Terdapat dompet (P12) yang mengandungi dokumen peribadi Perayu iaitu kad pengenalan dan lesen memandu atas nama Perayu bersama-sama 7 peket plastik lut sinar berisi dadah di dalam beg Feminine menunjukkan pengetahuan tertuduh mengenai keberadaan dadah-dadah yang dipertuduhkan tersebut. [26] Berdasarkan fakta-fakta di atas yang telah dibuktikan, maka kami dapati keputusan hakim bicara bijaksana yang mendapati Perayu mempunyai milikan sebenar ke atas Methamphetamine yang dirampas adalah tepat. Tiada sebab untuk kami mengganggu keputusan tersebut. Oleh itu kami dapati isu pertama yang dibangkitkan tiada sebarang merit. 13 Isu Kedua [27] Setelah Rekod Rayuan diteliti, jelas kepada kami bahawa Perayu tidak pernah membangkitkan isu atau pembelaan bahawa dadah yang dimilikinya adalah untuk kegunaan diri sendiri. Seawal kes pendakwaan lagi, kes Perayu adalah dia bukan penghuni rumah beralamat B1846, Lorong Sekilau 31, di mana dadah tersebut dirampas dan dia tidak memiliki dadah tersebut. Malah setelah dia diperintah untuk membela diri, Perayu masih cuba menafikan bahawa beliau memiliki dadah yang dirampas. Tiada pada bila-bila masa, Perayu cuba mengetengahkan pembelaan bahawa beliau memiliki dadah tersebut bukan untuk tujuan pengedaran tetapi untuk kegunaan sendiri. Isu “penggunaan sendiri” ini hanya ditimbulkan oleh peguam bela terpelajar semasa memberi hujahan lisan di hadapan kami. Jelas di sini, pembelaan yang cuba dibangkitkan di peringkat rayuan ini merupakan suatu pemikiran semula. [28] Mahkamah ini dalam kes Megat Halim Megat Omar v PP [2009] 1 CLJ 154 ada memutuskan: “Although in our criminal jurisprudence, there is no burden on an accused person to prove his innocence but merely for him to raise a reasonable doubt as to his guilt, it is trite that his defence should be put to the prosecution at an early stage during the prosecution case. Failure to do so may move the trial court to dismiss a particular line of defence as an afterthought, or a recent invention as happened in this case.” Dalam kes ini, dakwaan bahawa dadah yang dirampas adalah untuk kegunaan Perayu sendiri bukan sahaja gagal dicadangkan di peringkat kes 14 pendakwaan tetapi juga gagal dicadangkan di peringkat pembelaan Perayu sendiri. Ianya cuma ditimbulkan semasa pendengaran rayuan kes ini. [29] Walau apapun, keterangan adalah jelas bahawa berat Methamphetamine yang dimiliki Perayu adalah 61.21 gram iaitu satu jumlah berat yang melampaui 50 gram iaitu berat minimum di bawah Seksyen 37(da)(xvi) Akta. Hakim bicara bijaksana bertindak betul apabila mengguna pakai anggapan di bawah Seksyen 37 (da) (xvi) bagi mendapati Perayu mengedar dadah tersebut. Sudah menjadi undang-undang mantap bahawa apabila dibuktikan bahawa Perayu memiliki Methamphetamine yang beratnya melebihi 50 gram, maka anggapan mengedar, yang boleh di akas, timbul di bawah Seksyen 37(da)(xvi) Akta. Terpulang kepada Perayu untuk membuktikan, atas pertimbangan kebarangkalian, bahawa Methamphetamine yang dimilikinya bukan untuk pengedaran tetapi untuk kegunaan sendiri. [30] Dalam kes ini, Perayu bergantung atas keterangan pihak pendakwa bahawa ujian air kencing yang dijalankan atas Perayu adalah positif dan tiada alat penimbang dijumpai untuk berhujah bahawa anggapan bawah Seskyen 37 (da) (xvi) Akta telah dipatahkan. [31] Tindakan peguam bela terpelajar Perayu yang merujuk kepada keterangan bahawa ujian air kencing ke atas Perayu adalah positif dan tiada alat penimbang dijumpai semasa berhujah di peringkat rayuan tanpa dengan khusus mencadangkan sama ada di peringkat kes pendakwaan atau di peringkat pembelaan bahawa dadah yang dirampas adalah untuk kegunaan sendiri, kami berpendapat tidak memadai untuk mematahkan anggapan pengedaran bawah Seksyen 37 (da) (xvi) Akta. 15 [32] Tambahan lagi dalam kes ini jumlah berat kasar adalah 79.21 gram (berat bersih 61.21 gram) yang berada dalam 7 peket kecil dan tiada alat menghisap dadah dijumpai bersama yang boleh mencadangkan ianya untuk kegunaan sendiri. Methamphetamine seberat 61.21 gram, adalah satu jumlah yang banyak. Semakin banyak dan semakin berat dadah yang dimiliki, semakin kuat inferen bahawa ianya bukan untuk kegunaan sendiri. Sebagai mana di dalam kes Ong Ah Chuan v PP (1980) 1 LNS 181: "As a matter of common sense the larger the quantity of drugs involved the stronger the inference that they were not intended for the personal consumption of the person carrying them, and the more convincing the evidence needed to rebut it. All that section 15 does is to lay down the minimum quantity of each of the five drugs with which it deals at which the inference arises from the quantity involved alone that they were being transported for the purpose of possession of them to another person and not solely for the transporter's own consumption. There may be other facts which justify the inference even where the quantity of drugs involved is lower than the minimum which attracts the statutory presumption under section 15. In the instant cases, however, the quantities involved were respectively one hundred times and six hundred times the statutory minimum. Whether the quantities involved be large or small, however, the inference is always rebuttable. The accused himself best knows why he was conveying the drugs from one place to another and, if he can satisfy the court, upon the balance of probabilities only, that they were destined for his own consumption he is entitled to be acquitted of the offence of trafficking under section 3.” [33] Berbalik kepada kes ini, berdasarkan alasan di atas, kami dapati tiada apa-apa keterangan mahupun dakwaan dalam pembelaan Perayu 16 bahawa Methamphetamine yang dimilikinya adalah untuk kegunaan Perayu sendiri. Oleh itu, kami dapati anggapan mengedar di bawah Seksyen 37 (da)