Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN KUALA LUMPUR DALAM NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR NO KES: WA-A53-21-06/2022 ANTARA MOHD KHAIRUL AZAHAR BIN MOHD KHADRI (NO.K/P: 850709-14-5663) …PLAINTIF
WA-A53-21-06/2022
Sessions Court of Malaysia27 Oct 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“be used to verify the originality of this document via eFILING portal 23 proved that it has suffered loss and damage before it shifts to the Defendant to establish the defence. On this, s 104 of the Evidence Act 1950 stipulates: "The burden of proving any fact necessary to be proved in order to enable any person to giv”
“the damages and it is not sufficient for the plaintiff to merely assert that he had suffered such damages without proving it (see Admiralty Comrs v SS Susquehanna [1926] AC 655 and Bolag v Hutchison [1905] AC 515). In the circumstances, we hold that the learned High Court judge was right in ordering that summary judgme”
“rden rests on the plaintiff to prove the damages and it is not sufficient for the plaintiff to merely assert that he had suffered such damages without proving it (see Admiralty Comrs v SS Susquehanna [1926] AC 655 and Bolag v Hutchison [1905] AC 515). In the circumstances, we hold that the learned High Court judge was”
“f where the sense of injury resulting from wrongful physical act is justifiably heightened by the manner in which or motive for which the defendant did it - per Lord Diplock in Broome v. Cassell & Co [1972] AC 1027 @ 1124. [27] It is to compensate the plaintiff for injuries affecting his feelings arising out of the tor”
“57. Dalam kes Hyperkin Sdn Bhd V. Hyperwave Systems Engineering Sdn Bhd [2019] MLRHU 1448 yang memutuskan bahawa beban pembuktian akan beralih dari Plaintif ke Defendan sekiranya Plaintif berjaya melepaskan beban buktinya agar Defendan boleh memasukkan pembelaannya :- “As the onus and bu”
“61. Pihak Plaintif telah merujuk kepada kes Muhammad Isma Izami Jaafar V. Konstabel Muhamad Zafran Aiman Muhamad Zainol & Ors [2023] MLRHU 1612 yang mana Mahkamah Tinggi membincangkan hal perkara pencerobohan terhadap diri – battery:- “[35] Meanwhile, "battery" has been defined in Collins v. Wilcock [1984] 3 AER 374 as”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN KUALA LUMPUR DALAM NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR NO KES: WA-A53-21-06/2022 ANTARA MOHD KHAIRUL AZAHAR BIN MOHD KHADRI (NO.K/P: 850709-14-5663) …PLAINTIF
1
DAN YUSMAZIDA BINTI MOHD YUSOFF
2
WAN MOHD KHAISAL BIN WAN OTHMAN (NO.K/P: 801120-03-5161) …DEFENDAN-DEFENDAN
1
Ini merupakan rayuan yang difailkan oleh pihak Plaintif atas keputusan yang telah diberikan oleh Mahkamah yang membenarkan tuntutan Plaintif terhadap Defendan Kedua. Mahkamah walau bagaimana pun tidak memberikan sebarang ganti rugi yang dituntut oleh pihak Plaintif dan kos diperintahkan sebanyak RM 500 dibayar oleh pihak Defendan Kedua kepada pihak Plaintif.
2
Plaintif memfailkan tuntutan terhadap Defendan Kedua dan juga Defendan Pertama.
3
Plaintif dan Defendan Pertama merupakan bekas suami isteri. Semasa tuntutan ini difailkan, Defendan Pertama dan Kedua masih lagi suami isteri.
4
Plaintif dan Defendan Pertama telah mendirikan rumah tangga pada 21.1.2012 dan hasil perkahwinan tersebut Plaintif dan Defendan telah dikurniakan dua (2) orang anak lelaki.
5
Plaintif dan Defendan Pertama pernah mengalami penceraian sebanyak dua (2) kali iaitu pada 29.05.2017 dan 19.08.2020, sebelum kedua-duanya mengambil keputusan untuk rujuk semula pada 10.10.2020. Hak jagaan anak-anak telah diberikan kepada Defendan Pertama melalui perintah Mahkamah Syariah pada 16.03.2021.
6
Defendan Kedua dikatakan sebagai kekasih gelap Defendan Pertama.
7
Hubungan Plaintif dan Defendan Pertama adalah renggang memandangkan Defendan Pertama mempunyai hubungan zina dengan Defendan Kedua (adultery).
8
Dalam hal keadaan Defendan Pertama dan Defendan Kedua menjalinkan hubungan zina, Defendan Pertama dan Plaintif tidak bersekedudukan dalam masa material.
9
Plaintif menyatakan bahawa perbuatan curang Defendan Pertama terbongkar apabila Plaintif menemui bahan-bahan bukti yang terdapat di dalam telefon bimbit Defendan Pertama iaitu perbualan-perbualan Defendan Pertama dengan Defendan Kedua yang bersifat mesra, manja dan ghairah ditangkap daripada skrin aplikasi “Whatsapp”.
10
Plaintif juga menyatakan turut menemui gambar-gambar mesra Defendan Pertama bersama teman lelakinya Defendan Kedua, resit-resit hotel yang menunjukkan bukti kecurangan dan salah laku Defendan Pertama, video-video serta bermacam lagi bahan-bahan bukti lain yang terdapat di dalam telefon bimbit berkenaan yang cuba disembunyikan dan disorokkan oleh Defendan Pertama demi menutup perbuatan salah, tingkah laku buruk dan kecurangannya terhadap Plaintif.
11
Plaintif dan Defendan Pertama kemudiannya hanya berhubung berkenaan hal ehwal anak-anak daripada perkahwinan mereka selain daripada cubaan Plaintif untuk menyelamatkan rumah tangganya.
12
Usaha-usaha Plaintif dalam membaiki rumah tangganya mendatangkan tentangan daripada Defendan Pertama yang mana Defendan Pertama enggan untuk memberi kerjasama penuh dengan Plaintif, sekali gus menimbulkan pelbagai isu yang melibatkan pihak ketiga, ahli keluarga, pihak polis dan rakan kenalan.
13
Defendan Pertama yang enggan memberikan kerjasama dengan Plaintif telah menyebabkan kerugian kepada Plaintif yang mana kemuncak masalah rumah tangga Plaintif dan Defendan Pertama telah berakhir dengan rumah Plaintif di pecah masuk oleh Defendan Pertama yang telah mengambil wang dan barangan Plaintif sehingga menyebabkan kerugian wang ringgit dan harta benda.
14
Pada 24 Julai 2022, Plaintif dan Defendan Pertama berurusan mengenai akses kepada anak-anak mereka tetapi urusan tersebut mengikut versi Plaintif, merupakan helah muslihat yang direka oleh Defendan Pertama dan Defendan Kedua dalam sebuah konspirasi untuk mencederakan Plaintif secara tidak sah di sisi undang-undang.
15
Pada 24 Julai 2022, Defendan Pertama telah mengumpan Plaintif untuk bersua muka dengan Defendan Kedua yang mana kemudiannya Defendan Kedua telah menyerang Plaintif.
16
Akibat daripada diserang oleh Defendan Kedua, Plaintif telah membuat satu laporan polis yang disudahi dengan sabitan jenayah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dijatuhkan ke atas Defendan Kedua.
17
Plaintif telah mengalami kerugian/kecederaan/kerosakan, antara lain, wang ringgit, barangan, harta benda, fizikal, keruntuhan institusi rumah tangga, dan tekanan mental.
18
Pihak Plaintif telah memfailkan tindakan terhadap Defendan Pertama dan Kedua menuntut ganti rugi atas apa yang telah dialaminya.
19
Defendan Pertama juga turut memfailkan tuntutan balas. Menurut Defendan Pertama, sepanjang tempoh perkahwinan antara Plaintif dan Defendan Pertama, Plaintif dan Defendan Pertama telah membuat beberapa laporan polis bagi beberapa insiden yang berlaku. Plaintif dan Defendan Pertama sering bertengkar dan sering bergaduh.
20
Plaintif pernah membuat percubaan untuk melarikan anak-anak secara paksa pada 14.10.2018 sewaktu Defendan Pertama sedang membawa anak-anak di Giant Setapak untuk berjumpa dengan Plaintif. Kejadian tersebut telah menyebabkan kecederaan kepada Defendan Pertama di bahagian kedua-dua lutut dan tapak tangan. Selepas itu, Defendan Pertama telah membuat laporan polis akibat bimbang akan keselamatan diri dan anak-anak.
21
Terdapat beberapa kejadian di mana Plaintif telah mengintai, merakam tanpa izin, mencuri dokumen dan barang peribadi Defendan Pertama tanpa keizinan Defendan Pertama.
22
Di antara tempoh selepas bercerai dan rujuk semula, terdapat beberapa insiden Defendan Pertama tidak lagi tinggal sebumbung dengan Plaintif kerana sikap Plaintif yang panas baran yang sering memberi tekanan emosi dan/atau fizikal kepada Defendan Pertama. Selain itu, Defendan Pertama juga bimbang akan keselamatan dirinya dan anak-anak.
23
Defendan Pertama selanjutnya memplidkan bahawa Plaintif juga telah mengganggu Defendan Pertama di tempat kerja dan merampas telefon bimbit Defendan Pertama, serta mengugut untuk menyebarkan aib Defendan Pertama. Plaintif turut menghubungi dan memburukkan nama Defendan Pertama kepada keluarga dan rakan-rakan Defendan Pertama.
24
Pada 20.12.2021, Plaintif sekali lagi telah membawa lari anak-anak secara tidak sah daripada Defendan Pertama dan turut membawa lari kunci rumah bersama-sama Plaintif. Tindakan-tindakan Plaintif ini dilakukan bagi mendatangkan kepayahan dan/atau tekanan yang tidak wajar kepada Defendan Pertama.
25
Memandangkan anak-anak berada di bawah jagaan Defendan Pertama, Plaintif akan mengambil anak-anak sewaktu lawatan tetapi sering kali berlaku hal yang tidak diingini seperti bergaduh dan berlaku kekasaran sehingga mengakibatkan Defendan Pertama sering takut akan keselamatan dirinya dan anak-anak.
26
Defendan Kedua pula menafikan bahawa dia merupakan kekasih gelap atau pun kekasih zina Defendan Pertama. Defendan Pertama merupakan waris terdekat/ saudara terdekat dengan Defendan Kedua dalam tindakan ini, dan rumah ibu-bapa Defendan Pertama juga tidak jauh/berdekatan dengan rumah ibu-bapa Defendan Kedua dalam tindakan ini.
27
Defendan Kedua tidak tahu mengenai perjumpaan Defendan Pertama dan Plaintif berkaitan anak-anak. Defendan Kedua menyatakan bahawa dia kebetulan melalui jalan yang sama pada 24.7.2022.
28
Defendan menafikan adanya pakatan atau konspirasi untuk memukul Plaintif di antara Defendan Pertama dan Defendan Kedua.
29
Defendan Kedua mengakui di mana Defendan Kedua ada dituduh mencederakan Plaintif di Mahkamah Tanah Merah di bawah Seksyen 323 Kanun keseksaan tersebut. Berkaitan dakwaan Plaintif bahawa Defendan Kedua mencederakan Plaintif, Defendan Kedua menyatakan ada Defendan Kedua telah meluruskan tangannya dan telah terkena sipi muka Plaintif. Namun tindakan Defendan Kedua tersebut adalah bertujuan untuk menghalang pihak Plaintif daripada menyebarkan cerita yang tidak benar pada orang-orang yang berada di sekitar kawasan tersebut pada masa kejadian.
30
Berdasarkan para 39 Penyata Tuntutan Terpinda, Plaintif menuntut daripada Defendan-Defendan seperti berikut:- a) Ganti rugi Am untuk ditaksirkan oleh Mahkamah yang Mulia bagi kausa tindakan pencerobohan terhadap diri, pencerobohan terhadap harta benda, dan konspirasi untuk mencederakan Plaintif secara tidak sah di sisi undang-undang terhadap Defendan Pertama; b) Ganti rugi Khas berjumlah RM25,000.00 terbayar kepada Plaintif oleh Defendan Pertama. Ganti rugi Khas tersebut terdiri daripada: i) Ganti Rugi Kehilangan Wang Ringgit RM10,000.00 ii) Ganti Rugi Kemusnahan Barang dan Hak milik Peribadi RM5,000.00 iii) Ganti Rugi Kos-Kos Membaiki Kenderaan RM4,000.00 iv) Ganti Rugi Perbelanjaan Perubatan Pakar RM4,000.00 v) Ganti Rugi Perbelanjaan Pengangkutan RM2,000.00 c) Ganti rugi Am untuk ditaksirkan oleh Mahkamah yang Mulia bagi kausa tindakan pencerobohan terhadap diri dan konspirasi untuk mencederakan Plaintif secara tidak sah di sisi undang-undang terhadap Defendan Kedua; d) Ganti rugi Teladan untuk ditaksirkan oleh Mahkamah yang Mulia; e) Ganti rugi Teruk untuk ditaksirkan oleh Mahkamah yang Mulia; f) Faedah dikira pada kadar 5% setahun daripada tarikh pemfailan Writ hingga penyelesaian penuh jumlah penghakiman.
31
Berdasarkan para 64 Pembelaan Terpinda dan Tuntutan Balas Terpinda pihak Defendan Pertama menuntut: a) Plaintif mengembalikan dan/atau memulangkan semula telefon bimbit Defendan Pertama model Vivo V2043 tersebut kepada Defendan Pertama serta memastikan telefon tersebut berada di dalam keadaan yang baik dan/atau tidak dilindungi dengan apa-apa kata laluan yang boleh menghalang akses oleh Defendan Pertama serta memastikan semua data yang terdapat di dalam phone storage dan/atau kad memori tidak dipadamkan dan/atau dibuang dari telefon bimbit Defendan Pertama tersebut; b) Satu injunksi tetap untuk menghalang Plaintif, sama ada melalui Defendan Pertama sendiri dan/atau wakilnya melalui apa-apa cara dari selanjutnya menyatakan dan/atau menyebarkan dan/atau menerbitkan atau menyebabkan menyatakan atau dan/atau menyebarkan dan/atau dan/atau apa sahaja bentuk fitnah dan/atau perbuatan gangguan (“harassment”) dan/atau kacau ganggu terhadap Defendan Pertama di mana-mana platform sama ada di dalam video, lisan, media pencetakan atau melalui internet sama ada di dalam atau di luar tempat kerja Defendan Pertama; c) Satu injunksi tetap untuk menghalang Plaintif, sama ada melalui Defendan Pertama sendiri dan/atau wakilnya melalui apa-apa cara dari selanjutnya sebarang bentuk perbuatan gangguan (“harassment”) dan/atau kacau ganggu terhadap Defendan Pertama dan/atau ahli keluarga Defendan Pertama dan/atau saudara mara dan/atau rakan-rakan dan/atau kenalan Defendan Pertama; d) Plaintif memadamkan dan menghentikan penerbitan dan /atau penyebaran segala bentuk data peribadi Defendan Pertama, termasuk gambar-gambar serta dokumen-dokumen penting kepada pihak ketiga; e) Permohonan maaf secara penuh dan menarik balik dakwaan dan/atau fitnah tersebut ke atas Defendan Pertama dan permohonan maaf itu dilakukan di hadapan Defendan Pertama di dalam bentuk yang telah diluluskan oleh Defendan Pertama dan memuaskan kepada Defendan Pertama; f) Ganti Rugi Am untuk ditaksirkan; g) Faedah pada kadar 5% setahun ke atas jumlah ganti rugi am dikira dari tarikh penghakiman hingga tarikh penyelesaian penuh; h) Ganti Rugi Khas untuk ditaksirkan bagi gangguan dan kacau ganggu yang telah memberi kesan kepada kesihatan dan kesejahteraan Defendan Pertama dan anak-anaknya; i) Faedah pada kadar 5% setahun ke atas jumlah ganti rugi khas dikira dari tarikh penghakiman hingga tarikh penyelesaian penuh; j) Ganti Rugi teruk dan/atau melampau (Aggravated Damages); k) Faedah pada kadar 5% setahun ke atas jumlah ganti rugi teruk dan/atau melampau dikira dari tarikh penghakiman hingga tarikh penyelesaian penuh; l) Ganti Rugi Tauladan; m) Faedah pada kadar 5% setahun ke atas jumlah Ganti Rugi Tauladan dikira dari tarikh penghakiman hingga tarikh penyelesaian penuh; n) Kos tindakan; dan o) Apa-apa lagi relif lain yang Mahkamah yang mulia ini fikir patut dan wajar diberikan.
32
Pada 27.10.2025, Mahkamah telah memberikan keputusan sebagaimana berikut: Plaintif vs Defendan Pertama a) Setelah meneliti secara keseluruhan kes, keterangan saksi-saksi, dokumen-dokumen serta hujahan yang telah difailkan oleh kedua-dua pihak, Mahkamah atas imbangan kebarangkalian memutuskan bahawa Plaintif gagal membuktikan tuntutannya. b) Plaintif telah menarik balik tuntutan berkaitan pencerobohan terhadap diri dan harta benda dan hanya meneruskan tindakan berkaitan konspirasi untuk mencederakan Plaintif. c) Defendan membantah tindakan Plaintif menarik balik tindakan pencerobohan terhadap diri dan harta benda pada saat akhir iaitu di peringkat hujahan memandangkan pihak-pihak telah bersedia mengenai tuntutan pihak Plaintif tersebut sepanjang perbicaraan dan kertas kausa disediakan berdasarkan dakwaan yang dibuat oleh pihak Plaintif. d) Keputusan Mahkamah adalah sebagaimana berikut (berdasarkan para 39 Penyata Tuntutan Terpinda) i) Para (a) : Ditolak ii) Para (b) : Ditarik Balik iii) Para (d) Ganti rugi Teladan: Ditolak iv) Para (e) Ganti rugi Teruk: Ditolak v) Para (g); Kos RM 4000 diberikan kepada Defendan Pertama Tuntutan Balas Defendan Pertama terhadap Plaintif a) Setelah meneliti secara keseluruhan kes, keterangan saksi-saksi, dokumen-dokumen serta hujahan yang telah difailkan oleh kedua-dua pihak, Mahkamah atas imbangan kebarangkalian memutuskan bahawa Defendan gagal membuktikan tuntutan balasnya. Mahkamah memberikan keputusan berikut sebagaimana para 64 Penyata pembelaan terpinda: i) Para (a), (b), (c),(e), (f), (g), (h), (i), (j) (k) (l) dan (m) ditolak ii) Para (n) – kos sebanyak RM 4000 diberikan kepada Plaintif Plaintif vs Defendan Kedua (kecederaan diri) a) Setelah meneliti secara keseluruhan kes, keterangan saksi-saksi, dokumen-dokumen serta hujahan yang telah difailkan oleh kedua-dua pihak, Mahkamah atas imbangan kebarangkalian memutuskan bahawa Plaintif telah berjaya membuktikan tuntutannya bahawa pihak Defendan Kedua telah melakukan pencerobohan terhadap diri Plaintif iaitu memukul pihak Plaintif. b) Namun begitu, Mahkamah berpendapat bahawa pihak Plaintif telah gagal membuktikan bahawa terdapatnya ganti rugi am yang mewajarkan sebarang pampasan diberikan kepada pihak Plaintif. Oleh sebab itu, tiada ganti rugi diberikan kepada pihak Plaintif. c) Kos sebanyak RM 500 kepada pihak Plaintif. Plaintif vs Defendan-Defendan a) Setelah meneliti secara keseluruhan kes, keterangan saksi-saksi, dokumen-dokumen serta hujahan yang telah difailkan oleh kedua-dua pihak, Mahkamah atas imbangan kebarangkalian memutuskan bahawa Plaintif gagal membuktikan tuntutannya. b) Tuntutan Plaintif berkaitan konspirasi ditolak dengan kos sebanyak RM 4000 diberikan kepada Defendan-Defendan.
33
Tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut, pihak Plaintif telah memfailkan notis rayuan bertarikh 10.11.2025 merayu terhadap sebahagian keputusan Mahkamah iaitu berkaitan dengan tuntutan terhadap Defendan Kedua sahaja yang melibatkan kausa tindakan pencerobohan terhadap diri iaitu melibatkan tuntutan ganti rugi am yang ditolak oleh pihak Mahkamah.
34
DAPATAN MAHKAMAH Perbicaraan telah berlangsung dengan 6 orang saksi. Saksi-Saksi yang telah dipanggil memberi keterangan di Mahkamah adalah sebagaimana berikut: Plaintif Pertama a) SP1: Mohd Khairul Azahar Bin Mohd Khadri (Plaintif) Defendan Pertama b) SD1: Yusmazida Binti Mohd Yusoff (Defendan Pertama) c) SD2: Yuskimi Bin Che Awang @ Mohd Yusoff (Abang Defendan Pertama) d) SD3: Dr. Hayyum Suleikha Binti Selamat (Rakan Sekerja Defendan Pertama) Defendan Kedua e) SD4: Wan Mohd Khaisal Bin Wan Othman (Defendan Kedua) f) SD5: Mohd Annaziff Bin Mohamad – (Kawan Defendan Kedua)
35
Tuntutan Plaintif pada asalnya adalah terhadap Defendan Pertama sahaja di mana Plaintif telah memulakan tindakan Writ Saman dan Penyataan Tuntutan ini pada 21.06.2022.
36
Pada 24.07.2022 sewaktu Defendan Pertama berada di Kelantan, Plaintif telah datang ke Kelantan. Plaintif memberikan alasan untuk berjumpa dengan anak-anak. Namun demikian, Plaintif telah datang dan dikatakan telah membuat provokasi terhadap Defendan Kedua.
37
Plaintif mendakwa kononnya terdapat satu konspirasi bahawa Defendan Pertama dan Defendan Kedua mencederakan Plaintif. Oleh itu, Plaintif telah meminda Writ Saman dan Penyataan Tuntutan bertarikh 26.02.2024 dengan memasukkan Defendan Kedua sebagai salah seorang pihak di dalam tindakan ini dan membuat tuntutan bagi konspirasi serta kecederaan diri.
38
Memandangkan Plaintif pada awalnya telah memfailkan tindakan berdasarkan kausa tindakan yang berbeza dan turut menuntut terhadap Defendan-Defendan secara berasingan dan juga bersama-sama, Mahkamah melihat kes ini secara keseluruhan di mana tuntutan serta fakta yang terlibat adalah saling berkaitan serta mempengaruhi antara satu sama lain. Isu-Isu yang perlu dibicarakan
1
Antara Plaintif dan Defendan Pertama Sama ada Defendan Pertama berketanggungan untuk memampas Plaintif bagi kerugian yang wujud akibat perbuatan Defendan Pertama di rumah kelamin B-14-13, PPR Pinggiran Bukit Jalil, Jalan Bukit Jalil Indah, 58100 Bukit Jalil, Kuala Lumpur?
2
Sama ada Defendan Pertama telah menyebabkan kecederaan/kerugian/kerosakan terhadap Plaintif berikutan keruntuhan rumah tangga dan tekanan mental akibat hubungan zina?
3
Sama ada Plaintif telah menyebabkan kerugian terhadap Defendan Pertama berikutan tindakan Plaintif yang telah merampas telefon bimbit model Vivo milik Defendan Pertama?
4
Sama ada Plaintif bertanggungan untuk memampas Defendan Pertama bagi kerugian yang wujud akibat perbuatan kacau ganggu dan/atau gangguan oleh Plaintif?
5
Antara Plaintif dan Defendan Kedua Sama ada Defendan Kedua telah melakukan pencerobohan ke atas diri terhadap Plaintif pada 24 Julai 2022?
6
Sama ada Defendan Kedua menyebabkan kecederaan/kerugian/kerosakan kepada Plaintif berikutan serangan yang dilakukan oleh Defendan Kedua pada 24 Julai 2022?
7
Sama ada kecederaan/kerugian/kerosakan kepada Plaintif pada 24 Julai 2022 berpunca daripada Plaintif sendiri atau sebaliknya?
8
Sama ada terdapat provokasi yang berlaku oleh Plaintif terhadap Defendan Kedua pada 24 Julai 2022?
9
Sama ada terdapat apa-apa aduan yang dibuat oleh Plaintif tentang isu konspirasi dan sama ada terdapat apa-apa hasil siasatan tentang isu kekasih gelap/kekasih zina/menjalinkan hubungan zina antara Defendan Pertama dan Defendan Kedua oleh Plaintif daripada mana-mana jabatan agama atau polis?
10
Antara Plaintif dan Defendan-Defendan Sama ada Defendan Pertama dan Defendan Kedua telah menjayakan konspirasi untuk mencederakan secara tidak sah disisi undang-undang terhadap Plaintif?
39
Tuntutan terhadap Defendan Kedua adalah berdasarkan apa yang berlaku pada 24.7.2022.
40
Pada 24.7.2022, Plaintif ingin berjumpa dengan anak-anak Plaintif. Namun begitu, perjumpaan tersebut dicadangkan di Balai Polis Tanah Merah. Plaintif dan Defendan Pertama ke Balai polis tersebut secara berasingan iaitu masing-masing menaiki kenderaan masing-masing.
41
Dalam perjalanan ke Balai Polis tersebut, Plaintif mengekori kenderaan Defendan Pertama. Namun, Plaintif telah mendapati terdapatnya kereta Defendan Kedua di belakang kereta Plaintif dan apabila Plaintif dan Defendan Pertama sampai di Balai Polis Tanah Merah, Plaintif telah menuduh Defendan Pertama telah bersubahat dengan Defendan Kedua kerana Defendan Kedua dikatakan mengekori kenderaan Plaintif dalam perjalanan ke balai polis tersebut.
42
Defendan Pertama kemudiannya menelefon Defendan Kedua bertanyakan perihal Defendan Kedua yang dikatakan mengekori kereta Plaintif tetapi dinafikan oleh Defendan Kedua. Menurut Defendan Kedua dia tidak tahu menahu perihal pihak Plaintif dan Defendan Pertama yang hendak berjumpa di Balai Polis. Defendan Kedua menyatakan dia dalam perjalanan menuju ke Bandar dengan rakannya.
43
Pihak Plaintif tidak mempercayai makluman tersebut dan akhirnya telah menelefon sendiri Defendan Kedua, tetapi menggunakan telefon Defendan Pertama, meminta Defendan Kedua hadir ke balai polis tetapi Defendan Kedua enggan hadir dengan alasan dia tidak terlibat dengan urusan Plaintif dan Defendan Pertama serta mempunyai urusan lain dengan rakannya.
44
Defendan Kedua bertindak untuk memutuskan panggilan telefon tetapi Plaintif telah menelefon Defendan Kedua menyatakan bahawa pihak polis ingin berjumpa dengan Defendan Kedua.
45
Defendan Kedua menyatakan bahawa sekiranya pihak polis yang ingin berjumpa dengan pihak Defendan Kedua, sepatutnya pihak polis yang menelefon Defendan Kedua dan bukannya pihak Plaintif. Sekiranya pihak Plaintif ingin berjumpa dengan Defendan Kedua, Plaintif boleh hadir ke kantin kereta sewa tanah merah.
46
Plaintif telah pergi ke sana dan berlakulah peristiwa Defendan Kedua memukul Plaintif tersebut.
47
Menurut Defendan Kedua, Plaintif sendiri yang telah hadir ke tempat Defendan Kedua iaitu di kantin kereta sewa Tanah Merah. Bersama Defendan Kedua ialah rakannya iaitu SD5. SD5 turut sama berada dalam kereta Defendan Kedua apabila Defendan Kedua dikatakan mengekori kereta Plaintif tersebut.
48
Defendan Kedua menyatakan yang Defendan Kedua telah meluruskan tangannya dan telah terkena sipi muka Plaintif, selepas itu Plaintif dan kawannya terus pergi dari tempat tersebut. Plaintif telah hadir ke tempat kejadian pada awalnya bersama kawan Plaintif.
49
Defendan Kedua bertindak demikian atas provokasi pihak Plaintif yang mana Plaintif telah masuk ke ruang kantin kereta sewa tersebut dan menyatakan bahawa Defendan Kedua telah berzina dengan isterinya. Ini mencetuskan tanda tanya kepada orang-orang lain yang berada di ruang kantin tersebut yang mana kebanyakannya mengenali Defendan Kedua.
50
Tindakan Defendan Kedua mencederakan Plaintif adalah tidak disengajakan atas alasan untuk menghalang Plaintif daripada menceritakan perkara yang tidak benar terhadap Defendan Pertama dan Defendan Kedua di kantin kereta sewa tersebut.
51
Defendan Kedua juga telah dituduh di Mahkamah Tanah Merah tiga hari selepas itu, dan Defendan Kedua telah mengaku salah atas pertuduhan tersebut dan telah disabitkan dengan kesalahan dan telah dikenakan hukuman denda sebanyak RM2,000.00 oleh Mahkamah Majistret Tanah Merah.
52
Tindakan Defendan Kedua terhadap Plaintif telah diakui oleh SD5 yang turut berada di tempat kejadian. SD5 turut menyatakan bahawa tindakan Defendan Kedua tersebut adalah akibat provokasi oleh pihak Plaintif.
53
Tuntutan Plaintif terhadap Defendan Kedua adalah di bawah payung salah laku (tort) yang berkisarkan pencerobohan terhadap diri (“trespass to person – battery – assault”) dan konspirasi untuk mencederakan.
54
Pihak Plaintif hanya memfailkan rayuan berkaitan dengan kecederaan diri dan tidak merayu berkaitan konspirasi untuk mencederakan.
55
Beban pembuktian adalah di bahu Plaintif untuk membuktikan suatu perbuatan yang melanggar haknya – untuk dirinya tidak dicerobohi. Plaintif mempunyai beban pembuktian untuk membuktikan bahawa terdapatnya kecederaan pada dirinya bagi membolehkan tuntutan ganti rugi dibenarkan.
56
Seksyen 101 dan 102 Akta Keterangan 1950 menyatakan sebagaimana berikut:
101
Burden of proof
1
Whoever desires any court to give judgment as to any legal right or liability, dependent on the existence of facts which he asserts, must prove that those facts exist.
2
When a person is bound to prove the existence of any fact, it is said that the burden of proof lies on that person. …
102
On whom burden of proof lies The burden of proof in a suit or proceeding lies on that person who would fail if no evidence at all were given on either side.
57
Dalam kes Hyperkin Sdn Bhd V. Hyperwave Systems Engineering Sdn Bhd [2019] MLRHU 1448 yang memutuskan bahawa beban pembuktian akan beralih dari Plaintif ke Defendan sekiranya Plaintif berjaya melepaskan beban buktinya agar Defendan boleh memasukkan pembelaannya :- “As the onus and burden of proof was on the Plaintiff who desired to ask the Court to grant judgment, the Plaintiff must proved that it has suffered loss and damage before it shifts to the Defendant to establish the defence. On this, s 104 of the Evidence Act 1950 stipulates: "The burden of proving any fact necessary to be proved in order to enable any person to give evidence of any other fact, is on the person who wishes to give the evidence."
58
Pihak Plaintif telah berhujah bahawa tindakan pencerobohan terhadap diri ini merupakan satu tindakan yang “actionable per se”, kerosakan dan/atau kerugian akan dianggap (“presumed”) berbangkit daripada pembuktian pencerobohan terhadap diri.
59
Ini merupakan kedudukan mantap seperti yang diputuskan dalam kes Mahkamah Tinggi, Subramaniam Paramasivam & Ors V. Malaysian Airline System Bhd [2001] 4 MLRH 174 yang melanjutkan menyatakan seperti berikut:- “[45] A tort arising from the infringement of a legal right (as in defamation) is actionable per se, that is to say, damage is presumed merely upon proof of the infringement of such a right. There is no need for the plaintiff to prove (as in negligence) a causal connection between the wrong done and the damage suffered in consequence, such that the question of remoteness is quite irrelevant. The principle had its origin in the Ashby v. White [1703] 2 Lord Ryam 938, but was restated with approval by Lord Wright in the Court of Appeal case of Nicholls v. Elley Beet, etc. Ltd [1936] Ch 343 at 380 where the following general proposition was made: ... the ability to maintain such an action (for infringement of rights of fishing, in that case) depends on a much wider principle, that is the principle that where you have an interference with a legal right the law presumes damage. [46] The infringement of the plaintiffs’ rights having been established, it would now only be necessary to measure the damages to be awarded.”
60
Dalam keterangannya Plaintif menyatakan bahawa dia telah dipukul dan diserang oleh Defendan Kedua. Plaintif mengalami kecederaan di bahagian muka iaitu luka dan bengkak di pipi serta telinga berdesing. Plaintif juga mengalami tekanan jiwa apabila dipukul dan mendapati bahawa Defendan Pertama dan Defendan Kedua bersekongkol bagi membolehkan Plaintif dipukul oleh kekasih zina isteri Plaintif sendiri iaitu Defendan Pertama.
61
Pihak Plaintif telah merujuk kepada kes Muhammad Isma Izami Jaafar V. Konstabel Muhamad Zafran Aiman Muhamad Zainol & Ors [2023] MLRHU 1612 yang mana Mahkamah Tinggi membincangkan hal perkara pencerobohan terhadap diri – battery:- “[35] Meanwhile, "battery" has been defined in Collins v. Wilcock [1984] 3 AER 374 as "the actual infliction of unlawful force on another person". In that case the appellate court held: "We are here concerned primarily with battery. The fundamental principle, plain and incontestable, is that every person's body is inviolate. It has long been established that any touching of another person, however slight, may amount to a battery. So Holt CJ held in 1704 that 'the least touching of another in anger is a battery': see Cole v. Turner 6 Mod Rep 149, 90 ER 958. The breadth of the principle reflects the fundamental nature of the interest so protected; as Blackstone wrote in his Commentaries, 'the law cannot draw the line between different degrees of violence, and therefore totally prohibits the first and lowest stage of it; every man's person being sacred, and no other having a right to meddle with it, in any the slightest manner' (see 3 Bl Com 120). The effect is that everybody is protected not only against physical injury but against any form of physical molestation.".
62
Pihak Plaintif menyatakan bahawa tindakan pihak Defendan Kedua yang menyatakan bahawa Defendan Kedua hanya meluruskan tangan sedangkan Plaintif mendakwa dia ditumbuk, kedua-dua perbuatan tersebut, sama ada meluruskan tangan atau pun ditumbuk, ia bukan pertimbangan utama, kerana tubuh Plaintif kekal dicerobohi baik pada tahap tertinggi (ditumbuk) atau pun tahap yang rendah (ditujah) kerana “the law cannot draw the line between different degrees of violence”.
63
Walau apa pun, fakta yang kekal terbukti adalah berlaku sentuhan dengan sengaja dan dalam kawalan Defendan Kedua apabila tangan Defendan Kedua hinggap di wajah Plaintif; baik tujah, baik tumbuk, baik luruskan tangan, baik hendak halau mulutnya; kesemuanya terangkum kepada pencabulan lahiriah pada tubuh Plaintif – “any form of physical molestation”.
64
Plaintif turut memetik nas daripada kes yang sama, Muhammad Isma (Supra) yang membincangkan kes Letang v Cooper berikutan dakwaan ketidaksengajaan:- [41] The SFC also argued that there was no intention on the part of both policemen to deliberately cause such injuries to the Plainitff because they were merely carrying out their statutory duties in crime prevention. Hence, the legal requirement for assault and battery had not been proved. What may have occurred at the material time was only likely negligence applying the principle in the famous case of Letang v. Cooper [1964] 2 All ER 929 where Lord Denning MR held: "...If one man intentionally applies force directly to another, the plaintiff has a cause of action in assault and battery, or, if you so please to describe it, in trespass to the person. "The least touching of another in anger is a battery." If he does not inflict injury intentionally, but only unintentionally, the plaintiff has no cause of action today in trespass. His only cause of action is in negligence, and then only on proof of want of reasonable care. If the io plaintiff cannot prove want of reasonable care, he may have no cause of action at all. Thus, it is not enough nowadays for the plaintiff to plead that "the defendant shot the plaintiff". He must also allege that he did it intentionally or negligently. If intentional, it is the tort of assault and battery. If negligent and causing damage, it is the tort of negligence...".
65
Kausa tindakan bagi pencerobohan terhadap diri yang dilakukan oleh Defendan Kedua kepada Plaintif adalah jelas terbukti seperti yang dirumuskan seperti berikut:- a) Berlakunya sentuhan – tangan Defendan Kedua hinggap di wajah Plaintif; b) Defendan Kedua dalam kawalannya dan sengajanya menyebabkan sentuhan itu – ‘hendak buat dekat mulutnya tapi kena pipi’; c) Sentuhan itu tidak diizinkan oleh Plaintif – laporan polis P1 terus dibuat pada hari yang sama pencerobohan itu berlaku.
66
Plaintif menyatakan bahawa Plaintif telah berjaya membuktikan terdapatnya pencerobohan pada diri Plaintif. Menurut kes Subramaniam (Supra ), kerosakan dan kerugian adalah dianggap (“presumed”) kerana pencerobohan terhadap diri merupakan hak yang dilindungi oleh prinsip asasi bahawa tubuh seseorang individu itu adalah tidak tercabul – “the fundamental principle, plain and incontestable, is that every person's body is inviolate”.
67
Plaintif telah memberikan keterangan bahawa dia mengalami kerugian dan/atau kerosakan dan/atau kesakitan. Kecederaan yang dialami oleh Plaintif adalah konsisten dan tersokong seperti yang diplidkan, dinyatakan dalam laporan polisnya dan keterangannya bahawa pipi kirinya bengkak dan telinganya berdesing.
68
Pihak Plaintif menghujahkan bahawa dengan merujuk kepada “Personal Injury Compendium 2018” yang memperuntukkan julat bagi kecederaan bengkak dalam lingkungan pampasan sebanyak RM3,000.00 hingga RM5,000.00. Oleh sebab itu, jumlah tersebut sesuai diberikan kepada Plaintif sebagai ganti rugi atas kecederaan yang di alaminya tersebut.
69
Pada masa yang sama, Plaintif juga berhujah bahawa pencerobohan terhadap diri yang dilakukan oleh Defendan Kedua kepada Plaintif mewajarkan Plaintif diberikan ganti rugi teruk.
70
Dalam kes Roshairee Abd Wahab V. Mejar Mustafa Omar & Ors [1996] 1 MLRH 548 di mana Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa:- “[26] Encik Karpal Singh in his submission highlights that within the category of compensatory damages, aggravated damages can also be awarded. This category of damages is described as: Compensation for the injured feelings of the plaintiff where the sense of injury resulting from wrongful physical act is justifiably heightened by the manner in which or motive for which the defendant did it - per Lord Diplock in Broome v. Cassell & Co [1972] AC 1027 @ 1124. [27] It is to compensate the plaintiff for injuries affecting his feelings arising out of the tortious acts of the defendants. In assessing this, all circumstances of the case must be taken into account, including the character of the plaintiff - see Edmund Davis LJ in Ansell v. Thomas [1974] Crim LR 31. [28] In the opinion of this Court, the plaintiff may at the material time be weaker, less experience and lower in rank to the lst and 2nd defendants, but he was entitled, as all young officers do to self respect and dignity. By the acts of the lst and 2nd defendants he has suffered humiliation, loss of pride and self esteem. Instead of being encouraged, advised and protected by these two seniors, the plaintiff was insulted and assaulted by them. To compensate the plaintiff for the injury to his feelings, this Court awards a sum of RM50,000 as aggravated damages.”
71
Plaintif telah dipukul kerana mempertahankan rumah tangganya, Plaintif telah mengalami penghinaan dan kejatuhan air muka dan keyakinan diri yang mewajarkan ganti rugi teruk untuk diberikan oleh Mahkamah yang Mulia ini – “to compensate the plaintiff for the injury to his feelings”.
72
Pihak Defendan Kedua berhujah bahawa Plaintif perlu membuktikan kecederaan dan kerugian yang dialaminya.
73
Dalam kes Datuk Mohd Ali Bin Hj Abdul Majid & Anor (both practicing as Messrs. Mohd Ali & Co) v. Public Bank Bhd [2014] 4 MLJ 465, Mahkamah Persekutuan memutuskan:. "[32) it is trite law that a claimant claiming damages must prove that he has suffered the damage. The claimant has the burden of proving both liability and quantum of damages, before he can recover the sum claimed. This follows from the general rule that the burden of proving of fact is upon him who alleges it and not upon him who denies it, so that where a particular allegation forms an assential part of a person's case, the proof of such allegation falls on him. (see s.103 of the Evidence Act 1950). If he fails to prove both the liability and the quantum of damages, he loses the action. [33] Therefore, in a claim for damages, it is not sufficient for the plaintiff to merely state the amount of damages that he is claiming, he must prove the damage tha the had in fact suffered to the satisfaction of the court. This principle is borne out in the case of Bonham Carter v Hyde Park Hotel (1948) 64 TLR 177 where Lord Goddard CJ observed: Plaintiffs must understand that if they bring actions for damages it is for them to prove their damage; it is not enough to write down the particulars, and, so to speak, throw them at the head of the court, saying: ‘This is what I have lost, I ask you to give me these damages.’ They have to prove it. This statement was cited with approval by Edgar Joseph JR FCJ in Tan Sri Khoo Teck Puat v Plenitude Holdings Sdn Bhd [1994] 3 MLJ 777. [34] The claim by the plaintiff in the present case is for general and special damages arising out of breach of contract and/or negligence. Therefore, the burden rests on the plaintiff to prove the damages and it is not sufficient for the plaintiff to merely assert that he had suffered such damages without proving it (see Admiralty Comrs v SS Susquehanna [1926] AC 655 and Bolag v Hutchison [1905] AC 515). In the circumstances, we hold that the learned High Court judge was right in ordering that summary judgment to be entered on liability with damages to be assessed (see Dummer v Brown and Another [1953] 1 QB 710; Tan Ah Chim & Sons Sdn Bhd lwn Lim Kean Siew dan lain-lain [2000] 6 MLJ 670)
74
Pihak Plaintif tidak memberikan sebarang laporan perubatan yang menunjukkan kecederaan yang dialaminya serta tekanan jiwa yang dihadapinya. Kegagalan pihak Plaintif untuk memfailkan laporan perubatan atas kecederaan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Laporan Perubatan selepas 24.7.2022 yang kononnya Plaintif mengalami kemurungan serta gangguan emosi, menyebabkan Mahkamah mengguna pakai inferens bertentangan ("adverse inferens") dalam kes ini sepertimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 114 (g) Akta keterangan 1950 (Akta 56).
75
Mahkamah dalam kes ini bersetuju bahawa terdapatnya pencerobohan diri pada diri Plaintif. Terdapatnya persentuhan antara pihak Plaintif dan pihak Defendan Kedua. Walaupun pihak Defendan Kedua menyatakan perkara tersebut tidak disengajakan kerana terdapatnya provokasi bagi pihak Plaintif, namun begitu, Mahkamah berpendapat, provokasi yang di dibuat oleh pihak Plaintif bukanlah satu provokasi yang secara tiba-tiba dan segera yang tidak boleh dielakkan oleh pihak Defendan. Tambahan pula, provokasi yang dibuat adalah dalam bentuk kata-kata dan bukannya satu perbuatan.
76
Plaintif telah dituduh di bawah seksyen 323 dan telah pun mengaku salah. Walaupun kes jenayah tidak dapat mempengaruhi kes sivil tetapi fakta tersebut tetap memberi sedikit pemberatan untuk kes ini. Tambahan pula Defendan Kedua mengakui terdapatnya sentuhan pada pipi Plaintif dan mengakui bahawa dia telah dituduh di bawah seksyen 323 KK tersebut.
77
Pencerobohan diri tidak memerlukan kesan yang teruk untuk dibuktikan kewujudannya. Dengan kata lain, kesan pencerobohan tidak perlu dilihat dengan ketara. Ia cukup sekiranya terdapatnya sentuhan pada badan Plaintif dan perkara ini tidak dinafikan oleh pihak Defendan Kedua. Defendan Kedua berniat untuk menutup mulut pihak Plaintif tetapi tindakannya tersebut telah terkena pipi Plaintif.
78
Walaupun Mahkamah bersetuju bahawa terdapatnya pencerobohan diri terhadap Plaintif oleh Defendan Kedua, Mahkamah masih berpendapat bahawa pihak Plaintif masih perlu membuktikan bukan sahaja daripada segi liabiliti iaitu perbuatan menceroboh atau memukul tersebut tetapi kesannya terhadap pihak Plaintif bagi membolehkan Plaintif mendapat ganti rugi yang sewajarnya.
79
Mahkamah dalam kes ini melibat secara keseluruhan kes ini memandangkan ia pada asalnya bukan melibatkan pihak Defendan Kedua sahaja. Defendan Kedua dimasukkan sebagai pihak dalam kes ini setelah tuntutan terhadap Defendan Pertama difailkan. Plaintif bukan sahaja menuntut terhadap Defendan Kedua bagi kecederaan diri tetapi juga menuntut terdapatnya konspirasi antara Defendan Pertama dan Defendan Kedua untuk mencederakan pihak Plaintif dan pada masa yang sama turut menuntut terhadap Defendan Pertama atas apa yang berlaku dalam rumah tangga Plaintif dan Defendan Pertama.
80
Plaintif mendakwa bahawa dia mengalami pipi kiri bengkak dan telinga berdesing. Namun begitu tiada laporan perubatan difailkan. Keterangan Plaintif mengenai kecederaan yang dialaminya tersebut tidak disokong dengan sebarang keterangan dokumen.
81
Defendan Kedua telah dituduh di bawah seksyen 323 KK dan pada kebiasaannya laporan perubatan akan diperoleh dan dikemukakan semasa pendengaran pertuduhan tersebut. Plaintif pada kebiasaannya akan diberikan surat daripada pihak polis untuk ke klinik atau hospital untuk rawatan semasa siasatan di bawah seksyen 323 KK.
82
Laporan perubatan ini sepatutnya dalam pengetahuan pihak Plaintif sendiri. Apa yang menyebabkan laporan ini tidak dikemukakan sedangkan laporan tersebut bukanlah sesuatu yang sukar untuk diperoleh oleh pihak Plaintif kerana melibatkan laporannya sendiri dan bukannya orang lain?
83
Berkenaan dengan tuduhan di bawah Seksyen 323 KK tersebut, Mahkamah tidak menafikan bahawa Defendan Kedua telah mengaku salah dan telah diberikan hukuman. Namun begitu, latar belakang siasatan dan dakwaan berkaitan perkara ini, terdapat banyak persoalan yang timbul.
84
Mahkamah berpendapat bahawa Defendan Kedua bertindak untuk mengaku salah kerana tidak mahu memanjangkan kes. Semasa siasatan, Plaintif sendiri telah dipukul oleh pihak polis iaitu pegawai penyiasat kes. Ini berhubung dengan dakwaan berkaitan keengganan pihak Defendan Kedua apabila diminta untuk hadir ke balai polis semasa panggilan telefon dibuat semasa Plaintif dan Defendan Pertama ada di balai polis yang dikatakan sebagai mencabar pihak polis dan ini berpunca daripada dakwaan pihak Plaintif. Oleh sebab itu, latar belakang kes ini adalah bersimpang siur dan banyak melibatkan emosi.
85
Mahkamah juga berpendapat bahawa sekiranya laporan perubatan diberikan, tidak dapat dipastikan sama ada akan terdapat kesan pipi bengkak serta telinga berdesing sebagaimana yang didakwa oleh pihak Plaintif atau kesan tersebut merupakan kesan pukulan oleh pihak polis sendiri. Ini kerana mengikut pihak Defendan Kedua, sentuhan yang berlaku tidaklah kuat.
86
Laporan perubatan tersebut, sekiranya dikemukakan, adalah tidak memihak kepada pihak Plaintif.
87
Oleh yang demikian, Mahkamah tidak boleh membuat penilaian terhadap kecederaan yang dialami oleh pihak Plaintif bagi membolehkan ganti rugi am diberikan termasuklah juga sebarang ganti rugi nominal.
88
Pihak Plaintif juga meminta ganti rugi teruk atas kecederaan emosi serta aib muka kerana mempertahankan rumah tangganya.
89
Mahkamah berpendapat bahawa Plaintif sendiri yang telah ke kantin kereta sewa tersebut. Plaintif, pada pendapat Mahkamah lebih menyumbang kepada apa yang berlaku terhadap dirinya.
90
Plaintif telah gagal memberikan sebarang laporan psikiatri yang terkini iaitu selepas kejadian ini berlaku. Plaintif mengalami gangguan mental dan telah didiagnosis mengalami “Persistent Depressive Disorder with Major Depressive Disorder” dan telah mendapat rawatan sebagai pesakit luar di klinik pisikitri pada 2019.
91
Plaintif tidak mempunyai sebarang rekod bahawa Plaintif pernah memasuki wad psikiatri. Kali terakhir Plaintif mendapatkan rawatan ialah pada 1.9.2020 dan Plaintif telah gagal untuk menghadiri temu janji klinik berikutnya. Rekod psikiatri ini diperoleh melalui laporan psikiatri Hospital Tengku Ampuan Afzan yang bertarikh 4.4.2022 iaitu sebelum kejadian pukul ini berlaku.
92
Laporan tersebut juga hanya menjelaskan keadaan Plaintif sebelum ini dan bukannya selepas kejadian yang berlaku. Oleh yang demikian, Mahkamah tidak boleh membezakan sama ada Plaintif sekarang ini mengalami tekanan akibat dipukul oleh pihak Defendan Kedua atau sememangnya penyakit lama yang telah dialami oleh Plaintif dan Plaintif tidak mendapatkan rawatan yang sewajarnya bagi penyakit yang dialaminya tersebut.
93
Plaintif dan Defendan Pertama mengalami masalah rumah tangga. Penceraian telah banyak kali berlaku di antara Plaintif dan juga Defendan Pertama. Defendan Kedua dituduh sebagai kekasih zina Defendan Pertama. Namun begitu, sepanjang perbicaraan berlangsung, Plaintif menafikan bahawa zina yang dimaksudkan adalah zina daripada segi undang-undang. Plaintif menyatakan zina yang dimaksudkannya merupakan zina yang bersifat umum iaitu zina mata dan sebagainya.
94
Plaintif membuat tuduhan yang serius terhadap Defendan Kedua sebagai kekasih zina isterinya. Tingkah laku Plaintif yang merakam kenderaan Defendan Kedua apabila nampak kereta Defendan Kedua di belakangnya serta mengumpulkan gambar-gambar Defendan Kedua melalui media sosial menunjukkan Plaintif beremosi terhadap Defendan Kedua.
95
Tindakan Plaintif yang berterusan menuduh Defendan Kedua mengekori Plaintif dan Defendan Pertama serta tuduhan konspirasi untuk mencederakan merupakan satu tindakan beremosi yang menunjukkan keadaan Plaintif yang tidak berpuas hati terhadap pihak Defendan Kedua.
96
Plaintif menyatakan apa yang diucapkan olehnya semasa di kantin kereta sewa Tanah Merah tersebut bukanlah satu provokasi dan Plaintif sebenarnya bercakap dengan Defendan Pertama dan bukannya bertujuan untuk memberitahu semua orang mengenai masalah rumah tangganya serta hubungan zina Defendan Pertama dan Defendan Kedua.
97
Namun begitu, Mahkamah tidak bersetuju dengan penjelasan tersebut. Ini kerana Plaintif sebagai seorang lelaki dewasa sepatutnya memilih tingkah laku yang lebih baik. Tidak dinafikan, kehadiran Plaintif di tempat kejadian adalah dalam keadaan emosi serta Defendan Kedua juga bukanlah berada dalam keadaan emosi yang baik dan stabil. Defendan Kedua dalam keadaan marah dengan sikap dan perangai Plaintif. Namun begitu, kehadiran di tempat kejadian terutamanya tempat awam dan bercakap dengan mengenai keadaan rumah tangga serta kecurangan dengan cara yang dibuat oleh pihak Plaintif pada pendapat Mahkamah bukanlah satu tindakan yang wajar.
98
Kes ini secara keseluruhannya tidak melayakkan ganti rugi teruk. Ini kerana pada pendapat Mahkamah, emosi Plaintif sebenarnya memang tidak stabil dan apa yang berlaku bukanlah satu konspirasi dan tiada niat untuk memukul. Tambahan pula, Plaintif sememangnya tidak mendapatkan rawatan bagi isu tekanan yang dialaminya.
99
Plaintif mengalami isu psikiatri dan pada keadaan biasa pesakit psikiatri boleh distabilkan apabila mendapatkan rawatan secara berkala dan berterusan. Namun begitu, Plaintif hanya mendapatkan rawatan pada tahun 2020 dan kejadian yang berlaku ini adalah pada tahun 2022. Dengan keadaan rumah tangga Plaintif yang semakin teruk, sudah pasti keadaan Plaintif semakin tidak stabil dan memerlukan bantuan dan rawatan.
100
Mahkamah tidak memberikan ganti sama ada ganti rugi am atau pun ganti rugi teruk atau ganti rugi lain kerana pada pendapat Mahkamah keseluruhan kes ini melibatkan masalah rumah tangga dan keadaan Plaintif yang mempunyai tekanan dan enggan mendapatkan rawatan yang sewajarnya. Ganti rugi bukanlah satu bentuk rawatan yang sepatutnya bagi pihak Plaintif.
101
Mahkamah berpendapat Plaintif sebenarnya merupakan individu yang mempunyai isu emosi dan perlu dibantu. Tindakan untuk memfailkan tuntutan ini adalah berpunca daripada pelbagai jenis tuntutan yang telah difailkan di Mahkamah Syariah.
102
Mahkamah berpendapat bahawa pihak Defendan Kedua telah pun mendapat hukuman yang sewajarnya dalam kes jenayah. Rekod jenayah merupakan satu keadaan yang sudah sedia buruk bagi seseorang individu. Tindakan sivil yang difailkan, lebih kepada ketidakpuasan hati yang masih berbuku. Pihak-pihak sewajarnya diberi peluang untuk “move on” dan prosiding Mahkamah sebenarnya telah memberikan tekanan kepada semua pihak.
103
Mahkamah berpendapat kejadian pukul tersebut berpunca daripada masalah rumah tangga dan mencukupi dengan tuduhan di bawah Seksyen 323 KK. Sekiranya Plaintif berhasrat untuk mendapatkan ganti rugi yang sepatutnya, laporan perubatan yang sepatutnya wajar difailkan.
104
Apakah yang Plaintif mahukan daripada pihak Defendan Kedua semasa pergi ke kantin kereta sewa tersebut? Adakah Plaintif mengharapkan pengakuan atas hubungan zina, skandal, serta kata-kata maaf atas keadaan rumah tangga Plaintif? Adakah Plaintif mahukan Defendan berdiam diri serta berlalu pergi apabila Plaintif mengeluarkan perkataan-perkataan yang tak sepatutnya? Tindakan Defendan Kedua pada pendapat Mahkamah merupakan tindakan yang biasa berlaku dalam keadaan tersebut dan Defendan telah pun dituduh dan dihukum atas perbuatannya tersebut.
105
Plaintif telah berjaya menunjukkan ke Mahkamah bahawa pihak Defendan Kedua telah memukul pihak Plaintif dan melakukan pencerobohan terhadap diri Plaintif. Namun begitu, berdasarkan keseluruhan fakta kes dalam kes ini yang melibatkan pelbagai kausa tindakan dan pihak-pihak yang mana Mahkamah berpendapat asas kepada tuntutan ini serta kejadian yang berlaku merupakan satu isu rumah tangga yang berpunca daripada keadaan pihak Plaintif yang tidak mendapat rawatan yang sewajarnya, maka tuntutan ganti rugi adalah ditolak.
106
Plaintif telah gagal memberikan sebarang dokumen untuk Mahkamah menilai tahap kecederaan Plaintif. Mahkamah berpendapat Plaintif dalam kes ini wajar dipampas daripada segi kos tindakan yang nominal sahaja. Oleh yang demikian, kos sebanyak RM 500 diberikan kepada pihak Plaintif. Bertarikh: 4.12.2025 Wan Nor Aklima Binti Wan Salleh Hakim Mahkamah Sesyen Sivil 4 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Peguam cara bagi pihak Plaintif : Raja Zulfarhan Aiman Bin Raja Zaidi [Tetuan R. Zulfarhan] Peguam cara bagi pihak : Nor Zabetha Muhamad Nor Defendan Pertama [Tetuan Nor Zabetha Chinna & Co] Peguam bagi pihak : Mohd Yusoff Bin AG Lah Defendan Kedua [Tetuan Riza, Yusoff &
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.