Content
JA-43(A)-1-01/2026 Kand. 16 09/07/2026 16:42:15 DI MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM SEMAKAN JENAYAH NO: JA-43(A)-1-01/2026 MOHD NOOR AAZLY BIN YAHYA LAWAN PENDAKWA RAYA ALASAN PENGHAKIMAN Pengenalan
/akn/my/judgment/high-court/2026/6eba7320-9e34-45d2-b37f-5fca633abae6
High Court of Malaysia10 Feb 2026JA-43(A)-1-01/2026
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“man adalah: "We would observe that the power of revision is to be exercised in accordance with the law for the time being in force relating to criminal procedure. In the present case that law is the Criminal Procedure Code. We would also observe that the object of the revisionary powers provided for in the Code is— "..”
“38. PP v Syed Abdul Bahari Shahabuddin [1975] CLJU 137 juga dibezakan kerana tiada apa-apa bukti munasabah yang ditunjukkan bahawa kes tidak akan berjalan pada 21-1-2026 dimana sebaliknya pendakwaan melalui kenyataan positif menyatakan bahawa kes akan di”
“[1985] 1 MLJ 388, Long bin Samat & Ors v. PP [1974] 1 LNS 80; [1974] 2 MLJ 152, PP v. Datuk Harun bin Haji Idris and Ors [1977] 1 LNS 24; [1976] 2 MLJ 116 and Poh Cho Ching v. PP [1981] CLJ Rep 229; [1981] CLJ 42A; [1982] 1 MLJ 86. In the circumstances, it is superfluous to reiterate the same points."”
“39. Goh Cheng Chuan v PP [1990] CLJU 85 - situasi yang sama wujud seperti kes diatas. Tiada bukti bahawa kes tidak akan berjalan. Saksi memang ada tetapi tidak dapat hadir pada 5-1- 2026 dan bukannya seperti kes ini di mana saksi tidak dap”
“[2014] 9 CLJ 289 yang menyatakan dalam perenggan 28: "Perhaps it is appropriate that we now pause to consider the constitutional consequences of relying on the English common law concept. Unlike UK, the Constitution of the Federation which is a written law is specifically declared to be the supreme law of the land. Als”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
JA-43(A)-1-01/2026 Kand. 16 09/07/2026 16:42:15 DI MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM SEMAKAN JENAYAH NO: JA-43(A)-1-01/2026 MOHD NOOR AAZLY BIN YAHYA LAWAN PENDAKWA RAYA ALASAN PENGHAKIMAN Pengenalan
1
Pemohon yang bernama Mohd Noor Aazly bin Yahya adalah Tertuduh di Mahkamah Majistret dan selepas suatu Keputusan DNAA oleh Majistret pada 5-1-2026 telah memohon untuk suatu semakan jenayah melalui surat peguamnya bertarikh 8-1-2026.
2
Dalam permohonan ini Pemohon memohon semakan kehakiman melalui surat bertarikh 8-1-2026 terhadap keputusan Majistret Johor Bahru dalam kes JA-82D-48-10/2025 untuk menentukan ketepatan, kesahihan atau kewajaran [penemuan/hukuman/perintah yang dipertikaikan] dan terhadap keteraturan mana-mana prosiding dalam Mahkamah Rendah itu.
3
Permohonan Semakan Kehakiman melalui surat adalah cara atau mod yang teratur untuk membuat permohonan menurut Arahan Pentadbiran Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia Bil. 2 Tahun 2018.
4
Pemohon membangkitkan Seksyen 323(1) Kanun Acara Jenayah ['CPC'] yang berbunyi: "(1) A Judge may call for and examine the record of any proceeding before any subordinate Criminal Court for the purpose of satisfying himself as to the correctness, legality or propriety of any finding, sentence or order recorded or passed, and as to the regularity of any proceedings of that subordinate Court."
5
Berdasarkan permohonan tersebut, Pemohon memohon agar keputusan 'Discharge Not Amounting to Acquittal' yang di perintah oleh Majistret berkenaan diketepikan dan digantikan dengan perintah 'Discharge and Acquittal'. ['A&D']
7
Permohonan semakan ini dimasukkan pada 8-1-2026 dan setelah surat berkenaan diteliti oleh Mahkamah, Semakan Kehakiman ini telah ditetapkan untuk pendengaran pada 21-1-2026.
6
Keputusan DNAA yang ingin diketepikan itu dibuat oleh Majistret pada 5-1-2026.
8
Mahkamah mengambil mengikuti kenyataan dalam kes Liaw Kwai Wah v Public Prosecutor [1987] 2 MLJ 69 dimana dinyatakan bahawa tujuan semakan kehakiman adalah: "We would observe that the power of revision is to be exercised in accordance with the law for the time being in force relating to criminal procedure. In the present case that law is the Criminal Procedure Code. We would also observe that the object of the revisionary powers provided for in the Code is— "... to confer upon criminal courts a kind of paternal or supervisory jurisdiction, in order to correct miscarriage of justice arising from misconception of law, irregularity of procedure, neglect of proper precautions or apparent harshness of treatment, which has resulted on the one hand in some injury to the due maintenance of law and order, or on the other hand, in some undeserved hardship to individuals." (Emperor v Nasrullah & Others AIR 1928 All 287)."
9
Kes Liaw Kwai Wah juga menyatakan "..Basically, the duty lies with the High Court to see that the criminal law is properly administered by an inferior court. The Judge's duty is to satisfy himself as to the correctness, legality or propriety of any finding, sentence or order, recorded or passed and as to the regularity of any proceedings of such inferior court. Where, for instance, a convicted person has scrupulous objection to invoke the jurisdiction of a High Court, either on a question of legality of conviction or error of law concerning the conviction or sentence, the Judge ought to call for and examine the record with a view to exercising the revisionary power to correct a miscarriage of justice."
10
Kuasa Mahkamah Tinggi dalam kes-kes semakan kehakiman adalah suatu budi bicara [discretionary] dan dalam kes itu juga di nyatakan "The power of revision is therefore to be used sparingly and should remain a discretionary power to be exercised primarily for purposes of correcting a miscarriage of justice."
11
Isu yang dibangkitkan oleh Peguam terpelajar Pemohon adalah bahawa pada 5-1-2026 apabila pendakwaan tidak dapat meneruskan kes kerana ketiadaan saksi, dan selepas Majistret menolak permohonan pendakwaan untuk penangguhan, Majistret sepatutnya telah menjalankan budi bicaranya dan melepaskan dan membebaskan Pemohon [Discharge and Acquittal] dan bukannya hanya melepaskan tanpa membebaskan [Discharge not amounting to acquittal - 'DNAA'] beliau. Hujah ini diasaskan kepada latar belakang kes yang akan dihuraikan dibawah ini. A. Latar belakang fakta kes
12
Kes Pertama a. Pemohon pertama kali dituduh pada 25-2-2022 melalui kes JA-82D-2-01/2022 dibawah seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya ['DDA'] iaitu suatu kesalahan memasukkan kedalam dirinya bahan dadah yang dilarang. b. Dalam kes ini, Mahkamah Majistret telah menetapkan perbicaraan pada 25-2-2024. c. Pada tarikh itu oleh kerana tiada saksi pendakwaan yang hadir, Mahkamah Majistret telah membuat keputusan DNAA dan melepaskan Pemohon.
13
Kes Kedua a. Pada 21-4-2024, Pemohon telah dituduh semula dibawah pertuduhan yang sama dan tuduhan ini telah didaftarkan sebagai kes JA-82D-17-04/2024. b. Perbicaraan kes ini ditetapkan pada 7-1-2025. (Semakan minit di CMS mendapati tarikh bicara pertama adalah pada 11-11-2024 namun dijadualkan semula oleh Mahkamah untuk memberi keutamaan kes lain yang didaftarkan lebih awal) c. Pada tarikh tersebut Mahkamah dimaklumkan bahawa Timbalan Pendakwaraya tidak hadir dan bahawa saksi pendakwaan juga turut tidak hadir. Suatu penangguhan telah dipohon oleh pihak pendakwaan. d. Pemohonan penangguhan tersebut ditolak dan Mahkamah Majistret merakamkan keputusan DNAA dan melepaskan Pemohon, iaitu DNAA kali kedua.
14
Kes Ketiga a. Lebih kurang 6 bulan selepas DNAA kedua, Pemohon telah dituduh semula pada 7-2-2025 atas tuduhan yang sama menurut No. Kes JA-82D-10-02/2025. b. Kes ini telah ditetapkan untuk perbicaraan pada 22-10-2025 dan pada tarikh itu, pendakwaan telah memulakan kes di mana saksi SP-1 telah memberi keterangan. c. Selepas itu, dengan memperolehi tarikh sesuai dari keduadua pihak, Mahkamah Majistret menetapkan 29-10-2025 untuk sambung bicara. d. Akan tetapi, sekali lagi pendakwaan gagal memanggil manamana saksi pada 29-10-2025 dengan alasan ketiadaan saksi yang hadir. e. Walaupun penangguhan dipohon dan walaupun pihak peguam Pemohon memohon Pemohon dilepas dan dibebaskan, Majistret menjalankan budi bicaranya dalam tidak membenarkan penangguhan dan memasukkan perintah DNAA. f. Ini adalah DNAA kali ketiga. g. Selepas ini Pemohon memohon untuk memulakan Semakan Jenayah di Mahkamah Tinggi Jenayah di Johor Bahru yang didaftarkan sebagai kes Semakan No: JA-43(A)-1-11/2025 untuk DNAA digantikan dengan perintah A&D. h. Mahkamah Tinggi tersebut telah mendengar dan menolak permohonan Pemohon dan mengekalkan perintah DNAA.
15
Kes Ke-empat a. Pada hari yang sama dengan DNAA Ketiga, iaitu 29-10- 2025, Pemohon telah serta merta ditahan dan dituduh atas tuduhan sama di Mahkamah Majistret dalam No. Kes: JA- 82D-48-10/2025. b. Dalam menggunakan kuasa menurut seksyen 254A CPC, Majistret telah mengarahkan perbicaraan diteruskan dari mana ia berhenti pada perbicaraan dalam tuduhan ketiga, iaitu selepas tamat keterangan saksi SP-1. c. Majistret berkuasa menurut seksyen 254A CPC untuk berbuat begitu kerana sebelum itu terhadap suatu DNAA dan perbicaraan lalu sudahpun bermula. Seksyen 254A CPC berbunyi:
Subsection
(1) Subject to subsection (2), where an accused has been given a discharge by the Court and he is recharged for the same offence, his trial shall be reinstated and be continued as if there had been no such order given.
Subsection
(2) Subsection (1) shall only apply where witnesses have been called to give evidence at the trial before the order for a discharge has been given by the Court. d. Semasa membuat keputusan itu, Mahkamah Majistret juga menetapkan tarikh bicara pada 5-1-2026 dan 21 dan 22 Januari 2026. e. Akan tetapi, pada 5-1-2026 pendakwaan memaklumkan kepada Mahkamah bahawa tiada saksi pendakwaan hadir dan bahawa seorang saksi pendakwaan perlu menghadiri suatu kursus wajib dan memohon penangguhan pada 5-1- 2026 dan memohon untuk menjalankan kes pada 21 dan 22 Januari 2026 atas alasan bahawa saksi-saksi akan dapat hadir pada tarikh tersebut. f. Sekali lagi Pemohon membantah dan memohon agar Pemohon dilepaskan dan dibebaskan menurut seksyen 254(3) CPC. Mahkamah Majistret tidak membenarkan penangguhan dan sekali lagi memasukkan perintah DNAA pada 5-1-2025.
16
Semakan Kehakiman yang terkini a. Pada hari yang sama, 5-1-2026, Pemohon telah memohon semakan kehakiman dan Mahkamah telah menetapkan tarikh 21-1-2026 untuk mendengar semakan tersebut. b. Untuk semakan kehakiman ini, perkara utama yang dipohon oleh Pemohon adalah agar perintah DNAA diketepikan dan diganti dengan perintah dilepaskan dan dibebaskan [A&D]. c. Bersamaan dengan itu, Pemohon juga membangkitkan isu samada DNAA tersebut menyebabkan ketidakadilan kepada Pemohon menurut Artikel 5 Perlembagaan Persekutuan. B. Prinsip Undang-undang yang terpakai dan yang wajar dipatuhi.
17
Pertama sekali adalah Artikel 145 (3) Perlembagaan Persekutuan yang berbunyi: "(3) The Attorney General shall have power, exercisable at his discretion, to institute, conduct or discontinue any proceedings for an offence, other than proceedings before a Syariah court, a native court or a court-martial."
18
Artikel ini meletakkan budi bicara tidak terhad pada tangan Peguam Negara dalam memutuskan samada untuk mendakwa atau tidak mendakwa seseorang.
19
Artikel ini juga perlu dibaca bersama-sama dengan seksyen 376(1) CPC yang memperuntukkan:
Subsection
(1) The Attorney General shall be the Public Prosecutor and shall have the control and direction of all criminal prosecutions and proceedings under this Code.
20
Kuasa atau budi bicara Peguam Negara dalam membawa pendakwaan, diterangkan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Ahmad Zubair Hj Murshid v PP [2014] 9 CLJ 289 yang menyatakan dalam perenggan 28: "Perhaps it is appropriate that we now pause to consider the constitutional consequences of relying on the English common law concept. Unlike UK, the Constitution of the Federation which is a written law is specifically declared to be the supreme law of the land. Also, it is to be noted that UK has no criminal procedure code as enacted by our legislature. For our immediate purpose we wish to refer to art. 145(3) of the Constitution which states that the Attorney General shall have power, exercisable at his discretion, to institute, conduct or discontinue any proceedings for an offence, other than proceedings before Syariah Court etc... The discretion vested in the Attorney General is unfettered and cannot be challenged and substituted by that of the court's. The reasoning and logic behind such contention is well illustrated in the case of PP v. Lee Tin Bau [1984] 1 LNS 56; [1985] 1 MLJ 388, Long bin Samat & Ors v. PP [1974] 1 LNS 80; [1974] 2 MLJ 152, PP v. Datuk Harun bin Haji Idris and Ors [1977] 1 LNS 24; [1976] 2 MLJ 116 and Poh Cho Ching v. PP [1981] CLJ Rep 229; [1981] CLJ 42A; [1982] 1 MLJ 86. In the circumstances, it is superfluous to reiterate the same points."
21
Maka, dari titik permulaan ini adalah jelas bahawa kuasa mendakwa terletak sepenuhnya dan secara mutlak pada tangan Peguam Negara.
22
Kuasa ini bukan sahaja untuk membawa pendakwaan, malah adalah juga terletak dalam tangan pendakwaan kuasa mutlak berkenaan dengan perjalanan sesuatu pendakwaan atau untuk memberhentikan mana-mana pendakwaan seperti termaktub dalam seksyen 254 (1) dan (2) CPC yang berbunyi: "(1) At any stage of any trial, before the delivery of judgment, the Public Prosecutor may, if he thinks fit, inform the Court that he will not further prosecute the accused upon the charge and thereupon all proceedings on the charge against the accused shall be stayed and the accused shall be discharged of and from the same.
Subsection
(2) At any stage of any trial before a Sessions Court or a Magistrates Court before the delivery of judgment, the officer conducting the prosecution may, if he thinks fit, inform the Court that he does not propose further to prosecute the accused upon the charge, and thereupon all proceedings on the charge against the accused may be stayed by leave of the Court and, if so stayed, the accused shall be discharged of and from the same.
Subsection
(3) Such discharge shall not amount to an acquittal unless the Court so directs."
23
Dalam pembacaan seksyen ini adalah jelas dan terang bahawa apa-apa permohonan atau keputusan untuk tidak meneruskan pendakwaan terletak di tangan pendakwaan dan hanya pendakwaan boleh membangkitkan seksyen 254(1) atau (2) CPC seperti yang terangkan dalam kes Vigny Alfred Raj Vicetor Amratha Raja v PP [2022] 8 CLJ 1 khususnya dalam perenggan 26 keputusan tersebut. "[26] Section 254 requires a conscious or deliberate invocation by the prosecution, that he will not further prosecute the accused in respect of the charge for which trial has already commenced. It must not be confused with an application for an adjournment for any number of reasons, a situation which was highlighted in PP v. Au Seh Chun and which frequently happen"
24
Dalam semakan kehakiman ini, pendakwaan tidak membangkitkan seksyen 254(1) atau (2) tetapi hanya memohon penangguhan pada 5-1-2026 kerana saksi tidak dapat hadir dan juga memaklumkan Mahkamah bahawa pendakwaan sedia menjalankan kes pada 21 dan 22 Januari 2026.
25
Perlu diambil kira bahawa perbicaraan pada hakikatnya telah bermula sebelum 5-1-2026 dimana pendakwaan telah memanggil saksi SP-1 yang telah menyelesaikan keterangannya.
26
Pada hakikatnya, pada 5-1-2026, kes ini adalah pada tahap sambung bicara dan bukannya suatu "fresh trial" dan terdapat dua lagi tarikh untuk perbicaraan yang sudah ditetapkan lebih awal, iaitu 21 dan 22 Januari 2026.
27
Oleh yang demikian, isu yang berbangkit adalah: a. Adakah Mahkamah Majistret berbidangkuasa untuk membuat perintah selain dari DNAA dalam situasi dimana perbicaraan telah bermula dan pada 5-1-2026 dimana Pendakwaan tidak membangkitkan [did not invoke] seksyen 254(1) atau (2) CPC dan hanya memohon penangguhan sahaja atau b. Adakah Mahkamah Majistret berbidangkuasa membuat perintah DNAA apabila tidak membangkitkan seksyen 254 (1) atau (2) CPC?
28
Pada hemat saya jawapan kepada dua persoalan ini memerlukan penelitian kepada seksyen 254 CPC yang merupakan satu-satunya seksyen yang membenarkan Mahkamah memberikan perintah DNAA atau melepaskan dan membebaskan seseorang Tertuduh berdasarkan seksyen 254(3).
29
Seperti yang telah dinyatakan dalam kes Vigny Raj [diasas], seksyen 254 hanya boleh dibangkitkan oleh pihak pendakwaan. Sekiranya tiada pembangkitkan seksyen ini maka, bolehkah Majistret memberikan DNAA atau A&D.
30
Pendakwaan dalam semakan kehakiman ini hanya memohon penangguhan.
31
Apa-apa permohonan penangguhan perbicaraan perlu diputuskan menurut seksyen 259 CPC yang berbunyi: "(1) If, from the absence of a witness or any other reasonable cause, it becomes necessary or advisable to postpone the commencement of or adjourn any inquiry or trial the Court may, by order in writing, from time to time, postpone or adjourn the same on such terms as it thinks fit for such time as it considers reasonable and may, by warrant, remand the accused if in custody: Provided that no Magistrate shall remand an accused person to custody under this section for a term exceeding eight days at a time: Provided further that where a Government Medical Officer has certified that the complainant will not be able to give evidence before a certain date the accused may be remanded until such date notwithstanding that the term of remand may exceed eight days.
32
Sekiranya seksyen ini diteliti boleh dirumuskan bahawa kuasa Mahkamah hanyalah untuk memberikan atau menolak permohonan penangguhan.
33
Berdasarkan itu, sekiranya penangguhan dibenarkan, maka sesuatu kes itu akan ditangguh ke suatu tarikh lain.
34
Masalah yang tertimbul adalah sekiranya penangguhan tidak dibenarkan dan Pendakwaan tidak mempunyai saksi untuk meneruskan kes. Adakah Pendakwaan dalam situasi sebegini perlu menutup kes pendakwaan dan membuat hujah agar pembelaan di panggil atau bolehkah Majistret terus membuat perintah DNAA atau A&D?
35
Jawapan kepada persoalan ini dapat diperolehi dari keputusan Mahkamah Agung dalam kes Public Prosecutor v Zainuddin Sulaiman & Ors [1986] CLJ (Rep) 232 / [1986] 2 MLJ 100. i. Dalam kes ini suatu A&D diberikan oleh Majistret tanpa mendengar apa-apa keterangan pihak pendakwaan. ii. Suatu permohonan semakan ke Mahkamah Tinggi ditolak dan Pendakwaan merayu kepada Mahkamah Agung. iii. Dalam kes ini rekod Mahkamah menunjukkan bahawa kes tersebut telah di tangguh sebanyak 12 kali, lebih kurang 8 tahun. Dari 12 penangguhan tersebut, 5 penangguhan telah diberikan atas permohonan pendakwaan, 2 penangguhan oleh kerana Mahkamah tidak dapat mendengar kes dan baki 5 penangguhan oleh kerana permohonan dari pihak pembelaan. iv. Mahkamah Rendah telah memberikan perintah A&D kepada Tertuduh dalam kes ini tanpa mendengar keterangan Pendakwaan. v. Mahkamah Agung telah merujuk kepada kes Chu Chee Peng v PP [1972] 1 MLJ 262 yang memutuskan bahawa A&D tidak boleh diberikan kecuali jika Mahkamah telah mendengar semua keterangan. vi. Mahkamah Agung juga meneliti kes PP v Mohd Said [1984] 1 MLJ 50, di mana Mohamed Azmi J. [sepertimana Yang Arif pada masa itu] telah memutuskan dengan mengesahkan keputusan Majistret yang membuat perintah A&D apabila Majistret tidak membenarkan penangguhan atas permohonan pendakwaan. vii. Mahkamah Agung tidak bersetuju dengan keputusan Mohamed Azmi J dan tafsiran yang diberikan kepada frasa 'all such evidence as may be produced in support of the prosecution's case' dalam seksyen 173(c) CPC dimana Hakim Terpelajar telah menafsirkannya untuk bermakna 'available evidence at the time of trial'. Seksyen 173(c) CPC berbunyi: "(c) If the accused refuses to plead or does not plead or claims to be tried, the Court shall proceed to take all such evidence as may be produced in support of the prosecution." viii. Tafsiran oleh Hakim Terpelajar tersebut tidak diterima oleh Mahkamah Agung kerana ia tidak mengambil kira seksyen 173 (f) CPC. ix. Mahkamah Agung dalam keputusannya memutuskan bahawa Peguam Negara mempunyai bidang kuasa atau budi bicara tidak terbatas oleh kerana Artikel 145(3) Perlembagaan dan ini bermakna adalah hak pendakwaan untuk meneruskan atau memberhentikan mana-mana pendakwaan. x. Mahkamah Agung juga memutuskan bahawa memandangkan bahawa Peguam Negara mempunyai kuasa ini yang sedia ada pada budi bicaranya, Mahkamah tidak berbidangkuasa untuk menyatakan bila pendakwaan perlu menutup kes atau telah berakhirnya kes hanya kerana pendakwaan tidak dapat memperolehi penangguhan. xi. Mahkamah Agung menyatakan [dimuka surat 234 alasan keputusan tersebut] bahawa berdasarkan itu, Mahkamah yang tidak memberikan penangguhan tidak ada pilihan kecuali memasukkan perintah DNAA sahaja kerana tiada A&D boleh diberikan kecuali selepas Majistret telah mendengar kesemua keterangan pendakwaan, dan adalah tidak menjadi tempat Mahkamah untuk memikirkan samada seseorang Tertuduh itu boleh dituduh sekali lagi atau tidak kerana ini pun adalah pada budi bicara mutlak pihak pendakwaan. Nas-nas yang dikemukakan oleh Tertuduh / Pemohon
36
Koh Teck Chai v PP [1968] 1 MLJ 166 - Ini adalah kes Mahkamah Tinggi yang berkonflik dengan kes Mahkamah Agung dalam Public Prosecutor v Zainuddin Sulaiman & Ors [1986] CLJ (Rep) 232 / [1986] 2 MLJ 100 dan oleh itu atas prinsip stare decisis, kes Zainuddin mesti dikuti. Berkenaan dengan kenyataan dalam kes ini yang merujuk kepada s 254(3) CPC, ini tidak terpakai dalam kes terkini kerana pendakwaan tidak membangkitkan s 254 (1) & (2) CPC. S254(3) CPC hanya terpakai sekiranya pendakwaan membangkitkan s 254 (1) & (2) CPC.
37
PP v Lau Ngiik Yin [2008] 10 CLJ 410 boleh dibezakan dimana dalam kes ini didapati bahawa pendakwaan telah menunjukkan 'disinterestedness" manakala dalam kes terkini, pendakwaan mengambil pendirian bertentangan sama sekali di mana pendakwaan dengan jelas menyatakan ia akan meneruskan kes pada 21-1-2026.
38
PP v Syed Abdul Bahari Shahabuddin [1975] CLJU 137 juga dibezakan kerana tiada apa-apa bukti munasabah yang ditunjukkan bahawa kes tidak akan berjalan pada 21-1-2026 dimana sebaliknya pendakwaan melalui kenyataan positif menyatakan bahawa kes akan dijalankan pada 21-1-2026.
39
Goh Cheng Chuan v PP [1990] CLJU 85 - situasi yang sama wujud seperti kes diatas. Tiada bukti bahawa kes tidak akan berjalan. Saksi memang ada tetapi tidak dapat hadir pada 5-1- 2026 dan bukannya seperti kes ini di mana saksi tidak dapat dikesan walaupun sudah lima tahun.
40
Berkenaan dengan PP v Choo Chuan Wang [1992] 2 CLJ 1242 dan Lee Kwan Woh v PP [2009] 5 CLJ 631, issue artikel 5(1) walaupun relevan tidak boleh dipergunakan kerana artikel menyatakan "(1) No person shall be deprived of his life or personal liberty save in accordance with law" dimana Kanun Acara Jenayah adalah 'law' untuk disini dan apa yang dilakukan oleh Majistret telah dilakukan menurut dan mematuhi CPC." Keputusan
41
Dalam semakan kehakiman disini, apa yang dapat diperhatikan daripada rekod Mahkamah adalah perkara-perkara berikut: a. Selain dari tarikh 5-1-2026, Mahkamah juga telah menetapkan dua tarikh lain, iaitu 21 and 22 Januari, 2026. b. Sebelum 5-1-2026, SP-1 telah selesai memberikan keterangannya dan pendakwaan masih belum tutup kes kerana terdapat saksi-saksi lain yang belum beri keterangan atau belum dipanggil. c. Pada 5-1-2025 pendakwaan memohon penangguhan untuk hari tu sahaja dan menyatakan bahawa pendakwaan akan teruskan kes pada 21-1-2026, iaitu tarikh yang sudah ditetapkan oleh Mahkamah sebelum 5-1-2026. Ini bermakna Majistret memang sudah sedia mendengar kes pada tarikh tarikh selepas 5-1-2026. d. Pada 5-1-2026, kes berada dalam status sambung bicara. e. Pada 5-1-2026, pendakwaan tidak membangkitkan manamana peruntukan s 254 CPC. f. Mahkamah dalam situasi hanya boleh bertindak menurut seksyen 259 CPC berkenaan dengan penangguhan. g. Seksyen ini tidak memperuntukkan apa-apa berkenaan dengan apa perintah lanjut yang boleh dibuat oleh Majistret yang menolak permohonan penangguhan. h. Mengikuti kes Zaiuddin [diatas] sekiranya pendakwaan masih tidak meneruskan kes, maka Majistret hanya boleh memberikan perintah DNAA.
42
Berdasarkan itu, Mahkamah mendapati bahawa semakan kehakiman ini adalah tidak bermerit dan ditolak, keputusan DNAA Mahkamah Majistret bertarikh 5-1-2026 dikekalkan. Adakah kes Public Prosecutor v Zainuddin Sulaiman & Ors [1986] CLJ (Rep) 232 / [1986] 2 MLJ 100 bahawa kuasa Peguam Negara adalah tidak terbatas masih merupakan undang-undang yang betul.
43
Perkembangan terkini undang-undang Malaysia mengenai skop budi bicara Pendakwa Raya di bawah Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan, khususnya bagaimana keputusan Mahkamah Persekutuan dalam Sundra Rajoo a/l Nadarajah Menteri Luar Negeri & Ors [2021] 5 MLJ 209 telah memperjelaskan serta membataskan pendirian yang dibuat dalam Public Prosecutor v Zainuddin Sulaiman & Ors [1986] CLJ (Rep) 232 / [1986] 2 MLJ 100 dimana budi bicara Peguam Negera yang dikatakan adalah tidak terbatas adalah tidak lagi merupakan posisi undang-undang.
44
Walaupun begitu, keputusan Mahkamah dalam Semakan Kehakiman ini tidak bertukar kerana tiada bukti dikemukakan bahawa Peguam Negara atau khususnya Pendakwaan dalam kes ini bertindak tidak rasional atau malafide dan sebagainya. Bertarikh : 10 Februari 2026 (AVINDER SINGH GILL A/L RANJIT SINGH) PESURUHJAYA KEHAKIMAN MAHKAMAH TINGGI MALAYA, JOHOR BAHRU Perwakilan:- Bagi pihak Pemohon/Tertuduh: Alan Lim, Poh & Oh 7B, Jalan Perang Taman Pelangi 80400, Johor Bahru Johor Bagi pihak Responden : onden: Puan Nor Deana Aqilah binti Aliman Timbalan Pendakwa Raya Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Johor Aras 2, Bangunan Dato' Ja'far Muhammad Kota Iskandar, 79100 Nusajaya Johor.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.