Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI KUALA BERANG DALAM NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN KES TANGKAP NO. TE-82D-2-09/2023 PENDAKWA RAYA LAWAN MOHD KHUZAIRY BIN SHAARI (NO. K/P.: 801112-03-5399) ALASAN PENGHAKIMAN
TE-82D-2-09/2023
Magistrates Court of Malaysia28 Sept 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI KUALA BERANG DALAM NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN KES TANGKAP NO. TE-82D-2-09/2023 PENDAKWA RAYA LAWAN MOHD KHUZAIRY BIN SHAARI (NO. K/P.: 801112-03-5399) ALASAN PENGHAKIMAN
1
Tertuduh telah dituduh melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB). Di akhir kes pendakwaan, Mahkamah telah menggunapakai anggapan di bawah seksyen 37(k) ADB, memutuskan terdapat kes prima facie dan tertuduh telah dipanggil membela diri. Tertuduh memilih untuk memberikan keterangan bersumpah di kandang saksi. Di akhir kes pembelaan, Mahkamah mendapati keterangan pihak pembelaan telah berjaya mematahkan anggapan di bawah seksyen 37(k) ADB atas imbangan kebarangkalian dan menimbulkan keraguan yang S/N Vd/y4Ioj0kyaAtazCKp/Fg munasabah terhadap kes pendakwaan serta memerintahkan supaya tertuduh dilepaskan dan dibebaskan. Terkilan, pihak Pendakwa Raya memfailkan rayuan.
2
Pertuduhan ke atas tertuduh adalah seperti berikut: “Bahawa kamu pada 24/08/2023, jam lebih kurang 3.30 pagi, bertempat di Pejabat Siasatan Jenayah Narkotik IPD Hulu Terengganu, di dalam daerah Hulu Terengganu, di dalam negeri Terengganu, didapati kamu telah memasukkan dadah ke badan sendiri dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine yang tersenarai di dalam Bahagian III Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 15(1)(a) ADB 1952 (pindaan 2002) dan kamu boleh dihukum di bawah Akta yang sama. Hukuman jika sabit kesalahan: - Denda tidak lebih daripada lima ribu; atau - Dikenakan hukuman penjara tidak lebih daripada dua tahun; dan - Diikuti dengan Perintah Pengawasan seperti di bawah seksyen 38B Akta Dadah Berbahaya 1952.”
3
Alasan penghakiman Mahkamah ini adalah sebagaimana yang dihuraikan selanjutnya.
4
Pihak pendakwaan telah memanggil seramai 6 orang saksi dan mengemukakan 16 ekshibit bagi membuktikan suatu kes Prima Facie terhadap tertuduh. Fakta kes pendakwaan secara ringkasnya seperti berikut: a. Pada 23 Ogos 2025, jam lebih kurang 11.45 malam, OKT telah ditangkap atas kesalahan di bawah seksyen 392/297 Kanun Keseksaan. Pada 24 Ogos 2025 jam lebih kurang 3.30 pagi, OKT telah diarahkan untuk menjalani ujian saringan air kencing di Pejabat Narkotik IPD Hulu Terengganu. b. SP4 (Insp Sharulhasram) telah mengarahkan OKT untuk memberikan sampel air kencing dan melaksanakan ujian saringan tersebut dibantu oleh SP1 (SM Mohd Saiful Hafzan). c. Setelah dapati air kencing OKT positif dadah jenis Methamphetamine, SP4 membuat tangkapan ke atas OKT dan menyerahkan OKT berserta barang kes (urin OKT) kepada Pegawai Penyiasat kes, SP6. S/N Vd/y4Ioj0kyaAtazCKp/Fg d. Barang kes dihantar ke Jabatan Patologi Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk analisa dan SP2 mengesahkan dan mengeluarkan laporan patologi (P11) menyatakan air kencing yang dianalisa mengandungi dadah berbahaya iaitu Amphetamine dan Methamphetamine. e. Amphetamine dan Methamphetamine adalah disenaraikan di Bahagian III dalam Jadual Pertama ADB.
5
Antara isu yang dibangkitkan oleh pihak pembelaan semasa kes pendakwaan adalah seperti berikut: a. Wujudnya kacau ganggu (tampering) terhadap seal botol urin tertuduh. Terdapat percanggahan mengenai bagaimana cara botol urin telah diseal oleh SP4 dengan seal pada gambar botol urin yang dikemukakan sebagai ekshibit pihak pendakwaan. b. Ketulenan dan integriti spesimen tersebut amat diragui memandangkan seal tersebut telah dibuka oleh seseorang sebelum botol urin tertuduh diserahkan kepada pihak patologi. Cara seal biru yang kemudiannya yang dilekatkan seperti mana di dalam gambar barang kes tersebut bukanlah amalan (cara) ataupun SOP narkotik kerana ianya dibuat secara menegak ke bawah. S/N Vd/y4Ioj0kyaAtazCKp/Fg c. Merujuk kepada gambar botol urin tertuduh iaitu ekshibit P5, terdapat satu (1) seal merah di atas tudung botol urin tersebut namun di dalam dalam keterangan SP4, beliau hanya menyatakan seal yang dibuat hanyalah berwarna biru dan tiada menyatakan berkenaan mana-mana seal berwarna merah. d. Test Strip Methamphetamine telah tamat tempoh. e. Terdapat percanggahan antara keterangan SP1 dan SP4 serta dengan gambar botol urin tertuduh. Keterangan SP4 adalah bercanggah dengan keterangan SP1 yang mana ada dua (2) versi iaitu botol urin tertuduh diisi penuh dan botol urin tertuduh diisi separuh. f. Botol telah tercemar disebabkan suhu yang tidak sesuai. g. Siasatan SP6 tidak menyeluruh dan berat sebelah.
6
Sebagai balasan kepada isu yang dibangkitkan oleh pihak pembelaan, pihak pendakwaan menghujahkan bahawa: a. Isu tampering of evidence terhadap botol urin tidak pernah dibangkitkan oleh pihak pembelaan semasa perbicaraan dan menghujahkan perkara ini adalah pemikiran terkemudian (afterthought) oleh pihak pembelaan. S/N Vd/y4Ioj0kyaAtazCKp/Fg b. Cara seal yang dibuat oleh SP4 adalah sesuai dengan amalan untuk mengsealkan botol urin. Penggunaan perkataan ‘lilitan’ yang dipertikaikan oleh pihak pembelaan adalah subjektif. c. Kesemua saksi-saksi pendakwaan telah membuat pengecaman positif terhadap gambar botol urin (P5 (A) hingga
e
(E)) dan botol urin secara fizikal (P4). Maka, tiada isu tampering of evidence terhadap botol urin P4 tersebut. C. ANALISA DAN DAPATAN MAHKAMAH DI AKHIR KES PENDAKWAAN
7
Beban pembuktian di akhir kes pendakwaan ialah untuk pihak pendakwaan membuktikan satu kes prima facie terhadap tertuduh (seksyen 173(f) Kanun Tatacara Jenayah). Dalam hal ini, Mahkamah hendaklah membuat penilaian maksima ke atas semua keterangan yang dikemukakan semasa kes pendakwaan (rujuk LOOI KOW CHAI & ANOR V PP [2003] 1 CLJ). Mahkamah juga merujuk kes BALACHANDRAN V PUBLIC PROSECUTOR [2005] 2 MLJ 301, yang menyatakan bahawa di akhir kes pendakwaan, Mahkamah hendaklah bertanya pada diri sama ada jika tertuduh S/N Vd/y4Ioj0kyaAtazCKp/Fg dipanggil membela diri dan memilih untuk berdiam diri, adakah Mahkamah bersedia untuk mensabitkan tertuduh.
8
Dalam kes ini, elemen-elemen yang perlu dibuktikan terhadap OKT bagi kesalahan di bawah 15(1)(a) ADB adalah: a. OKT telah memberikan dirinya sendiri dadah berbahaya jenis Amphetamine dan Methamphetamine; dan b. Dadah tersebut adalah jenis dadah yang berbahaya yang tersenarai di Bahagian III dalam Jadual Pertama di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.
9
Pihak pendakwaan juga hendaklah memastikan rantaian keterangan barang kes tidak terputus.
10
Di akhir kes pendakwaan, setelah membuat penilaian maksima ke atas keterangan-keterangan tersebut, Mahkamah berpuas hati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan setiap elemen kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB. Dalam membuat dapatan ini, Mahkamah mengguna pakai anggapan di bawah seksyen 37(k) ADB sehingga dibuktikan sebaliknya oleh tertuduh.
11
Seksyen 37(k) ADB menyatakan seperti berikut: “(k) if a person is charged for an offence of consuming a dangerous drug or administering a dangerous drug to himself or suffering any other person to administer a dangerous drug to him, and any dangerous drug is found in the urine of the person charged as a result of a urine test conducted under section 31A, the person shall be presumed, until the contrary is proved, to have consumed the drug or to have administered the drug to himself or to have suffered any other person to administer the drug to him in contravention of this Act or its regulations”.
12
Justeru, Mahkamah memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap tertuduh. Maka, tertuduh dengan ini dipanggil untuk membela diri bagi pertuduhan tersebut. S/N Vd/y4Ioj0kyaAtazCKp/Fg
13
Bagi membela dirinya, tertuduh memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi. Hanya tertuduh sahaja yang memberi keterangan bersumpah di peringkat pembelaan.
14
OKT menyatakan bahawa pada 23.8.2025, beliau telah ditahan atas kesalahan samun, dan selanjutnya pada 24.8.2025 jam 3.30 pagi telah dibawa ke pejabat narkotik IPD Hulu Terengganu dan diarahkan untuk menjalani ujian saringan air kencing.
15
OKT telah diberikan botol oleh SM Mohd Saiful Hafzan (SP1) dan diiringi ke tandas. OKT telah memasukkan urinnya ke dalam botol. Ujian test trip dilakukan dan 1 test strip menunjukkan positif Methamphetamine. Selepas itu, OKT melihat SM Mohd Saiful menutup botol, mengambil seal biru dan melilit seal tersebut secara mengelilingi botol dan bukannya secara menegak ke bawah.
16
Setelah itu, OKT diarahkan untuk menurunkan tanda tangan pada botol tersebut. OKT melihat hanya seal biru sahaja dibuat dan tiada seal lain. Kemudian OKT ditangkap oleh SP4 dan satu laporan polis dibuat ke atasnya.
17
Pihak pembelaan sekali lagi menghujahkan isu-isu yang telah diutarakan semasa di akhir kes pendakwaan (rujuk perenggan 5 di atas). Selain itu, pihak pembelaan juga menghujahkan: a. Botol urin yang telah dikemukakan dan ditandakan sebagai eksibit di Mahkamah adalah bukan botol urin kepunyaan tertuduh & terdapat kacau ganggu terhadap botol urin milik tertuduh. b. Pembelaan tertuduh bukanlah bersifat penafian semata-mata ataupun pemikiran semula. Ini kerana sejak di peringkat pendakwaan lagi, pembelaan telah mengasaskan versi ini malah melalui beberapa keterangan dari saksi-saksi pendakwaan sendiri telah jelas menyokong versi pembelaan termasuk keterangan tertuduh sendiri. Tertuduh juga ketika di peringkat pembelaan, telah memberikan keterangan secara terperinci bagi menjelaskan perkara sebenar yang berlaku pada hari kejadian. c. Anggota polis yang telah menjalankan ujian air kencing tertuduh bukannya Inspektor Shahrulhasram (SP4) namun hanya SM Mohd Saiful Hafzan (SP1). d. Pihak pembelaan menghujahkan bahawa segala seal hendaklah dinyatakan secara teliti/spesifik oleh pihak S/N Vd/y4Ioj0kyaAtazCKp/Fg pendakwaan dan sebarang ketiadaan seal boleh menimbulkan inferens bahawa botol yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan adalah bukan kepunyaan tertuduh dan adalah kepunyaan individu yang lain. e. Pihak pendakwaan tidak menyoal langsung mengenai seal merah pada botol urin. Ini menunjukkan bahawa pihak Pendakwaan telah mengakui secara tidak langsung (concede) bahawa tiada keterangan daripada saksi pendakwaan yang menjelaskan kewujudan seal merah tersebut. Sebaliknya, keterangan tertuduh menyatakan bahawa botol urin hanya mempunyai seal berwarna biru, dan tiada langsung seal merah.
18
Pihak pendakwaan pula mengulangi hujahannya di akhir kes pendakwaan (rujuk perenggan 6 di atas) dan selain itu menghujahkan seperti berikut: a. Keterangan tertuduh bersifat penafian kosong semata-mata untuk menyelamatkan diri dan kerjaya dan tanpa disokong oleh mana-mana keterangan yang lain. b. Tertuduh mempunyai masa yang mencukupi untuk membuat laporan polis dan/atau memaklumkan kepada pegawai S/N Vd/y4Ioj0kyaAtazCKp/Fg penyiasat situasi sebenar sewaktu beliau ditangkap, namun tidak berbuat demikian. c. Pembelaan OKT adalah bercanggah dan tidak logik. d. Tiada cubaan oleh saksi pendakwaan untuk menganiaya OKT. E. ANALISA DAN DAPATAN MAHKAMAH DI AKHIR KES
i
Isu sama ada wujudnya kacau ganggu (tampering) terhadap seal botol urin tertuduh
19
Dapatan Mahkamah berhubung isu ini adalah seperti berikut: a. Saksi pendakwaan iaitu SP1 dan SP4 (dalam perenggan 10 penyataan saksi masing-masing) menyatakan bahawa SP4 telah mengisi kertas label putih yang mengandungi nama, tarikh, dan tanda tangan. Label putih ini ditandatangani oleh OKT dan SP4. Kemudian itu, SP4 telah lekatkan label putih ini di botol spesimen air kencing OKT di hadapan OKT sendiri yang diikuti seal berwarna biru atau pita S/N Vd/y4Ioj0kyaAtazCKp/Fg pelekat berwarna biru yang telah dililitkan di penutup botol tersebut. b. Mahkamah telah meneliti P5 (gambar botol urin), gambar yang disediakan oleh SP6 (Pegawai Penyiasat) dan merupakan ekshibit yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan sendiri yang juga dicamkan oleh saksi-saksinya, dan mendapati bahawa, pelekat atau seal biru tersebut telah ditindan/ditindih dengan label putih. Dengan kata lain, pelekat biru terlebih dahulu dililit secara menegak, kemudian ditampal dengan pelekat putih. Ini berbeza dan bercanggah sama sekali dengan keterangan SP1 dan SP4 yang mengatakan pelekat putih ditampal dahulu, kemudian baru pelekat biru dililit. c. Tiada apa-apa penjelasan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan berhubung perkara ini sepanjang perbicaraan sehingga ke akhir kes pembelaan. d. Kedua-dua saksi penting pendakwaan, SP1 dan SP4 juga tidak ada menyatakan apa-apa keterangan berkenaan seal berwarna merah di atas botol urin tersebut. Keterangan berkenaan seal merah hanya muncul dalam keterangan S/N Vd/y4Ioj0kyaAtazCKp/Fg pegawai penyiasat (SP6) dan ekshibit, antaranya P4 (botol urin), P5 (gambar botol urin) dan P15 (borang serah terima barang kes). e. Dalam hal ini, Mahkamah mengambil maklum hujahan pendakwaan bahawa semua saksi relevan telah membuat pengecaman positif ke atas botol urin (P4) dan gambar barang kes (P5(a) hingga (e)). f. Namun, berkenaan seal merah PDRM nombor “594”, tiada keterangan atau penjelasan nyata daripada pihak pendakwaan berkaitan siapa dan pada ketika bila ianya dimeterai di atas botol tersebut. Adakah ia dimeterai di atas botol yang sama atau yang telah dikacau ganggu sebelum Pegawai Penyiasat (SP6) menerimanya? g. Ketidakjelasan ini diburukkan lagi dengan percanggahan keterangan SP1 dan SP4 dengan gambar botol urin (P5) berhubung proses seal botol urin tertuduh yang dihuraikan di subperenggan (a) hingga (c) di atas. h. Mahkamah telah menilai penjelasan bersumpah tertuduh berkenaan apa yang dilihatnya, percanggahan keterangan S/N Vd/y4Ioj0kyaAtazCKp/Fg saksi pendakwaan dengan ekshibit yang dikemukakan serta keterangan berkenaan seal merah PDRM yang tidak menyeluruh. i. Mahkamah menolak hujahan pihak pendakwaan berhubung kegagalan pihak pembelaan memeriksa balas saksi pendakwaan berkaitan isu seal, maka pihak pembelaan dianggap telah menerima fakta ini. Hal ini kerana, pihak pendakwaan sendiri tidak pernah establish isu seal merah semasa pemeriksaan utama dalam kes pendakwaan dan hanya menggunakan perkataan ‘seal’. Ketidakjelasan ini boleh menimbulkan pelbagai andaian berkenaan seal apa yang dinyatakan oleh pendakwaan. Pelekat putih? Pelekat Biru? Atau lak merah? Jadi seal yang mana yang hendak dihujahkan oleh TPR yang terpelajar supaya dianggap telah diterima oleh pihak pembelaan? j. Perkara-perkara ini telah memberikan kecacatan pada integriti sampel dan rantaian jagaan botol urin tersebut. Terdapat keraguan tentang apa yang berlaku dalam tempoh dari jam 3.30 pagi selepas SP4 merampas botol urin tersebut sehingga jam 4.00 pagi iaitu semasa barang kes diserahkan kepada pegawai penyiasat (SP6). Adakah label dibuka dan S/N Vd/y4Ioj0kyaAtazCKp/Fg dipasang semula kerana apa yang diceritakan oleh SP1 dan SP4 adalah berbeza dengan gambar botol urin (P5) yang diambil oleh Pegawai Penyiasat? Adakah urin dalam botol masih kekal intact urin milik OKT atau bagaimana? k. Sehubungan itu, Mahkamah mendapati bahawa percanggahan dalam keterangan berkaitan urutan pelabelan dan isu seal pada botol urin adalah material dan serius. Ia telah menimbulkan persoalan yang nyata mengenai integriti dan identiti spesimen urin yang menjadi asas kepada pertuduhan ini. Tambahan pula pihak pendakwaan hanya bergantung kepada keputusan patologi ke atas sampel urin ini dalam membangunkan kes pendakwaan. l. Maka, Mahkamah mendapati bahawa terdapat kemungkinan berlakunya kacau ganggu terhadap sampel urin milik tertuduh dan oleh itu rantaian keterangan berhubung barang kes tersebut telah terputus. Kegagalan pihak pendakwaan memastikan integriti rantaian keterangan ini menimbulkan keraguan yang nyata terhadap kes mereka. Selaras dengan prinsip bahawa sebarang keraguan hendaklah memihak kepada tertuduh, Mahkamah dengan ini memberi manfaat keraguan tersebut kepada tertuduh.
II
(ii) Sama Ada Keterangan Tertuduh Adalah Penafian Kosong atau Fikiran Terkemudian.
20
Telah menjadi undang-undang yang mantap bahawa, penafian semata-mata atau memberikan cerita kosong tentang tidak bersalah, tidak boleh dianggap sebagai menimbulkan keraguan munasabah [rujuk Ali Tan bin Abdullah v Public Prosecutor [2013] 2 MLJ 676, CA].
21
Waima apapun, the falsity of the defence juga tidak melepaskan pihak pendakwaan daripada tanggungjawab untuk membuktikan kesnya melampaui keraguan munasabah [rujuk PP v Saimin & Ors [1971] 2 MLJ 16].
22
Selain itu, Mahkamah juga menggunapakai prinsip bahawa keterangan pihak pembelaan tidak semestinya konklusif [rujuk Chay Hon Song v Public Prosecutor [1967] 1 MLJ 210 at 211] dan tertuduh juga tidak perlu membuktikan fakta yang menjadi asas kepada pembelaannya [rujuk Nagappan a/l Kuppusamy v Public Prosecutor [1988] 2 MLJ 53, [1988] 1 CLJ 283, SC.
23
Justeru Mahkamah menolak hujahan TPR yang terpelajar yang menyatakan bahawa kegagalan tertuduh untuk membuat laporan polis berhubung versinya menunjukkan keterangannya adalah penafian kosong yang tiada sokongan serta hanya rekaan. Adakah TPR yang terpelajar mencadangkan agar semua individu yang dituduh di Mahkamah hendaklah membuat satu laporan polis bagi membuktikan diri mereka tidak bersalah, dan sekiranya tidak dibuat, maka satu inferens mereka bersalah hendaklah dibuat?
24
Dengan hormatnya, Mahkamah berpandangan tertuduh tiada obligasi untuk membuat laporan polis untuk membuktikan dirinya tidak bersalah. Ketiadaan laporan polis oleh tertuduh tidak boleh dijadikan adverse inference terhadap tertuduh. Malah pihak pendakwaanlah yang seharusnya membuktikan kes terhadap tertuduh melampaui keraguan munasabah.
25
Sehubungan itu, ketiadaan laporan polis, mahupun keterangan sokongan lain, tidak boleh dijadikan asas bahawa keterangan yang diberikan oleh tertuduh adalah tidak benar.
26
Dalam kes ini, Mahkamah berpandangan bahawa penjelasan yang diberikan oleh tertuduh dalam keterangan bersumpahnya bukanlah penafian semata-mata atau fikiran terkemudian. Ini kerana S/N Vd/y4Ioj0kyaAtazCKp/Fg keterangannya adalah konsisten dengan isu-isu yang telah dibangkitkan oleh pihak pembelaan semasa dalam kes pendakwaan. Tambahan pula, keterangannya juga telah menimbulkan inferens bahawa terdapat kacau ganggu terhadap botol urin, terutama dalam keadaan terdapat percanggahan dalam keterangan saksi pendakwaan sendiri.
27
Berdasarkan prinsip undang-undang yang dinyatakan di atas dan dapatan mahkamah berhubung isu berbangkit yang telah dihuraikan sebelum ini, Mahkamah berpandangan bahawa penjelasan tertuduh bukanlah penafian kosong semata-mata atau pun suatu after thought, malah telah disokong secara tidak langsung oleh kelemahan kes pendakwaan dan juga penilaian ke atas keseluruhan keterangan yang ada.
28
Selain itu, Mahkamah juga telah menilai demeanor (tingkah laku) tertuduh dan mendapati bahawa tertuduh telah menjawab soalan dengan baik, serta kekal konsisten sepanjang memberi keterangannya di Mahkamah. S/N Vd/y4Ioj0kyaAtazCKp/Fg
29
Dalam membuat keputusan di akhir kes pembelaan, Mahkamah merujuk Seksyen 173(m) KTJ yang memperuntukkan bahawa setelah perbicaraan selesai, Mahkamah hendaklah menilai semua keterangan yang telah dikemukakan dan memutuskan sama ada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah. Jika Mahkamah mendapati pendakwaan telah berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah, Mahkamah hendaklah memutuskan bahawa tertuduh bersalah dan boleh mensabitkan kesalahan serta menjatuhkan hukuman mengikut undang-undang. Jika Mahkamah mendapati pendakwaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah, maka Mahkamah hendaklah merekodkan perintah pembebasan terhadap tertuduh.
30
Semasa di akhir kes pendakwaan, mahkamah telah menggunapakai anggapan di bawah seksyen 37(k) ADB. Anggapan ini menyatakan bahawa jika dadah dikesan dalam air kencing tertuduh hasil ujian di bawah seksyen 31A, maka tertuduh dianggap telah mengambil dadah melainkan dibuktikan sebaliknya.
31
Maka, di akhir kes pembelaan, Mahkamah perlu meneliti sama ada keterangan yang dikemukakan oleh pihak pembelaan telah berjaya mematahkan anggapan di bawah seksyen 37(k) ADB 1952 pada tahap imbangan kebarangkalian seperti yang digariskan dalam kes PP v Yuvaraj [1968] 1 MLJ 238 dan adakah pihak pembelaan telah berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap keseluruhan kes pendakwaan seperti yang digariskan oleh Mahkamah Agung dalam kes Mohamad Radhi Yaakob v. PP [1991] 1 CLJ Rep 311; [1991] 3 CLJ 2073; [1991] 3 MLJ 169.
32
Setelah mahkamah meneliti keterangan pihak pembelaan dan hujahan bertulis yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak, dan setelah mahkamah meneliti kes ini secara keseluruhannya, serta berdasarkan alasan-alasan yang telah dihuraikan di atas, Mahkamah berpuas hati bahawa tertuduh telah berjaya mematahkan anggapan di bawah Seksyen 37(k) ADB atas imbangan kebarangkalian dan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap keseluruhan kes pendakwaan. Justeru pihak pendakwaan telah gagal membuktikan kes mereka melampaui keraguan munasabah.
33
Maka, tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan. BERTARIKH PADA 1 NOVEMBER 2025 Disediakan oleh .................................................................... NORYUSRIZA BINTI ZULKIFLI MAJISTRET MAHKAMAH MAJISTRET KUALA BERANG Kaunsel Bagi pihak pendakwaan Nur Atifah binti Manaf Timbalan Pendakwa Raya Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Terengganu Tingkat 14, Wisma Darul Iman 20200 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman S/N Vd/y4Ioj0kyaAtazCKp/Fg Bagi pihak Tertuduh Tetuan Mohd Hayyatuddin & Co. Peguambela & Peguamcara, 470-F Tingkat 1, Jalan Kamaruddin 20400 Kuala Terengganu
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.