Content
1
NA-83-60-01/2025
Magistrates Court of Malaysia28 Aug 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1
1
Tertuduh telah didakwa atas kesalahan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan. Pertuduhan terhadap tertuduh adalah seperti berikut: “Bahawa kamu, pada 25.04.2022 jam lebih kurang 11.30 pagi di hadapan rumah No. 990 Jalan Teratai 13 Taman Marida Senawang 70450, di dalam daerah Seremban, di dalam Negeri Sembilan, telah menakutkan secara jenayah dengan mengeluarkan 2 kata-kata ugutan “aku bunuh kau” kepada Ariah Binti Ahmad, K/P: 630526-60-5564. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum dibawah seksyen 506 kanun keseksaan”
2
Selepas perbicaraan penuh dijalankan selama hampir 3 tahun, di akhir kes ini setelah Mahkamah ini meneliti keseluruhan keterangan, Mahkamah mendapati tertuduh bersalah dan disabitkan atas pertuduhan tersebut. Mahkamah ini telah menjatuhkan hukuman penjara 2 tahun dari tarikh tertuduh ditangkap.
3
Bagi membuktikan kes, Pihak pendakwaan telah memanggil seramai 3 orang saksi seperti berikut: SAKSI NAMA PERANAN SP1 Ariah Binti Ahmad Pegadu/Mangsa SP2 Mohd Zairi Bin Zakaria Anggota Tangkapan
4
Berdasarkan keterangan SP1 yang merupakan seorang guru, pada 25.4.2022 pada jam 11.30 pagi, sewaktu SP1 sedang membuka pintu pagar rumah untuk keluar bertugas ke Sekolah Menengah Kebangsaan Senawang, tertuduh yang merupakan jiran SP1 telah datang dalam keadaan yang agresif dan terus mengeluarkan kata-kata kesat serta mengugut SP1.
5
Tertuduh telah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap SP1 yang ketika itu berdiri dihadapan rumahnya dan antara ayat yang disebut oleh tertuduh adalah “kalau aku dapat kau, aku pijak-pijak kau, aku bunuh kau”. Perkataan ini disebut oleh tertuduh kepada SP1 dan didengar jelas oleh SP1. Dalam keadaan yang amat takut, SP1 kemudianya menutup semula pintu pagar rumahnya lalu SP1 bergegas masuk ke dalam rumah. SP1 telah memanggil suaminya untuk mententeramkan diri SP1 yang sedang berada dalam ketakutan.
6
Setelah lebih kurang 20 minit SP1 menyorok di dalam rumah, SP1 telah keluar semula untuk pastikan sama ada tertuduh masih berada dihadapan rumah SP1. Setelah SP1 melihat tertuduh telah tidak ada, SP1 bersama suaminya telah ke Balai Polis Senawang dan telah membuat satu laporan polis iaitu Senawang/3005/22 (P1) kerana SP1 berasa takut dan 4 bimbang dengan ugutan yang dibuat oleh tertuduh terhadap dirinya.
7
Tertuduh kemudianya telah ditangkap oleh SP2 dan hasil siasatan yang dibuat oleh Pegawai Penyiasat iaitu SP 3 mendapati bahawa kejadian ugutan yang dibuat oleh tertuduh terhadap SP1 telah berlaku pada masa dan tarikh tersebut.
8
Tertuduh di dalam kes ini hanya merayu kepada hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah ini sahaja dan tertuduh tidak merayu kepada sabitan. Oleh itu pada peringkat ini Mahkamah percaya sabitan terhadap tertuduh yang telah dibicarakan dalam satu perbicaraan yang penuh adalah selamat untuk dikekalkan.
9
Seterusnya Mahkamah ini akan menerangkan asas dan alasan bagi hukuman yang telah dijatuhkan terhadap tertuduh dalam kes ini. Mahkamah ini percaya bahawa hukuman yang telah dijatuhkan terhadap tertuduh adalah merupakan satu hukuman yang setimpal dan berpatutan selaras dengan peruntukan undang-undang dibawah seksyen 506 Kanun Keseksaan dan juga prinsip-prinsip undang-undang berkaitan hukuman yang telah digariskan dalam kes-kes terdahulu oleh mahkamah atasan.
10
Dalam kes ini, pada tarikh yang ditetapkan untuk Mahkamah ini membuat keputusan di akhir kes, tertuduh di dapati telah melarikan diri dan tidak hadir ketika kes ini dipanggil. Hasil semakan rakaman prosiding, Mahkamah mendapati bahawa tertuduh telah hadir ke mahkamah pada sebelah pagi dan berada di dalam mahkamah, tetapi apabila kes ini dipanggil pada jam 11.30 pagi, tertuduh telah di dapati melarikan diri. Mahkamah ini telah menangguhkan kes sehingga jam 12.45 tengahari dan memberikan arahan kepada jurubahasa mahkamah untuk menghubungi tertuduh dan penjamin tetapi tertuduh dan penjamin masih tidak hadir dan tidak dapat dihubungi.
11
Setelah Mahkamah berpuas hati bahawa segala usaha telah dibuat bagi mengesan tertuduh masih gagal, pada peringkat itu Mahkamah telah memutuskan bahawa tertuduh telah melarikan diri dengan niat untuk melengahkan prosiding kes terhadapnya. Mahkamah kemudianya telah mengeluarkan waran tangkap terhadap tertuduh dan seterusnya Mahkamah mengguna pakai seksyen 425A (3)(b) Kanun Keseksan untuk meneruskan prosiding tanpa kehadiran tertuduh bagi kepentingan keadilan dan tanpa sebarang penangguhan lagi memandangkan kes ini telah dibicarakan hampir 3 tahun dari tahun 2022 sehingga tahun 2025.
12
Selain itu, Mahkamah ini juga merekodkan bahawa tertuduh ini juga pernah melarikan diri sebelum ini iaitu pada tarikh 27 Mac 2024 bagi prosiding sambung bicara diperingkat 6 pembelaan. Pada ketika itu waran tangkap dikeluarkan dan tertuduh hanya berjaya ditangkap semula melalui waran tangkap tersebut pada 10 Januari 2025 yang menyebabkan kes ini tertangguh selama hampir 10 bulan. Oleh itu melihat kepada rekod tertuduh yang telah 2 kali melarikan diri ketika berada dalam jaminan, Mahkamah percaya seksyen 425 (3)(b) Kanun Keseksaan adalah relevan untuk diguna pakai dalam kes ini dan perkara ini tidak memprejudiskan tertuduh.
13
Setelah Mahkamah ini memutuskan bahawa tertuduh telah melarikan diri, maka Mahkamah ini juga membuat dapatan bahawa tertuduh telah melepaskan haknya untuk membuat rayuan mitigasi sebelum Mahkamah ini menjatuhkan hukuman apabila tertuduh disabitkan dengan pertuduhan terhadapnya.
14
Timbalan Pendakwa Raya dalam hujahan pemberatannya pula menegaskan bahawa kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh merupakan satu kesalahan serius yang melibatkan ugutan bunuh. Pihak Pendakwaan juga memohon mahkamah mempertimbangkan bahawa kes ini telah dibicarakan sejak 3 tahun yang lalu dan memakan masa serta kos semua pihak. Pendakwaan menghujahkan kepentingan awam harus diutamakan daripada kepentingan tertuduh. Pihak Pendakwaan memohon supaya satu hukuman setimpal dijatuhkan terhadap tertuduh.
15
Setelah Mahkamah menimbangkan hujahan pemberatan daripada Timbalan Pendakwa Raya, Mahkamah telah 7 menjatuhkan satu hukuman yang setimpal iaitu hukuman penjara selama 2 tahun dari tarikh tertuduh ditangkap.
16
Dalam menjatuhkan hukuman yang setimpal terhadap tertuduh, Mahkamah ini telah mempertimbangkan hujahan pihak-pihak dan prinsip asas hukuman dalam kes-kes yang telah diputuskan di mahkamah atasan. Merujuk kepada kes PP v. Jafa Bin Daud [1981] 1 MLJ 315, YA Hakim Azmi menerangkan konsep hukuman seperti berikut:- “A sentence according to law” means that the sentence must not only be within the ambit of the punishable section, but it must also be assessed and passed in accordance with established judicial principles.”
17
Dalam kes yang penting iaitu Letitia Bosman v. PP & Other Appeals [2020] 8 CLJ 147, Mahkamah Persekutuan melalui Penghakiman YAA Hakim Besar Malaya, Tan Sri Azahar (pada ketika itu) menyatakan seperti berikut: - “Sentencing is the final process in a criminal trial. A sentence is a final order disposing of a criminal case in court. It involves punishment, which is meted out by court to punish offenders. Those who are guilty will receive the prescribed punishment for their crime. Before the court passes sentence, a few 8 steps are usually taken. Generally, the law does not fix a mandatory sentence for a certain offence. A maximum sentence is prescribed for the offence and the court is left to decide the appropriate sentence within the ambit of the punishment provision. ….. …. Passing a sentence according to law means the sentence imposed must not only be within the ambit of the sentence period stipulated but also assessed and passed according to established judicial principles”
18
Oleh yang demikian, jika undang-undang tidak menetapkan hukuman mandatori untuk satu kesalahan jenayah, Hakim atau Majistret yang mendengar perbicaraan kes itu mempunyai budi bicara yang luas untuk menentukan hukuman yang sewajarnya untuk dijatuhkan terhadap tertuduh selagi mana hukuman tersebut mematuhi peruntukan-peruntukan undang-undang bagi kesalahan jenayah tersebut.
19
Seterusnya berdasarkan kes R v. Ball [1951] 35 Cr App R 164 di mana Mahkamah Rayuan menyatakan prinsip undang-undang yang boleh membimbing mahkamah dalam mempertimbangkan hukuman yang setimpal adalah seperti berikut: “In deciding the appropriate sentence a Court should always be guided by certain considerations. The first and foremost is the public interest. The criminal law is public enforced, not only with the object of punishing crime, but also in the hope of preventing it. A proper sentence, passed in public, serves the public interest in two ways. It may deters others who might be tempted to try crime and seeming to offer easy money on the supposition that, if the offender is caught and brought to justice, the punishment wil be negligible. Such a sentence may also deter the particular criminal from committing a crime again, or induce him to turn from a criminal to an honest life. The public interest is indeed served and best served, if the offender is induced to turn from criminal ways to honest living. Our law does not therefore, fix the sentence for a particular crime, but fixes a maximum sentence and leave it to the Court to decide what is, within that maximum, the appropriate sentence for each criminal in the particular circumstances of each case. Not only in regard to each crime, but in regard to each criminal, the court has the right and duty to decide whether to be lenient or severe.”
20
Maka dalam menentukan satu hukuman yang setimpal kepentingan awam mestilah menjadi faktor utama yang dipertimbangkan oleh mahkamah. Bagi maksud kepentingan awam, keadilan sesuatu hukuman tidak bermaksud keadilan kepada tertuduh sahaja malah juga kepada masyarakat secara umum dan keadilan kepada mangsa secara khususnya. Justeru itu, dalam menjatuhkan hukuman mahkamah hendaklah memastikan kepentingan awam terjamin dan menjadi fokus utama. Perkara ini kerana masyarakat memerlukan perlindungan daripada jenayah yang dilakukan oleh tertuduh. Matlamat untuk melindungi masyarakat ini boleh dicapai dengan mengenakan hukuman yang berbentuk deterrent bagi mencegah, menghalang, atau menakutkan seseorang daripada melakukan kesalahan jenayah yang sama.
21
Melihat kepada kes ini, tujuan utama hukuman ini dijatuhkan adalah untuk melindungi masyarakat dan mangsa khususnya dari menghadapi jenayah ugutan bunuh seperti yang dilakukan oleh tertuduh dalam kes. Saban hari, kejadian kekerasan fizikal seperti pukul dan bunuh semakin berleluasa. Walaupun tertuduh tidak melakukan sebarang kecederaan fizikal kepada SP1 dalam kes ini, tetapi ugutan untuk membunuh itu merupakan satu ugutan yang serius sehingga menyebabkan SP1 berada dalam ketakutan dan trauma. Ugutan bunuh tidak memberikan kecederaan secara fizikal yang boleh dilihat tetapi akan memberikan kesan serius kepada mental mangsa.
22
Mahkamah juga mengambil kira fakta dalam kes ini bahawa tertuduh adalah merupakan jiran yang tinggal disebelah rumah mangsa iaitu SP1. Apabila tertuduh mengugut hendak membunuh mangsa, sudah tentu mangsa akan sentiasa hidup dalam ketakutan kerana tertuduh berada dekat dan tinggal di sebelah rumahnya. Memandangkan tertuduh juga tinggal dekat dengan mangsa, Mahkamah ini percaya bahawa tertuduh juga mempunyai banyak ruang dan peluang untuk mencederakan atau lebih teruk membunuh mangsa seperti mana ugutan yang disebutkan oleh tertuduh kepada mangsa dalam kes ini. Perkara ini betul-betul membimbangkan dan diberikan perhatian yang serius oleh Mahkamah ini. Oleh itu, Mahkamah ini memutuskan untuk menjatuhkan hukuman penjara selama 2 tahun terhadap tertuduh dengan tujuan untuk melindungi mangsa dan seterusnya memberikan rasa selamat dan kelegaan kepada mangsa dari ancaman dan ugutan bunuh yang dibuat oleh tertuduh dalam kes ini.
23
Hukuman berbentuk penjara kepada tertuduh dalam kes ini juga adalah penting bagi menunjukan kepada mangsa bahawa mangsa akan sentiasa dilindungi dan keselamatan mangsa adalah menjadi keutamaan dan terjamin dibawah undang-undang negara ini. Hukuman penjara yang dijatuhkan juga adalah bagi memberikan amaran kepada tertuduh serta masyarakat bahawa jenayah ugutan untuk membunuh adalah satu kesalahan jenayah yang serius kerana perbuatan tersebut akan menyebabkan mangsa sentiasa hidup dalam ketakutan 12 dan trauma yang berpanjangan apatah lagi dalam kes ini melibatkan jiran yang tinggal bersebelahan rumah mangsa.
24
Parlimen juga telah mengubal peruntukan undang-undang ini dengan teliti dimana tempoh maksima hukuman penjara bagi ugutan membunuh adalah lebih tinggi berbanding ugutan untuk mencederakan. Perkara ini jelas menunjukan niat Parlimen ketika Sek. 506 ini digubal, bahawa jenayah ugutan bunuh bukanya satu kesalahan yang boleh dianggap remeh dan merupakan satu kesalahan jenayah yang serius.
25
Selain itu, kes ini juga telah diputuskan melalui satu perbicaraan penuh sejak tahun 2022 sehingga 2025. Justeru itu hukuman yang dikenakan hendaklah mengambil kira masa perbicaraan yang panjang dan jumlah saksi yang telah dipanggil kerana perkara ini melibatkan kos kerajaan dan juga masa pihak-pihak. Tindakan tertuduh untuk tidak mengaku bersalah juga menunjukan bahawa tertuduh tidak insaf atau menyesal dengan perbuatan jenayah yang dilakukanya. Malah dalam kes ini tertuduh telah bertindak melarikan diri sebanyak 2 kali yang menyebabkan perbicaraan tertangguh dalam tempoh masa yang lama dan proses keadilan tidak dihormati oleh tertuduh.
26
Berdasarkan kepada prinsip undang-undang yang mantap juga tertuduh hanya layak mendapat pengurangan hukuman jika tertuduh mengaku bersalah pada peringkat awal pertuduhan dibacakan. Pengurangan hukuman yang boleh diberikan kepada tertuduh jika mengaku bersalah lebih awal 13 adalah 1/3 daripada hukuman maksima yang diperuntukan dibawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan. Jika melihat kepada kes ini, sek. 506 Kanun Keseksaan memperuntukan hukuman penjara maksima sehingga 7 tahun (84 bulan) bagi kesalahan ugutan bunuh. Jika dibandingkan dengan hukuman yang telah dijatuhkan oleh mahkamah ini iaitu penjara selama 2 tahun (24 bulan) adalah lebih rendah dari 1/3 (28 bulan) hukuman maksima 7 tahun yang diperuntukan. Perkara ini jelas menunjukan bahawa hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah ini bukanlah satu hukuman yang berlebihan (excessive) atau terlalu berat tetapi adalah satu hukuman yang setimpal dan wajar.
27
Mahkamah ini percaya di peringkat rayuan seperti yang telah diputuskan oleh mahkamah-mahkamah atasan sebelum ini seharusnya tidak mengganggu keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah perbicaraan di bawah melainkan jika keputusan yang dibuat mempunyai salah arah dan tidak menurut undang-undang.
28
Berkenaan dengan prinsip undang-undang berkaitan hukuman, Mahkamah ini turut merujuk kepada kes Bhandulananda Jayatilake v. PP [1981] 1 MLJ 83 Raja Azlan Shah LP (menyampaikan keputusan Mahkamah Persekutuan) telah menjelaskan: “…Therefore sentences do vary in apparently similar circumstances with the habit of mind of the particular judge. It is for that reason also that 14 this court has said it again and again that it will not normally interfere with sentences, and the possibility or even the probability, that another court would have imposed a different sentence is not sufficient, per se, to warrant this court’s interference. For a discretionary judgment of this kind to be reversed by this court, it must be shown to our satisfaction that the learned judge was embarking on some unauthorised or extraneous or irrelevant exercise of discretion…”
29
Seterusnya dalam kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim v. PP [2002] 3 CLJ 457, Haidar Mohd Noor HMP (menyampaikan keputusan Mahkamah Persekutuan) telah menyatakan di muka surat 494: “It is of the upmost importance to stress here that the appellate court will not normally alter the sentence unless it is satisfied that the sentence passed by the lower court is manifestly inadequate or excessive or illegal or otherwise not a proper sentence having regard to all the facts disclosed or that the court has clearly erred in applying correct principles in the assessment of sentence.”
30
Mahkamah juga mengguna pakai prinsip undang-undang dalam kes Usman Jumasan v. PP [2016] 1 LNS 1457 melalui penghakiman Mahkamah Rayuan yang disampaikan oleh YA Vernon Ong Lam Kiat, HMR (pada ketika itu) yang mana turut membicarakan isu yang sama dan diperturunkan seperti berikut: “[10] The basic principles governing the role of an appellate court in an appeal against sentence are well settled. In exercising its jurisdiction to review sentence an appellate court does not alter a sentence on the mere ground that if it had been trying the case it might have passed a somewhat different sentence. It is only when a sentence appears to be wrong in law or is manifestly excessive or inadequate having regard to the facts and circumstances that an appellate court will interfere.”
31
Oleh itu setelah mempertimbangkan setiap prinsip undang-undang dalam membuat keputusan kes serta menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh, Mahkamah ini percaya bahawa sabitan terhadap tertuduh dalam kes ini adalah selamat untuk dikekalkan dan hukuman yang telah dijatuhkan oleh Mahkamah ini adalah satu hukuman yang munasabah, setimpal dan adil. Bertarikh: 7 November 2025 Syed Farid Bin Syed Ali Majistret Mahkamah Majistret Seremban Negeri Sembilan
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.