Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN JENAYAH (2) ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH NO KES: KA-61R-2-O1/2022 DI ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN MOHD NAZULI BIN MOHD NAZARI (NO. POLIS: RF 179170)
KA-61R-2-01/2022
Sessions Court of Malaysia3 Dec 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“decision made by HCJ 1 and to continue with the case of the accused, as if she, as a trial judge, had ordered for the accused to enter on his defence to the two amended charges under s. 17(a) of the MACC Act. When doing so, the SCJ is duty bound to hear the evidence adduced by the accused and his witnesses in order to”
“(ii) offence under s. 17(a) of the Malaysian Anti-Corruption Commission Act 2009, the prosecution is required to prove:”
“kamah merujuk kepada kes Zaidi Dali v. PP & Other Appeals [2026] 2 CLJ 144, Hakim Mahkamah Tinggi telah memutuskan seperti berikut: “Elements Of The Charges Under Section 17(a) And Section 16(a)(B) Of The MACC Act 2009 [13] The elements of charges for the respective offence are as follows:”
“yang melapurkan kecurian telefon bimbit **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 17 sebagai penyelesaian kes. Dalam kes Mah Kok Cheong v. R [1953] MLJ 46, YA Spencer Wilkinson J, di mukasurat 47 menjelaskan bahawa: “… in ordinary criminal cases… all discussion as”
“ve rise to the inference that it was solicited corruptly. "Corrupt" means "doing an act knowing that the act done is wrong, doing so with evil feelings and evil intentions." (see Lim Kheng Kooi v Reg [1957] MLJ 199); "purposely doing an act which the law forbids" (see R v Smith [1960] 1 All ER 256). **Note : Serial num”
“rtisans of the complainant or are in any way inimical to the accused, then their testimony is tainted and requires corroboration if to be acted upon. [23] The same learned judge in Lim Boon San v. PP [1967] CLJU 86; [1967] 1 MLRH 597; [1968] 2 MLJ 45 held that where a witness may be regarded as having a purpose of his”
“probabilities that the fact as alleged in the charge does not exist. This is the trite and settled principle of law laid down by the Privy Council in the seminal case of Public Prosecutor v. Yuvaraj [1968] CLJU 116; [1968] 1 LNS 116; [1969] 2 MLJ 89. Lord Diplock there lucidly stated: In their lordships' opinion the ge”
“d witness with a grudge against the appellant and had a purpose of her own to serve. In our judgment her evidence must be treated with caution and requires corroboration. [22] In Liow Siow Long v. PP [1969] CLJU 98; [1969] 1 MLRH 577; [1970] 1 MLJ 40, Raja Azlan Shah J (as His Highness then was) had this to say (at p 4”
“document via eFILING portal 21 adduced in the trial in its entirety against the accused. As support, reference is made to the decision of the COA in the case of PP v. Sanin Othman [2011] 1 CLJ 626; [2010] MLJU 1283, where it was decided that: When defence is directed to be called by an appeal court the trial judge must”
“rgantung kepada keterangan terus atau anggapan statutori sebelum OKT dipanggil membela diri. Mahkamah ini berpandukan kepada penghakiman Mahkamah Rayuan dalam kes Ahrjun Chandran lawan Pendakwa Raya [2022] CLJU 1883; [2022] 1 LNS 1883 yang menyatakan- "Isu kegagalan Hakim Bicara menyatakan secara specifik sama ada mili”
“akai anggapan di bawah seksyen 50(1) Akta SPRM 2009 atau menggunakan anggapan terus. Mahkamah telah memutuskan bahawa Mahkamah bergantung kepada keterangan terus. Di dalam kes Hanisham Din lwn. PP, [2023] CLJU 666, Mahkamah Tinggi telah memutuskan seperti berikut: “Mahkamah ini bergantung kepada nas-nas duluan yang men”
“be considered to be reasonably true on a balance of probabilities" is the heavier burden which the law places upon an accused once the presumption comes into effect, as was held in Rex v. Carr Briant [1943] KB 607 referred with approval in Public Prosecutor v. Yuvaraj (supra)". Oleh yang demikian, berdasarkan kes di at”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN JENAYAH (2) ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH NO KES: KA-61R-2-O1/2022 DI ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN MOHD NAZULI BIN MOHD NAZARI (NO. POLIS: RF 179170)
1
Orang kena tuduh (selepas ini dirujuk sebagai OKT) telah dituduh oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seperti berikut: “Bahawa kamu, pada 03 Disember 2019, jam lebih kurang 4.27 petang, bertempat di kenderaan model Perodua Axia warna hitam bernombor pendaftaran PMW 7041 di Parking kereta di Unit Inspektorat Pejabat Kesihatan Daerah Baling di dalam Daerah Baling, dalam Negeri Kedah, sebagai seorang ejen Kerajaan Malaysia iaitu Sarjan Polis Diraja Malaysia yang bertugas di Bahagian Detektif, Ibu Pejabat Polis Daerah Baling dalam Negeri Kedah telah secara rasuah memperoleh suatu suapan untuk diri kamu, iaitu wang tunai berjumlah RM 2,500.00 daripada Mohammad Fauzi Bin Ahmad Masri (No Kad Pengenalan: 881102-26-5011) sebagai suatu dorongan untuk kamu bagi tidak melakukan perbuatan berhubungan dengan hal ehwal prinsipal kamu, iaitu tidak mengambil tindakan ke atas Mohammad Fauzi Bin Ahmad Masri yang disyaki mencuri dua buah telefon bimbit di kedai telefon CNO Natural di Pekan Baling. Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) Akta yang sama.” Hukuman: Hukuman yang diperuntukkan di bawah seksyen 24(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (selepas ini disebut sebagai Akta SPRM 2009) adalah pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang, atau sepuluh ribu ringgit, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
2
OKT telah diwakili oleh seorang peguam dan telah minta dibicarakan. Pihak Pendakwaan telah memanggil seramai lapan (8) orang saksi. Kes telah dibicarakan oleh Hakim lain dengan keterangan SP1 dan SP2. Apabila saya diarahkan untuk sambung bicara kes ini, saya telah mendengar keterangan SP3 sehingga selesai kes.
3
Pada akhir kes Pendakwaan, OKT telah dipanggil untuk membela diri. OKT telah memberi keterangan dan pada akhir kes Pembelaan, Mahkamah telah mendapati pihak Pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah ke atas kes Pendakwaan dan Pihak Pendakwaan telah berjaya untuk membuktikan kes melampui keraguan munasabah terhadap OKT.
4
OKT didapati bersalah dan disabit dengan kesalahan dan dihukum seperti berikut: “OKT dipenjara dua (2) tahun dari tarikh hukuman dan didenda RM20,000/- tidak bayar dua (2) bulan penjara.”
5
OKT tidak berpuashati dengan perintah tersebut dan kini merayu terhadap keseluruhan keputusan tersebut. Pihak Pendakwaan juga telah memfailkan notis rayuan terhadap hukuman.
6
Atas permohonan pihak pembelaan, Mahkamah telah membenarkan membenarkan penggantungan pelaksanaan hukuman penjara sehingga rayuan di Mahkamah Tinggi selesai dibicarakan. Jaminan sebanyak RM8,000/- dikekalkan. Penggantungan hukuman denda tidak dibenarkan.
7
Saksi-saksi pihak Pendakwaan adalah seperti berikut: SP1 ASP Mohd Yazid Pegawai Penjawatan SP2 En. Akmal Arif Pegawai Tangkapan SPRM SP3 Puan Asmawati Penguasa SPRM SP4 En. Mohd Azizul Hakim Pegawai Penyita SPRM SP5 En. Mohamad Fauzi Saksi/Pengadu SP6 En. Azrul Pegawai Rekod SPRM SP7 DSP Toh Eng San Ketua Bahagian Jenayah IPD Baling
8
OKT merupakan seorang pegawai polis berpangkat Sarjan dan telah bertugas di Ibu Pejabat Daerah Baling, Kedah (selepas ini disebut sebagai IPD Baling) pada tahun 2019. Beliau bertugas sebagai Penolong Pegawai Penyiasat Jenayah pada ketika itu. Kes pihak Pendakwaan adalah bahawa OKT telah menjadi Pegawai Penyiasat bagi kes kecurian dua (2) buah telefon bimbit. Pengadu yang bekerja di kedai telefon CNO Natural di Baling, Kedah telah melapurkan kes kecurian tersebut yang telah berlaku pada 27/11/2019 (Eksibit P28). SP5 merupakan salah seorang suspek di dalam kes kecurian tersebut.
9
Menurut SP5, penawaran telah berlaku diantara beliau dan OKT untuk menyelesaikan kes ini. Jumlah yang diminta oleh OKT pada mulanya adalah RM4,000/- dan pada 3/12/2019, OKT telah bersetuju untuk menerima RM2,500/- daripada SP5 untuk tidak diambil tindakan oleh pihak polis berkenaan kes kecurian telefon bimbit. Perbualan telefon diantara SP5 dan OKT telah dirakam. CD rakaman perbualan (Eksibit P20) dan transkripsi perbualan tersebut (Eksibit P26 dan P27) telah dikemukakan oleh pihak Pendakwaan.
10
SP5 telah diberikan wang sebanyak RM2,500/- yang bertanda (Eksibit P18) oleh pihak SPRM. Pada 3/12/2019, di perkarangan Pejabat Kesihatan Daerah Baling, semasa OKT berada di dalam keretanya, SP5 telah pergi ke bahagian pemandu. OKT telah menurunkan tingkap dan SP5 telah meletakkan duit RM2,500/- tersebut di atas beg Gucci OKT yang berada di atas pehanya. Selepas itu, OKT telah mengajak SP5 untuk pergi minum tetapi SP5 menolak dengan alasan ada hal lain untuk diuruskan.
11
SP5 kemudian telah menelefon seorang pegawai SPRM cawangan Sungai Petani bernama Nik Adzim untuk memberitahu bahawa beliau telah memberikan wang tersebut kepada OKT. Seorang pegawai SPRM telah memberitahu SP5 untuk menunggu di dalam kenderaannya dan SP5 melihat beberapa pegawai SPRM menghampiri kereta OKT dan menahannya.
12
Pada akhir kes Pendakwaan, Mahkamah memutuskan bahawa pihak Pendakwaan telah berjaya untuk membuktikan kes prima facie terhadap OKT. OKT telah dipanggil untuk membela diri di atas tuduhan terhadapnya.
13
Kes Pembelaan OKT telah memberi keterangan secara bersumpah berhubung siasatan kes kecurian telefon bimbit di kedai CNO Natural, Baling, yang dilaporkan pada 27/11/2019. Ketika itu, OKT bertugas sebagai Penolong Pegawai Penyiasat di IPD Baling dan telah menjalankan siasatan awal terhadap suspek utama, Fazrul Afzan, sebelum mengenal pasti dua lagi individu yang terlibat iaitu Afiq dan Pak Ngah (SP5).
14
Pada 30/11/2019, Afiq hadir ke IPD Baling dan hasil siasatan mendapati beliau terlibat dalam kes kecurian tersebut. Afiq turut menyatakan bahawa SP5 merupakan dalang utama kejadian. Berdasarkan maklumat itu, Afiq telah ditangkap pada hari yang sama. SP5 kemudiannya hadir ke balai polis dan disoal siasat, namun beliau menafikan sebarang penglibatan.
15
OKT memaklumkan kepada SP5 bahawa siasatan akan diteruskan memandangkan terdapat keterangan yang mengaitkan beliau dengan kes tersebut. SP5 telah merayu agar kes diselesaikan tanpa melibatkan pendakwaan dan menyatakan kesediaan untuk menggantikan atau membayar nilai telefon bimbit yang hilang. OKT menegaskan bahawa beliau tidak pernah meminta atau bersetuju menerima sebarang imbuhan dan tidak mempunyai kuasa mutlak untuk menyelesaikan kes tanpa arahan pegawai atasan.
16
Siasatan diteruskan bagi melengkapkan kertas siasatan untuk dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya. OKT masih berpendapat SP5 terlibat dan telah beberapa kali cuba menghubungi SP5 untuk rakaman percakapan, namun tidak mendapat kerjasama. SP5 kemudiannya berulang kali menyatakan hasrat untuk menyelesaikan kes dengan pembayaran ganti rugi kepada pengadu yang melapurkan kecurian telefon bimbit.
17
Pada hari kejadian di perkarangan Pejabat Kesihatan Daerah Baling, SP5 secara tiba-tiba telah mencampakkan satu ikatan wang ke dalam kereta OKT tanpa arahan atau persetujuan OKT. OKT terkejut dengan tindakan tersebut dan cuba mendapatkan penjelasan, namun pihak SPRM telah tiba dan membuat serbuan. OKT menegaskan bahawa beliau tidak pernah mengarahkan, meminta atau menerima wang tersebut dan tidak berniat untuk menerima sebarang imbuhan.
18
Isu dan Pendapat (Findings of Fact) Mahkamah telah merujuk kepada keseluruhan nota keterangan bagi kes ini dan juga kepada rakaman prosiding di dalam Mahkamah bagi melihat dan mendengar keterangan saksi-saksi Pendakwaan yang tidak memberi keterangan di hadapan saya sebelum saya membuat keputusan bagi kes ini.
19
Peruntukan seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 menyatakan seperti berikut: Kesalahan memberi atau menerima suapan oleh ejen.
17
Seseorang melakukan kesalahan jika – a. sebagai seorang ejen, dia secara rasuah menyetuju terima atau memperoleh, atau bersetuju untuk menyetuju terima atau cuba untuk memperoleh, daripada mana-mana orang, untuk dirinya sendiri atau mana-mana orang lain, apa-apa suapan sebagai suatu dorongan atau upah bagi melakukan atau tidak melakukan, atau kerana telah melakukan atau tidak melakukan, apa-apa perbuatan berhubungan dengan hal ehwal atau perniagaan prinsipalnya, atau kerana memberikan atau tidak memberikan sokongan atau tentangan kepada mana-mana orang berhubungan dengan hal ehwal atau perniagaan prinsipalnya; atau b. …. Mahkamah merujuk kepada kes Zaidi Dali v. PP & Other Appeals [2026] 2 CLJ 144, Hakim Mahkamah Tinggi telah memutuskan seperti berikut: “Elements Of The Charges Under Section 17(a) And Section 16(a)(B) Of The MACC Act 2009 [13] The elements of charges for the respective offence are as follows:
i
……….
II
(ii) offence under s. 17(a) of the Malaysian Anti-Corruption Commission Act 2009, the prosecution is required to prove:
a
that the accused received gratification in the sum of RM7,000 from the said Nga Chee Jiek (PW3);
b
that the receipt of the said gratification was corrupt in nature; and
c
that the gratification was received as an inducement to ensure that no inspection or raid would be carried out on the entertainment premises concerned.” Oleh yang demikian, di dalam kes ini, elemen-elemen yang perlu dibuktikan oleh pihak Pendakwaan adalah bahawa: a. OKT adalah ejen kepada Polis Diraja Malaysia, IPD Baling; b. OKT telah memperoleh suapan daripada SP5 sebanyak RM2500/- pada 3/12/2019; c. Suapan tersebut diperolehi secara rasuah; dan d. Suapan tersebut adalah sebagai suatu dorongan atau upah bagi OKT untuk tidak mengambil tindakan ke atas Mohammad Fauzi (SP5) yang disyaki mencuri 2 buah telefon bimbit.
20
Perkataan ‘ejen’ diberikan penafsiran seperti berikut di bawah seksyen 3 Akta SPRM 2009:
3
Tafsiran Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain – “ejen” ertinya mana-mana orang yang diambil kerja oleh atau bertindak bagi seorang lain, dan termasuklah pegawai badan awam atau yang berkhidmat dalam atau di bawah mana-mana badan awam, pemegang amanah, pentadbir atau wasi pusaka seseorang yang sudah mati, subkontraktor, dan mana-mana orang yang diambil kerja oleh atau yang bertindak bagi pemegang amanah, pentadbir atau wasi, atau subkontraktor itu; Melalui keterangan SP1, Pihak Pendakwaan telah membuktikan bahawa OKT adalah seorang ejen kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). OKT seorang penjawat awam, memegang jawatan sebagai seorang pegawai polis berpangkat Sarjan di IPD Baling pada tarikh sepertimana di dalam pertuduhan. Perakuan Tentang Kedudukan atau Jawatan yang dipegang oleh Sjn Nazuli bin Mohd Nazari (OKT) bertarikh 8/6/2021 (Eksibit P2) dan Salinan Buku Rekod Perkhidmatan (Eksibit ID3) juga telah dikemukakan oleh SP1. Isu ini juga tidak dipertikaikan oleh pihak pembelaan. SP7 yang merupakan Ketua Bahagian Jenayah IPD Baling juga telah mengesahkan tugas-tugas OKT sebagai seorang Sarjan.
21
Salah satu erti suapan seperti yang ditafsirkan di dalam seksyen 3 Akta SPRM 2009 adalah ‘wang’. SP4 di dalam keterangannya menyatakan SP4 telah menyerahkan wang bertanda berjumlah RM2500/- (Eksibit P18) kepada SP5. Pada masa dan di tempat kejadian, selepas SP5 memberitahu kepada SP4 bahawa wang tersebut telah diserahkan kepada OKT, SP4 bersama-sama SP2 telah terus membuat tangkapan terhadap OKT. SP4 juga menjelaskan bahawa semasa tangkapan, wang tersebut diserahkan sendiri oleh OKT menggunakan tangan kanannya kepada SP4. Daripada keterangan saksi-saksi pihak Pendakwaan, Mahkamah berpendapat bahawa pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen kedua pertuduhan iaitu bahawa pada 3/12/2019, OKT telah memperoleh suapan sebanyak RM2500/- daripada SP5.
22
Suatu kertas siasatan berkenaan kecurian dua (2) buah telefon bimbit di Kedai CNO Natural di Baling, Kedah telah dibuka di IPD Baling dan SP5 adalah salah seorang suspek di dalam kes tersebut. SP5 disiasat di bawah seksyen 380 Kanun Keseksaan dimana jika disabitkan, hukuman penjara adalah mandotori. Mahkamah telah meneliti keterangan SP5 dimana beliau telah menjelaskan secara terperinci kronologi kejadian yang berlaku diantara beliau dan OKT. SP5 telah memberitahu beberapa kali bahawa dia tidak tahu tentang kes kehilangan telefon bimbit dan dia tidak mencuri telefon tersebut malah dia tidak tahu siapa yang mencuri telefon tersebut. SP5 turut menyatakan bahawa beliau ingin membuat lapuran polis berkenaan dengan penglibatan beliau dalam kes tersebut namun beliau dihalang oleh OKT daripada membuat lapuran polis tersebut. Daripada keterangan yang dikemukakan oleh pihak Pendakwaan, Mahkamah berpendapat elemen (iii) dan (iv) telah dibuktikan dimana suapan yang diterima oleh OKT telah diperolehi secara rasuah dan suapan tersebut adalah sebagai suatu dorongan bagi OKT untuk tidak mengambil tindakan keatas SP5 yang disyaki mencuri dua buah telefon bimbit. Di dalam kes PP v. Datuk Haji Harun Bin Haji Idris (No 2) [1977] 1 MLJ 15 yang telah menyatakan: “(3) That the circumstances in which gratification was solicited give rise to the inference that it was solicited corruptly. "Corrupt" means "doing an act knowing that the act done is wrong, doing so with evil feelings and evil intentions." (see Lim Kheng Kooi v Reg [1957] MLJ 199); "purposely doing an act which the law forbids" (see R v Smith [1960] 1 All ER 256). "Corrupt" is a question of intention. If the circumstances show that what a person has done or has omitted to do was moved by an evil intention or a guilty mind, then he is liable under the section. Thus, if the accused used his position to solicit gratification with a guilty mind, he is caught within the ambit of the section. The real point is whether there is soliciting a political donation with a corrupt intention.”
23
Semasa OKT dipanggil untuk membela diri, pihak pembelaan mengemukakan pertanyaan kepada Mahkamah samada Mahkamah menggunapakai anggapan di bawah seksyen 50(1) Akta SPRM 2009 atau menggunakan anggapan terus. Mahkamah telah memutuskan bahawa Mahkamah bergantung kepada keterangan terus. Di dalam kes Hanisham Din lwn. PP, [2023] CLJU 666, Mahkamah Tinggi telah memutuskan seperti berikut: “Mahkamah ini bergantung kepada nas-nas duluan yang menyentuh isu ini dan diputuskan bahawa di akhir kes pendakwaan Hakim bicara mempunyai kewajipan untuk memutuskan sama ada bergantung kepada keterangan terus atau anggapan statutori sebelum OKT dipanggil membela diri. Mahkamah ini berpandukan kepada penghakiman Mahkamah Rayuan dalam kes Ahrjun Chandran lawan Pendakwa Raya [2022] CLJU 1883; [2022] 1 LNS 1883 yang menyatakan- "Isu kegagalan Hakim Bicara menyatakan secara specifik sama ada milikan dibuktikan melalui keterangan langsung atau melalui pemakaian anggapan dibawah seksyen 37(d) ADB 1952 [41] Berhubung isu ini, kegagalan menyatakan secara spesifik di akhir kes pendakwaan, sama ada pihak pendakwaan telah membuktikan elemen milikan melalui keterangan yang ada atau berdasarkan pemakaian anggapan milikan di bawah seksyen 37(d) ADB 1952 telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan, memprejudiskan pihak pembelaan. Ini adalah kerana tertuduh semasa pembelaannya, tidakpasti sama ada perlu mengakas anggapan di bawah seksyen 37(d) tersebut pada imbangan kebarangkalian atau hanya perlu menimbulkan keraguan yang munasabah pada kes pendakwaan jika tiada pemakaian anggapan dibuat. Ini melibatkan beban yang berbeza kepada pihak tertuduh. [42] Apa yang penting di sini adalah Hakim Bicara perlu jelas dalam memutuskan isu milikan dadah tersebut agar membolehkan perayu mengemukakan pembelaan yang sempurna demi keadilan semua pihak. Walaupun kes Ahrjun Chandran di atas (supra) melibatkan kes pengedaran dadah, tetapi prinsip yang harus diterima pakai oleh Mahkamah bicara di akhir kes pendakwaan iaitu Hakim bicara mempunyai kewajipan untuk memutuskan sama ada bergantung kepada keterangan terus atau anggapan statutori sebelum OKT dipanggil untuk membela diri. Mahkamah ini juga merujuk keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Seyedalireza Seyedhedayatollah Ehteshamiardestani v. PP [2014] 4 CLJ 406, mendapati Hakim bicara tidak membuat penemuan yang jelas semasa memanggil perayu membela diri atas tuduhan mengedar dadah. Lanjutan daripada itu, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa Hakim bicara perlu membuat keputusan yang jelas mengenai anggapan yang disandarkan kerana perlu ada kepastian terhadap anggapan yang diguna pakai sebelum pembelaan dipanggil.” Di dalam kes Noordin Sadakathullah & Ors lwn. PP [2019] 1 CLJ 748, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa:- "[24]... The words "unless the contrary is proved" appearing in s. of Act 694 requires the appellants to show on the balance of probabilities that the fact as alleged in the charge does not exist. This is the trite and settled principle of law laid down by the Privy Council in the seminal case of Public Prosecutor v. Yuvaraj [1968] CLJU 116; [1968] 1 LNS 116; [1969] 2 MLJ 89. Lord Diplock there lucidly stated: In their lordships' opinion the general rule applies in such a case and it is sufficient if the court considers that upon the evidence before it, it is more likely than not that the fact does not exist. The test is the same as that applied in civil proceedings: the balance of probabilities. This is a heavier burden than the ordinary burden of proof upon an accused on the defence being called. The Supreme Court in the case of Akin Khan v. Public Prosecutor [1987] CLJ (Rep) 40; [1987] 1 CLJ 348; [1987] 2 MLJ 217 on this point held: The next limb ie, "it could be considered to be reasonably true on a balance of probabilities" is the heavier burden which the law places upon an accused once the presumption comes into effect, as was held in Rex v. Carr Briant [1943] KB 607 referred with approval in Public Prosecutor v. Yuvaraj (supra)". Oleh yang demikian, berdasarkan kes di atas, Mahkamah berpendapat bahawa beban dan tugas OKT di akhir kes pembelaan adalah OKT hanya perlu menimbulkan keraguan munasabah dan bukannya perlu mengakas anggapan diatas imbangan kebarangkalian.
24
OKT telah memberi keterangan bahawa beliau tidak berniat menerima wang, hadir ke tempat kejadian semata-mata untuk memastikan keseriusan SP5, dan memahami bahawa kuasa penyelesaian terletak pada Timbalan Pendakwa Raya. Walau bagaimanapun, tindakan sebenar OKT bercanggah dengan keterangan tersebut, apabila beliau menjangkakan SP5 membawa wang RM2,500/- berjumpa SP5 di luar balai secara sulit, tidak memaklumkan Ketua Jabatan, tidak menghubungi pengadu yang melapurkan kecurian telefon bimbit dan membenarkan wang berada di dalam kawalannya. Percanggahan ini bukan bersifat remeh tetapi menyentuh teras niat dan integriti tindakan seorang pegawai penyiasat. Walaupun OKT mendakwa wang tersebut bertujuan untuk penyelesaian dengan pengadu yang melapurkan kecurian telefon bimbit, OKT tidak dapat menunjukkan apa-apa persetujuan bertulis atau rekod komunikasi dengan pengadu tersebut. Isu ini juga tidak dirujuk kepada Ketua Jabatan beliau.
25
Mahkamah merujuk kepada rekod perbualan telefon di antara OKT dan SP5 (Eksibit P26 dan Eksibit P27). OKT mengesahkan rekod-rekod ini dan apabila ditanya tentang pengetahuan OKT berkenaan RM2500/-, OKT menafikan sekeras-kerasnya yang dia tidak tahu tentang kewujudan RM2500/-. Walaubagaimanapun, di dalam Eksibit P26, para 20 hingga 22 jelas menyebut: para 20- La ni ada berapa dekat hang? para 21- La ni ada dua ribu setengah (2500) para 22- Oo...tak boleh la macam tu . Mahkamah berpendapat OKT mengetahui bahawa duit tersebut adalah untuk dorongan bagi tidak mengambil tindakan ke atas SP5 yang disyaki mencuri dua buah telefon bimbit di kedai telefon CNO Natural di Pekan Baling. Pada tahap pemeriksaan balas, OKT tidak dapat menjelaskan kenapa ada RM2500/- dalan rekod perbualan beliau dengan SP5. Q: Setuju dengan saya bahawa kamu tahu tentang duit RM2500/- ini sebelum berjumpa dengan SP5 lagi? A: Tidak setuju. Q: Jadi boleh jelaskan kenapa ada RM2500/- dalam rekod perbualan kamu? (3 kali soalan sama diminta ulang) A: Saya tiada jawapan.
26
Di dalam kes Mahadzir bin Yusof & Anor v. PP [2011] 1 MLJ 297, Mahkamah menyatakan: “It is settled law that the duty of accused person at the defence's case is merely to cast a reasonable doubt on the prosecution's case”. Dalam kes yang dibicarakan ini, Mahkamah mendapati keterangan OKT adalah satu penafian semata-mata dan ‘bare denial.’ Pihak pembelaan tidak dapat membuktikan bahawa wang tersebut adalah bertujuan untuk diberikan kepada pengadu yang melapurkan kecurian telefon bimbit sebagai penyelesaian kes. Dalam kes Mah Kok Cheong v. R [1953] MLJ 46, YA Spencer Wilkinson J, di mukasurat 47 menjelaskan bahawa: “… in ordinary criminal cases… all discussion as what might reasonably be true or what is consistent with innocence are both irrelevant and misleading. Almost every defence put forward by an accused is consistent with innocence or it would not be put forward; nor would it be a very good defence if it could not reasonably be true. But whatever may be the defence to a criminal charge the sole question which a subordinate court has to ask itself at the conclusion of the trial is - Does the defence raise a reasonable doubt as to the truth of the prosecution case or as to the accused’s guilt? I say ‘the sole question’ advisedly because in this country the accused will not have been called on for a defence at all unless the prosecution have first proved a case”. Mahkamah telah meneliti keterangan OKT dan mendapati keterangannya langsung tidak dapat dipercayai dan pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah keatas kes pihak Pendakwaan.
27
Di dalam kes Zaidi Dali (supra), Hakim Mahkamah Tinggi telah memutuskan seperti berikut: “ [45] Further, this court also finds the failure to mention the demand by the first appellant at the earliest opportunity, coupled with the absence of corroborative testimony or contemporaneous documentation, undermines the complainant's credibility. The prosecution argues that the omission does not affect the veracity of the complainant's testimony in court. However, in view of the decisions in Magendran Mohan v. PP [2011] 1 CLJ 805; [2012] 5 MLRA 333; [2011] 6 MLJ 1 and Ramli Sutu v. PP [1998] 5 CLJ 671; [1998] 3 MLRH 31, this court is reminded that the testimony of a trap witness, particularly one who is partisan or has a personal interest, must be approached with caution and cannot stand on its own in the absence of independent corroboration. In Magendran Mohan (supra), His Lordship Alauddin Mohd Sheriff PCA stated: [21] It is clear to us that from her testimony she was an interested witness with a grudge against the appellant and had a purpose of her own to serve. In our judgment her evidence must be treated with caution and requires corroboration. [22] In Liow Siow Long v. PP [1969] CLJU 98; [1969] 1 MLRH 577; [1970] 1 MLJ 40, Raja Azlan Shah J (as His Highness then was) had this to say (at p 41) in respect of interested witnesses: Testimony of close relations is not tainted if it is otherwise reliable in the sense that the witnesses and competent witnesses who were at the scene of the occurrence and could have seen what had happened. But if it is proved that they are not entirely disinterested witnesses eg, they are either partisans of the complainant or are in any way inimical to the accused, then their testimony is tainted and requires corroboration if to be acted upon. [23] The same learned judge in Lim Boon San v. PP [1967] CLJU 86; [1967] 1 MLRH 597; [1968] 2 MLJ 45 held that where a witness may be regarded as having a purpose of his own to serve, the judge must direct his mind on the danger of convicting on the uncorroborated evidence of such witness. In the instant appeal before us we find that PW5 was undoubtedly hostile towards the appellant and we regret to say that there was no corroboration of such evidence by either PW8 (sister) or PW11 (mother). If we may add, the evidence of PW5, PW8 and PW11 were most inconsistent with one another. With the greatest of respect to the High Court Judge and the judges of the COA we must say that they have failed to direct their minds on this point and for this reason we rule that there was a serious misdirection by way of non-direction which had occasioned a miscarriage of justice [46] In Ramli Sutu (supra) 671 at held no. 2 it states: [2] PW1 was a trap witness. A trap witness is an interested party and his evidence must be corroborated. A trap witness also cannot corroborate another trap witness. The learned Sessions Court Judge had failed to adequately warn herself of the danger of convicting on the uncorroborated evidence of a trap witness and this was a misdirection. Mahkamah telah memberi amaran kepada diri sendiri tentang bahaya mensabitkan OKT bagi kesalahan ini atas keterangan SP5 yang merupakan saksi perangkap tanpa apa-apa keterangan sokongan lain. Di dalam kes ini, Mahkamah mendapati bahawa pihak Pendakwaan telah mengemukakan keterangan sokongan bagi saksi perangkap (SP5) melalui rakaman perbualan telefon diantara OKT dan SP5 (Eksibit P20) dan transkripsi perbualan (Eksibit P26 dan P27).
28
Pada akhir kes pembelaan, Mahkamah perlu menimbangkan semua keterangan yang telah dikemukakan di hadapannya dan perlu memutuskan samada Pihak Pendakwaan berjaya membuktikan kes Pendakwaan pada tahap keraguan munasabah. Ini seperti yang dikatakan di dalam Seksyen 182A Kanun Tatacara Jenayah: At the conclusion of the trial, the court shall consider all the evidence adduced before it and shall decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt. If the court finds that the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt, the court shall find the accused guilty and he may be convicted on it. If the court finds that the prosecution has not proved its case beyond reasonable doubt, the court shall record an order of acquittal. Kes Balachandran v. PP [2005] 2 MLJ 301, Mahkamah Persekutuan dirujuk. Mahkamah juga merujuk kepada kes PP v. Sabudin Mohd Salleh [2024] 9 CLJ 79 di mana Hakim Mahkamah Tinggi telah memutuskan seperti berikut: “Duty Of The SCJ [16] Henceforward, the duty of the SCJ is to lawfully comply with the decision made by HCJ 1 and to continue with the case of the accused, as if she, as a trial judge, had ordered for the accused to enter on his defence to the two amended charges under s. 17(a) of the MACC Act. When doing so, the SCJ is duty bound to hear the evidence adduced by the accused and his witnesses in order to support his defence. In the present case, the accused had opted to testify as a witness, thus allowing himself to be cross-examined by the DPP, appearing for the prosecution on the explanation and defence raised by the accused as well as that of the witnesses called by him to support his defence. Evidentially, it cannot be gainsaid that their evidence rendered during examination-in-chief, as well as cross-examination and re-examination have to be categorically considered by the SCJ. The SCJ does not have the option to pick and choose which of the evidence she wishes to consider. [17] This is fortified by s. 173(m)(i) of the CPC, where at the conclusion of the trial, the SCJ shall consider all the evidence adduced before her and shall decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt. All the evidence does not only include evidence adduced during the case of defence but also that adduced at the stage of the case of prosecution, and for her to assess, evaluate and test it against the evidence tendered during the case of defence. That would be maximum evaluation of the evidence adduced in the trial in its entirety against the accused. As support, reference is made to the decision of the COA in the case of PP v. Sanin Othman [2011] 1 CLJ 626; [2010] MLJU 1283, where it was decided that: When defence is directed to be called by an appeal court the trial judge must accept that a prima facie case has been proven. It is as if the defence was called by the learned judge himself (Saad Abbas & Anor v. PP [1998] 4 CLJ 575). Only after he has gauged the total evidence adduced, inclusive of all the evidence adduced at the prosecution's stage, and tested as against the defence evidence may the fate of the accused person be decided by the court. In short there will be a maximum evaluation of the whole evidence at the close of the defence.” Setelah mempertimbangkan semua keterangan yang telah dikemukakan, Mahkamah berpendapat bahawa pihak Pendakwaan telah buktikan segala elemen dibawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2019 dan telah berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah. Oleh itu Mahkamah telah sabitkan OKT dengan kesalahan seperti pertuduhan.
29
Seterusnya untuk menentukan hukuman tersebut, prinsip-prinsip berkaitan dengan menjatuhkan hukuman harus dilihat. Mahkamah Agung dalam kes Mohd Abdullah Ang Swee Kang lwn. Pendakwa Raya (1987) 2 CLJ 405 di mukasurat 410 ke arah maksud ini telah menetapkan prinsip-prinsip berikut:- a) Graviti kesalahan tersebut. Sekiranya tiada hukuman setimpal dijatuhkan, ianya akan berulang; b) Cara kesalahan dilakukan; c) Kehadiran faktor-faktor mitigasi; dan d) Bandingan hukuman dalam kes-kes yang telah diputuskan untuk kesalahan yang sama.
30
Kes ini melibatkan seorang pegawai polis yang telah mengambil kesempatan terhadap seorang suspek dengan mencari keuntungan dengan menyalahi undang-undang. Sebagai seorang pegawai polis, beliau seharusnya menegakkan keadilan dan menunjukkan teladan yang baik kepada masyarakat. Seorang pegawai polis perlu menjadi lambang kejujuran dan tanggungjawab. Tindakan OKT telah mencemarkan imej dan nama baik PDRM.
31
Di dalam kes Public Prosecutor lwn. Amir Hamzah bin Amir Mydin (2003) 3 AMR 626 di muka surat 635, YA Hakim Mahkamah Tinggi berkata: “Dalam memilih hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukan, perkara yang utama yang saya perlu pertimbangkan adalah soal kepentingan awam dan penekanan utama adalah melunaskan kepentingan awam (lihat R v Ball Cr App R 164). Sebarang hukuman yang dijatuhkan mestilah dineracai dengan membuat imbangan antara keperluan kepentingan awam dan kehendak seseorang pesalah. Undang-undang jenayah ditegakkan bertujuan bukan sahaja untuk menghukum pesalah yang melanggar ketetapan undang-undang tetapi juga berhasrat untuk menghalang pelanggaran undang-undang dari terus berlaku. Mudah-mudahan masyarakat secara amnya tidak tergerak hati melakukan kesalahan yang sama atau apa jua kesalahan lain setelah memikirkan natijah yang bakal diterima akibat pelanggaran sedemikian.” Oleh yang demikian, hukuman berbentuk pencegahan atau ‘deterence’ adalah merupakan asas utama yang digunakan dalam menjatuhkan hukuman bagi kes ini.
32
Peguambela telah mengemukakan rayuan memohon satu hukuman penjara dan hukuman denda yang paling minimum. Peguambela menyatakan bahawa mengikut fakta kes, OKT tidak mendapat apa-apa keuntungan atau ‘benefit’ daripada wang berjumlah RM2,500/- kerana ia merupakan wang yang dirampas. OKT menanggung keluarga dan berumur 39 tahun. OKT digantung kerja sepanjang perbicaraan. OKT menanggung tiga (3) orang anak yang masing-masing berumur 11, 4 dan 3 tahun. OKT juga menjaga kedua ibubapa beliau yang tinggal bersama-sama beliau yang berumur 73 tahun. OKT kini bertanggungjawab menjaga ketiga-tiga anak beliau seorang diri kerana isteri beliau bekerja sebagai seorang Jururawat di Arab Saudi. Peguambela menyatakan bahawa mengikut rekod, ini merupakan kesalahan pertama bagi OKT dan beliau telah memberikan kerjasama kepada pihak SPRM sepanjang kes ini. Kehilangan kerja merupakan satu perkara yang amat besar selain daripada pemenjaraan. Oleh yang demikian, peguambela memohon untuk satu hukuman penjara yang minimum dan hukuman denda yang minimum dikenakan terhadap OKT. .
33
Mahkamah telah mengambil kira semua faktor seperti yang dibincangkan sebelum mengenakan hukuman Berdasarkan alasan seperti yang dikemukakan di atas, Mahkamah berpendapat bahawa prinsip pencegahan, kepentingan awam dan pengajaran menjadi pertimbangan dalam menjatuhkan hukuman. Hukuman yang dijatuhkan adalah wajar serta bersesuaian dengan fakta kes ini apabila dipertimbangkan secara keseluruhan. Bertarikh 27 Januari 2026 (PRISCILLA HEMAMALINI NADARAJAN) (Hakim Mahkamah Sesyen) (Mahkamah Sesyen 2) (Alor Setar) (Kedah) Timbalan Pendakwa Raya: Tn Ahmad Fariz bin Abdul Hamid Peguam bagi pihak OKT: En. Mohamad Hafiz bin Jalaludin, En. Muhamad Syahrul Nizam bin Mohd Rabi dan En. Izzat Fakhri bin Halimi Tetuan Alif, Hafiz & Partners
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.