Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI TEMERLOH DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO. CB-12B-10-10/2023 ANTARA MOHD NAZRI BIN HAMZAH (NO. K/P: 710406-05-5041) … PERAYU
CB-12B-10-10/2023
High Court of Malaysia2 Jul 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI TEMERLOH DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO. CB-12B-10-10/2023 ANTARA MOHD NAZRI BIN HAMZAH (NO. K/P: 710406-05-5041) … PERAYU
1
SEOW CHEE YONG (NO. K/P: 640309-05-5217) [Mendakwa sebagai pentadbir harta pusaka kepada SIOW KAI XIN (No. K/P: 011216-05-0087) Simati]
2
MOHD SYAFIQ BIN HASHIM
3
SINCERE FIVE TRADING SDN BHD
4
BALAJ A/L GUNALAN
5
CHENG YI ENTERPRISE SDN BHD … RESPONDEN- (NO. SYARIKAT: 830699-P) RESPONDEN [Dalam Mahkamah Sesyen Di Temerloh Dalam Negeri Pahang Darul Makmur, Malaysia Guaman Sivil No. CB-A53KJ-308-12/020 ANTARA Seow Chee Yong (No. K/P: 640309-05-5217) [Mendakwa sebagai pentadbir harta pusaka kepada SIOW KAI XIN (No. K/P: 011216-05-0087) Simati] …Plaintif
1
Mohd Nazri bin Hamzah (No. K/P: 710406-05-5041)
2
Mohd Syafiq bin Hashim (No. K/P: 880724-06-5327)
3
Sincere Five Trading Sdn Bhd (No. Syarikat: 925991-P)
4
Balaj a/l Gunalan (No. K/P: 861204-33-5609)
5
Cheng Yi Enterprise Sdn Bhd … Defendan- (No. Syarikat: 830699-P) Defendan] ALASAN PENGHAKIMAN Pendahuluan [1] Ini adalah rayuan terhadap keputusan Hakim Mahkamah Sesyen bagi satu kemalangan jalan raya pada 29.04.2017. Ia melibatkan motosikal yang ditunggangi oleh Siow Kai Xin (Simati) bernombor pendaftaran BEK 5454 dan kenderaan motokar bernombor pendaftaran NCS 4836 yang dipandu oleh Perayu. [2] Hakim Mahkamah Sesyen telah memutuskan bahawa Perayu bertanggungan 40 % dan simati sumbang cuai 60 %. Hakim Mahkamah Sesyen juga menganugerahkan gantirugi am seperti berikut: Kuantum atas dasar 100 % liabiliti adalah seperti berikut:- a. Gantirugi Am sebanyak RM241,500.00;
i
Gantirugi Am bagi Severe head injury with intracranial hemorrhage and skull fractures with GSC 2 t/15 dibenarkan sebanyak RM140,000.00.
II
(ii) Gantirugi Am bagi Open fracture right midshaft femur with shortening dan Open fracture right tibia and fibula with shortening dibenarkan sebanyak RM67,500.00.
III
(iii) Gantirugi Am bagi Acute kidney injury dibenarkan sebanyak RM8,000.00.
IV
(iv) Gantirugi Am bagi Laparotomy dibenarkan sebanyak RM6,000.00
v
Gantirugi Am bagi Multiple laceration wound sebanyak RM5,000.00.
VI
(vi) Gantirugi Am bagi parut luka dan pembedahan serta komplikasi kulit dibenarkan sebanyak RM15,000.00.
VII
(vii) Gantirugi Am bagi Anterior Cruciate Ligament Grade 3 Laxity (ACL), Lateral Ligament (LCL) on right knee – ditolak.
VIII
(viii) Gantirugi Am bagi Post Traumatic Osteoarthritis of Right Ankle – ditolak.
IX
(ix) Gantirugi Am bagi Pneumonia – ditolak.
x
Gantirugi Am bagi infected Scaral/Pressure Sore – ditolak.
XI
(xi) Tiada penolakkan bagi gantirugi am untuk 'pain and suffering'. b. Gantirugi Khas sebanyak RM33,151.90;
i
Kos rawatan dan penjagaan sebanyak RM10,151.90 (dengan faedah).
II
(ii) Kos kehilangan pendapatan sebenar sebanyak RM18,000.00 (dengan faedah).
III
(iii) Kos perbelanjaan perubatan, farmasi, perkhidmatan ambulans, perjalanan si mati dan keluarga untuk rawatan atau lawatan RM5,000.00 (dengan faedah).
IV
(iv) Kos Laporan Perubatan, Laporan Pakar dan Dokumen Polis diletakkan di bawah kos kausa.
v
Kos Perubatan di Tung Shin Hospital – ditolak.
VI
(vi) Kos Perubatan di Columbia Asia – ditolak.
VII
(vii) Kos Perubatan di UMSC – ditolak.
VIII
(viii) Kos Perubatan di PPUM – ditolak. [3] Secara umumnya Mahkamah yang mendengar rayuan tidak seharus tidak dengan sewenang-wenangnya membuat dapatan yang berbeza kepada dapatan fakta yang telah dibuat oleh hakim bicara. Ini adalah disebabkan hakim bicara mempunyai keistimewaan untuk mendengar keterangan-keterangan saksi-saksi dan melihat tingkah laku saksi-saksi semasa memberi keterangan dan juga dapat memberi penilaian berkenaan dengan kebolehterimaan keterangan-keterangan tersebut. [4] Oleh yang demikian adalah menjadi prinsip undang-undang yang kukuh dan mantap bahawa hakim bicara atau hakim yang mendengar rayuan adalah tidak boleh membuat dapatan yang berbeza dengan hakim bicara berdasarkan kepada alasan tersebut melainkan terdapat keterangan-keterangan di dalam alasan penghakiman ataupun nota keterangan yang menunjukkan bahawa Mahkamah yang membicarakan kes tersebut telah tidak menggunakan kedudukannya sebagai hakim bicara dan keistimewaannya untuk membuat dapatan-dapatan yang konsisten dengan keterangan-keterangan tersebut. Sekiranya didapati bahawa dapatan Hakim Mahkamah Sesyen tersebut adalah bertentangan dengan keterangan-keterangan atau bercanggah dengan prinsip undang-undang maka Mahkamah yang mendengar rayuan berkewajipan untuk membuat dapatan yang berbeza dengan dapatan yang telah dilakukan oleh hakim bicara. [5] Di dalam kes ini adalah didapati bahawa dapatan yang dibuat oleh hakim bicara berkenaan dengan Perayu bertanggungan 40 % terhadap kemalangan jalan raya tersebut adalah berdasarkan kepada apa yang dikategorikan oleh hakim bicara keterangan-keterangan senyap yang diperolehi daripada penelitian kepada gambar rajah kasar dan juga kesan-kesan gurisan dan juga kesan-kesan impak kepada kemalangan tersebut serta gambar-gambar yang telah diteliti oleh hakim bicara. [6] Ini dapat difahami kerana sepanjang keterangan yang diberikan dan penelitian Mahkamah ini kepada nota keterangan tiada sebarang keterangan yang dapat mengesahkan terdapat saksi mata berkenaan dengan kemalangan yang berlaku tersebut. Ini bermakna fakta yang tidak dapat dinafikan adalah terdapatnya kemalangan yang berlaku di simpang tiga yang mana berlaku keadaan kenderaan motosikal yang dikatakan keluar daripada simpang tersebut dan telah berlaku kemalangan tersebut. Terdapat juga dua orang saksi iaitu saksi pembelaan yang dikatakan sedang menjalankan kerja-kerja pembaikan kenderaan yang rosak yang berada di sekitar kawasan kemalangan tersebut. Ini bermakna hakim bicara tidak mempunyai pilihan lain melainkan berdasarkan kepada keterangan-keterangan senyap bagi membuat dapatan yang sewajarnya. Oleh kerana itulah di perenggan [38] alasan penghakiman hakim bicara telah menyatakan bahawa: “[38] Dalam keterangan SP1, SD2 dan SD3, tidak ada tiga segi keselamatan atau apa-apa tanda amaran diletakkan di belakang Lori untuk memberi amaran kepada pengguna jalan raya. Lori ini mempunyai 12 tayar yang panjangnya 40 kaki dan menghantar muatan sawit dari Triang ke Jempol. Manakala Hilux diparkir di hadapan Lori kerana pemandu Hilux mahu memperbaiki kerosakan Lori.” [7] Hakim Mahkamah Sesyen menyatakan keterangan tersebut tidak dapat membuat apa-apa dapatan berkenaan dengan ataupun keterangan yang jelas menunjukkan mereka melihat kemalangan tersebut. Oleh kerana itulah Hakim Mahkamah Sesyen telah membuat dapatan berdasarkan keterangan SP 1 dan juga dibaca bersama dengan keterangan-keterangan senyap yang ada di dalam kemalangan tersebut. Persoalannya ialah adakah dengan hanya berdasarkan kesan kerosakan motosikal dan kereta, gambarajah kasar serta gurisan serta titik pertembungan tersebut sudah memberikan satu kesimpulan yang betul yang dilakukan oleh Hakim Mahkamah Sesyen berkenaan 40 % bertanggungan pihak Perayu dalam kemalangan tersebut. [8] Satu fakta yang tidak dapat dinafikan ialah kenderaan yang dipandu ataupun motosikal tersebut keluar daripada simpang yang menyebabkan kemalangan tersebut. Persoalannya ialah adakah keterangan-keterangan senyap itu dapat menolak hakikat kemalangan tersebut dan disebabkan satu lagi isu yang dibangkitkan adalah berkenaan dengan dakwaan kononnya akibat daripada gurisan-gurisan tersebut ia menunjukkan bahawa pihak Perayu telah memandu dengan keadaan laju. Adakah keterangan-keterangan lain yang dapat ditunjukkan di dalam kes ini. Mahkamah telah meneliti nota keterangan dan juga hujahan-hujahan yang dikemukakan dan yang paling penting adalah alasan yang dikemukakan oleh Hakim Mahkamah Sesyen bagi Mahkamah mencari apakah kesimpulan 40 % bahawa Perayu itu bertanggungan dalam kes ini adalah suatu yang dapat disokong oleh keterangan-keterangan yang dikemukakan. Adalah didapati bahawa keterangan-keterangan yang dikemukakan dan eksibit-eksibit yang dikemukakan, Mahkamah mendapati bahawa Hakim Mahkamah Sesyen yang membicarakan kes ini hanyalah berdasarkan kepada satu kesimpulan yang berdasarkan kepada pandangan beliau terhadap keterangan-keterangan senyap yang dikemukakan di hadapan Mahkamah. Dapatan yang boleh dibuat semasa perbicaraan [9] Dalam hal ini Mahkamah perlu mengambil perhatian bahawa di dalam satu perbicaraan hanya tiga perkara yang dapat dilakukan oleh Mahkamah. Pertama ialah membuat dapatan berdasarkan kepada keterangan langsung (direct evidence) yang dikemukakan sama ada melalui saksi mata atau dokumen-dokumen yang berkaitan. Kedua boleh membuatkan mana-mana anggapan sekiranya terdapat fakta-fakta asas yang telah membolehkan Mahkamah membuat anggapan-anggapan di bawah undang-undang sama ada di bawah Akta Keterangan 1950 ataupun akta-akta lain yang memperuntukkan anggapan boleh dibuat. Ketiga ialah membuat inferens terhadap apa-apa fakta berdasarkan kepada keterangan-keterangan yang dikemukakan. Ini bermakna adalah tidak wajar untuk suatu dapatan dibuat berdasarkan kepada perkara-perkara yang tidak tergolong di dalam tiga perkara tersebut yang mana itu akan menyebabkan dapatan tersebut. [10] Hakim Mahkamah Sesyen telah menolak keterangan saksi Defendan Kedua dan Defendan Ketiga disebabkan keterangan SP 1 adalah lebih probable dari SD 2 dan SD 3. Ini adalah kerana SD 2 dan SD 3 adalah saksi berkepentingan dan memberikan keterangan selepas 6 tahun. Mahkamah mendapati selain daripada alasan tersebut tiada sebarang alasan lain bagi Hakim Mahkamah Sesyen menolak keterangan SD 2 dan SD 3 tersebut. Penelitian kepada nota keterangan berkenaan dengan keterangan SD 2 menunjukkan bahawa dia boleh memperihalkan kemalangan tersebut seperti berikut: P.D 2 & 3 : Pandangan menghadap ke simpang tersebut. Betul? Syafik : Betul. P.D 2 & 3 : Kamu katakan tadi, kamu menghadap ke simpang dan nampak motorsikal yang ditunggang oleh simati dari simpang tersebut. Simpang tersebut berbukit ke? Syafik : Daripada atas itu bukit turun ke bawah. P.D 2 & 3 : Dalam keadaan bagaimana penunggang motorsikal itu turun keluar ke simpang? Syafik : Penunggang motorsikal itu tidak pakai helmet adan turun terus meluru keluar. P.D 2 & 3 : Bila kamu katakan turun terus meluru keluar itu adakah kamu katakan bahawa dia tidak berhenti maksudnya? Syafik : Betul, dia tidak berhenti. P.D 2 & 3 : Bagaimana dengan kelajuan motorsikal tersebut? Syafik : Agak laju sebab itu jalan berbukit. [11] Sewaktu pemeriksaan balas beliau menyatakan seperti berikut: : Tadi encik nyatakan kepada Mahkamah bahawa kamu nampak motorsikal dari kawasan bukit kiri turun sampai simpang terus keluar, tak berhenti. Betul? Syafik : Betul. : Menunggang tanpa memakai helmet. Betul? Syafik : Betul. : Adakah encik nampak bagaimana perlanggaran berlaku? Syafik : Perlanggaran saya tak nampak, cuma dengar bunyi sahaja. [12] Setelah meneliti keterangan SP 1, kedudukan kenderaan selepas kemalangan, kesan serpihan kaca, kesan kerosakan motosikal dan kereta Hakim Mahkamah Sesyen mendapat di para [28] dan [29] seperti berikut: [28] Kesimpulannya, Kereta SD1 telah melanggar si mati dalam kedudukan menyerong kerana si mati masih dalam perjalanan masuk ke laluan A2-A3 selepas keluar simpang. Hentaman berlaku di atas garisan berkembar laluan A2-A3-A4 kerana kesan serpihan ada di sekitar A2-A3-A4 dan tiada di laluan A-A1-A2. Semasa perlanggaran, si mati berada dalam laluannya yang sah. [29] Defendan Pertama menyatakan telah memandu dalam had laju yang ditetapkan. Tetapi Mahkamah berpendapat, dengan melihat kesan kerosakan pada kenderaan dan gurisan di atas jalanraya, kereta telah dipandu dengan laju. Jika Defendan Pertama memandu dengan mengikut had laju yang ditetapkan dan berhati-hati ketika menghampiri simpang, pasti ia akan dapat memperlahankan kenderaannya dan tidak melanggar si mati. Oleh itu Mahkamah membuat kesimpulan bahawa Defendan Pertama telah cuai kerana gagal memperlahankan keretanya ketika menghampiri simpang dan melanggar si mati yang sedang dalam laluannya yang sah. Dalam hal ini, Defendan Pertama adalah bertanggungan liabiliti kerana menyebabkan perlanggaran ini. [13] Mahkamah ini juga mendapati bahawa Hakim Mahkamah Sesyen berpendapat bahawa simati mempunyai sumbang cuai sebanyak 60 %. Ia adalah disebabkan Hakim Mahkamah Sesyen mendapati gambar P4A dilihat bersama-sama dengan keterangan SP 1, SD 2 dan SD 3 adalah selari dengan fakta bahawa simati telah gagal berhenti di muka simpang sebelum melintas ke kanan. Hakim Mahkamah Sesyen berpendapat bahawa jika motosikal berhenti dulu di muka simpang dan melihat ke kanan sebelum keluar ke laluan A2 ke A3 simati pasti boleh melihat Defendan Pertama yang datang dari arah kanan. Disebabkan simati gagal berhenti di muka simpang menurut Hakim Mahkamah Sesyen dan keluar secara terburu-buru, simati telah menyebabkan kereta tidak dapat mengelak dan melanggarnya. Setelah meneliti keterangan tersebut Hakim Mahkamah Sesyen memutuskan mengenai liabiliti seperti berikut: [42] Berdasarkan alasan di atas, Mahkamah mendapati pembahagian liabiliti adalah sebanyak 40 % terhadap Defendan Pertama dan 60 % terhadap si mati, manakala tiada liabiliti terhadap Defendan Kedua hingga Defendan Keempat. [14] Dalam kes ini Mahkamah mendapati apa yang menarik ialah Hakim Mahkamah Sesyen pada mulanya telah menolak keterangan SD 2 dan SD 3 dan berdasarkan kepada keterangan SP 1 dalam menentukan versi kemalangan seperti yang dinyatakan di perenggan [20] alasan penghakiman. Sebaliknya Hakim Mahkamah Sesyen pula dalam konteks menentukan sumbang cuai simati telah mengambil kira keterangan SD 2 dan SD 3. Mahkamah berpendapat ia adalah sesuatu kekhilafan yang perlu diteliti oleh Mahkamah. Adalah tidak dapat dinafikan bahawa keterangan SD 2 dan SD 3 telah diteliti bersama-sama dengan keterangan SP 1 dan keterangan-keterangan senyap iaitu gambar rajah kasar, kesan kedudukan kenderaan selepas kemalangan dan kerosakan kenderaan. Namun demikan Hakim Mahkamah Sesyen masih mengambil kira keterangan SD 2 dan SD 3 yang ditolak sebelum ini. Ini menyebabkan penentuan sumbang cuai 60 % oleh simati adalah berdasarkan kepada keterangan-keterangan yang bukannya daripada saksi mata. Ia hanyalah berdasarkan kepada keterangan-keterangan yang dikatakan sebagai keterangan senyap. Ini menunjukkan bahawa penelitian keterangan SP 1 oleh Hakim Mahkamah Sesyen bagi menentukan versi kemalangan dalam kes ini telah disanggah oleh Hakim Mahkamah Sesyen sendiri dalam alasan penghakimannya. [15] Oleh itu Mahkamah berpendapat bahawa dapatan berkenaan dengan sumbang cuai simati dengan hanya berdasarkan kepada keterangan-keterangan saksi yang telah ditolak oleh Hakim Mahkamah Sesyen sebelum ini bersama-sama dengan keterangan senyap yang lain tidak dapat menolak hakikat bahawa sumbang cuai simati tidak diputuskan berdasarkan keterangan saksi-saksi mata. Jika keterangan SP 1 diterima oleh Hakim Mahkamah Sesyen jelas menunjukkan bahawa SP 1 dalam keterangannya menyatakan seperti berikut berkenaan dengan kemalangan ini: Soalan : Dari siasatan sarjan, pihak manakah yang bertanggungjawab ke atas kemalangan ini? Jawapan : Saya dapati perlanggaran antara motorkar No. NCS 4836 dan motosikal No. BEK 5454 berpunca besar dari motorkar No. NCS 4836. Namun, dari siasatan saya motorlori No. CDJ 9123 dan motorpikap Hilux No. WA 9123 E juga menyumbang terhadap kemalangan ini apabila motorlori diletakkan sepenuhnya di lorong A – A1 tanpa sebarang kon keselamatan atau amaran terutamanya sekali apabila kedudukannya betul-betul di akhir selekoh tajam dan menghalang laluan utama secara tiba-tiba. Dan motorpikap Hilux diletakkan di lorong kiri di muka simpang dan menghalang pandangan pangguna jalan raya yang ingin keluar dari simpang terutama sekali apabila jalan utama adalah suatu selekoh yang tajam. [16] Mahkamah ini mendapati bahawa Hakim Mahkamah Sesyen dalam dapatannya telah tidak mengaitkan Defendan-Defendan lain berkenaan dengan sumbang cuai sedangkan SP 1 menyatakan sedemikian. [17] Oleh itu Mahkamah ini berpendapat bahawa dapatan Hakim Mahkamah Sesyen bahawa simati mempunyai sumbang cuai 60 % tidak disokong oleh keterangan saksi-saksi dan dapatan Hakim Mahkamah Sesyen berkenaan perkara tersebut adalah berdasarkan kepada penelitian kepada keterangan saksi-saksi yang telah ditolak oleh Hakim Mahkamah Sesyen sebelum ini. Dapatan tersebut pada hemat Mahkamah ini adalah sukar untuk dipertahankan sebaliknya Mahkamah ini berpendapat keterangan-keterangan yang ada menunjukkan bahawa simati adalah bertanggungan 100 % dalam kemalangan ini. [18] Mahkamah ini berpendapat berdasarkan keterangan yang diteliti melalui nota keterangan dan Rekod Rayuan yang dikemukakan di hadapan Mahkamah ini, Mahkamah berpendapat bahawa dapatan Hakim Mahkamah Sesyen bahawa simati mempunyai sumbang cuai 60 % adalah diketepikan dan dapatan Perayu bertanggungan 40 % juga adalah diketepikan. Ini bermakna bahawa simati pada hemat Mahkamah mempunyai 100 % bertanggungan liabiliti dalam kemalangan ini. Kuantum [19] Isu berkenaan dengan kuantum, Mahkamah ini telah meneliti alasan penghakiman dan otoriti-otoriti yang dikemukakan serta laporan-laporan yang dinyatakan dalam Rekod Rayuan dalam kes CB-12B-9- 10/2023 serta alasan Mahkamah ini dalam kes tersebut dan berpendapat tiada alasan untuk Mahkamah mengganggu dapatan berkenaan dengan kuantum yang diberikan oleh Hakim Mahkamah Sesyen. Akhirnya, Mahkamah ini berpendapat perintah Hakim Mahkamah Sesyen berkenaan kuantum dalam kes ini adalah disahkan. Bertarikh: 12 hb. September 2024 (ROSLAN BIN MAT NOR) HAKIM MAHKAMAH TINGGI MALAYA TEMERLOH, PAHANG DARUL MAKMUR PIHAK-PIHAK: Bagi Pihak Perayu Ahmad Naqiuddin bin Ramli Tetuan Gan Ho & Razlan Hadri Mont Kiara, Kuala Lumpur Bagi Pihak Responden Pertama Preetha Navar dan Hasyin Kaur Gill Tetuan Omar Gill Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan Bagi Pihak Responden Kedua dan Responden Ketiga Ili Sara binti Abdul Rahman Tetuan Shan & Su Kuantan, Pahang Darul Makmur Bagi Pihak Responden Keempat dan Responden Kelima Melvin Kong Tetuan M Ravendran & Associates Ampang, Selangor Darul Ehsan
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.