Schedule
Jadual Pertama Akta. [13] Di akhir kes pendakwaan, seperti kami sebutkan di awal penghakiman ini, hakim bicara mendapati kes prima facie telah gagal dibuktikan oleh pihak pendakwaan atas alasan pemilikan terhadap dadah-dadah berbahaya telah gagal dibuktikan terhadap Perayu oleh pihak pendakwaan. Sebaliknya, berikutan dengan perintah oleh Mahkamah ini, Perayu telah diperintahkan untuk membela dirinya atas ketiga-tiga pertuduhan. Rayuan Jenayah No: A-05(M)-525-10/2018 7 Pembelaan Perayu [14] Perayu memilih untuk memberi keterangan membela diri secara bersumpah dari kandang saksi. Selain Perayu, seramai lima (5) orang saksi lagi turut dipanggil memberi keterangan untuk kes pembelaan. Mereka ialah ibu Perayu, Kalsom bt Ariffin (SD2); abang ipar Perayu, Mat Yusoff bin Abdullah (SD3); Bentara Muda Mohamad Azmi bin Mohd Yunus (SD4), pegawai penyelia kepada Perayu; Leftenan Mohd Khairul Hafiz bin Mohd Afandi (SD5); dan Koperal Raja Norasikin bt Raja Bidin (SD6). [15] Mengikut Perayu, pada hari keajdian (26.9.2016), kereta Myvi tersebut mengalami kerosakan pada alat penggera (alarm system) dan perlu diperbaiki. Walaupun kereta itu didaftarkan atas namanya, tetapi kereta Myvi tersebut setiap hari digunakan oleh isterinya, Nurhida Irawati binti Kasmaruddin (SP2). Fakta ini disahkan semasa SP2 memberi keterangan dan ia tidak dipertikaikan. Oleh kerana SP2 perlukan kenderaan untuk ke tempat kerja, Perayu telah meminjam sebuah kereta Kia Forte WWP 6537 dari SD5. [16] Seterusnya Perayu menyatakan oleh sebab kekangan kerja, dia telah meminta bantuan rakan setugasnya, Iskabelah bin Islahudin (‘Iskabelah’) untuk menghantar kereta Myvi tersebut ke bengkel untuk diperbaiki. Perayu telah pergi ke tempat kerja dengan menunggang motosikal. Ketika sedang bertugas, Perayu menerima panggilan telefon daripada abang iparnya (SD3) memaklumkan tentang keadaan kesihatan ibu Perayu (SD2) dikatakan sakit tenat di kampung di Bukit Indera Mahkota, Kubang Semang, Bukit Mertajam. Perayu memberitahu SD3 bahawa dia tiada kenderaan untuk pulang ke kampung. SD3 telah mempelawa Perayu untuk menumpangkan Perayu oleh kerana SD3 Rayuan Jenayah No: A-05(M)-525-10/2018 8 mempunyai urusan di Ipoh. Setelah mendapat pelepasan bertugas daripada penyelianya, SD4, Perayu telah menaiki kereta SD3 balik ke Bukit Mertajam dan tugasnya pada hari itu telah diambil alih oleh anggota yang lain. Perayu perlu masuk bertugas semula pada jam 4.00 pagi, 27.9.2016. [17] Perayu menyatakan ketika berada di kampung pada hari itu, Iskabelah telah menelefon memaklumkan bahawa kereta Myvi tersebut telah siap dibaiki dengan kos sebanyak RM1,500. Iskabelah memberitahu bahawa beliau sanggup datang ke Bukit Mertajam untuk mengambil Perayu di samping mendapatkan semula wang RM1,500 yang telah didahulukan oleh Iskabelah membayar kos membaiki kereta Myvi tersebut. Perayu telah mengeluarkan wang dari akaunnya di Agro Bank melalui mesin ATM untuk membuat bayaran semula kepada Iskabelah. [18] Oleh kerana penyakit ibunya (SD2) tidaklah seteruk mana seperti digambarkan oleh abang iparnya (SD3), Perayu telah bersetuju untuk pulang ke Lumut bersama Iskabelah pada hari yang sama. Perayu menyatakan Iskabelah telah datang ke rumah ibunya untuk menjemputnya pulang. Semasa Iskabelah sampai di rumah ibunya, SD3 masih lagi berada bersama di rumah ibunya itu. [19] Perayu seterusnya menyatakan bahawa Iskabelah telah memandu kereta Myvi tersebut untuk perjalanan pulang ke Lumut. Dalam perjalanan pulang, Iskabelah telah singgah di Plaza Summit, Bukit Mertajam untuk mengambil teman wanitanya, Nor Ismara bt Mohamad yang turut ingin pulang ke Lumut. Mereka telah turut berhenti makan dan minum di situ. Sebelum bergerak semula, Perayu telah membeli keropok. Kereta Myvi tersebut terus dipandu oleh Iskabelah. Perayu duduk di tempat Rayuan Jenayah No: A-05(M)-525-10/2018 9 penumpang hadapan dan teman wanita Iskabelah duduh di bahagian tempat duduk penumpang belakang. Perayu menyatakan bahawa dia telah meletakkan begnya (P13) di bahagian ‘arm rest’ antaranya dengan tempat pemandu. [20] Seterusnya Perayu menyatakan dalam perjalanan tersebut, dia telah tertidur dengan nyenyaknya oleh sebab sangat keletihan akibat menjalani latihan wajib pasukan PASKAL. Dia hanya sedar dan terjaga apabila ditangkap oleh pihak polis. Perayu menyatakan bahawa dia tiada pengetahuan terhadap dadah-dadah yang dirampas oleh pihak polis dan tidak tahu dari mana polis telah merampas dadah-dadah tersebut. [21] Keterangan matan SD2 mengesahkan dia ibu kepada Perayu dan tinggal di Bukit Indera Muda, Kubang Semang. SD2 mengesahkan bahawa pada hari kejadian dia tidak sihat dan Perayu ada datang bersama menantunya (SD3) melawatnya. SD2 juga mengesahkan bahawa kawan Perayu yang dia tidak kenali ada turut datang ke rumahnya pada hari yang sama. SD2 menyatakan Perayu sampai ke rumahnya lebih kurang jam 3.00 petang dan duduk sekejap sahaja sebelum balik bersama dengan kawannya (Iskabelah). [22] Keterangan matan SD3 adalah bahawa dia abang ipar kepada Perayu. SD3 mengesahkan pada hari kejadian dia ada kerja menghantar bekalan barang ke Ipoh. Dia telah menelefon Perayu memberitahu ibu mertuanya (SD2) tidak sihat dan SD3 telah pergi mengambil Perayu di Lumut apabila Perayu memberitahunya dia tiada kenderaan untuk balik melawat ibunya. SD3 mengesahkan dia masih berada di rumah SD2 apabila kawan Perayu datang dengan memandu kereta Myvi milik Perayu. Rayuan Jenayah No: A-05(M)-525-10/2018 10 Pada jam 8.00 pagi keesokan harinya dia mendapat tahu bahawa Perayu telah ditangkap kerana kesalahan memiliki dan mengedar dadah. [23] Saksi SD4 bertugas sebagai Bentara Muda Penyelia PASKAL. SD4 mengesahkan bahawa Perayu adalah anggota PASKAL di bawah seliaan SD4 sejak dari tahun 2005. Saksi menyatakan Perayu berpangkat Laskar Kanan Gempur bertugas sebagai penyelam, penembak, terjun (air borne) di tempat operasi. SD4 mengesahkan pada sebelum tarikh 26.9.2016, Perayu ada menjalankan latihan lasak PASKAL melibatkan aktiviti menyelam di lautan, berlari, latihan menembak dan lain-lain tugas yang meletihkan. SD4 tahu dan telah membenarkan Perayu bercuti pada 26.9.2016 kerana ingin balik menziarah ibunya yang sakit. [24] Saksi SD5 bertugas sebagai Penyelam Ranjau, kumpulan elit TLDM. Saksi mengesahkan Perayu menjalani latihan bersama pasukannya sekitar tarikh masa kejadian. SD5 mengenali Perayu melalui latihan bersama selaman menggunakan kapal KD Duyong. SD5 mengesahkan pada 26.9.2016 di sebelah pagi dia ada menerima panggilan telefon daripada Perayu meminta untuk meminjam keretanya kerana kereta Perayu sendiri mengalami kerosakan. Kereta itu untuk kegunaan isteri Perayu untuk ke tempat kerja di Sri Iskandar. SD5 mengesahkan telah meminjamkan keretanya, Kia Forte WWP 6533 kepada isteri Perayu. SD5 menyatakan dia mengenali salah seorang anggotanya yang bernama Iskabelah yang terlibat dalam banyak kes disiplin. SD5 turut menyatakan pada waktu petang hari yang sama lebih kurang jam 7.00 petang, sewaktu mengambil semula keretanya di rumah Perayu, dia ada melihat Iskabelah di sana. Rayuan Jenayah No: A-05(M)-525-10/2018 11 [25] Saksi terakhir pembelaan, SD6, seorang koperal bertugas di Balai Polis Bagan Serai, Perak. Saksi bertugas mengawal bilik kurungan orang tahanan. Saksi menyatakan berdasarkan kepada rekod yang tercatat dalam Buku Perharian Balai Polis Bagan Serai (P48), pada 2.10.2016 jam 12.50 tengahari, dia telah menyerahkan barang-barang milik Perayu kepada isteri Perayu (SP2). Barangan itu adalah: - satu dompet berwarna coklat (D23) - satu dompet berwarna coklat jenama ‘Kickers’ (D26) - satu bluetooth - satu naskah Quran kecil - satu beg kecil warna hitam dan merah - satu jam tangan ‘Suntoo’ warna hitam - satu memory card - satu rangkai kunci - satu kad pengenalan [26] SP2 dalam keterangannya di peringkat kes pendakwaan mengesahkan telah menerima barangan tersebut yang terkandung dalam satu sampul surat yang bermeterai (D22) daripada Balai Polis Bagan Serai (SD6). SP2 seterusnya menyatakan bahawa di dalam dompet D23 terdapat satu keping kad pengenalan atas nama Nor Ismara bt Mohamad, K/P No: 600418-08-6606 (D24) serta 2 keping gambar perempuan yang tidak beliau kenali (D25 A & B). Manakala di dalam dompet D26 terdapat lesen memandu atas nama Iskabelah bin Islahuddin (D27). Selain itu juga Rayuan Jenayah No: A-05(M)-525-10/2018 12 dalam D26 terdapat 2 keping gambar dua orang perempuan yang berbeza (D28 A & B). [27] Di akhir perbicaraan, hakim bicara memutuskan bahawa pembelaan Perayu sebagai satu kepalsuan dan tidak munasabah dan menolak keterangan saksi-saksi pembelaan. Pembelaan Perayu telah diputuskan oleh hakim bicara gagal untuk menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. Hakim bicara juga mendapati pembelaan telah gagal untuk mematahkan anggapan pengedaran statutori atas imbangan kebarangkalian. [28] Dengan itu, seperti dinyatakan sebelum ini, Perayu telah didapati bersalah dan disabitkan atas pertuduhan. Perayu telah dihukum gantung di leher sehingga mati bagi pertuduhan pertama dan pemenjaraan masing-masing 3 bulan untuk pertuduhan kedua dan ketiga. Oleh itu rayuan Perayu di hadapan kami. Rayuan Perayu [29] Di hadapan kami, peguam Perayu terpelajar telah menghujahkan hanya satu alasan untuk kami membenarkan rayuan Perayu iaitu bahawa hakim bicara telah gagal untuk membuat pertimbangan sewajarnya kepada pembelaan Perayu. Dihujahkan bahawa pembelaan Perayu telah berjaya mematahkan anggapan pemilikan dan pengetahuan yang diguna pakai oleh pihak pendakwaan serta telah berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes prima facie pihak pendakwaan. Rayuan Jenayah No: A-05(M)-525-10/2018 13 Dapatan dan Keputusan Kami [30] Kami telah berkesempatan meneliti rekod rayuan. Kes pihak pendakwaan sejak dari awal lagi adalah mengguna pakai anggapan pemilikan dan pengetahuan di bawah seksyen 37(d) Akta dan anggapan pengedaran berdasarkan kepada berat dadah terlibat (pertuduhan pertama) di bawah seksyen 37(da) Akta. Ini dapat dilihat melalui penghujahan bertulis Tuan Timbalan Pendakwa Raya yang terpelajar seperti di muka surat 12 - 15 Hujahan Pihak Perayu di hadapan panel Mahkamah ini semasa rayuan terhadap perintah pembebasan Perayu oleh hakim bicara. Kami petik seperti berikut: “Kegagalan PK untuk menjuruskan pemikiran beliau terhadap pemakaian anggapan pemilikan di bawah seksyen 37(d) ADB terhadap keterangan-keterangan yang telah menyebabkan PK melepas dan membebaskan Responden hanya berdasarkan kepada conjecture dan speculation yang tidak berlandaskan kepada keterangan. Izinkan saya merujuk kes Sabarudin Non v PP (2005) 1 CLJ 466 [TAB 5]. Malah PK juga bergantung kepada cadangan-cadangan yang dibuat semasa soal balas yang tidak dipersetujui oleh saksi-saksi kami apabila membebaskan Responden. Malah PK telah membantu pihak Responden untuk membina pembelaan untuk Responden yang mana tidak sepatutnya berlaku. Izinkan saya merujuk kes Mahkamah Rayuan iaitu kes Surentheran Selvaraja v PP (2005) 2 CLJ 264 [TAB 6] di mana Mahkamah Rayuan menyatakan di muka surat 270: “It was not for the court, at the close of the prosecution case, to provide a defence for the appellant and speculate on the probability…” Rayuan Jenayah No: A-05(M)-525-10/2018 14 Saya memohon Mahkamah ini membuat suatu dapatan bahawa anggapan di bawah seksyen 37(d) ADB terpakai di dalam kes ini iaitu beg-beg yang mengandungi dadah tersebut adalah di dalam jagaan Responden maka Responden dianggap memiliki dan mengetahui tentang dadah-dadah tersebut. Kesalahan yang dilakukan oleh Responden adalah kesalahan-kesalahan yang dilakukan selepas pindaan kepada ADB. Memandangkan berat dadah Cannabis bagi pertuduhan pertama adalah melebihi 200 gram maka anggapan pengedaran di bawah seksyen 37(da) ADB boleh dipakai dan terpakai kepada kes kita. Izinkan saya merujuk kes Alma Nudo Atenza v PP (Rayuan Jenayah No: B-05(M)-132-04/2016 [TAB 7]. Saya mohon Mahkamah ini mengenepikan perintah pembebasan dan pelepasan Responden di akhir kes Pendakwaan yang dibuat oleh PK dan memohon Mahkamah ini membuat dapatan bahawa suatu kes prima facie telah berjaya dibuktikan. Saya memohon Mahkamah ini memerintahkan Responden untuk membela diri. 5 Mei 2018 Disediakan oleh (WAN SHAHARUDDIN BIN WAN LADIN) TIMBALAN PENDAKWA RAYA”. [31] Kami bersetuju dengan penghujahan Tuan TPR bahawa Fakta kes pendakwaan menunjukkan Perayu ketika ditahan berada berseorangan dalam kereta Myvi tersebut di mana beg-beg berisi dadah-dadah yang Rayuan Jenayah No: A-05(M)-525-10/2018 15 dipertuduhkan ditemui dalam kereta yang sama. Adalah wajar apabila kawalan dan jagaan telah dibuktikan, hakim bicara hendaklah mengguna pakai anggapan pemilikan dan pengetahuan di bawah seksyen 37(d) Akta terhadap Perayu. Sebaliknya hakim bicara telah gagal untuk mengguna pakai anggapan seksyen 37(d) Akta di akhir kes pendakwaan. Ini dapat dilihat dari penghakiman bertulis awal hakim bicara yang dilaporkan dalam kes Pendakwa Raya lwn. Mohd Noor Ramli [2018] 1 LNS 117, kami petik di muka surat 35 seperti berikut: “[55] Bersandarkan latar belakang itu, Mahkamah ini membuat dapatan bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan bahawa Tertuduh mempunyai “pemilikan” ke atas dadah-dadah tersebut. Intipati ketiga T1 [56] Sebagai mana yang dinyatakan di perenggan [37] alasan penghakiman ini, anggapan “pengedaran” di bawah s. 37(da) ADB tidak boleh digunakan di dalam keadaan pihak pendakwaan gagal membuktikan “pemilikan”. Maka, intipati ini gagal dibuktikan oleh pihak pendakwaan. Intipati ketiga T2 dan T3 [57] Di dalam keadaan pihak pendakwaan tidak berjaya membuktikan “pemilikan”, maka intipati ini sudah tidak lagi menjadi relevan dan tidak perlu lagi dibincangkan. KESIMPULAN DAN KEPUTUSAN [58] Dengan wujudnya kelompangan di dalam kes pendakwaan dan terdapatnya lebih dari satu (1) inferens boleh dibuat, bersabit pemilikan dadah-dadah tersebut, perintah pelepasan dan pembebasan Rayuan Jenayah No: A-05(M)-525-10/2018 16 sebagaimana yang dinyatakan di perenggan [3] di atas dibuat oleh Mahkamah ini.” [32] Adalah jelas berdasarkan kepada rentetan di atas bahawa Panel Mahkamah Rayuan terdahulu telah memerintahkan pembelaan Perayu dipanggil berdasarkan kekhilafan hakim bicara yang gagal untuk mengguna pakai anggapan pemilikan dan pengetahuan di bawah seksyen 37(d) Akta. Namun dalam penghakiman terbaru, hakim bicara di muka surat 17 - 18 Rekod Rayuan Jilid 2 membuat andaian bahawa Panel Mahkamah Rayuan terdahulu telah memutuskan kes prima facie terbukti berdasarkan pemilikan sebenar dan anggapan pengedaran. Perenggan 10 penghakiman hakim bicara menyatakan: “[10] Memandangkan kes pendakwaan untuk T1 bersabit pengedaran dadah berdasarkan kepada mens rea possession/milikan sebenar dan anggapan pengedaran di bawah seksyen 37(da) Akta Dadah Berbahaya 1952 (lihat penghujahan bertulis Timbalan Pendakwa Raya (TPR) di akhir kes pendakwaan), Mahkamah ini percaya Mahkamah Rayuan dengan membenarkan rayuan PR telah memutuskan bahawa kes prima facie terbukti berdasarkan pemilikan sebenar dan anggapan pengedaran.” [33] Meneliti penghakiman hakim bicara, kami mendapati hakim bicara telah dengan teliti dan cermat membentangkan kes pembelaan. Walau bagaimanapun, kami berpandangan bahawa hakim bicara telah membuat kesimpulan yang tersasar apabila meletakkan beban yang terlampau tinggi kepada pihak pembelaan sehingga membuat konklusi yang salah. Hakim bicara menolak pembelaan Perayu yang menyatakan bahawa kereta Myvi tersebut dipandu oleh Iskabelah apabila menerima keterangan SD5 bahawa pada jam 7.00 malam hari yang sama SD5 melihat Iskabelah berada di Lumut. Keterangan yang tidak disangkal bahawa kereta Myvi Rayuan Jenayah No: A-05(M)-525-10/2018 17 tersebut telah melepasi tol Kubang Semang di Lebuhraya Kulim-Butterworth sekitar jam 3.00 petang. Perayu ditemui seorang diri ditinggalkan dalam kereta Myvi tersebut pada jam 11.15 malam. Dengan mengambil kira jarak yang dekat dan masa perjalanan yang singkat dari tol Kubang Semang ke R&R Alor Pongsu, tidak mustahil sebelum jam 3.30 petang kereta Myvi tersebut telah pun berada di R&R Alor Pongsu. Juga mengambil kira jarak dan masa perjalanan dari R&R Alor Pongsu ke Lumut, adalah tidak mustahil untuk Iskabelah berada di Lumut pada jam 7.00 malam hari yang sama. [34] Walaupun kes pendakwaan telah diletakkan dari awal lagi semasa kes pendakwaan, namun penyiasatan lengkap gagal dilakukan oleh pegawai penyiasat. Kegagalan ini termasuklah gagal untuk sebarang siasatan dan tindakan untuk membawa Iskabelah bin Islahuddin ke Mahkamah walaupun saksi itu, seorang anggota tentera adalah mudah didapatkan. Tiada sebarang usaha dibuat untuk mengesan dan mendapatkan saksi itu. [35] Kami turut mendapati tiada juga siasatan dilakukan terhadap bagaimanakah Perayu boleh berada di R&R Alor Pongsu dan sejak bila telah berada di situ. Tiada wang ditemui pada Perayu, tiada kad Touch n Go, tiada kad transit untuk pembayaran tol, tiada resit tol ditemui pada Perayu dan/atau dalam kereta Myvi tersebut. Siasatan pegawai penyiasat sangat tidak bermakna dan tidak dapat membantu menutup beberapa kelompangan yang timbul dalam kes pendakwaan yang wujud melalui keterangan saksi-saksi pembelaan. Dakwaan Perayu bahawa wangnya RM1,500 yang dikeluarkan di Agro Bank telah lesap dilarikan oleh Rayuan Jenayah No: A-05(M)-525-10/2018 18 seseorang tidak boleh diketepikan begitu sahaja. Fakta Perayu tertidur begitu nyenyak di dalam kereta Myvi tersebut langsung tidak disangkal. [36] Isu-isu pembelaan Perayu yang ditimbulkan di akhir kes pendakwaan telah dipertimbangkan oleh hakim bicara dalam penghakimannya yang terdahulu dalam kes PP lwn. Mohd Noor Ramli [supra], kami petik dengan panjang lebar di muka surat 27 - 34, seperti berikut: “[45] Di dalam kes ini, SP2 telah menceritakan bahawa motokar itu telah dihantar ke bengkel oleh Tertuduh pada hari kejadian. Keterangan itu menunjukkan terdapat ekses orang lain ke atas motokar itu sebelum Tertuduh ditangkap. Tiada keterangan bagaimana motokar itu boleh berada dengan Tertuduh selepas siap dibaiki. Barang diingat, kes pendakwaan bermula dengan Tertuduh ditemui berseorangan di dalam motokar itu di R&R itu. TPR memohon Mahkamah ini menolak keterangan SP2 atas alasan SP2 adalah saksi berkepentingan dan keterangan itu tidak pernah diberitahu kepada SP8. Berkait dengan keterangan saksi berkepentingan, saksi sebegini adalah saksi yang kompeten untuk memberi keterangan. Di kesempatan ini, Mahkamah ini ingin merujuk kepada keputusan Augustine Paul H (kemudiannya HMP) di dalam kes PP v. Ramli Shafie [2002] 8 CLJ 846 bersabit prinsip yang terpakai sebelum keterangan saksi yang berkepentingan boleh ditolak. YA Augustine Paul H memutuskan: The fact that PW3 is the wife of the accused does not disentitle her to credence, contrary to the submission of the learned deputy public prosecutor, until cogent reasons for disbelief have been advanced (see Balasingham v. PP [1959] 1 LNS 8; [1959] MLJ 193; Ratten Singh v. PP [1970] 1 LNS 132; [1971] 1 MLJ 162). No such evidence was adduced by the prosecution. The further submission that Rayuan Jenayah No: A-05(M)-525-10/2018 19 the information supplied by PW3 does not, in any event, amount to prior knowledge as it was the accused who led the police to the house is without merit. Pointing out premises of which the address is known to the police cannot amount to first information as the police could find the location without assistance. My assessment of PW3’s credibility would have been different if not of the inherent weakness in the prosecution case to which I have made reference. The case for the prosecution which had rested on this piece of evidence therefore collapses. [46] Di dalam kes ini, TPR tidak memberi apa-apa alasan kukuh (cogent) kenapa keterangan SP2 berkait fakta itu harus ditolak. SP2 juga tidak dicabar kebolehpercayaan. Lantaran itu, keterangan SP2 mengenai fakta bahawa motokar itu dihantar ke bengkel pada hari kejadian diterima oleh Mahkamah ini. [47] Selanjutnya, pada dapatan Mahkamah ini, TPR tidak boleh menyalahkan SP2 yang tidak memberitahu fakta itu kepada SP8. Adalah menjadi tugas SP8 untuk membuat penyiasatan yang menyeluruh, bukan sahaja terhadap keterangan yang boleh menunjukkan kebersalahan Tertuduh, tetapi juga keadaan yang boleh menyelamatkan Tertuduh daripada pertuduhan. Adalah menjadi tugas SP8 untuk menanyakan soalan-soalan yang boleh membantu Tertuduh di dalam pembelaannya. Kedudukan ini dinyatakan oleh Abdul Wahab Patail HMR di dalam kes Bunya ak Jalong v. PP [2015] 5 MLJ 72 di m.s. 81-82 seperti berikut: [9] The duty of the investigators is to investigate the facts and to collect all the evidence. The police as investigators are public officers. Their concern must be to investigate the facts without fear or favour, so that all wrong-doers may be brought to justice. The completed investigation, Rayuan Jenayah No: A-05(M)-525-10/2018 20 complied in the investigation papers is referred to the public prosecutor if an offence is disclosed. A completed investigation is one that includes investigation of the defence that emerged from the investigation. This includes such gaps or weaknesses emerging from the statements of witnesses and of defences from the statement of the accused person. Such investigations may eliminate the gaps or weaknesses, and provide substance to be tested against defences when raised. This is important as it ensures that if charges are to be preferred, there are no gaps or weak links in the prosecution case in the way of a successful prosecution. [48] Di dalam kes ini, SP8 tidak menyiasat keterangan yang diberikan oleh SP2 di Mahkamah. Perlu diingat keterangan SP2 bahawa beg eks. P12 sentiasa berada di dalam motokar itu dan dadah jenis Cannabis dijumpai di dalam beg itu. Foremen yang membaiki motokar itu mempunyai ekses ke atas beg itu semasa motokar itu diserahkan kepadanya untuk dibaiki. Keterangan daripada foremen tersebut perlu bagi mengenepikan kemungkinan dadah tersebut dimasukkan ke dalam beg itu oleh foremen itu tanpa pengetahuan Tertuduh. Keadaan ini meninggalkan lompang di dalam kes pendakwaan. [49] Kes pendakwaan menjadi bertambah parah apabila SP2 diserahkan oleh anggota lokap itu dengan beberapa barangan termasuk dua (2) dompet yang mengandungi dokumen peribadi dua (2) individu yang SP2 tidak kenal, iaitu kad pengenalan Nor Ismawa Bt Muhamad (eks. D24) dan lesen memandu Iskabelah Bin Islahuddin (eks. D27). Daripada siapakah anggota lokap balai itu dapat barangan tersebut? Yang jelas, SP8 tidak merampas barangan tersebut, begitu juga dengan SP3. Secara misterinya, Rayuan Jenayah No: A-05(M)-525-10/2018 21 barangan itu diperolehi daripada Tertuduh sebelum dia dimasukkan ke dalam lokap balai itu. Kewujudan eksibit-eksibit tersebut menjadi suatu tanda tanya. SP3 tidak menemui barangan tersebut semasa membuat pemeriksaan fizikal ke atas Tertuduh dan motokar itu. SP8 pula tidak tahu menahu mengenai barangan itu sehinggalah peguambela menulis supucuk surat (eks. D49) kepada ketua Polis Daerah Kerian. Namun, siasatan tidak dijalankan oleh SP8. Sementara anggota lokap itu yang menyerahkan eksibit-eksibit tersebut kepada SP2 tidak dipanggil memberi keterangan. [50] Peguambela yang terpelajar di dalam pemeriksaan balas ke atas SP8 telah mencadangkan seperti berikut: Saya katakan pada masa OKT bekerja abang ipar OKT bernama Yusof bin Abdullah telah datang ke Lumut dan ajak OKT keluar minum. Saya tiada pengetahuan. Abang ipar OKT memaklumkan yang anak OKT demam atau tidak sihat. Saya tidak siasat. Pada masa itu OKT telah ikut abang ipar dia balik kerana kereta dia rosak (kereta WWA 1873). Saya tidak tahu. OKT telah beritahu kawan dia untuk ambil kereta di workshop dan kemudian datang ke rumah emak OKT di Bukit Mertajam. Kawan OKT bernama Iskabelah telah datang ke rumah OKT untuk jemput OKT balik. Saya tidak tahu. Rayuan Jenayah No: A-05(M)-525-10/2018 22 Semasa kawan OKT datang ke rumah emak OKT, abang ipar OKT ada di rumah dan lihat kedatangan kawan OKT itu? Saya tidak tahu. OKT dan kawannya beredar daripada rumah emaknya sekitar jam 9.00 malam. Saya tidak tahu. Di dalam perjalanan balik kawan OKT telah berhenti di satu restoran dan mereka makan dan minum di restoran itu di Bukit Mertajam. Saya tidak tahu. Semasa di restoran itu, kawan OKT beritahu seorang kawan perempuan kepada Iskabelah hendak tumpang naik kereta itu untuk pulang ke Lumut. Saya tidak tahu. Mereka meneruskan perjalanan dan masuk Tol Juru? Saya tidak tahu. Di dalam kereta itu OKT telah tertidur sehinggalah dikejutkan oleh polis. Saya tidak tahu. [51] Cadangan yang dibuat oleh peguambela terpelajar itu menunjukkan ada seorang lelaki yang dikatakan kawan Tertuduh bernama Iskabelah yang sama namanya dengan lesen memandu eks. D27 dan seorang perempuan menaiki motokar itu. Adakah dua (2) individu tersebut adalah pemilik dua (2) dompet yang Rayuan Jenayah No: A-05(M)-525-10/2018 23 mengandungi eks. D27 dan eks. D24 yang diserahkan kepada SP2? Adakah benar kedua-dua penama tersebut ada bersama dengan Tertuduh di dalam motokar itu sebelum Tertuduh ditinggalkan di R&R itu ketika sedang nyenyak tidur? Adakah kedua-dua penama itu yang memasukkan dadah-dadah itu di dalam eks. P12 dan eks. P13 tanpa pengetahuan Tertuduh semasa Tertuduh sedang tidur? Kemungkinan Tertuduh ditinggalkan di R&R itu tidak boleh dikesampingkan memandangkan Tertuduh berada di kerusi penumpang hadapan motokar itu yang tidak diletakkan di dalam petak parkir dengan sepatutnya dengan lampu, enjin dan penghawa dingin dihidupkan serta minyak yang hampir habis. Juga, tiada sebarang wang dan kad ATM serta telefon bimbit ditemui bersama Tertuduh. Pada dapatan fakta Mahkamah ini, adalah mustahil untuk seseorang yang membuat suatu perjalanan melalui lebih raya tidak membawa wang ataupun kad ATM, mahupun kad Touch n Go. Perkara-perkara itu diperlukan untuk memasuk ke lebuh raya bertol, seperti PLUS Highway. Dan, telefon bimbit juga suatu keperluan untuk kegunaan harian, dan kepentingannya lebih mendesak, jika seseorang itu berpergian agar mudah dihubungi. Jika benar, dakwaan SP8 bahawa dia menemui resit tol di atas dash board, bagaimanakah Tertuduh ingin membayar tol tanpa wang tunai atau kad ATM untuk mengeluarkan wang atau kad Touch n Go? Juga minyak motokar itu hampir kehabisan, bagaimana Tertuduh dapat membeli petrol. Fakta-fakta itu menjurus kepada kemungkinan bahawa Tertuduh telah dibawa ke R&R itu oleh orang lain. Orang lain itu, berkemungkinannya ialah Iskabelah Bin Islahuddin yang dikatakan telah menjemput Tertuduh di Bukit Mertajam, dan kemudiannya mengambil Nor Ismara Bt Mohamad. Kedua-dua penama itu, jika berada bersama Tertuduh sebelum dia ditangkap mempunyai ekses kepada eks. P12 dan eks. P13 semasa Tertuduh dikatakan sedang tidur. Mereka berdua boleh Rayuan Jenayah No: A-05(M)-525-10/2018 24 memasukkan dadah-dadah itu di dalam kedua-dua beg tanpa pengetahuan Tertuduh. [52] SP8 boleh dengan mudah menyelesaikan kemungkinan itu dengan mendapatkan kenyataan daripada kedua-dua penama tersebut. Setidak-tidaknya, SP8 boleh mendapatkan CCTV di Plaza Tol Kubang Semang, jika betul Tertuduh memasuki lebih raya PLUS daripada situ ataupun di Plaza Tol Juru sebagaimana cadangan peguambela Tertuduh. Malangnya, SP8 gagal untuk berbuat demikian. CCTV itu boleh menunjukkan sama ada Tertuduh memandu masuk ke lebuh raya PLUS seorang diri atau bersama orang lain atau beberapa orang lain. [53] Peguambela terpelajar juga mencadangkan kepada SP8 beberapa barangan Tertuduh yang berada di dalam beg eks. P12, iaitu Night Vision Goggle, lima (5) biji peluru 9 mm, GPS Garmin, satu kamera J1 Nikon, dan alat untuk membuka bom dipanggil “Lethermen” didapati telah hilang. Juga, dicadangkan bahawa wang tunai sejumlah RM1,500 yang ada di dalam dompet eks. P15 juga turut lesap. SP8 menjawab dia tiada pengetahuan. Kemungkinan item-item tersebut diambil oleh dua (2) penama itu, sebelum mereka meletakkan dadah-dadah tersebut di dalam eks. P12 dan eks. P13 tidak boleh dikesampingkan. Sekiranya, SP8 menyiasat penama Iskabelah Bin Islahuddin dan Nor Ismara Bt Mohamad isu ini boleh dirungkaikan. Kedua-dua penama itu adalah saksi yang material yang boleh merungkai teras kes pendakwaan bahawa tiada orang lain yang mempunyai ekses ke atas eks. P12 dan eks. P13, melainkan Tertuduh sahaja. Kegagalan mengemukakan kedua-dua penama itu menyebabkan berlaku kelompangan di dalam naratif kes pihak pendakwaan. Tanpa keterangan kedua-dua penama itu, pihak pendakwaan tidak boleh exclude penglibatan orang lain bersabit dadah-dadah tersebut. Di dalam keadaan tersebut anggapan bertentangan di bawah s. 114(g) Akta Rayuan Jenayah No: A-05(M)-525-10/2018 25 Keterangan 1950 perlu dibangkitkan ke atas kes pendakwaan - lihat kes-kes Khoon Chye Hin v. PP [1961] 1 MLJ 105; PP v. Lee Pak [1937] MLJ 256; Muharam bin Anson v. PP [1981] 1 MLJ 222; Mohd Shamshir bin Md Rashid v. PP [2008] 5 MLJ 80. [54] Apa yang jelas, penyiasatan SP8 tidak menyeluruh, khususnya selepas pendedahan SP2 di Mahkamah. Tiada siasatan lanjut dibuat. Tidak keterlaluan jika dikatakan siasatan SP8 adalah secara sambil lewa. Mahkamah Persekutuan di dalam kes Magendran a/l Mohan v. Public Prosecutor [2011] 6 MLJ 1; [2011] 1 CLJ 805 memberi nasihat berikut: Before parting with the case, it is necessary to state that from the facts and circumstances of this appeal it would appear to us that the investigation had been somewhat shoddy. Undoubtedly, heinous crimes are committed under great secrecy and that investigation of a crime is a difficult and tedious task. At the same time the life and personal liberty of a citizen is a precious one guaranteed by art. 5 of the Federal Constitution and its deprivation shall be only in accordance with law. (62) Thus, before accusing an innocent person of the commission of a grave crime like the one punishable under s. 302 of the PC, an honest, sincere and dispassionate investigation has to be made and to feel sure that the person suspected of the crime alone was responsible to commit the offence. Therefore, greater care and circumspection are needed by the investigating agency in this regard.” [37] Walaupun begitu, setelah mendengar keterangan saksi-saksi pembelaan, hakim bicara telah mengubah dapatan dan keputusannya terhadap pembelaan Perayu. Hakim bicara membuat dapatan yang Rayuan Jenayah No: A-05(M)-525-10/2018 26 berbeza apabila menolak sama sekali pembelaan Perayu dengan melabelkan pembelaan Perayu sebagai satu kepalsuan dan ketidakmunasabahan. Dalam penghakimannya, hakim bicara membuat dapatan berikut: “(32) Kepalsuan dan ketidakmunasabahan pembelaan OKT semakin terserlah dari keterangan OKT mengenai Iskabelah …… (33) Sekiranya Iskabelah ditahan di Unit PROTELA bagaimana mungkin penama itu boleh keluar dengan bebasnya daripada tahanan tanpa sebarang halangan dan sekatan untuk menguruskan penghantaran motokar …..” [38] Kami bersetuju dengan hujahan peguam bela terpelajar bahawa hakim bicara telah terkhilaf apabila menyamakan tahanan PROTELA seolah-olah sama seperti tahanan dalam penjara sedangkan tahanan PROTELA, Perayu masih bebas untuk meninggalkan kem pada bila-bila masa. Walau apa pun kes pendakwaan sepatutnya dapat dipertahankan sekiranya Iskabelah dipanggil sebagai saksi ‘rebuttal’ oleh pihak pendakwaan. Malangnya ini gagal dilakukan, malahan saksi ini langsung tidak disiasat. Begitu juga dengan saksi Nor Ismara langsung tidak disiasat oleh pihak polis sedangkan dokumen peribadi penama-penama tersebut berada bersama Perayu dalam kereta Myvi tersebut. [39] Kami bersetuju dengan hujahan peguam bela terpelajar bahawa terdapat salah arahan yang terjumlah ketidakarahan dilakukan oleh hakim bicara dalam kes ini sehingga telah mendatangkan prejudis kepada Perayu yang mengakibatkan satu kegagalan keadilan dalam menolak sama sekali pembelaan Perayu. Rayuan Jenayah No: A-05(M)-525-10/2018 27 Kesimpulan [40] Atas alasan-alasan yang kami sebutkan di atas, kami mendapati ada merit dalam rayuan Perayu. Sabitan ke atas Perayu tidak selamat. Oleh itu, rayuan Perayu dibenarkan. Sabitan dan hukuman terhadap Perayu atas ketiga-tiga pertuduhan oleh Mahkamah Tinggi diketepikan dan kami gantikan dengan perintah bahawa Perayu hendaklah dilepas dan dibebaskan dengan serta merta. Bertarikh: 15 November 2019 t.t. (KAMARDIN BIN HASHIM) Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia Kaunsel Bagi Pihak Perayu: Ghazali Ismail Tetuan Ghazali Ismail & Co. Bagi Pihak Responden: Nurul Farhana Khalid Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara Putrajaya