Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KANGAR NEGERI PERLIS PERBICARAAN JENAYAH NO: RA-62JSK-39-12/2023 RA-62JSK-40-12/2023 RA-62JSK-41-12/2023 PENDAKWARAYA LAWAN MOHD NASIRI BIN MOHD RADZI
RA-62JSK-40-12/2023
Sessions Court of Malaysia20 Nov 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“se, it is our view that the appellant's bare denial was not a defence sufficient to cast a reasonable doubt over a host of incriminating evidence that unerringly pointed to his guilt (DA Duncan v. PP [1980] CLJU 12; [1980] 1 LNS 12; [1980] 2 MLJ 195). [36] With the want of satisfactory rebuttal evidence adduced by the”
“(1) Notwithstanding subsection 295(1) of the Criminal Procedure Code, whether or not he has previously been convicted of any offence, when a person is convicted of any offence under this Act, or of any offence specified in the Schedule where the victim is a child, the”
“n this aspect in a passage in the judgment of Lord Thankerton in Watt or Thomas v. Thomas [1947] AC 484 487. The Privy Council said in Antonio Dias Caldeira v. Frederick Augustus Gray [1934] 1 LNS 5; [1936] MLJ 137 138 that the functions of an appellate **Note : Serial number will be used to verify the originality of t”
“ipetik: "Courts have even taken judicial notice that streets in London are crowded and dangerous -(Dennis v. White [1916] 2 KB 1. atp 6); and of world-wide economic depression -(Ram Tarak v. Selgranm [1944] AC 153)."”
“dge. There is a homogeneous concatenation of authority on this principle and we refer to the locus classicus on this aspect in a passage in the judgment of Lord Thankerton in Watt or Thomas v. Thomas [1947] AC 484 487. The Privy Council said in Antonio Dias Caldeira v. Frederick Augustus Gray [1934] 1 LNS 5; [1936] MLJ”
“ence (see Mohd Radhi bin Yaakob v. PP [1991] 3 CLJ 2073; [1991] 1 CLJ (Rep) 311). This is now the question that this court needs to address, even when disbelieving the story of the accused (Mat v. PP [1963] CLJU 82; [1963] 1 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING port”
“16.Mahkamah juga merujuk kepada kes Lee Chow Meng v. Public Prosecutor [1975] CLJU 199; [1976] 1 MLJ 287 dimana Mahkamah menyatakan seperti berikut, dipetik: "Courts have even taken judicial notice that streets in London are crowded and dangerous -(Dennis v. White [1916] 2 KB 1. atp 6)”
“Keterangan bercanggah Pembelaan membangkitkan isu SP3 memberikan keterangan bercanggah yang tidak sama seperti pertuduhan. Mahkamah merujuk kepada kes Mohammad Yusoff bin Abu Seman lwn Pendakwa Raya [2020] MLJU 2304 yang membincangkan tentang percanggahan keterangan antara saksi-saksi pendakwaan di dalam kes tersebut:”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KANGAR NEGERI PERLIS PERBICARAAN JENAYAH NO: RA-62JSK-39-12/2023 RA-62JSK-40-12/2023 RA-62JSK-41-12/2023 PENDAKWARAYA LAWAN MOHD NASIRI BIN MOHD RADZI
1
Pengenalan Rayuan-rayuan ini difailkan oleh Tertuduh dan juga Timbalan Pendakwaraya Yang Terpelajar terhadap keputusan Mahkamah ini pada tarikh 20.11.2025 yang telah mensabitkan dan menghukum Tertuduh bagi kesemua pertuduhan (7 pertuduhan) di dalam 3 kes terhadapnya seperti berikut: Bagi kes RA-62JSK-39-12/2023 Hukuman Pertuduhan Pertama - Seksyen 14(a) Akta 792 - Hukuman bagi pertuduhan pertama adalah 10 tahun penjara bermula dari tarikh sabitan (20.11.2025) dan 1 kali sebatan rotan (sepertimana diperuntukkan di bawah seksyen 14(a) Akta 792 Hukuman Pertuduhan Kedua - Seksyen 14(a) Akta 792 - Hukuman bagi pertuduhan kedua adalah 10 tahun penjara bermula dari tarikh sabitan (20.11.2025) dan 1 kali sebatan rotan (sepertimana diperuntukkan di bawah seksyen 14 (a) Akta 792) Hukuman Pertuduhan Ketiga - Seksyen 376(2)(f) Kanun Keseksaan - Hukuman bagi pertuduhan ketiga adalah 15 tahun penjara bermula dari tarikh sabitan (20.11.2025) dan 2 kali sebatan rotan (sepertimana diperuntukkan di bawah seksyen 376(2)(f) Kanun Keseksaan) Bagi kes RA-62JSK-40-12/2023 Hukuman Pertuduhan Keempat - Seksyen 14(a) Akta 792 - Hukuman bagi pertuduhan pertama adalah 10 tahun penjara bermula dari tarikh sabitan (20.11.2025) dan 1 kali sebatan rotan (sepertimana diperuntukkan di bawah seksyen 14 (a) Akta 792). Hukuman Pertuduhan Kelima - Seksyen 14(a) Akta 792 - Hukuman bagi pertuduhan kedua adalah 10 tahun penjara bermula dari tarikh sabitan dan 1 kali sebatan rotan (sepertimana diperuntukkan di bawah seksyen 14 (a) Akta 792). Hukuman Pertuduhan Keenam - Seksyen 376(2) KK-Rape - Hukuman bagi pertuduhan ketiga adalah 15 tahun penjara bermula dari tarikh sabitan dan 2 kali sebatan rotan (sepertimana diperuntukkan di bawah Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan). Bagi kes RA-62JSK-41-12/2023 Hukuman Pertuduhan Ketujuh - Seksyen 376(2) KK-Rape - Hukuman bagi pertuduhan ini adalah 15 tahun penjara bermula dari tarikh sabitan (20.11.2025) dan 2 kali sebatan rotan (sepertimana diperuntukkan di bawah seksyen 376(2) Kanun Keseksaan) Kesemua hukuman pemenjaraan adalah berjalan secara serentak. Tertuduh juga diperintahkan untuk menjalani Kaunseling Pemulihan dalam tempoh pemenjaraan; dan Tertuduh dikehendaki menjalani pengawasan polis untuk tempoh 2 tahun setelah selesai menjalani hukuman pemenjaraan. Berkaitan dengan pampasan, di bawah seksyen 426 (1A) Kanun Prosedur Jenayah, Tertuduh juga dikehendaki membayar pampasan kepada mangsa sebanyak RM10,000.00 gagal bayar 10 bulan penjara. Kesemua barang kes dipulangkan kepada TPR untuk dilupuskan mengikut budibicara TPR setelah selesai tempoh rayuan sekiranya ada. Alasan penghakiman akan disediakan sekiranya ada rayuan. Mahkamah juga setelah mendengar hujahan pihak-pihak berkenaan permohonan penggantungan pelaksanaan (stay of execution) perintah mahkamah ini, mahkamah membenarkan permohonan penggantungan pelaksanaan sehingga selesai rayuan di Mahkamah Tinggi dengan jumlah jaminan dinaikkan daripada RM10,000.00 kepada RM35,000.00 bagi kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin warganegara Malaysia dan syarat lain kekal sehingga selesai rayuan di Mahkamah Tinggi. Pertuduhan-Pertuduhan 2. Dikemukakan kesemua 7 pertuduhan berkaitan: Di dalam kes RA-62JSK-39-12/2023 Pertuduhan pertama Bahawa kamu pada Jun 2021 jam lebih kurang 3.00 petang bertempat di alamat 101 Kampung Tanjung Gorah, Kampung Repoh, 01000 Kangar, Perlis. Dalam Daerah Kangar, dalam Negeri Perlis. Bagi maksud seksual telah melakukan amang seksual fizikal dengan menghisap buah dada seorang kanak-kanak XXXXX, KP: XXXXX berumur 11 tahun 9 bulan. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792). Hukuman: Jika disabitkan kesalahan hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun dan boleh juga dihukum dengan hukum sebat. Pertuduhan Kedua Bahawa kamu pada Jun 2021 jam lebih kurang 3.00 petang bertempat di alamat 101 Kampung Tanjung Gorah, Kampung Repoh, 01000 Kangar, Perlis. Dalam Daerah Kangar, dalam Negeri Perlis. Bagi maksud seksual telah melakukan amang seksual fizikal dengan memegang kemaluannya pada bahagian luar kemaluan seorang kanak-kanak XXXXX No KP: XXXXX berumur 11 tahun 9 bulan. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792). Hukuman: Jika disabitkan kesalahan hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun dan boleh juga dihukum dengan hukum sebat. Pertuduhan ketiga Bahawa kamu pada Jun 2021 jam lebih kurang 3.00 petang bertempat di alamat 101 Kampung Tanjung Gorah, Kampung Repoh, 01000 Kangar, Perlis dalam Daerah Kangar, dalam Negeri Perlis telah merogol seorang kanak-kanak XXXXX, KP: XXXXX berumur 11 tahun 9 bulan. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan suatu kesalahan dibawah seksyen 376(2)(f) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawan seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan. Hukuman: Jika disabitkan kesalahan hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang dari sepuluh tahun dan tidak lebih dari tiga puluh tahun dan hendaklah juga dikenakan sebat. Di dalam kes RA-62JSK-40-12/2023 Pertuduhan Keempat Pertuduhan pertama bahawa kamu pada Jun 2021 jam lebih kurang 3.00 petang bertempat di alamat 101 Kampung Tanjung Gorah, Kampung Repoh, 01000 Kangar, Perlis. Dalam Daerah Kangar, dalam Negeri Perlis. Bagi maksud seksual telah melakukan amang seksual fizikal dengan menjilat kemaluan seorang kanak-kanak XXXXX, KP: XXXXX berumur 11 tahun 9 bulan. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792). Hukuman: Jika disabitkan kesalahan hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun dan boleh juga dihukum dengan hukum sebat. Pertuduhan Kelima Pertuduhan kedua bahawa kamu pada Jun 2021 jam lebih kurang 3.00 petang bertempat di alamat 101 Kampung Tanjung Gorah, Kampung Repoh, 01000 Kangar, Perlis. Dalam Daerah Kangar, dalam Negeri Perlis. Bagi maksud seksual telah melakukan amang seksual fizikal dengan memegang kemaluan seorang kanak-kanak XXXXX , KP: XXXXX berumur 11 tahun 9 bulan. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792). Hukuman: Jika disabitkan kesalahan hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun dan boleh juga dihukum dengan hukum sebat. Pertuduhan Keenam Pertuduhan ketiga bahawa kamu pada Julai 2021 jam lebih kurang 3.00 petang bertempat di bengkel ok2u workshop di alamat 101 Kampung Tanjung Gorah, Kampung Repoh, 01000 Kangar, Perlis. Dalam Daerah Kangar, dalam Negeri Perlis telah merogol seorang kanak-kanak XXXXX, KP: XXXXX berumur 11 tahun 9 bulan. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan suatu kesalahan dibawah seksyen 376(2)(f) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan. Hukuman: Jika disabitkan kesalahan hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang dari sepuluh tahun dan tidak lebih dari tiga puluh tahun dan hendaklah juga dikenakan sebat. Di dalam kes RA-62JSK-41-12/2023 Pertuduhan Ketujuh Bahawa kamu pada Mac 2022 jam lebih kurang 3.00 petang bertempat di alamat 101 Kampung Tanjung Gorah, Kampung Repoh 01000 Kangar, Perlis. Dalam Daerah Kangar, dalam Negeri Perlis telah merogol seorang kanak-kanak XXXXX , KP: XXXXX berumur 11 tahun 9 bulan. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan suatu kesalahan dibawah seksyen 376(2)(f) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan. Hukuman: Jika disabitkan kesalahan hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang dari sepuluh tahun dan tidak lebih dari tiga puluh tahun dan hendaklah juga dikenakan sebat.
3
Ekshibit-Ekshibit Ekshibit-ekshibit yang dikemukakan ialah seperti berikut: Tandaan Ekshibit-Ekshibit A Surat Pengesahan Kesihatan dari Hospital Tengku Fauziah bertarikh 8.1.2025 B Dokumen Mitigasi C Dokumen Mitigasi Tandaan Ekshibit-Ekshibit PSD1 Pernyataan Saksi SD1 PSD2 Pernyataan Saksi SD2 PSD3 Pernyataan Saksi SD3 PSP5 Pernyataan Saksi SP5 PSP6 Pernyataan Saksi SP6 P9 Laporan Perubatan P10 Gambar Rajah Kasar ID11 Cabutan Sijil Kelahiran ID12 Notis Alibi ID13(A&B) 2 Borang Permohonan Pemeriksaan Forensik
4
Saksi-Saksi Pendakwaan Pendakwaan telah memanggil seramai 6 orang saksi, iaitu: Saksi Nama/Peranan Roziana Baharom (Ibu kandung mangsa) SP2 Koperal Nashriq (Jurufoto) Mia Hafiza Safia binti Mohd Hafiz (Mangsa) SP4 Balqis Sofia binti Muhamad (Kakak mangsa) SP5 Doktor Vidhya A/P Vijayan (Pegawai Perubatan) SP6 Inspektor Nur Syamimi Nadiah binti Baharuddin (Pegawai
5
Saksi Saksi Pembelaan Pembelaan memanggil 3 orang saksi iaitu: Saksi Nama/Peranan SD1 Mohd Nasiri bin Mohd Radzi (Tertuduh) Marliana binti Musa (Pekerja Tertuduh-Tukang Cuci) Mohamad Nizam bin Ahmad (Pekerja Tertuduh-Mekanik)
6
Fakta Versi Pendakwaan Secara ringkasnya, Tertuduh telah dipertuduhkan melakukan kesemua perlakuan amang seksual dan perlakuan merogol terhadap mangsa (SP3) yang berumur 11 tahun 9 bulan ketika kejadian yang berlaku di sekitar bulan Jun 2021, Julai 2021 dan Mac 2022 di dalam bilik tidur Tertuduh, yang beralamat di 101, Kampung Tanjung Gorah, Kampung Repoh, 01000 Kangar, Perlis (tempat kejadian) dan juga di bengkel milik Tertuduh (tempat kejadian) yang berada di belakang rumahnya.
7
Pada kejadian yang berlaku pada bulan Jun 2021 jam lebih kurang 3.00 petang, ketika itu, mangsa (SP3) sedang berada di ruang tamu di tempat kejadian di dalam rumah, sedang bermain dengan telefon bimbitnya. SP3 didekati oleh Tertuduh dan bertanyakan SP3 hendak makan apa dan SP3 memberitahu Tertuduh SP3 ingin makan nasi ayam, selepas SP3 menjawab soalan Tertuduh, tiba-tiba Tertuduh mengeluarkan telefon bimbit miliknya dan menunjukkan satu video lucah kepada SP3 sambil mengajak SP3 melakukan hubungan seks seperti dalam video lucah tersebut. SP3 merasa takut dan mengelak dengan cara melarikan diri masuk ke dalam bilik tidur ibunya yang bernama Nur Shuhada serta cuba menutup pintu tetapi berjaya dihalang oleh Tertuduh. Tertuduh kemudiannya menerobos masuk ke bilik tersebut dan terus memegang serta meramas buah dada SP3. Walaupun SP3 melawan, Tertuduh terus melakukan perbuatan meramas buah dada SP3 dan bertindak merogol SP3 dengan memasukkan zakar Tertuduh ke dalam kemaluan SP3.
8
Pada kejadian kedua, juga berlaku pada Jun 2021, iaitu dua minggu selepas kejadian kali pertama, di tempat kejadian yang sama pada jam lebih kurang 3 petang juga. Tertuduh sekali lagi telah merogol SP3 di dalam rumah yang sama dan bilik tidur yang sama. Pada waktu itu, SP3 sedang berehat di dalam bilik tidur ibunya dan tiba-tiba Tertuduh masuk ke dalam bilik tersebut, mengunci pintu bilik dan mengajak melakukan perbuatan yang sama seperti kejadian pertama. SP3 menolak ajakan Tertuduh tetapi Tertuduh memaksa SP3 dengan menarik dan menolak SP3 jatuh di atas katil. Kemudian Tertuduh bertindak meramas kedua belah buah dada SP3 dan membuka seluar dalam SP3 dan merogolnya.
9
Selanjutnya, kejadian pada bulan Julai 2021, SP3 sekali lagi dirogol oleh Tertuduh di dalam bengkel milik Tertuduh. Bengkel tersebut berada di belakang rumah Tertuduh. Pada waktu itu, SP3 telah pergi ke bengkel Tertuduh untuk meminta pinjam motosikal Tertuduh. Tertuduh meminta SP3 menunggunya di dalam ruangan pejabat yang terdapat di dalam bengkel tersebut. Tidak lama selepas itu, Tertuduh masuk ke dalam pejabat di bengkelnya dan mengunci pintu Pejabat tersebut dan mengajak SP3 melakukan hubungan seks dengannya lagi. SP3 menolak ajakan Tertuduh, tetapi Tertuduh memaksanya melakukan hubungan seks dengan cara menekan bahu SP3 memaksanya duduk, SP3 menolak Tertuduh, tetapi gagal, Tertuduh kemudiannya meletak kain lapik kepala SP3 dan menyuruh SP3 membuka seluar yang dipakai oleh SP3, kemudian Tertuduh meramas kedua buah dada dan terus merogolnya dengan memasukkan zakarnya ke dalam kemaluan SP3.
10
10.Seterusnya kejadian pada bulan Mac 2022, di tempat kejadian di dalam bilik yang sama iaitu bilik ibunya bernama Nur Shuhada. Pada waktu itu, SP3 sedang tidur di dalam bilik ibunya, SP3 merasakan ada orang kejutkan dia dan apabila SP3 membuka matanya dia nampak Tertuduh yang mengejutkannya daripada tidur dan Tertuduh mengajak melakukan hubungan seks. SP3 seperti biasa, menolak ajakan Tertuduh, tetapi telah dipaksa oleh Tertuduh dengan cara membuka baju SP3 dan meramas kedua-dua belah buah dada SP3. SP3 cuba menepis tangan Tertuduh sewaktu Tertuduh membuka bajunya tetapi berjaya ditangkas oleh Tertuduh dan terus meramas buah dada SP3, SP3 kemudiannya bangun dan bertindak melarikan diri keluar dari bilik tersebut pergi ke ruang tengah rumah dan menunggu di situ sehingga kakak SP3 balik ke rumah. Fakta Versi Tertuduh 11.Tertuduh menafikan pernah melakukan kesemua perlakuan sepertimana dalam kesemua pertuduhan terhadapnya atas alasan Tertuduh menyatakan Tertuduh tidak berada di tempat kejadian semasa kejadian berlaku dengan membawa isu alibi dan Tertuduh menyatakan SP3 juga tidak berada di tempat kejadian semasa kejadian berlaku kerana SP3 berada di rumah ibu bapa SP3 di Alor Setar. Alasan-Alasan Terhadap Sabitan Dan Hukuman 12.Bersama-sama ini Mahkamah menyenaraikan dapatan dan alasan-alasan di dalam mensabitkan dan menghukum Tertuduh sewajarnya di dalam kes ini. Pembuktian Elemen-Elemen Pertuduhan 13.Bagi membuktikan wujudnya kes terhadap Tertuduh, pihak pendakwaan hendaklah membuktikan elemen-elemen yang terdapat di dalam pertuduhan kes ini. Pertamanya, pembuktian bagi pertuduhan di bawah seksyen 376(2)(f) Kanun Keseksaan, elemen-elemen yang harus dibuktikan ialah: i-Mangsa ialah kanak-kanak; ii-Tertuduh orang yang melakukan perbuatan merogol; iii-Telah berlakunya hubungan seksual iaitu persetubuhan antara Tertuduh dan mangsa iaitu SP3 di dalam kes ini dan berlakunya kemasukan zakar Tertuduh ke dalam kemaluan SP3 (penetration);
14
14.Keduanya, pertuduhan di bawah seksyen 14(a) Akta 792. Pembuktian bagi pertuduhan kesalahan amang seksual fizikal, elemen yang harus dipenuhi ialah: i-Mangsa ialah kanak-kanak; ii-Tertuduh dialah orang yang melakukan perbuatan cabul: dan iii-Berlakunya sentuhan ke atas badan kanak-kanak bagi tujuan maksud seksual. Mangsa Kanak-Kanak 15.Mangsa di dalam kes ini ialah kanak-kanak (merujuk kepada ekshibit ID11- sijil lahir SP3) dan fakta ini disanggah oleh pihak pembelaan di dalam kes ini kerana sijil lahir kanak-kanak iaitu SP3 hanyalah ditandakan sebagai ekshibit ID dan bukannya P. Pendekatan yang Mahkamah ini ambil di dalam menerima kesahihan bahawa mangsa ialah kanak-kanak di dalam kes ini ialah sewaktu SP3 hadir ke Mahkamah, SP3 telah memberikan keterangan secara bersumpah dan telah mengangkat sumpah dengan mengemukakan kad pengenalannya kepada Mahkamah yang tertera nombor kad pengenalan SP3 iaitu 101612020880 yang menunjukkan pada ketika SP3 hadir memberikan keterangan SP3 adalah berumur 14 tahun. Oleh itu semasa kejadian berlaku, pada sekitar tahun 2021, secara logiknya, SP3 adalah berumur lebih kurang 11 tahun. Mahkamah ini mengambilkira Judicial Notice selaras dengan peruntukan di bawah seksyen 57 Akta Keterangan 1950 , Judicial Notice tidak hanya terhad kepada apa yang diperuntukkan di dalam seksyen 57 Akta Keterangan tersebut sahaja dan apabila Mahkamah mengambilkira Judicial Notice tentang sesuatu fakta, fakta tersebut tidak lagi perlu dibuktikan secara ketat sepertimana diperuntukkan di bawah seksyen 56 Akta Keterangan 1950, dipetik: 56 Fact judicially noticeable need not be proved No fact of which the court will take judicial notice need be proved.
16
16.Mahkamah juga merujuk kepada kes Lee Chow Meng v. Public Prosecutor [1975] CLJU 199; [1976] 1 MLJ 287 dimana Mahkamah menyatakan seperti berikut, dipetik: "Courts have even taken judicial notice that streets in London are crowded and dangerous -(Dennis v. White [1916] 2 KB 1. atp 6); and of world-wide economic depression -(Ram Tarak v. Selgranm [1944] AC 153)."
17
17.Selain daripada itu, SP3 juga telah memberikan keterangan semasa disoal oleh Timbalan Pendakwaraya tentang umurnya, bahawa semasa kejadian berlaku, SP3 sedang berada dalam darjah 5 dan berumur lebih kurang 11 tahun lebih dan keterangan SP3 ini tidak dicabar oleh pembelaan, dipetik: S: Ingat tak masa ni umur Mia berapa? J: Ingat. S: Berapa Mia? J: Darjah 5. S: Lebih kurang 11 tahun lebih?
18
18.Selanjutnya, berkenaan ekshibit ID11 iaitu sijil lahir yang dikemukakan melalui saksi pendakwaan ke-6 pegawai penyiasat kes (SP6) yang kekal ditandakan sebagai ekshibit IDF11 atas alasan ketidakhadiran pegawai Jabatan Pendaftaran Negara untuk memberikan keterangan di Mahkamah berkenaan cabutan sijil lahir tersebut sahaja dan bukannya timbul keraguan atas kewujudan ekshibit ID11 itu, dipetik keterangan SP6: Pemeriksaan Utama Pohon saksi ditunjukkan satu cabutan sijil kelahiran, cuba lihat ini sijil kelahiran, boleh sahkan ini sijil kelahiran yang kamu maksudkan sebentar tadi? S: Boleh bacakan nama penuh kanak-kanak yang tertera pada sijil tersebut? J: Mia Hafiza Safiya binti Mohd Hafiz. S: Boleh nyatakan tarikh kelahiran Mia Hafiza ini? J: 16 Disember 2010. Saksi mengecam cabutan sijil kelahiran ini dan saya pohon ditandakan sebagai ekshibit pendakwaan. PB: Memandangkan cabutan ini dibuat di pihak JPN, untuk peringkat ini, saya pohon ditandakan sebagai ID sahaja. Tetapi ke atas cabutan ini telah dinyatakan salinan yang diakui sah.
19
Keterangan Bersumpah/Kredibiliti Mangsa (SP3) Mahkamah ini berpeluang melihat mangsa yang juga merupakan saksi di dalam kes ini memberikan keterangan bersumpah. Berkenaan isu penerimaan keterangan bersumpah saksi kanak-kanak, iaitu SP3 di dalam kes ini, seksyen 17, Akta 792 memperuntukkan, sekiranya mangsa ialah seorang kanak-kanak, kanak-kanak tersebut adalah dianggap kompeten untuk memberikan keterangan melainkan jika Mahkamah berpendapat selainnya, dipetik: “Walau apa pun apa-apa yang berlawanan dalam mana-mana undang-undang bertulis yang lain, dalam mana-mana prosiding terhadap mana-mana orang yang berhubungan dengan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini, atau mana-mana kesalahan yang dinyatakan dalam Jadual sekiranya mangsa ialah kanak-kanak, seseorang kanak-kanak dianggap kompeten untuk memberikan keterangan melainkan jika mahkamah berpendapat selainnya.”
20
Selanjutnya, SP3, yang memegang status mangsa di dalam kes ini, adalah dianggap sebagai seorang saksi yang kompeten oleh Mahkamah ini, oleh itu, mengikut undang-undang yang di peruntukkan di dalam seksyen 18, Akta 792, Tertuduh dengan ini, boleh disabitkan dengan kesalahan yang telah dipertuduhkan terhadapnya dengan hanya bersandarkan kepada keterangan bersumpah SP3 di dalam kes ini tanpa memerlukan keterangan sokongan lainnya, dipetik: “Walau apa pun apa-apa yang berlawanan dalam mana-mana undang-undang bertulis yang lain, dalam mana-mana prosiding terhadap mana-mana orang yang berhubungan dengan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini, atau mana-mana kesalahan yang dinyatakan dalam Jadual sekiranya mangsa ialah kanak-kanak, mahkamah boleh mensabitkan orang itu bagi kesalahan itu berasaskan keterangan tanpa sokongan seseorang kanak-kanak, yang diberikan dengan sumpah atau selainnya.”
21
21.Mahkamah dapat melihat, walaupun saksi ini masih seorang kanak-kanak berumur 14 tahun semasa hadir memberikan keterangan di Mahkamah ini, Mahkamah dapat melihat bahawa SP3 telah memberikan keterangan yang baik, lancar, jelas, konsisten, tidak teragak-agak dan tidak goyah semasa disoal oleh Timbalan Pendakwaraya dan juga semasa disoal balas oleh Peguambela Tertuduh. Oleh itu berdasarkan penelitian dan penilaian demeanour dan gerak geri saksi semasa memberi keterangan di Mahkamah ini Mahkamah memutuskan keterangan SP3 adalah kredibel dan boleh dipercayai.
22
22.Mahkamah merujuk kepada nas undang-undang Lee Ah Seng & Anor v. PP [2007] 5 CLJ 1 yang bersetuju dengan pendapat yang Mahkamah ini utarakan, dipetik: "the approach to be taken by the appellate court when dealing with a trial court assessment of credibility of witness is well established by high authorities. The credibility of a witness is primarily for the trial judge. An appellate court should always be slow in disturbing such findings of fact arrived at by the judge who had audio-visual advantage of the witness, unless there are substantial and compelling reasons for disagreeing with the finding."
23
23.Isu kedibiliti ini juga telah diputuskan di Mahkamah Rayuan di dalam kes Yuwafee Heidi Hamdan v. PP [2022] 1 LNS 599 yang menyatakan seperti berikut: '[72] Mengenai perkara ini, kes Dato' Mokhtar Hashim and Another v. PP [1983] CLJ (Rep) 101 telah menjelaskan: "The credibility of a witness is primarily a matter for the trial Judge. There is a homogeneous concatenation of authority on this principle and we refer to the locus classicus on this aspect in a passage in the judgment of Lord Thankerton in Watt or Thomas v. Thomas [1947] AC 484 487. The Privy Council said in Antonio Dias Caldeira v. Frederick Augustus Gray [1934] 1 LNS 5; [1936] MLJ 137 138 that the functions of an appellate court, when dealing with a question of fact, and a question of fact in which questions of credibility are involved, are limited in their character and scope, and that in an appeal from a decision of a trial judge based on his opinion of the trustworthiness of witnesses whom he has seen, an appellate court must in order to reverse, not merely entertain doubts whether the decision below is right but be convinced that it is wrong".
24
24.Bersama-sama ini Mahkamah kemukakan kesemua keterangan yang telah SP3 berikan di Mahkamah ini berkaitan dengan kejadian-kejadian yang menunjukkan telah berlakunya perlakuan cabul (seksyen 14(a) Akta 792) dan juga perlakuan rogol (seksyen 376(f) Kanun Keseksaan) yang dilakukan oleh Tertuduh terhadap SP3 di dalam kes ini sepertimana yang dipertuduhkan di dalam pertuduhan-pertuduhan.
25
25.SP3 memberikan keterangan bahawa beliau tidak dapat mengingat secara jelas tarikh dan masa bagi kesemua kejadian yang menimpanya. Namun, SP3 masih lagi mengingati kejadian hitam yang berlaku ke atasnya dengan baik, dipetik keterangan SP3 mengikut kronologi kejadian: Kejadian Bulan Jun 2021 26.Kejadian pada bulan Jun 2021 Jam 3.00 petang, di tempat kejadian, SP3 memberikan keterangan, sewaktu SP3 berada di ruang tamu di tempat kejadian, Tertuduh mendekatinya dan menunjukkan video lucah lelaki dan perempuan sedang membuat adegan seks kepadanya dan SP3 terkejut lalu menutup matanya. Kemudian SP3 cuba lari ke dalam bilik ibunya tetapi dihalang oleh Tertuduh dengan cara, Tertuduh telah masuk ke dalam bilik tersebut dan menolak SP3 ke atas katil, waktu itu, SP3 cuba menepis tangan Tertuduh tetapi gagal. Tertuduh kemudiannya meraba SP3 dan membuka baju dalam SP3 sewaktu SP3 sedang terbaring atas katil. Setelah Tertuduh berjaya membuka baju dalam SP3, Tertuduh telah memegang dan meramas buah dada SP3 dalam anggaran 20 minit. SP3 cuba melawan dengan menolak tangan Tertuduh tetapi gagal. Seterusnya, Tertuduh bertindak membuka seluarnya dan juga seluar dalam SP3 dan kemudian, Tertuduh mengangkangkan kaki dan memasukkan zakarnya ke dalam kemaluan SP3. SP3 menyatakan beliau nampak zakar Tertuduh masuk ke dalam kemaluannya. SP3 juga menyatakan, beliau merasakan pedih di bahagian kemaluannya sewaktu zakar Tertuduh masuk ke dalam kemaluannya. SP3 juga menceritakan posisi Tertuduh sewaktu beliau memasukkan zakarnya ke dalam kemaluan SP3 iaitu Tertuduh sedang melutut dan tangan Tertuduh diletakkan berdekatan dengan lutut SP3 sewaktu beliau merogol SP3. SP3 juga menjelaskan, sewaktu diperlakukan sedemikian, SP3 sempat memberitahu Tertuduh bahawa beliau merasa sakit di bahagian kemaluannya, dipetik keterangan SP3 tersebut: Pemeriksaan Utama S: Tadi Mia sebut berkaitan Mohd Nasiri berkenaan kejadian rogol atau raba boleh Mia ceritakan apa berlaku? J: Pada bulan Jun 2021, jam 3.00 petang, saya duduk dekat ruang tamu sedang tengok handset tiba tiba Mohd Nasri datang kat saya, datang tanya nak makan apa. S: Mia kata dekat ruang tamu dekat lokasi mana? J: Rumah ibu. S: Rumah siapa? J: Nor Shuhada S: Dekat mana ingat tak? J: Kampung Tanjung Gorah. S: Alamat? J: Saya tak ingat alamat saya ingat yang tu ja. S: Ingat tak masa ni umur Mia berapa? J: Ingat. S: Berapa Mia? J: Darjah 5. S: Lebih kurang 11 tahun lebih? S: Sebelum Nasiri datang kat Mia masa Mia main handset ada tak orang lain yang ada dekat rumah pada masa tu? J: Tidak ada. S: Tadi Mia cakap dia datang tanya nak makan apa, lepas tu apa yang berlaku? J: Saya jawab nak makan nasi ayam. S: Lepas itu? J: Saya tak pasti dia dah order dah ka dak lagi. S: Lepas itu? J: Tiba tiba dia bawa keluar handset dia tunjuk video lucah. S: Okay, apa yang Mia faham dengan video lucah? J: Laki dan perempuan sedang buat hubungan seks. S: Apa reaksi Mia masa itu? J: Terkejut. S: Seterusnya apa berlaku? J: Saya tutup mata saya tak tengok. S: Seterusnya Mia? J: Saya cuba elak saya cuba lari masuk ke dalam bilik ibu. S: Bilik ibu ni bilik siapa? J: Nur Shuhada. S: Bila Mia lari ke bilik ibu bilik Nur Shuhada apa terjadi? J: Dia ikut saya, saya tak dan nak tutup pintu dia tolak pintu. S: Apa berlaku seterusnya? J: Dia masuk ke dalam bilik dan terus tolak Mia ke atas katil. S: Mia ada cuba mengelak tak? J: Saya cuba tapi tak boleh. S: Macam mana Mia cuba mengelak? J: Tepis tangan dia. S: Seterusnya Mia? J: Dia tolak Mia jatuh dan dia cuba raba. S: Bila dia tolak Mia jatuh apa jadi? J: Dia buka baju dan baju dalam Mia. S: Masa ni Mia kedudukan macam mana? J: Berbaring. S: Berbaring kat mana, apa berlaku seterusnya? J: Berbaring atas katil. S: Bila dah berbaring atas katil tu dia buka baju dalam Mia macam tu? S: Mia ada cuba melawan tak? J: Mia cuba tapi tak boleh. S: Bila dia buka baju dan baju dalam Mia apa berlaku kemudian? J: Dia pegang buah dada. S: Lagi? J: Dia ramas buah dada. S: Daripada dia tolak Mia jatuh, cuba raba dan buka baju dalam Mia, ramas buah dada Mia lebih kurang berapa lama berlaku maksud saya berapa saat berapa minit? J: Tak ingat. S: Saya faham Mia tak ingat boleh anggarkan lebih kurang berapa lama? J: Dalam 20 minit macam tu. S: Masa dia pegang dan ramas buah dada Mia ada Mia cuba lawan tak? J: Ada. S: Macam mana Mia lawan tu? J: Tolak tangan dia S: Lepas dia dah ramas buah dada Mia apa berlaku? J: Dia buka seluar Mia dan seluar dalam S: Kemudian? J: Dia kangkangkan kedua-dua belah kaki, lepas tu dia masukkan kemaluan dia ke dalam kemaluan saya. S: Tadi Mia kata dia kangkangkan kedua-dua kaki, kaki siapa? J: Kaki saya. S: Tadi Mia kata dia masukkan kemaluan dia pada kemaluan saya macam mana Mia boleh pastikan, macam mana kedudukan Mia pada masa itu? J: Ulang soalan. S: Tadi Mia kata dia masukkan kemaluan dia pada kemaluan saya macam mana Mia boleh pastikan dia masukkan kemaluan dia pada kemaluan kamu? J: Sebab ternampak. S: Ternampak apa? J: Ternampak kemaluan dia. S: Okay. J: Dan saya rasa pedih. S: Macam mana kedudukan Nasiri pada masa tu? J: Melutut. S: Melutut kat mana? J: Dekat kedua-dua belah kaki saya. S: Okay tangan dia kat mana? J: Dekat lutut saya. Selanjutnya. S: Lepas dah masukkan dia keluarkan semula ka? S: Kemudian apa berlaku? J: Saya berasa sakit yang amat, Nasiri kata sikit ja, tahan. S: Lagi? J: Dia bubuh kemaluan dia pada kemaluan saya. S: Seterusnya? J: Saya kata sakit saya tak boleh tahan, lepas tu dia bawa keluar kemaluan dia. S: Lepas tu, ni kira dia bubuh kali kedua la kemaluan dia masa tu? S: Kali kedua dia bubuh berapa lama? J: 5 saat macam tu. S: Lepas tu apa berlaku? J: Dia suruh saya pakai balik baju dan seluar lepas tu dia suruh saya pi mandi dan bersihkan diri. Selanjutnya, juga kejadian pada bulan Jun 2021 27.Pada Jun 2021 sekali lagi, kejadian rogol berlaku di dalam bilik sama iaitu bilik ibu SP3 bernama Nur Shuhada, dimana waktu itu, SP3 sedang berehat dalam bilik ibunya, tiba-tiba Tertuduh masuk ke dalam bilik itu dan mengunci pintu dan mengajak SP3 melakukan persetubuhan seperti kejadian pertama. menolak ajakan Tertuduh tetapi Tertuduh memaksa SP3 melakukan persetubuhan dengan cara menarik SP3 ke atas katil dan membuka baju dan baju dalam yang dipakai oleh SP3. Tertuduh kemudiannya meramas kedua-dua belah buah dada SP3 dan merogolnya dengan cara melutut di atas katil di sebelah SP3 sewaktu SP3 sedang terbaring dengan kaki lurus. Waktu dirogol, SP3 menutup matanya sekejap kerana takut dan tidak sanggup melihat wajah Tertuduh. Setelah itu, Tertuduh meraba buah dada SP3 dan membuka seluar dan seluar dalam SP3 dan memasukkan zakarnya ke dalam kemaluan SP3. SP3 kemudiannya membuka matanya dan nampak perlakuan Tertuduh tersebut dan sewaktu Tertuduh merogolnya tangan Tertuduh berada di antara kedua belah badan SP3 dan kaki SP3 terkangkang dibuka oleh Tertuduh, dipetik: Pemeriksaan Utama S: Selepas kejadian itu ada lagi tak kejadian berlaku? J: Ada. S: Bila? J: Jun 2021 bulan yg sama dua minggu lepas kejadian pertama. S: Kemudian ingat tak pukul berapa? J: 3 petang. S: Kejadian berlaku kat mana? J: Dalam bilik. S: Dalam bilik siapa tu? J: Nor Shuhada. S: Boleh ceritakan lebih lanjut apa berlaku? J: Waktu itu saya sedang berehat dalam bilik ibu, tiba-tiba Mohd Nasiri masuk dalam bilik dan mengunci pintu dan dia ajak saya buat seperti kejadian pertama. S: Masa tu Mia ingat tak Mia pakai baju apa? J: Tak ingat. S: Bila dia ajak buat seperti kejadian pertama apa reaksi Mia pada masa itu? J: Saya menolak. S: Apa Mia cakap? J: Saya cakap kat dia takmau. S: Apa berlaku? J: Dia paksa dan tarik saya ke katil. S: Masa dia tarik Mia ada tak menolak melawan menjerit J: Saya cuba tapi tak boleh. S: Mia cakap macam ini saya cuba tarik tangan tapi tak boleh, betul tak mia ada cakap macam itu? J: Ya betul. S: Bila mia cuba tarik tangan tapi tak boleh seterusnya apa berlaku? J: Dia tarik saya dan saya jatuh ke atas katil. S: Lepas itu? J: Dan dia buka baju saya dan baju dalam saya. S: Seterusnya apa berlaku? J: Dia meramas kedua-dua belah buah dada saya. S: Boleh saya tau macam mana kedudukan Nasiri masa itu? J: Dia duduk melutut. S: Kat mana? J: Atas katil tepi saya. S: Tangan dia kat mana masa itu? J: Buah dada. S: Macam mana kedudukan Mia? J: Terbaring S: Kaki Mia? J: Lurus S: Tangan Mia masa itu? J: Tutup mata. S: Tutup mata Mia? S: Kenapa masa tu tangan Mia tutup mata? J: Saya takut. S: Kenapa takut? J: Saya takut saya takmau tengok. S: Selain daripada dia meraba buah dada Mia masa tu ada apa-apa lagi dia buat? J: Dia buka seluar saya dan seluar dalam saya dan masukkan kemaluan dia ke kemaluan saya. S: Macam mana Mia boleh pastikan dia masukkan kemaluan dia ke dalam kemaluan Mia? J: Saya buka mata lepas tu saya nampak. S: Nampak apa? J: Nampak dia punya kemaluan S: Masa dia masukkan kemaluan dia ke dalam kemaluan Mia macam mana kedudukan dia masa itu? J: Melutut. S: Tangan Nasiri dok kata mana? J: Atas katil. S: Tangan dia dekat mana? J: Antara kedua-dua belah badan Mia. S: Mia masa itu kedudukan macam mana? J: Terbaring. S: Lepas itu kaki kamu? J: Kaki terangkat macam kejadian pertama. S: Mengangkang ka Mia? S: Mia buat sendiri kah kaki Mia atau ada orang yang buat kedudukan kaki Mia macam itu? J: Dia buat. S: Dia itu siapa? J: Mohd Nasiri. Kejadian pada bulan Julai 2021 28.Kejadian seterusnya, pada Julai 2021, SP3 sekali lagi telah dirogol buat kali ketiga di dalam pejabat yang terdapat di dalam bengkel milik Tertuduh yang berada berdekatan dengan rumah Tertuduh. Bengkel tersebut berada di belakang rumah Tertuduh. Pada waktu itu, SP3 pergi ke bengkel Tertuduh untuk meminta motosikal dan Tertuduh meminta SP3 menunggunya di dalam ruangan pejabat yang terdapat di dalam bengkel tersebut. Tidak lama selepas itu, Tertuduh masuk ke dalam pejabat dan mengunci pintu pejabat. Tertuduh sekali lagi mengajak SP3 melakukan hubungan seks dengannya lagi dengan menyatakan ‘Jom buat macam hari tu nak tak’. menolak ajakan Tertuduh, tetapi Tertuduh memaksanya melakukan hubungan seks dengan cara menekan bahu SP3 memaksanya duduk, SP3 menolak Tertuduh tetapi gagal dan SP3 telah dibaringkan dan Tertuduh kemudiannya meletak kain lapik kepala SP3 dan menyuruh SP3 membuka seluar yang dipakainya. Tertuduh meramas kedua buah dada dan terus merogolnya dengan memasukkan zakarnya ke dalam kemaluan SP3. Selepas Tertuduh selesai merogolnya Tertuduh telah pancutkan air mani Tertuduh di atas sehelai kain dan kemudian menyuruh SP3 memakai seluar SP3 semula dan memberikan kunci motosikal yang diminta oleh SP3 kepada SP3, dipetik: Pemeriksaan Utama S: Pada tarikh lalu Mia ada cerita, ada lagi satu kejadian berlaku, kejadian yang ketiga bulan julai 2021 jam lebih kurang 4.00 petang di bengkel masa tu betul ya? J: Betul. S: Pada masa itu Mia nyatakan saya pergi bengkel untuk minta moto, betul? J: Betul. S: Kemudian Nasiri suruh saya tunggu dalam pejabat, dalam pejabat dekat bengkel? S: Dalam pejabat dekat bengkel tu macamana dalam bengkel atau sebelah bengkel? J: Dalam bengkel. S: Mia tahu kah apa tujuan dia suruh Mia tunggu dalam bengkel? J: Tidak tahu. S: Adakah Mia buat seperti yang Nasiri suruh untuk tunggu dalam pejabat? J: Ya, saya tunggu dalam pejabat. S: Saya nak sahkan Nasiri ada minta Mia untuk tunggu dalam pejabat betul? S: Dan Mia pun pergi tunggu dalam pejabat betul? S: Lepas itu apa berlaku? J: Dalam beberapa minit macam itu dia masuk dalam pejabat. S: Siapa dia? J: Mohd Nasiri. S: Lepas itu? J: Dia ajak saya buat macam hari itu kejadian sebelum-sebelum ini. S: Apa yang Mia faham buat macam sebelum-sebelum ini? J: Dia ajak saya romen. S: Saya minta maaf saya tanya soalan apa maksud Mia dengan romen? J: Hubungan seks. S: Okay, perkataan digunakan oleh Nasiri atau pun Mia gambarkan sebagai perlakuan macam itu? J: Boleh ulang semula. S: Perkataan romen ini Nasiri cakap sebiji macam itu ka pada Mia atau dia guna perkataan lain? J: Dia guna perkataan lain. S: Perkataan apa itu? J: Jom buat macam hari tu nak tak. S: Bila dia cakap macam itu apa reaksi Mia? J: Saya tak mau. S: Mia cakap macam itu kah kat dia? S: Bila Mia cakap saya takmau itu apa reaksi Nasiri? J: Dia paksa juga. S: Dia paksa macam mana itu? J: Dia suruh saya duduk, saya takmau. S: Lepas tu Mia? J: Dia tekan bahu saya paksa suruh duduk. S: So masa tu Mia duduklah? S: Okay, Mia ada cuba melawan tak dengan tumbuk ka, tampar ka, pukul ka, ataupun Mia ada cuba menjerit tak minta pertolongan? J: Tak, saya cuma tolak sahaja. S: Maknanya Mia tak jeritlah? J: Tak. S: Kenapa Mia tak jerit masa itu? J: Saya takut. S: Mia cakap Mia takut apa yang membuatkan Mia rasa takut masa itu? J: Dia ugut secara lembut. S: Apa maksud Mia dia ugut secara lembut? J: Dia kata tu macam jangan bagitau sapa-sapa. S: Ada lagi tak? J: Yang itu saja. S: Pada masa itulah? S: Seterusnya Mia bila dah dia tolak Mia duduk tu apa yang berlaku seterusnya, boleh ceritakan lebih lanjut? J: Dia letak kain untuk lapik kepala Mia, dia suruh buka seluar tapi Mia takmau dia paksa juga. S: So siapa yang buka seluar Mia masa itu? J: Mia buka sendiri. S: Seterusnya? J: Dia meramas kedua-dua belah dada Mia. S: Okay lagi? J: Lepas itu dia masukkan kemaluan dia pada kemaluan Mia. S: Pada masa ini tadi Mia cakap dia ada ambil letak satu kain untuk lapik kepala Mia ingat tak kain itu warna apa? J: Hijau. S: Nampak tak dia ambil kain itu daripada mana? J: Tidak. S: Masa Mia dalam pejabat dalam bengkel masa tu Mia pakai baju warna apa? J: Tak ingat. S: Kalau ikutkan dalam pejabat macam mana keadaan pejabat tu masa itu? J: Ada meja, kipas dinding, karpet warna kelabu gelap. S: Pejabat tu ada tingkap tak? J: Takdak S: Masa Mia kata dia buka seluar, ramas dada dan masukkan kemaluan ke dalam kemaluan Mia, macam mana keadaan pintu pejabat tersebut pada masa itu? J: Pintu kaca. S: Pintu kaca ni orang luar pejabat boleh nampak tak bahagian dalam ini? J: Tak nampak. S: Semasa kejadian Nasiri pegang badan Mia itu macam mana keadaan cahaya dalam bilik pejabat? J: Gelap. S: Mia boleh nampak Nasiri tak masa itu? J: Boleh. S: Gelap itu maksudnya gelap tutup semua lampu dalam bilik? J: Tak. S: Jadinya tadi Mia kata bilik gelap tak ada tingkap pintu kaca pintu tak boleh nampak? J: Orang dalam boleh nampak luar. S: Ada cahaya masuk menembusi pintu kaca tersebut? J: Ada sikit-sikit. S: Tadi awal Mia kata pejabat gelap tapi Mia masih boleh nampak Nasiri, macam mana Mia boleh nampak? J: Sebab ada cahaya sikit-sikit. S: Saya kembali kepada perbuatan Nasiri, Mia kata dia pegang dada Mia dan masukkan kemaluan dia ke dalam kemaluan Mia. Macam mana Mia boleh sahkan Nasiri masukkan kemaluan dia dalam kemaluan Mia? J: Saya rasa. S: Mia nampak tak kemaluan dia? J: Saya nampak. S: Mia boleh ceritakan bentuk kemaluan dia? J: Bentuk dia panjang dan besar. S: Kemaluan memang Mia nampak jelas walaupun dalam bilik keadaan dia sedikit gelap? S: Pada masa kejadian berlaku Nasiri masukkan kemaluan dia ke dalam kemaluan kamu lebih kurang berapa lama? J: Tak tau berapa lama tapi lama sikit. S: Lama sikit tu saat ka minit ka? J: 30 saat macam tu. S: Semasa perbuatan dilakukan oleh Nasiri, Mia tau tak ada siapa lagi dalam kawasan bengkel pada masa itu? J: Takdak siapa. S: Seterusnya apa berlaku selepas 30 saat Nasiri masukkan kemaluan dia? J: Dia pancut. S: Lepas tu Mia? J: Dia pancut atas kain. S: Kain mana? J: Kain warna hijau. S: Ini kain yang sama yang lapik kepala kamu kah? S: Apa maksud Mia dengan pancut atas kain tu dia pancut apa? J: Air mani. S: Perbuatan Nasiri, Mia boleh nampakkah masa itu? J: Saya tengok sekejap saja lepas tu tak tengok dah. S: Selepas dia selesai pancut tu apa lagi yang berlaku? J: Dia suruh pakai seluar semula dan dia bagi kunci moto. Kejadian pada bulan Mac 2022 29.Kejadian seterusnya, kejadian pada bulan Mac 2022, SP3 sekali lagi telah dirogol buat kali ketiga di dalam pejabat yang terdapat di dalam bengkel milik Tertuduh yang berada berdekatan dengan rumah Tertuduh. Pada waktu itu, SP3 sedang tidur di dalam bilik ibunya, SP3 merasakan ada orang kejutkan dia dan apabila SP3 membuka matanya dia nampak Tertuduh yang mengejutkannya daripada tidur dan mengajak melakukan hubungan seks. SP3 seperti biasa menolak ajakan Tertuduh tetapi telah dipaksa oleh Tertuduh dengan cara Tertuduh membuka baju SP3 dan meramas kedua-da belah buah dada SP3. SP3 cuba menepis tangan Tertuduh sewaktu Tertuduh membuka bajunya tetapi berjaya ditangkas oleh Tertuduh dan Tertuduh terus meramas buah dada SP3, SP3 kemudiannya bangun dan bertindak melarikan diri keluar dari bilik tersebut pergi ke ruang tengah rumah dan menunggu di situ sehingga kakak SP3 balik ke rumah dipetik: S: Saya berbalik semula kepada kejadian keempat Mac 2022 jam lebih kurang 3 petang, kat mana kejadian ni berlaku? J: Dalam bilik Nur Shuhada. S: Masa itu Mia tengah buat apa? J: Tengah lena. S: Lepas tu apa berlaku? J: Mia rasa ada orang gerak. S: Mia ada check tak siapa yang gerak? J: Dak. S: Lepas itu? J: Saya masih mamai, lepas tu barulah sedar kata itu Mohd Nasiri. S: Masa ini macam mana keadaan cahaya dalam bilik itu? J: Cerah buka lampu. S: Jadi Mia boleh nampaklah keadaan dengan jelas? S: Kalau selain dari Nasiri ada orang lain masuk contoh adik Mia kan kira Mia boleh nampak dengan jelas, betul tak? S: Seterusnya apa berlaku? J: Mohd Nasiri ajak saya buat hubungan seks. S: Masa ini dia cakap macam mana? J: Jom buat macam hari tu lagi nak tak. S: Lepas itu? J: Saya cakap takmau dia paksa juga dan dia buka baju Mia dan meramas kedua-dua buah dada Mia. S: Berapa lama dia buat macam ini? J: Dalam 10 saat macam itu. S: Masa dia ajak buat hubungan seks tu dan masa dia buka baju Mia ada tak Mia cuba melawan? J: Saya tepis tangan dia. S: Lepas itu? J: Dia tetap buat juga. S: Buat apa? J: Meramas kedua-dua buah dada Mia. S: Tadi dia ajak buat hubungan seks dengan Mia bila dia buka baju dia ramas kedua-dua buah dada Mia adakah hubungan seks masih juga berlaku masa itu? J: Tak dak. S: Selepas 10 saat ada apa-apa lagi berlaku tak? J: Tak dak. S: Lepas itu Mia buat apa? J: Saya bangun dan terus keluar. S: Masa Mia keluar, keluar dari bilik kah maksudnya? S: Siapa yang ada kat rumah pada masa itu? J: Tak dak siapa. S: Jadi hanya Mia dan Nasiri saja lah?
30
30.Melihat kepada kesemua keterangan yang diberikan oleh SP3 di sini, SP3 tetap kekal dengan keterangan semua kejadian yang berlaku kepadanya, walaupun ditanya berkali-kali oleh pihak pembelaan berkenaan kejadian-kejadian yang menimpa SP3 semasa pemeriksaan balas, SP3 tetap kekal dengan keterangannya. Mahkamah juga meihat tingkah laku adalah konsisten dan kredibiliti SP3 tidak tergugat apabila SP3 dapat menerangkan apa yang berlaku pada tarikh kejadian dengan tenang dan jelas. Keterangan Saksi-Saksi Pendakwaan/ Keterangan Sokongan 31.Walaupun Tertuduh di dalam kes ini boleh disabitkan dengan bersandarkan kepada keterangan bersumpah SP3 tanpa keperluan keterangan sokongan sepertimana yang diperuntukkan di dalam seksyen 17 dan seksyen 18 Akta 792, Mahkamah ini tetap mempertimbangkan keterangan saksi-saksi lain yang menyokong kuat pembuktian fakta di dalam kes ini. Keterangan SP1 32.SP1, Roziana binti Baharom merupakan ibu kandung kepada SP3 dan juga merupakan bekas madu kepada isteri Tertuduh dengan suami pertama mereka bernama Nur Shuhada. Pada waktu kejadian berlaku, Nur Shuhada dan Tertuduh merupakan penjaga kepada SP3. SP1 mendapat tahu anaknya SP3 telah dirogol oleh Tertuduh di tempat kejadian melalui anak pertamanya (SP4) iaitu kakak kepada SP3 dan selepas mendapat tahu berkenaan kejadian itu telah bertanyakan SP3 sendiri sama ada Tertuduh pernah mencabul dan merogol SP3. SP3 mengaku kepada SP1 bahawa SP3 telah dicabul dan dirogol oleh Tertuduh dan menceritakan kejadian cabul dan rogol tersebut kepada SP1. Selepas mendengar dari mulut SP3 sendiri tentang kejadian tersebut bertindak membuat laporan polis (ekshibit P1) dan membawa SP3 pergi ke hospital untuk pemeriksaan. Di dalam keterangan SP1, SP1 menyatakan SP3 tidak memberitahu kepadanya tarikh kejadian berlaku, SP3 hanya menceritakan bahawa SP3 telah dirogol oleh Tertuduh sejak tahun 2021. SP1 hanya tahu tentang kejadian tersebut 14 bulan selepas kejadian berlaku. Semasa disoal balas oleh peguambela Tertuduh tentang terdapat kejadian rogol berlaku pada bulan Julai 2021 SP1 dengan tegas menjawab bahawa SP3 takut untuk menceritakan kejadian yng menimpanya, namun begitu SP1 tahu tentang kejadian tersebut dan semasa di soal semula oleh Timbalan Pendakwaraya berkenaan hal kejadian bulan Julai tersebut SP1 dengan tegas menjawab anaknya takut untuk memberitahu kejadian tersebut kepada SP1, dipetik: Pemeriksaan Balas S: Kamu sudah buat report. Dalam report kamu, Mia beritahu dia dirogol oleh bapa angkat sejak 2021? S: Ada dia beritahu bulan berapa pada 2021, dia dirogol? J: Dia tak beritahu. S: Kamu tahu tak dalam satu pertuduhan ke atas OKT, dia telah dituduh merogol mangsa pada Julai 2021? J: Ya, tahu. Selanjutnya. S: Saya katakan, memandangkan 14 bulan ini, dari Julai 2021 sehingga September 2022, dan baru anak kamu menceritakan tentang kejadian ini maka sebenarnya kejadian ini tidak pernah berlaku, setuju? J: Tidak. Selanjutnya. Pemeriksaan semula S: Tadi peguambela ada tanya, saya katakan jika betul kejadian ini berlaku sejak Julai 2021, sudah pasti Mia memberitahu puan dan puan bersetuju, kenapa puan bersetuju? J: Dia nak beritahu dia takut, macam dia takut nak beritahu benda itu jadi. S: Isi kandungan report kamu tidak benar, kamu tidak setuju, boleh jelaskan? J: Kalau tak benar, kenapa saya nak buat report. Sebab itu saya buat report polis. Keterangan SP2 33.SP2 ialah jurufoto memberikan keterangan semasa beliau hadir di tempat kejadian untuk mengambil gambar beliau hadir bersama pegawai penyiasat kes dan juga mangsa di dalam kes ini iaitu SP3 dan kesemua gambar yang diambil telah dimuat turun ke dalam CD dengan selamat. Apabila disoal balas oleh peguambela Tertuduh tentang jarak bengkel dan rumah Tertuduh, SP2 memberikan keterangan jaraknya dekat dan sangat hamper dan keterangan ini adalah konsisten dengan keterangan SP3, dipetik keterangan SP2: Pemeriksaan Balas S: Kamu tidak ingat sama ada workshop itu attached ataupun terasing? J: Tak ingat, cuma saya ingat depan belakang, jarak yang dekat. S: Apa maksud jarak yang dekat? J: Jarak yang dekat, hampir. Keterangan SP4 34.SP4 ialah Balqis Sofia binti Muhammad merupakan kakak kepada SP3 dan tinggal serumah iaitu tempat kejadian dengan SP3 sewaktu kejadian berlaku. SP4 memberikan keterangan sepanjang tempoh SP3 dirogol tersebut SP3 tinggal di rumah tempat kejadian dan sudah menjadi kebiasaan SP3 akan masuk ke dalam bilik kejadian untuk saja duduk lepak di dalam bilik tersebut. SP4 juga menjelaskan kepada Mahkamah bahawa adiknya takut untuk menceritakan kejadian yang menimpanya kepada SP4, dipetik keterangan SP4: Pemeriksaan Utama S: Sepanjang duduk dengan Nasiri daripada 2021 hingga 2022 dalam tempoh masa dia kena rogol tu kamu pernah tak ada nampak kejadian dia ceritakan ini? J: Saya tak pernah nampak. S: Tapi sepanjang tempoh itu kamu boleh sahkan Mia memang tinggal di situ? J: Ya betul. S: Pernah tak sepanjang kamu tinggal dekat situ kamu nampak Mia masuk dalam bilik ibu? J: Pernah. S: Kalau Balqis tak nampak pun kata adik ka masuk, adakah menjadi kebiasaan untuk kamu adik beradik masuk dalam setiap bilik yang ada kat rumah tu? J: Biasa masuk juga. S: Kebiasaannya kalau masuk sebab apa? J: Saja nak duduk dalam tu. Selanjutnya. S: Masa Mia maklum kepada kamu sebelum mak kamu kandung kamu buat polis report kamu pernah tanya Mia tentang kejadian itu? J: Pernah. S: Mia cakap apa? J: Dia kata dia takut nak bagitau.
35
35.SP4 juga memberikan keterangan semasa di soal balas oleh peguambela Tertuduh berkenaan isu SP3 berada di Alor Setar dan tiada di tempat kejadian sewaktu kejadian berlaku, SP4 menjelaskan bahawa mereka adik beradik ada pergi ke Alor Setar pada tempoh tersebut tetapi mereka pergi sekejap sahaja dan kemudian mereka termasuk SP3, pulang kembali ke tempat kejadian dan SP3 berada di tempat kejadian sewaktu kejadian berlaku dan apabila diasak oleh peguambela Tertuduh tentang keberadaan SP3 pada tarikh-tarikh tersebut, SP4 menjadi keliru dengan soalan tersebut dan memberikan jawapan yang berbeza tetapi kemudiannya telah disoal semula semasa pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwaraya, SP4 menjelaskan bahawa SP3 memang berada di tempat kejadian sewaktu kejadian berlaku, kerana saksi keliru dengan soalan peguambela Tertuduh berkenaan tempoh masa PKP tersebut, dipetik: Pemeriksaan Balas S: Sepanjang kamu tinggal daripada darjah 2 sehingga kamu keluar kamu tidak pernah keluar dari rumah itulah, betullah? S: Saya katakan sebenarnya pada tahun 2021 sehingga bulan Jun Julai 2021 dan selepas itu sehingga Mac April 2022 kamu tidak tinggal di situ tapi kamu tinggal bersama ibu bapa kamu di Alor Setar kerana ada bencana covid-19? J: Ya betul tapi saya keluar sekejap dan saya mai sini balik. Pemeriksaan Semula S: Awal tadi masa saya tanya Balqis, Balqis ada jawab kata sepanjang tahun 2021 dan 2022 kamu tinggal dengan Nasiri dan ibu tiri kamu Shuhada. Lepas itu tadi peguam tanya dalam tempoh Jun Julai 2021 sehingga Mac 2022 kamu tak tinggal di situ dan kamu setuju. Ada apa-apa nak jelaskan? J: Peguam kata masa PKP kan? S: Ya tapi dia bagi tempoh Jun Julai 2021 hingga Mac 2022? J: Masa PKP saya balik sat duduk dengan mak saya lepas itu ibu saya ambil balik duduk dengan dia. S: Kamu ingat tak bila, bulan berapa? J: Saya tak ingat tapi masa PKP tapi sat ja. Selanjutnya. S: Maksudnya kamu dan adik kamu sekalilah ketiga-tiga orang balik sekali, tak ada tertinggal?
36
36.SP4 juga mengesahkan bahawa SP3 menceritakan kejadian tersebut kepadanya dahulu dan kemudian barulah SP4 menceritakan kejadian tersebut kepada ibunya. Keterangan ini adlah konsisten dengan keterangan SP3 dipetik: S: Semasa dia cerita, dia cerita dekat kedua-dua sekali, maknanya dia cerita dekat kamu dan ibu kamu sekali? J: Mula dia cerita kat saya dulu baru cerita kat mak saya, tapi dalam masa yang sama lah. S: Macam mana tu, maknanya masa dia cerita itu, dia cerita kat kamu masa itu ibu kamu pun ada sekali macam tu, tapi dia cerita kat kamu dulu dan ibu kamu pun ada bersama kamu dengar masa kamu cerita, macam itu? J: Dak, dia cerita kat saya dulu, lepas itu baru mak saya tau. S: Mula-mula dia cerita dekat kamu dulu? Selanjutnya. S: Ada dia beritahu kat mana? J: Dekat dalam bilik 2 kali dekat bengkel sekali. S: Dekat emak kamu dia cerita yang sama? J: Ya, sama. Keterangan SP5 37.SP5, Vidhya a/p Vijayan merupakan pegawai perubatan yang memeriksa SP3 di dalam kes ini memberikan keterangan, SP3 menceritakan kepadanya bahawa beliau dirogol oleh ayah angkatnya yang dipanggil walid dan semasa SP5 merawat SP3, SP3 kelihatan sedih namun boleh bercakap dengan tenang dan boleh menceritakan semua kejadian kepada
38
38.Di dalam PSP5 di perenggan 5, SP5 menyatakan terdapat koyakan lama pada vagina SP3 dan koyakan tersebut boleh disebabkan oleh berlakunya kemasukan penis lelaki atau objek tumpul ke dalam vagina sepertimana laporan perubatan (ekshibit P9). Semasa pemeriksaan balas, apabila disoal oleh peguambela Tertuduh tentang kejadian, SP5 mengesahkan penceritaan SP3 kepadanya tentang kejadian yang berlaku kepada SP3 adalah benar, dipetik:
5
Perenggan 5 dan 6 PSP5 Hasil sejarah yang diberi oleh pesakit, beliau menyatakan telah dirogol oleh ayah angkat yang dipanggil "Walid" sebanyak lebih sepuluh kali daripada tahun 2021 sampai bulan empat 2022. Beliau menyatakan telah berlaku "vaginal penetration" tetapi air mani dipancutkan di luar.
6
Hasil pemeriksaan pada 09/9/2022 mendapati tiada kecederaan fizikal luaran yang dialami beliau. Pemeriksaan pada perineum mendapati tiada kecederaan pada kedua-dua bahagian labia majora dan labia minora. Tiada kecederaan pada bahagian fourchette. Saya seterusnya mendapati terdapat kecederaan koyakan lama pada hymen pesakit pada kedudukan jam 1 dan 5. Selanjutnya. Pemeriksaan Utama S: Apakah yang boleh menyebabkan koyakan pada hymen tersebut? J: Apa-apa object tumpul boleh menyebabkan koyak pada hymen boleh jadi sebab penis lelaki atau objek tumpul yang dimasukkan ke dalam vagina. S: Daripada pengalaman doktor boleh tak koyakan hymen berlaku tanpa adanya sebarang kemasukkan blunt objek? J: Tidak boleh Selanjutnya. Pemeriksaan Balas S: Saya nyatakan fakta ini saya nyatakan fakta-fakta yang dinyatakan oleh mangsa ini ia tidak benar, setuju atau tidak? J: Tidak setuju. Keterangan Saksi-Saksi Pembelaan Keterangan Tertuduh (SD1) 50 39.Mahkamah juga mengambilkira keterangan Tertuduh di dalam mempertimbangkan sabitan dan hukuman terhadap Tertuduh di dalam kes ini. Tertuduh memberikan keterangan dengan menggunakan Penyata Saksi yang ditandakan sebagai PSD1. Merujuk kepada perenggan 16 dan 17, perenggan 22 dan 23, perenggan 26-28 PSD1 Tertuduh hanya membuat penafian berkenaan kesemua pertuduhan terhadapnya atas alasan Tertuduh tidak berada di tempat kejadian pada tarikh dan masa kejadian berlaku dan tiada keterangan dari SP3 yang menyatakan Tertuduh ada melakukan perbuatan merogol tersebut pada bulan Mac 2022 dan juga pada tarikh kejadian bulan Jun 2021 sehingga April 2022 SP3 tiada di tempat kejadian kerana pada ketika itu mangsa berada di rumah ibunya di Alor Setar iaitu di Taman Seri Astana Alor Setar.
40
40.Semasa pemeriksaan balas apabila di soal oleh Timbalan Pendakwaraya, SD1 bersetuju jarak rumahnya ke bengkel adalah dekat dan SD1 bebas keluar masuk dari bengkel ke rumahnya pada bila bila masa. Berkenaan dengan isu alibi iaitu Nizam (SD3) pekerja bengkel Tertuduh yang dikatakan sentiasa berada dengan Tertuduh sewaktu kejadian berlaku, apabila disoal oleh Timbalan Pendakwaraya SD1 tidak boleh sahkan tentang keberadaan SD3 tersebut kerana SD3 tidak mempunyai rekod kerja SD1 bersetuju dengan cadangan Timbalan Pendakwaraya, dipetik: Pemeriksaan Balas S: Begitu juga kalau dia ambil cuti betul dak takdak rekod cuti? S: Saya katakan dalam 7 pertuduhan yang dikenakan ke atas kamu bagi 3 kejadian yang berlaku ada kalanya Nizam akan bercuti daripada bekerja di bengkel kamu? J: Tak setuju. S: Kamu tak boleh buktikan sebab kamu tak ada rekod cuti dia? J: Ya Keterangan SD2 41.Marliana binti Musa merupakan saksi kedua pembelaan. SD2 bekerja sebagai pembersih rumah (bahagian dapur dan bengkel Tertuduh dan juga merupakan adik angkat kepada isteri Tertuduh. SD2 memberikan keterangan di dalam pernyataan bertulisnya PSD2, menafikan kejadian amang seksual dan rogol dilakukan oleh Tertuduh terhadap SP3 di dalam kes ini atas alasan SP3 tidak berada di tempat kejadian semasa kejadian berlaku dan Tertuduh juga tiada di tempat kejadian semasa kejadian berlaku. Semasa pemeriksaan Balas memberikan keterangan bahawa SD2 juga menjalankan perniagaan locking sewaktu bekerja di rumah Tertuduh masa kejadian dan apabila disoal oleh Timbalan Pendakwaraya tentang keberadaan semasa kejadian dan pengetahuannya tentang kejadian SD2 tidak dapat menjawab dengan tepat dan teragak-agak untuk memberikan jawapannya, dipetik keterangan SD2: S: Puan tak boleh pastikan tentang perkara itu sebab puan pun tak sure puan pergi bersih rumah ke tak pergi bersih bengkel atau pejabat ke tak? J: Ya setuju. Keterangan SD3 42.Mohamad Nizam bin Ahmad (SD3) merupakan pekerja di bengkel Tertuduh yang juga merupakan alibi kononnya beliau sentiasa berada bersama Tertuduh sepanjang kejadian berlaku. SD3 telah bekerja sejak tahun 2020 sehingga tahun 2025 dengan Tertuduh. Di dalam pernyataan saksi SD3 beliau menafikan Tertuduh melakukan kesemua perbuatan sepertimana pertuduhan tetapi semasa disoal balas oleh Timbalan Pendakwaraya sekiranya Tertuduh masuk ke dalam rumahnya untuk menggunakan tandas di dalam rumahnya SD3 tidak akan tahu apa yang berlaku di dalam rumah Tertuduh dan SD3 bukanlah merupakan saksi yang sesuai untuk berikan keterangan di Mahkamah tentang apa yang berlaku di dalam rumah Tertuduh kerana SD3 tidak pernah masuk ke dalam rumah Tertuduh sepanjang masa dan SD3 bersetuju dengan cadangan Timbalan Pendakwaraya tersebut dan semasa pemeriksaan semula juga SD3 memberikan penekanan bahawa beliau memang tidak tahu menahu kejadian tersebut. Saksi Berkepentingan Pembelaan 43.Kedudukan undang-undang juga adalah mantap bahawa keterangan SD2 dan SD3 yang merupakan pekerja Tertuduh yang bergantung hidup dengan gaji yang diberikan oleh Tertuduh, manakala SD2 merupakan adik angkat kepada Tertuduh, Mahkamah ini berhati-hati di dalam menerima keterangan mereka kerana mereka merupakan saksi berkepentingan. Peruntukan Undang-Undang 44.Mahkamah juga telah meneliti kesemua peruntukan dan kehendak undang-undang sebelum menjatuhkan hukuman terhadap Tertuduh. Manakala, bagi hukuman tambahan terhadap Tertuduh di dalam kes ini, Mahkamah telah memerintahkan Tertuduh menjalani kaunseling pemulihan sepanjang Tertuduh berada di dalam penjara dan Tertuduh juga diperintahkan untuk menjalani pengawasan polis dalam tempoh 3 tahun setelah Tertuduh selesai menjalani hukuman pemenjaraan ia adalah selaras dengan peruntukan undang-undang yang diperuntukkan di bawah seksyen 26 Akta 792 dan seksyen 27 Akta yang sama, dipetik: 26 Rehabilitative counselling
1
The court may, in addition to any punishment imposed for any offence under this Act, or any offence specified in the Schedule where the victim is a child, order period of rehabilitative counselling on the person convicted of such offence within the period of his detention.
2
The rehabilitative counselling ordered under subsection (1) shall be under the Minister charged with the responsibility for prison” Selanjutnya. 27 Police supervision
1
Notwithstanding subsection 295(1) of the Criminal Procedure Code, whether or not he has previously been convicted of any offence, when a person is convicted of any offence under this Act, or of any offence specified in the Schedule where the victim is a child, the court shall direct that he be subject to the supervision of the police for a period of not less than one year and not more than three years commencing immediately after the expiration of the sentence passed on him.
2
When any person subject to the supervision of the police under subsection (1) is, while still subject to such supervision, sentenced to a term of imprisonment within Malaysia, any term spent in prison shall be excluded from the period of supervision.”
45
45.Begitu juga peruntukan bagi bayaran pampasan kepada mangsa di dalam kes ini, ia adalah termaktub di dalam seksyen 426 (1A) Kanun Prosedur Jenayah, dipetik: 426 Order for payment of costs of prosecution and compensation
1
The Court before which an accused is convicted of an offence-
a
in its discretion, may make an order for the payment by the convicted accused of the cost of his prosecution or any part thereof as may be agreed by the Public Prosecutor; or …… Hukuman Berjalan Serentak 55 46.Mahkamah juga telah memerintahkan agar kesemua hukuman di dalam kes ini adalah berjalan serentak. Mahkamah ini akur bahawa walaupun Mahkamah mempunyai bidangkuasa yang luas untuk memutuskan sama ada sesuatu hukuman itu berjalan serentak atau berjalan berasingan, namun Mahkamah ini terikat dengan prinsip undang-undang telah banyak dibincangkan berkenaan faktor-faktor yang harus Mahkamah ini pertimbangkan untuk memerintahkan sama ada hukuman berjalan secara serentak atau berasingan.
47
Bagi membuat penghukuman yang berkaitan dengan kes di hadapan Mahkamah ini, Mahkamah merujuk kepada salah satu nas undang-undang, yang membincangkan tentang apakah panduan yang Mahkamah ini boleh ikuti di dalam memutuskan hukuman berjalan secara serentak di dalam kes ini. Mahkamah merujuk kepada kes Birunthavathy Ramanaidu v PP [2016] 1 LNS 1328, yang mana di dalam kes ini ada membincangkan tentang pinsip one transaction rule and the totality principle dan dalam masa yang sama ia juga membincangkan bahawa terpulang pada budibicara Mahkamah yang mendengar fakta sesuatu kes di dalam memutuskan sedemikian dengan merujuk kepada kes Bachik Bin Abdul Rahman v. Public Prosecutor [2004] 2 CLJ 572; [2007] 8 MLJ 706 dan kes Kanagasuntharam v. Public Prosecutor [1992] 1 SLR 81 at page 83, dipetik: “[52] In deciding whether to order a sentence to run consecutively or concurrently, it was always advised that the court is guided by the one transaction rule and the totality principle. The record of appeal shows that the Appellant committed the offence between March 2011 until December 2011 for the first charge and the second charge was committed in April 2012 which was 4 months after the first offence. [54] The principle of sentencing where the court may depart from the one transaction principle can be elicited from the esteemed case of Bachik Bin Abdul Rahman v. Public Prosecutor [2004] 2 CLJ 572; [2007] 8 MLJ 706, where Augustine Paul JCA explained that the court would be guided by the one transaction rule and the totality principle in coming to decide whether to order a sentence to run consecutively or concurrently but the rules were not a conclusive guide. The judgment is reproduced as follows: "The combined effect of s. 282 and s. 292 is that unless the court imposing a sentence says anything to the contrary, the sentence runs from the date on which it was passed. The exercise of the discretion to determine the date of commencement of the sentence of imprisonment is dependent on the facts and circumstances of each case. In deciding whether the terms of imprisonment should be consecutive or commence at another date, the court will be guided by the one transaction rule and the totality principle. Pursuant to the one transaction rule where two or more offences are committed in the course of a single transaction, all sentences in respect of these offences should be concurrent rather than consecutive. For there to be one transaction four elements must be present, that is to say, proximity of time, proximity of place, continuity of action and continuity of purpose or design. The rule, however, is not absolute. As Yong Pung How CJ said in Kanagasuntharam v. Public Prosecutor [1992] 1 SLR 81 at page 83: "The English courts have recognized that there are situations where consecutive sentences are necessary to discourage the type of criminal conduct being punished: see R v. Faulkner [1972] 56 Cr App R 594, R v. Wheatley [1983] 5 Cr App R (S) 417 and R v. Skinner [1986] 8 Cr App R
s
(S) 166. The applicability of the exception is said to depend on the facts of the case and the circumstances of the offence. It is stated in broad and general terms and although it may be criticized as vague, it is necessarily in such terms in order that the sentencer may impose an appropriate sentence in each particular case upon each particular offender at the particular time the case is heard. " [55] Having said so, the one transaction rule and the totality rule is not absolute and the courts are not bound to strictly adhere to it as the they are still able to exercise their discretion in ordering whether the sentence should run consecutively or otherwise based on the facts and circumstances of the case where the situation so demands to discourage the type of criminal conduct being punished. [56] As was explained in Bachik Bin Abdul Rahman (supra ), the combined effect of section 282 CPC and section 292 CPC is that the sentence runs from the date on which it was passed, unless the court imposing a sentence orders anything to the contrary. It is the exercise of the court's discretion to determine the date of commencement of the sentence of imprisonment depending on the facts and circumstances of each case. The above case also stated that that there are situations where consecutive sentences are necessary to discourage the type of criminal conduct being committed and repeated by the public at large. So, in exercising such discretion granted under written law, the SCJ was correct to order such sentences to run consecutively. The offences committed by the Appellant are serious and it is in the interest of the public that the sentences be carried out consecutively to deter or discourage such a criminal conduct.\
43
Berbalik kepada kes di hadapan Mahkamah ini Mahkamah berpandangan kejadian berlaku di sekitar bulan Jun 2021, Julai 2021 dan juga Mac 2022 merupakan satu totality principle dan hukuman berjalan serentak adalah wajar di dalam kes ini. Kepentingan Awam/Public Interest 48.Mahkamah ini juga akur bahawa mahkamah harus mengimbangi kepentingan awam dengan kepentingan Tertuduh di dalam menjatuhkan hukuman. Hukuman yang dijatuhkan haruslah sepadan dengan jenis dan keseriusan sesuatu kesalahan. Mahkamah ini merujuk kepada nas undang-undang yang menggariskan prinsip kepentingan awam yang harus diberi keutamaan di dalam menjatuhkan sesuatu hukuman, iaitu kes PP v. Loo Choon Fatt [1976] 1 LNS 102; [1976] 2 MLJ 256, yang menyatakan seperti berikut: The correct approach is to strike a balance, as far as possible, between the interests of the public and the interests of the accused. Lord Goddard LCJ in Rex v. Grondkowski [1946] 1 All ER 560 561 offered some good advice when he said: The judge must consider the interests of justice as well as the interests of the prisoners. It is too often nowadays thought, or seems to be thought, that the interests of justice mean only the interests of the prisoners. Mitigasi Tertuduh 49.Mahkamah ini juga mengambilkira mitigasi yang dikemukakan oleh Tertuduh di dalam kes ini di dalam menjatuhkan hukuman terhadapnya. Antara lain, peguambela Tertuduh menghujahkan bahawa ini merupakan kesalahan kali pertama Tertuduh dan memohon agar Mahkamah ini memerintahkan hukuman penjara yang serentak dan tidak menggunapakai seksyen 16(1) AKta 792 di dalam penghukuman kerana ia tiada dalam pertuduhan. Hujahan Pemberatan 50.Mahkamah juga mengambilkira hujahan pemberatan pihak pendakwaan di dalam kes ini yang telah menghujahkan faktor-faktor kepentingan awam dan kepentingan mangsa dan memohon agar Mahkamah ini menjatuhkan hukuman secara berasingan dan juga memohon agar Mahkamah mengambilkira peruntukan hukuman di bawah seksyen 16(1) Akta 792 walaupun ia tiada dalam pertuduhan bergantung kepada budibicara Mahkamah (dibincangkan di dalam perenggan isu-isu berbangkit). Isu-Isu Berbangkit Lain Kerelaan/Consent 51.Dari keterangan yang diberikan oleh SP3 sendiri, mahkamah berpendapat SP3 telah tanpa rela telah dicabul dan dirogol oleh Tertuduh sepertimana dipertuduhkan dalam ketujuh-tujuh pertuduhan. Terdapat cubaan melarikan diri dan keadaan dimana SP3 berasa takut apabila Tertuduh melakukan kesemua perbuatan terkutuk tersebut terhadapnya.
50
Keterangan bercanggah Pembelaan membangkitkan isu SP3 memberikan keterangan bercanggah yang tidak sama seperti pertuduhan. Mahkamah merujuk kepada kes Mohammad Yusoff bin Abu Seman lwn Pendakwa Raya [2020] MLJU 2304 yang membincangkan tentang percanggahan keterangan antara saksi-saksi pendakwaan di dalam kes tersebut: [24] Peguam OKT menghujahkan bahawa HMS telah khilaf dari segi fakta dan undang-undang kerana gagal mempertimbangkan percanggahan yang ketara dan material antara SP2 dan SP3 serta laporan polis yang dibuat oleh SP2. Oleh itu, peguam OKT menghujahkan bahawa keterangan-keterangan SP2 dan SP3 tidak boleh dipercayai dan perkara tersebut telah menimbulkan persoalan terhadap kredibiliti saksi-saksi berkenaan. Ini adalah kerana, pembelaan OKT bahawa laporan ini merupakan rekaan semata-mata oleh SP2 dan SP3 kerana abang kepada SP2 ingin meminta wang daripada OKT. Peguam OKT telah menyenaraikan 5 percanggahan dalam keterangan pendakwaan seperti yang berikut: (a)percanggahan pertama - percanggahan keterangan antara SP2 dan SP3 mengenai siapa sebenarnya yang mengajak mereka keluar. SP2 menyatakan bahawa beliau telah dimaklumkan oleh SP3 bahawa OKT mengajak mereka keluar makan melalui mesej Whatsapp, sedangkan SP3 pula menafikan ada menerima mesej sedemikian daripada OKT;
b
(b)percanggahan kedua - SP2 dalam keterangannya menyatakan bahawa SP3 datang ke rumah beliau dan kemudiannya mereka bersama telah pergi ke kedai untuk membeli air dan kemudiannya kembali dan duduk di hadapan rumah Umi. Selepas itu, SP3 telah menerima mesej daripada OKT menyatakan OKT telah sampai dan kemudiannya SP2, SP3 dan Umi telah berjalan kaki pergi berjumpa OKT di tepi jalan di hadapan kedai 24 jam. Walau bagaimanapun, pula dalam keterangannya menyatakan SP2 mengajaknya keluar ke kedai 24 jam dan semasa sampai di situ, OKT telah pun sampai dan parking keretanya yang jaraknya lebih kurang 10 meter dengan kedai tersebut. SP3 tidak tahu pun yang OKT akan datang ke situ dan pada masa itu Umi telah balik ke rumah; (c)percanggahan ketiga - SP2 dalam laporan polis yang dibuat olehnya langsung tidak ingat nombor bilik rumah tumpangan tempat kejadian. Walau bagaimanapun, semasa memberikan keterangan di mahkamah beliau menyatakan ‘bilik tu nombor 2’;
d
(d)percanggahan keempat - SP2 dalam keterangannya semasa perbicaraan langsung tidak menyebut nama rumah tumpangan tempat kejadian. Namun, dalam laporan polis yang dibuat oleh SP2 (ekshibit P3) beliau menyatakan ‘saya dapati Cop telah bawa saya dan Aira ke Rumah Tumpangan Chuah Berapit Bukit Mertajam’; dan (e)percanggahan kelima - SP2 dalam keterangannya menyatakan OKT telah membuka baju dan seluar selepas sahaja masuk ke dalam bilik dan menguncu pintu. Walau bagaimanapun, SP3 pula menyatakan OKT tidak berbogel terus dan beliau hanya buka seluar sahaja. [25] Peguam OKT menyatakan percanggahan-percanggahan tersebut adalah material dan menyebabkan keterangan SP2 dan SP3 tidak boleh dipercayai dan menimbulkan persoalan berkenaan kredibiliti saksi-saksi berkenaan dan kejadian tersebut adalah rekaan mereka semata-mata. [26] Timbalan Pendakwa Raya pula telah menghujahkan bahawa percanggahan percanggahan keterangan yang dibangkitkan itu tidaklah material dan tidak menjejaskan pembuktian elemen pertuduhan terhadap OKT. [27] Berdasarkan penelitian, Mahkamah ini bersetuju dengan dapatan HMS bahawa percanggahan yang disebutkan oleh OKT adalah tidak material sehingga boleh menjejaskan kes pendakwaan. Dalam hal ini, dua intipati utama pertuduhan telah berjaya dibuktikan di mana telah berlakunya hubungan seksual antara OKT dan SP2 dan ia telah dilakukan tanpa kerelaan SP2. Percanggahan-percanggahan yang dibangkitkan itu adalah merupakan percanggahan yang kecil dan tidak material terhadap elemen pertuduhan. Justeru, Mahkamah ini berpendapat HMS tidak terkhilaf semasa manangani isu percanggahan keterangan antara saksi-saksi pendakwaan. Dalam meneliti isu percanggahan keterangan saksi-saksi, adalah mustahak pada peringkat ini untuk memetik Abdul Hamid Omar J (pada ketika itu) dalam kes Chean Siong Guat v Public Prosecutor [1969] 2 MLJ 63 yang menyatakan seperti yang berikut: “Discrepancies may, in my view, be found in any case for the simple reason that no two persons can describe the same thing in exactly the same way. Sometimes what may appear to be discrepancies are in reality different ways of describing the same thing, or it may happen that the witnesses who are describing the same thing might have seen it in different ways and at different times and that is how discrepancies are likely to arise. These discrepancies may either be minor or serious discrepancies. Absolute truth is I think beyond human perception and conflicting versions of an incident, even by honest and disinterested witnesses, is a common experience. In weighing the testimony of witnesses, human fallibility in observation, retention and recollection are often recognised by the court. [28] Mengenai perkara yang sama, Raja Azlan Shah J (pada masa itu) dalam kes Public Presecutor v Datuk Haji Harun bin Haji Idris (No.2)
1977
1 MLJ 15, turut menyatakan seperti yang berikut: “In my opinion discrepancies there will always be, because in the circumstances in which the events happened, every witness does not remember the same thing and he does not remember accurately every single thing that happened. It may be open to criticism, or it might be better if they took down a note book and wrote down every single thing that happened and every single thing that was said. But they did not know that they are going to be witnesses at this trial. I shall be almost inclined to think that if there are no discrepancies, it might be suggested that they have concocted their accounts of what had happened or what had been said because their versions are too consistent. The question is whether the existence of certain discrepancies is sufficient to destroy their credibility. There is no rule of law that the testimony of a witness must either be believed in its entirety or not at all. A court is fully competent, for good and cogent reasons, to accept one part of the testimony of a witness and to reject the other. It is, therefore, necessary to scrutinize each evidence very carefully as this involves the question of weight to be given to certain evidence in particular circumstances.”
52
52.Kes di hadapan Mahkamah ini adalah berhubung dengan keterangan bercanggah sepertimana yang dihujahkan oleh peguambela Tertuduh. Mahkamah dapati tiada sebab untuk memberikan keterangan palsu di Mahkamah ini, tambahan pula SP3 merupakan seorang kanak-kanak dan Mahkamah tidak nampak apa-apa sebab atau ada apa-apa motif jahat yang wujud dipihak SP3 untuk mengenakan Tertuduh di dalam kes ini untuk SP3 mengada-adakan cerita mengenai kejadian-kejadian yang telah menimpanya. Antara alegasi percanggahan yang ditimbulkan oleh pembelaan ialah berkenaan masa kejadian rogol berlaku, iaitu keterangan SP3 menyatakan kejadian rogol yang berlaku bulan Julai 2021, dinyatakan oleh SP3 ia berlaku pada pukul 3.00 petang tetapi dalam pertuduhan dinyatakan pukul 4.00 petang, keterangan SP3 sewaktu kejadian berlaku di dalam bengkel keadaan cahaya adalah gelap dan SP3 tidak nampak zakar Tertuduh masuk ke dalam kemaluannya dan ia adalah bercanggah dengan pertuduhan. Pembelaan juga menyatakan keterangan SP3 tentang Tertuduh meramas buah dadanya itu tiada dalam pertuduhan. Mahkamah dapati di dalam keterangan SP3 dan juga keterangan SP5 doktor yang memeriksa SP3 adalah konsisten, tambahan pula, SP3 di dalam keterangannya juga menyatakan beliau telah dirogol oleh Tertuduh sebanyak lebih daripada 10 kali, oleh itu adalah mustahil untuk mangsa rogol terutamanya kanak-kanak seperti SP3 di dalam kes di hadapan Mahkamah ini untuk mengingati secara terperinci semua kejadian yang berlaku terhadapnya di dalam kes ini. Pindaan Pertuduhan/ Hukuman seksyen 16(1) Akta 792 53.Selanjutnya, atas isu permohonan Timbalan Pendakwaraya agar Mahkamah ini meminda pertuduhan di dalam kes ini. Mahkamah berpandangan, tiada keperluan bagi Mahkamah ini meminda pertuduhan kerana pembentangan pembuktian berdasarkan keterangan SP3 sendiri dan saksi-saksi pendakwaan lain jelas dipaparkan kepada Mahkamah ini bahawa keterangan SP3 iaitu mangsa di dalam kes ini adalah jelas, meyakinkan dan konsisten dan selari dengan apa yang dipertuduhkan terhadap Tertuduh di sini, oleh itu Mahkamah tidak nampak apa-apa keperluan untuk meminda mana-mana pertuduhan di dalam kes ini.
54
54.Manakala, atas isu permohonan Timbalan Pendakwaraya untuk Mahkamah menghukum Tertuduh dengan mengambilkira seskyen 16(1) Akta 792 yang tiada di dalam pertuduhan (it was not framed in the charge). Mahkamah merujuk kepada kes Mahkamah Rayuan, PP v. Sayed Shahriman Wan Ahmad Hussein (2025) 1 CLJ 93, yang membincangkan tentang prinsip undang-undang berkenaan penghukuman sewajarnya kepada Tertuduh adalah mengikut peruntukan hukuman yang diperuntukkan di dalam pertuduhan terhadap Tertuduh, dipetik; [13] Learned counsel for the respondent argued that the amended charge read to the respondent was defective as it failed to fulfil the requirements of s. 152(4) of the Criminal Procedure Code ('CPC'). The section reads as follows: Form of charge 152...
4
The law and section of the law against which the offence is said to have been committed shall be mentioned in the charge. … Findings [15] We will first address the issue of the amended charge, which the High Court viewed as defective. The provision on charges is contained in Chapter XVIII of the CPC, from ss. 152 to 172. The form of a charge is set out under s. 152 of the CPC, which states as follows: Form of charge
152
(1) Every charge under this Code shall state the offence with which the accused is charged. [16]Subsection 153(1) of the CPC requires the charge to contain the particulars of the time and place of the alleged offence and the person against whom the offence was allegedly committed as reasonably sufficient to give the accused notice of the matter he is charged with. Under s. 154 of the CPC, the charge should contain particulars of how the alleged offence was committed if the particulars mentioned under ss. 152 and 153 do not give the accused sufficient notice of the matter he is charged with. The format of a charge is provided in Form 27 of Second Schedule in the CPC. …….. [19] The High Court had erred in law when it chose to uphold the sentence of four strokes of whipping meted out by the Sessions Court on the basis that it would be the fairest outcome, as it is mandatorily provided under sub-s. 39A(2) of the DDA 1952 that no less than ten strokes of whipping are to be prescribed. The sentencing provision set out in the charge does not override the Act. ……. [21] The Sessions Court had adhered to the requirements under s. 173 of the CPC as the court informed the respondent of the nature and consequence of pleading guilty, namely the sentence liable to be imposed on him. The Sessions Court, however, erred when it imposed only four strokes of whipping when at least ten strokes were to be imposed under sub-s. 39A (2) of the DDA 1952. The Sessions Court is bound by the sentencing provision in the DDA 1952 and not merely rely on the sentence set out in the amended charge. The fault equally lies with the prosecutor, who should have been more vigilant. 68 55.Berdasarkan kepada prinsip undang-undang yang dikemukakan di atas, Mahkamah berpandangan, tiada keperluan bagi Mahkamah ini untuk menghukum Tertuduh dengan mengambilkira seksyen 16(1) Akta 792 kerana sejak pertama kali Tertuduh dituduh di Mahkamah ini pada tarikh 7.12.2023 tiada peruntukan hukuman di bawah seksyen 16(1) Akta 792 tersebut dinyatakan di dalam pertuduhan dan dibacakan kepada Tertuduh pada tarikh pengakuannya diambil, dalam ertikata lain peruntukan hukuman seksyen 16(10 Akta 792 tersebut tiada dalam pengetahuan Tertuduh bahawa Tertuduh juga adalah tertakluk di bawah hukuman bagi seksyen tersebut. Mahkamah juga berpandangan, kuasa untuk mendakwa Tertuduh adalah terletak secara mutlak kepada pihak pendakwaan untuk menuduh Tertuduh sewajarnya sepertimana diperuntukkan di bawah Artikel 145 Perlembagaan Persekutuan, dipetik: Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan seperti berikut: "Peguam Negara ...
3
Peguam Negara hendaklah mempunyai kuasa yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya, untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan, selain prosiding di hadapan mahkamah Syariah, mahkamah anak negeri atau mahkamah tentera. ..." Siasatan Lengkap Pegawai Penyiasat/Ketiadaan Ekshibit Katil 69 56.Dalam kes ini juga pihak pembelaan ada menimbulkan isu bahawa tidak ada gambar katil di mana tempat kejadian berlaku yang dikemukakan kepada Mahkamah. Di dalam kes di hadapan Mahkamah ini, SP3 telah memberikan keterangan dengan merujuk kepada gambar ekshibit P4I iaitu katil yang berada di tempat kejadian yang ditandakan X oleh SP3 dan dicamkan oleh SP3 sendiri. Di peringkat ini, keterangan SP3 berkenaan kewujudan katil tersebut tidak dicabar oleh pembelaan. dipetik: Mah: Ada katil kah? Dalam gambar ini, kalau tengok macam tak ada katil. Boleh Mia tunjukkan kedudukan mana yang Mia maksudkan katil itu? Mah: Puan nak Mia tunjuk macam mana, tanda X kah? S: Untuk kejadian pertama tanda X. Adakah tempat yang sama berlaku bagi kejadian kedua dan keempat? J: Ya sama. S: Jadi tandaan X itu mewakili kejadian, pertama, kedua dan keempat, betul?
57
57.Selanjutnya, semasa siasatan dijalankan, walaupun katil di mana tempat kejadian berlaku tidak dikemukakan kepada Mahkamah dalam bentuk fizikal mahupun gambar, tetapi ianya tidak bermakna siasatan yang dijalankan dalam kes ini adalah tidak lengkap kerana telah dijelaskan oleh Pegawai Penyiasat (SP6), SP6 pergi ke tempat kejadian untuk mengambil gambar pada tarikh 14.09.2022 dan pada gambar tempat kejadian diambil katil tersebut telah tiada di tempat kejadian. Mahkamah berpandangan, katil di mana kejadian berlaku bukanlah satu elemen atau barang kes yang material untuk dikemukakan kepada Mahkamah dan ketiadaannya tidak menjejaskan kes pendakwaan. Laporan kimia 58.Atas isu laporan kimia yang tidak membuktikan apa-apa keterangan saintifik bagi mengesahkan DNA Tertuduh di dalam kes bukanlah satu intipati di dalam membuktikan kes bagi pertuduhan kesalahan rogol dan amang seksual fizikal, Mahkamah merujuk kepada kes Sidek bin Ludan v Public Prosecutor [1995] 3 MLJ 178, PP v Johnny Jamuyah & Another Appeal [2013] 2 CLJ 676. Alibi 59.Berkenaan isu alibi, Tertuduh menyatakan, pada tarikh dan masa kejadian sepertimana kesemua pertuduhan, Tertuduh tidak berada di tempat kejadian kerana kononnya pada tarikh dan masa tersebut Tertuduh sedang berkerja di bengkel kereta miliknya yang terletak di belakang rumah Tertuduh, dalam erti kata lain hanyalah dalam jarak berjalan kaki (walking distance) sahaja dan Tertuduh bebas bergerak ke sana sini untuk pulang ke rumahnya pada bila-bila masa Tertuduh berkehendak.
60
60.Di dalam keterangan Tertuduh, Tertuduh menyatakan, sepanjang masa sewaktu kejadian, beliau berada bersama SD3, tetapi, Mahkamah merujuk kepada keterangan di Mahkamah ini, dimana menyatakan, Tertuduh akan balik ke rumahnya apabila Tertuduh rasakan perlu untuk balik dan SD3 takkan tahu apa yang dilakukan dan apa yang berlaku di rumah Tertuduh sewaktu Tertuduh balik ke rumahnya kerana SD3 tidak pernah masuk ke dalam rumah Tertuduh dan kenyataan ini juga telah diperkuatkan lagi oleh SD3 sendiri apabila SD3 menjelaskan semasa pemeriksaan semula apabila disoal oleh peguambela Tertuduh sendiri bahawa SD3 tidak nampak apa yang berlaku di dalam rumah Tertuduh kerana SD3 tiada di tempat kejadian sewaktu kejadian berlaku, jadi Mahkamah melihat, keterangan Tertuduh dan keterangan SD3 di peringkat ini adalah tidak konsisten, dipetik: Pemeriksaan Balas S: Nasiri ada sekali sekala bila waktu kerja kat bengkel dia akan balik rumah dia sat betul? J: Betul. Selanjutnya. S: Memang kamu guna toilet luar rumah itu sahaja? S: Tak pernah pun masuk dalam rumah, betul? S: Jadi kalau ada apa-apa berlaku dalam rumah kamu tak taulah kamu tak nampak, setuju? J: Ya setuju Selanjutnya. S: Jadi kalau Nasiri masuk dalam rumah kamu nak pi toilet kamu pi kat luar sajalah kamu tak ada lah masuk toilet dalam rumah? Setuju saya kata kamu bukanlah orang yang sesuai untuk nyatakan bahawa kejadian amang seksual dan rogol yang berlaku dalam rumah itu tak berlaku langsung, bukanlah saksi yang sesuai sebab kamu tak pernah masuk dalam rumah dia? Pemeriksaan Semula S: Rujuk pernyataan saksi di para 4 (baca). Para 5 (baca). Ini keterangan kamu dalam pernyataan saksi kamu. Dan apabila kamu ditanya oleh DPP sebentar tadi, kamu telah ditanya kamu bukanlah saksi yang sesuai, kamu setuju. Ini tak konsisten. Boleh jelaskan? J: Jawapan saya sebab saya tak nampak. S: Tidak nampak apa? J: Tidak nampak benda itu berlaku. S: Benda apa, pertuduhan inilah?
61
61.Mahkamah merujuk kepada kes PP v. Azizi Jasmi (2022) SMCU 264,
2022
5 LNS 264, dimana di dalam kes ini Mahkamah memutuskan keterangan saksi alibi di dalam kes ini iaitu DW2 langsung tidak mempunyai nilai untuk dipertimbangkan dan tidak menimbulkan sebarang keraguan terhadap kes pendakwaan kerana beliau sedang tidur dan tidak tahu keberadaan anaknya, dipetik: [25] When the case was called for the accused to enter his defence, he had raised an alibi that he was not at the scene of the crime. From the notice of alibi, he stated that he was at his house quarrelling with his brother in the presence of his parents. He informed the court that he will be calling his parents to testify. The accused has testified that at the time of the commission of the offence he was at his house. He also testified in the morning on the 13th which was the first day of Hari Raya he went to PW2's house to pay a visit and he met her uncle and asked for forgiveness. Thereafter, he went back home. In the afternoon, he went to PW2's house again to meet the uncle who was repairing a car. After assisting the uncle to repair the car, he went back home and then went to sleep. The next day, he went to PW2's house again to assist the uncle to repair the car. [26] DW2, the father of the accused, told the court that on 13.05.2021, at 2.00 am, his son, the accused, was at home. During the cross-examination, DW2 agreed with the learned DPP that on the night before the incident i.e. on 12.5.2021, he saw his son at his house. He also saw his son was going in and out of the house about 4 to 5 times. [27] He also agreed to the question by the learned DPP that the night before the incident, i.e. on 12.5.2021, he was sleeping with his wife in the living room. He went to bed before 12.00 am. The crucial point is where he was asked and answered as follows: Q139 PUT: That since you were asleep before 12 a.m. on the night before the incident, you did not know the whereabout of your son Azizi after you were asleep. A I agree. [28] It seems that the evidence by DW2 has no value at all to create doubt in the prosecution's case, as at 2.00 am when the incident happened, he was sleeping and did not know the whereabouts of his son. Masa Dan Tarikh Kejadian Bukanlah Intipati Material 62.Masa dan tarikh kejadian bukan intipati yang material terhadap pertuduhan merogol dengan merujuk kepada kes Mohd Hanif Kassim v. PP and another appeal [2015] 3 CLJ 984 dimana Hakim Mahkamah Tinggi di dalam dapatannya menyatakan bahawa masa dan tarikh kejadian rogol tersebut bukanlah intipati yang penting untuk pertuduhan rogol dan kesilapan terhadap masa dan tarikh dalam pertuduhan tidak mengelirukan perayu dalam kes tersebut. Pembelaan penafian semata 63.Mahkamah ini berpendapat bahawa keterangan Tertuduh adalah bersifat penafian semata-mata dengan menafikan perbuatan seksualnya terhadap SP3 ketika kejadian. Mahkamah ini merujuk kepada kes Loo Ting Meng v. PP [2014] 1 CLJ 188; [2014] 6 MLJ 208 di mana Suriyadi Halim Omar HMP memutuskan: [35] By testifying in the manner that he did, and denying seeing the deceased there at all when occupying rooms 105 and 103, all the prosecution's important strands of evidence remained unaffected and unrebutted. In the circumstances of the case, it is our view that the appellant's bare denial was not a defence sufficient to cast a reasonable doubt over a host of incriminating evidence that unerringly pointed to his guilt (DA Duncan v. PP [1980] CLJU 12; [1980] 1 LNS 12; [1980] 2 MLJ 195). [36] With the want of satisfactory rebuttal evidence adduced by the appellant it was no surprise that the High Court and the Court of Appeal concluded that the appellant had failed to create any reasonable doubt on the prosecution's case."(Penekanan diberikan) [60] Selanjutnya, Mahkamah ini merujuk kepada kes PP lwn. Ho Sek Kong [2006] 5 CLJ 49 di mana Abdull Hamid Embong HMT (kemudiannya HMP) memutuskan: "There was nothing in the defence which merits any consideration as a defence that could raise a reasonable doubt in the prosecution's case. In his testimony, the accused had not adverted to his confession, save for a total denial. He also did not refer to the telephone conversations he had with his sister, SP3 and to the fact that he had told SP3 that the deceased had vomited a lot of blood. A total appraisal of the accused's evidence shows nothing more than a bare denial which in law is not a true defence. The duty now on the accused is only to cast a reasonable doubt on the prosecution case; he is not required to prove his innocence (see Mohd Radhi bin Yaakob v. PP [1991] 3 CLJ 2073; [1991] 1 CLJ (Rep) 311). This is now the question that this court needs to address, even when disbelieving the story of the accused (Mat v. PP [1963] CLJU 82; [1963] 1 LNS 82; [1963] 29 MLJ 263). In the instant case, however, there was no explanation forthcoming to even consider whether it had raised a reasonable doubt on the prosecution's case."(Penekanan diberikan). Kesimpulan 64.Secara rumusannya, berdasarkan analisa-analisa dan dapatan-dapatan yang Mahkamah ini kemukakan di atas atas penilaian yang maksima, Mahkamah berpuashati bahawa Mahkamah ini telah mensabitkan dan menghukum Tertuduh secara adil, wajar dan saksama di dalam kes ini. Sekian, untuk pertimbangan Yang Arif Hakim Yang Bijaksana. Bertarikh: 19/01/2026 Disediakan oleh, t.t Sharifah Norazlita bt Syed Salim Idid Hakim Mahkamah Sesyen (2) Kangar Timbalan Pendakwaraya : Puan Nabilah Ahmad Binti Po’ad Peguambela : Rahamathullah bin Baharudeen (T/n Rahamat & Mashuri)
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.