- Court
- Sessions Court of Malaysia
- Decision date
- 14 Feb 2025
- Case number
- CA-A51NCvC-37-11/2021
- Coram
- Puan Maimoonah Binti Aid
- Practice area
- Gantirugi harga lembu-lembu yang mati semasa dalam tahanan sebanyak 9 ekor -Ditolak Alasan- Lembu-lembu tersebut dilupuskan kerana penyakit FMD dengan perintah Mahkamah yang masih sah. Mahkamah : Pemulangan wang jaminan sebanyak RM4,500.00 (para 21 penyata tuntutan -Dibenarkan RM4,500.00 Alasan- Tiada bantahan di pihak defendan Mahkamah : Gantirugi seekor anak lembu di atas dasar kehilangan pendapatan masa hadapan nilai jualan seekor lembu RM2,850.00 Alasan- Jumlah adalah munasabah Mahkamah : Perbelanjaan dan kos bagi sewaan lori-lori yang ditahan daripada 19.4.2019-9.5.2019 Ditolak Alasan- Lori-lori ditahan di bawah peruntukan undang-undang dan terdapat perintah Mahkamah yang masih sah. Mahkamah : Perbelanjaan dan kos akibat lembu-lembu yang dipulangkan yang tidak dapat dijual kerana menjadi kurus atas dasar perbelanjaan untuk makanan lembu-lembu tersebut RM200.00 seekor x 26 ekor=RM5,200.00 Dibenarkan RM5,200.00 Alasan- Jumlah yang munasabah Mahkamah : Kos perlantikan peguambela bagi perbicaraan jenayah Ditolak Alasan- Bersetuju dengan hujahan defendan Walaupun fakta kes ini dan kes jenayah adalah sama, namun terdapat perbezaan dapat dilihat dari aspek tuduhan dalam kes tersebut dan tuntutan dalam kes ini. Mahkamah ini juga tidak dikemukakan alasan penghakiman Majistret yang berkenaan. Mahkamah : Kos mengambil semula lembu-lembu dan lori-lori yang dipulangkan Ditolak Alasan- Bersetuju dengan hujahan defendan. Kos ini timbul dari penahanan-penahanan yang sah dari segi undang-undang dan wujud perintah Mahkamah yang masih sah. Mahkamah : Gantirugi teladan Ditolak Alasan- Bersetuju dengan hujahan defendan. Penahanan-penahanan yang sah dari segi undang-undang dan wujud perintah Mahkamah yang masih sah
- Version
- Alasan Penghakiman 1
- Published
- 10 Mar 2025
- Source ID
- bf7069ef-7d5d-4015-bb32-a55e9fa21e0f