Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI TEMERLOH DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO. CB-12B-1-01/2022 ANTARA MOHD NAIM BIN ABDULLAH (NO. K/P: 810810-06-5215) ... PERAYU
CB-12B-1-01/2022
High Court of Malaysia6 Dec 2022
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI TEMERLOH DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO. CB-12B-1-01/2022 ANTARA MOHD NAIM BIN ABDULLAH (NO. K/P: 810810-06-5215) ... PERAYU
1
MUHAMMAD ZULKIFLEE BIN ANWAR (NO. K/P: 991013-06-5541) (Seorang lelaki kurang upaya yang menuntut Melalui ibu dan wakil litigasinya, ROSMANIDAR BINTI RUSLI)
2
ROSMANIDAR BINTI RUSLI … RESPONDEN- (NO. K/P: 720420-71-5148) RESPONDEN [DALAM MAHKAMAH SESYEN DI TEMERLOH DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR GUAMAN NO. CB-A53KJ-283-11/2020
1
MUHAMMAD ZULKIFLEE BIN ANWAR (NO. K/P: 991013-06-5541) (Seorang lelaki kurang upaya yang menuntut Melalui ibu dan wakil litigasinya, ROSMANIDAR BINTI RUSLI)
2
ROSMANIDAR BINTI RUSLI … PLAINTIF- (NO. K/P: 720420-71-5148) PLAINTIF DAN MOHD NAIM BIN ABDULLAH (NO. K/P: 810810-06-5215) ... DEFENDAN] ALASAN PENGHAKIMAN Pendahuluan [1] Ini adalah rayuan terhadap keputusan Hakim Mahkamah Sesyen pada 18.01.2022 di dalam satu tuntutan gantirugi ekoran daripada kemalangan jalan raya yang melibatkan Perayu dan Responden Pertama. Rayuan adalah terhadap tanggungan (liability) dan jumlah gantirugi (quantum). [2] Pihak-pihak yang terlibat dalam kes ini akan dirujuk sebagaimana pihak-pihak di Mahkamah Sesyen iaitu Plaintif-Plaintif dan Defendan. Ini bagi membolehkan sebarang penyataan berkenaan dengan keterangan adalah dirujuk sebagai pihak yang sama bagi mengelakkan kekeliruan di dalam rayuan ini. Fakta Ringkas [3] Pada 17.02.2020 di KM 94.5 Jalan Kuantan – Kuala Lumpur Pahang, Plaintif Pertama yang merupakan penunggang motorsikal nombor pendaftaran VBR 4465 telah terlibat dalam kemalangan jalan raya dengan Defendan yang sedang memandu motokar nombor pendaftaran CDR 9444. Kemalangan itu berlaku di persimpangan jalan apabila Defendan En. Mohd Naim bin Abdullah dikatakan telah membelok masuk ke simpang dan dilanggar oleh Plaintif Pertama, En. Muhammad Zulkiflee bin Anwar semasa Plaintif Pertama dikatakan sedang memotong di laluan sah Defendan. [4] Plaintif Pertama telah mengalami kecederaan akibat daripada kemalangan tersebut dan mengemukakan tuntutan kepada Defendan dalam kes ini. Dapatan Hakim Mahkamah Sesyen Berkaitan Dengan Liabiliti [5] Hakim Mahkamah Sesyen telah memutuskan bahawa tanggungan bagi kes kemalangan ini adalah pihak Plaintif dan Defendan masing-masing bertanggungan 50 % kepada kemalangan tersebut. Hakim Mahkamah Sesyen telah memutuskan sedemikian berdasarkan kepada penelitian beliau kepada keterangan-keterangan saksi dan dokumen-dokumen yang dikemukakan. Ini dapat dilihat di perenggan [28] alasan penghakiman beliau yang menyatakan bahawa Plaintif Pertama turut menyumbang cuai dalam kemalangan tersebut apabila memandu laju dan memotong secara tidak berhati-hati pada jarak selamat. Hakim Mahkamah Sesyen bersandarkan kepada dapatan beliau berkenaan dengan kecuaian sertaan Plaintif Pertama adalah daripada keterangan SP1 iaitu Pegawai Penyiasat dan juga keterangan yang menunjukkan bahawa Plaintif Pertama mengalami kecederaan yang parah dan hampir koma. Itu telah dirumuskan oleh Hakim Mahkamah Sesyen sebagai petanda bahawa suatu pertembungan yang kuat telah berlaku akibat daripada pemanduan yang laju oleh Plaintif Pertama. [6] Namun demikian dalam kes ini tiada keterangan yang diperolehi daripada Plaintif Pertama kerana beliau telahpun tidak sedarkan diri dan hilang keseluruhan daya upaya secara kekal menyebabkan beliau tidak dapat memberikan keterangan di mahkamah. Ini bermakna dapatan Hakim Mahkamah Sesyen hanyalah berdasarkan kepada keterangan saksi-saksi yang ada yang menyebabkan Hakim Mahkamah Sesyen telah merumuskan bahawa pemanduan Plaintif Pertama adalah menyumbang kepada kemalangan tersebut. Oleh kerana itulah maka Hakim Mahkamah Sesyen telah memutuskan bahawa tanggungan 50 % kepada Plaintif Pertama. Isu Dalam Kes ini [7] Setelah meneliti nota keterangan dan hujahan yang difailkan oleh pihak-pihak Mahkamah mendapati bahawa terdapat dua isu utama dalam kes ini iaitu:
a
Adakah Hakim Mahkamah Sesyen telah terkhilaf dalam dapatannya berkenaan dengan liabiliti 50 % kepada Defendan dan 50 % kepada Plaintif Pertama yang memerlukan gangguan Mahkamah ini; dan
b
Adakah dapatan Hakim Mahkamah Sesyen terhadap kuantum telah dibuat secara khilaf yang memerlukan campur tangan Mahkamah ini. Adakah Hakim Mahkamah Sesyen Telah Terkhilaf Dalam Dapatannya Berkenaan Dengan Liabiliti 50 % Kepada Defendan Dan 50 % Kepada Plaintif Pertama Yang Memerlukan Gangguan Mahkamah Ini? [8] Di dalam kes ini pihak Defendan berhujah bahawa Hakim Mahkamah Sesyen telah terkhilaf kerana gagal mempertimbangkan gambarajah kasar dan gambar kenderaan motokar yang terlibat yang tidak dapat menyokong dakwaan bahawa ketika itu pihak Defendan bertanggungjawab dalam kemalangan tersebut. Sebaliknya kemalangan itu berlaku ekoran daripada tindakan Plaintif Pertama sendiri yang telah memotong motokar Defendan semasa kenderaan Defendan ingin memasuki simpang di sebelah kanan jalan tersebut. Ini menurut peguam Defendan dapat disahkan melalui gambar kerosakan kenderaan motokar di sebelah pintu hadapan. Begitu juga dengan keterangan yang menyatakan bahawa Defendan telah memberikan lampu isyarat untuk memasuki simpang tersebut. Peguam Defendan menyatakan bahawa sekiranya benar Defendan terlibat ataupun kecuaian sertaan Defendan adalah 50 %, gambar kenderaan motokar tersebut tidak akan menunjukkan kerosakan di sebelah pintu hadapan, sebaliknya kerosakan akan berkisar di bahagian belakang motokar tersebut. Peguam Defendan mencadangkan bahawa kemalangan tersebut berlaku adalah disebabkan 100 % kecuaian Plaintif Pertama. [9] Pada masa yang sama peguam Defendan juga menyatakan bahawa gambar kerosakan dan keterangan Pegawai Penyiasat yang menunjukkan bahawa motosikal yang dikatakan dipandu oleh Plaintif Pertama telah terkeluar tayarnya daripada tempat yang sepatutnya. Ini menyokong dakwaan bahawa pada masa kejadian tersebut Plaintif Pertama telah memandu motosikal dalam keadaan yang laju sehingga menyebabkan kemalangan tersebut. Ia bukannya melibatkan pihak Defendan. [10] Sebaliknya peguam pihak Plaintif berhujah bahawa Hakim Mahkamah Sesyen telah membuat dapatan yang betul berkenaan dengan pengagihan (apportionment) tanggungjawab kemalangan tersebut. [11] Mahkamah ini juga mendapati di dalam hujahan peguam Defendan dalam kes ini telah menyatakan bahawa Hakim Mahkamah Sesyen telah terkhilaf apabila mengambil kira versi pihak Plaintif tanpa mengambil kira keterangan yang dikemukakan oleh pihak Defendan. Persoalannya ialah adakah benar Hakim Mahkamah Sesyen melakukan perkara sedemikian di dalam kes ini. Ia dapat dilihat melalui alasan penghakiman Hakim Mahkamah Sesyen di perenggan [17] dan [18] seperti berikut: “[17] Walau bagaimanapun, bagi kes ini, berdasarkan keterangan yang ada, Mahkamah mendapati bahawa tiada keterangan diperolehi daripada Plaintif Pertama yang tidak boleh memberi keterangan kerana beliau tidak sedarkan diri dan hilang keseluruhan daya upaya secara kekal sehingga hari perbicaraan akibat kemalangan ini. [18] Seterusnya, Mahkamah akan bergantung kepada keterangan-keterangan lain yang ada untuk memutuskan isu liability. Berdasarkan keterangan SP1 dan SD2 serta eksibit-eksibit yang dikemukakan sepanjang perbicaraan, Mahkamah memutuskan bahawa kedua-dua pihak telah secara bersama menyumbang cuai dan bertanggungan pada kadar 50:50 liabiliti.” [12] Penelitian kepada perenggan [17] dan [18] di atas yang terserlah di dalam alasan penghakiman Hakim Mahkamah Sesyen tidak dapat menyokong hujahan bahawa Hakim Mahkamah Sesyen hanya memutuskan kes berkaitan liabiliti semata-mata berdasarkan kepada versi pihak Plaintif. Ini adalah disebabkan Hakim Mahkamah Sesyen telah juga meneliti keterangan SD1 dan saksi-saksi pihak Plaintif terutamanya Pegawai Penyiasat. Di samping itu Hakim Mahkamah Sesyen juga telah meneliti keterangan-keterangan senyap iaitu gambarajah kasar serta gambar-gambar tempat kejadian dan merumuskan bahawa liabiliti adalah 50:50. [13] Mahkamah perlu memutuskan adakah Hakim Mahkamah Sesyen telah terkhilaf dalam membuat dapatan berkenaan dengan pengagihan kebertanggungjawaban Defendan dan Plaintif Pertama dalam kemalangan tersebut. Apakah Hakim Mahkamah Sesyen telah membuat dapatan tersebut di luar daripada keterangan-keterangan yang dikemukakan? Adakah Hakim Mahkamah Sesyen telah membuat inferens yang bertentangan dengan keterangan-keterangan yang dikemukakan di mahkamah? Dalam hal ini mahkamah perlu berhati-hati agar tidak menggantikan dapatan Hakim Mahkamah Sesyen semata-mata disebabkan tidak bersetuju dengan dapatan tersebut. Sebaliknya mahkamah yang mendengar rayuan hanya akan meneliti sama ada dapatan yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Sesyen tersebut adalah berdasarkan kepada keterangan-keterangan yang dikemukakan. Hakikat bahawa mahkamah yang mendengar rayuan tidak bersetuju dengan dapatan hakim bicara tanpa sokongan bahawa hakim bicara tersebut tidak membuat dapatan berdasarkan keterangan-keterangan yang dikemukakan tidak boleh dijadikan alasan untuk mahkamah ini mengubah dapatan Hakim Mahkamah Sesyen tersebut. [14] Di dalam kes ini mahkamah berpendapat bahawa Hakim Mahkamah Sesyen telah meneliti segala keterangan yang dikemukakan dan dokumen-dokumen yang berkaitan. Beliau telah membuat dapatan tersebut bukannya berdasarkan kepada keterangan-keterangan yang tidak dikemukakan di mahkamah, sebaliknya beliau telah membuat penelitian, pertimbangan dan pemakaian prinsip undang-undang yang sewajarnya sebelum beliau membuat dapatan tersebut. [15] Di samping itu, Hakim Mahkamah Sesyen juga telah menyatakan di dalam alasan penghakiman beliau bahawa keterangan Plaintif Pertama tidak dapat diperolehi kerana beliau masih koma ketika itu. Oleh itu Hakim Mahkamah Sesyen memutuskan kes ini berkaitan dengan liabiliti berdasarkan kepada keterangan-keterangan saksi yang lain. Apa yang jelas ialah Hakim Mahkamah Sesyen mengakui kepentingan keterangan Plaintif Pertama yang tidak dapat memberikan keterangan disebabkan koma. Oleh itu, adalah tidak wajar dikatakan bahawa Hakim Mahkamah Sesyen memutuskan kes ini semata-mata berdasarkan kepada versi pihak Plaintif seperti yang dihujahkan oleh peguam Defendan. [16] Oleh yang demikian tiada alasan yang boleh mewajarkan mahkamah ini mengubah dapatan Hakim Mahkamah Sesyen tersebut berkaitan dengan tanggungan kemalangan ini iaitu 50 % kepada Defendan dan 50 % kepada pihak Plaintif. [17] Seterusnya, Mahkamah juga mendapati bahawa Hakim Mahkamah Sesyen telah meneliti keterangan saksi-saksi dalam menentukan sama ada Plaintif Pertama cuai sepenuhnya atau ia adalah disebabkan oleh kecuaian sertaan oleh Defendan. Peguam Defendan dalam hujahannya menyatakan bahawa Hakim Mahkamah Sesyen telah terkhilaf apabila meletakkan satu beban khas kepada Defendan iaitu tanggungjawab untuk memastikan bahawa tiada kenderaan di belakang pada jarak yang dekat. Tindakan Defendan yang hanya memberikan lampu isyarat sahaja tidak mencukupi untuk melunaskan beban tanggungjawab khas Defendan sebelum membelok ke kanan. [18] Hujahan ini perlu diteliti oleh mahkamah dengan sewajarnya. Fakta yang tidak dinafikan ialah bahawa Plaintif berada di belakang kenderaan Defendan. Oleh itu dapatan Hakim Mahkamah Sesyen yang menyatakan bahawa tindakan Defendan memberikan isyarat semata-mata tidak melunaskan tanggungjawab pihak Defendan untuk memastikan bahawa kenderaan yang berada dibelakangnya yang ditunggangi oleh Plaintif Pertama tidak akan terlibat dengan kemalangan dengan Defendan. Fakta bahawa Plaintif Pertama berada di belakang kenderaan Defendan meletakkan tanggungjawab Defendan untuk memastikan bahawa Defendan berada dalam keadaan selamat sehingga tidak menyebabkan kemalangan tersebut berlaku. Oleh itu adalah sukar untuk menyatakan bahawa dapatan Hakim Mahkamah Sesyen terkhilaf berkenaan tanggungjawab khas Defendan kepada Plaintif Pertama. [19] Apa yang dapat difahami oleh Mahkamah ini berdasarkan hujahan pihak Defendan ialah terdapat percanggahan dapatan oleh Hakim Mahkamah Sesyen terhadap kedudukan Defendan yang telah memberikan lampu isyarat untuk membelok. Ini tidak sepatutnya menjadikan Defendan telah tidak melunaskan tanggungjawab khas bagi memastikan tiada kenderaan di belakang sehingga menyebabkan kemalangan tersebut. Persoalannya, adakah dapatan Hakim Mahkamah Sesyen tersebut adalah suatu kekhilafan yang perlu diperbetulkan oleh Mahkamah ini? Ia adalah disebabkan Hakim Mahkamah Sesyen telah meneliti keterangan saksi-saksi dan eksibit-eksibit serta berpendapat bahawa kemalangan tersebut walaupun berlaku di arah yang sama tidak menggugurkan tanggungjawab khas seperti yang dinyatakan di dalam kes Tan Kheng Kuan v Lim Chen Teik [1964] 1 MLRH 292. Mahkamah tidak berada dalam kedudukan untuk mengubah dapatan tersebut yang telah dilakukan oleh Hakim Mahkamah Sesyen berdasarkan kepada keterangan saksi-saksi dan eksibit-eksibit yang dikemukakan walaupun Mahkamah mengambil maklum dalam kes Tan Kheng Kuan v Lim Chen Teik (supra) faktanya berbeza dengan kes ini. [20] Hatta, sekiranya Mahkamah ini berpendapat bahawa dapatan Hakim Mahkamah Sesyen bahawa terdapatnya tanggungjawab khas untuk berhati-hati oleh Defendan adalah satu kekhilafan ia tidak dapat mengubah fakta bahawa kemalangan itu berlaku di antara Defendan dan Plaintif Pertama seperti keterangan yang diberikan oleh saksi bahawa kenderaan Plaintif Pertama berada di belakang kenderaan Defendan. Ia tidak dapat mengubah dapatan Hakim Mahkamah Sesyen berkenaan liabiliti Defendan dan Plaintif Pertama di dalam kemalangan tersebut. [21] Fakta bahawa kenderaan Plaintif Pertama berada di belakang kenderaan Defendan tidak menyebabkan pihak Plaintif Pertama bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kemalangan tersebut. Sebaliknya, ia bergantung kepada keterangan saksi-saksi dan keterangan senyap yang lain yang boleh dijadikan asas untuk merumuskan tanggungjawab Plaintif Pertama dan Defendan dalam kes ini. Mahkamah berpendapat dalam kes ini Hakim Mahkamah Sesyen telah membuat penilaian yang sewajarnya dalam keterangan- keterangan tersebut yang memutuskan liabiliti adalah 50:50. Mahkamah berpendapat tiada alasan untuk Mahkamah campur tangan dalam dapatan tersebut. Adakah Dapatan Hakim Mahkamah Sesyen Terhadap Kuantum Telah Dibuat Secara Khilaf Yang Memerlukan Campur Tangan Mahkamah Ini? [22] Di dalam alasan penghakiman Hakim Mahkamah Sesyen telah memberikan gantirugi am yang terdiri daripada:
i
Severe traumatic brain injury with DAI Grade 2 RM400,000.00
II
(ii) Loss of consciousness
III
(iii) Splenic Injury with Subcapsular Haematoma and Haemoperitonuem Grade II-III RM40,000.00
IV
(iv) Muscle wasting of all upper and lower limbs
v
Grade III Left Kidney Injury RM30,000.00
VI
(vi) Left C5, C6, C7 and T1 Transverse Process Fracture RM300,000.00
VII
(vii) Open comminuted segmented fracture left radius with distal 3rd of left ulna RM25,000.00
VIII
(viii) Closed fracture midshaft of left humerus RM15,000.00
IX
(ix) Lacerations - Laceration wound 1 x 1 cm over anterior neck, exposing muscle - Deep lacerations wound 3 x 1 cm over left side of neck, exposing muscle - Laceration wound 0.5 x 0.5 cm over left shoulder laceration wound 1 x 1 cm over antecubital fossa, deformed over middle part of radius/ulna - Laceration wound 4 x 3 cm over ulna aspect, exposing muscle
x
Abrasion - Left flank - Volar aspect of right wrist - Swelling over right ankle - Left thigh - Dorsal aspect of right foot
XI
(xi) 2 puntured wound measuring 0.5 x 0.5 cm over radial aspect
XII
(xii) Scars - 14 x 4 cm over the neck - 5 x 8 cm over the neck - Multiple scars over the left axillary - 2 x 1 cm over the posterior aspect of right heel [23] Isu yang menjadi persoalan dalam kes ini ialah adakah wajar Hakim Mahkamah Sesyen memberikan gantirugi am tersebut kepada setiap kecederaan yang dialami oleh Plaintif Pertama. Peguam Defendan menyatakan sewajarnya Hakim Mahkamah Sesyen memberikan satu jumlah yang menyeluruh kepada semua kecederaan tersebut. Ini adalah disebabkan kecederaan-kecederaan tersebut telah menyumbang kepada keadaan ketidakupayaan fizikal Plaintif Pertama ekoran daripada kemalangan tersebut. Ianya berbeza sekiranya kecederaan-kecederaan tersebut boleh berdiri dengan sendiri yang tidak membawa kepada ketidakupayaan fizikal Plaintif Pertama pada masa ini. [24] Sebaliknya peguam pihak Plaintif berhujah bahawa tindakan Hakim Mahkamah Sesyen memberikan gantirugi am secara berasingan adalah sesuatu yang wajar. Ini adalah disebabkan Plaintif Pertama telah mengalami kecederaan yang parah. Hakim Mahkamah Sesyen telah meneliti satu persatu kecederaan tersebut dan telah memberikan dapatan beliau berkenaan dengan jumlah gantirugi am yang wajar bagi setiap kecederaan tersebut. [25] Dalam hal ini adalah tidak dapat dinafikan bahawa terdapat dua pandangan berkenaan isu ini seperti yang dihujahkan oleh peguam Defendan. Satu pendapat menyatakan bahawa Hakim Mahkamah Sesyen boleh memberikan gantirugi berdasarkan kepada setiap jenis kecederaan yang dialami oleh Plaintif Pertama. Sebaliknya ada yang berpendapat bahawa Hakim Mahkamah Sesyen boleh memberikan gantirugi menyeluruh bagi kecederaan-kecederaan tersebut yang menjurus kepada ketidakupayaan fizikal dan kecacatan kekal seperti dalam kes ini. Apa yang akan berlaku ialah penggunaan salah satu pendekatan tersebut berkemungkinan akan menyebabkan jumlah gantirugi yang ditaksirkan adalah lebih tinggi daripada pendekatan yang lain. Ia membawa maksud sekiranya pendekatan mentaksirkan gantirugi kepada setiap kecederaan yang dialami oleh Plaintif Pertama ia mungkin akan menyebabkan gantirugi itu lebih tinggi daripada pendekatan taksiran gantirugi secara menyeluruh. [26] Mahkamah ini juga mengambil perhatian bahawa gantirugi am yang diberikan bukanlah bermaksud untuk dijadikan sebagai suatu hukuman kepada pihak yang dikatakan terlibat dalam kecuaian sehingga menyebabkan kecederaan Plaintif Pertama. Dalam erti kata lain pihak Plaintif tidak boleh menggunakan tuntutan gantirugi am itu untuk memperolehi sesuatu gantirugi yang boleh dikategorikan sebagai pengkayaan yang tidak wajar (unjust enrichment). [27] Walau bagaimanapun mahkamah ini berpendapat bahawa pilihan yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Sesyen adalah bergantung kepada keterangan-keterangan yang dikemukakan dan penelitian beliau terhadap kecederaan-kecederaan tersebut sehingga menyebabkan beliau memilih untuk membuat keputusan bagi memberikan gantirugi kepada setiap kecederaan. Ia bukannya sesuatu yang bercanggah dengan prinsip undang-undang yang membolehkan mahkamah ini campur tangan di dalam keputusan tersebut. Mahkamah berpendapat dalam kes ini mahkamah ini tidak berada dalam keadaan untuk mengganggu dapatan Hakim Mahkamah Sesyen berkaitan gantirugi am yang dibuat berdasarkan kepada setiap kecederaan yang dialami oleh Plaintif Pertama. Ini bermakna keputusan Hakim Mahkamah Sesyen berkenaan gantirugi am di butiran (i) hingga (xii) adalah dikekalkan. Bayaran Penjagaan Harian [28] Seterusnya, pada bahagian gantirugi khas isu yang timbul ialah di bawah perkara kos penjagaan harian selepas perbicaraan. Hakim Mahkamah Sesyen telah mengambil keputusan untuk menerima laporan dan keterangan SP2, SP3 dan SP4 bahawa Plaintif Pertama telah mengalami kecederaan yang teruk dan lumpuh sepanjang hidup beliau yang memerlukan penjagaan rapi selama 24 jam. Hakim Mahkamah Sesyen telah bersetuju bahawa seperti laporan SP2, Plaintif Pertama perlu diletakkan di bawah kawalan hospital ataupun institusi penjagaan dan telah memutuskan jumlahnya sebanyak RM2,766,791.25 dan menolak cadangan bahawa Plaintif Pertama boleh dijaga oleh ahli keluarga dan hanya perlu membelanjakan sebanyak RM686,232.00. Persoalannya, adakah tindakan Hakim Mahkamah Sesyen tersebut adalah sesuatu yang wajar. Ini adalah disebabkan seperti yang dinyatakan semasa hujahan pihak-pihak hingga kini Plaintif Pertama masih belum dibawa untuk diletakkan di bawah institusi penjagaan tersebut. Namun begitu, pihak Plaintif berhujah bahawa keterangan ahli keluarga Plaintif sendiri menyatakan bahawa mereka memang berhasrat untuk membawa Plaintif Pertama untuk diletakkan di bawah institusi penjagaan khusus. Pada masa yang sama juga keterangan ahli keluarga Plaintif menyatakan bahawa mereka tidak mampu untuk menjaga Plaintif Pertama 24 jam disebabkan ketiadaan kemudahan perubatan yang lengkap di rumah mereka. Ini juga telah dinyatakan dalam laporan SP2 dan keterangan beliau di mahkamah. [29] Sebaliknya, peguam Defendan menyatakan bahawa Plaintif Pertama boleh dijaga oleh keluarga malahan semasa pemeriksaan balas kepada ibu Plaintif Pertama beliau menyatakan bahawa tiada masalah untuk menjaga Plaintif Pertama disebabkan beliau telahpun tinggal bersama-sama dengan Plaintif Pertama semenjak 22 tahun yang lalu. Namun begitu mahkamah juga perlu mengambil perhatian bahawa umur ibu Plaintif Pertama adalah 48 tahun. Jika jangka hayat Plaintif Pertama adalah panjang ia akan menyebabkan kesukaran kepada keluarga Plaintif Pertama untuk menjaganya di rumah. Mahkamah juga mengambil maklum bahawa penjagaan Plaintif Pertama perlu dilakukan secara professional dan ia hanya dapat dilakukan di institusi penjagaan tersebut. Oleh yang demikian Mahkamah ini berpendapat Hakim Mahkamah Sesyen adalah betul dalam pertimbangan beliau untuk mengawardkan jumlah yang sedemikian bagi bayaran penjagaan harian. Kesimpulan [30] Berdasarkan kepada penelitian nota keterangan, eksibit-eksibit dan alasan penghakiman Hakim Mahkamah Sesyen serta hujah yang bernas daripada kedua-dua peguam Perayu dan Responden-Responden yang bijaksana Mahkamah berpendapat tiada alasan untuk mengganggu dapatan dan keputusan Hakim Mahkamah Sesyen berkenaan dengan liabiliti dan gantirugi. [31] Akhirnya rayuan Perayu adalah ditolak dengan kos. Bertarikh: 16hb. Januari 2023 (ROSLAN MAT NOR) PESURUHJAYA KEHAKIMAN MAHKAMAH TINGGI MALAYA TEMERLOH, PAHANG PIHAK-PIHAK: Bagi Pihak Perayu: Gurmeet Singh Tetuan Sabarudin Othman & Ho Kuala Lumpur Bagi Pihak Responden-Responden: Nurul Fitriza Abd Latif Tetuan Fitriza Abd Latif & Co Kajang, Selangor Darul Ehsan
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.