Content
1 NEGERI KEDAH DALAM MAHKAMAH SESYEN (2) DI ALOR SETAR KES TANGKAP NO: KA-62JSK-20-08/2022 DI ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN MOHD NAZIR BIN ZARAAI NO. K/P: 701117-02-5271
KA-62JSK-20-08/2022
Sessions Court of Malaysia2 Oct 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“er evidence for such a consideration. Prima facie which was capable of supporting a conviction beyond reasonable doubt will constitute proof beyond reasonable doubt.” Dalam kes Mah Kok Cheong lwn. R [1953] MLJ 46, YA Spencer Wilkinson J, di mukasurat 47 menjelaskan bahawa: “ …in ordinary criminal cases… all discussion”
“sed its case. Therefore, a case can be said to have been proved beyond reasonable doubt only at the conclusion of a trial upon a consideration of all evidence adduced as provided by s. 182A(1) of the Criminal Procedure Code. That would normally be the position where the accused has given evidence. However, where the ac”
“rahim & Anor v. PP [2017] 1 CLJ 617, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan, antara lainnya adalah seperti yang berikut: "(2) The power of the court to draw an adverse inference under s. 114(g) of the Evidence Act is discretionary. It depends on the circumstances of the case and particularly in cases where the material”
“n some instances it is necessary to have corroboration. [12] While the Federal Court was not dealing with child witnesses or victims and although the decision was before the coming into force of the Sexual Offences Against Children Act 2017, in my view there is no reason why caution and or prudence ought not to be exer”
“cused touched her breast and that rubbed his penis to her back and also PW6's police report which was done at the earliest opportunity corroborate the evidence of PW6 [See Public Prosecutor v. Mardai [1949] CLJU 65; [1949] 1 LNS 65; [1950] 16 MLJ 33]. The subsequent complaint by PW6 to PW3 and the said police report im”
“ect as the case may be, of the danger of convicting an accused person on the uncorroborated evidence of a child, and the warning must be expressly reflected in the judgment - See Chiu Nang Hong v. PP [1964] CLJU 24; [1965] 1 MLJ 40. [11] In Dato' Seri Anwar bin Ibrahim v. Public Prosecutor and another appeal [2015] 2 C”
“hall be regarded, at any stage of the case, as material unless the accused was in fact misled by that error or omission" and see also the Federal Court authority of Ho Ming Siang v. Public Prosecutor [1966] CLJU 68; [1966] 1 LNS 68. [31] That the Respondent was charged with a sexual offence is clear and in Mohd. Ruszia”
“identification of an accused person especially so in the face of categorical statements coming from credible witnesses who had no ill motives in testifying. [83] Thus, in Mutachi Stephen v. Uganda ([2003] UGCA 9) the accused said that on the night the offence took place he was already asleep with his wife. However, the”
“authority of Ho Ming Siang v. Public Prosecutor [1966] CLJU 68; [1966] 1 LNS 68. [31] That the Respondent was charged with a sexual offence is clear and in Mohd. Rusziani Mislan v. Public Prosecutor [2018] CLJU 119; [2018] 1 LNS 119 at paragraph [22], SM **Note : Serial number will be used to verify the originality of”
“ng sama atau saksi-saksi yang lain.” **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 31 Mahkamah merujuk kepada kes PP lwn. Muhammad Shan Abdullah [2020] CLJU 2067; [2020] 1 LNS 2067; [2020] MLJU 2260 di mana Mahkamah Tinggi memutuskan seperti berikut: "[29] In Mohd Han”
“**Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 31 Mahkamah merujuk kepada kes PP lwn. Muhammad Shan Abdullah [2020] CLJU 2067; [2020] 1 LNS 2067; [2020] MLJU 2260 di mana Mahkamah Tinggi memutuskan seperti berikut: "[29] In Mohd Hanif Kassim v. Public Prosecutor & Anor”
“n SP2 memberitahu tarikh 26/10/2021, sedangkan SP2 sendiri di Mahkamah menyatakan beliau tidak ingat tarikh, dan SP1 pula tidak menyokong versi SP7. Di dalam kes Mohd Ridzuan bin Mohd Yasin lwn. PP [2021] MLJU 2543, Mahkamah Tinggi telah menyatakan seperti berikut: “Bagi Mahkamah, keterangan saksi terutamanya mangsa se”
“22. Di dalam kes Ahmad Imtiaz lwn. PP [2022] CLJU 586, Mahkamah Tinggi Sabah telah memutuskan seperti berikut:- "[30] Corroboration The incident happened between the accused and PW6 inside the said shop. Despite no eyewitness at the scene, the evidence”
“osecutor v. Mardai [1949] CLJU 65; [1949] 1 LNS 65; [1950] 16 MLJ 33]. The subsequent complaint by PW6 to PW3 and the said police report implicated the accused.” Di dalam kes Faizal Saingkin lwn. PP [2025] CLJU 220, Hakim Mahkamah Tinggi telah menyatakan: “[6] Now, it is not the law that evidence of the complainant in”
“riginality of this document via eFILING portal 35 pihak pendakwaan mempunyai milikan asal, kawalan dan pengetahuan penuh mengenai dokumen tersebut. Mahkamah merujuk kepada kes Tai Hun Chean lwn. PP [2025] CLJU 2279, Mahkamah Rayuan telah menyatakan seperti berikut: “[82] Diringkaskan, kesemua saksi-saksi yang relevan d”
“he uncorroborated evidence of a child, particularly, in sexual offences. This is a rule of prudence and not law. (See Mohamed Sugal Esa v. King AIR [1946] P.C 3 and followed in Chao Chong & Ors v. PP [1959] CLJU 11. In such circumstances, the trial court should direct as the case may be, of the danger of convicting an”
“an accused's fundamental right to defend his case is not prejudiced or derogated, the charge remains a valid charge. His Lordship Choo Kah Sing JC cited the Federal Court case of Law Kiat Liang v. PP [1965] CLJU 81; [1965] 1 LNS 81 which in turn referred to and adopted the following statement of Atkin J in the case of”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 NEGERI KEDAH DALAM MAHKAMAH SESYEN (2) DI ALOR SETAR KES TANGKAP NO: KA-62JSK-20-08/2022 DI ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN MOHD NAZIR BIN ZARAAI NO. K/P: 701117-02-5271
1
Di dalam kes ini, pertuduhan terhadap Orang Kena Tuduh (selepas ini disebut sebagai OKT) adalah seperti berikut: Pertuduhan Pindaan “Bahawa kamu pada bulan Oktober 2021 jam lebih kurang 5.00 petang di dapur sebuah rumah Felda Lubuk Merbau, dalam Daerah Padang Terap, dalam Negeri Kedah, telah melakukan amang seksual fizikal ke atas seorang kanak-kanak perempuan bernama XXX, KPT XXXXXXXXXX, berumur 12 tahun 10 bulan dengan cara memegang payu daranya dan mencium pipiya bagi maksud seksual. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 14 (a)
2
OKT telah diwakili oleh seorang peguam dan telah minta dibicarakan. Pihak Pendakwaan telah memanggil seramai tujuh
7
orang saksi. Pada akhir kes Pendakwaan, OKT telah dipanggil untuk membela diri. OKT dan seorang lagi saksi pembelaan telah memberi keterangan dan pada akhir kes Pembelaan, Mahkamah telah mendapati pihak Pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah ke atas kes Pendakwaan dan pihak Pendakwaan telah berjaya untuk membuktikan kes melampui keraguan munasabah terhadap OKT. OKT didapati bersalah dan disabit dengan kesalahan dan dihukum penjara enam (6) tahun dari tarikh hukuman. OKT juga diperintahkan untuk menjalani kaunseling pemulihan dalam tempoh penahanannya berdasarkan seksyen 26 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (selepas ini disebut sebagai AKKSTKK 2017) dan Pengawasan polis selama 2 tahun bermula sebaik selepas habis tempoh hukuman yang dijatuhkan berdasarkan seksyen 27 AKKSTKK
2017
2017.
3
OKT tidak berpuashati dan merayu atas sabitan dan hukuman. Pihak Pendakwaan juga telah memfailkan notis rayuan atas hukuman tersebut. Atas permohonan pihak Pembelaan, saya telah membenarkan penggantungan pelaksanaan hukuman bagi kes ini sementara rayuan di Mahkamah Tinggi dilupuskan. Fakta Kes dan Keterangan
4
Saksi-saksi pihak Pendakwaan adalah seperti berikut: a. SP1 – AAA (Sepupu Mangsa) b. SP2 – XXX (Mangsa); c. SP3 – Norazida Binti Daud (Ahli Kimia); d. SP4 – Dr Husna Binti Zakaria (Bahagian Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah) e. SP5 – Insp Muhammad Yusof Bin Adnan (Pegawai Tangkapan) f. SP6 – Dr Nur Faradilla Binti Mohd Fishol (Bahagian Kecemasan Hospital Kuala Nerang, Kedah) g. SP7 – Insp Muhamad Zaiful Izham Bin Zulkifli Lee (Pegawai Penyiasat)
5
Sepupu mangsa (SP1) yang berusia 24 tahun, telah memberi keterangan bahawa pada 29 Oktober 2021, beliau berada di rumah Tok Wan bersama mangsa (SP2). Ketika itu, SP2 memaklumkan bahawa OKT, yang digelarnya sebagai Pak Lang, telah mengganggunya. Apabila ditanya lebih lanjut, SP2 menyatakan bahawa Pak Lang pernah memegang pipinya. SP2 kemudian telah memaklumkan bahawa dia ingin menunjukkan bukti kepada SP1 dan SP2 mula ‘chat’ dengan OKT melalui WhatsApp. Selepas dia mula ‘chat’, OKT berkata perkataan yang tidak senang untuk dibaca oleh budak-budak, antaranya perkataan seperti “Mai nak hisap”. SP1 berasa tidak selesa membaca mesej itu lalu memaklumkan perkara tersebut kepada ahli keluarga yang lain. SP1 yang juga merupakan jiran kepada OKT berada di dalam kumpulan WhatsApp perumahan dan beliau telah menyemak nombor WhatsApp OKT melalui kumpulan WhatsApp perumahan dan mengesahkan nombor itu sama seperti yang digunakan dalam perbualan dengan SP2. SP1 juga mengakui bahawa beliau hanya mengetahui kejadian berdasarkan cerita SP2, namun percaya ia berkemungkinan benar kerana SP2 seorang yang tidak pandai mereka cerita.
6
Pada 30 Oktober 2021, SP1 bersama beberapa ahli keluarga telah membawa SP2 ke kawasan tepi sungai berhampiran rumah untuk berbual dengan lebih terbuka kerana SP2 takut untuk bercerita di rumah. Semasa perbualan itu, SP2 mendedahkan bahawa OKT: • Pernah mencium pipinya; • Memegang kemaluannya; dan • Memasukkan kemaluan OKT ke dalam kemaluan SP2 sebanyak dua hingga tiga kali. Selepas itu, keluarga SP2 telah berbincang dan membuat keputusan untuk membawa SP2 ke balai polis untuk membuat lapuran polis.
7
Semasa mangsa (SP2) memberi keterangan, beliau berumur enam belas (16) tahun. Beliau telah memberi keterangan secara bersumpah di Mahkamah setelah Mahkamah memutuskan bahawa SP2 mengetahui kewajipan bercakap benar dan boleh memberikan keterangan secara bersumpah. OKT yang dikenali sebagai Pak Lang adalah jiran SP2. SP2 kenal OKT sejak SP2 berada di dalam sekolah rendah. SP2 pergi ke rumah OKT selang hari untuk membuat kerja sekolah bersama anak-anak Pak Lang yang bernama Nurza dan Naili dan juga seorang lagi kawan bernama Farisya. SP2 menyatakan bahawa pada hari kejadian, Nurza dan Naili sedang tidur dan Farisya bermain telefon di ruang tamu. SP2 telah pergi ke dapur untuk minum air. Semasa SP2 berada di dapur, Pak Lang menarik tangan SP2, kemudian menyelak baju SP2, memegang buah dada SP2 dari dalam baju, dan mencium pipi SP2. SP2 menyatakan bahawa pada masa itu beliau memakai baju lengan panjang, seluar, tudung serta pakaian dalam. Selepas itu, Pak Lang membuka seluarnya sehingga paras lutut, membuka seluar SP2 juga sehingga lutut dan memasukkan kemaluannya ke dalam kemaluan SP2 dalam keadaan SP2 berdiri. SP2 menyatakan dia menutup mata kerana takut, namun dia dapat rasa kemaluan lelaki masuk ke dalam kemaluannya dan terasa sakit. SP2 menerangkan bahawa tangan Pak Lang berada pada pinggangnya semasa perbuatan itu berlaku. Tempoh kemasukan itu dikatakan tidak sampai lima minit. Selepas itu, Pak Lang hanya berpesan supaya SP2 “jangan beritahu sesiapa” dan kemudian keluar dari rumah. Selepas kejadian, SP2 memakai semula seluarnya sendiri dan mengemas barang sebelum pulang ke rumah. SP2 menyatakan beliau tidak menjerit kerana takut. Tiada sesiapa yang lain melihat kejadian kerana mereka berada di ruang tamu. SP2 kemudian memberitahu mengenai kejadian tersebut kepada SP1 keesokan harinya, dan turut menceritakan kepada beberapa ahli keluarga yang lain ketika mereka berada di tepi sebuah sungai. SP2 juga mengesahkan bahawa kejadian rogol berlaku sekali, tetapi kejadian dia dicium dan payu daranya diraba oleh Pak Lang berlaku 2 ke 3 kali, semuanya dalam bulan yang sama dan di rumah Pak Lang, biasanya di bahagian dapur. Semasa kejadian, isteri OKT tiada di rumah dan berada di tempat kerja.
8
Pada akhir kes Pendakwaan, Mahkamah memutuskan bahawa bahawa Pihak Pendakwaan telah berjaya untuk membuktikan kes prima facie terhadap OKT. OKT telah dipanggil untuk membela diri di atas pertuduhan terhadapnya.
9
Kes Pembelaan OKT telah memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah. Beliau menyatakan bahawa beliau mengenali mangsa (SP2), yang juga merupakan jiran beliau. OKT mengenali SP2 kerana beliau sering bermain dengan anak-anaknya di luar kawasan rumah. Isteri OKT (SD2) tidak membenarkan SP2 masuk ke dalam rumah kerana tidak mahu selerak rumah dan takut barang hilang. Sepanjang pengetahuan OKT, SP2 tidak datang ke rumah beliau untuk buat kerja sekolah kerana dia bukan sama umur dengan anak beliau. Anak OKT lebih muda daripada SP2 dan mereka cuma belajar di sekolah yang sama.
10
Daripada tarikh 26hb. sehingga 30hb. Oktober 2021, OKT berada dengan isteri dan anak-anaknya. Isteri OKT surirumah pada masa tersebut dan anak-anak pun tidak pergi ke sekolah dan berada di rumah kerana terdapat Perintah Kawalan Pergerakan pada masa tersebut. OKT menerangkan rutin kerja pada Oktober 2021 sebagai pengawal keselamatan di Sekolah Menengah Lubuk Merbau, iaitu beliau bekerja secara syif dari 8.00 pagi ke 8.00 malam atau 8.00 malam ke 8.00 pagi. Pada 26 Oktober 2021, OKT menyatakan bahawa beliau bekerja syif siang hingga malam menggantikan rakan dan tidak berada di rumah. Beliau menyatakan tidak pernah berjumpa SP2 pada tarikh 26hb. hingga 30hb. Oktober 2021.
11
Menurut OKT, setiap hari selepas kerja, beliau berehat dan melakukan kerja membina rumah di belakang rumah ibunya. Pada 30 Oktober 2021, OKT ditangkap oleh pihak polis di pondok pengawal tanpa dimaklumkan sebab penangkapan sehingga hampir tiba di Balai Naka, di mana polis memaklumkan tuduhan rogol, seksyen 376. Beliau menyatakan terkejut dan menafikan tuduhan tersebut. OKT menyatakan beliau hanya mengetahui butiran tuduhan selepas soal siasat di Balai Polis. OKT turut menyebut telefon bimbitnya dirampas semasa penangkapan dan tidak dipulangkan sehingga kini. Selepas dibebaskan dari lokap, OKT telah membuat laporan polis kerana mendakwa tuduhan terhadapnya tidak benar, melampau dan memalukan.
12
SD2 merupakan isteri kepada OKT. Beliau memberi keterangan bahawa pada bulan Oktober 2021, beliau adalah seorang surirumah sepenuh masa dan OKT bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan. Beliau mempunyai lima (5) orang anak dan pada masa tersebut, anak pertama dan kedua berada di kampus UiTM Rembau, Negeri Sembilan dan Politeknik Kota Bharu, Kelantan masing-masing. Tiga (3) orang anak yang lain masih bersekolah dan berada di rumah kerana sekolah tutup disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan masih berkuatkuasa.
13
Pada bulan Oktober 2021, mangsa (SP2) pernah datang ke rumahnya untuk bermain dengan anaknya Nuzha dan Nayli. SP2 hanya datang sekali sekala sahaja dan mereka hanya bermain di kawasan luar rumah sahaja kerana SD2 melarang anak-anak dan SP2 untuk bermain di dalam rumah atas alasan-alasan tertentu.
14
SD2 menyatakan bahawa OKT tidak berada di rumah sepanjang hari 26/10/2021 kerana beliau bekerja syif penuh iaitu pada pagi dan petang. SP2 telah datang ke rumah pada 26/10/2021 waktu petang untuk bermain dengan anak-anak di kawasan luar rumah. OKT telah hanya balik ke rumah pada pagi 27/10/2021. Selepas berehat, selepas waktu Zohor, OKT menyambung kerja bertukang di belakang rumah ibu. Selepas selesai bertukang, OKT akan berehat sebentar di ruang tamu rumah dan kemudiannya bersiap untuk ke tempat kerja dalam pukul 7.30 malam. Pada 27/10/2021, OKT bekerja syif malam. SP2 telah datang ke rumah pada 27/10/2021 tetapi dia hanya menunggu anak-anak beliau di luar rumah. Kemudian mereka bergerak bersama-sama ke kedai untuk membeli makanan ringan bagi menyambut harijadi Manja atau Puteri Danisha Izzara bt Azahar pada 28/10/2021. OKT telah kerja syif malam pada 28/10/2021 dan 29/10/2021. Pada waktu pagi 29/10/2021, OKT telah sambung bertukang di belakang rumah ibu OKT dan menyiram pokok di kebun depan rumah sehingga masuk waktu solat Jumaat. Selepas selesai solat Jumaat di masjid, OKT balik ke rumah dan tidur di dalam bilik sehingga petang. Selepas itu OKT sambung bertukang di belakang rumah ibu OKT sehingga lebih kurang 7.00 malam. Dalam pukul 7.30 malam, OKT macam biasa telah bergerak ke tempat kerja di Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Lubuk Merbau. SD2 menyatakan bahawa sepanjang OKT berada di rumah, SD2 ada bersama beliau di rumah. SP2 tidak datang ke rumah beliau pada 28/10/2021 dan 29/10/2021. Isu dan Pendapat (Findings of Fact)
15
Intipati kesalahan di bawah Seksyen 14(a) AKKSTKK 2017 adalah: a) Kesalahan tersebut dilakukan terhadap seorang kanak-kanak; b) Kesalahan yang dilakukan melibatkan sentuhan pada bahagian badan kanak-kanak; dan c) Sentuhan dilakukan bagi maksud seksual. Pihak Pendakwaan telah membuktikan bahawa SP2 adalah seorang kanak-kanak semasa kejadian melalui keterangan SP1 dan juga melalui keterangan SP2 sendiri yang telah mengesahkan umur beliau sewaktu kejadian. Kad pengenalan SP2 telah dikemukakan semasa perbicaraan dan pihak Pendakwaan juga telah mengemukakan Sijil lahir SP2 (Eksibit P3) bagi membuktikan umur SP2. Di dalam kes Thee Lian Iuan lwn. PP [2016] 10 CLJ 674, Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa umur mangsa boleh dibuktikan dengan pengemukaan kad pengenalan mangsa semasa perbicaraan. Adalah jelas bahawa pihak Pendakwaan telah membuktikan intipati pertama bagi kesalahan di bawah Seksyen 14(a) AKKSTKK 2017 bahawa SP2 merupakan seorang kanak-kanak semasa kejadian sepertimana yang diperuntukkan di dalam AKKSTKK 2017 dimana SP2 berada dibawah umur 18 tahun.
16
SP2 telah memberi keterangan mengenai kejadian yang telah berlaku sepertimana di dalam pertuduhan. Keterangan-keterangan yang telah dikemukakan oleh pihak pendakwaan bagi membuktikan bahawa sentuhan OKT dibuat bagi maksud seksual adalah bahawa OKT telah memegang payudara SP2 dari dalam baju dan mencium pipi SP2.
17
SP1 (sepupu mangsa) telah memberi keterangan bahawa SP2 telah menceritakan kepada beliau apa yang telah berlaku. SP1 sendiri telah melihat perbualan WhatsApp diantara SP2 dan OKT dimana OKT telah menghantar mesej berunsur lucah kepada SP2. SP1 juga telah mengesahkan nombor telefon OKT melalui kumpulan WhatsApp perumahan.
18
SP2 telah memberi keterangan secara bersumpah di Mahkamah setelah Mahkamah memutuskan bahawa SP2 mengetahui kewajipan bercakap benar dan boleh memberikan keterangan secara bersumpah. Mahkamah juga merujuk kepada seksyen 17 dan 18 AKKSTKK yang memperuntukkan seperti berikut:
17
Anggapan keupayaan saksi kanak-kanak Walau apa pun apa-apa yang berlawanan dalam mana-mana undang-undang bertulis yang lain, dalam mana-mana prosiding terhadap mana-mana orang yang berhubungan dengan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini, atau mana-mana kesalahan yang dinyatakan dalam Jadual sekiranya mangsa ialah kanak-kanak, seorang kanak-kanak dianggap kompeten untuk memberikan keterangan melainkan jika mahkamah berpendapat selainnya.”
18
Keterangan saksi kanak-kanak Walau apa pun apa-apa yang berlawanan dalam mana-mana undang-undang bertulis yang lain, dalam mana-mana prosiding terhadap mana-mana orang yang berhubungan dengan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini, atau mana-mana kesalahan yang dinyatakan dalam Jadual sekiranya mangsa ialah kanak-kanak, mahkamah boleh mensabitkan orang itu bagi kesalahan itu berasaskan keterangan tanpa sokongan seseorang kanak-kanak, yang diberikan dengan sumpah atau selainnya.” Berdasarkan peruntukan seksyen 17 dan 18 AKKSTKK, Mahkamah boleh mensabitkan seseorang bagi apa-apa kesalahan di bawah AKKSTKK atau mana-mana kesalahan yang dinyatakan dalam Jadual berasaskan keterangan tanpa sokongan seseorang kanak-kanak. Oleh yang demikian, Mahkamah boleh menerima keterangan SP2 tanpa apa-apa keterangan sokongan.
19
Walaupun keterangan SP2 tidak memerlukan keterangan sokongan, Mahkamah mendapati pihak Pendakwaan telah mengemukakan keterangan sokongan melalui keterangan sepupu mangsa (SP1), Dr. Husna binti Zakaria (SP4) dan Dr. Nur Faradilla binti Mohd Fishol (SP6).
20
Dr. Husna binti Zakaria (SP4) telah bertugas sebagai Doktor di Bahagian Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah. Pada 31 Oktober 2021, mangsa (SP2) telah dibawa daripada Hospital Kuala Nerang. SP4 telah membuat pemeriksaan keatas SP2 pada 31.10.2021 dimana beliau mendapati terdapat ‘old hymen tear’ pada posisi ‘12 o’clock’ dan ‘4 o’clock’. Suatu lapuran perubatan telah disediakan (Eksibit P7). Mengikut keterangan SP4, SP2 telah menceritakan bahawa beliau telah dirogol oleh jirannya bernama Nassir sejak September 2021 dan kali terakhir dia dirogol adalah pada 27.10.2021. ‘Old hymen tear’ bermaksud koyakkan yang telah berlaku lebih daripada 72 jam. Mengikut SP4, diagnosis dan cerita daripada SP2 adalah konsisten. Semasa membuat pemeriksaan terhadap SP2, SP4 tidak mempunyai pengetahuan bahawa SP2 mempunyai kad OKU.
21
Pada bulan Oktober 2021, Dr. Nur Faradilla Binti Mohd Fishol (SP6) yang bertugas di Bahagian Kecemasan Hospital Kuala Nerang, Kedah telah membuat pemeriksaan keatas SP2. SP6 telah membawa SP2 ke bilik khas yang disediakan di Jabatan Kecemasan iaitu bilik OICC bersama dengan pegawai polis yang mengiringi dan SP6 telah membuat ‘History taking’ setelah membuat pemeriksaan luaran terhadap tubuh SP2. Hasil daripada pemeriksaan, SP6 telah menyediakan Lapuran perubatan (Eksibit P9). SP2 telah bercerita kepada SP6 bahawa pada 27/10/2021 jam lebih kurang 5 petang, SP2 telah dirogol oleh kawan bapanya. SP2 telah pergi ke rumah kawannya untuk membuat kerja sekolah. SP2 telah pergi ke bahagian dapur untuk mengambil minuman dan semasa di sana kawan bapanya menarik dia ke sebelah tepi dapur. SP2 telah dicium di bahagian pipi, diraba di bahagian buah dada dan ‘vagina’ oleh bapa kawannya. SP2 juga telah bercerita kepada SP6 bahawa orang tersebut juga telah memasukkan kemaluannya ke dalam kemaluan SP2.
22
Di dalam kes Ahmad Imtiaz lwn. PP [2022] CLJU 586, Mahkamah Tinggi Sabah telah memutuskan seperti berikut:- "[30] Corroboration The incident happened between the accused and PW6 inside the said shop. Despite no eyewitness at the scene, the evidence of PW3 who testified that PW6 subsequently told her that the accused touched her breast and that rubbed his penis to her back and also PW6's police report which was done at the earliest opportunity corroborate the evidence of PW6 [See Public Prosecutor v. Mardai [1949] CLJU 65; [1949] 1 LNS 65; [1950] 16 MLJ 33]. The subsequent complaint by PW6 to PW3 and the said police report implicated the accused.” Di dalam kes Faizal Saingkin lwn. PP [2025] CLJU 220, Hakim Mahkamah Tinggi telah menyatakan: “[6] Now, it is not the law that evidence of the complainant in sexual offences must be corroborated - see the statement by Vivian Bose J in Rameswar Kalyan Singh's case AIR 1952 SC 54: (1952 Cri LJ 547) on this issue where it was pronounced that: "In my opinion, the true rule is that in every case of this type the rule about the advisability of corroboration should be present to the mind of the judge. The rule, which according to the cases has hardened into one of law, is not that corroboration is essential before there can be a conviction but that the necessity of corroboration, as a matter of prudence, except where the circumstances make it safe to dispense with it, must be present to the mind of the judge,.... before a conviction without corroboration can be sustained. The tender years of the child, coupled with other circumstances appearing in the case, such, for example, as its demeanour, unlikelihood of tutoring and so forth, may render corroboration unnecessary but that is a question of fact in every case. The only rule of law is that this rule of prudence must be present to the mind of the judge or the jury as the case may be and be understood and appreciated by him or them. There is no rule of practice that there must, in every case, be corroboration before a conviction can be allowed to stand." [7] It is also not the case that a conviction cannot be sustained on the sole evidence of the complainant if the court is convinced about the truthfulness of the complainant's evidence and there existed no circumstances that would cast a shadow of doubt over his or her veracity - see Ab Malek bin Atan v. PP [2002] 6 CLJ 405; [2002] 4 MLJ 405. [8] Corroboration is, rather, it is a matter of practice, common sense and prudence to convict unless either the evidence of the complainant is unusually convincing or there is some corroboration of the complainant's story - see PP v. Mardai [1949] CLJU 65; [1950] 1 MLJ 33. The 'unusually convincing' test was explained in Public Prosecutor v. Mohammed Liton Mohammed Syeed Mallik [2008] 5 SLR 601 in the following words: "... testimony that, when weighed against the overall backdrop of the available facts and circumstances, contains that ring of truth which leaves the court satisfied that no reasonable doubt exists in favour of the accused." [9] Sections 17 and 18 of the Act specifically allow for the reception and admission of the evidence of a child witness to convict an accused of an offence under the Act although the child's evidence is uncorroborated. [10] However, decided cases have held that it is a sound rule and generally accepted in practice not to act on the uncorroborated evidence of a child, particularly, in sexual offences. This is a rule of prudence and not law. (See Mohamed Sugal Esa v. King AIR [1946] P.C 3 and followed in Chao Chong & Ors v. PP [1959] CLJU 11. In such circumstances, the trial court should direct as the case may be, of the danger of convicting an accused person on the uncorroborated evidence of a child, and the warning must be expressly reflected in the judgment - See Chiu Nang Hong v. PP [1964] CLJU 24; [1965] 1 MLJ 40. [11] In Dato' Seri Anwar bin Ibrahim v. Public Prosecutor and another appeal [2015] 2 CLJ 145; [2015] 2 MLJ 293, the Federal Court made it clear that while corroboration is not a pre-condition to secure conviction in sexual offences, the trial court is to be conscious, as a matter of prudence, that in some instances it is necessary to have corroboration. [12] While the Federal Court was not dealing with child witnesses or victims and although the decision was before the coming into force of the Sexual Offences Against Children Act 2017, in my view there is no reason why caution and or prudence ought not to be exercised when dealing with the issue of corroboration in cases brought under the Act.” Berdasarkan kes-kes yang dirujuk di atas, Mahkamah berpendapat bahawa walaupun tiada saksi mata yang dapat menyokong keterangan SP2 mengenai kejadian amang seksual fizikal yang berlaku, tindakan SP2 yang telah memberitahu mengenai kejadian tersebut kepada sepupunya (SP1), lapuran polis yang telah dibuat oleh SP2 (Eksibit P1), keterangan kedua-dua orang Doktor iaitu SP4 dan SP6 dan hasil pemeriksaan yang didapati oleh mereka seperti di dalam Eksibit P7 dan P9 adalah suatu keterangan sokongan.
23
Di dalam kes PP lwn. Mohamad Malek Ridhzuan Che Hassan [2013] 8 CLJ 359, Mahkamah Rayuan telah memutuskan: “Walaupun tiada peruntukan undang-undang bahawa keterangan pengadu dalam kes-kes seksual memerlukan keterangan sokongan, namun, adalah menjadi amalan Mahkamah untuk melihat keterangan demikian. Sekiranya keterangan pengadu adalah "unusually convincing", sabitan dalam kes-kes seksual boleh dibuat tanpa keterangan sokongan. Dalam kes ini, HMS telah memutuskan bahawa SP4 adalah seorang saksi yang kredibel dan keterangannya jelas menunjukkan bahawa responden sesungguhnya telah memasukkan kemaluannya ke dalam faraj SP4.” Walaupun SP2 seorang pemegang kad OKU Intelektual, Mahkamah mendapati SP2 jujur dan dapat menjawap semua soalan. Apabila SP2 tidak faham soalan, beliau telah meminta soalan diulang dan beliau berupaya memikir dan menjawap secara jujur. Beliau juga tidak menokok tambah cerita. Daripada keterangan SP2 secara keseluruhan dan keterangan sokongan yang ada, Mahkamah mendapati bahawa SP2 seorang yang kredibel. Daripada ‘demeanour’ SP2 dan juga cara beliau memberi keterangan, Mahkamah mendapati keterangan SP2 ‘unusually convincing’ dan beliau seorang saksi yang dapat dipercayai. Pada semua peringkat soal balas, SP2 dapat menjawab soalan yang ditujukan dan memberi jawapan secara jujur. Keterangan beliau adalah konsisten pada sentiasa waktu. Tiada alasan bagi seseorang kanak-kanak untuk membuat suatu tuduhan yang palsu dan amat serius terhadap bapa kepada kawannya. Dirujuk kepada misalan 2, Seksyen 14 AKKSTKK 2017 dimana telah dinyatakan: “Explanation 2—In determining what constitutes sexual purposes, the court may take into consideration, among others, the part of the body that is touched, the nature and extent of the act of touching or the physical contact and all other circumstances surrounding the conduct.” Di dalam kes ini, walaupun hasil pemeriksaan terhadap SP2 menunjukkan bahawa terdapat ‘old hymen tear’, namun OKT hanya dituduh dengan perbuatan memegang payudara dan mencium pipi SP2. Adalah jelas daripada keterangan SP2 bahawa perbuatan OKT menyentuh SP2 adalah suatu sentuhan yang dibuat bagi maksud seksual. Di dalam kes Nelson a/l Gnanaregasam lwn. PP [2009] 6 MLJ 622, Y.A. Hakim Mahkamah Tinggi menyatakan: “Pengadu (SP2) merupakan satu-satunya saksi pendakwaan yang dapat menyatakan sama ada kemasukan telah berlaku. Dia telah memberikan keterangan bahawa kemasukan itu berlaku. Di dalam menimbangkan sesuatu kes, di samping fakta dan undang-undang yang perlu diteliti, perkara utama lain yang perlu diberikan penekanan, adalah terhadap demenour saksi. Setelah meneliti keterangan saksi-saksi, Mahkamah tidak mempunyai sebab untuk tidak mempercayai keterangan daripada Ushah a/p Kanan, mangsa di dalam kes ini. Keterangannya adalah begitu menyakinkan. Walaupun keadaan IQ beliau sedemikian rupa, ini tidak bermakna keterangannya perlu ditolak terus, Mahkamah perlu menghalusi keterangannya secara terperinci dan cuba memahamkan apa yang ingin disampaikan olehnya itu, dalam erti kata lain kita perlulah menimbangkan keterangan daripada saksi seperti ini dengan tidak meletakkan tahap ujian yang begitu tinggi seperti saksi-saksi normal yang lainnya, walaupun ia tidak bererti kita perlu meletakkan tahap pemahaman kita di tahap IQnya, namun apa yang perlu diberikan penekanan adalah apakah maksud yang ingin disampaikan oleh saksi seperti ini melalui keterangannya.” Mahkamah berpendapat tindakan OKT yang telah menyentuh SP2 dengan memegang payudara dan mencium pipinya adalah bagi maksud seksual dan oleh yang demikian, pihak Pendakwaan telah membuktikan elemen kedua dan ketiga pertuduhan.
24
OKT telah membuat suatu lapuran polis (Eksibit D16) pada 1/07/2024 menafikan mengenai kejadian seperti di dalam pertuduhan dan juga telah menyatakan bahawa SP2 telah sengaja membuat lapuran polis palsu terhadapnya dengan niat jahat untuk jatuhkan reputasi dan maruah OKT di kalangan ahli keluarga serta penduduk setempat kawasan perumahan beliau. OKT menyatakan beliau jarang berkomunikasi dengan SP2. OKT dan isterinya (SD2) juga sahkan mereka tidak pernah mempunyai apa-apa masalah dengan SP2 mahupun keluarga mangsa. Pada peringkat pemeriksaan balas, OKT dan SD2 menyatakan bahawa SP2 tidak pernah bergaduh dengan anak-anak mereka. OKT juga telah setuju dengan cadangan pihak Pendakwaan bahawa tidak ada sebab SP2 reka cerita terhadap OKT. SD2 juga menyatakan dia tidak tahu kenapa SP2 tiba-tiba membuat lapuran polis. Mahkamah berpendapat bahawa keterangan pihak Pembelaan bahawa SP2 mempunyai niat jahat untuk menjatuhkan reputasi OKT adalah suatu bentuk spekulasi dan tidak disokong dengan apa-apa bukti.
25
Pihak Pembelaan telah berhujah bahawa pertuduhan yang menyatakan tarikh kejadian "pada bulan Oktober 2021" adalah terlalu umum dan memprejudiskan hak OKT untuk memasukkan pembelaannya di peringkat awal dengan memasukkan Notis Alibi di bawah Seksyen 402A Kanun Tatacara Jenayah sebelum perbicaraan berlangsung lantas mencabul hak perlembagaan OKT di bawah Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan untuk mendapatkan perbicaraan yang adil di Mahkamah. Dalam kes Duis Akim & Ors lwn. PP [2013] 9 CLJ 692, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti berikut: “[82] However, alibi could not prevail over the positive identification of an accused person especially so in the face of categorical statements coming from credible witnesses who had no ill motives in testifying. [83] Thus, in Mutachi Stephen v. Uganda ([2003] UGCA 9) the accused said that on the night the offence took place he was already asleep with his wife. However, there was a witness who had positively identified him. As such his alibi collapsed. He has been squarely put at the scene of crime. [84] Similarly in the present case it was the finding of the learned trial judge, which we agree, that the appellants had been positively identified by PW1. As such, the alibi defence of the first and second appellants collapsed. And since the third appellant did not rely on alibi it was therefore not relevant to him. Yet the learned trial judge appeared to have also allowed the defence of alibi for the third appellant. [85] Interestingly, we note that all the appellants claimed to be together that night yet the third appellant did not find it necessary to plead alibi as his defence. And it should also be noted that a senior counsel represented him right from the beginning of the case. Basically his defence was one of bare denial. But upon being positively identified his denial collapsed as well. [86] Accordingly, for the above reasons there is no necessity for us to deal with the alibi defence but merely to consider whether the prosecution had established its case beyond reasonable doubt in order to uphold the convictions of the appellants.” Dalam kes yang dibicarakan ini, pihak Pembelaan tidak memfailkan apa-apa notis alibi. Mahkamah hanya perlu menimbangan samada pihak pendakwaan telah membuktikan kes melampaui keraguan munasabah. SP2 telah mengecam OKT dan tidak mempunyai motif buruk untuk memberi keterangan terhadap OKT. Beliau juga telah mengecam gambar-gambar di dalam rumah OKT (Eksibit P2A-F) dan telah menunjukkan di mana kejadian telah berlaku.
26
Pihak Pembelaan juga telah membangkitkan isu bahawa terdapat percanggahan serius dalam keterangan mangsa (SP2), sepupunya (SP1) dan pegawai penyiasat (SP7), khususnya mengenai tarikh kejadian. Lapuran Polis menunjukkan tarikh 29/10/2021, tetapi SP7 pula menyatakan SP2 memberitahu tarikh 26/10/2021, sedangkan SP2 sendiri di Mahkamah menyatakan beliau tidak ingat tarikh, dan SP1 pula tidak menyokong versi SP7. Di dalam kes Mohd Ridzuan bin Mohd Yasin lwn. PP [2021] MLJU 2543, Mahkamah Tinggi telah menyatakan seperti berikut: “Bagi Mahkamah, keterangan saksi terutamanya mangsa seperti SP7 memang terdedah kepada percanggahan-percanggahan. Namun ia tidak menjadikan keterangan tersebut perlu ditolak dengan mentah tanpa membandingkannya dengan keterangan-keterangan lain sama ada oleh saksi yang sama atau saksi-saksi yang lain.” Mahkamah merujuk kepada kes PP lwn. Muhammad Shan Abdullah [2020] CLJU 2067; [2020] 1 LNS 2067; [2020] MLJU 2260 di mana Mahkamah Tinggi memutuskan seperti berikut: "[29] In Mohd Hanif Kassim v. Public Prosecutor & Anor Appeal [2015] 3 CLJ 984, Choo Kah Sing JC in a charge for rape held that in cases where the time, date or place does not constitute an essential ingredient of the offence, mere non-compliance with s. 153 of the CPC on the time, date or place will not vitiate the validity of the charge. As long as the general particulars of the time, date or place are stated in the charge and the exercise of an accused's fundamental right to defend his case is not prejudiced or derogated, the charge remains a valid charge. His Lordship Choo Kah Sing JC cited the Federal Court case of Law Kiat Liang v. PP [1965] CLJU 81; [1965] 1 LNS 81 which in turn referred to and adopted the following statement of Atkin J in the case of R v. Severo Dossi [1918] 13 Cr App R 158: "From time immemorial a date specified in an indictment has never been a material matter unless it is actually an essential part of the offence." [30] See also the provisions of sections 156 CPC reproduced below: "That no error in stating either the offence or the particulars required to be stated in the charge and no omission to state the offence or those particulars shall be regarded, at any stage of the case, as material unless the accused was in fact misled by that error or omission" and see also the Federal Court authority of Ho Ming Siang v. Public Prosecutor [1966] CLJU 68; [1966] 1 LNS 68. [31] That the Respondent was charged with a sexual offence is clear and in Mohd. Rusziani Mislan v. Public Prosecutor [2018] CLJU 119; [2018] 1 LNS 119 at paragraph [22], SM Komathy JC (now Judge) held and with which the Court agrees: "The appellant was not prejudiced by the failure of the prosecution to specify the date of the incident in the charge. The charge provided sufficient particulars for him to prepare his defence. In sexual offences the essential ingredients are the identity of the offender and the sexual act itself" [32] It is indisputable that the Respondent is facing a charge on a sexual offence against a child and, therefore, as pointed out by the prosecution, any defect in the Charge on date and time of the incident would not make it defective." Di dalam kes ini, tarikh kejadian adalah pada bulan Oktober 2021. Tarikh spesifik tidak dinyatakan. Merujuk kepada kes-kes di atas, adalah jelas bahawa tarikh, masa dan tempat kejadian tidak membentuk intipati pertuduhan dan oleh yang demikian, pertuduhan di dalam kes ini tidak cacat/ defektif. Mahkamah mendapati percanggahan yang dibangkitkan oleh pihak peguambela tidak menjejaskan kes pihak Pendakwaan.
27
Pihak Pembelaan telah berhujah bahawa analisa yang dijalankan oleh Ahli Kimia (SP3) dan Lapuran Kimia (Eksibit P6) yag disediakan tidak dapat menunjukkan dapatan konklusif bahawa kejadian rogol telah berlaku apabila tiada langsung bendasing atau profil DNA lelaki asing, atau profil OKT ditemui pada sampel-sampel yang dihantar kepada Ahli Kimia (SP3) untuk dianalisa. Mengenai isu ini, Mahkamah berpendapat bahawa isu rogol dan ketiadaan profil DNA lelaki asing atau profil OKT tidak relevan kerana OKT tidak dituduh dengan pertuduhan rogol.
28
Pegawai Penyiasat telah menghantar telefon bimbit mangsa (SP2) dan OKT untuk dianalisa. Lapuran analisis daripada Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (Eksibit IDD14) menunjukkan tiada aplikasi WhatsApp ditemui pada telefon bimbit kepunyaan SP2. Hasil analisa juga tidak menjumpai apa-apa data dipercayai unsur lucah di dalam telefon tersebut. Bagi telefon bimbit kepunyaan OKT, kata laluan yang dibekalkan oleh Pegawai Penyiasat (SP7) tidak dapat digunakan untuk membuka aplikasi tersebut. Oleh itu SP3 tidak dapat mengakses data perbualan daripada WhatsApp. Selain daripada itu, analasis tidak menjumpai apa-apa data dipercayai unsur lucah. Pihak Pembelaan telah berhujah bahawa bukan sahaja dapatan pegawai perubatan dan Pegawai Pemeriksa / Analisis Forensik tidak dapat menyokong naratif dan keterangan SP1, SP2 dan SP7, malahan juga menimbulkan keraguan yang munasabah samada kejadian rogol, gangguan seksual fizikal serta gangguan seksual melalui hantaran mesej WhatsApp telah dibuat oleh OKT ke atas SP2 telah benar-benar berlaku. Pihak Pembelaan juga telah berhujah bahawa Pihak Pendakwaan dalam kes ini sengaja menyembunyikan keterangan mengenai siasatan SP7 terhadap dua (2) telefon bimbit yang dirampas semasa pemeriksaan utama dimana tiada langsung soalan tambahan dibuat mengenai siasatan dan kandungan Eksibit IDD14 dan perkara ini hanyalah dijelaskan semasa pemeriksaan semula setelah Peguambela OKT memasukkan Lapuran analisis daripada Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia sebagai IDD14 walhal pihak pendakwaan mempunyai milikan asal, kawalan dan pengetahuan penuh mengenai dokumen tersebut. Mahkamah merujuk kepada kes Tai Hun Chean lwn. PP [2025] CLJU 2279, Mahkamah Rayuan telah menyatakan seperti berikut: “[82] Diringkaskan, kesemua saksi-saksi yang relevan dan penting terutamanya SP4 dan SP5 telah dipanggil oleh pihak pendakwaan. Justeru itu, kami tidak nampak di mana wujudnya keperluan untuk pihak pendakwaan mengemukakan setiap seorang penama yang dirakamkan percakapannya atau yang ditangkap oleh pihak polis jika keterangan mereka difikirkan tidak akan membantu pihak pendakwaan untuk membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah. Dengan itu, keperluan hakim bicara untuk menggunakan inferens yang menentang mengikut seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 terhadap pihak pendakwaan di atas kegagalan mereka memanggil SD3 dan Ratnawati sebagai saksi pendakwaan tidak timbul sama sekali. [83] Skop penggunaan seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 telah diperjelaskan di dalam kes Munusamy v. PP [1987] CLJ Rep 221; [1987] 1 CLJ 250; [1987] 1 MLJ 492 di mana Mahkamah Agung melalui penghakiman yang disampaikan oleh Mohamed Azmi HMA (beliau pada ketika itu) menyatakan seperti yang berikut: "It is essential to appreciate the scope of Section 114(g) lest it be carried too far outside its limit. Adverse inference under that illustration can only be drawn if there is withholding or suppression of evidence and not merely on account of failure to obtain evidence. It may be drawn from withholding not just any document, but material document by a party in his possession, or for non-production of not just any witness but an important witness to the case." (Penekanan ditambah) [84] Di dalam kes Amri Ibrahim & Anor v. PP [2017] 1 CLJ 617, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan, antara lainnya adalah seperti yang berikut: "(2) The power of the court to draw an adverse inference under s. 114(g) of the Evidence Act is discretionary. It depends on the circumstances of the case and particularly in cases where the material witnesses are not produced..." Daripada kes di atas, adalah jelas bahawa Pihak Pendakwaan mempunyai budibicara untuk memilih saksi yang ingin dipanggil untuk memberi keterangan. Mahkamah mendapati tiada apa-apa penindasan bukti apabila Lapuran analisis daripada Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (Eksibit IDD14) tidak dikemukakan oleh pihak Pendakwaan sebagai suatu eksibit Pendakwaan.
29
Pihak Pembelaan juga telah berhujah bahawa kegagalan pihak Pendakwaan untuk memanggil ibu dan nenek kepada SP2 ini sebagai saksi untuk memberikan keterangan di Mahkamah turut membolehkan pemakaian seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 terhadap kes Pendakwaan. Mengenai isu di atas, Mahkamah berpendapat bahawa kegagalan pihak Pendakwaan tidak memanggil ibu dan nenek untuk memberi keterangan tidak menimbulkan anggapan dibawah seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 terhadap kes Pendakwaan. Seperti yang diputuskan di dalam kes Tai Hun Chean (supra), saksi yang relevan dan penting telah dipanggil oleh pihak Pendakwaan. Pihak Pendakwaan tidak perlu memanggil setiap seorang penama yang dirakamkan percakapannya atau yang ditangkap oleh pihak polis jika keterangan mereka difikirkan tidak akan membantu pihak Pendakwaan untuk membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah.
30
Satu lagi isu yang dibangkitkan oleh pihak Pembelaan ialah bahawa Pegawai Tangkapan (SP5) telah gagal untuk mematuhi kehendak seksyen 28A(2) Kanun Tatacara Jenayah dengan menjelaskan sepenuhnya hak-hak OKT semasa dalam tangkapan polis. Seksyen 28A(2) Kanun Tatacara Jenayah telah memperuntukkan hak-hak OKT seperti berikut: - “(2) A police officer shall, before commencing any form of questioning or recording of any statement from the person arrested, inform the person that he may-
a
communicate or attempt to communicate, with a relative or friend to inform of his whereabouts; and
b
communicate or attempt to communicate and consult with a legal practitioner of his choice.” Semasa pemeriksaan balas oleh Peguambela OKT, SP5 telah tidak bersetuju apabila disoal bahawa SP5 tidak pernah memberitahu atau menjelaskan kepada OKT mengenai hak dibawah seksyen 28A Kanun Tatacara Jenayah. Namun semasa pemeriksaan semula oleh pihak Pendakwaan, SP5 hanyalah sekadar menyatakan bahawa beliau kononnya telah memberitahu hak OKT untuk melantik mana-mana peguam walhal hak untuk melantik peguam bukanlah satu-satunya hak OKT yang perlu dijelaskan di bawah seksyen 28A Kanun Tatacara Jenayah dimana menurut subseksyen 28A(2), OKT juga mempunyai hak untuk menghubungi keluarga atau rakan untuk memaklumkan mana-mana mereka mengenai keberadaan OKT. Oleh yang demikian, peguambela OKT telah menghujahkan bahawa SP5 sebenarnya telah gagal untuk mematuhi kehendak statutori dengan menerangkan dengan sepenuhnya dan spesifik hak-hak OKT dibawah seksyen 28A(2) Kanun Tatacara Jenayah. Mahkamah setuju dengan hujah pihak Pembelaan bahawa SP5 telah gagal untuk mematuhi kehendak dibawah seksyen 28A(2) Kanun Tatacara Jenayah. Walaubagaimanapun, isu di dalam kes yang dibicarakan ini bukanlah suatu kes penangkapan dan penahanan yang menyalahi undang-undang dan ketidakpatuhan kepada seksyen 28A(2) Kanun Tatacara Jenayah tidak menjejaskan kes Pendakwaan.
31
Di akhir kes Pembelaan, Mahkamah perlu mempertimbangkan semua keterangan yang telah dikemukakan dan perlu memutuskan samada Pihak Pendakwaan berjaya membuktikan kes Pendakwaan pada tahap keraguan munasabah. Ini seperti yang dikatakan di dalam Seksyen 182A Kanun
1
At the conclusion of the trial, the court shall consider all the evidence adduced before it and shall decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt.
2
If the court finds that the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt, the court shall find the accused guilty and he may be convicted on it.
3
If the court finds that the prosecution has not proved its case beyond reasonable doubt, the court shall record an order of acquittal. Dalam kes Balachandran lwn. PP [2005] 2 MLJ 301, Mahkamah Persekutuan telah mengulas berkenaan dengan beban pembuktian diluar keraguan munasabah: “Proof beyond reasonable doubt involves two aspects. While one is the legal burden on the prosecution to prove its case beyond reasonable doubt the other is the evidential burden on the accused to raise a reasonable doubt. Both these burdens can only be fully discharged at the end of the whole case when the defence has closed its case. Therefore, a case can be said to have been proved beyond reasonable doubt only at the conclusion of a trial upon a consideration of all evidence adduced as provided by s. 182A(1) of the Criminal Procedure Code. That would normally be the position where the accused has given evidence. However, where the accused remain silent there will be no necessity to re evaluate the evidence in order to determine whether there is a reasonable doubt in the absence of any further evidence for such a consideration. Prima facie which was capable of supporting a conviction beyond reasonable doubt will constitute proof beyond reasonable doubt.” Dalam kes Mah Kok Cheong lwn. R [1953] MLJ 46, YA Spencer Wilkinson J, di mukasurat 47 menjelaskan bahawa: “ …in ordinary criminal cases… all discussion as what might reasonably be true or what is consistent with innocence are both irrelevant and misleading. Almost every defence put forward by an accused is consistent with innocence or it would not be put forward; nor would it be a very good defence if it could not reasonably be true. But whatever may be the defence to a criminal charge the sole question which a subordinate court has to ask itself at the conclusion of the trial is - Does the defence raise a reasonable doubt as to the truth of the prosecution case or as to the accused’s guilt? I say ‘the sole question’ advisedly because in this country the accused will not have been called on for a defence at all unless the prosecution have first proved a case.”
32
OKT telah memberikan keterangan secara bersumpah. Dalam kes yang dibicarakan ini, Mahkamah mendapati keterangan OKT adalah satu penafian semata-mata. Walaupun SD2 telah memberi keterangan dan menyatakan bahawa sepanjang OKT berada di rumah, beliau sentiasa berada di rumah dengan OKT, Mahkamah tidak dapat mempercayai keterangan ini. Keterangan beliau hanya bersifat membantu suaminya daripada disabitkan dengan pertuduhan ini. Pihak Pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes Pendakwaan. Di dalam kes DA Duncan lwn. PP [1980] 2 MLJ 195, Mahkamah Persekutuan menyatakan seperti berikut: “Now this evidence, if accepted and believed, is clearly sufficient to establish a prima facie case against the appellant. The High Court at Alor Star accepted it and called on the defence. The defence was, in effect, a simple denial of the evidence connecting the appellant with the four boxes. We cannot see any plausible ground for saying that the four boxes were not his. In the circumstances of the prosecution evidence, the High Court came, in our view, to the correct conclusion that this denial did not cast a doubt on the prosecution case against the appellant. We have read the record with some care and we have listened to what counsel for the appellant and the appellant himself have said at the appeal before us. We have however not heard a single good and sufficient reason for allowing the appeal.” Juga di dalam kes PP lwn. Ku Lip See [1981] 1 MLJ 258, Mahkamah Persekutuan menyatakan bahawa: “The learned judge went on to say that he found It’s difficult to understand how the President could entertain doubt on the prosecution case merely on the strength of the applicant’s denial and his observation of the demeanour of the applicant after making specific findings of fact at the close of the prosecution case that the applicant had raped the girl.”
33
Alasan Di dalam kes Mahadzir bin Yusof & Anor lwn. PP [2011] 1 MLJ 297, Mahkamah menyatakan: “It is settled law that the duty of accused person at the defence's case is merely to cast a reasonable doubt on the prosecution's case”. Mahkamah berpendapat, pihak Pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah ke atas kes Pendakwaan. Daripada keterangan, adalah jelas bahawa Pihak Pendakwaan telah buktikan segala elemen dibawah seksyen 14(a) AKKSTKK 2017 dan telah berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah. Oleh itu Mahkamah telah sabitkan OKT dengan kesalahan seperti pertuduhan.
34
Seterusnya untuk menentukan hukuman tersebut, prinsip-prinsip berkaitan dengan menjatuhkan hukuman harus dilihat. Mahkamah Agung dalam kes Mohd Abdullah Ang Swee Kang lwn. Pendakwa Raya (1987) 2 CLJ 405 di mukasurat 410 ke arah maksud ini telah menetapkan prinsip-prinsip berikut:- a) Graviti kesalahan tersebut. Sekiranya tiada hukuman setimpal dijatuhkan, ianya akan berulang; b) Cara kesalahan dilakukan; c) Kehadiran faktor-faktor mitigasi; dan d) Bandingan hukuman dalam kes-kes yang telah diputuskan untuk kesalahan yang sama.
35
Kes ini adalah mengenai satu kejadian yang berlaku di sebuah rumah. OKT merupakan bapa kepada kawan mangsa (SP2). SP2 telah datang ke rumah tersebut untuk membuat kerja sekolah. OKT telah mengambil kesempatan terhadap seorang kanak-kanak yang telah datang ke rumahnya untuk belajar. Ibubapa SP2 telah menaruh kepercayaan keatas OKT yang merupakan jiran mereka, apabila SP2 pergi ke rumah tersebut untuk bertemu dengan kawan beliau untuk belajar di sana. Malangnya, OKT telah mengambil kesempatan terhadap seorang kanak-kanak dengan melakukan perbuatan yang terkutuk ini. Kebahagiaan dan keamanan kanak-kanak ini telah dirampas dan dihancurkan.
36
Di dalam kes Public Prosecutor lwn. Amir Hamzah bin Amir Mydin (2003) 3 AMR 626 di muka surat 635, YA Hakim Mahkamah Tinggi berkata: “Dalam memilih hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukan, perkara yang utama yang saya perlu pertimbangkan adalah soal kepentingan awam dan penekanan utama adalah melunaskan kepentingan awam (lihat R v Ball Cr App R 164). Sebarang hukuman yang dijatuhkan mestilah dineracai dengan membuat imbangan antara keperluan kepentingan awam dan kehendak seseorang pesalah. Undang-undang jenayah ditegakkan bertujuan bukan sahaja untuk menghukum pesalah yang melanggar ketetapan undang-undang tetapi juga berhasrat untuk menghalang pelanggaran undang-undang dari terus berlaku. Mudah-mudahan masyarakat secara amnya tidak tergerak hati melakukan kesalahan yang sama atau apa jua kesalahan lain setelah memikirkan natijah yang bakal diterima akibat pelanggaran sedemikian.” Oleh yang demikian, hukuman berbentuk pencegahan atau ‘deterence’ adalah merupakan asas utama yang digunakan dalam menjatuhkan hukuman bagi kes ini.
37
Peguambela telah mengemukakan rayuan bahawa OKT berumur 55 tahun, bekerja sebagai tukang kebun di Pejabat Felda dan menanggung isteri dan dua orang anak yang masih belajar iaitu 14 dan 15 tahun. Ini adalah kali pertama OKT dituduh di Mahkamah. OKT telah memberi kerjasama dengan pihak polis sepanjang penyiasatan polis dan telah hadir ke Mahkamah setiap kali dari tahun 2022 sehingga kes selesai pada tahun 2025. OKT telah dituduh melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 14(a) AKKSTKK 2017. Hukuman yang diperuntukkan dibawah Seksyen 14(a) AKKSTKK 2017 ialah hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat. Mahkamah telah mengambil kira semua faktor seperti yang dibincangkan di atas dan telah mengenakan hukuman penjara enam (6) tahun dari tarikh hukuman. OKT juga diperintahkan untuk menjalani kaunseling pemulihan dalam tempoh penahanannya berdasarkan seksyen 26 AKKSTKK 2017 dan Pengawasan polis selama 2 tahun bermula sebaik selepas habis tempoh hukuman yang dijatuhkan berdasarkan seksyen 27 AKKSTKK 2017. Semasa hukuman dijatuhkan, OKT berumur 54 tahun. Mahkamah merujuk kepada seksyen 25 AKKSTKK 2017 yang mana diperuntukkan seperti berikut: “Walau apa pun perenggan 289 (c) Kanun Tatacara Jenayah, jika seseorang disabitkan atas mana-mana kesalahan di bawah Akta ini ialah lelaki yang mahkamah berpandangan berumur lebih 50 tahun, orang itu masih boleh dihukum dengan hukuman sebat.” Walaubagaimanapun, Mahkamah tidak menjatuhkan hukuman sebatan rotan keatas OKT.
38
Berdasarkan alasan seperti yang dikemukakan di atas, Mahkamah berpendapat bahawa prinsip pencegahan, kepentingan awam dan pengajaran menjadi pertimbangan dalam menjatuhkan hukuman yang tersebut adalah wajar serta bersesuaian dengan fakta kes ini apabila dipertimbangkan secara keseluruhan. Bertarikh 1 Disember 2025 (PRISCILLA HEMAMALINI NADARAJAN) (Hakim Mahkamah Sesyen) (Mahkamah Sesyen 2) (Alor Setar) (Kedah) Peguam bagi pihak OKT : En W.Y. Lim Tetuan Lim Wei Yong & Co. Timbalan Pendakwa Raya : Pn Nurfatin Mastura bt Asri
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.