(iii) Kini menghadapi kesusahan hidup akibat perbuatannya. [30] Semasa prosiding rayuan di Mahkamah Tinggi pula, Perayu hanya membangkitkan penghujahan berkenaan hukuman sahaja iaitu sama ada hukuman pemenjaraan harus berjalan secara serentak atau berasingan. Isu berkaitan sabitan tidak langsung dihujahkan oleh peguambela Perayu meskipun tidak dinafikan di dalam Petisyen Rayuannya beliau ada membangkitkan tentang isu sabitan. Walaupun begitu, berdasarkan kepada rekod prosiding di Mahkamah Tinggi, peguambela Perayu dengan jelas menghujahkan seperti berikut: P/Bela: Pendengaran rayuan Perayu. Perayu telah buat pengakuan salah di Mahkamah Sesyen dan merayu di Mahkamah ini untuk sabitan dan hukuman. Berdasarkan petisyen rayuan hanya akan fokus kepada hukuman. [31] Rujukan juga dibuat kepada Alasan Penghakiman Pesuruhjaya Kehakiman yang bijaksana yang telah membuat keputusan berkenaan dengan isu ini dan kami petik: [3] Walaupun Notis Rayuan bagi Rayuan Pertama dan Rayuan Kedua oleh Perayu ini adalah terhadap keseluruhan keputusan HMS, namun begitu, Rangka Hujahan Bertulis Perayu bagi kedua-dua rayuan hanya dihadkan kepada rayuan terhadap hukuman sahaja. Malahan, semasa kedua-dua rayuan ini ditetapkan untuk pendengaran di hadapan Mahkamah ini, Perayu telah sekali lagi menegaskan bahawa kedua-dua rayuan hanya melibatkan isu hukuman sahaja dan tidak menyentuh isu sabitan. Sehubungan itu, Mahkamah ini tidak akan menyentuh atau membuat sebarang keputusan berkaitan sabitan bagi kedua-dua rayuan ini, lebih-lebih lagi dalam keadaan di mana Perayu telah menukar pengakuannya kepada pengakuan bersalah atas pertuduhan-pertuduhan yang dihadapkan terhadapnya. [4] Rayuan Perayu secara khususnya merujuk kepada isu kekhilafan HMS dalam menjatuhkan hukuman penjara secara berasingan (consecutive) bagi keempat-empat pertuduhan terhadap Perayu, dan juga kekhilafan HMS kerana gagal mengambilkira ‘totality principle’ dalam menjatuhkan hukuman-hukuman penjara secara berasingan tersebut. [32] Meneliti keseluruhan isi kandungan rekod rayuan ini, kami berpandangan bahawa memandangkan peguambela Perayu sendiri telah membuat pengakuan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman yang bijaksana bahawa penghujahan yang dibuatnya hanyalah dihadkan kepada hukuman sahaja dan tidak sabitan, justeru itu Pesuruhjaya Kehakiman yang bijaksana tidak membuat apa-apa dapatan di dalam alasan keputusannya mengenai kesahan pengakuan bersalah Perayu. [33] Pada hemat kami adalah tidak adil di peringkat ini untuk kami membenarkan peguambela Perayu menghujahkan mengenai isu sabitan satelah beliau mengambil pendirian untuk mengabaikan isu tentang sabitan ini semasa penghujahan lisan dibuat di Mahkamah Tinggi. Dengan itu, Perayu kini dihalang daripada membuat apa-apa penghujahan mengenai sabitan di hadapan kami. Kami tidak membenarkan Perayu “to have a second bite of the cherry”. [34] Sebagai tambahan, peruntukan seksyen 305 Kanun Tatacara Jenayah juga jelas menyatakan bahawa seseorang tertuduh yang mengaku salah dan disabitkan di atas sesuatu pertuduhan hendaklah dihalang daripada merayu terhadap sabitan tersebut. Rayuan hanya terhad terhadap berat atau kesahan hukuman itu sahaja (there shall be no appeal except as to the extent or legality of the sentence). Section 305. When plea of guilty limited right of appeal. When an accused person has pleaded guilty and been convicted by a Magistrate on that plea, there shall be no appeal except as to the extent or legality of the sentence. [35] Dapatan kami berkaitan isu ini berpaksikan kepada keputusan kes Munawar Ahmad Anees v. PP [2009] 2 CLJ 42, di mana Mahkamah Persekutuan telah menjelaskan seperti berikut: “[25] Finally, it is noted that in dismissing the appeal the learned judge of the High Court had given due consideration to the fact that the appeal by the applicant was in relation to the applicant's conviction and sentence upon his own plea of guilt under s. 305 of CPC. Under the said provision of s. 305 of CPC the applicant cannot appeal against the conviction except as to the extent or legality of the sentence. Having referred to the procedure and principles of law as laid down in the Supreme Court's case of Lee Weng Tuck & Anor. v. PP [1989] 2 CLJ 120; [1989] 1 CLJ (Rep) 75 the learned judge found that the recording of the plea of guilt made by the applicant was in order and according to law. From the records of appeal available before him there was nothing to show that the proceedings before the Sessions Court where the applicant had pleaded guilty was conducted not in accordance with the procedure and principles laid down in Lee Weng Tuck's case. [26] For the reasons above stated we agree with the conclusion arrived by the learned judge of the High Court that to allow the hearing of the appeal of the applicant in his absence would tantamount to an abuse of the process of the court. In the exercise of the discretionary power under s. 313(2) CPC the learned judge was therefore justified in refusing to consider the appeal and in dismissing the appeal.” [36] Di atas alasan-alasan yang diberikan di atas, kami memutuskan untuk membenarkan bantahan awal Timbalan Pendakwaraya yang bijaksana di Kandungan 25. Tumpuan kini hanyalah terhadap hukuman sahaja. [37] Menyentuh mengenai hukuman, Perayu hanya memohon agar hukuman pemenjaraan bagi keempat-empat pertuduhan tersebut berjalan secara serentak. Ini adalah kerana keempat-empat transaksi yang didakwa itu boleh dikira sebagai berlaku di dalam satu transaksi yang sama yang membolehkan hukuman berjalan serentak. [38] Perayu juga merayu agar hukuman pemenjaraan ini dikurangkan kerana hukuman pemenjaraan keseluruhan selama 103 bulan dan 4 sebatan adalah terlalu berat mengambilkira Perayu telah mengaku bersalah tanpa diwakili oleh Peguambela. [39] Disebaliknya pula, Timbalan Pendakwaraya yang bijaksana menghujahkan bahawa keempat-empat pertuduhan tersebut melibatkan kesalahan yang berbeza. Oleh itu adalah wajar hukuman yang dijatuhkan kepada Perayu berjalan secara berasingan dan bukannya secara serentak. Di samping itu faktor kepentingan awam juga seharusnya diberikan keutamaan yang lebih berbanding dengan kepentingan Perayu. [40] Di dalam menentukan sama ada hukuman pemenjaraan ini harus berjalan secara berasingan atau serentak, adalah wajar bagi kami untuk merujuk kepada autoriti-autoriti duluan yang membincangkan tentang perkara ini. [41] Rujukan dibuat kepada kes Public Prosecutor v. Yap Huat Heng [1986] CLJ (Rep) 645, 1986] 1 CLJ 81; [1985] 1 MLJ 414 di mana Shaik Daud Ismail H (beliau pada ketika itu) memutuskan seperti berikut: “Where two or more distinct offences had been committed, sentences of imprisonment should not be made to run concurrently. It should only be made concurrent when an offender had been convicted of a principal and a subsidiary offence. In all other cases sentences should be made to run consecutively.” [42] Di dalam kes Bachik Abdul Rahman v. Public Prosecutor [2004] 2 CLJ 572, Mahkamah Rayuan melalui penghakiman yang disampaikan oleh Augustine Paul HMR (beliau pada ketika itu) memutuskan seperti berikut: “In deciding whether the terms of imprisonment should be consecutive or commence at another date the court will be guided by the one transaction rule and the totality principle. Pursuant to the one transaction rule where two or more offences are committed in the course of a single transaction all sentences in respect of these offences should be concurrent rather than consecutive (see R v. Saleem [1964] Crim LR 482; R v. Walsh [1965] Crim LR 248). For there to be one transaction four elements must be present, that is to say, proximity of time, proximity of place, continuity of action and continuity of purpose or design (see Jayaraman & Ors v. PP [1979] CLJU 36; [1979] 1 LNS 36; [1979] 2 MLJ 88; Amrita Lal Hazra v. Emperor 42 Cal 957; Chin Choy v. PP [1955] 1 LNS 17; [1955] MLJ 236). The rule, however, is not absolute. As Yong Pung How CJ said in Kanagasuntharam v. PP [1992] 1 SLR 81 at p. 83: The English courts have recognised that there are situations where consecutive sentences are necessary to discourage the type of criminal conduct being punished: see R v. Faulkner [1972] 56 Cr App R 594, R v. Wheatley [1983] 5 Cr App R (S) 417 and R v. Skinner (1986) 8 Cr App R (S) 166. The applicability of the exception is said to depend on the facts of the case and the circumstances of the offence. It is stated in broad and general terms and although it may be criticised as vague, it is necessarily in such terms in order that the sentencer may impose an appropriate sentence in each particular case upon each particular offender at the particular time the case is heard.” [43] Berpandukan kepada garis panduan yang diberikan oleh keputusan kes-kes di atas, kami mendapati walaupun keempat-empat kejadian ini berlaku di tempat yang sama namun ianya bukan berlaku di dalam satu transaksi atau masa yang sama. [44] Bagi Pertuduhan Ketiga (Rayuan Pertama) pula ianya melibatkan masa transaksi dan akaun pelanggan yang berbeza iaitu transaksi daripada 25 Ogos 2017 hingga 25 Oktober 2017 dan melibatkan akaun pelanggan (pelanggan SNS Setia Maju) yang lain daripada pertuduhan pertama dan kedua di atas; [45] Bagi pertuduhan Pertama dan Kedua (Rayuan Pertama) walaupun kedua-dua pertuduhan ini melibatkan akaun pelanggan yang sama iaitu Nor Mohammad bin Nemar Ali namun tarikh transaksi yang terlibat adalah berbeza. Pertuduhan pertama melibatkan transaksi daripada 8 Jun 2016 hingga 19 Julai 2016 manakala pertuduhan kedua melibatkan transaksi daripada 23 March 2017 hingga 24 November 2017. [46] Bagi Pertuduhan Ketiga (Rayuan Pertama) pula ianya melibatkan masa transaksi dan akaun pelanggan yang berbeza iaitu transaksi daripada 25 Ogos 2017 hingga 25 Oktober 2017 dan melibatkan akaun pelanggan (SNS Setia Maju) yang lain daripada pertuduhan pertama dan kedua di atas; [47] Bagi Pertuduhan bagi Rayuan Kedua pula melibatkan masa transaksi dan akaun pelanggan yang berbeza iaitu transaksi daripada 30 Oktober 2017 hingga 15 November 2017 dan melibatkan akaun pelanggan (pelanggan Mohd Mustafizal bin Nor Muhammad) yang lain daripada pertuduhan-pertuduhan dalam Rayuan Pertama. [48] Berdasarkan kepada kronologi peristiwa di atas, kami mendapati tiada wujud apa-apa kekhilafan di pihak Mahkamah Sesyen mahu pun Mahkamah Tinggi apabila memerintahkan hukuman pemenjaraan berjalan secara berasingan dan tidak secara serentak. [49] Di dalam kes Public Prosecutor v. Muthu Lingam [1986] CLJ Rep 603, [1986] 1 CLJ 78, NH Chan H memutuskan seperti berikut: “I now look at the deterrent aspect of sentencing policy. It has been said that when a person is minded to commit criminal breach of trust he is not likely to be deterred by the fact that he may get five years rather than three years or six years rather than four years. "That is right," said Lawton LJ in Davies, at p. 210, "but what has got to be maintained is this; be they cashiers, milk roundsmen, foremen or solicitors if they are in breach of trust they will be punished and punished very severely... Therefore, it must be made clear that anyone breaking trust must expect a severe sentence." With those words, I agree. In P.P. v. Khairuddin 1981 CLJ 234[1982] 1 MLJ 331, Azmi J (as he then was) said, at p. 332: Public interest demands, that cases of this nature involving persons in positions of trust, particularly in financial institutions, must be dealt with severely, in the hope that would-be offenders would be deterred. Until it is understood by such people that the normal punishment for helping themselves to their employers' money is to be sent to prison, there will continue to be officials in commercial and cooperative banks and similar institutions, prepared to pilfer the till. Those remarks were made in a case of criminal breach of trust by a servant under s. 408 of the Penal Code. The accused in that case was a bank officer and Azmi J, after taking into account the fact that he was a first offender and that he had pleaded guilty, enhanced his sentence of a day's imprisonment to 18 months in addition to the fine of RM2,000.” [50] Tidak dapat dinafikan bahawa kesalahan yang dilakukan oleh Perayu ini adalah serius. Perayu sebagai kerani juruwang di Bank Islam Malaysia telah diamanahkan untuk menjaga wang simpanan pelanggan namun beliau telah mengkhianati tanggungjawab dan amanah yang wajib ditegakkannya. Nilai integriti di dalam diri Perayu telah terhakis dan tergadai sehingga beliau sanggup mengambil wang pelanggan demi untuk menikmati kemewahan dunia dengan jalan pintas melalui sumber pendapatan atau kekayaan yang tidak halal. [51] Kita bimbang jika amalan yang meruntuhkan integriti, kejujuran dan ketelusan serta sikap yang tidak amanah ini berlarutan dan menjangkiti masyarakat negara kita, ia boleh memberi cerminan buruk kepada tahap integriti masyarakat kita. Perbuatan pecah amanah sebegini perlu dihindar, disisihkan dan dibenteras segera mungkin agar ia tidak menjadi amalan dan kebiasaan yang berterusan. [52] Impak keruntuhan integriti ini bukan sahaja mendatangkan kesan negatif kepada Perayu tetapi jika diabaikan ia boleh menjejaskan dan menghilangkan kepercayaan orang ramai terhadap institusi perbankan di negara ini secara amnya dan Bank Islam Malaysia Berhad secara khususnya sehingga boleh menjadi sukar untuk meraih semula kepercayaan itu. Jika ini benar-benar ini terjadi, lambat laun ia boleh mengakibatkan keseluruhan ekosistem operasi perkhidmatan bank terganggu dan tergugat. Bank tersebut juga boleh kehilangan potensi pendapatan dan pasaran. Sejarah menunjukkan perbuatan pecah amanah, tamak harta dan penggunaan kuasa secara rakus oleh manusia adalah faktor kejatuhan banyak kerajaan dan keruntuhan sesuatu tamadun dan institusi. [53] Perbuatan Perayu pasti telah mencalar dan mencemar imej dan reputasi baik bank itu sendiri. Bijak pandai Melayu telah mengungkapkan lunas akhlak menerusi pepatah kerbau dipegang pada tali, manusia dipegang pada janji. Justeru itu, manusia yang berkhianat pada ikatan amanah mesti dikenakan hukuman yang sepadan dengan kesalahan yang dilakukan. Jenayah sebegini tidak boleh dipandang enteng oleh mana-mana pihak lebih-lebih sektor perbankan yang memegang wang pelanggan. Ia berpontensi menjejaskan prestasi institusi kewangan di Malaysia. [54] Kebelakangan ini, dilaporkan begitu banyak berlaku perbuatan pecah amanah di negara ini. Berdasarkan berita yang tersiar di dalam pelbagai saluran media, perlakuan pecah amanah kini bukan sahaja berlaku secara berleluasa, malah berlaku pada skala yang sangat besar. Lebih menggusarkan lagi apabila laporan turut menunjukkan perlakuan pecah amanah dilakukan secara lebih berani dan lebih terbuka dan dilakukan oleh golongan yang berjawatan besar dan berpelajaran tinggi. [55] Meski pun ini merupakan kesalahan pertama Perayu, namun tidak dapat disangkal bahawa di dalam menjatuhkan hukuman faktor kepentingan awam harus diberikan pertimbangan utama melebihi kepentingan individu. Jenayah pecah amanah adalah ibarat penyakit kronik yang sedang menular dalam masyarakat yang memerlukan penawar segera. Hukuman setimpal yang dikenakan ini diharapkan dapat menjadi penawar yang mujarab atau berkesan untuk mengubati penyakit yang berjangkit ini sebelum ia menjadi lebih parah. [56] Sebelum menutup tirai penghakiman ini, kami sebulat suara memerintahkan seperti berikut: