Dia menyatakan semasa simati masuk ke Sel A10, Tertuduh tidak tahu simati menghidap “penyakit bronkitis, kuman di paru-paru dan buah pinggang tidak berfungsi dengan baik”. Menurut Tertuduh, simati kelihatan seperti ada sakit mental. Dari mula dia ditempatkan 10 di Sel A10, simati telah mula cirit-birit dan telah membuang air besar dalam sel tersebut yang digunakan oleh penghuni untuk tidur (di atas lantai) dan bersolat. Keterangan SP10 adalah: Soalan saya, selain daripada basuh bilik ramai-ramai. Ramai-ramai itu 15 adalah orang yang ada dalam sel, betul? Adakah yang ada di dalam sel ambil apa-apa tindakan atas lelaki Cina itu? Ada, dia orang pukul. Dia orang pukul “kenapa you tak boleh berak dekat tandas”. 20 Ada pukul? Ya, “kenapa you tak boleh berak dekat tandas” dan bagi tahu dia orang dah alihkan dia duduk dekat depan tandas. [Inaudible] pergi tandas. … 25 Boleh ingat lebih kurang berapa orang pukul dia? Ramai juga. Ramai? Termasuk saya sekali. Saya tak tipu. Saya pun ada pukul dia juga. 30 Lempang dan ketuk dia punya kepala tapi ramailah. Saya rasa dia orang cakap “bukannya manusia. Syaitan”. [40] Dalam keterangannya, Tertuduh menafikan memijak simati dan sebaliknya telah mengaitkan SP3 dan Nadarajah juga dalam 35 S/N mcYDbwlqPEqTwL8ZxxsKTw kejadian simati dipukul di tandas tersebut. Nama-nama penghuni lain yang telah memukul simati dia tidak ingat. Berikut adalah keterangan tersebut: Adakah kamu pijak badan lelaki Cina itu? Adakah kamu pijak dia? Tak. 5 Adakah kamu pijak muka atau dada lelaki Cina itu? Tidak. Kamu hanya tampar dan ketuk kepala juga, betul? 10 Ada seorang saksi bernama Perumal yang telah beri keterangan di Mahkamah. Kamu kenal? Yang hari itu ada datang ke Mahkamah memberi keterangan. 15 Saksi mata. Dia pun ada pukul. Itu pasal kenapa pula dia ok sahaja. Mahkamah Sekejap. Jadi, ada Perumal dalam sel masa itu? 20 Ada, dia pukul lagi teruk. Dia jumpa saya dia kata “you mengaku kami akan tolong”. Saya pun mengaku. Saya orang terakhir dalam statement. “You kena tanggung sendiri satu orang. Kenapa saya tanggung satu orang”. Saya tak boleh nak buat apa pun. “You buat apa-apa you buatlah”. 25 … Nama dia bukan Perumal. Paraman Paramaseva. … Mahkamah 30 Kamu kata dia pukul juga? Ya, kami 1 bilik 5 orang. 2 Melayu, 2 India dan 1 Cina. Kelima-lima ini dituduh memukul. Itu penjara punya statement tapi saya kena seorang. … 35 Mahkamah Tapi kamu seorang sahaja yang kena tuduh? Ya. Kalau Cina itu mungkin kalau ada boleh bagi nama. Dia boleh. India ini memang pukul. 40 S/N mcYDbwlqPEqTwL8ZxxsKTw Mahkamah Tadi kamu kata yang Cina apa? Dia boleh cakap tapi tak tahulah sebab saya tak jumpa dia. Dah lama tak nampak pun. Kalau nampak saya boleh… 5 Mahkamah Kamu kata yang Cina ini pun dia boleh cerita apa yang berlaku? 10 … Ada seorang bernama Nadarajah di dalam sel itu? Nadarajah, ada. 15 Apa peranan dia? Dia pun ada buat apa-apa? Pukul juga. Pukul juga? 20 Dia pukul macam mana? Macam kami. Pukul ramai-ramai. Beramai-ramai dia pun pukul sekali? 25 Ya, tapi masa pegawai besar datang dia orang panggil kami “dia sekarang tengah koma. Siapa ada pukul?” Saya angkatlah tangan. Saya orang pertama. Mungkin sebab itu saya seorang kena kot pasal itu. 30 … Di dalam kes kita, adakah kamu ada niat untuk cedera lelaki Cina itu sampai beliau mengalami kecederaan teruk dan meninggal dunia? Tidak, saya… 35 Ada atau tak ada? Tiada. Saya tak boleh control. Saya kena makan ubat. Tak boleh control. … Boleh pakai sebab malam itu semua macam dah kena rasuk. Saya 40 pun sendiri tak boleh control diri saya. Memang ada pukul. Teruk juga. Saya mengaku. S/N mcYDbwlqPEqTwL8ZxxsKTw Sila jawab soalan saya. Control control bukan soalan saya. Soalan saya ada niat ke tak ada niat? Saya terlampau geram sangat. Saya pukul. Ada niat untuk bunuh dia ke tidak? 5 Niat tak ada. Ya? Niat bunuh itu tak ada. 10 [41] Semasa pemeriksaan balas oleh TPR, Tertuduh telah ditanya: Kamu nampak ke 4 lagi orang itu yang pukul? Saya yang jelas lepas itu saya nampak Nadarajah dengan Paraman 15 sahaja yang jelas pakai selipar dekat muka. Daripada siang dia orang pukul malam pun dia orang pukul lagi. Saya dengar duk, duk, duk. … Lepas itu, saya cadangkan pada kamu, kamu boleh kata tak setuju atau 20 setuju atau pun tak nak jawab pun boleh. Saya cadangkan Apek Cina itu, Chua Teng Wooi itu sebab sentiasa buang air besar berak merata-rata tempat maka kamu sangat marah pada Apek Cina itu, setuju atau pun tidak? Saya marahlah sebab dia berak, kita pijak tahi dia. Saya marah. Siapa 25 tak marah. Kalau kita sendiri terpijak tahi orang pun “you tak ada otak ke pergi tandas berak” itu macam cakap. … Masih ingat pengawai penjara yang tanya itu? Pernah tak ada beberapa 30 pegawai penjara datang jadi saksi, kan? Ada tak salah seorangnya itu yang you ada angkat tangan kamu mengaku itu? Ingat ke tak ingat atau pun tak pasti? Kami cakap dia ini jatuh bilik air. Lepas itu, pegawai tanya dengan dia, dia sendiri mengaku jatuh bilik air juga. Siap koyak. Tak mungkin ada 35 senjata, pisau. Ini betul-betul mozek. Tengok pun mozek. Bilik air dia pun memang mengerikan. Siap luka kaki dia. … Saya cadangkan kamu ada niat untuk cederakan Apek Cina itu 40 Chua Teng Wooi, setuju atau pun tidak? S/N mcYDbwlqPEqTwL8ZxxsKTw Saya tak ada niat mencederakan sebab time itu saya rasa tak tahulah. Saya ada memukulnya tapi saya tak adalah hendak… Saya bukan kata bunuh. Saya sekarang bukan kata niat untuk bunuh tetapi niat untuk cederakan dia. Niat untuk pukul dia. 5 Niat cederakan tidak dan niat untuk membunuh pun tidak. Peguambela Yang Arif, his clearly said niat cedera pun tidak dan niat membunuh pun tak ada. 10 Saya mengajar. Saya hendak mengajar dialah. Bila berak di bilik air itulah. … Saya tanya kamu seorang sahaja. Kamu sendiri sangat marah dengan 15 tindakan… Saya demi Allah tak marah tetapi kalau fikirkan saya seorang di sini contoh ada seorang di sebelah saya ini kena perkara yang sama sudah tentu marah. Mana tak marah. Sifat manusia. 20 Kamu tak marah tindakan… Marah. Sifat manusia. Saya cadangkan sebab kamu marah dengan tindakan Apek Cina, Chua Teng Wooi itu yang berak merata tempat maka kamu telah memijak 25 muka dan dada dia sebanyak 6-7 kali, setuju atau pun tidak? Yang memijak ini semua bukan saya. AIR India inilah. [42] Tertuduh menjelaskan bahawa “Air” bermaksud “kumpulan”. Bagi menyokong dakwaan Tertuduh bahawa versinya adalah keterangan 30 yang benar, pihak pembelaan telah memasukkan rakaman percakapan s.112 Kanun Tatacara Jenayah bertarikh 4.9.2019 yang direkod oleh SP9 (ditandakan sebagai D1) dan sambungan percakapan tersebut diambil oleh SP10 pada 12.9.2019 (ditandakan sebagai D2). 35 [43] Rakaman percakapan D1 yang diambil pada 4.9.2019 disalin semula di sini untuk kemudahan rujukan seperti berikut: S/N mcYDbwlqPEqTwL8ZxxsKTw “PADA 29/8/2019 JAM LEBIH KURANG 10MALAM, MASING-MASING BISING DENGAN MENYATAKAN BAU NAJIS. PADA WAKTU ITU SAYA SEDANG BERBARING. SAYA SUDAH MENGAGAK BAHAWA CINA YANG SAYA PANGGIL APEK ITU BERAK MERATA. SAYA TELAH BANGUN, SAYA PERGI KEPADA APEK ITU, SAYA PUKUL SEDIKIT BAHAGIAN KEPALANYA (LUKU) DAN MENAMPAR 5 MUKANYA. SAYA KEMUDIAN TELAH DUDUK DI TEMPAT SAYA SEMULA. SAYA KEMUDIAN MELIHAT RAMAI LAGI YANG MEMUKUL KEPALA CINA ITU. ORANG LAIN TELAH MEMBUKA BAJU DAN MELONDEHKAN SELUARNYA DAN LETAKKAN CINA ITU DI DALAM TANDAS. YANG LAIN KEMUDIANNYA TELAH MEMBASUH SEMULA BILIK. MASING-MASING HENDAK TIDUR PADA KETIKA 10 ITU. TIBA-TIBA SAYA LEBIH KURANG JAM 10.20 MALAM SEMADA HENDAK TIDUR. SAYA TELAH TERDENGAR SEPERTI SESUATU TERJATUH, BUNYI PADA WAKTU ITU AGAK KUAT SEHINGGA ORANG LAIN TERJAGA. SAYA BANGUN DAN 15 MELIHAT DI DALAM TANDAS, SAYA TELAH TERNAMPAK CINA ITU TERSEMBAM DI LANTAI DAN KAKINYA TERMASUK DI DALAM TANDAS. SAYA MEMINTA TOLONG TETAPI TIADA SIAPA YANG MENGENDAHKANNYA. SAYA KEJUT ORANG LAIN TETAPI TIADA BANGUN. SAYA TELAH MEMUKUL KEPALA ORANG LAIN KERANA TIDAK MEMBANTU SAYA. 20 KEMUDIAN, ANGGOTA BERTUGAS PADA MALAM ITU TELAH DATANG DAN MENYULUH MUKA CINA ITU DAN DAPATI TELAH LUKA KOYAKKAN PADA KENINGNYA. PADA WAKTU ITU ANGGOTA TERSEBUT TELAH DATANG DAN MEMBERIKAN UВАТ КЕРADA CINA ITU. 25 ... S: ADAKAH DIA ADA MENGADU SAKIT ATAU MEMEGANG MANA-MANA ANGGOTANYA? J: TIADA. DIA TIADA MEMEGANG DAN MENGADU SAKIT. 30 S: ADAKAH KEADAAN CHUA PADA WAKTU ITU? J: DIA JALAN BIASA SEPERTI NORMAL TETAPI PERLAHAN. MAKAN DAN MINUMNYA JUGA NORMAL. S: ADAKAH KAMU DALAM SEL ITU ADA TIDAK BERPUAS HATI DENGAN CHUA ? 35 J: YA, RAMAI YANG LUKU DAN LEMPANG CHUA ITU KERANA DIA SERING BERAK MERATA DAN TIDAK JAGA KEBERSIHAN.”. [44] Rakaman percakapan ini dimasukkan untuk menyokong versi pembelaan bahawa pada masa material ramai penghuni yang tidak 40 puas hati dengan simati dan telah bertindak memukulnya. Dokumen ini disediakan 4 hari selepas kejadian dan boleh dikatakan suatu contemporaneous document. Walaupun peguambela Tertuduh tidak mencabar SP3 bahawa dia turut sama memukul simati, Mahkamah mendapati pembelaan ini bukanlah suatu fikiran 45 S/N mcYDbwlqPEqTwL8ZxxsKTw kemudian (afterthought) kerana telah lama diberitahu oleh Tertuduh kepada SP10 bahawa bukan dia seorang sahaja yang memukul simati. Cuma Tertuduh tidak dapat menamakan mereka yang lain kerana menurutnya dalam penjara dia dan penghuni lain adalah seperti abang dan adik dan tidak memanggil nama sebenar. Oleh 5 itu, Mahkamah telah melihat secara keseluruhan keterangan SP3 dan bukan in isolation lalu dibandingkan dengan keterangan Tertuduh serta mendapati keterangannya boleh dipercayai untuk menyangkal kes pendakwaan akan penglibatannya seorang sahaja. 10 [45] Semasa hujahan di akhir kes pendakwaan, TPR telah membangkitkan isu bahawa peguambela Tertuduh mungkin akan menghujahkan SP3 merupakan saksi yang juga terlibat untuk menyebabkan kecederaan kepada si mati. Namun, pihak pendakwaan berhujah bahawa SP3 tidak mempunyai apa-apa niat 15 jahat terhadap Tertuduh sehingga akan membuat cerita untuk mengenakan Tertuduh dalam kes ini. Selanjutnya, pihak pendakwaan juga menghujahkan segala cadangan peguambela bahawa SP3 turut terlibat dalam kejadian memukul tersebut telah tidak dipersetujui oleh SP3 maka ia kekal sebagai cadangan sahaja: 20 PP v Chia Leong Foo [2000] 4 CLJ 649, 670. Tetapi apabila Mahkamah membandingkan keterangan SP3 dengan keterangan Tertuduh, terdapat 2 inference berbeza yang mana ia memihak kepada pembelaan. Semasa kes pendakwaan, SP3 tidak dicabar bahawa dia juga antara 5 orang yang telah memukul simati. Namun 25 setelah mendengar keterangan Tertuduh dan dia mengekalkan jawapannya semasa disoal balas oleh TPR, Mahkamah mendapat gambaran yang lebih jelas mengenai kejadian malam itu dan penglibatan SP3 dan Nadarajah yang turut sama memukul simati. S/N mcYDbwlqPEqTwL8ZxxsKTw [46] Tetapi cadangan pihak pendakwaan bahawa SP3 tiada niat jahat terhadap Tertuduh tidak selaras dengan keterangan Tertuduh yang telah memberitahu Mahkamah yang dia telah dijadikan kambing hitam untuk bertanggungjawab atas kematian simati sedangkan penghuni lain yang turut sama terlibat mendatangkan bencana 5 tubuh terhadap simati terlepas daripada pertuduhan ini. Tiada rebuttal evidence dipanggil oleh pihak pendakwaan untuk menepis dakwaan ini sedangkan Pegawai Penjara yang berkenaan boleh disapina jika ada permohonan kerana Mahkamah ini sememangnya mahu mencari kebenaran dalam memastikan pihak yang bersalah 10 mendapat balasannya dan keadilan untuk pihak simati. Setelah mendengar keterangan bersumpah Tertuduh, Mahkamah mendapati adalah tidak munasabah hanya Tertuduh seorang sahaja yang merasa marah terhadap simati, dan inference yang timbul adalah bahawa memang ramai yang marah kepada simati, 15 termasuk SP3 dan Nadarajah juga, apabila dalam tempoh 1 hari dia telah membuang air besar sekurang-kurangnya 3 kali di ruang dalam Sel A10 dan bukan di tandas seperti yang sepatutnya. [47] Beban pembuktian di pihak pembelaan hanyalah untuk 20 menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan: PP v. Mohamed Noor bin Jantan [1979] 2 MLJ 289; Mohamad Radhi B Yaakob v PP [1991] 3 MLJ 169. [48] Dalam kes Ali Tan Bin Abdullah v PP [2013] 2 MLJ 676, 25 Mahkamah memutuskan: “[25] Indeed, mere denial or presenting a bare story of innocence, such as in the circumstances of the present case, cannot amount to reasonable doubt. The court's acceptance of the explanation offered by an accused person must be based upon reason and common sense, and cannot be illogical 30 S/N mcYDbwlqPEqTwL8ZxxsKTw or irrational. The existence of reasonable doubt is dependent upon the totality of the evidence and on an examination of all the evidence in a fair and reasonable manner and not in isolation. [Penekanan diberikan] 5 [49] Keraguan munasabah adalah bergantung kepada keseluruhan keterangan dan penelitiannya secara adil dan munasabah. Mahkamah ini berasa agak ralat kerana dalam begitu ramai penghuni Sel A10, hanya seorang sahaja saksi mata dapat dikesan dan dipanggil untuk membantu Mahkamah untuk mencari 10 kebenaran. Ini adalah suatu kelemahan dalam siasatan. Dengan adanya keterangan bersumpah Tertuduh mengenai peranan SP3 dan Nadarajah, terdapat keraguan sama ada SP3 dan Nadarajah langsung tidak terlibat dalam kejadian memukul dan memijak simati pada malam tersebut. Dalam kes Bunya Jalong v PP [2015] 5 CLJ 15 893 Mahkamah memutuskan: “[9] The duty of the investigators is to investigate the facts and to collect all the evidence. The police as investigators are public officers. Their concern must be to investigate the facts without fear or favour, so that 20 all wrongdoers may be brought to justice. …A completed investigation is one that includes investigation of the defences that emerged from the investigation… Such investigation may eliminate the gaps or weaknesses, and provide substance to be tested against the defences when raised. This is important as it ensures that if charges are to be 25 preferred, there are no gaps or weak links in the prosecution case in the way of a successful prosecution.”. [Penekanan diberikan] [50] Mahkamah merujuk kes PP v. Mohd Radzi Bin Abu Bakar [2005] 30 6 MLJ 393 yang membincangkan isu prima facie dan sekiranya pembelaan dipanggil, bagaimana mahkamah bawah perlu menangani pembelaan yang dibangkitkan, iaitu dengan S/N mcYDbwlqPEqTwL8ZxxsKTw menggunakan prinsip undang-undang yang telah mantap dalam kes Mat v PP [1963] 1 MLJ 263. Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa: “In this connection, counsel for the appellant had referred to us the case of PP v Saimin & Ors [1971] 2 MLJ 16 where Sharma J held that the 5 falsity of the defence does not relieve the prosecution from proving the prosecution’s case beyond reasonable doubt. We are of the view that whenever a criminal case is decided on the basis of the truth of the prosecution’s case as against the falsity of the defence story, a trial judge must in accordance with the principle laid down in Mat v PP [1963] 1 MLJ 10 263 go one step further before convicting the accused by giving due consideration as to why the defence story, though could not be believed, did not raise a reasonable doubt in the prosecution case. Thus, even though a judge does not accept or believe the accused’s explanation, the accused must not be convicted until the court is 15 satisfied for sufficient reason that such explanation does not cast a reasonable doubt in the prosecution case. To satisfy this test it is not so much the words used by the judge, but rather the actual application of the test to the facts of the case that matters. In this case, we found that the learned trial judge offered practically no 20 reason why the defence, notwithstanding its falsity and unconvincing nature, had failed to cast reasonable doubt in the prosecution case, other than to state by way of lip service the duty placed by the law on the defence to earn an acquittal.” [Penekanan diberikan] 25 [51] Mengambil kira prinsip di dalam kes tersebut, Mahkamah telah meneliti keterangan kes pembelaan dan dibandingkan semula dengan kes pendakwaan dan mendapati terdapat aspek-aspek kedua-dua kes yang saling menyokong antara satu sama lain. Perspektif yang timbul dalam kes pembelaan apabila dikaji semula, 30 adalah isu niat. Niat yang membezakan antara s.302 dan s.304 KK. [52] Apabila kita melihat demeanour Tertuduh semasa memberi keterangan, ia disokong fakta yang tidak dipertikaikan bahawa Tertuduh ini telah memberikan percakapannya dari awal kepada 35 S/N mcYDbwlqPEqTwL8ZxxsKTw polis bahawa simati terjatuh dalam bilik air dan fakta ini juga telah dinyatakan beberapa kali melalui keterangan saksi lain. Cuma SP3 sahaja yang mengatakan Teruduh memijak muka dan dada simati. Tetapi keterangan SP3 ini didapati self-serving statement apabila dinilai semula kerana dia cuba “menjauhkan” dirinya (distance) dari 5 apa-apa yang berkaitan simati. Sehingga dalam pemeriksaan balas barulah dia mengaku dia juga ada mengangkat simati. [53] Melihat perlakuan Tertuduh semasa memberi keterangan, Mahkamah ini mendapati bahawa dia bukanlah seorang yang 10 bersifat kejam. Dia juga tahu buruk dan baik sesuatu perkara/tindakannya. Kenyataan Tertuduh tidak dicabar bahawa dia membangunkan penghuni yang lain untuk menolong simati yang jatuh dalam tandas, dia juga mengangkat simati dan juga tidak dicabar keterangan Tertuduh bahawa orang lain juga ada memukul 15 simati. Pada tahap ini OKT telah berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah bahawa dia tidak berniat untuk membunuh simati tetapi dia marah dengan perbuatan simati yang membuang air besar merata-rata dan dia kata “hendak mengajar sahaja”. Mahkamah mendapati Tertuduh adalah saksi yang kompeten dan 20 bercakap benar dalam keterangannya, walaupun ada kalanya dia bercakap sehingga sukar hendak berhenti dan memberikan jawapan yang tidak diminta. Tertuduh boleh menceritakan kepada Mahkamah apa yang berlaku pada malam tersebut dan jujur mengaku bahawa dia juga ada memukul simati kerana marah akibat 25 perbuatan simati yang membuang air besar di merata-rata tempat dalam Sel A10 dan tidak mendengar nasihatnya supaya duduk berhampiran tandas dan menggunakan tandas jika hendak membuang air besar. S/N mcYDbwlqPEqTwL8ZxxsKTw [54] Mahkamah merujuk kepada kes Ganapathy a/l Rengasamy v PP [1998] 2 MLJ 577 yang menyatakan: “It needs to be remembered that however weak a defence may be, trial judges being judges of both fact and law should not just brush aside the defence on the basis that the prosecution witnesses are to be believed and 5 not the defence. Where the law casts the onus of giving an explanation upon an accused person, and the explanation is given, which is consistent with innocence, the court is duty bound to consider whether it might reasonably be true, although not convinced of its truth. On the issue of the court’s duty to consider the defence, the age-old decision 10 in Mat v. PP [1963] MLJ 263 is still good law as it was then. This is followed by the Supreme Court in Mohamad Radhi bin Yaakob v. PP [1991] 3 MLJ 169”. [Penekanan ditambah] [55] Mahkamah mendapati adalah tidak selamat untuk mensabitkan 15 Tertuduh seorang sahaja dengan perbuatan memukul dan memijak simati berdasarkan keseluruhan keterangan di hadapan Mahkamah ini. Mahkamah mendapati semestinya ramai yang marah kerana tempat solat dan tidur mereka telah dicemari dengan najis di ruang yang sangat sempit itu. Tertuduh juga memberitahu Mahkamah 20 akan tekanan perasaan tahanan si sel tersebut sedangkan pihak penjara tidak mengambil apa-apa tindakan untuk memindahkan simati ke tempat lain seperti bilik sakit setelah aduan dibuat tentang keadaan kesihatannya. Adalah jawapan yang munasabah apabila Tertuduh menjawab dia berasa marah dengan perbuatan simati 25 kerana sifat manusia memang begitu. [56] Seperkara lagi, dengan keterangan Tertuduh, Mahkamah berpuas hati bahawa elemen niat tidak dapat dibuktikan melampaui keraguan munasabah kerana dalam Ilustrasi di bawah s.300 Kanun 30 Keseksaan, salah satunya menyatakan: S/N mcYDbwlqPEqTwL8ZxxsKTw “ILLUSTRATIONS … .