitan oleh Defendan tersebut yang didakwa oleh Plaintif sebagai “Artikel Fitnah Tersebut” menjurus dan boleh diertikan sebagai suatu fitnah terhadap Plaintif yang “…telah merendahkan martabat dan kedudukan plaintif di dalam pemikiran orang yang waras dan munasabah atau sama ada penerbitan tersebut telah mendedahkan plaintif kepada kebencian dan penghinaan orang ramai terhadapnya, sama ada berdasarkan makna sebenar penerbitan tersebut atau berdasarkan makna sindiran…". [28] Tambahan pula, ini adalah satu persoalan umum yang bukan sahaja ditanya oleh Defendan semata-mata. Ia cuma suatu persoalan yang perlu kepada jawapan dan jika ia dijawab oleh Plaintif, isu akan selesai dan persoalan akan terjawab. Isu yang timbul perlu diperjelaskan memandangkan wujud alegasi perlanggaran SOP yang serius, layanan tidak sama rata (double standard) terutama berhubung pemakaian pelitup muka dan arahan kuarantin diri, serta S/N gC3tczzTg0STrsZKqa6tXA sekatan perjalanan atas urusan kerja/peribadi sepanjang tempoh larangan/PKP. [29] Semasa memberi keterangan di Mahkamah, YB Teresa Kok (SD2) telah mengesahkan bahawa beliau telah mencabar Plaintif untuk memberikan penjelasan berkenaan gambar beliau bersama isterinya melancong ke luar negara yang sedang ditularkan, untuk mengesahkan sama ada beliau melakukan perjalanan ke Turki atau ke Belanda atau United Kingdom. [30] Adalah menjadi fakta yang tidak dipertikaikan dan disahkan oleh saksi Defendan sendiri bahawa pada hari yang sama “Artikel Fitnah Tersebut” diterbitkan oleh Defendan, apabila Defendan telah dimaklumkan bahawa gambar tersebut adalah gambar lama yang telah wujud di dalam internet sejak tahun 2017, Defendan telah membuat satu “reverse photograph search” untuk mengesahkannya dan telah pada pukul 4.22 petang pada hari yang sama menyiarkan satu lapuran lain dengan tajuk (terjemahan) “Khairuddin pergi ke Belanda dan bukan Turki? Ada orang yang sengaja menggunakan gambar lama untuk menggembar-gembur dengan menggunakan gambar lama” dan membuat penjelasan bahawa gambar yang menular di dalam media sosial adalah satu gambar lama Plaintif dan isterinya di Belanda. S/N gC3tczzTg0STrsZKqa6tXA [31] Mahkamah membuat dapatan hal ini menunjukkan bahawa penerbitan oleh Defendan tersebut bukan bertujuan untuk menjatuhkan reputasi, nama baik, merendahkan martabat dan kedudukan plaintif di dalam pemikiran orang yang waras dan munasabah atau sama ada penerbitan tersebut telah mendedahkan plaintif kepada kebencian dan penghinaan orang ramai terhadapnya, sama ada berdasarkan makna sebenar penerbitan tersebut atau berdasarkan makna sindiran.". [32] Adalah fakta yang tidak dipertikaikan juga bahawa hanya empat hari kemudian iaitu pada 04-09-2020 barulah Plaintif mengeluarkan kenyataan bahawa gambar berkenaan adalah satu gambar lamanya di Belanda dalam tahun 2016 dan di dalam lawatan ke Turki baru-baru ini dia tidak pergi ke Belanda. [33] Penjelasan Plaintif ini telah menutup isu tersebut. Tiada lagi timbul isu lanjutan dari mana-mana pihak selepas kenyataan Plaintif ini. Ini menunjukkan bahawa persoalan yang ditimbulkan hanya memerlukan kepada penjelasan sahaja. Tidak lebih dari itu. Defendan juga telah melaporkan apa yang telah diperjelaskan oleh Plaintif dalam akhbar mereka. Isu ini telah dikira selesai dengan penjelasan tersebut. S/N gC3tczzTg0STrsZKqa6tXA [34] Dalam menentukan elemen pertama yang digariskan dalam pembuktian kes-kes sebegini, Mahkamah telah berpandukan kepada ujian yang dinyatakan dalam kes-kes terdahalu antaranya sebagaimana dinyatakan dalam kes RAUB AUSTRALIAN GOLD MINING SDN BHD di atas sebagaimana berikut: [38] The test involved in determining whether or not the words complained of are defamatory is a two-stage process. Firstly, it must be considered what meaning the words would convey to an ordinary person; and secondly, it must be considered whether under the circumstances in which the words were published, a reasonable man would be likely to understand that in a defamatory way (see: Wong Yoke Kong & Ors v. Azmi M Anshar & Ors [2003] 6 CLJ 559). [35] Fakta yang berkaitan adalah tidak dicabar dan tidak dipertikaikan oleh Plaintif. Tindak tanduk Plaintif dan juga tindakan yang telah diambil terhadap Plaintif juga tidak dinafikan telah menimbulkan banyak persoalan dan perdebatan umum bahkan Plaintif juga tidak menafikan beliau mengelak untuk memberi apa-apa komen atas isu berbangkit. [36] Mahkamah percaya “Artikel Fitnah Tersebut” tidak membawa maksud kepada suatu kenyataan fitnah terhadap Plaintif di mata orang awam/biasa (to an ordinary person) dan ia juga tidak bagi S/N gC3tczzTg0STrsZKqa6tXA orang kebiasaan membawa maksud dan difahami sebagai suatu kenyataan fitnah (a reasonable man would be likely to understand that in a defamatory way). [37] Mahkamah bersetuju bahawa tindakan Defendan untuk menyiarkan lapuran tersebut yang mengandungi gambar berkenaan juga adalah kerana kegagalan Plaintif untuk membuat apa-apa kenyataan atau penjelasan mengenai tularan di media sosial mengenai gambar tersebut atau menafikan alegasi bahawa dia dan isterinya juga pergi bercuti ke Belanda dan United Kingdom yang sudah menular di media sosial selama 10 hari, sebelum YB Teresa Kok mengeluarkan kenyataan akhbarnya. (ii) Perkataan-perkataan fitnah tersebut telah disebarkan dan/atau diterbitkan kepada pihak ketiga (publication); [38] Dalam menentukan isu ini, Mahkamah merujuk undang-undang berkenaan cara-cara "penerbitan" boleh berlaku di dalam sesuatu kes fitnah sebagaimana diperjelaskan di dalam kes S PAKIANATHAN V. JENNI IBRAHIM & ANOTHER CASE [1988] 1 CLJ 771; [1988] 1 CLJ (REP) 233 SC, menyatakan seperti berikut: “In order to constitute publication, the defamatory matter must be published to a third party, and not simply to the plaintiff. By publication is meant the making known of the defamatory matter, S/N gC3tczzTg0STrsZKqa6tXA after it has been written, to some person other than the person of whom it is written. The uttering of a libel to the party libelled is no publication for the purposes of a civil action: Wennhak v. Morgan [1880] 20 QBD at p. 637. [39] Dalam kes RAUB AUSTRALIA GOLD MINING SDN BHD (supra) juga telah membuat penjelasan yang sama mengenai cara-cara "penerbitan" berlaku iaitu: [36] The final element that the plaintiff must prove is that the words of which he complains have been published to any third party by the defendant. As stated by Lord Esher MR in the case of Hebditch v. Macilwaine [1894] 2 QB 54 (at p 58): [40] Dalam tindakan ini, Defendan tidak menafikan penerbitan “Artikel Fitnah Tersebut” yang didakwa oleh Plaintif. Oleh itu, Mahkamah tidak perlu lagi membuat dapatan berhubung elemen ini. (Iii) Perkataan-Perkataan Yang Diadukan Adalah Merujuk Kepada Plaintif. [41] Mahkamah merujuk kepada kes UMMI HAFILDA ALI V. KETUA SETIAUSAHA PARTI ISLAM SE MALAYSIA (PAS) & ORS [2006] 3 CLJ 252 di mana Mahkamah Tinggi di muka surat 262, perenggan 28 D telah memutuskan bahawa:- S/N gC3tczzTg0STrsZKqa6tXA “It is essential that the words complained of must refer to the plaintiff and not some other person, real or imaginary”. [42] Dalam kes KUMARASAMY NACIAPPAN v. THE NEW STRAITS TIMES PRESS (M) BERHAD [2012] CLJU 997, Vernon Ong HMT (pada masa itu) menyebut - “Where the plaintiff is not named, the court will consider whether the words would reasonable lead people acquainted with the plaintiff to the conclusion that he was the person referred to (Knupffer v. London Express Newspaper Limited [1944] AC 116).” [43] Dalam tindakan ini, Defendan juga tidak menafikan elemen ini. “Artikel Fitnah Tersebut” juga jelas merujuk kepada Plaintif dengan gambar Plaintif bersama isteri Plaintif. Oleh itu, Mahkamah juga tidak perlu membuat dapatan bagi elemen ini. [44] Walaupun elemen kedua dan ketiga telah dibuktikan oleh Plaintif, elemen pertama adalah elemen asas yang perlu Plaintif buktikan. Dalam dapatan Mahkamah sebagaimana di atas, Mahkamah telah memutuskan bahawa Plaintif gagal membuktikan bahawa penerbitan Gambar & Artikel Fitnah tersebut yang menggunakan dan/atau diiringi dengan gambar daripada koleksi peribadi Plaintif (“Gambar Peribadi Plaintif tersebut”), Defendan telah dengan sengaja, secara salah dan/atau tanpa usul periksa, menimbulkan S/N gC3tczzTg0STrsZKqa6tXA perkara pada minda orang yang munasabah, secara harfiah dan semantik, memberi inferens, tanggapan dan/atau kesimpulan yang negatif dan/atau dengan sengaja berniat jahat untuk menjejaskan reputasi Plaintif sebagaimana diplidkan oleh Plaintif khususnya diperenggan 7 Penyataan Tuntutan Plaintif. PEMBELAAN DEFENDAN [45] Adalah menjadi satu asas dalam tuntutan bersifat sebegini sekiranya Plaintif gagal dalam membuktikan mana-mana daripada 3 elemen tersebut, maka tindakan ini seharusnya gagal pada tahap ini. [46] Walaupun begitu, secara alternative (jika Mahkamah Atasan memutuskan bahawa Plaintif telah berjaya membuktikan ketiga-tiga elemen ini), Mahkamah harus akan menilai kepada elemen seterusnya yang mana beban kemudiannya akan beralih ke pihak Defendan untuk mengunapakai pembelaan-pembelaan antara lain seperti perlindungan bersyarat undang-undang lazim (an occasion of common law qualified privilege), ulasan saksama (fair comment) dan justifikasi (justification). [47] Dalam tindakan ini, Defendan memplidkan pembelaan di bawah Seksyen 8 Akta Fitnah 1957, Lucas-Box v Associated Newsapers Group Pic & Ors [1986]1 All ER 177, penyiaran lapuran tersebut S/N gC3tczzTg0STrsZKqa6tXA adalah satu pelapuran (“reportage”) yang neutral mengenai satu perkara kepentingan umum, diterbitkan di bawah satu keadaan perlindungan bersyarat (qualified privilege) tanpa niat jahat (without malice) dan juga di dalam tanggungjawab moral dan sosial Defendan sebagai penerbit suratkhabar harian, Seksyen 12 Akta Fitnah 1957 dan komen berpatutan atas satu perkara kepentingan umum. [48] Mahkamah merujuk kepada pembelaan yang dinyatakan oleh Defendan sebagaimana berikut: Seskyen 8 Akta Fitnah 1957 8 Justification In an action for libel or slander in respect of words containing two or more distinct charges against the plaintiff, a defence of justification shall not fail by reason only that the truth of every charge is not proved if the words not proved to be true do not materially injure the plaintiff's reputation having regard to the truth of the remaining charges. Seksyen 12 Akta Fitnah 1957 12 Qualified privilege of newspapers S/N gC3tczzTg0STrsZKqa6tXA (1) Subject to the provisions of this section, the publication in a newspaper of any such report or other matter as is mentioned in Part I of the Schedule to this Act shall be privileged unless the publication is proved to be made with malice. (2) In an action for libel in respect of the publication of any such report or matter as is mentioned in Part II of the Schedule to this Act, the provisions of this section shall not be a defence if it is proved that the defendant has been requested by the plaintiff to publish in the newspaper in which the original publication was made a reasonable letter or statement by way of explanation or contradiction, and has refused or neglected to do so, or has done so in a manner not adequate or not reasonable having regard to all the circumstances. (3) Nothing in this section shall be construed as protecting the publication of any blasphemous, seditious or indecent matter or of any matter the publication of which is prohibited by law, or of any matter which is not of public concern and the publication of which is not for the public benefit. (4) Nothing in this section shall be construed as limiting or abridging any privilege subsisting (otherwise than by virtue of the Libel Enactment of the Federated Malay States [F.M.S. Cap. 70] and the S/N gC3tczzTg0STrsZKqa6tXA Libel Ordinance of the Straits Settlements [S.S. Cap. 56] repealed by this Act) immediately before the commencement of this Act. Lucas-Box v Associated Newsapers Group Pic & Ors [1986]1 All ER 177. UK propounded the Lucas-Box Justification defence for defamation by proving the respondent's own reasonable meaning to the impugned words or publication: (a) If a plaintiff, in its defamation pleadings, ascribes a natural and ordinary meaning to the impugned words, the defendant may then rely on stating in his defence what he alleged was the natural and ordinary meaning of the words complained of and (b) A defendant in defamation proceedings who wishes to rely on a plea of justification must make the case he is seeking to set up clear and explicit in the particulars of justification and must accordingly state clearly and explicitly the meaning he seeks to justify. [49] Mahkamah membuat dapatan bahawa pihak Defendan telah memplidkan pembelaan-pembelaan yang terpakai bagi pihak mereka dengan jelas dan terang. Defendan bergantung kepada pembelaan-pembelaan tersebut yang mana ia adalah sebahagian S/N gC3tczzTg0STrsZKqa6tXA daripada pembelaan statutory dan prinsip asa yang perlu dipatuhi dalam membela tindakan sebegini. [50] Ini adalah selari dengan keputusan dalam kes Mahkamah Persekutuan melalui kes SYARIKAT BEKALAN AIR SELANGOR SDN BHD v. TONY PUA KIAM WEE [2015] 8 CLJ 477; [2015] 6 MLJ 187, FC, yang mana Mahkamah Persekutuan memutuskan "The Federal Court considered the application of the common law defences in defamation in Malaysia vis-à-vis "Reynolds Privilege" and "Lucas-Box Justification". The Federal Court opined that the public interest element in the defence should not be equated with only journalists or media outlets. It should apply to anyone who publishes or discloses material of public interest in any medium that meets and satisfies the test of responsible journalism. To rely on the Lucas-Box Justification, it cannot be merely argued on submissions, but the Lucas-Box must be appropriately pleaded in the statement of defence. In this case, even though Tony Pua failed the Reynolds Privilege defence, The Federal Court found he succeeded in pleading and proving the Lucas-Box Justification pleaded in his statement of defence. The Federal Court agreed with the Court of Appeal's finding that the impugned words could bear the reasonable meaning ascribed by the S/N gC3tczzTg0STrsZKqa6tXA respondent. Therefore, the Federal Court agreed with the judgment of the Court of Appeal that the respondent had succeeded in the defence of justification. The Court of Appeal held that a defendant seeking to rely on the defence of justification must make clear the particulars of the case he is seeking to set up and accordingly state clearly and explicitly the meaning that he seeks to justify. [51] Mahkamah membuat dapatan bahawa Defendan telah memplidkan secara nyata pembelaan mereka terutama di perenggan 9, 16, 17 dan 19 Penyataan Pembelaan Defendan. [52] Bagi pembelaan justifikasi, Defendan perlu membuktikan bahawa “Artikel Fitnah Tersebut” (serta gambar tersebut) diterbitkan berdasarkan fakta-fakta yang benar atau sebahagian besarnya adalah benar. [53] Mahkamah merujuk kepada kes RAJA SYAHRIR ABU BAKAR & ANOR V. MANJEET SINGH DHILLON & OTHER APPEAL [2019] 4 CLJ 301, di muka surat 324 perenggan 54 di mana Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa: “[54] First, the defence of justification, a complete defence if the defendants can establish that the defamatory words are true in substance and in fact. Such defence however, has to be S/N gC3tczzTg0STrsZKqa6tXA specifically pleaded with full and clear particulars of the facts and matters relied on.” [54] Dalam kes ARUL CHANDRAN V CHEW CHIN AIK VICTOR JP [2001] 1 SLR 505, di muka surat 95 perenggan 28 di mana Mahkamah Rayuan telah memutuskan seperti berikut:- “[28] One of the main defences relied upon by Mr Chew was justification. The law of defamation presumes that defamatory words are false and the plaintiff need do no more than prove that the defamatory words have been published by the defendant. The burden is then on the defendant, if he wishes to rely on the defence of justification to prove that those words are true.) See Gatley on Libel and Slander (9th Ed), at p 235.)”. [55] Mahkamah membuat dapatan bahawa lapuran tersebut tidak bersifat fitnah apabila dibaca secara keseluruhan dan di dalam konteks kontroversi yang melibatkan Plaintif dan kegagalannya untuk mematuhi kuarantin wajib setelah lawatan ke luar negara. [56] Mahkamah juga bersetuju bahawa lapuran tersebut boleh difahamkan sebagai membawa maksud seperti yang diplidkan oleh Defendan dan mempunyai fakta yang benar sebagaimana diplidkan oleh Defendan seperti di bawah (yang mana Mahkamah membuat S/N gC3tczzTg0STrsZKqa6tXA dapatan bahawa Defendan telah berjaya dalam pembelaan Lucas Box justification): (a) Gambar berkenaan sememangnya tersebar di dalam media sosial dengan persoalan sama ada Plaintif telah pergi ke Turki ataupun telah pergi ke Belanda melalui England. (b) YB Teresa Kok memang membuat kenyataan meminta Plaintif untuk memberikan maklum balas kepada gambar tersebut yang tersebar di media sosial menunjukkan Plaintif bercuti di luar negara. (c) Haji Hashim Jasin memang memanggil Plaintif seorang wira walaupun dia melanggar kuarantin kerana telah membawa balik pelaburan asing dari Turki dan menyamakan Plaintif dengan burung hud-hud di dalam al-Koran semasa zaman Nabi Sulaiman yang melanggar undang-undang tetapi membawa manfaat. (d) YB Teresa Kok telah mengkritik Haji Hasim Jasin kerana membela Plaintif secara buta tuli yang amat merbahaya kerana ini akan menggalakkan orang ramai untuk mencontohi Plaintif dan melanggar undang-undang kuarantin. (e) YB Teresa Kok juga mengatakan bahawa kritikan Hashim Jasin terhadap Kementerian Kesihatan dan Kementerian Luar Negeri adalah percubaan untuk menolak tanggungjawab kepada S/N gC3tczzTg0STrsZKqa6tXA orang lain yang tidak berkenaan walaupun pada hakikatnya semua orang tahu adalah wajib untuk kuarantin 14 hari selepas pulang dari luar negara kerana ini adalah keputusan Kabinet dan adalah mustahil untuk Plaintif sebagai seorang menteri untuk tidak mengetahui keperluan ini. [57] Mahkamah percaya dan bersetuju bahawa “Artikel Fitnah Tersebut” adalah disebabkan Gambar berkenaan yang menunjukkan Plaintif dan isterinya sedang bercuti di luar negera dengan laterbelakang kincir angin telah menular di media sosial dengan persoalan sama ada Plaintif telah pergi ke Belanda di dalam lawatan terkininya ke luar negara. YB Teresa Kok telah bertanya sama ada Plaintif sedang bercuti di Turki, Belanda atau United Kingdom. Defendan hanya melaporkan berdasarkan 2 fakta tersebut yang sedang kecoh diperkatakan. [58] Tindaktanduk Plaintif sendiri yang berdiamdiri telah membuatkan isu ini menjadi lebih kontroversi. Walaupun dinyatakan gambar Plaintif berada di luar negara terdedah, tidak ada alegasi fakta yang dibuat bahawa Plaintif sebenarnya telah pergi melancong ke Belanda seperti didakwa oleh Plaintif. [59] Mahkamah bersetuju bahawa artikel yang ditulis oleh Defendan merujuk kepada fakta yang benar. Mahkamah juga bersetuju S/N gC3tczzTg0STrsZKqa6tXA dengan hujahan pihak Defendan apabila tulisan “Gambar Khairuddin berada di luar negara terdedah! Teresa Kok: Sebenarnya pergi melancong ke tempat mana?” merujuk kepada apabila di baca dengan kapsyen di bawah gambar berkenaan jelas difahami sebagai terdapat tularan dalam media sosial gambar Plaintif dengan isterinya yang dikatakan melancong ke luar negara tanpa menyatakan ke negara mana. [60] Lapuran tersebut adalah jelas bahawa YB Teresa Kok hanya meminta Plaintif untuk memberikan respons atau penjelasan terhadap dakwaan yang menular di media sosial bahawa Plaintif telah pergi melancong ke sama ada Turki, Belanda atau United Kingdom. [61] Mahkamah merujuk kepada kes DATO SERI NIZAR JAMALUDDIN V. SISTEM TELEVISYEN MALAYSIA BHD & ANOR [2014] 3 CLJ 560, di mana Mahkamah Rayuan memutuskan - [19] Under the law, both at common law as well as under our statutory regime, justification provides a complete defence to the defendant in a defamation suit. Under the Defamation Act 1957, such defence resides under s. 8 therein. Learned Justice Zainun Ali JCA (as she then was) had occasion to interpret the said s. 8 and this is what she had said: S/N gC3tczzTg0STrsZKqa6tXA "In other words, purposive approach is taken in interpreting s. 8 - when for a defence of justification to be upheld, it is not necessary to prove the truth of every word in the statement said to be defamatory. What is relevant is actually the truth of the imputation of the overall statement." (See the case of Chong Swee Huat & Anor v. Lim Shian Ghee T/A L&G Consultants & Education Services [2009] 4 CLJ 113; [2009] 1 MLRA 392; [2009] 3 MLJ 665;)". [62] Bagi pembelaan perlindungan bersyarat pula (qualified privilege), ia adalah merujuk kepada semua kenyataan mengenai perkara kepentingan awam selagi kewartawanan bertanggungjawab (responsible journalism). [63] Hal ini telah dijelaskan dengan terpeinci dalam kes DR SYED AZMAN SYED AHMAD NAWAWI & ORS v. DATO' SERI HJ AHMAD SAID, COURT OF APPEAL, PUTRAJAYA [2015] 7 CLJ 180 yang mana diputuskan seperti berikut: [49] This variation of the 'classical' defence of qualified privilege traced its development and recognition to the decision of the House of Lords in Reynolds v. Times Newspapers Ltd [2001] 2 AC 127 which derived its basis, as it would appear, from the duty owed by the press to the public at large to report and inform on matters of S/N gC3tczzTg0STrsZKqa6tXA public concern or importance. Gatley on Libel and Slander (11th edn) at para. 14.2 has the following comment on this Reynolds privilege: The Reynolds category is not confined to publication through the 'media', though in practice that will be the context of almost all the cases. The very existence of the privilege in this type of case, however, is a matter which involves a closer scrutiny of the facts of the particular case. It involves questions like the extent to which the defendant took steps to verify the information he imparted, the urgency of the matter, the extent of the public's right to know' about it and whether the defendant has sought any explanation or comment from the person about whom the statement is made. [50] Lord Nichols in this Reynolds ' case had set out a non-exhaustive 10-point list of circumstances to be considered in respect of this privilege in 'media' cases. The underlying basis of the Reynolds type of privilege has been often described as 'responsible journalism'. This principle was applied in the later House of Lords decision in Jameel Mohamed v. Wall Street Journal Europe SPRL [2006] UKHL 44;[2007] 1 AC 359, although it was opined there that the question of 'responsible journalism' should be approached in a more practical manner. In Bonnick v. Morris[2003] 1 AC 300, Lord Nicholls in the Privy Council stated that the Reynolds privilege was S/N gC3tczzTg0STrsZKqa6tXA to provide a proper degree of protection for responsible journalism when reporting matters of public concern; responsible journalism was the point at which a fair balance is held between freedom of expression on matters of public concern and the reputation of individuals and for the benefit of this privilege journalists must exercise due professional skill and care. [51] The controversy has however lingered on whether the Reynolds privilege was a new substantive defence or merely a specie of defence under the conventional defence of qualified privilege. In Grant v. Torstar Corp [2009] 3 SCR 640, the Supreme Court of Canada termed it a new defence of 'responsible communication' (Reynolds' factors for analysis) and went on to observe that it produced an uneasy fit with the traditional qualified privilege defence. Lord Phillips MR (as he then was) in Loutchansky v. Times Newspapers Ltd [2001] EWCA Civ 1805; [2002] 1 All ER 652 commented that Reynolds privilege was "a different jurisprudential creature"; it is not the occasion which is protected but the material itself. Lord Hoffman and Baroness Hale in Jameel (supra) took the position that 'responsible journalism' could not be assimilated to traditional qualified privilege. S/N gC3tczzTg0STrsZKqa6tXA [52] The argument has been that 'responsible' or 'reasonable' journalism, whether as a new defence or otherwise, obviates any further enquiry into the issue whether the impugned statements were tainted with actual or express 'malice' when made. It is pertinent to note here that in the United Kingdom, by s. 4 of the recently introduced Defamation Act 2013, the so called Reynolds common law defence has been abolished and replaced by a new 'public interest' defence (the explanatory notes to the bill states that it was nevertheless to reflect the principles established in the Reynolds case and subsequent case law). This statutory defence requires the publisher to show that he or she 'reasonably believed that publishing the statements complained of was in the public interest' (a shift, as it would appear, from tests of responsible journalism to reasonableness of belief). [53] The above discussion was to place in perspective the Reynolds privilege. The developments surrounding that area of law show that the 'Reynolds privilege' as a defence was always treated and recognised as a separate and distinct defence in contrast to the conventional common law defence of qualified privilege. [64] Mahkamah percaya dalam tindakan ini Defendan hanya menjalankan tugas professional mereka dalam bidang penyiaran. S/N gC3tczzTg0STrsZKqa6tXA Defendan hanya melaporkan apa yang berlaku secara betul tanpa menokok tambah kepada fakta yang ada. Selebihnya, penerbitan Defendan tersebut hanyalah bersifat “persoalan” dan bukan “kenyataan”. Defendan sedang mendapatkan penjelasan dan jawapan kepada persoalan yang menjadi isu dan kontroversi umum. NIAT JAHAT (MALICE) [65] Apabila Defendan telah berjaya membuktikan pembelaannya, beban bukti kemudiannya beralih kembali kepada Plaintif untuk menunjukkan bahawa wujudnya niat jahat (malice) bagi menggagalkan pembelaan-pembelaan yang diguna pakai oleh Defendan seperti perlindungan bersyarat undang-undang lazim (an occasion of common law qualified privilege) dan ulasan saksama (fair comment). [66] Mahkamah merujuk kepada kes SUN MEDIA CORPORATION SDN BHD V. THE NIELSEN COMPANY (MALAYSIA) SDN BHD [2020] 7 CLJ 751, DI MUKA SURAT 760 PERENGGAN 28, yang mana Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa: “[28] In order to defeat the defence of qualified privilege, the plaintiff must establish malice on the part of the defendant. The plaintiff has failed to discharge the burden of proving malice on the part defendant.” S/N gC3tczzTg0STrsZKqa6tXA [67] Begitu juga dalam kes FITTERS DIVERSIFIED BHD & ORS v. MOHD ROSLAN MAHAYUDIN & ORS, COURT OF APPEAL, PUTRAJAYA [2024] 3 MLJ 937 yang mana diputuskan: (4) The appellants failed to (i) discharge the burden that the statements were false; and (ii) show that the impugned statements were false or that the respondents had maliciously made such statements against the appellants, considering the facts and circumstances of the case, especially given the reason for the first and third respondents to have made the press conference as authorities responsible for the subject matter of counterfeit consumer goods. It certainly could not be said that the respondents had recklessly made the impugned statements and there was no evidence to even suggest that they did not believe in the truth of the statements. As the claim for malicious falsehood was not made out, it was, as such, correctly dismissed by the High Court. (paras 127- 129). [68] Sebaliknya, Mahkamah dapat melihat niat baik Defendan (bona fide) dan juga sikap professional dari segi kewartawanan (professional journalism) apabila dengan serta merta pada hari yang sama menurunkan gambar tersebut apabila diberitahu ia adalah gambar lama. S/N gC3tczzTg0STrsZKqa6tXA [69] Mahkamah membuat dapatan bahawa dalam hal ini, Plaintif telah gagal mencabar saksi-saksi Defendan berhubung niat jahat ini. [70] Dalam pada itu, Mahkamah merujuk kepada kes di bawah yang menggariskan pentingnya sikap professional kewartawanan dalam menerbikan apa-apa penerbitan atau apa-apa kenyataan. Rujuk kes KOMARKCORP BERHAD v. THE EDGE COMMUNICATION SDN BHD [2024] CLJU 1140: [11] Therefore, based on the above authorities, the plaintiff has to prove the following: (a) the statement was defamatory. (b) it referred to him and (c) it was published, communicated to a third party Once proven, the burden then shifted to the defendants to prove any of the defences: (a) justification or, in other words, the truth of the utterance. (b) fair comment on a matter of public interest or (c) that it was made on a privileged occasion. [12] Justification: S/N gC3tczzTg0STrsZKqa6tXA 12.1 Section 8 of the Defamation Act 1957: "In an action for libel or slander in respect of words containing two or more distinct charges against the plaintiff, a defence of justification shall not fail by reason only that the truth of every charge is not proved if the words not proved to be true do not materially injure the plaintiff's reputation regarding the truth of the remaining charge." … Lord Nicholls, sets the factors to consider in responsible journalism: (i) The seriousness of the allegation: The more serious the charge, the more misinformed the public is, and the individual is harmed if it is false. (ii) The nature of the information and the extent to which the subject matter is a matter of public concern. (iii) The source of information. (iv) The steps taken to verify the information. (v) The urgency of the matter. vi) Whether the comment was sought from the appellant. S/N gC3tczzTg0STrsZKqa6tXA (vii) Whether the article contained the gist of the appellant's side of the story. (viii) The tone of the impugned article, and (ix) The circumstances of the publication, including the timing. [71] Mahkamah membuat dapatan bahawa Defendan telah memenuhi dan mengambilkira kesemua yang dinyatakan dalam kes tersebut. [72] Tambahan pula, ada keterangan Plaintif sendiri (SP3) yang bersetuju bahawa Defendan bertanggungjawab dalam melaporkan berita dan tidak boleh menokok-nambah fakta apatah lagi fakta yang tidak benar. Pemeriksaan Balas SP3. YVL: Setuju, ya? Dan oleh kerana Dato' tidak menjawab ataupun mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai alegasi bahawa Dato' juga pergi ke Belanda ataupun United Kingdom, maka, adalah satu kepentingan ataupun prihatin umum sama ada benarkah alegasi tersebut di dalam minda orang ramai. Setuju atau tidak? KAR: Setuju untuk melaporkan. Bukan dengan tokok tambah. YVL: Ya. Jadi, apabila YB Teresa Kok sebagai seorang ahli Parlimen dan mantan Menteri untuk Kementerian yang sama yang S/N gC3tczzTg0STrsZKqa6tXA Dato' pegang pada ketika itu, apabila beliau keluarkan kenyataan akhbar ini, adalah obligasi Defendan sebagai sebuah penerbit akhbar untuk memaklumkan kepada pembacanya bahawa YB Teresa Kok sudah mengeluarkan kenyataan akhbar dan melaporkannya secara tepat. Setuju atau tidak? KAR: Laporan – YVL: Dia ada obligasi. Soalan dia ada obligasi untuk melaporkan perkara itu. KAR: Ya. Ada obligasi, ya. YVL: Ya. Dan saya katakan kepada Dato' bahawa oleh kerana isu yang melibatkan tindak tanduk Dato' sebagai seorang Menteri adalah satu kepentingan umum, maka Defendan mempunyai obligasi untuk membuat laporan seperti di dalam laporan Sin Chew yang awak pertikaikan itu? KAR: Berhak membuat laporan tanpa tokok tambah. YVL Bukan berhak. Mempunyai obligasi. “ KAR: Untuk membuat laporan. [73] Secara bandingan pula, Mahkamah menganalisa bahawa contoh pandangan orang awam (an ordinary person/ reasonable man) S/N gC3tczzTg0STrsZKqa6tXA boleh dilihat dengan nyata daripada keterangan SP1 iaitu penterjemah kepada penerbitan tersebut di Mahkamah yang mana SP1 telah bersetuju semasa pemeriksaan balas yang mana di dalam lapuran tersebut tidak ada alegasi fakta terhadap Plaintif tetapi hanya persoalan yang ditanya kepada Plaintif. Umum hanya melihat ia sebagai satu persoalan yang memerlukan jawapan/penjelasan. Pemeriksaan Balas SP1. YVL: Cik Yeow, setuju atau tidak, sila lihat tajuk berita di atas, setuju atau tidak bahawa maksud semula jadi dan biasa tajuk ini ialah, “Gambar Khairuddin berada di luar negara terdedah! Teresa Kok: Sebenarnya pergi melancong ke mana?” Jadi, soalan saya, setuju atau tidak, tidak ada apa-apa alegasi ke negara mana En Khairuddin pergi melancong? Setuju atau tidak? YCY Ya. Saya setuju. ….. YVL: Page 31. Yes, this is the same document, Ms Yeow. Daripada terjemahan Cik Yeow sendiri, ya, perenggan pertama, “Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok mencabar Menteri Perusahaan Mohammad Khairuddin untuk memberi respon berkenaan di laman sosial media menyebarkan gambar beliau pergi melancong ke luar negara.” Jadi, S/N gC3tczzTg0STrsZKqa6tXA soalan saya, daripada ayat ini, setuju atau tidak YB Teresa Kok tidak membuat sebarang dakwaan tetapi hanya mencabar YB Khairuddin untuk memberikan respon mengenai apa yang dikatakan di sosial media yang menyebarkan gambar beliau? Setuju atau tidak? YCY: Ya. Saya setuju. YVL: Dan sekarang kamu lihat ayat yang seterusnya, perenggan ke- 2, “Sebenarnya dia (Khairuddin) pergi melancong ke negara Turki, Netherlands atau United Kingdom?” Setuju atau tidak bahawa YB Teresa Kok hanya membuat satu pertanyaan? Setuju atau tidak? YCY: Setuju. YVL: Dan tidak membuat sebarang dakwaan. Tidak ada alegasi apa. Setuju atau tidak? YCY: Setuju. [74] Plaintif telah mengakui bahawa perkara di dalam lapuran tersebut adalah satu kepentingan umum tetapi mendakwa bahawa Defendan telah membuat tokok tambah kepada kenyataan akhbar YB Teresa Kok kerana menambah gambar berkenaan dan juga memberikan tajuk yang berlainan daripada tajuk kenyataan akhbar tersebut. [75] YB Teresa Kok telah menjelaskan hal ini dalam keterangan beliau di Mahkamah ini. YB Teresa Kok menegaskan bahawa adalah hak S/N gC3tczzTg0STrsZKqa6tXA Defendan sebagai sebuah suratkhabar untuk menetapkan tajuk berita yang disiarkan. Beliau juga mengesahkan bahawa gambar yang dsiarkan adalah sememangnya gambar yang beliau rujuk di dalam kenyataan akhbarnya. Tiada tokok tambah dalam hal ini oleh Defendan. [76] Mahkamah memetik semula keterangan YB Teresa Kok sebagaimana di bawah: YVL: Do you agree that Sin Chew did not make any mistake when they published this photograph because this is the photograph that you are referring to in your press statement? TKS: Yes. YVL: Correct? TKS: Correct. YVL: Yes. And secondly, YB, you look at these contents of this article as translated by the Plaintiff’s translator even, the contents of your article compared to the contents of this article. Do you agree that this, the Defendant have reported the contents of your press statement correctly and accurately? TKS: Agree. S/N gC3tczzTg0STrsZKqa6tXA YVL: Agree. And thirdly, YB, in your press statement, did you make any allegations of fact against the Plaintiff that he has gone to UK, Holland or Turkey or were you asking questions? TKS: I’m asking a question. YVL: And Sin Chew reported this correctly? TKS: Correct. PEMBELAAN PELAPURAN (REPORTAGE) [77] Defendan juga bergantung kepada pembelaan pelapuran (reportage). Mahkamah merujuk kepada otoriti dari Mahkamah Persekutuan dalam kes MKINI DOTCOM SDN BHD & ORS V. RAUB AUSTRALIAN GOLD MINING SDN BHD [2021] 7 CLJ yang diputuskan sebagaimana berikut: [39] As the defence of reportage is separate and distinct from the Reynolds defence of responsible journalism and that the two defences are mutually exclusive, it bears repetition that it should have been rejected by the High Court as it was only raised by the appellants in their closing submissions. Only the pleaded Reynolds defence of responsible journalism should have been considered by the High Court. S/N gC3tczzTg0STrsZKqa6tXA [40] This is not to say that the appellants could not avail themselves of the defence of reportage. They could, but they must plead it: see also Lord McAlpine v. Bercow [2013] EWHC 1342 (QB); [2013] All ER (D) 301 (May) where Tugendhat J said: [89] If the Defendant wished to avail herself of a public interest defence, such as Reynolds privilege or reportage, she would have had to plead it. She has not done so. [41] No authority was cited by the appellants to support their contention that the defence of reportage is covered by the Reynolds defence of responsible journalism and therefore need not be pleaded. What is clear from the authorities cited by the appellants is that reportage is a special kind of responsible journalism but with ‘distinctive features’ of its own: see for example Al-Fagih v. HH Saudi Research & Marketing (UK) Ltd [2001] EWCA Civ 1634; [2002] EMLR 215. In Gable, Ward LJ said that “If the case for a generic qualified privilege for political speech had to be rejected, so too the case for a generic qualified privilege for reportage must be dismissed.” [42] As for the reason why, in a true case of reportage, there is no need for the journalist to take steps to ensure the accuracy of the published information, which is a requirement of the Reynolds S/N gC3tczzTg0STrsZKqa6tXA defence of responsible journalism, the following observations by Ward LJ in Gable are relevant and bear reproducing…” [78] Dalam kes ROBERTS AND ANOTHER V GABLE AND OTHERS [2008]2 WLR 129 yang mana diputuskan seperti berikut: “… This protection will be lost if the journalist adopts the report and makes it his own or if he fails to report the story in a fair, disinterested and neutral way. Once that protection is lost, he must then show, if he can, that it was a piece of responsible journalism even though he did not check accuracy of his report. 61. The proper approach to the reportage defence Thus it seems to me that the following matters must be taken into account when considering whether there is a defence on the ground of reportage: (1) The information must be in the public interest. (2) Since the public cannot have an interest in receiving misinformation which is destructive of the democratic society (see Lord Hobhouse of Woodborough in the Reynolds case, at p 238), the publisher will not normally be protected unless he has taken reasonable steps to verify the truth and accuracy of what is published: see, also in the Reynolds case, Lord Nicholls's factor 4, S/N gC3tczzTg0STrsZKqa6tXA at p 205 B, and Lord Cooke, at p 225, and in the Jameel case [2007] 1 AC 359, Lord Bingham of Cornhill, at para 12 and Baroness Hale, at para 149. This is where reportage parts company with the Reynolds case [2001] 2 AC 127. In a true case of reportage there is no need to take steps to ensure the accuracy of the published information. (3) The question which perplexed me is why that important factor can be disregarded. The answer lies in what I see as the defining characteristic of reportage. I draw it from the highlighted passages in the judgment of Latham LJ in the Al-Fagih case [2002] EMLR 215, paras 65, 67-68 and the speech of Lord Hoffmann in the Jameel case [2007] 1 AC 359, para 62 cited in paras 39 and 43 above. To qualify as reportage the report, judging the thrust of it as a whole, must have the effect of reporting, not the truth of the statements, but the fact that they were made. Those familiar with the circumstances in which hearsay evidence can be admitted will be familiar with the distinction: see Subramaniam v. Public Prosecutor [1956] 1 WLR 965, 969. If upon a proper construction of the thrust of the article the defamatory material is attributed to another and is not being put forward as true, then a responsible journalist would not need to take steps to verify its accuracy. He is absolved from that responsibility S/N gC3tczzTg0STrsZKqa6tXA because he is simply reporting in a neutral fashion the fact that it has been said without adopting the truth. (4) Since the test is to establish the effect of the article as a whole, it is for the judge to rule upon it in a way analogous to a ruling on meaning. It is not enough for the journalist to assert what his intention was though his evidence may well be material to the decision. The test is objective, not subjective. All the circumstances surrounding the gathering in of the information, the manner of its reporting and the purpose to be served will be material. (5) This protection will be lost if the journalist adopts the report and makes it his own or if he fails to report the story in a fair, disinterested and neutral way. Once that protection is lost, he must then show, if he can, that it was a piece of responsible journalism even though he did not check accuracy of his report. [79] Mahkamah bersetuju bahawa jikalau pun ada keperluan bagi Defendan untuk mendapatkan verifikasi dengan Plaintif terlebih dahulu sebelum menyiarkan lapuran tersebut, Defendan sudah cuba tetapi kerana Plaintif enggan menjawab, keperluan ini sudah dipenuhi. [80] Ini boleh dilihat daripada keterangan SD2 bahawa Defendan telah cuba menghubungi Paintif untuk komennya tetapi beliau enggan S/N gC3tczzTg0STrsZKqa6tXA menjawab panggilan talipon lebih boleh dipercayai. Plaintif sendiri tidak pasti sama ada pada ketika itu beliau enggan menjawab panggilan talipon daripada para pemberita (di m/s 83 baris 5-22 Kand 92/Nota Prosiding) dan juga Plaintif sendiri aku sehingga tarikh 4/9/2020, Plaintif tidak membuat apa-apa kenyataan atau memberi maklumbalas berhubung isu dan persoalan yang timbul. [81] Mahkamah memetic semula keterangan Plaintif (SP3) sebagaimana di bawah: YVL: Ya. Setuju, ya? Ok. Jadi, Dato', itu pembelaan perlindungan bersyarat. Maksudnya Defendan mempunyai obligasi dan para pembacanya mempunyai interest, kepentingan yang bersama untuk menerima maklumat yang dilaporkan itu. Dan saya katakan kepada Dato' bahawa Defendan ada cuba menghubungi Dato' tapi pada ketika itu Dato' tidak hendak menerima apa-apa panggilan daripada para pemberita. Setuju atau tidak? KAR: Tidak setuju. YVL: Adakah Dato' menjawab semua panggilan telefon daripada para pemberita pada ketika itu? KAR: Saya tidak pasti. YVL: Tidak pasti, ya? S/N gC3tczzTg0STrsZKqa6tXA KAR: Ya. [82] Mahkamah membuat dapatan bahawa Defendan telah berjaya membuktikan bahawa penerbitan yang dibuat adalah bersifat adil dan bagi kepentingan umum. Defendan juga telah berjaya membuktikan kandungan lapuran itu adalah lapuran kenyataan yang dibuat dengan tepat, tanpa tokok tambah dan dibuat secara neutral tanpa menyebelahi mana-mana pihak. [83] Apa yang lebih menarik adalah bahawa Plaintif adalah seorang Menteri. Sebagai seorang Menteri, Plaintif mesti menunjukkan teladan dan contoh kepada masyarakat. Plaintif juga menjadi perhatian masyarakat dalam apa juga perkara yang dilakukan. Apatah lagi dalam hal ini, Negara sedang berhadapan dengan krisis besar dan Plaintif telah didakwa (dan dikenakan hukuman/denda) berhubung isu yang sedang dihadapi oleh semua lapisan masyarakat tidak mengenal kedudukan. Mahkamah percaya inilah kepentingan umum yang Defendan perlu laporkan bagi mendapat penjelasan dan kefahaman rakyat. PLIDING PLAINTIF CACAT [84] Plaintif telah memplidkan keseluruhan lapuran tersebut tanpa merujuk kepada perenggan-perenggan khusus yang dikatakan bersifat fitnah. Plaintif hanya memplidkan pautan kepada portal S/N gC3tczzTg0STrsZKqa6tXA online Defendan untuk lapuran tersebut dan Lampiran A dan C di m/s 24-32 Kand 57/Ikatan A di mana Plaintif hanya melampirkan keseluruhan lapuran tersebut dalam Bahasa Cina dan keseluruhan terjemahan dalam Bahasa Malaysia tanpa menggariskan perenggan-perenggan mana yang dikatakan bersifat fitnah. [85] Untuk penerbitan Facebook Defendan pula, Plaintif telah memplidkan pautan kepada laman Facebook Defendan dan di dalam Lampiran B kepada penyata tuntutannya, cetakan screenshot dalam Bahasa Cina dan terjemahan Bahasa Inggeris oleh Facebook tanpa terjemahan Bahasa Malaysia (sila lihat m/s 29 Kand 57/Ikatan A). [86] Semasa pemeriksaan Balas terhadap SP2 (setiausaha sulit kanan Plaintif), peguamcara ada bertanya bagaimana beliau tahu tentang terbitan tersebut. SP2 mengakui penerbitan asal Defendan Facebook Defendan hanyalah dalam Bahasa Cina dan beliau telah dimaklumkan oleh rakan berbangsa Cina berhubung terbitan tersebut. [87] Defendan dalam pliding menafikan ketepatan terjemahan yang diplidkan oleh Plaintif daripada maksud asal terbitan dalam Bahasa Cina. Oleh itu, SP1 telah hadir memberi keterangan di Mahkamah berhubung terjemahan yang beliau buat. S/N gC3tczzTg0STrsZKqa6tXA [88] SP1 dalam keterangannya bersetuju bahawa terjemahan oleh Facebook untuk penerbitan Defendan itu tidak tepat sebagaimana di mukasurat 9: baris 20-35 Kandungan 92/Nota Prosiding: Pemeriksaan Balas SP1 YVL: Setuju atau tidak bahawa terjemahan Bahasa Inggeris tersebut tidak tepat jika dibandingkan dengan perkataan dalam Bahasa Cina? Setuju atau tidak? YCY: Maksudnya adalah sama ada translation Bahasa Mandarin dengan English adalah berbeza? Soalan – YVL: Bukan. Adakah terjemahannya, terutama sekali perenggan terakhir, “Keep track of domestic focus news. Subscribe to Star Chau.” Setuju atau tidak bahawa Star Chau itu tidak tepat? YCY: Ya. Saya setuju. YVL: “For free telegram”, juga tidak tepat? YCY: Ya. [89] Isu ini penting kerana Plaintif dalam tindakan sebegini perlu memetik perkataan yang didakwa sebagai fitnah secara verbatim dalam Bahasa asal dan ditekankan (gariskan/bold) perkataan yang bersifat fitnah terhadap Plaintif. Dalam kes ini, terjemahan bukan sahaja tidak tepat, bahkan Plaintif merangkum semua kenyataan dan S/N gC3tczzTg0STrsZKqa6tXA petikan akhbar secara keseluruhan tanpa merujuk secara khusus perkataan yang ingin dimaksudkan. [90] Mahkamah merujuk kepada kes ABIRAMEE RAMALINGAM v. NUR ISABELLA ABDULLAH & ORS [2023] CLJU 2799 diputuskan seperti berikut: “P cited her compliance with O.78 r.3 RC 2012 on the obligations to give particulars in defamatory actions. In this regard, the law is trite: (a) In a suit for defamation, all required elements to prove the tort must be pleaded and established at the stage of the plaintiff's case. It is only upon the elements having been established and/or proved that the defendant's obligation to demonstrate a viable defense will arise (see Dato' Abd Halim Ali v Sun Media Corp Sdn Bhd [2015] 4 CLJ 928; Mak Khuin Weng v Melawangi Sdn Bhd [2016] 8 CLJ 831; [2016] 5 AMR 115; [2016] 5 MLJ 314; Abu Hassan bin Hasbullah v Zukeri bin Ibrahim [2018] 3 CLJ 726; [2017] AMEJ 1321; [2018] 6 MLJ 396, CA). (b) Once the plaintiff has successfully established that the defendant has published words defamatory of the plaintiff to third parties, the burden of proving any of the defences shifts to the defendant. The alleged defamatory words as uttered must be reproduced verbatim in the statement of claim, and a certified translation in S/N gC3tczzTg0STrsZKqa6tXA the National Language must also be tendered. To merely describe the substance, purpose or effect of the words is not sufficient”. [91] Prinsip yang sama juga diputuskan dalam kes CREDIT GUARANTEE CORP MALAYSIA BHD V. SSN MEDICAL PRODUCTS SDN BHD [2017] 6 CLJ 129; [2017] 2 MLJ 629 AT 644, yang menyatakan seperti berikut: The Court of Appeal said: [46] The other aspect of pleading in an action in defamation is that where the plaintiff complains of an article, he must specify the offending sections rather than merely pleading the whole article. As Lord Denning MR pointed out in DDSA Pharmaceuticals Ltd v. Times Newpapers Ltd [1972] 3 All ER 417, a pleading is defective if it throws on to the defendant a long article without picking out the parts said to be defamatory. [47] In the instant case, the plaintiff's statement of claim at para 11 made a general reference to the CCRIS report dated 3 December 2010. The defamatory imputations were then set out in para 19. The plaintiff had clearly failed to reproduce any part of the CCRIS report much less picked out the parts that are defamatory. Failure to do so, in our view, is fatal to the action. The learned S/N gC3tczzTg0STrsZKqa6tXA JC appears to have not considered this important issue of defective pleading. For this reason alone, the claim in defamation cannot succeed." [92] Selain daripada pliding Plaintif yang dari awalnya sudah cacat, Mahkamah juga merujuk kepada hujahan Defendan berhubung “komen berpatutan” dan Mahkamah bersetuju dengan semua yang dihujahkan oleh pihak Defendan. RELIEF YANG DIPOHON OLEH PLAINTIF [93] Plaintif dalam Penyataan Tuntutannya menuntut daripada Defendan untuk membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Plaintif di dalam akhbar tempatan menggunakan Bahasa kebangsaan dimana kos akan ditanggung sepenuhnya oleh Defendan, Satu perintah injunksi untuk menghalang Defendan daripada terus membuat, menulis hantaran, melaporkan dan/atau enyebarkan atau menyebabkan satu penulisan, dicetak dan/atau diterbitkan gambar dan artikel fitnah terhadap Plaintif, Defendan memadam dan/atau menyebabkan menghapuskan Gambar & Artikel Fitnah tersebut, Gantirugi Am dan dan Gantirugi Khas yang akan ditaksirkan oleh Mahkamah yang Mulia ini, Gantirugi untuk fitnah dan Gantirugi Khas yang akan ditaksirkan oleh Mahkamah yang Mulia ini, Faedah dan juga Kos. S/N gC3tczzTg0STrsZKqa6tXA [94] Sebagaimana huraian Mahkamah di atas, Plaintif tidak berhak untuk gantirugi dan relief yang dituntut tersebut. Mahkamah telah membuat dapatan bahawa Plaintif telah gagal membuktikan apa yang diplidkan terhadap Defendan. Defendan pula telah berjaya dalam pembelaan mereka dan tiada elemen niat jahat yang sebenarnya atau “express malice” untuk mendatangkan kerosakaan kepada Plaintif. [95] Defendan telah menjalankan kewajipan mereka kepada orang ramai dengan secara adil dan tanpa niat jahat. Tambahan pula, Defendan hanya menerbitkan semula apa yang telah disampaikan oleh pihak ketiga. Mahkamah setuju bahawa Defendan adalah pemberita/wartawan yang bertugas sebagai perantara yang menyalurkan maklumat di antara orang yang membuat kenyataan dengan para pembaca suratkhabar mereka. [96] Mahkamah bersetuju dan mengulangi hujahan pihak Plaintif di mana Plaintif tidak membawa sebarang tuntutan terhadap YB Teresa Kok walaupun beliau adalah orang yang membuat kenyataan asal mengenai perkara ini. Juga tidak ada bukti Plaintif telah mengambil sebarang tindakan terhadap Pak Arman Amin ataupun Ling Li Vun yang menyebarkan tuduhan Plaintif telah melancong ke luar negara dengan isterinya. S/N gC3tczzTg0STrsZKqa6tXA [97] Mahkamah juga membuat dapatan bahawa Defendan telah bertindak dengan penuh tanggungjawab kerana cuba menghubungi Plaintif sebelum menyiarkan lapuran tersebut dan apabila dimaklumkan gambar berkenaan adalah gambar lama, terus menurunkan lapuran tersebut dan menyiarkan lapuran penjelasan 4 jam kemudian bukan sahaja di medium asal iaitu suratkhabar online tetapi juga di versi cetak. Begitu juga apabila Plaintif membuat kenyataan 4 hari kemudian kenyataan Plaintif dilapurkan di dalam versi online dan versi cetak akhbar Defendan. [98] Mahkamah percaya bahawa Defendan juga selain daripada pihak yang bertujuan menyiarkan berita bagi kepentingan umum dan untuk mendapat “click-bait” daripada penyiaran secara atas talian bagi menambahkan jualan suratkhabar, Plaintif gagal membuktikan motif lain dalam penerbitan Defendan ini. [99] Akhirnya, Mahkamah telah meneliti kesemua pliding, keterangan, hujahan bertulis dan hujahan balas kedua-dua pihak serta otoriti yang ada, Mahkamah berpuashati bahawa tuntutan Plaintif di sini wajar ditolak dengan kos sebanyak RM12,000.00 perlu dibayar oleh Perayu/Plaintif. Sekian untuk pertimbangan YAH. S/N gC3tczzTg0STrsZKqa6tXA Disediakan oleh: Sazlina Safie …………………………… Sazlina Bt Safie Hakim Sesyen, Mahkamah Sesyen 3 Sivil, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Selangor. Tarikh :13/4/2025 PEGUAMCARA PLAINTIF: EN. HAIDHAR HAMZI BIN MOHMAD PUAD [TETUAN ZULPADLI & EDHAM] PEGUAMCARA DEFENDAN: EN. YIEW VOON LEE [TETUAN C H YEOH & YIEW] S/N gC3tczzTg0STrsZKqa6tXA