Bilakah kali pertama kamu melihat motosikal bernombor DBP 6760 ini? Kali pertama saya melihat motosikal tersebut ia tiba-tiba dating dari arah belakang melanggar bahagian belakang sebelah kanan motokar yang sedang membelok ke kiri itu. [19] Dalam laporan polis beliau berkata motosikal “tercampak” manakala dalam keterangan beliau di mahkamah ini beliau menyatakan motosikal langgar belakang motokar beliau. [20] Dalam kes Mohd Tajudin bin Salleh v Mokhari bin Murgis & Anor [1993] 3 CLJ yang Hakim Abdul Malik Ishak JC menyatakan bahawa: - “if the appellant’s version is to be accepted it should be reflected in his police report. Such failure would be fatal to the appellant’s case. The Court have consistently been emphasizing on the need to mention relevant facts in one’s police report’. [21] Mahkamah berpuas hati bahawa versi yang dikemukakan oleh Plaintif adalah lebih munasabah dan dipercayai. Oleh itu, Mahkamah menolak keterangan Defendan. [22] Dalam kes Mohamed bin Kasdi v PP [1969] 1 MLJ 135, Hakim Ali J dengan jelas menyatakan: - “No hard and fast rule can be laid down for determining the credibility or otherwise the witness, but when a witness gives or makes two statement which differ in material particulars there must ground for believing that he is not truthful witness”. E. KUANTUM GANTIRUGI Gantirugi khas [23] Kuantum atas gantirugi khas di atas sebutharga shoe raise sebanyak RM54,600.00 atas 100% liabiliti. [24] Pakar ortopedik pilihan Plaintif telah mendapati Plaintif telah mengalami keilatan “2 cm lengthening left lower limb due to fixed abduction deformity left hip”. [25] Manakala pakar Defendan menyatakan tiada perbezaan kepanjangan kaki semasa pemeriksaan terkini oleh pakar Defendan. Peguam Defendan hujahkan bahawa tuntutan ini perlu ditolak. [26] Mahkamah ini tidak bersetuju dengan penemuan ini kerana pakar Plaintif menemukan sebaliknya dan kepanjangan 2 cm ini adalah permanent sepertimana komen dari pakar Plaintif sendiri: - “2 cm apparent lengthening left lower limb due to fixed abduction deformity left hip. This will be permanent. He needs shoe raise for limb discrepancy.” [27] Oleh yang demikian, mahkamah ini setuju bahawa Plaintif perlukan shoe raise untuk kakinya. [28] Jumlah RM54,600.00 diperolehi dari laporan sebutharga Plaintif seperti di ekshibit P10. [29] Pihak Defendan gagal untuk kemukakan sebutharga yang memungkinkan Mahkamah ini untuk mempertimbangkan. Oleh yang demikian, sebut harga Plaintif ini terpakai. Gantirugi Am [30] Mahkamah telah menilai kecederaan-kecederaan yang dialami oleh Plaintif dan bersetuju dengan sebahagian besar hujahan Peguam Plaintif berkenaan kadar gantirugi. Berdasarkan prinsip yang termaktub dalam kes-kes terdahulu dan keperluan keadilan, Mahkamah membuat keputusan seperti berikut: [31] Untuk kecederaan Posterior left hip dislocation mahkamah telah memberikan award sebanyak RM45,000.00. [32] Untuk kecederaan fracture head of left femur sebanyak RM40,000.00 atas 100% liabiliti. [33] Untuk kecederaan fracture of left acetabular wall mahkamah telah memberikan award sebanyak RM25,000.00 [34] Untuk tiga kecederaan ini mahkamah memberikan alasan seperti yang berikut: - [35] Sebenarnya untuk tiga kecederaan ini award yang diberikan oleh mahkamah ini adalah mengikut apa yang dihujahkan oleh peguam Defendan sendiri. Mahkamah ini tidak tahu kenapa peguam Defendan masih tidak berpuashati dengan jumlah ini yang dipersetujui oleh mahkamah ini mengikut hujahan pihak Defendan sendiri. [36] Untuk kecederaan posterior left hip dislocation mahkamah ini menerima pakai otoriti yang dikemukakan oleh peguam Defendan sendiri iaitu Zahida bt Mohd Yazid Yogasuarann v Mazlina bt Awang [2023] MLJU 03141 yang memutuskan award untuk dislocation of the hip ialah RM45,000.00. [37] Peguam Defendan sendiri hujahkan bahawa jumlah award sebanyak RM45,000.00 adalah memadai. [38] Untuk kecederaan fracture head of left femur mahkamah ini mengawardkan sebanyak RM40,000.00. [39] Untuk kecederaan fracture head of left femur ini mahkamah menerima pakai otoriti yang dikemukakan oleh peguam Defendan sendiri iaitu Tamileselvan a/l Balasubramaniam v Lee Chin Hua & satu lagi [2023] MLJU 3039 yang memutuskan award sebanyak RM40,000.00. [40] Mengikut The Revised Compendium of Personal Injury Awards 2018 juga memberikan garis panduan bahawa untuk kecederaan ini award adalah antara RM21,500.00 hingga RM48,500.00. [41] Peguam Defendan sendiri hujahkan bahawa jumlah award sebanyak RM40,000.00 adalah memadai. [42] Untuk kecederaan left acetabular wall fracture mahkamah ini memberikan award sebanyak RM25,000.00. [43] Untuk kecederaan ini mahkamah menggunapakai otoriti yang dikemukakan oleh peguam Defendan sendiri iaitu Tan Peng Huat v Tan Hee Soon [2021] MLJU 1003 yang mana mahkamah telah memberikan award sebanyak RM25,000.00. [44] Mengikut The Revised Compendium of Personal Injury Awards 2018 juga memberikan garis panduan bahawa untuk kecederaan ini award adalah antara RM24,000.00 hingga RM35,500.00. [45] Peguam Defendan sendiri hujahkan bahawa jumlah award sebanyak RM25,000.00 adalah memadai. [46] Untuk kecederaan united fracture of acetabulum mahkamah memberikan award sebanyak RM30,000.00. atas 100% liabiliti. [47] Untuk kecederaan ini peguam Defendan hujahkan sebanyak RM25,000.00 adalah memadai dengan mengemukakan otoriti Tan Peng Huat v Tan Hee Soon [2021] MLJU 1003. [48] Manakala peguam Plaintif pula menghujahkan sebanyak RM35,000.00. [49] Mahkamah di dalam kes ini memberikan award sebanyak RM30,000.00 memandangkan The Revised Compendium of Personal Injury Awards 2018 memberikan garis panduan untuk kecederaan ini adalah antara RM24,000.00 hingga RM35,500.00. [50] Mahkamah percaya jumlah award tersebut adalah munasabah dan berpatutan. F. KESIMPULAN [51] Berdasarkan kepada alasan-alasan dan dapatan-dapatan yang dinyatakan di atas, mahkamah yang mulia ini berpendapat bahawa keputusan mahkamah yang mulia ini adalah tepat dan bersesuaian. [52] Mahkamah yang mulia ini sekali lagi tegaskan bahawa keputusan ini adalah adil, wajar dan berpatutan kepada Plaintif dan Defendan berdasarkan alasan-alasan yang dikemukakan di atas sebelum ini. Bertarikh pada 10 September 2025 nik habri Nik Habri bin Muhamad Hakim Sesyen Mahkamah Sesyen Kota Bharu Kelantan Darul Naim. Peguam Plaintif: Puan Amalin (Tetuan Zufaidi & Co) Peguam Defendan: En. Syafiq (Tetuan Azilan Suhaila & Associates)