Content
1 DI DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SUNGAI PETANI DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN NO. KES: KB-45A-20-03/2023 DAN KB-45-6-03/2023 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN MOHD KHAIRUDIN BIN ABDULLAH (OKT) (NO. K/P: 720623-07-5435) ALASAN PENGHAKIMAN
KB-45-6-03/2023
High Court of Malaysia14 Jan 2026
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“s oleh orang lain terhadap **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 17 rumah tersebut (Rujuk kes Abdullah Zawawi bin Yusoff v. Pendakwa Raya [1993] MLJU 528). 47. Selain itu, rumah tersebut tidak berpagar dan hanya dikunci menggunakan selak pemutar skru yang muda”
“etiga tersebut yang tidak dapat dikenal pasti. Selanjutnya ia menunjukkan bahawa terdapat pihak ketiga yang mempunyai akses di dalam rumah tersebut (Rujuk kes Public Prosecutor v. Kenny Chai Sok Peng [2019] MLRHU 1455). **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 21”
“m Borang Senarai Gelidah (P12) yang disediakan. Keterangan SP2 yang tidak konsisten ini menunjukkan kredibiliti SP2 yang tidak menentu dalam keterangannya (Rujuk kes Public Prosecutor v. Ng Cheng Hui [2021] MLRHU 2774 dan Pendakwa Raya v. Kua Seng Poo [2025] MLRHU 1795). 56. Selain itu, tiada penjelasan mengenai bagaim”
“ah menidakkan anggapan mengenai bau ganja tersebut. Oleh yang demikian, keterangan SP2 ini perlu diterima dengan penuh berhati-hati oleh Mahkamah (Rujuk kes Public Prosecutor v. Muhammad Irsyad Adzha [2023] MLRHU 1229). **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 23”
“rangan SP2 yang tidak konsisten ini menunjukkan kredibiliti SP2 yang tidak menentu dalam keterangannya (Rujuk kes Public Prosecutor v. Ng Cheng Hui [2021] MLRHU 2774 dan Pendakwa Raya v. Kua Seng Poo [2025] MLRHU 1795). 56. Selain itu, tiada penjelasan mengenai bagaimana gambar pemutar skru boleh kelihatan pada gambar”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DI DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SUNGAI PETANI DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN NO. KES: KB-45A-20-03/2023 DAN KB-45-6-03/2023 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN MOHD KHAIRUDIN BIN ABDULLAH (OKT) (NO. K/P: 720623-07-5435) ALASAN PENGHAKIMAN
1
Orang Kena Tuduh (OKT), Mohd Khairudin Bin Abdullah telah dipertuduhkan bagi dua (2) kesalahan di bawah s. 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta itu] kerana mengedar dadah berbahaya iaitu dadah Cannabis seberat 24,081.2 gram [Pertuduhan Pertama (C1] dan Cannabis seberat 19,356.8 gram [Pertuduhan Kedua (C2)] yang boleh dihukum di bawah s. 39B(2) Akta yang sama manakala satu lagi pertuduhan di bawah s. 6 Akta yang sama bagi kesalahan memiliki dadah jenis Cannabis seberat 130.2 gram [Pertuduhan Ketiga (C3)] yang boleh dihukum di bawah s. 39A(2) Akta yang sama.
2
Pertuduhan-pertuduhan adalah seperti berikut: Pertuduhan No: KB-45A-20-03/2023 Pertuduhan Pertama (“C1”) “Bahawa kamu pada 28/09/2018, jam lebih kurang 11.00 pagi, bertempat di dalam bilik di rumah beralamat F252 A Kampung Permatang Pasir, Kota Kuala Muda, di dalam daerah Kuala Muda, di dalam Negeri Kedah Darul Aman, telah didapati mengedar dadah berbahaya iaitu Cannabis seberat 24,081.2 gram. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) Akta yang sama.” Pertuduhan Kedua (“C2”) “Bahawa kamu pada 28/09/2018, jam lebih kurang 11.00 pagi, di ruang bawah akuarium kosong, di dalam rumah beralamat F252 A Kampung Permatang Pasir, Kota Kuala Muda, di dalam daerah Kuala Muda, di dalam Negeri Kedah Darul Aman, telah didapati mengedar dadah berbahaya Cannabis seberat 19,356.8 gram. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) Akta yang sama.” Pertuduhan No: KB-45-6-03/2023 Pertuduhan Pindaan (“C3”) “Bahawa kamu pada 28/09/2018, jam lebih kurang 11.00 pagi, bertempat di ruang tamu di dalam rumah beralamat F252 A Kampung Permatang Pasir, Kota Kuala Muda, di dalam daerah Kuala Muda, di dalam Negeri Kedah Darul Aman, telah didapati memiliki dadah berbahaya Cannabis seberat 130.2 gram. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234] dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) Akta yang sama.”
3
Seramai tiga (3) orang saksi telah dipanggil oleh pihak pendakwaan iaitu:
i
Puan Faesmaziana binti Napiah (Ahli Kimia)(SP1);
II
(ii) Insp. G/20566 Mohammad Fairiz bin Nawi (Pegawai Serbuan)(SP2); dan
III
(iii) Insp. G/24569 Surita binti Annual (Pegawai Penyiasat)(SP3).
4
Setelah pihak Pendakwaan menutup kesnya, seramai (13) orang saksi telah ditawarkan kepada pihak Pembelaan.
5
Secara ringkasnya naratif kes pendakwaan seperti berikut: Bertindak atas maklumat aktiviti pengedaran dadah, Insp. G/20566 Mohammad Fairiz bin Nawi (SP2) dan pasukan serbuan pada 28.09.2018 jam lebih kurang 10.00 pagi telah bergerak dari IPD Kuala Muda dan sampai ke tempat kejadian di sebuah rumah beralamat di F252 A Kampung Permatang Pasir, Kota Kuala Muda, Kedah pada jam lebih kurang 10.45 pagi.
6
6.
Preamble
Menurut SP2, beliau telah menjalankan pemerhatian selama lebih kurang (15) minit dan didapati tiada sebarang pergerakan keluar atau masuk melalui pintu di bahagian hadapan rumah yang bertutup. Pada jam lebih kurang 11.00 pagi SP2 kemudiannya telah menghampiri pintu hadapan rumah tersebut untuk membuat serbuan dan mendapati pintu tersebut berkunci dari dalam.
7
SP2 dan salah seorang anggota serbuan telah pergi ke bahagian tepi rumah dan membuat intipan melalui tingkap nako yang terbuka. Ketika itu, SP2 nampak OKT dan (1) kanak-kanak lelaki Melayu sedang duduk di atas lantai ruang tamu rumah sambil menonton televisyen. Setelah memperkenalkan diri sebagai polis melalui tingkap nako tersebut, SP2 telah mengarahkan OKT untuk membuka pintu.
8
8.
Preamble
Menurut SP2, OKT ketika itu kelihatan terkejut dan tergamam telah bertindak mendiamkan diri sehinggalah SP2 memberitahu OKT bahawa rumah tersebut telah dikepung. OKT kemudiannya dikatakan bangun dan pergi ke arah pintu hadapan lalu bertindak menarik keluar pemutar skru yang mengunci (selak) pintu hadapan rumah dari dalam.
9
Apabila SP2 dan anggota serbuan telah memasuki rumah melalui pintu hadapan tersebut dan telah menahan OKT dan saspek kanak-kanak lelaki (Muhammad Shukri Bin Mohd Khairudin (B2)) untuk untuk pemeriksaan lanjut. Pemeriksaan fizikal terhadap tubuh badan mereka tidak menjumpai apa-apa barang salah.
10
Hasil pemeriksaan lanjut di dalam rumah tersebut, SP2 dan pasukan serbuan telah menjumpai barang-barang kes seperti berikut:
i
satu (1) ketulan mampat tumbuh-tumbuhan kering dibalut dengan plastik lutsinar disyaki dadah Ganja (Eksibit P3A) di atas lantai ruang tamu rumah tempat OKT dan saspek kanak-kanak lelaki sedang duduk sebelum serbuan;
II
(ii) dua puluh lima (25) ketulan mampat tumbuh-tumbuhan kering setiap satu dibalut dengan plastik lutsinar disyaki dadah Ganja (Eksibit P4A(1)-P4H(1), P5A(1)-P5H(1) dan P6A(1)-P6J(1)) di dalam bilik tidur di bawah satu (1) tilam warna biru bercorak bunga yang berada di atas katil bahagian/tingkat bawah katil dua (2) tingkat yang disusun di atas (1) selimut tebal warna merah jambu bercorak bunga (Eksibit P19).
III
(iii) satu (1) kotak kertas warna coklat berlogo ‘UMS’ (Eksibit P20) di dalamnya mengandungi (12) ketulan mampat tumbuh-tumbuhan kering setiap satu dibalut dengan plastik lutsinar disyaki dadah Ganja (Eksibit P7A(i)-P7F(i) dan P8A(i)-P8F(i)) dan di sebelah Eksibit P20 tersebut terdapat (1) beg plastik warna hitam (Eksibit P21) yang di dalamnya terdapat lapan (8) ketulan mampat tumbuh-tumbuhan kering setiap satu dibalut dengan plastik lutsinar disyaki dadah Ganja (Eksibit P9A(i)-P9D(i) dan P10A(i)-P10D(i)). Kedua-dua Eksibit P20 dan P21 telah dijumpai di bahagian ruang bawah sebuah akuarium kosong yang terdapat di luar bilik tidur.
11
Selain barang-barang kes disyaki dadah, SP2 juga turut merampas satu (1) tilam warna biru bercorak bunga (Eksibit P18), satu (1) selimut tebal warna merah jambu bercorak bunga (Eksibit P19), satu (1) pemutar skru (Eksibit P23), dan satu (1) kunci mangga beserta anak kunci (Eksibit P24A&B).
12
Seterusnya SP2 juga telah mengambil satu (1) Bil Air SADA (Eksibit P13) dan satu (1) Bil Elektrik TNB (Eksibit P14) dari rumah tersebut atas nama OKT.
13
Selanjutnya, SP2 telah menyediakan Borang Senarai Geledah (Eksibit P12). Setelah sampai di IPD Kuala Muda, SP2 telah membuat laporan polis berhubung tangkapan dan rampasan di rumah tersebut iaitu Kota Kuala Muda 745/18 (Eksibit P15).
14
SP2 kemudiannya telah menyerahkan hasil rampasan disyaki dadah, kedua-dua tangkapan, repot tangkapan (Eksbit P15), Borang Bongkar (Eksibit P12) bersama Borang Serah Barang Kes bertarikh 28/09/2018 (Eksibit P16A-D) kepada Pegawai Penyiasat, Insp. G/24569 Surita Binti Annual (SP3) pada 28.09.2018 jam lebih kurang 6.00 petang.
15
Pada 30.09.2018 jam lebih kurang 8.00 pagi, SP3 telah menghantar barang kes ke Jabatan Kimia Malaysia Negeri Kedah untuk dianalisa. Seterusnya, Ahli Kimia Puan Faesmaziana Binti Napiah (SP1) telah menjalankan Analisa dan telah mengeluarkan Laporan Kimia (Eksibit P2).
16
S. 180 Kanun Tatacara Jenayah (“KTJ”) menyatakan bahawa beban pembuktian di akhir kes pendakwaan adalah untuk membuktikan wujudnya satu kes prima facie setelah membuat penilaian maksimum ke atas keterangan-keterangan yang dikemukakan.
17
Pihak Pendakwaan perlu mengemukakan keterangan yang kredible (credible evidence) untuk membuktikan setiap elemen kesalahan yang telah dipertuduhkan.
18
Satu kes prima facie dikatakan telah berjaya dibuktikan apabila Mahkamah berpuashati bahawa dengan keterangan yang ada dan jika tidak dipatahkan (unrebutted) ianya akan mewarankan (would warrant) Mahkamah untuk mensabitkan
19
Sekiranya terdapat lebih dari satu inferens yang boleh dibuat, maka Mahkamah perlu memberi kelebihan kepada inferens yang memihak kepada OKT (Rujuk kes Looi Kow Chai v. PP [2003] 2 MLJ 65, Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85 dan kes PP v. Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457).
20
Dalam Penghakiman ini, Mahkamah ini akan menyentuh Pertuduhan Pertama [C1] melibatkan kesalahan s. 39B Akta itu terlebih dahulu.
21
Elemen-elemen yang perlu dibuktikan bagi kesalahan mengedar dadah berbahaya adalah seperti berikut:
i
jenis dan berat dadah yang menjadi hal perkara pertuduhan tersebut adalah dadah merbahaya seperti ditakrif di bawah Akta itu;
II
(ii) OKT memiliki dadah berbahaya; dan
III
(iii) OKT mengedar dadah berbahaya tersebut.
22
Manakala bagi kesalahan memiliki dadah, hanya mencukupi bagi membuktikan elemen-elemen (i) dan (ii) di atas.
23
Mahkamah Rayuan dalam kes Sahrul Mazlee bin Mohd Khalid v. Pendakwa Raya [2022] 3 MLRA 47 menyatakan seperti berikut: [39] The learned trial judge quite correctly held that in order for the prosecution to make out a prima facie case in respect of a charge under section 39B(1)(a) of the Act, it is incumbent upon the prosecution to prove the following ingredients of the offence:
a
firstly, that the drugs were dangerous drugs within the meaning and definition provided in the Act;
b
secondly, that the accused was in possession of the said drugs; and
c
thirdly, that the accused was trafficking in the drug. (Rujuk juga kes Muhammad Lukman Mohamad v. PP [2021] 7 CLJ 524). Elemen 1 – Dadah Cannabis merupakan dadah berbahaya seperti mana yang disenaraikan di bawah Jadual Pertama, Akta itu
24
Keterangan Ahli Kimia (SP1) telah mengesahkan bahawa dadah-dadah yang telah dianalisa adalah dadah jenis Cannabis seberat 24,081.2 gram, 19,356.8 gram dan 130.2 gram. SP1 turut mengeluarkan Laporan Kimia (Eksibit P2) yang mengesahkan pemeriksaan beliau dan mengesahkan dadah jenis Cannabis ialah dadah berbahaya seperti yang disenaraikan dalam Jadual Pertama, Akta itu.
25
Mahkamah menerima keterangan Ahli Kimia (SP1) sebagai seorang Ahli Kimia Kerajaan dan Ahli Institut Kimia Malaysia bertauliah yang berkhidmat di bawah Kerajaan Malaysia di Jabatan Kimia Malaysia sejak 07.06.2007 hingga kini dan berkelayakan untuk menjalankan analisa ke atas dadah-dadah tersebut.
26
Keterangan SP1 harus diterima oleh Mahkamah pada nilai mukanya (on its face value) tanpa keperluan kepada penerangan secara terperinci apa yang dilakukan di makmal kecuali keterangannya adalah so inherently incredible.
27
Mahkamah ini merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan, Chu Tak Fai v. PP [2006] 4 CLJ 931 yang menyatakan bahawa: [20] On the sufficiency of the evidence of the chemist, we wish to reiterate that the court is entitled to accept the evidence of the chemist on its face value without the necessity for him to go into details of what he did in the laboratory step by step unless the evidence is so inherently incredible that no reasonable person can believe it to be true or the defence calls evidence in rebuttal by another expert. (Rujuk juga kes Mahkamah Agong, Munusamy Vengadasalam v. PP [1987] CLJ (Rep) 221; Khoo Hii Chiang v. PP [1994] 2 CLJ 151; Mahkamah Rayuan dalam Tarmizi Bin Yaacob dan Satu Lagi v. PP [2006] 6 MLJ 197; [2006] 4 CLJ 472).
28
Berkaitan identiti dadah-dadah Cannabis yang telah dirampas, Mahkamah berpuas hati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan tidak ada kelompangan di dalam rantaian keterangan barang-barang kes daripada mula ianya dirampas oleh Pegawai Serbuan (SP2), diserahkan kepada Pegawai Penyiasat (SP2) sehinggalah ianya diserahkan kepada Ahli Kimia (SP1) untuk dianalisa.
29
Keterangan SP1, SP2, dan SP3 juga telah mengecam tandaan-tandaan yang telah dibuat, tandatangan mereka dan tarikh pada barang-barang kes yang telah dirampas. Saksi-saksi ini juga telah membuat pengecaman barang kes secara fizikal di Mahkamah dan juga berdasarkan kepada gambar-gambar barang kes yang diambil dan ditunjukkan kepada mereka.
30
Malahan pihak pembelaan tidak mempertikaikan bahawa elemen pertama telah dibuktikan oleh pihak pendakwaan.
31
Oleh yang demikian, Mahkamah berpuas hati bahawa rantaian keterangan eksibit tidak terputus, dan barang kes dadah-dadah yang dirampas, dan dianalisa sehinggalah dikemukakan di Mahkamah adalah barang kes yang sama. (Rujuk kes Mahkamah Rayuan dalam Gunalan Ramachandran & Ors v. PP [2004] 4 CLJ 551; dan Mazlan Bin Mustaffa v. PP [2012] Rayuan Jenayah No: P-05-212- 08-2012; dan kes Mahkamah Persekutuan dalam Hasbala Mohd Sarong v. PP [2013] 6 CLJ 945).
32
Akhirnya, Mahkamah turut berpuas hati bahawa dadah-dadah yang telah dianalisa merupakan dadah berbahaya Cannabis yang disenaraikan dalam
Schedule
Jadual Pertama Akta itu. Sehubungan itu, Pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen pertama bagi pertuduhan tersebut. Elemen 2 – OKT mempunyai pemilikan dadah tersebut 33. Pendakwaan telah berhujah bahawa elemen pemilikan dan kawalan serta pengetahuan ke atas dadah Ganja / Cannabis yang dijumpai di ruang tamu (Eksibit “C3”], di dalam bilik (Eksibit “C1”), dan di ruang bawah akuarium kosong (Eksibit “C2”) rumah tersebut dibuktikan oleh Pendakwaan atas faktor-faktor berikut: (i) Kesemua dadah Ganja dijumpai dan dirampas oleh SP2 di dalam rumah tersebut ketika serbuan; (ii) Bil-bil Utiliti (air SADA (P13) dan elektrik TNB (P14)) rumah tersebut berdaftar atas nama OKT iaitu Mohd Khairudin Bin Abdullah; (iii) Hasil rakaman percakapan SP3 terhadap Rosnah Binti Awang (“A5”) di bawah s.112(iv) Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) mendapati bahawa (A5) merupakan bekas isteri OKT dan tinggal di rumah tersebut bersama OKT dan (5) orang anak mereka sebelum bercerai. Sejak bercerai dengan OKT, (A5) telah berpindah dan tinggal di Taman Universiti, Semeling, Bedong, Kedah bersama seorang anak perempuan manakala lain-lain anak tinggal berasingan. Hanya OKT dan anak bongsu mereka iaitu B2 yang masih tinggal di rumah tersebut sehinggalah mereka ditangkap; (iv) Hasil rakaman percakapan SP3 terhadap Nur Farhana Binti Mohd Khairudin (“A6”) di bawah s. 112 (iv) Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) mendapati bahawa (A6) merupakan anak perempuan OKT dengan bekas isterinya (A5). Selepas OKT dan (A5) bercerai lebih kurang (11) tahun sebelum kejadian, (A6) tinggal bersama “Tok Wan”nya di kampung yang sama dan yang tinggal hanya OKT dan adik bongsunya B2 yang menghuni rumah tersebut; dan (v) Hasil siasatan SP3, hanya OKT dan anaknya B2 yang tinggal berdua di rumah tersebut selepas OKT bercerai dengan isterinya A5 iaitu (11) tahun sebelum kejadian. 34. Seterusnya, pendakwaan berhujah bahawa tiada bukti/keterangan menunjukkan kewujudan mana-mana individu lain yang menetap di situ selain OKT dan B2 yang berumur 11 tahun memandangkan bil air dan elektrik atas nama OKT jelas menunjukkan bahawa OKT penghuni semasa rumah tersebut. 35. Selanjutnya, berdasarkan keterangan Pegawai Penyiasat (SP3) tiada keterangan menunjukkan wujudnya akses oleh anak-anak OKT bernama Mohd Amirul Ashraf, Mohd Amirul Amin, Nur Farhana dan Nurdiana dan ayah OKT yang bernama Abdullah ke rumah tersebut. 36. Manakala pihak pembelaan berhujah bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan pemilikan dadah berbahaya oleh OKT seperti berikut: (i) Kegagalan mengemukakan saksi-saksi material; (ii) Kunci dan anak mangga dan pemutar skru; (iii) Profil DNA OKT; (iv) Laporan Kimia (Eksibit P33); (v) Reaksi OKT yang gelisah dan merayu untuk dilepaskan; (vi) Bau ganja; dan (vii) Keadaan ruang tamu selepas tangkapan. Isu (i) - Kegagalan mengemukakan saksi-saksi material 37. Menurut pembelaan, walaupun Rosnah binti Awang (bekas isteri OKT) telah meninggal dunia berdasarkan Sijil Kematian (P27) pihak pendakwaan tidak membuat permohonan untuk mengemukakan rakaman percakapan Rosnah binti Awang yang dibuat di bawah s. 112 Kanun Prosedur Jenayah untuk diterima masuk menurut s. 32 Akta Keterangan 1950. 38. Pihak pendakwaan juga tidak memanggil Nur Farhana binti Mohd Khairudin untuk memberi keterangan berhubung penghunian rumah tersebut dan adalah tidak memadai untuk menawarkan Nur Farhana binti Mohd Khairudin kepada pihak pembelaan. 39. Selain itu, saspek kanak-kanak lelaki, Muhammad Shukri bin Mohd Khairudin (B2) yang turut ditangkap dalam rumah tersebut bersama OKT yang pada masa kejadian berumur 11 tahun dan sekarang berumur 18 tahun turut tidak dipanggil untuk membuktikan penghunian rumah tersebut oleh OKT. Ia juga tidak memadai untuk menawarkan saspek kanak-kanak lelaki tersebut kepada pihak pembelaan. 40. Walaupun SP3 mengesahkan bahawa terdapat rumah-rumah yang berjiran dengan rumah di mana OKT ditangkap termasuk rumah ayah OKT yang bernama Abdullah yang terletak bertentangan dengan rumah tersebut, pihak pendakwaan tidak memanggil jiran atau ayah OKT untuk memberi keterangan berhubung siapakah yang menghuni rumah tersebut. 41. Selain itu, pendakwaan juga gagal merakam keterangan dua (2) anak lelaki OKT bernama Mohd Amirul Ashraf dan Mohd Amirul Amin yang diakui oleh SP3 bahawa mereka mempunyai rekod jenayah narkotik. 42. Mahkamah ini berpendapat bahawa keterangan diberikan pihak pendakwaan adalah tidak mencukupi untuk membuktikan kawalan esklusif OKT ke atas rumah tersebut tanpa mengemukakan rakaman percakapan Rosnah binti Awang dan memanggil saksi-saksi penting dan material iaitu anak perempuan dan bapa OKT (yang tinggal berhadapan rumah), anak lelaki OKT (B2) yang ditahan bersama ketika tangkapan, dan 2 orang anak OKT yang lain. 43. Rakaman percakapan arwah bekas isteri OKT tidak dikemukakan di hadapan Mahkamah. Ini adalah kerana faktor akses oleh orang lain ke dalam rumah tempat penemuan dadah adalah penting lebih-lebih lagi ia menjadi pembelaan kepada OKT. 44. Walaupun OKT telah bercerai dengan isterinya, namun sebagai seorang ibu tidak mungkin beliau tidak akan melawat anaknya yang bongsu tersebut (B2) yang tinggal bersama-sama OKT. Kegagalan mengemukakan rakaman percakapan Rosnah binti Awang telah memprejudiskan pembelaan OKT. 45. Pendakwaan juga gagal mengemukakan anak perempuan OKT bernama Nur Farhana binti Mohd Khairudin yang tinggal bersama-sama ayah OKT yang tinggal di hadapan rumahnya. Sekadar menawarkan saksi tersebut adalah tidak mencukupi bagi menguatkan keterangan pendakwaan. 46. Keterangan bahawa OKT merupakan satu-satunya penghuni dewasa rumah tersebut semata-mata adalah tidak mencukupi untuk membuktikan elemen milikan. Keterangan ini perlu disokong oleh fakta atau keterangan lain bagi membuktikan pemilikan. Pendakwaan mempunyai beban untuk menyingkirkan kemungkinan akses oleh orang lain terhadap rumah tersebut (Rujuk kes Abdullah Zawawi bin Yusoff v. Pendakwa Raya [1993] MLJU 528). 47. Selain itu, rumah tersebut tidak berpagar dan hanya dikunci menggunakan selak pemutar skru yang mudah diakses. Walaupun OKT menghuni rumah itu, fakta bahawa bapa serta anak-anaknya yang lain tinggal berdekatan menunjukkan wujudnya kemungkinan akses bebas oleh ahli keluarga lain. Terdapat dua (2) orang anak-anak lelaki OKT yang mempunyai rekod lampau berkaitan dadah, yang mengukuhkan kemungkinan bahawa dadah tersebut milik mereka dan bukan OKT. 48. Pegawai Penyiasat mempunyai tanggungajawab bagi menjalankan siasatan menyeluruh bagi memastikan perbicaraan yang adil. Kegagalan pihak polis untuk menyiasat atau mengambil keterangan daripada ahli keluarga yang mempunyai akses terutamanya dua (2) orang anak lelaki OKT yang mempunyai rekod dadah menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. 49. Pendakwaan juga gagal mengemukakan anak lelaki OKT (B2) yang turut bersama ketika tangkapan. Walaupun ketika tangkapan B2 berumur 11 tahun tetapi masa kes ini dibicarakan B2 telahpun berumur 18 tahun dan layak memberi keterangan di Mahkamah. 50. Mahkamah beranggapan bahawa keterangan B2 adalah sangat penting kerana B2 boleh mengesahkan kehadiran ahli keluarganya yang lain sama ada mereka pernah datang atau tinggal bersama di rumah OKT. Sekadar menawarkan saksi B2 tersebut juga tidak mencukupi bagi menguatkan keterangan pendakwaan. 51. Lantaran itu, berteraskan kepada s. 114(g) Akta Keterangan 1950 (Akta 56) membolehkan Mahkamah ini menyimpulkan bahawa jika wujudnya satu keterangan yang boleh dikemukakan, tetapi pihak pendakwaan memilih untuk tidak mengemukakan keterangan tersebut, maka anggapan di bawah s. 114(g) Akta 56 adalah terpakai bahawa sekiranya keterangan tersebut dikemukakan ianya tidak akan memihak kepada pendakwaan. 52. Pemakaian s. 114(g) ini telah dibincangkan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes PP v. Mansor Md. Rashid & Anor [1997] 1 CLJ 233 dan Ghasem Hozouri Hassan v. Public Prosecutor [2018] 6 CLJ 133; [2019] 6 MLJ 231. Isu (ii) - Kunci dan anak mangga dan pemutar skru 53. Selain itu, pembelaan menyatakan terdapat percanggahan dalam keterangan SP2 mengenai lokasi rampasan kunci mangga (P24A) dan anak kunci (P24B). Semasa pemeriksaan utama SP2 mendakwa menjumpai anak mangga dan kunci mangga tersebut di pintu hadapan rumah namun semasa di soal balas, SP2 menafikan dijumpai di ruang tamu. Semasa serbuan, pintu rumah hanya dikunci menggunakan pemutar skru (P23) sebagai selak dan tiada kunci mangga pada pintu. 54. Mahkamah mendapati bahawa keterangan SP2 tidak konsisten mengenai tempat di mana lokasi rampasan kunci mangga (P24A) dan anak kunci (P24B) dijumpai semasa pemeriksaan utama dan pemeriksaan balas. 55. Malahan, keterangan SP2 mengenai tempat P24A dan P24B dijumpai juga tidak dicatatkan di dalam Borang Senarai Gelidah (P12) yang disediakan. Keterangan SP2 yang tidak konsisten ini menunjukkan kredibiliti SP2 yang tidak menentu dalam keterangannya (Rujuk kes Public Prosecutor v. Ng Cheng Hui [2021] MLRHU 2774 dan Pendakwa Raya v. Kua Seng Poo [2025] MLRHU 1795). 56. Selain itu, tiada penjelasan mengenai bagaimana gambar pemutar skru boleh kelihatan pada gambar P11N yang dirakamkan oleh jurufoto sedangkan ianya telah diserahkan oleh SP2 kepada SP3 dan kemudiannya telah disimpan oleh SP3. Isu (iii) - Profil DNA OKT 57. Pembelaan berhujah bahawa rampasan pencukur bertanda “B” di tempat kejadian oleh SP3 yang kemudiannya disahkan berpadanan dengan profil DNA OKT, adalah meragukan kerana tiada keterangan di Mahkamah menunjukkan bahawa darah OKT diambil untuk tujuan analisa DNA untuk dipadankan dengan pencukur bertanda “B” tersebut. 58. Mahkamah mendapati bahawa tiada keterangan oleh SP3 mengenai jika ada mana-mana sampel darah OKT telah diambil bagi tujuan DNA. Oleh demikian, pengesahan mengenai pencukur bertanda “B” kemudiannya disahkan berpadanan dengan profil DNA OKT tidak dapat diterima oleh Mahkamah. Isu (iv) - Laporan Kimia (Eksibit P33) 59. Pembelaan turut berhujah bahawa berdasarkan laporan kimia (Eksibit P33) terhadap puntung rokok bertanda “C” yang diambil di tempat kejadian dan juga dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia menunjukkan bahawa satu profil DNA lelaki diperolehi yang tidak berpadanan dengan profil DNA OKT. 60. Mahkamah berpandangan bahawa laporan ini menunjukkan bahawa kewujudan pihak lain di dalam rumah tersebut selain OKT dan B2. Secara tidak langsung, ia menimbulkan keraguan mengenai identiti pihak ketiga tersebut yang tidak dapat dikenal pasti. Selanjutnya ia menunjukkan bahawa terdapat pihak ketiga yang mempunyai akses di dalam rumah tersebut (Rujuk kes Public Prosecutor v. Kenny Chai Sok Peng [2019] MLRHU 1455). Isu (v) - Reaksi OKT yang gelisah dan merayu untuk dilepaskan 61. Berkaitan reaksi OKT yang dikatakan gelisah dan merayu untuk dilepaskan dan sekiranya benar OKT merayu untuk dilepaskan, rayuan tersebut adalah kerana OKT tidak melakukan apa-apa kesalahan kerana tidak mengetahui kewujudan dadah-dadah berbahaya dalam rumah tersebut dan rayuan tersebut adalah supaya pihak polis melepaskan anaknya yang masih kecil yang turut ditahan oleh pihak polis. 62. Mahkamah mendapati bahawa fakta ini sekiranya benar tidak dinyatakan langsung di dalam laporan polis (P15) oleh SP2. Fakta ini adalah penting dan boleh membawa inferen pengetahuan tentang dadah tersebut. 63. Namun fakta yang material ini perlu dimasukkan dalam P15 bagi menyokong keterangan SP2 memandangkan ia tidak disokong oleh keterangan anggota serbuan yang lain. Keterangan SP2 semata-mata tanpa disokong melalui laporan polisnya atau saksi lain hendaklah dinilai dengan penuh berhati-hati. Isu (vi) - Bau ganja 64. Berkaitan keterangan SP2 yang mengatakan bahawa SP2 boleh bau ganja semasa berada di ruang tamu rumah dan bahawa SP2 boleh bau ganja yang kuat semasa berada dalam bilik tidur, pembelaan berhujah bahawa bau ganja adalah sesuatu yang subjektif memandangkan SP2 sudah tentu mempunyai pengalaman mengendalikan serbuan, tangkapan dan rampasan melibatkan kes-kes narkotik. 65. Mahkamah bersetuju bahawa seseorang yang mempunyai keupayaan mengenal pasti bau ganja adalah sesuatu yang subjektif. Tambahan pula, SP2 sebagai seorang pegawai narkotik yang telah lama mengendalikan kes Narkotik sudah tentu mempunyai kebolehan tersebut berdasarkan pengalamannya. 66. Namun demikian, bagi seseorang yang lain sudah tentu tidak mempunyai kebolehan yang sama terutamanya orang awam yang lain. Tambahan pula dalam kes ini, barang-barang kes dadah dijumpai di tempat yang tersorok dan berbungkus. Bagaimana SP2 boleh mengenal pasti bau ganja yang jelas sedangkan dadah-dadah tersebut berada di tempat yang tersembunyi dan tertutup. 67. Mahkamah berpandangan bahawa jika tingkap nako di rumah OKT dalam keadaan bertutup kemungkinan bau ganja boleh terperangkap di dalamnya. Namun keterangan menunjukkan bahawa tingkap nako di rumah OKT tidak bertutup dan ini telah menidakkan anggapan mengenai bau ganja tersebut. Oleh yang demikian, keterangan SP2 ini perlu diterima dengan penuh berhati-hati oleh Mahkamah (Rujuk kes Public Prosecutor v. Muhammad Irsyad Adzha [2023] MLRHU 1229). Isu (vii) - Keadaan ruang tamu selepas tangkapan 68. Pembelaan juga berhujah bahawa terdapat akses oleh orang lain di dalam rumah OKT tersebut. Ini adalah kerana semasa SP2 dan SP3 ke tempat kejadian di rumah OKT pada keosakkan harinya terdapat perubahan susun atur seperti di gambar P11(C) yang mana asalnya itu adalah kawasan lapang tetapi ada orang meletakkan kerusi di situ. 69. Mahkamah berpandangan bahawa fakta ini menunjukkan bahawa seseorang yang lain mempunyai akses ke dalam rumah tersebut. Namun SP2 dan SP3 gagal memberikan penjelasan mengenai perkara tersebut. 70. Ini bermakna isu mengenai perubahan susun atur dalam rumah kekal tidak berjawab mewujudkan kemungkinan akses oleh orang lain di dalam rumah tersebut. 71. Secara keseluruhannya, berdasarkan isu-isu yang ditimbulkan oleh pembelaan, Mahkamah berpandangan bahawa pendakwaan gagal menutup kelompangan kepada akses terhadap rumah diduduki oleh OKT yang mana saksi-saksi material gagal dikemukakan oleh pendakwaan. 72. Tambahan pula, kewujudan puntung rokok yang disahkan terdapat DNA orang lain membuktikan kewujudan orang selain OKT dan B2. 73. Walaupun pendakwaan mempunyai budi bicara memanggil mana-mana saksi yang dikehendaki, namun budi bicara ini perlu dilaksanakan dengan wajar dengan tidak mengenepikan hak-hak pembelaan apabila timbul isu akses kepada sesuatu premis tersebut. Elemen 3 – OKT pada masa, tarikh dan tempat tersebut melakukan kesalahan mengedar dadah berbahaya 74. Oleh kerana pendakwaan gagal membuktikan bahawa OKT mempunyai kawalan, jagaan dan pengetahuan dan seterusnya pemilikan terhadap barang kes dadah yang dirampas, maka elemen mengedar dadah berbahaya juga tidak berbangkit dan adalah tidak selamat untuk menggunakan anggapan pengedaran di bawah seksyen 37(da) Akta itu. 75. Dalam kes Ibrahim Mohamad & Anor v. PP [2011] 4 CLJ 113, YA Zulkefli Makinudin (pada ketika itu) telah menyatakan seperti berikut: “It is trite law that possession is an important ingredient in the charge of trafficking. Unless there is direct evidence of trafficking, the prosecution must prove the ingredient of “possession” and the trial judge must make an affirmative finding of “possession” before the presumption of trafficking under s. 37(da) of the Act can be invoked. (See the case of Muhammad Hassan v. PP [1998] 2 CLJ 170)”. 76. Mahkamah akan beralih kepada Pertuduhan Kedua [C2] dan Pertuduhan Ketiga [C3]. Mahkamah ini akan menggunakan alasan-alasan yang sama semasa menyentuh isu pemilikan dalam Pertuduhan Pertama [C1]. Mahkamah ini tidak berhasrat untuk mengulanginya semula dan memadai akan mengguna pakai isu pemilikan bagi Pertuduhan Kedua [C2] dan Pertuduhan Ketiga [C3]. KEPUTUSAN 77. Mahkamah berpuas hati bahawa pendakwaan gagal membuktikan OKT memiliki dadah berbahaya yang telah dirampas dan seterusnya mengedar dadah berbahaya tersebut. 78. Beban adalah terletak kepada pihak pendakwaan untuk menutup sebarang kelompangan dalam kes pendakwaan. 79. Mahkamah mendapati bahawa pendakwaan gagal membuktikan suatu keterangan yang mencukupi untuk pembelaan diri OKT dipanggil sebagaimana prinsip kes Balachandran v. PP (supra) dan PP v. Mohd Radzi Abu Bakar (supra). 80. Oleh yang demikian, atas pertimbangan maksimum ke atas keseluruhan keterangan-keterangan yang dikemukakan, Mahkamah berpuas hati bahawa pendakwaan gagal membuktikan satu kes prima facie seperti diperuntukkan di bawah s. 180 KTJ. 81. Sehubungan itu, Mahkamah melepaskan dan membebaskan OKT tanpa dipanggil membela diri atas ketiga-tiga pertuduhan tersebut. 82. Mahkamah ini memerintahkan semua barang kes (melainkan dokumen) dikembalikan kepada pihak polis untuk simpanan selamat sehingga rayuan (jika ada) dilupuskan kelak. Bertarikh 19 Mac 2026 ................................................... (DARMAFIKRI BIN ABU ADAM) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Sungai Petani Kedah, Darul Aman Pendakwa Raya: Nabila Huda binti Muhammad Nazim Timbalan Pendakwa Raya Negeri Kedah Peguam Bela : Ali Munawar bin Razak Tetuan Ali & Fariz Peguam Bela dan Peguam Cara No. 8B, Tingkat 2, Wisma Bandaran Jalan Ibrahim, 08000 Sungai Petani Kedah.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.