Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN TELUK INTAN DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN KES NO. AC-61-2-02/2021 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN MOHD NOOR IZZUDDIN BIN JAMALUDDIN (901218-11-5213) ALASAN PENGHAKIMAN Pengenalan
AC-61-2-02/2021
Sessions Court of Malaysia20 Feb 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN TELUK INTAN DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN KES NO. AC-61-2-02/2021 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN MOHD NOOR IZZUDDIN BIN JAMALUDDIN (901218-11-5213) ALASAN PENGHAKIMAN Pengenalan
1
Mohd Noor Izzuddin (OKT) telah dituduh memalsukan satu minit (P1A) tidak bernombor bertarikh 17 Februari 2020 di dalam kertas siasatan dengan niat untuk menyebabkan TPR Nur Diyana Binti Zubir (SP2) mempercayai bahawa minit tersebut dibuat oleh TPR Ainul Wardah Binti Shahidan (SP8). Kesalahan adalah di bawah Seksyen 463 Kanun Keseksaan.
2
Di akhir kes pendakwaan, Mahkamah Sesyen 2 Teluk Intan (Mahkamah ini) memutuskan pihak pendakwaan berjaya mengadakan satu prima facie case dan OKT dipanggil membela diri.
3
Di akhir kes pembelaan, Mahkamah ini telah memutuskan bahawa OKT gagal mengadakan satu keraguan yang munasabah. Oleh yang demikian, OKT telah didapati bersalah dan disabitkan di bawah Seksyen 463 Kanun Keseksaan.
4
Hukuman yang perlu dijalani OKT di bawah Seksyen 465 Kanun Keseksaan adalah.10 bulan penjara dari tarikh sabitan (20
5
Tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah ini, OKT memfailkan rayuan terhadap sabitan dan hukuman. Berikut adalah alasan dan justifikasi Mahkamah ini ke atas keputusan yang dibuat pada 20 Februari 2025.
6
Pertuduhan yang dirangka oleh pihak pendakwaan adalah seperti berikut: “Bahawa kamu pada 17 Februari 2020, di Pejabat Pegawai Penyiasat (2) Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Daerah Muallim, dalam Daerah Muallim, dalam Negeri Perak, telah memalsukan satu dokumen iaitu minit yang tidak bernombor bertarikh 17/2/2020, Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Perak Darul Ridzuan dalam kertas siasatan TG MALIM/ JSJN/ADB/190/19, dengan niat untuk melakukan fraud apabila kamu dengan curangnya telah membuat dokumen tersebut dengan niat untuk menyebabkan TPR Nur Diyana Binti Zubir mempercayai bahawa dokumen tersebut telah dibuat oleh TPR Ainul Wardah Binti Shahidan pada suatu masa yang kamu tahu dokumen tersebut tidak dibuat olehnya dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 463 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 Kanun yang sama.” Kes di peringkat pendakwaan 7. Saksi-saksi pendakwaan yang memberi keterangan adalah: Saksi Peranan SP1/ASP Lee Jiunn Wei Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Muallim SP2/ TPR Nur Diyana TPR Muallim SP3/ Siti Musliha Bt Mohamad Noor Ahli kimia SP4/Latipah Bt Sulaiman Jururekod Kemasukan Kertas Siasatan di PUU Perak SP5/Nor Ziela Bt Yusof Pembantu Tadbir IPD Muallim SP6/ Koperal Nur Hazwani Bt Jamaludin Koperal Bahagian Risikan, Operasi dan Tahanan SP7/Sarjan Mohd Riduan Bin Mohd Haizan Penolong Pegawai Penyiasat SP8/ TPR Ainul Wardah binti Shahidan TPR Ipoh SP9/ ASP David Anak Mybonie Pegawai Penyiasat Beban Pembuktian 8. Beban adalah pada tahap prima facie case seperti yang dinyatakan oleh Seksyen 173 (f)(ii): “(f)(i) Apabila kes pendakwaan berakhir Mahkamah akan mempertimbangkan sama ada pihak pendakwaan telah membuat suatu kes prima facie terhadap tertuduh.”
9
Prima facie case ini berjaya dibuktikan jika semua elemen seksyen 463 Kanun Keseksaan dapat dibuktikan pihak pendakwaan. Elemen-elemen tersebut adalah:
a
OKT mempunyai niat curang;
b
OKT memalsukan minit P1A tersebut;
c
Untuk memperdayakan TPR Nur Diyana dengan menyebabkan beliau mempercayai minit tersebut dibuat oleh TPR Ainul Wardah. Naratif Kes Pendakwaan 10. Pada 18 Februari 2020, SP2 yang berkhidmat sebagai TPR Muallim ketika itu telah memanggil OKT disebabkan kertas siasatan TG MALIM/ JSJN/ADB/190/19 adalah kertas siasatan yang dibuka oleh
11
Kertas siasatan tersebut diperlukan dengan kadar segera kerana kes telah dipanggil oleh Majistret untuk sebutan laporan kimia. SP2 telah menunggu kertas siasatan tersebut diserahkan kepada beliau sehingga 10.00 pagi. Memandangkan kertas siasatan tersebut belum sampai, SP2 menghubungi SP1 iaitu Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (KBND) untuk bertanyakan mengenai OKT dan kertas siasatan tersebut. SP2 mengarahkan agar kertas siasatan tersebut dihantar segera kepadanya.
12
Di Pejabat JSJN Muallim, SP5 yang bertugas mendaftar dan mengedar kertas siasatan mendapat panggilan dari anggota pada 18 Februari 2020 memaklumkan belum mendapat kertas siasatan dari OKT. OKT maklumkan akan serahkan sendiri kertas siasatan di Mahkamah.
13
Pada jam lebih kurang 10.15 pagi, OKT tiba di Mahkamah Slim River dan menyerahkan kertas siasatan tersebut kepada SP2. Kemudian, SP2 bertanyakan OKT sama ada terdapat arahan pinda pertuduhan oleh TPR di Ipoh kerana untuk kes-kes melibatkan seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB), hanya TPR-TPR tertentu di Ipoh mempunyai kuasa untuk memberikan arahan. Mereka adalah Tn Hj. Azhar Bin Mokhtar (Pengarah Pendakwaan Negeri Perak), Puan D Sunita Kaur Jessy (Timbalan Pengarah Pendakwaan), TPR How May Ling (TPR senior) dan TPR Ainul Wardah (TPR senior) dan TPR Maziyah Bt Mansor (TPR senior).
14
OKT mengatakan beliau telah memperoleh arahan dari pejabat TPR Ipoh. OKT juga memaklumkan SP2 bahawa terdapat 3 pertuduhan tambahan dan 1 pertuduhan pindaan bagi kertas siasatan tersebut.
15
Disebabkan SP2 mempercayai kata-kata OKT, SP2 terus melihat laporan kimia dan pertuduhan yang dirangka oleh OKT tanpa menyemak minit arahan TPR Ipoh. Pertuduhan-pertuduhan bagi kertas siasatan tersebut adalah:
a
Pertuduhan pindaan seksyen 12(2) ADB dan hukuman di bawah seksyen 39A(1) Akta yang sama;
b
Pertuduhan tambahan pertama di bawah seksyen 12(2) ADB dan hukuman di bawah seksyen 39A(1) Akta yang sama;
c
Pertuduhan tambahan kedua di bawah seksyen 12(2) ADB dan hukuman di bawah seksyen 12(3) Akta yang sama; dan
d
Pertuduhan tambahan ketiga di bawah Seksyen 6 ADB.
16
SP2 mengakui bahawa berat dadah di pertuduhan pindaan adalah sama dengan berat di laporan kimia tetapi beliau tidak menyedari jika digabungkan berat dadah jenis heroin iaitu 3.3 gram dan berat dadah monoacetylmorphines iaitu 2.6 gram ia akan jatuh kepada seksyen 39A(2) ADB di bawah bidang kuasa Mahkamah Sesyen serta jaminan tidak boleh diberikan.
17
Namun, memandangkan tertuduh Dinesh Kumar a/l Kalidas (tertuduh bagi kertas siasatan tersebut) tidak dituduh di bawah Seksyen 39A(2) ADB, jaminan telah diberikan oleh Mahkamah Majistret Slim River.
18
Sejurus selepas selesai kes disebut, SP2 telah menyemak minit dalam kertas siasatan tersebut dan mendapati tiada langsung arahan pinda pertuduhan dari TPR Ipoh. Oleh itu, SP2 telah minit kertas siasatan tersebut kepada SP1 melalui minit 34 dan mengarahkan OKT segera ke Pejabat TPR di Ipoh untuk mendapatkan arahan. Kertas siasatan itu diserahkan SP2 kepada Koperal Mohd Zaharudin Bin Mohd Zain untuk diserahkan kepada
19
Setelah kertas siasatan tersebut sampai di Pejabat JSJN IPD Muallim,SP5 telah menerima kertas siasatan tersebut dan membaca minit SP2 untuk OKT mengambil tindakan segera merujuk TPR Perak bagi arahan lanjut. Disebabkan SP1 tiada di situ, SP5 merujuk Insp Maslina iaitu Pegawai Kanan Narkotik ketika itu.
20
Setelah kertas siasatan itu diserahkan kembali kepada SP5 oleh Insp Maslina, SP5 membelek minit-minit di dalam kertas siasatan tersebut dan mendapati terdapat minit tidak bernombor (minit P1A) di antara minit 30 dan minit 31. SP5 memanggil SP6 untuk melihat minit tersebut (P1A). Apabila OKT sampai, SP5 telah bertanyakan OKT kenapa memasukkan minit yang telah difotostat ke dalam kertas siasatan tersebut. OKT mengatakan minit asal telah jatuh, kotor dan ada kesan koyakan. SP5 meminta OKT memasukkan minit asal ke dalam kertas siasatan namun OKT mengatakan tidak apa, guna sahaja minit itu dahulu. SP5 kemudian menyerahkan kertas siasatan tersebut kepada OKT
21
Pada 19 Februari 2020, SP1 telah menelefon SP2 memaklumkan OKT tidak ke pejabat TPR Ipoh kerana arahan pindaan pertuduhan telah diperolehi Cuma tiada di dalam kertas siasatan.
22
22.
Preamble
Menurut SP1, beliau telah ditunjukkan sehelai kertas minit tidak bernombor (P1A) yang telah ditandatangani oleh TPR Ainul Wardah Binti Shahidan (SP8) bertarikh 17 Februari 2020. Namun menurut SP1 lagi minit tersebut berupa salinan fotostat berwarna dan bukan salinan asal. Pada ketika itulah SP2 mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dengan minit tersebut.
23
Bagi mengesahkan ketulenan minit bertarikh 17 Februari 2020 tersebut, SP2 telah menghubungi SP8. Namun SP8 memaklumkan SP2 bahawa beliau tidak membuat minit tersebut kerana pada 17 Februari 2020 beliau tiada di pejabat TPR Ipoh kerana terlibat dengan perbicaraan di mahkamah.
24
Pada hari yang sama, kertas siasatan tersebut telah diberikan oleh SP7 kepada SP2 untuk semakan minit yang dimaksudkan. SP2 melihat minit tidak bernombor tersebut terletak di antara minit 30 dan minit 31.Menurut SP2 lagi, minit tersebut bukan dihasilkan melalui tulisan tangan tetapi melalui cetakan fotostat berwarna. SP2 tidak menanyakan OKT tentang minit tersebut.
25
Keesokan harinya (20 Februari 2020), SP2 ke pejabat TPR Ipoh dan berjumpa dengan SP8. Setelah melihat minit tersebut, SP8 menafikan minit tersebut adalah darinya. SP8 juga telah menyemak daftar kemasukan kertas siasatan di Pejabat TPR Ipoh dan mendapati tiada pergerakan keluar masuk kertas siasatan TG MALIM/ JSJN/ADB/190/19. Oleh itu, SP8 telah membuat laporan polis berkenaan pemalsuan minit. Hujahan Pembelaan (diringkaskan)
26
Pihak pembelaan menghujahkan pihak pendakwaan telah gagal membuktikan satu prima facie case terhadap OKT kerana:
a
Pertuduhan tidak sempurna dan memprejudiskan OKT. - Tiada sebarang masa dinyatakan di dalam pertuduhan. - Tiada saksi yang dapat mengesahkan tarikh tepat minit palsu (P1A) dibuat. - Bagi kes ini kegagalan menyatakan masa dalam pertuduhan adalah fatal kerana SP9 sendiri mengakui pada tarikh pertuduhan OKT bukan sahaja berada di balai sahaja tetapi turut berada di Ipoh. - Kegagalan menyatakan masa menyebabkan OKT tersalah arah di dalam pembelaan dan memfailkan alibi sekiranya perlu. Sekiranya OKT dipanggil membela diri pula, OKT tidak akan dapat membela diri dengan sempurna. Walhal pihak pendakwaan mempunyai segala rekod, catatan dan sistem untuk mengesahkan masa dan keberadaan OKT pada hari kejadian.
b
Tiada keterangan yang konklusif atau selamat dapat menunjukkan minit P1A dibuat dan dipalsukan oleh OKT. - Naratif kes pendakwaan yang mengatakan OKT-lah yang memalsukan hanya disokong circumstancial evidences semata. - Tiada saksi mata dikemukakan pihak pendakwaan. - Tiada keterangan terdapat aktiviti ‘cut and paste’ dibuat OKT. Tiada usaha dari pihak pendakwaan mengesan bukti-bukti ‘cut and paste’seperti kertas-kertas minit yang ditebuk dan digunting di pejabat ataupun di rumah - Mesin cetak yang dikemukakan pendakwaan di dalam mahkamah pun tidak dapat mengesahkan bahawa ia digunakan OKT untuk mencetak P1A. - Keterangan ahli kimia (SP3) hanya dapat mengesahkan tulisan di minit P1A adalah milik SP8 tetapi beliau tidak dapat menyatakan secara konklusif bahawa P1A adalah cetakan mesin yang dirampas polis dan diperiksa oleh beliau. SP3 hanya menyatakan wujud persamaan dalam sistem cetakan. Oleh itu kemungkinan P1A dicetak oleh mesin cetak yang lain yang mempunyai sistem yang sama dengan mesin cetak yang dikemukakan di mahkamah. - Keterangan SP5 dan SP6 adalah very incriminating kerana mereka adalah pihak pertama yang menemui minit P1A. Sekiranya diteliti, jawapan yang diberikan SP5 dan SP6 menunjukkan mereka tidak pernah menunjukkan minit P1A secara spesifik kepada OKT. - Maka, tidak boleh disahkan bahawa jawapan OKT kepada SP5 dan SP6 adalah merujuk kepada minit P1A ataupun minit lain.
c
Tiada keterangan yang menunjukkan bahawa P1A adalah untuk memperdaya SP2. - SP2 tidak membaca minit P1A sebelum menyebut kes di Mahkamah Majistret pada 18 Februari 2020. Satu pertuduhan pindaan dan 3 pertuduhan tambahan dibacakan kepada tertuduh tanpa SP2 melihat minit di kertas siasatan. - SP2 hanya bergantung kepada makluman OKT bahawa arahan TPR Ipoh telah diperolehi. SP2 juga mengakui berat dadah dalam laporan kimia serta pindaan pertuduhan adalah sama tetapi beliau gagal menggabungkan berat dadah heroin dan monoacetylmorphine kerana beliau ‘tidak sedar’ - Minit P1A tidak ditujukan kepada SP2 sebaliknya kepada SP1.Oleh itu adalah mustahil SP2 diperdayakan. - Sebagaimana keterangan SP9, minit hendaklah diambil maklum dan tindakan oleh individu yang mana minit tersebut ditujukan.
d
Siasatan yang lemah telah memprejudiskan OKT - Sekiranya minit 33 diteliti, SP2 tidak pernah meminta arahan TPR Kanan Ipoh sebaliknya arahan adalah untuk pindaan pertuduhan. Dalam siasatan SP9, tiada keterangan yang menjelaskan mengapa SP2 tidak meminta arahan dari TPR Kanan Ipoh menerusi minit dalam kertas siasatan tersebut. - Kesilapan dan kecuaian SP2 tidak merujuk minit arahan TPR Ipoh sebelum pertuduhan pindaan dan tambahan dikemukakan di Mahkamah Majistret boleh mewujudkan motif untuk SP2 memalsukan minit seperti di P1A. - Keterangan kes menunjukkan kertas siasatan bagi kes di Slim River boleh di-access oleh ramai pihak. - SP9 tidak memeriksa mesin cetak pihak lain dan tidak menyiasat individu lain bagi kes ini. Siasatan secara ‘’tunnel vison” oleh SP9 telah memprejudiskan OKT daripada mendapat kelebihan siasatan yang kompeten dan adil. Hujahan Pendakwaan (diringkaskan)
27
Pihak pendakwaan menghujahkan satu prima facie case telah berjaya dibuktikan bagi kes ini.
28
Adalah dihujahkan bahawa tindakan OKT sendiri yang memaklumkan SP2 bahawa arahan telah diperoleh sedangkan kertas siasatan tidak pernah didaftar masuk atau keluar di Pejabat TPR Ipoh pada 17 Februari 2020. Selain itu SP8 mengesahkan tidak berjumpa OKT pada tarikh seperti di minit P1A menunjukkan bahawa OKT telah memperdaya SP2 bahawa arahan pindaan telah diperolehi daripada TPR Kanan Ipoh.
29
Adalah dihujahkan lagi OKT sendiri telah menyerahkan kertas siasatan kepada SP2 walhal sebagai pegawai penyiasat OKT seharusnya menyemak kertas siasatan terlebih dahulu dan memaklumkan kepada SP2 mengenai P1A namun OKT tidak berbuat demikian. Perkara ini hanya disedari SP2 setelah melihat kertas siasatan usai menyebut kes di Mahkamah Majistret. Memandangkan tiada langsung minit arahan pindaan dari TPR Ipoh, OKT diarahkan mendapatkan arahan tersebut dari TPR Ipoh.
30
Dari segi pengecaman minit P1A, saksi-saksi pendakwaan mengatakan ianya adalah salinan fotostat berwarna bukan minit asal. Analisa Mahkamah di Akhir Kes Pendakwaan 31. Daripada keterangan saksi-saksi pendakwaan, minit P1A yang terdapat di antara minit 30 dan minit 31 adalah minit palsu. Ia adalah minit palsu kerana ia adalah dari cetakan mesin pencetak, tiada bernombor dan kandungan minit P1A tidak diakui dibuat oleh SP8.
32
Pihak pendakwaan telah mengemukakan mesin pencetak (P6A) yang dikaitkan dengan minit P1A-iaitu PIA dikatakan dicetak menggunakan P6A.
33
Pihak pendakwaan juga memanggil SP3 yang menganalisa minit P1A. Hasil analisa ini dizahirkan melalui laporan kimia (P12). Kesimpulan yang dibuat oleh SP3 ialah tandatangan di minit P1A adalah konsisten dihasilkan oleh proses percetakan ink jet. Tulisan juga bukan hasil tulisan tangan tetapi melalui proses percetakan ink jet, kemungkinan dihasilkan secara manipulasi menggunakan teknik scan, cut and paste. Cuma, SP3 tidak dapat mengesahkan proses cetakan tersebut adalah melalui P6A dan adakah ianya dibuat oleh OKT.
34
Kenapa hanya OKT dikaitkan dengan minit P1A ini? Ia adalah kerana OKT adalah Pegawai Penyiasat kes tertuduh yang bernama Dinesh Kumar a/l Kalidas tersebut. OKT bertanggungjawab mendapatkan arahan daripada TPR Kanan Ipoh untuk pertuduhan pindaan selepas mendapat laporan kimia. Sebagai Pegawai Penyiasat juga, OKT tahu selok belok kertas siasatan tersebut.
35
Apabila ditanya oleh SP5 mengapa memasukkan minit fotostat ke dalam kertas siasatan TG MALIM/ JSJN/ADB/190/19, OKT menjawab kerana minit asal jatuh, kotor dan ada kesan koyakan. Namun pada bila-bila masa, tidak pernah minit asal dikemukakan OKT kepada SP5.
36
Mahkamah ini berpendapat niat untuk memperdayakan SP2 wujud sejurus OKT memberitahu SP2 pada 18 Februari 2020, telah ada minit arahan pindaan pertuduhan daripada TPR Kanan Ipoh. Walaupun SP2 tidak merujuk minit yang dimaksudkan OKT, mala fide tersebut telah wujud sejurus OKT memberitahu SP2 minit arahan tersebut ada di dalam kertas siasatan TG MALIM/
37
Apatah lagi ketika SP8 dirujuk minit P1A, beliau menafikan ia dibuat beliau kerana beliau tiada di pejabat TPR Ipoh pada 17 Februari 2020 disebabkan menghadiri perbicaraan di mahkamah. Beliau mengemukakan salinan kad mencatat waktu bertarikh 17 Februari 2020 yang menunjukkan beliau berada di Mahkamah Tinggi Ipoh. Daftar Kertas Siasatan Februari 2020 juga tidak menunjukkan kertas siasatan TG MALIM/ JSJN/ADB/190/19 ada didaftarkan di Pejabat TPR Ipoh.
38
Dari fakta-fakta inilah, dapat dilihat wujudnya niat jahat dari OKT yang seterusnya menyebabkan pemalsuan minit P1A.
39
Justeru, setelah meneliti keseluruhan keterangan saksi-saksi pendakwaan, bukti-bukti yang dikemukakan berserta nas undang-undang yang berkaitan, Mahkamah ini berpendapat pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan adanya prima facie case dan OKT dipanggil membela diri. Di dalam memutuskan sedemikian, mahkamah ini merujuk kes Looi Kow Chai & Anor v. PP [2003] 1CLJ 734 di mana YA Gopal Sri Ram HMR (pada ketika itu) memutuskan: “It therefore follows that there is only on exercise that a judge sitting alone under section 180 of the code has to undertake at the close of the prosecution case. He must subject the prosecution evidence to maximum evaluation and ask himself the question: If I decide to call upon the accused to enter his defence and he elects to remain silent, am I prepared to convict him on the totality of the evidence contained in the prosecution case? If the answer is in the negative then no prima facie case has been made out and the accused would be entitled to an acquittal.” Kes di Peringkat Pembelaan 40. Di peringkat pembelaan OKT tidak mengemukakan saksi lain. Berikut adalah ringkasan keterangan OKT: - OKT mengakui kertas siasatan yang berkaitan dengan pemalsuan minit P1A adalah di bawah tanggungjawab OKT; - OKT mengakui SP2 ada menghubunginya banyak kali supaya membawa kertas siasatan tersebut ke Mahkamah Slim River bagi tujuan sebutan kes; - OKT mengakui ada berjumpa SP1 terdahulu untuk mendapatkan arahan melalui minit sebelum berjumpa SP2; - Apabila OKT menyerahkan kertas siasatan kepada SP2 di Mahkamah Slim River, OKT memaklumkan SP2 bahawa SP1 telah minit pada kertas siasatan berkenaan. Minit ini adalah dari SP1 (Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Mualim) kepada SP2(TPR); - Disebabkan ada minit dari SP1 ke SP2, OKT beranggapan telah ada arahan dari TPR Kanan di Ipoh; - OKT mengakui tiada arahan di dalam kertas siasatan untuk dirinya merujuk kertas siasatan itu di Ipoh, jadi dia tidak pergi ke Pejabat Timbalan Pendakwaraya di Ipoh-lah; - Walaubagaimanapun, semasa pemeriksaan balas, OKT nampaknya faham akan tanggungjawabnya sebagai IO dan sedia maklum untuk kes 39B ADB perlu merujuk TPR Kanan di Ipoh; - OKT setuju bahawa untuk arahan pindaan, perlu dirujuk ke TPR Kanan di Ipoh dahulu; - OKT juga bersetuju dengan cadangan TPR bahawa pada perenggan 3 di minit 34, arahan dari SP2 untuk OKT ialah ‘sila jumpa DPP asal untuk arahan segera’. OKT bersetuju bahawa ‘DPP asal’ ialah SP8 kerana bagi kertas siasatan tersebut, SP8 ada meminitkan arahan-arahan di dalam kertas siasatan tersebut sebelum ini; - Berkenaan sama ada OKT ada berjumpa SP8 di Ipoh untuk minit kertas siasatan tersebut, OKT menafikan ada bertemu SP8 dan menafikan minit palsu iaiatu P1A adalah ciptaannya; - OKT mengaku ada ke Ipoh pada 17hb Februari ke Jabatan Kimia sahaja dan bukan untuk bertemu SP8; - OKT menafikan P1A (minit palsu) dibuat untuk menipu SP2; - Kertas siasatan kes tersebut lambat diserahkan kepada SP2 di Mahkamah Majistret Slim River pada 18hb Februari 2020 kerana OKT baru menerima laporan kimia dari Jabatan Kimia di Ipoh pada 17hb Februari 2020. Setelah itu ia lambat diminit oleh SP1 kerana SP1 terbabit dengan mesyuarat pada pagi 18hb Februari 2020. Hujahan Pembelaan (diringkaskan)
41
Adalah dihujahkan bahawa pembelaan OKT bukanlah suatu afterthought kerana sejak dari siasatan bermula lagi, OKT mengatakan tidak pernah melihat dan membuat minit P1A tersebut. Notis Alkontra telah dibuat dari awal siasatan lagi. OKT tidak pernah mempunyai niat curang memperdayakan SP2 kerana apa yang dimaklumkan kepada SP2 adalah berdasarkan minit di dalam kertas siasatan dan fakta kes pada masa tersebut.
42
Berdasarkan D32 (rakaman percakapan 112 OKT), SP9 sebagai IO langsung tidak bertanya tentang dakwaan SP1,SP2 dan saksi-saksi pendakwaan lain kepada OKT. Dakwaan-dakwaan ini hanya ditimbulkan semasa perbicaraan. Oleh itu dihujahkan terdapat kelemahan dalam siasatan kes OKT ini.
43
Selain itu, pembelaan OKT bukanlah satu bare denial kerana OKT memaklumkan SP2 bahawa telah ada arahan dari SP8 di dalam kertas siasatan disebabkan OKT beranggapan: i. SP1 sedia maklum bahawa kes tersebut akan disebut di Mahkamah Majistret Slim River pada pagi berkenaan kerana SP1 sendiri telah dihubungi SP2 untuk mempercepatkan penghantaran kertas siasatan kepada beliau pagi tersebut; ii. SP1 telah membaca keseluruhan minit dan laporan kimia kes tersebut. ini menunjukkan SP1 sedar bahawa arahan TPR Kanan belum diperolehi untuk pindaan pertuduhan; iii. SP1 tidak memberi sebarang arahan kepada OKT untuk memohon sebarang penangguhan singkat; iv. Namun, SP1 di dalam minitnya telah memohon pindaan pertuduhan dibuat. Minit SP1 tersebut dilihat tidak ditujukan secara khusus sama ada kepada TPR Ipoh atau TPR Kanan; v. Adalah dihujahkan bahawa mana mungkin SP1 sebagai Ketua Bahagian Narkotik Daerah (KBND) memohon untuk pertuduhan dipinda tanpa sebarang persetujuan TPR Kanan sedangkan beliau telah meneliti kertas siasatan dan tidak meminta sebarang penangguhan langsung.
44
Adalah dihujahkan lagi, OKT mencetak kertas minit kerana kertas minit PDRM tersebut berbeza spacing, format daripada kertas bergaris biasa. OKT mencetak kertas minit tersebut kerana untuk memohon daripada pihak logistik PDRM memerlukan masa dan kertas minit tersebut sering habis. OKT telah menunjukkan perbezaan kertas minit yang dibekalkan PDRM dan kertas bergaris biasa.
45
Jika dilihat dari segi motif pula, tiada motif OKT untuk membuat P1A. Adalah dihujahkan lagi jika benar OKT ingin memalsukan minit tersebut, seharusnya nombor minit tersebut disambung bagi menunjukkan kesinambungan arahan. Hal yang terjadi pada minit palsu P1A menunjukkan ianya dibuat oleh seseorang yang tidak berpengalaman dalam pengendalian minit. OKT telah disiasat secara menyeluruh menunjukkan tiada monetory motives mahupun habitual recklessness dari OKT. Sebelum ini, OKT tidak pernah dituduh meminta suapan rasuah bagi mana-mana kertas siasatan lain. Hujahan Pendakwaan (diringkaskan)
46
Pihak pendakwaan menghujahkan bahawa keterangan OKT di peringkat pembelaan adalah a mere denial and afterthought.
47
OKT sebagai pegawai polis serta pegawai penyiasat mempunyai pengetahuan bahawa untuk mendapatkan arahan tuduh mahupun pindaan di bawah Seksyen 39B(1) ADB, kertas siasatan perlu dihantar ke Pejabat Timbalan Pendakwaraya di Ipoh.
48
Jika OKT tidak mengetahui atau melihat minit palsu (P1A) bertarikh 17/2/2020 tersebut, OKT boleh mengambil langkah awal memaklumkan kepada SP2. Namun mengikut keterangan SP2, OKT telah memaklumkan beliau secara lisan di Mahkamah Slim River bahawa arahan tuduh telah diperolehi dari SP8 iaitu TPR Kanan di Ipoh ketika itu. Tindakan OKT ini menunjukkan adanya niat curang untuk memperdayakan SP2.
49
Ditekankan oleh pihak pendakwaan di para 2.3 hujahan bertulis bahawa apabila kertas siasatan narkotik dibuka di bawah Seksyen 39B ADB 1952 dirujuk kepada TPR di Ipoh untuk mendapatkan arahan pindaan seksyen, minit yang ditulis adalah kepada ‘Ketua Bahagian Siasatan’ dan bukan kepada Pegawai Penyiasat atau TPR lain. Hal ini kerana Pegawai Penyiasat yang perlu menyediakan pertuduhan baru dan dimasukkan ke dalam sistem berdasarkan arahan pindaan.
50
Pihak pendakwaan berhujah lagi di para 2.4 hujahan bertulis bahawa SP1 telah memberi arahan untuk mohon pindaan dibuat berdasarkan minit sebelumnya. Tugas OKT sebagai pegawai penyiasat adalah untuk membawa dan memastikan kertas siasatan tersebut dibawa ke Ipoh untuk mendapatkan arahan pindaan, namun rekod di Pejabat Timbalan Pendakwaraya Ipoh membuktikan tiada rekod kertas siasatan tersebut didaftar pada 17/2/2020. Manakala SP8 mengakui tidak pernah berjumpa dengan OKT bagi tujuan minit kertas siasatan tersebut. Analisa Mahkamah di Akhir Kes Pembelaan 51. Pada peringkat ini, mahkamah ini perlu menentukan sama ada pembelaan OKT membentuk satu keraguan yang munasabah ataupun tidak.
52
Semasa memberi keterangan, OKT menafikan membuat minit palsu (P1A). Dihujahkan oleh peguam terpelajar juga bahawa tiada motif untuk OKT berbuat demikian.
53
Berkaitan dengan motif, mahkamah ini berpendapat keperluan untuk sesuatu motif dibuktikan bukanlah sesuatu yang mandatori di dalam kes-kes jenayah. Pihak pendakwaan tidak perlu membuktikan OKT ada menerima suapan/ rasuah untuk membuat P1A. Tiada keperluan sejauh itu.
54
Berkaitan minit P1A, mahkamah ini telah memutuskan di peringkat pendakwaan bahawa ianya memang minit palsu kerana tidak diakui oleh SP8. Walaupun terdapat cop dan tandatangan SP8 pada P1A, SP8 menafikan beliau ada membuat minit tersebut kerana pada tarikh minit 17/2/2020 beliau menjalankan perbicaraan di Mahkamah Tinggi Ipoh dan tidak masuk ke ofis. Keterangan beliau disokong oleh kad perakam waktu beliau (P19). Selain itu SP4 yang mengawalselia kemasukan kertas siasatan di Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Ipoh juga mengakui tidak pernah merekod kemasukan kertas siasatan tersebut di mana Pegawai Penyiasatnya adalah OKT.
55
Selain itu, SP5 (Pegawai Tadbir) yang mendaftar kertas siasatan di IPD Muallim tempat OKT bekerja telah terlihat P1A di dalam kertas siasatan tersebut. Pada 18/2/2020 setelah kertas siasatan disebut di Mahkamah Slim River, SP5 mendapati P1A yang tidak bernombor berbeza daripada minit-minit lain. Beliau kemudiannya bercakap dengan OKT bertanyakan kenapa memasukkan minit fotostat (P1A) ke dalam kertas siasatan tersebut. OKT memberitahunya minit asal telah jatuh, terkoyak dan kotor jadi P1A boleh digunapakai dahulu.
56
Pada pendapat mahkamah ini, tiada siapa yang mahu mengenakan OKT sama ada SP1,SP2, SP5, SP8 hinggalah ke SP9. OKT sebagai pegawai penyiasat telah mengakui bahawa kertas siasatan itu ada padanya sepanjang masa dan OKT memang tahu kandungan setiap minit di dalam kertas siasatan tersebut. Tambahan pula, kertas siasatan tersebut adalah berkaitan Seksyen 39B ADB.
57
Adalah jelas OKT tahu SOP perjalanan kertas siasatan berkaitan Seksyen 39B (1) ADB. OKT perlu mendapat arahan mana-mana TPR Kanan di Ipoh.
58
Jika dilihat pada keterangan saksi-saksi pendakwaan berserta eksibit-eksibit pendakwaan dan juga keterangan OKT sendiri, individu yang mempunyai alasan untuk membuat P1A tidak lain tidak bukan adalah OKT-bukan SP1,SP2, SP5, SP8 dan SP9. Apatah lagi OKT memberitahu SP2 bahawa telah ada minit arahan dari TPR Kanan Ipoh sewaktu di Mahkamah Majistret Slim River pada 18/2/2020.
59
Sebaliknya, kepada SP5, OKT memaklumkan minit asal telah jatuh, terkoyak dan kotor jadi tidak mengapalah jika minit P1A dibiarkan sahaja berada di dalam kertas siasatan tersebut bagi menggantikan minit asal. Jika OKT ragu-ragu akan minit P1A, awal-awal lagi dia memaklumkan SP2 bahawa dia juga meragui minit P1A tersebut. OKT juga akan memaklumkan SP5 bahawa OKT ragu-ragu akan minit tersebut dibuat oleh SP8 bukan mengatakan minit asal telah jatuh, terkoyak dan kotor lalu terpaksa digantikan dengan P1A.
57
Mahkamah ini juga berpendapat minit palsu P1A sengaja tidak diberikan nombor kerana minit-minit lain telah ada turutan nombor. Si pelaku iaitu OKT mati akal/ buntu untuk meletakkan nombor apa kerana minit-minit sebelum dan selepas itu telah ada turutan nombor yang betul. Oleh kerana itu OKT memaklumkan SP5 bahawa minit asal telah jatuh, terkoyak dan rosak.
58
Walaupun semasa menerima kertas siasatan tersebut di Mahkamah Majistret Slim River, SP2 tidak perasan akan minit palsu P1A itu dan mempercayai bulat-bulat kata-kata OKT, kecuaian SP2 tidak menggoyahkan kes pendakwaan terhadap OKT. Apatah lagi, setelah selesai sebutan di Mahkamah Slim River, SP2 melihat semula kertas siasatan tersebut, merasa ragu-ragu beliau merujuk SP8 di Ipoh. Akhirnya terjawab bahawa minit P1A tidak dibuat oleh SP8 pun kerana pada tarikh di minit palsu P1A ,SP8 tidak masuk ke ofis untuk meminit kertas siasatan.
59
Adalah dihujahkan oleh peguambela terpelajar berdasarkan D32 (rakaman percakapan 112 OKT), SP9 sebagai IO langsung tidak bertanya tentang dakwaan SP1,SP2 dan saksi-saksi pendakwaan lain kepada OKT. Dakwaan-dakwaan ini hanya ditimbulkan semasa perbicaraan. Oleh itu dihujahkan terdapat kelemahan dalam siasatan kes OKT ini. Mahkamah ini berpendapat, berkaitan cara siasatan, ianya terpulang kepada pendekatan seseorang pegawai penyiasat. Apa yang penting adalah output siasatan. Selagi cara siasatan tidak menyalahi undang-undang, terpulanglah kepada setiap pegawai penyiasat bagaimana untuk menyiasat kes beliau.
60
Pada pendapat mahkamah ini, walaupun OKT diberi peluang membela diri, tetaplah jua beliau gagal mengadakan satu keraguan yang munasabah. Hal ini adalah kerana semua aspek fakta menjurus kepada ‘OKT-lah yang membuat minit P1A yang palsu tersebut’ dan bukannya individu lain. Justeru, mahkamah ini mendapati OKT bersalah dan mensabitkan OKT pada 20 /2/2025. Hukuman 61. Hukuman yang dijatuhi terhadap OKT adalah 10 bulan penjara dari tarikh sabitan iaitu 20/2/2025.
62
Jika dilihat pada Seksyen 456 Kanun Keseksaan, mahkamah ini mempunyai pilihan sama ada untuk menjatuhkan hukuman penjara tidak lebih dari 2 tahun ataupun denda ataupun kedua-duanya. Namun mahkamah ini memilih untuk mengenakan penjara selama 10 bulan dari tarikh sabitan.
63
Mahkamah ini berpendapat hukuman tersebut adalah wajar, adil dan tidak berlebih-lebihan. Mahkamah ini tidak mengenakan hukuman denda kerana OKT tidak mengaku salah. Seramai 10 orang saksi telah memberi keterangan termasuk OKT sendiri. Ia adalah satu proses yang panjang. Memandangkan OKT tidak mengaku salah seawal waktu, maka tiada diskaun hukuman untuk
64
Penjara 10 bulan bukanlah sesuatu yang manifestly excessive kerana hukuman penjara maksima adalah 2 tahun. Mahkamah ini menimbangkan bahawa pemalsuan adalah melibatkan 1 minit sahaja (minit P1A). Jika melibatkan lebih banyak minit di dalam kertas siasatan tersebut, maka pemenjaraan lebih panjang atau pemenjaraan maksima akan dikenakan.
65
OKT juga adalah seorang yang sihat tubuh badan, masih muda dan matang. Justeru OKT dilihat ‘layak’ dikenakan hukuman penjara walaupun tiada sabitan lampau sebelum ini.
66
Walaupun OKT ini menanggung keluarga serta mempunyai anak yang masih kecil, OKT perlu menanggung natijah di atas perbuatannya sebagai pengajaran bukan sahaja buat OKT tetapi buat masyarakat di negara ini. Mahkamah ini merujuk kes Letitia Bosman v. Public Prosecutor [2020] 5MLJ 277 menyatakan: “In passing sentence, the court takes into consideration the mitigating and aggravating factors in order to ensure that the sentence is in accordance with the law. Passing a sentence according to law means the sentence imposed must not only be within the ambit of the sentence period but also assessed and passed according to established judicial principles.”
67
Di dalam kes ini, mahkamah ini berpendapat hukuman terhadap OKT adalah satu hukuman yang adil dan mengikut prinsip undang-undang. Apatah lagi kes pendakwaan adalah kuat dan pembelaan OKT hanyalah sekadar bare denials. Bertarikh: 24 Jun 2025 Pihak pendakwaan: TPR Azalea Sharmeen Binti Zaizan Pihak pendakwaan: Encik Ozier Farhan Bin Mohd Khanafeh dari Chambers of Solehuddin & Ozier, Seksyen 7 Shah Alam, Selangor Disediakan oleh,
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.