the guardian or next friend of any minor claiming to be entitled as mentioned in paragraph (b).”. [35] Peguam cara terpelajar Defendan merujuk kepada keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes Cendana Konsep Sdn Bhd v. Island Concept Sdn Bhd [2014] 9 MLJ 331 yang merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Macon Engineers Sdn Bhd v. Goh Hooi Yin [1976] 2 MLJ 53 dalam membincangkan prinsip caveatable interest selaras dengan Seksyen 323 KTN − “[86] The next issue is whether by having just paid the deposit and not the full purchase consideration, the defendant has a caveatable interest in the said property. In Macon Engineers Sdn Bhd v Goh Hooi Yin [1976] 2 MLJ 53, it was held as follows: As regards the first question, section 323(1)(a) of the National Land Code provides that a private caveat may be entered at the instance of any person or body claiming title to, or any registrable interest in, any alienated land or any right to such title or interest. It would seem clear that the respondent cannot claim title to or any registrable interest in the property in question merely on the strength of the sale agreement which is a non-statutory and non-registrable instrument, but it cannot be denied that he has a right under that agreement to such title or interest by bringing an action for specific performance of the agreement, which in fact he has al ready done. [87] In Chin Cheng Hong v Hameed & Ors [1954] 1 MLJ 169 Buhagiar J said at p 170: The whole system of caveats is founded on the principle that they exist for the protection of alleged as well as proved interests and of interests that have not yet become actual interests in land, but a caveat, being in the nature of a statutory injunction, does not in itself make a claim or right either better or worse. It would seem abundantly clear from the authorities that, so long as there is in existence a valid agreement for the sale of land, the purchaser is entitled to lodge a caveat to protect his rights under the contract and to sue for specific performance of the agreement … [88] Hence, what is critical is that there should be a valid agreement for the sale and purchaser’s right to enter a caveat to protect his interest over the land is not predicated on him having paid the full purchase consideration. If payment of the full purchase consideration is the sine qua non for entry of a caveat by the purchaser then almost every conveyancing transaction would be in peri land the purchaser would be without statutory protection during the intervening period between execution of the agreement (and payment of deposit) and payment of full purchase considerat ion, which in most cases will be several months later.”. [36] Selanjutnya, peguam cara terpelajar Defendan merujuk keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Wong Kuan Tan v. Gambut Development Sdn. Bhd. [1984] 2 CLJ 26 − “To put it more simply, the caveator in this case must first satisfy the Court that he has a “caveatable interest” in the land. Only if he has such an interest can he qualify to lodge a caveat under s. 323 of the Nat ional Land Code. In the application to have the caveat removed the onus is cast upon the caveator to satisfy the Court that on the evidence presented his claim to an interest in the land raises a serious question to be tried and after having done so he must go on to show that on the balance of convenience, the caveat should be extended until the disposal of the main action.”. Manakala, dalam keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Luggage Distributors (M) Sdn Bhd v Tan Hor Teng & Anor [1995] 1 MLJ 719 yang memutuskan prinsip menentukan suatu permohonan mengeluarkan kaveat − “The first stage is the examination of the grounds expressed in the application for the caveat. If it appears that the grounds stated therein are insufficient in law to support a caveat, then cadit quaestion, and the caveat must be removed without the necessity of going any further.”. [37] Peguam cara terpelajar Defendan berhujah bahawa pihak-pihak di sini telah menandatangani Letter of Offer to Purchase tersebut yang merupakan suatu perjanjian untuk meneruskan dengan transaksi jual beli hartanah tersebut. Dalam hal ini, Defendan telah membayar Earnest Deposit dan selanjutnya memajukan Cek Baki Deposit tersebut kepada Plaintif. Walau bagaimanapun, Plaintif enggan untuk meneruskan transaksi jual beli hartanah tersebut atas alasan kononnya Defendan telah gagal untuk mematuhi terma Letter of Offer to Purchase tersebut. [38] Defendan kemudiannya telah memfailkan Saman Pemula No. BA- 24NCVC-696-04/2024 (“SP 696”) di Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk menuntut, antara lainnya, pelaksanaan spesifik terhadap Plaintif. [39] Peguam cara terpelajar Defendan berhujah bahawa Defendan adalah berhak bagi perlaksanaan spesifik Letter of Offer to Purchase tersebut oleh Plaintif, oleh itu, suatu kaveat untuk mengekalkan status quo hartanah tersebut adalah diperlukan dan adalah wajar. Defendan merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Institut Teknologi Federal Sdn. Bhd. v. HUM Education Sdn. Bhd. [2007] 7 MLJ 23 − “[27] … It is settled that caveatable interest must be a definite right relating to land and capable of enforcement and a caveator must be in a position to institute a suit for specific performance of claim. The position of IIUM was made worse as i t did not even commence action as at 31 December 2004 when the application by FIT for the removal of the caveat was heard. Indeed, it was not rebutted that no action was filed to date in connection with the caveat. [28] The fact that there was payment of earnest deposit and that it should be refundable did not ipso facto provide to IIUM caveatable interest in the said land. Mere pecuniary interest in land does not entitle a person to lodge a caveat under s 323 of the Code (see Registrar of Tit les, Johore v. Temenggong Securities Ltd).”. [40] Peguam cara terpelajar Defendan berhujah bahawa pada setiap masa yang material, Defendan tidak pernah memungkiri mana-mana terma-terma Letter of Offer to Purchase tersebut yang membolehkan Plaintif menjadi berhak untuk menamatkan yang sama. Sehubungan dengan di atas, peguam cara terpelajar Defendan berhujah bahawa kewujudan Letter of Offer to Purchase tersebut yang merupakan kontrak sah di antara pihak-pihak di sini menjadi asas kepada wujudnya kepentingan mengkaveat Defendan sekaligus membawa kepada kesahan pendaftaran Kaveat Persendirian tersebut. Dalam apa jua keadaan, isu kesahan penamatan Letter of Offer to Purchase oleh Plaintif merupakan isu yang harus dipertimbangkan dan diputuskan terlebih dahulu sebelum status pendaftaran Kaveat Persendirian tersebut dapat diputuskan. [41] Oleh demikian, peguam cara terpelajar Defendan berhujah bahawa berdasarkan kepada penamatan tidak sah Letter of Offer to Purchase oleh Plaintif, Defendan adalah berhak dan mempunyai kepentingan mengkaveat untuk mendaftarkan yang sama. Dalam apa jua keadaan, Kaveat Persendirian tersebut seharusnya dilanjutkan sementara menunggu pelupusan SP 696. Sekiranya Kaveat Persendirian tersebut dibatalkan sebelum isu-isu yang berbangkit dalam SP 696 dapat diputuskan dan dilupuskan secara muktamad, perkara ini akan menyebabkan SP 696 menjadi sia-sia dan tidak boleh diteruskan. Penamatan Letter of Offer to Purchase: [42] Peguam cara terpelajar Defendan menghujahkan bahawa − • tindakan Plaintif menamatkan Letter of Offer to Purchase adalah suatu yang tidak sah menurut seksyen-seksyen 5 dan 6 Akta Kontrak 1950 yang memperuntukkan prinsip undang-undang berkenaan waktu dan keadaan pembatalan dan/atau penamatan suatu tawaran boleh dibuat. Berdasarkan kepada prinsip di atas, suatu tawaran hanya boleh dibatalkan sebelum penerimaan yang sama dibuat melainkan dalam keadaan-keadaan yang dinyatakan di seksyen 6 Akta Kontrak 1950. • penamatan Letter of Offer to Purchase tersebut secara unilateral oleh Plaintif sebelum tamat tempoh yang dipersetujui oleh pihak-pihak iaitu sebelum 26-12-2023 dan jelas merupakan penamatan adalah tidak sah. • Plaintif juga telah bergantung kepada klausa 11 untuk menamatkan Letter of Offer to Purchase dan mendakwa Defendan kononnya telah gagal untuk mendapatkan pembiayaan kewangan daripada pihak bank bagi tujuan transaksi jual beli hartanah tersebut (klausa 11 Letter of Offer to Purchase tersebut telah memperuntukkan syarat tambahan bagi pembiayaan kewangan Defendan sebagai pembeli daripada pihak bank). Syarat Tambahan tersebut bukan suatu keperluan bagi pihak-pihak untuk meneruskan transaksi jual beli hartanah tersebut. Dalam hal ini, Syarat Tambahan tersebut hanya sekadar memberi peluang kepada Defendan untuk mendapatkan pembiayaan kewangan daripada pihak bank bagi tujuan jual beli hartanah tersebut. Dalam Letter of Offer to Purchase tersebut tidak menyatakan apa-apa syarat berkenaan cara pembayaran Harga Jualan yang akan dibuat oleh Defendan kepada Plaintif, maka, Syarat Tambahan tersebut hanya terpakai sekiranya terdapat permohonan untuk pembiayaan kewangan daripada pihak bank yang dibuat oleh Defendan. Dalam apa jua keadaan, sekiranya Defendan tidak dapat mendapatkan pembiayaan kewangan daripada bank, transaksi jual beli hartanah tersebut masih boleh diteruskan dan disempurnakan melalui cara pembayaran yang lain iaitu bayaran wang daripada Defendan sendiri tanpa sebarang pinjaman wang yang disediakan oleh mana-mana bank. Oeh demikian, peguam cara Defendan berhujah bahawa kegagalan Defendan untuk mendapatkan pembiayaan kewangan daripada bank tidak memberi apa-apa efek kepada transaksi jual beli hartanah tersebut. Maka, tidak adil untuk Plaintif menamatkan Letter of Offer to Purchase tersebut secara unilateral dan enggan untuk meneruskan transaksi jual beli hartanah tersebut berdasarkan kepada suatu terma yang tidak memberi efek secara dasarnya kepada transaksi jual beli hartanah tersebut. • Plaintif telah menamatkan Letter of Offer to Purchase tersebut secara mala fide untuk memasuki suatu perjanjian yang baharu dengan pihak ketiga. Dalam hal ini, Plaintif telah dalam masa yang singkat menandatangani sepucuk perjanjian jual beli yang baharu dengan pihak ketiga pada 19-1-2024. • Berdasarkan kepada alasan-alasan di atas, ia merupakan kes Defendan bahawa memandangkan Defendan tidak pernah memungkiri apa-apa terma Letter of Offer to Purchase tersebut maka penamatan Letter of Offer to Purchase oleh Plaintif adalah tidak sah sekaligus masih kekal sah dan terpakai. Undang-Undang [43] Kedua-dua peguam terpelajar telah merujuk, menggunapakai peruntukan undang-undang di bawah Kanun Tanah Negara dan Akta Kontrak 1950 serta nas undang-undang kes untuk menegakkan pendirian mereka menurut perspektif undang-undang. [44] Kanun Tanah Negara 2020 (Act 828) memperuntukkan mengenai “removal of private caveats by Registrar” di bawah seksyen 326 dan seksyen 327 dan seksyen 329 Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 56/1965) dan Kanun Tanah Negara 2020 (Akta 828) “removal of private caveats by Court” iaitu – Section 326. Removal of private caveats by Registrar