14/6/2017 RM 25,000.00 Jumlah RM 330,000.00 [21] Sekali lagi Mahkamah mendapati bahawa tiada sebarang perjanjian bertulis ditunjukkan kepada Mahkamah. Bagi Mahkamah adalah tidak lojik bagi satu pinjaman yang melibatkan penjualan hartanah tersebut telah dimasuki tanpa ada sebarang perjanjian bertulis. Apatah lagi, pembayaran kali ini melibatkan pindahmilik hartanah tersebut. [22] Di dalam masa yang sama, Plaintif turut tidak mengemukakan apa-apa keterangan bagi menunjukkan pengeluaran apa-apa wangnya bagi membayar Defendan. Ini mengambilkira jumlah wang tunai yang besar dan semestinyalah ada akaun atau dokumen yang menunjukkan pengeluaran wang Plaintif. [23] Selain dari itu, Mahkamah turut mendapati bahawa bayaran-bayaran tersebut jika berlaku sekalipun adalah secara berperingkat bermula pada 25/2/2014 dan diikuti 4 bayaran selanjutnya sedangkan pindahmilik hartanah tersebut berlaku pada 9/5/2017 berdasarkan Borang 14A di P13. Namun, Plaintif tidak menawarkan apa-apa penjelasan berkaitan tempoh masa yang diambil oleh Plaintif untuk membuat pembayaran ini dan selanjutnya membawa kepada pindahmilik hartanah tersebut. [24] Mahkamah berdasarkan kepada keterangan-keterangan ini merumuskan bahawa Plaintif tidak berjaya untuk membuktikan bahawa Plaintif telah membayar sejumlah wang tersebut kepada Defendan dan tidak juga berjaya membuktikan bahawa telah wujud persetujuan bahawa bayaran jika dibuat sekalipun adalah bagi maksud untuk membeli hartanah tersebut. [25] Ini membawa kepada pertimbangan Mahkamah kepada Hujahan Defendan bahawa apa yang dibangkitkan oleh Defendan tidak pernah diplidkan di dalam Pembelaan Palintif dan Defendan di dalam kes DA-22NCVC-05-01/2018 sepertimana di ekshibit P12. [26] Mahkamah mendapati bahawa menerusi Pembelaan di dalam kes terdahulu, Plaintif tidak pernah sama sekali memplidkan dakwaannya bahawa terdapat hutang perniagaan balak berjumlah RM 116,950.00 maupun balasan tambahan sebanyak RM 375,000.00. Plaintif juga tidak pernah memplidkan isu harga jualan tanah sebanyak RM 491,000.00. [27] Malahan tuntutan kini Plaintif ke atas Defendan juga adalah salah di dalam menyatakan penghakiman sebenar Mahkamah Tinggi di dalam kes DA-22NCVC-05-01/2018 tersebut. Ini kerana Plaintif menyatakan bahawa hartanah tersebut adalah dimiliki ½ oleh Defendan dan ½ oleh bekas isteri Defendan. Namun, penghakiman tersebut dengan jelas menyatakan bahawa hartanah tersebut adalah pemilikan sepenuhnya oleh bekas isteri Defendan. [28] Mahkamah bersetuju dengan hujahan Peguam Defendan bahawa penghakiman bertarikh 18/6/2020 di dalam kes DA-22NCVC-05- 01/2018 tersebut tidak mengiktiraf hak Plaintif sebagai pembeli bona fide tanah tersebut. Keputusan ini juga tidak pernah dirayu oleh Plaintif dan oleh itu, ia secara tidak langsung diiktiraf oleh Plaintif. [29] Oleh itu, Mahkamah memutuskan bahawa tindakan Plaintif bukan sahaja tidak berasas namun telah cuba untuk memesongkan fakta serta kebenaran. [30] Sayugia itu, Mahkamah merumuskan bahawa tidak mungkin Defendan mendapat perkayaan tidak patut apabila Plaintif gagal membuktikan wujudnya pinjaman oleh Defendan daripada Plaintif dan selanjutnya gagal juga membuktikan Defendan mendapat milikan rumah tersebut. Isu (b); sama ada prinsip res judicata terpakai bagi tuntutan ini [31] Bagi isu ini, Peguam Defendan menghujahkan bahawa tindakan di hadapan Mahkamah ini adalah berbentuk “res judicata” di atas alasan tuntutan Plaintif adalah sama dari segi fakta dengan kes DA-22NCVC-05-01/2018 tersebut. Apatah lagi Plaintif tidak merayu ke atas keputusan tersebut. [32] Apa yang dimaksudkan sebagai “res judicata” telah dijelaskan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Kerajaan Malaysia v Mat Suhaimi bin Shafiei [2018] 2 MLJ 133 di mana Hakim Ahmad Maarop HB (Malaya) menyatakan; “[19] The Latin term "res judicata " literally translated means 'a matter adjudged'. The full maxim is res judicata pro veritate accipitur which means 'a matter adjudged is taken as truth'. In explaining what is res judicata, in Asia Commercial Finance (M) Bhd v. Kawal Teliti Sdn Bhd [1995] 3 CLJ 783; [1995] 3 MLJ 189, the Supreme Court said: What is res judicata ? It simply means a matter adjudged, and its significance lies in its effect of creating an estoppel per rem judicatum. When a matter between two parties has been adjudicated by a court of competent jurisdiction, the parties and their privies are not permitted to litigate once more the res judicata, because the judgment becomes the truth between such parties, or in other words, the parties should accept it as the truth; res judicata pro veritate accipitur. The public policy of the law is that, it is in the public interest that there should be finality in litigation - interest rei publicae ut sit finis litium. It is only just that no one ought to be vexed twice for the same cause of action - nemo debet bis vexari pro eadem causa. Both maxims are the rationales for the doctrine of res judicata, but the earlier maxim has the further elevated status of a question of public policy. Since a res judicata creates an estoppel per rem judicatum, the doctrine of res judicata is really the doctrine of estoppel per rem judicatum, the latter being described sometimes in a rather archaic way as estoppel by record. Since the two doctrines are the same, it is no longer of any practical importance to say the res judicata is a rule of procedure and that an estoppel per rem judicatum is that of evidence. Such dichotomy is apt to give rise to confusion. The starting point ought to be the celebrated passage by Wigram VC in the case of Henderson v. Henderson (1843) 3 Hare 100 at page 115 which is: The plea of res judicata applies, except in special cases, not only to points upon which the court was actually required by the parties to form an opinion and pronounce a judgment, but to every point which properly belonged to the subject of litigation and which the parties, exercising reasonable diligence might have brought forward at the time.” [33] Berdasarkan prinsip ini, perkara pokok yang perlu ditentukan adalah sama ada perkara yang dibangkitkan serta diputuskan di dalam kes 22NCVC-05-01/2018 tersebut adalah perkara yang sama dibangkitkan di dalam tuntutan Plaintif di dalam kes di hadapan Mahkamah kini. [34] Penelitian Mahkamah mendapati Pernyataan Tuntutan dengan jelas menunjukkan bahawa tuntutan Plaintif ke atas Defendan adalah berkaitan wang yang telah diterima oleh Defendan. Ia tidak berkaitan tuntutan oleh Plaintif di dalam kes 22NCVC-05-01/2018 tersebut yang melibatkan pindahmilik hartanah tersebut. Fakta kes ini juga walaupun saling berkait dengan kes 22NCVC-05-01/2018 tersebut, adalah berbeza sama sekali. [35] Selain itu, untuk membolehkan prinsip “res judicata” terpakai, Plaintif hendaklah secara langsung dan secara substansial membuktikan isu di dalam kes semasa mestilah perkara yang sama yang secara langsung dan sebahagian besarnya menjadi isu yang sama ada sebenarnya atau konstruktif dalam kes terdahulu. Selain itu, pihak-pihak yang berlitigasi hendaklah merupakan pihak yang sama di dalam kedua-dua kes. [36] Perkara ini pernah disentuh oleh Hakim Sharma HMT di dalam kes Chua Wee Seng v. Fazal Mohamed [1970] CLJU 19; [1970] 1 LNS 19; [1971] 1 MLJ 106 seperti berikut; “To constitute a matter res judicata the following conditions must be fulfilled: